![]()
Â
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) – Walaupun disiasat melebihi lima jam dan ditahan reman semalaman, Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak diberikan salinan laporan polis bekas petugas sukarela pejabatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar berkata, setiap kali beliau bertanya berkaitan salinan laporan polis itu, pihak polis memberikan pelbagai alasan dan mengelak untuk memberikannya.
“Apabila bertanya perkara itu, polis hanya menjawab bahawa mereka diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar). Siapa yang arah? Timbalan Perdana Menteri atau isterinya, atau ketua polis negara?” soal beliau sambil diringi tawa dari pihak media.
Anwar menegaskan kecurigaan pihaknya terhadap ketulenan laporan polis itu jika salinannya diserahkan polis kepadanya hari ini.
“Mereka mungkin pinda, pinda, pinda. Sampai tak tahu betulkah itu salinan asal si penuduh,” kata beliau di hadapan kira-kira seratus wakil media dari dalam dan luar negara, di rumahnya di Segambut Tengah, petang tadi.
Kesal dengan Bakri
Anwar juga kesal dengan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang disiarkan Utusan Malaysia, hari ini bahawa polis terpaksa memintas keretanya kerana didakwa enggan menyerah diri dan mengubah haluan kereta di saat-saat akhir.
“Ini merupakan pembohongan besar Bakri bagi menutup malu atas salahguna kuasa polis. Sedangkan saya sudah bersedia memberi kerjasama untuk memberi keterangan seperti mana pada masa yang ditetapkan,” kata beliau.
Anwar turut mendakwa Bakri bertugas atas desakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang ada kepentingan sendiri.
“Beliau (Musa) mempunyai kepentingan sendiri yang bermaksud untuk menganiayai dan membuat fitnah terhadap saya kerana saya mempunyai bukti yang cukup kukuh tentang apa yang dilakukan beliau terhadap saya dalam kes 98-99 dulu,” kata beliau.
Enggan serah DNA, ambil darah
Dalam pada itu, Anwar enggan diambil darah dan melakukan ujian DNA atas nasihat peguam kerana kedua-duanya (DNA dan darah) sudah berada dalam simpanan HKL, selain bimbang berlakunya penipuan.
“Dalam kes 98-99, darah saya telah diambil secara paksa atas arahan Musa dan saya percaya ia masih dalam simpanan HKL,” kata beliau.
Anwar dibawa ke HKL untuk pemeriksaan kesihatan, malam tadi dan dibebaskan pagi tadi selepas mendapat jaminan bon polis.
Beliau juga telah memberikan kerjasama sebaiknya kepada pihak HKL yang menjalankan pemeriksaan di seluruh badannya, termasuk alat sulitnya dan ‘mengukur apa yang perlu’.
Lokap untuk penjenayah berat
Menceritakan pengalamannya ditahan semalaman, Anwar memberitahu media bahawa beliau diletakkan di dalam lokap bagi penjenayah berat dan diletakkan berbaring di atas simen tanpa sebarang alas.
Bagaimanapun, isterinya, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail membawa sehelai tuala untuk dijadikan alas tidur, pada jam satu pagi.
“Kesan yang dialami itu agak berat, kerana memang dimaklumi saya mengalami sakit belakang. Ini menyebabkan saya terpaksa mengambil suntikan ubat penahan sakit sejurus tiba di rumah pagi tadi,” tegas beliau.
Utusan, Kosmo dihalang masuk
Sementara itu, satu jam sebelum sidang media bermula, para wartawan dari pelbagai agensi dalam dan luar negara diperiksa kad media masing-masing sebelum dibenarkan memasuki perkarangan kediaman Anwar.
Wakil dari Utusan dan Kosmo tidak dibenarkan membuat liputan sidang media tersebut, walaupun wakil Kosmo pada awalnya berjaya memboloskan diri.
Anwar turut menyatakan kekesalannya terhadap laporan Utusan Malaysia dan NST berhubung kes beliau yang dianggap sengaja dibesar-besarkan.
“Saya lihat Utusan dan NST tiada keinsafan dalam membuat laporan sejak 10 tahun lalu mengenai kes saya. Mengapa tidak desak kerajaan menyiasat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung dakwaan pembabitan mereka dalam kes pembunuhan Altantuya?
Apabila sesuatu kes itu melibatkan saya, media cuba menjadikannya satu isu besar. Kenapa meletakkan saya sebagai mangsa? Hanya kerana saya berada di pihak pembangkang,” kata beliau lagi.
Sementara itu, di perkarangan kediaman Anwar dipenuhi para penyokong dan rakan-rakan perjuangan bagi menyatakan sokongan padu terhadap Anwar.
Antara pemimpin Pakatan Pakyat yang hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa; Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS, Dr Mariah Mahmud; Dr Syed Azman Syed Nawawi; Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad, dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.
(- tajdid_ Anis Nazri dan Salmiyah Harun )









memang semacam satu pembohongan dan usaha helah serta tipudaya untuk menumpukan semua mata rakyat kepada isu Dato Seri agar dapat menutup kisah yang tersirat dari Kes Pembunuhan Altantunya
Reply
Yg Berbahagia DSAI
——————-
Tuhan akan melaknat mereka meraka yang terlibat menginayai Dato’Seri. Alhamdulillah nampak nya dengan kejadian
ini sokongan pada Dato’Seri lagi tambah kuat walaupun berok berok yang terlibat memfitnah Dato Sri mengharapkan
Dato Seri lemah insyallah selepas ini seluruh rakyat malaysia yang inginkan perubahan akan berada di belakang Dato Seri kecuali monyet monyet yang buta mata dan buta hati yang ada dalam UMNo…
Reply
Salam Perjuangan,
Mari rakyat semua bangkit berkempen menentang penyalahgunaan kuasa pihak berkuasa khususnya pasukan polis dalam menangani dakwaan terhadap DSAI.
Anggota-anggota polis diseru untuk tidak patuh membuta-tuli kepada arahan pihak atasan yang tidak menurut lunas undang-undang dan menzalimi rakyat. Jika tiada pilihan letaklah jawatan dan sertai perjuangan rakyat. Rezeki bukan di tangan mereka tapi kurniaan Allah Taala dan bahkan lebih berkat dan mewah di luar sini.
Rakyat juga diseru memboikot dan meminggirkan mana-mana anggota polis termasuk ahli keluarga mereka yang bersekongkol dengan kerajaan BN dalam menzalimi rakyat dan bertindak menyalahgunakan undang-undang.
