Dari Jemapoh Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menuju ke Muasasah Darul Sharif di Jempol.
Kehadiran beliau dinanti ribuan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat. Datuk Seri Anwar menjelaskan betapa pentingnya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan sesegera mungkin bagi memastikan rakyat seluruhnya terbela dan tidak lagi dibebani oleh pelbagai permasalahan yang muncul akibat ketidakcekapan kerajaan pimpinan Barisan Nasional.
Pertuduhan fitnah yang direka oleh mereka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah semata-mata untuk menggagalkan perubahan yang dicita oleh rakyat seluruhnya. Tambahan lagi rakyat sudah mual dan tidak mungkin mempercayai lagi institusi keselamatan setelah tersebarnya salinan laporan kesihatan yang menunjukkan tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar adalah tidak berasas.
Penguasa lupa bahawa mereka merancang, Tuhan juga merancang, Dan Tuhan adalah sebaik-baik Perancang.
Pejabat Anwar Ibrahim
















