Saya telah diminta oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk hadir membantu siasatan berhubung laporan qazaf (tuduhan palsu ke atas saya) yang saya failkan 9hb Julai lalu. Saya memberi kerjasama penuh kepada pegawai-pegawai terlibat di samping berkongsi pandangan berhubung fatwa yang telah dikeluarkan oleh ulama usul al fikh terkenal Syeikh Taha Jabir al Alwani. Fatwa berkenaan menyebutkan qazaf bagi tuduhan liwat terpakai sebagaimana qazaf tuduhan zina. Syeikh Taha berhujah sedemikian dengan berlandaskan nas Al Quran dan sunnah; serta pendapat para ulama muktabar, yang diantaranya oleh Ibnu Qudamah dalam kitab Al Mughni dan Imam al- Shawkani dalam Tafsir Fathul Qadeer. Sepanjang keterangan saya diambil, para pegawai yang bertugas menunjukkan etika kerja yang profesional ketimbang sikap agensi keselamatan seperti polis yang bernada menuduh sepanjang pertanyaan.
ANWAR IBRAHIM
