Selamat berjuang. Takbir Allahuakbar!
Reply
JGN TERKEJUT DENGAN SATU LG KONSPIRASI JAHAT DAN BUSUK UNTUK MENJATUHKAN ANWAR SEKALI LG..REFORMASI..
Reply
NAJIB MESTI DIJATUHKAN SEBELUM MENJELANG 2010..!!!
Reply
hehehe…. tak lama lagi tu Dato Seri,
PM, TPM, Musang Hasam, Gani Suku Tael dan pelacur Rosmah akan terdampar dalam lokap.
Kita akan pastikan Dato’ Seri dan Pakatan Rakyat berkuasa untuk mengadili semua
perasuah dan gila kuasa tu. Tungguuuuuuu.
Reply
Kalau dulu mantan PM akan menjadi pengulas dan penyampai utama kes liwat 98 tetapi kini terbalik. PM membisu. Apakah kerana tertidur, tidak peduli atau tidak kisah?
Come On wake up Pak Lah jangan cemarkan keturunan Allahyarham Abdullah Fahim. Di amana amanah dan tanggung jawab anda sebagai pemerintah yang berkuasa yang akan disoal di Padang Mahsyar nanti?
Bolehkah orang yang berkuasa (POLIS) dan penegak undang-undang negara (AG) dibiarkan bebas. mereka mesti digantung tugas.
Anggota PDRM bertugas di bawah siapa? Pendakwaraya menurut arahan siapa?…didalam menjalankan tugas mereka. Walau pun anggota bawahan menjalankan tugas dengan amanah jujur dan ikhlas, pertikaian tetap timbul dalam keadaan ini……….Apakah daif sangat negara tanpa keduanya (IGP & AG)
Langkah paling adil rehatkan AG dan IGP dari sebarang tugas. Bagaimana mencari keadilan dalam keadaan begini. ANWAR tuduh AG dan IGP. Tuduhan Liwat pula memangsakan ANWAR.
Negara amat perlukan seseorang yang berkecuali…..
Kita diperhatikan seluruh dunia! Maruah bangsa Malaysia dan umat islam sedunia sedang bergelandangan……
Pak Lah gunakan kuasa yang ada. POLITIk adalah lain. SOAL maruah dan kebenaran adalah soal lain. sebagai rakyat kami telah menasihat dan memberitahu pemimipin kami andainya terlepas pandang atau terlupa…..Kami pasti akan menjadi saksi di penghakiman akhirat kelak…..
PAK LAH sila tubuhkan SURUHANJAYA DIRAJA YANG TELUS DAN ADIL>>>>>>>>>>>>>>laksanakan tanggungjawab anda…….Kamulah harapan rakyat MALAYSIA ketika ini……..PAK LAH!
Reply
How could anyone in his right mind believe a young and healthy man like saiful cannot fight off an old man like DSAI. If put both in a boxing ring who do you think will win??? Would you bet on a 20 guy or a 70 old man??? Maybe DSAI can put to vote on this site. Let the Public be the Jury Title will be “If a Boxing match between DSAI and Saiful..Who will win” Then we can see how many believe DSAI can manage to Sodomise a young and strong man like saiful..
Reply
Nampaknya dalam polis sudah ada anggota yg berbelah bagi antara mengikut telunjuk boss dan ingatkan tuhan..kesian mereka. Tapi setuju benar dgn sdr reformis, pilihlah dengan tegas dan tawakkal, pasai kita ada syurga dan neraka aje tak ada taman-taman yang mix neraka dgn syurga kat akhirat nanti..
Reply
Alhamdulillah DSAI selamat tanpa lebam atau apa-apa cacat mungkin sedikit kepuasan bagi mereka kerana terpaksa bermalam diatas simen ! Tapi yang ana sangat puas hati & seronok ialah pengampu/pemutarbelit dari akhbar utusan dan kosmo kena boikot dan halau ,padan muka pembelot-pembelot ini yang tidak beretika langsung tapi pakar pembohong ! Allahu Akhbar !
Reply
has all the answers
SMART ALBO
Reply
Manusia buat, tuhan nampak. Semua bangkai yang bernyawa yang sedang membuat fitnah terhadap DSAI akan menimpa bencana besar sebentar lagi.
Reply
Very clear that the police r trying all out to charge DSAI. Saiful tak kesahpun infact he lodged a police report after the important evidence being wash out in d septic tank. Why is it so? Why the authority is against him? If d police have concrete evidence why is it sooo dificult to give a copy report to DSAI? Why this silly case is considerd as a heavy crime? It is a waste! Dont worry DSAI, people in Malaysia r not stupid they will give more support to DSAI instead.
Reply
anwar take care! support you~
Reply
Keterangan yang DSAI beri pada polis sewaktu ditahan masih belum dapat untuk mereka memanipulasi keterangan yang dibuat mat saiful supaya lebih relevan. Itu sebab mereka tidak berani untuk menyerahkan laporan mai saiful pada DSAI.
Hodoh sungguh perangai polis di malaysia.
Reply
Salam Dato Seri’
Saya doakan agar mereka2 yang membuat fitnah terhadap dsai akan di tunjukkan didunia ini. saudara2 lupakah apa yang terjadi dulu hinggakan isteri dato aziz shamsudin pun mati akibat perbuatan lakinya terhadap dsai, kpn yang lama, peguam negara, hakim gula2 hacks.
Dsai jangan risau kami pemuda2 yang ada tetap berdiri teguh di belakang dsai, dan tak lama lagi pkr akan perintah malaysia ini dan masa itulah kita tangkap mereka yang kuat makan rasuah. dan kita dakwa mereka dan umumkan satu dunia, REFORMASI,REFORMASI,REFORMASI
Reply
JATUHKAN BN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply
Hidup Reformasi.
Reply
salam reformasi
Reply
DSAI, syabas kerana bertindak bijak dan tegas kali ini. Kami mendoakan DSAI sihat dan selamat untuk meneruskan agenda rakyat. Kami pun dah tak sabar-sabar nak DSAI jadi PM.
Reply
walaupun bermacam persiapan dilakukan oleh lahanat-lahanat UMNO untuk menjatuhkan dato seri anwar, tetapi kami sentiasa memberi sokongan yang padu.
perjuangan mesti diteruskan untuk menghalang lahanat-lahanat UMNO dari terus menelan duit rakyat untuk kepentingan sendiri,itu HARAM namanya..
PM pun satu,harapkan bapak aje ulama,anak….?sedarlah….
