Archive for July 24th, 2008

24 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

debat.jpg 

PERANTARA: Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Debat AgendaDaily ini membawa tajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, dua orang tokoh kami bawa khas untuk mendebatkannya. Debat ini mengambil masa sejam dan disiarkan secara langsung ke seluruh Negara.

Format debat ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Masing-masing juga telah menamakan seorang wakil yang bertindak sebagai ahli panel. Mereka akan menanyakan soalan kepada pendebat yang mencalonkan mereka selain soalan kepada pendebat yang seorang lagi. Jumlah soalan bergantung kepada keadaan masa. Saya sendiri akan menanyakan soalan kepada kedua-dua pendebat ini. Supaya berlaku adil, soalan yang sama akan ditanya kepada kedua-dua orang. Kedua-dua pendebat juga akan diberi peluang untuk bertanya satu sama lain.

Untuk pemula bicara atau opening statement setiap tokoh akan diberikan masa 4 minit. Loceng akan dibunyikan selepas 3 setengah minit. Setiap soalan lain mesti dijawab dalam masa kurang dari 3 minit atau loceng akan dibunyikan sebagai tanda peringatan. Setiap pendebat akan membuat penggulungan selama 3 minit.

(more…)

24 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) – Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih sangsi dengan kaedah siasatan yang dijalankan oleh pihak polis dalam kes liwat yang membabitkan dirinya dengan Saiful Bukhari Azlan yang pernah menjadi pembantu peribadinya sebelum ini.

Saya ada pengalaman mengenai siasatan yang pernah dijalankan sebelum ini, saya ada rasa syak wasangka mengenai hal tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KeADILan, Merchant Square Damansara semalam.

Tidak menafikan apa yang sedang dialami merupakan pengalaman yang perit, Anwar berkata,” ianya sangat zalim apabila turut memalukan dirinya serta keluarga kerana ia membabitkan soal maruah.”

(more…)