Archive for July 20th, 2008

20 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

AI@kuantanAI@kuantan6AI@kuantan4AI@kuantan5AI@kuantan3AI@kuantan1
Ribuan berhimpun di Kampung Razali, Kuantan untuk mendengar penjelasan saya berhubung isu-isu terkini. Intipati ucapan jelas, kes pertuduhan fitnah terhadap diri saya tidak akan menggelincirkan perjalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Saya turut tegaskan adalah tidak mustahil untuk menurunkan harga minyak sekaligus mengurangkan beban yang ditanggung. Kerajaan Pakatan Rakyat komited untuk membawa perubahan, membaiki bukan sahaja keadaan ekonomi malah berusaha melonjak kembali mutu pendidikan negara serta memastikan polis dan institusi kehakiman kembali dihormati.

Lucu bila mendengar kenyataan bapak-bapak menteri yang mempersoalkan motif saya untuk tidak mahu memberi sampel DNA kepada polis. Sudah enam kali sampel diambil sepanjang saya dipenjara. Untuk apa perlu diberi lagi? Alasan bahawa ia sudah lama ternyata mengelirukan, satu sampel sahaja sudah cukup dan boleh digunakan walau untuk tempoh 2000 tahun lagi!

Saya tidak takut untuk memberikan sampel DNA akan tetapi bersihkan dahulu elemen-elemen yang merosakkan dalam polis dan agensi keselamatan lainnya!

Usah zalimi rakyat tanpa bicara! Jangan paksa pegawai untuk berbohong bagi pihak kamu wahai bapak menteri! Keresahan semakin membelenggu bapak-bapak menteri yang entah bila akan kehilangan kuasa. Dunia sedang menyaksikan komedi gelap bagaimana aparat-aparat rakus kuasa sanggup memalsukan bukti demi memastikan segelintir terus memerintah.

ANWAR IBRAHIM

20 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Tarikh: 20hb. Julai 2008 (Ahad)
Program Lawatan DSAI ke Negeri Johor

3.00pm
DSAI dijangka sampai di Tol Sekudai

3.15pm ~ 3.45pm
Jamuan Minum petang bersama AJK Perhubungan Negeri Johor
(Hotel Selesa, Jalan Dato’ Abdullah Tahir, Tingkat 9, Dewan Perdana 1)

(more…)

20 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

PETALING JAYA, 19 Julai (Bernama) — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendiriannya untuk tidak menjalani semula ujian deoksiribonukleik asid (DNA) kerana DNA beliau yang diambil dahulu, termasuk yang terakhir pada 2004, masih boleh digunapakai.

Anwar berkata tiada alasan kukuh mengapa beliau perlu menjalani ujian itu sekali lagi memandangkan data DNA tidak akan berubah walau tersimpan beribu tahun.

“Sepanjang enam tahun saya dipenjarakan berkaitan kes terdahulu, lima, enam kali darah saya diambil dan kali terakhir saya juga ada menjalani ujian DNA pada 2004.

(more…)

20 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

MYSinchew.com – (Letter To Editor) The arrest of Datuk Seri Anwar Ibrahim at 1pm, one hour ahead of the given deadline of 2pm by the police is uncalled for. The police should have at least waited until 2pm before they arrested on Anwar Ibrahim. Why the hurry to pick up Anwar at 1pm?

From newspaper reports, it clearly shows that it only took 15 minutes to ferry Anwar from his house in Bukit Segambut to the Police Headquarters in Kuala Lumpur (IPD KL). Even on a busy day, it may only take 30 minutes to an hour to reach the IPD KL.

What is important is that Datuk Seri Anwar presented himself up for the interrogation, instead of showing that the police have the power to arrest! Even if Anwar was late by 10 minutes due to heavy traffic jam caused by the police themselves or lack of their presence, what’s the big deal? Malaysians are used to arriving for appointments late by even half-an-hour, including some a few cabinet ministers.

(more…)