Reply
Nama je polis tp jadi budak suruhan org atasan.saya rasa kt xperlu guna perkataan polis,kita guna je ‘HAMBA ABADI’.yang hamba abadi bernama bakri pandai2 klentong besar.dia ingat kita ni stupid macam dia.orang dipihak benar tetap berada dalam kebenaran.kerajaan korap bee END dan hamba abadi buat rakyat makin menyampah.dia tak tau ke majoriti orang kt mesia ni tengah gelak kt diorang.sampai bila nak jadi hamba abadi.pemikiran sempit,berjiwa mundur,hati busuk,tiada modal insan,berlagak padahal hanyalah hamba yang abadi.
Reply
Assalamualaikum Dato Seri & moderator,
Kalo Dato Seri masih belum diberi report itu, kenapa laporan si saiful ada dalam kat internet?? Laporan polis saiful bukhari ini saya dapat kat website tertentu dimana posted pada 30 June 2008 lalu.
LAPORAN POLIS SAIFUL BUKHARI:
“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR.â€
Laporan polis bernombor 4350/08 Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur ini telah dibuat pada 28 Jun 2008 pukul 5.45 petang di Hospital Kuala Lumpur oleh Mohd Saiful Bukhari bin Azlan pemegang mykad 850706-01-5687.
_______________________________________________________________________________________________
Kami sentiasa berdoa semoga Dato Seri Anwar tetap terus kuat demi untuk menegakkan KEADILAN.
Lawan tetap lawan!
Reply
Hidup datuk seri!! saya akan berada di belakang datuk seri!!
Reply
Hrp DSAI tabahkan hati….
Bykkan doa..Amin.
Allahuakbar!!!
Reply
Saya terbaca satu article yg mengatakan ketika lapuran bersumpah yg pertama di lakukan oleh penyiasat persendirian Razak Baginda…….terkandung nama Najib dan selepas beliau menarik balik lapuran tersebut dan mengeluarkan nama Najib….keyakinan meningkat bahawa dia mmg terlibat dlm kes Ms A…..
Masa nama dia ada dlm lapuran, MUNGKIN DIA TERLIBAT
Bila nama nya di keluarkan, MEMANG DIA TERLIBAT
Doa utk DSAI dan suma rakyat Malaysia agar Allah swt sentiasa melindungi…Amin
Malaysia perlukan pemimpin yg berkelibar, jujur, ikhlas dan hapuskan rasuah!….DSAI IS OUR HOPE
Reply
Bersyukur ke hadrat allah subhanahuwataala. geram,marah,meluap-meluap dari jamil. kenangan 1999 tidak akan jamil lupa. pengalaman reformasi masih dalam ingatan. mereka pihak atasan polis ni betul betul nak menguji kesabaran rakyat. ingat allah maha kuasa. suatu hari bertemu buku dengan ruas. datos eri berehatlah. segarkan diri. dan jangan lupa berhati hati sentiasa. musuh-musuh dah mula bertindak untuk menjatuhkan dato seri.jamil dan kawan-kawan dari sera reformasi sentiasa bersedia. kami tetapi di belakang dato seri.
jamil bin ismail
Reply
ape semacam la org2 itu bkelakuan sbgitu jahat..mmg penangan duit dn syaiton..dn nafsu yg mngatasi akal..mohon pada ALLAH agar golongn insan2 durjana itu terima balasan yg amat stimpal dgn pbuatan jahat mreka..
dn klau insan2 durjana itu mmbce ayat2 ini..takutlah pd ALLAH..astaghfirullahala’zim..
Reply
Salam Dato’ Seri,
Kami sebagai rakyat dan penyokong perjuangan Dato’ Seri merasa amat dukacita dengan penganiyaan ini. Kami berdoa agar Dato’ Seri dan keluarga dilindungi Allah dan semoga keadilan dapat ditegakkan dengan kadar segera. Semoga Penyangak2 yang terlibat dalam kes ini terutamanya Saiful budak bodoh muka tak malu dan ketua polis negara musa masam dilaknati Allah s.w.t. AMIN..
WE LOVE U DATO’SERI!!!
Reply
Assalamu`alaikum…
Tribulasi, mehnah dan fitnah adalah ranjau-ranjau sepanjang jalan perjuangan.
Orang yang di uji dan berjaya melepasinya adalah pejuang tulin.
Sedang para Nabi dan Rasul ajma`in di uji, seperti itulah para pejuang.
Selamat berjuang Dato’ Seri.
Katakanlah kebenaran walaupun pahit didepan penguasa yang zalim. Yang benar akan terserlah yang batil akan terbongkar.
Reply
Salam perjuangan utk semua,
JANGAN SESEKALI MEMBIARKAN PEMUSNAH NEGARA IAITU NAJIB NAIK SEBAGAI PM… BELIAU TIDAK LAYAK LANGSUNG UTK MENJADI PEMIMPIN.. TERUSKAN PERJUANGAN KITA SEHINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR.. KEADAAN SEKARANG TERLALU GENTING.. SEMOGA KITA SEMUA DIBERIKAN JALAN YANG MUDAH DARI ALLAH SWT… REFORMASI!
Reply
Lawan tetap Lawan Datuk Seri!!! Kebenaran Pasti Menang!!!
Reply
Alhamdulillah… di atas pembeabasan saudara.. moga-moga Allah sentiasa bersama2 dlm perjuangan yg suci ini. Gerakkan semua jemaah untu mengadakan solat hajat dan bermunajat kpd ILAHI. InsyaAllah.. Kebenaran pasti akan terbukti & mencapai kemenangan, dan kebatilan akan hancur dan berkubur apabila datangnya pertolongan ALLAH..
Reply
Assalammualaikum DSAI,
Kemungkinan terjadinya tragedi 1998-1999 terhadap DSAI bakal berulang, inilah yang dikatakan dunia yang kian tiba dipenghujungnya apabila manusia-manusia yang tinggal di bumi Allah ini adalah di ibaratkan seperti DAJJAL.. Saya mendoakan ke hadrat Ilahi agar DSAI dan keluarga serta negara kita yang tercinta agar dipelihara olehNya. Kuatkn semangatmu wahai pejuangku dan yakinlah Allah sentiasa dikalangan orang-orang yang benar. InsyaAllah..
Reply
Alhmdulillah….ALLAH menyelamatkan DSAI dan Kami Rakyat Malaysia Yg Menyayangi DSAi sentiasa mendoakan agar Rahmat dan Perlindungan ALLAH senantiasa bersama DSAI..Bersabarlah DSAI dan banyakkan berdoa,bertawakal dan berusaha..Sesungguhnya doa org yg dizalimi itu tidak ada dinding/hijab dgn ALLAH swt…kalu sejuta org pun yg ingin mendzalimi DSAI tp kalu ALLAH say ‘no way’ siapakah yg mampu mendzalimi DSAI…andai kemurkaan dan azab ALLAH itu ditimpakan keatas org yg ‘Dzalim’ sepakah yg mampu menyelamatkan org2 yg dzalim ini…Tp sebaiknya DSAI doakan agar mereka yg DZalim ini diberikan Taufik dan Hidayah oleh ALLAH swt…itulah sebaik-baik contoh yg telah ditunjukkan oleh Nabi MUhammad S.A.W…
Reply
alhamdulillah..DSAI.sy prcaya DS smakin bijak kali ni.teruskn usaha DS..ssguhnya ksenangan itu brmula drpd kepayahan.inilah dugaan Allah kpd DS sblm mmbenarkn DS mnjadi PM.insyaAllah,jika DS trus brtahan Allah akn mmberikan jln keluar bg kesulitan yg dihadapi ini.jika diberi peluang sy juga nk sama2 berada di rumah DS utk jg DS spt ayah sy sndri.sy sntiasa mndoakan kslmatan & ksjhteraan DS sekeluarga.smoga Allah memakbulkan doa sy.amin..
student IPTA-sweet 22
Reply
Saya rasa amat gembira apabila DSAI di bebaskan dengan ikat jamin dan bersyukur DSAI masih dalam keadaan semanggat yang tinggi meneruskan perjuangan ini. Peristiwa yang berlaku seumpama ini pastinya ada hikmah di sebaliknya. Lihatlah kita pada perancangan Polis yang tidak betul, perlaksanaan menjalankan tugas bercanggah dengan pendirian system Polis itu sendiri dan tindak-tanduk KETUA pegawai Polis mengarahkan Polis ‘KHAS’ ini sungguh tidak berwibawa. Saya rasa, kalau Ketua Polis itu tak betul maka orang bawahannya diperalatkan hingaga jadilah puak dalam system itu sendiri. TAK ADA PENJELASAN YANG AKAN DIBERIKAN OLEH PIHAK POLIS, SAYA PASTI!
Reply
Dato Seri Anwar …..
Jangan risau, kami sentiasa bersama Dato Seri. Kamu tahu Dato Seri tidak bersalah, malah Dato Seri TIDAK PERNAH MELAKUKAN perbuatan LIWAT terhadap sesiapa sahaja di dunia ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar ALLAH melaknati MEREKA yang menuduh Dato Seri yang meliwat. Marilah kita sama-sama SEMBAHYANG HAJAT memohon agar ALLAH menjatuhkan bala kepada mereka yang menuduh Dato Seri LIWAT mereka.
Reply
Tan sri musa hassan tu tersangat la BODOH..bapak sorang guru al-Quran ngan Tokoh Maal HIjrah 2002 dulu..tapi sayang..mak bapak die melahirkan seorang anak yang sgt keji dan manusia yang bertopengkan syaitan..ketua polis yang rakus dan gila kuasa!!!!!Dekat dunia mungkin boleh lepas..tapi kat sana nanti terimalah pembalasan dari Allah SWT..
Reply
Salam utk DSAI dan keluarga
Alhamdulillah DSAI dan dibebaskan. Memang lah untuk sementara.., sementara mereka mencipta sesautu yang baru. Syabas saya ucapkan kepada semua para aktivis keadilan yang berjaga sepanjang mlm untuk memastikan DSAI selamat dan bersedia menghadapi segala kemungkinan. Syabas kepada Madam Eli Wong yang masih berada di sisi walaupun selepas 10 tahun.
Saya dan keluarga walaupun jauh di selatan tanah air sentiasa mendoakan DSAI dan keluarga serta semua rakan seperjuangan agar selamat dalam pemeliharaan Allh. Kami bersedia datang untuk DSAI jika perlu. Teruskan Datuk Seri. Syabas juga kepada saudara Azmin., rakan DAP dan PAS for your fiery speech in parliament.
The train of justice is at full speed.,the long awaited destination is in sight.., keep on with out relentless effort the BN gov shall fall or let it be death in trying.
Our thought prayers for you always.
Reply
Salam Dato Seri’
Alhamdulillah dato telah dibebaskan dari dengan ikat jamin polis pagi semalam, dengan adanya sidang media semalam dan jugak telah di siarkan di televisyen banyak membuka mata semua pihak menilai pendapat dan kenyataan dato behubung kes liwat ini.
Sesiapa yang menontont bulutin TV3 jam 8.00 mlm semalam, temu ramah dengan bekas timaban pendakwa raya menyatakan tidak perlu menggunakan DNA utuk sesuatu kes, dan ia hanya berbentuk bahan bukti sampingan. “baik jika ada tak ada pun tak apa” kata bekasa pendawa raya tersebut. yang penting bukti2 yang kukuh perlu di tunjukkan oleh si pengadu tu dulu.
Saya sendiri tidak paham dengan RTM pagi ini jam 7.30 lagi telah membuat satu kesimpulan mengenai peranan DNA dalam sesuatu kes. yang pendapat saya boleh mempengaruhi pemikiran orang yang tidak mengunakan Internet sebagai saluran mendapat sumber berita alternatif.
Saya berharap kali ni yang kes yang sama cuba di gunakan pada dato 98-99 tidak berulang lagi, di guna pakai lagi dalam permainan jahat dan fitnah ke atas dato. Menurut saya kes dato ini, akan ada penghujungnya tidak lama lagi. dengan kerja keras dato, keluarga, peguam, parti politik pakatan rakyat, dan penyokong dato di seluruh negara dan dunia. Membuktikan kebenaran ke atas dato. dan secara tidak langsung rakyat dapat menilai siapa jahat? siapa bohong? siapa suka fitnah? siapa suka memutar belikan fakta? dan siap dalang dalam hal ini. insyallah…..
Sekian dari pendapat saya ” Lawan Tetap Lawan “
Reply
aku mmg geram dgn keadaan skrg..DYMM AGONG mohon bantu rakyat, ampun tuanku..army is under DYMM Agong, jgn B END nk wat suka-suka ht..pntg melayu dihina..korg tgklah nnt..
Reply
Assalamualaikum Datuk seri ,
“When evil men plot, good men must plan. When evil men burn and bomb, good men must build and bind. When evil men shout ugly words of hatred, good men must commit themselves to the glories of love. Where evil men would seek to perpetuate an unjust status quo, good men must seek to bring into being a real order of justice.”
teruskan perjuangan ,kuat kan semangat ,tabah dan teguh menjalani ujian .
kami rakyat yg mencintakan keadilan akan terus beri sokongan dan semangat .
wassalam
Reply
Maka para-para barua BN/UMNO pun mula lah bersandiwara dan melaksanakan agenda jahat mereka…seluruh kekuatan BN dan penjilat-penjilat mereka yang terdiri dari jentera birokrasi yang beruniform dan tidak beruniform digerakkan sebagai satu orkestra…dengan muzik fitnah dan helah serta tipu muslihat yang licik untuk memperbodoh-bodohkankan rakyat
Ingat bahawa kamu semua para-para Barua murahan UMNO/BN …Bila datang Kebenaran maka akan hancurlah yang Bathil..dan ketika itu kamu akan menjadi hina dengan perbuatan kamu sendiri…lihat apa jadi kepada…Mahathir sekarang..Sanusi…Mgt Junid..Dr Christina..Mokhtar..Rahim Nor..dan lain-lain kuncu konspirator…terhina sekarang..orang dah tak pandang mereka…Musa dan Ghani akan tiba pula giliran mereka…nanti
Syabas DSAI teruskan perjuamgan kami tetap bersama tuan
Reply
In my opinion, it is simply barbaric and crystal clear that the police/BN govt try to implicate and do injustice to Datuk Seri with this mind blogging, desperate attempt, full of lies,fabricated and immoral accusation. I suggest Datuk Seri that:-
1) Lodge a report/complaint to register a case of concern to ACA, Suhakam on why the police report yet to be released and the wrong doing of the police eg abuse of power and against the rule of law for not releasing a copy of the police report to Datuk Seri. Datuk Seri has the right to get the copy.
2) To raise in parliament this issue and get PM,DPM,FM, HM to answer this injustice but yet calling the govt/police is professional to rendering its services.
3) To write to our King on this injustice. Daulat Tuanku.
Long live Datuk Seri. New Malaysia is way to go. Go away BN.
Reply
saya tetap menyokong DSAI dan semoga Allah akan sentiasa bersama2 dgn DSAI dan keluarga. Insya Allah kebenaran akan terbukti, serahkan saja pada Allah Taala, Dia lebih mengetahui dari segalanya. Saya akan teruskan panjatkan doa ke hadrat Allah agar memberi keselamatan dan kemenangan buatmu DSAI dan keluarga. Kuasa Tuhan teramat besar,jadi kita tunggu dan lihat aje apa yang akan terjadi selepas ini. Orang yang zalim dan kejam serta penabur fitnah akan menerima balasan dari Allah Taala. Jadi marilah kita semua umat Islam sentiasa berdoa ke hadrat Ilahi dan sentiasa memohon pertolongan dariNya. Amin.
Reply
Salam DSAI,
Semoga dengan kejadian ini dpt menjadikan anda manusia yg lebih tabah dlm mengarungi segala dugaan . Tak mengapa jika anda tdk dpt menjadi PM malaysia kerana anda PM sebenar di hati rakyat.
Reply
Semoga setiap dari mereka yang memfitnah DSAI akan diberikan balasan dunia dan akhirat..orang2 nie takkan selamat didunia mahupun di akhirat..
Kerana tamak dan gilakan kuasa mereka sanggup ketepikan hukum Allah dan hilang sifat perikemanusiaan..semoga Allah membalas setiap perbuatan mereka..
Semoga DSAI dan keluarga sentiasa diberkati dan dilindungi Allah..
Reply
Dato’Sri,tuan lebih faham tentang apa yang berlaku.Saya bangga satu,kerajaan masih hormat tuan pasai tuan telah diarak oleh mereka macam TUAN besar.Takut dengan tuan la tu……sampai berpuluh orang kena jaga TUAN kiri,kanan,depan dan belakang.Mungkin depa takut TUAN ada ilmu boleh hilang macam dulu tu………Kalau TUAN benar jangan takut……
Reply
Ingatlah kepada munafik dan pembuat2 fitnah,
Akhirat adalah tempat yang kekal buat selama-lamanya, percayalah pembalasan disana kekal selamanya. Perbetulkan kesilapan adalah lebih baik daripada meneruskan kejahatan kerana kejahatan tidak akan dapat membuktikan kebenaran. Ingatlah azab api neraka itu amat pedih.
Kepada DSAI,
Kami bersama mu, berjuang dalam R.E.F.O.R.M.A.S.I!!!. Andainya tuan berada diatas, tegakkanlah kebenaran, jangan sekali menjadi seperti mereka yang munafik dan pembuat fitnah kerana sokongan kami adalah tulus dan iklas diatas nama kebenaran.
Mudah2an tuan tabah mengharungi ujian Allah…
Reply
Kami menyokong DSAI.Ya Allah kau laknatkanlah musuh2 DSAI….biar mereka hancur di muka bumi ini..amin
Reply
BismillaHirrahmaNirrahimm…
Sungguh benarlah sabda Rasullullah S.A.W lebih 1400 tahun dulu..
“Kelak akan timbul fitnah di kalangan ummat ku…”
Harapkan DSAI, isteri, anak-anak dan sahabat atau penyokong yang berdiri atau duduk di belakang, kiri atau kanan DSAI bermunajjad ke hadrat Ilahi Rabbi…”Lindungi kami dari tipu daya Iblis yang mendatangkan bisikannya kepada pengikut-pengikutnya yang nipis imamnya.. lalu mendatangkan fitnah yang membangkitkan kacau bilau dikalangan umat Muhammad”.
Sungguh dulu lagi telah berlaku fitnah yang lebih dahsyat, sehingga ada makhluk yang bernama manusia sanggup mendatangkan “mata gergaji” yang membelah Nabi Zakaria dari hujung kepala hingga ke hujung sulbinya angkara tibu daya iblis laknatullah.
Dan lagi setelah wafatnya Rasullullah, masih ada umat yang mengucap dua kalimah syahadah tergamak di hatinya memenggal kepada syaidina Hussain, cucu Rasullullah S.A.W dan juga mendatangkan racun kepada syaidina Hussain angkara tipu daya Iblis yang sememangnya sudah berikrar akan menarik sebanyak mungkin umat manusia ke neraka jahannam…
Wahai semua pejuang reformasi yang memegang api…
…segala hala tuju, biarlah berlandaskan akal dan ilmu..
…semuga tidak termasuk dlm golongan yang diikat iblis kakinya dalam neraka..
Reply
BismillaHirrahmaNirrahimm…
Sungguh benarlah sabda Rasullullah S.A.W lebih 1400 tahun dulu..
“Kelak akan timbul fitnah di kalangan ummat ku…â€
Harapkan DSAI, isteri, anak-anak dan sahabat atau penyokong yang berdiri atau duduk di belakang, kiri atau kanan DSAI bermunajjad ke hadrat Ilahi Rabbi…â€Lindungi kami dari tipu daya Iblis yang mendatangkan bisikannya kepada pengikut-pengikutnya yang nipis imamnya.. lalu mendatangkan fitnah yang membangkitkan kacau bilau dikalangan umat Muhammadâ€.
Sungguh dulu lagi telah berlaku fitnah yang lebih dahsyat, sehingga ada makhluk yang bernama manusia sanggup mendatangkan “mata gergaji†yang membelah Nabi Zakaria dari hujung kepala hingga ke hujung sulbinya angkara tibu daya iblis laknatullah.
Dan lagi setelah wafatnya Rasullullah, masih ada umat yang mengucap dua kalimah syahadah tergamak di hatinya memenggal kepada syaidina Hussain, cucu Rasullullah S.A.W dan juga mendatangkan racun kepada syaidina Hassan angkara tipu daya Iblis yang sememangnya sudah berikrar akan menarik sebanyak mungkin umat manusia ke neraka jahannam…
Wahai semua pejuang reformasi yang memegang api…
…segala hala tuju, biarlah berlandaskan akal dan ilmu..
…semuga tidak termasuk dlm golongan yang diikat iblis kakinya dalam neraka..
Reply
semoga DSAI akan teruskan perjuangan.. jgn menyerah kalah.. kami semua sentiasa menyokong DSAI selamanya.. Biarkan mereka teruskan denga DRAMA mereka.. kami akan pastikan pilihanraya akan datang BN masuk dlm kubur yang mereka gali sendiri..
Reply
petikan dari utusan malaysia 18hb july 2008
“Dalam setiap kes, sekiranya ada laporan polis, siasatan mesti dijalankan secara sempurna tanpa rasa takut atau memihak kerana tiada sesiapa yang boleh meletakkan diri mereka melebihi undang-undang,†ujarnya.
kalau begitu kenapa mereka tak soal siasat najib? kes altantuya ni lagi berat dari kes dsai nampak polis ni berat sebelah……aku geram tul
Reply
Assalamualaikuim…
Alhamdullillah DSAI dah dibebaskan. Saya bersyukur kepada Allah s.w.t. Teruskan perjuangan.Allah melihat apa yang kita buat. Perjuangn perlu diteruskan. Hidup reformasi!!!
Reply
Salam DSAI & Famili
Berita penangkapan DS membuatkan saya kerisauan & bimbang akan keselamatan DS dan sentiasa mendoakan kepada Allah agar DS selamat. Semoga Allah melindungi DS & famili juga pejuang2 reformasi semua demi menegakkan kebenaran.
Terima kasih DS & yang lain2 yg segolongan dgnnya yang sanggup bersusah payah berjuang demi membela nasib rakyat jelata sekelian.
Moga2 Allah terus memberi kekuatan kepada DS & yg lain2. Mudah2an Allah sentiasa bersama2 melindungi kita dari syaitan yang bertopengkan manusia ini.
Selamat berjuang membela nasib rakyat jelata.
Wasalam.
Reply
Salam untuk Datuk Seri dan semua warga PKR,
Syukur Datuk Seri telah dibebaskan dan dengan berani menangkis segala tuduhan liar yang telah dilemparkan keatas datuk seri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ingatan kepada mereka itu, kami rakyat jelata akan terus dan tidak akan sekali-kali berpaling tadah walau apa saja fitnah yang cuba direka-rekakan. Kami rakyat akan terus berjuang. Kepada datuk seri teruskan perjuangan dan bangga dengan keberanian datuk seri. Saya akan sematkan dalam diri “jika takut pada risiko jangan bicara soal perjuangan”. Syabas datuk seri
Reply
Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Salam Perjuangan,
Apa pun rintangan dan halangan yang datang, rakyat Malaysia yang telah dibukakan hatinya oleh Allah akan terus memberikan sokongan padu dan tidak akan putus mendoakan kejayaan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru.
“Kalau takut dgn risiko, jangan bicara soal perjuangan”
LAWAN TETAP LAWAN!
Reply
nih… mana boleh nih! susah ke bagi laporan ke? kalau macam ini memang betul la kata DSAI. nak ubah ubah tu, senang la…ish ish ish… buat malu je la…
Reply
ALHAMDULLILLAH DSAI SELAMAT DIBEBASKAN TANPA KECEDERAAN. HINAAN YANG DILEMPARKAN OLEH PUAK-PUAK BEROK NEGARA KEPADA DSAI TELAH ALLAH TERBALIK MENJADI SEBALIKNYA DIMANA SEMASA POLIS MEMBAWA DSAI KE HKL SUASANA KAWALAN KETAT YANG DIBUAT TELAH KELIHATAN SEPERTI SEORANG PEMIMPIN NEGARA YANG AMAT DIJAGA KESELAMATANNYA MENGALAHKAN PM.BEGITULAH ALLAH KALAU NAK NAIKKAN DARJAT SESEORANG. DAN SEMASA PC SELEPAS DIBEBASKAN DSAI TELAH DIKERUMUNI SEPERTI GULA OLEH WARTAWAN DAN INI TIDAK BERLAKU KEPADA PEMIMPIN BEROK NEGARA.SEMOGA ALLAH MEMPERCEPATKAN PROSES PERALIHAN KUASA BEROK NEGARA KEPADA PAKATAN RAKYAT. AMIN. SAMA-SAMA LAH KITA BERDOA WAHAI RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARA TERCINTA YANG DIWARISI OLEH ANAK CUCU KITA DI MASA DEPAN AGAR TIDAK MEMPUNYAI PEMIMPIN SEPERTI BEROK NEGARA. BAYANGKAN APA AKAN TERJADI JIKA BEROK NEGARA MEMERINTAH LAGI PADA MASA DEPAN. KALAU PERANGAI MAK BAPAK DAH MACAM SEKARANG NI, ANAK2 MEREKA LAGILAH BERTAMBAH JAHAT DARI MEREKA KINI. RENUNG-RENUNGKAN LAH SAHABAT SEKELIAN.
Reply
Sedih bila mendengar isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mampu menghantar sehelai tuala untuk beliau…. Tidak sewajarnya beliau diperlakukan begitu…. Kita bersama sama berdoa agar Allah memberi pentunjuk kepada kita semua siapa yang benar ……. Saya yakin keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tabah menghadapi dugaan ini dan pasti ada hikmah disebaliknya ……
Reply
sama2 doa semoga org2 yg xingat neraka ni dpt balasan dasyat dlm masa terdekat..biar rakyat lihat apa yg bakal terjadi pd team2 sial ni..
Reply
Salam Dato’ Seri,
Salam perjuangan untuk Sdra Anwar. Rakyat Malaysia kagum dan menyokong perjuangan Sdra Anwar. Semoga Dato’ Seri diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t InsyaAllah.
Walaupun Sdra Anwar seorang pejuang dan sedia mengambil risiko kemungkinan dipenjara atas fitnah konspirasi ke 2 ini, walaupun perjuangan perlu diteruskan..fahamilah bahawa rakyat malaysia memerlukan Sdr. Anwar untuk memimpin malaysia ke arah negara yang lebih adil dan merdeka.
Untuk itu, saya dengan rasa rendah diri ingin mencadangkan beberapa tindakan yang perlu dan mungkin sesuai untuk Sdr Anwar.
1) Sdr Anwar perlulah mengadakan perjumpaan tertutup dengan PM menerangkan isu konspirasi dan fitnah jahat ini. Mungkin ada arahan dari pihak tertentu untuk menjatuhkan Sdr Anwar dan PM secara tidak langsung dalam kes liwat ini. Saya yakin PM tidak sezalim untuk menafikan keadilan terhadap sdr Anwar. Sdr Anwar sedia maklum bahawa Dato’ Suhaimi Ibrahim – Setiausaha Politik PM mungkin mempunyai maklumat berkenaan kes liwat ini.
2) Sdr Anwar dan barisan peguam cubalah merujuk kepada kes terdahulu 98-99, mungkin ada saksi pendakwa yang ‘sudah insaf’ terlibat dengan konspirasi 98- sdra Anwar untuk tampil menguatkan hujah konspirasi ke 2. mungkin Bekas Ketua Polis negara sendiri boleh jadi saksi, Bekas menteri yang lain… insyaAllah…
3) Sdr Anwar dan melalui barisan peguam…minta berkerjasama dengan pendokong parti yang berkerja dengan syarikat telekomunikasi…mungkin mereka boleh membantu mendapatkan bukti – data perbincangan telefon antara konspirator terlibat.
Akhir kata, salam perjuangan.
Ikhlas,
Fadli Fuad
Reply
Kebenaran semakin menghampiri. Para munafik kini dh semakin terdesak. Insya-Allah kita akan menemui kebenaran itu dalam masa terdekat. Kpd DSAI.. kami semua mendoakn kejayaan DSAI dlm perjuangan ini. Amin
Reply
Dato Seri, Kata Najib, “Anwar must be treated with respect”, This guy is really a hypocrite.Considering what you have gone thru.
I have prblems typing my commen s in yr websit. Is yr website hack.????
Reply
Alhamdulillah..Dato Seri dah dibebaskan.
Hati-hati dato’ seri dengan perancangan jahat regim BN. Pelik yg najib tu apasal depa tak bawak masuk lokap dan lakukan siasatan. Kalu berani hang tu (najib) minta la disiasat bengong betul.
Saya benci betul tengok muka Ketua Polis tu…menyampah sungguh.
Reply
salam sejahterah utk DSAI
syukur pada Nya kerana DSAI bebas dari 1st percubaan penganiayaan..saya berharap sangat agar seluruh raykyat melayu bersatu dan mendoakan DSAI agar berjaya dalam perjuangan yg amat dasyat ini.Saya percaya DSAI seorang yg kuat dan tabah untuk meneruskannya.Saya juga tidak sabar lagi untuk melihat DSAI menjadi PM malaysia yg selama ini saya anggap tiada penggantinya selepas Tun,sungguh…
akhir sekali semoga allah memberikan kekuatan pada DSAI untuk merialisasikan harapan seluruh penyokong DSAI untuk melihat DSAI menjadi PM .
hidup DSAI….
Reply
Assalamauaikum, DSAI.
Saya cukup simpati dengan apa yang berlaku dengan, DSAI dan keluarga. Dari dulu ( 1998 ) hingga sekarang ini sedikit pun saya tidak percaya dengan kejadian yang berlaku, ini semua pembohongan dan fitnah, manusia bukan beragama islam pun tidak percaya dengan cerita yang karut marut ini.
Kepada para pembohong dan para laknat semua ingatlah, kita kan diberikan akal fkiran, cuba fikir sedalam-dalamnya segala cerita yang berlaku tidak masuk akal langsung.Semua kisah seolah-olah telah dirancang dan ada pelakonnya, ingatlah anda bekerja dan menyara anak-anak dan isteri-isteri ( 4 oaranglah ) jangan berikan insan itu dengan hasil titik pelun yang haram dari kejahilan kita. Insaff…….lah, kita hidup bukan didunia sahaja.
Kepada DSAI, tabahkan hati, berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir, tak sabar nak tengok DSAI menjadi seorang PM MALAYSIA.
T.K.
Reply
aku heran dgn org2 bn, awat depa buta ka…dari pandangan fizikal keluarga dsai pun kita boleh agak,camana kehidupan dsai, anak2 lengkap bertudung, lemah lembut….tapi puak2 bn ni….masyallah, yang basic pun tak leh nak buat. maksud aku bertudung lah… ajar anak bini tutup aurat…gamaknya itulah islam hadari…ampunkanlah umat2 mu ya Allah, andai benar mereka itu benar2 jahil, tapi laknatilah mereka jika mereka pura-pura tak tahu… munafik!
Reply
pihak media nampaknya sengaja menambah2 cerita pada setiap bahan tulisanya mengenai DSAI.di seru kepada semua rakyat untuk memboikot akhbar utusan dan cosmo….jihad untuk meletupkan bangunan utusan.
Reply
polisi malaya sama jahat dgn ejen mosad kat negara haram israel……FORZA DSAI MOGA ALLAH RESTUI PERJUANGAN DATO SERI………
Reply
BN dan kroni2nye sedang bermain wayang…rakyat tak bodohla bodoh…
Reply
Syukur Allah..tapi mau senantiasa berhati-hati..jaga diary DSAI baik2. jangan berulang kejadian 1998 diary DSAI hilang…nanti senang ANJING-ANJING tu atur konspirasi……Berdoalah sesungguhnya ALLAH akan hapuskan orang-orang yang zalim…ni saiful anak haram ni, ni berapa lama hang nak hidup? depa bayaq hang berapa juta? besok mampos ,bawa duit masok lubang kubor…ko memang tak selamat…baik dunia dan akhirat.
Reply
Salam kepada semu yang melayari anwaribrahimblog.com
Kita harus ikut cara islam untuk menagani sesutu perkara dalam yang berkaitan liwat dan Zina terutamnya yang membabitkan orang islam.
baca lah semuanya yang saya ambil dari harakah daily Harakahdaily untuk tatapan kita sejenak khas untuk umat islam, yang bukan islam anda menilailah sendiri.
Thu | Jul 17, 08 | 2:59:40 pm MYT
Liwat dan qazaf dari perspektif Islam
Tulisan ini dipetik daripada buku “Qazaf: Mangsa Fitnah” (Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001) tulisan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Buku bersifat kontemporari ini diharap dapat merungkaikan persoalan berhubung tuduhan liwat dan qazaf yang dikategorikan sebagai jenayah hudud dalam sistem perundangan Islam.
Mensabitkan Kesalahan Zina Dan Liwat
Kesalahan zina dan liwat sabit dengan iqrar (pengakuan) atau melalui saksi-saksi yang memenuhi syarat syaratnya.
Iqrar (Pengakuan)
Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):
“Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina.” Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain (yakni seperti tidak melayannya), lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau gila?” Dia menjawab: “Tidak.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Adakah engkau telah berkahwin?” Dia menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): “Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia.”
Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja.” Dia menjawab: “Tidak. Sebenarnya saya telah berzina.”
Mengikut riwayat yang lain: “Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa.” Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.
Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud):
“Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. Wanita itu berkata: “Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya.” Sabda Rasulullah s.a.w. : “Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah.” Wanita itu berkata lagi: “Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada Ma’iz bin Malik?” Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah masalah engkau?” Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah benar?” Wanita itu menjawab: “Ya.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bersalinlah dahulu.”
Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin. Baginda bersabda: “Kita tidak akan merejamnya dan membiarkan anaknya tidak dapat menyusu.” Lalu bangun seorang lelaki dari kalangan Ansar dan berkata: “Biar saya uruskan urusan penyusuannya, wahai Nabi Allah.” Lalu Rasulullah s.a.w. merejam wanita itu.”
Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oelh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar (mengaku) berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.
Syarat-syarat iqrar
1. Orang yang membuat pengakuan itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Tidak sah pengakuan orang gila, mabuk dan sebagainya, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Abu Daud: Kitab al-Hudud):
“Diangkat qalam daripada menulis amalan kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehingga dia terjaga, dan daripada orang gila sehingga dia sedar.”
2. Pengakuan hendaklah dilakukan dengan pilihan sendiri, tanpa dipaksa, sepeti dipukul, dibelasah, diberi bahan yang menghilangkan ingatan seperti dadah dan sebagainya. Maka tidak sah pengakuan orang yang dipaksa, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Ibn Majah: Kitab al-Talaq):
“Allah mengangkat (memaafkan) kesalahan umatku yang melakukan sesuatu kerana tersalah, terlupa dan dipaksa.”
3. Iqrar (pengakuan) dilakukan secara lisan. Tidak diterima pengakuan dalam bentuk tulisan, pita rakaman dan sebagainya dalam perkara hudud.
4. Iqrar hendaklah dilakukan berulangkali dalam perkara zina dan liwat, iaitu sebanyak empat kali, dalam majlis yang berasingan, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap Ma’iz bin Malik.
5. Iqrar itu dilakukan di hadapan hakim dan hakim pula menunjukkan sikap tidak senang dan berusahan supaya orang yang beriqrar itu tidak mengulangi iqrarnya, kerana bertaubat lebih baik daripada menyerah diri secara iqrar di hadapan pihak yang berkenaan, kerana inilah cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Menarik Balik Pengakuan
Seseorang yang mengaku melakukan zina dan liwat hendaklah diterima penarikan balik pengakuannya, walaupun sudah memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas, kerana Rasulullah s.a.w. menegur para sahabat baginda dengan keras kerana meneruskan hukuman terhadap Ma’iz bin Malik setelah dia melarikan diri ketika hukuman dijalankan.
Apabila seseorang lelaki mengaku zina dengan seseorang perempuan dan perempuan itu tidak mengaku salah, maka si lelaki sahaja yang dihukum, kerana inilah keputusan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.
Saksi
Firman Allah (al-Nisa’: 15) yang bermaksud: “Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka.”
Firman Allah lagi (al-Nur:4) yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi…”
Firman Allah lagi (al-Nur:13) yang bermaksud: “Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.”
Orang yang menjadi saksi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Baligh lagi berakal. Oleh itu tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh diterima.
2. Islam, sekiranya tuduhan dilakukan terhadap orang Islam, kerana kesedarannya terhadap perhitungan dosa pahala dan sebagainya. Di samping itu, perkara zina dan liwat ini termasuk dalam hukum hudud Islam yang dinaskan.
3. Mempunyai pancaindera yang sihat. Tidak diterima saksi yang tidak jelas penglihatan, tuli dan bisu.
4. Adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.
5. Lelaki, yakni dalam perkara hudud dan qisas. Oleh kerana zina dan liwat termasuk dalam perkara hudud, maka saksi wanita tidak diterima dalam perkara ini.
6. Tiada tohmahan (kekeliruan yang menarik manfaat atau menolak mudarat), berkepentingan dan prejudis seperti menjadi saksi kepada bapa, anak atau majikannya, atau orang yang diketahui bermusuh dengan orang yang dituduh yang akan memburukkannya sahaja. Maka tidak boleh menerima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik dan sebagainya.
7. Bilangan yang cukup. Pada tuduhan zina dan liwat, memerlukan empat orang saksi.
8. Keempat-empat saksi melihat (perbuatan zina dan liwat itu) bersama-sama.
9. Memberi keterangan dalam majlis (persidangan) yang sama.
Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat. Keterangan saksi yang berlapis yang hanya menerima berita dari orang lain (hearsay) juga tidak boleh diterima.
Kesemua perkara tersebut menunjukkan bahawa tuduhan zina dan liwat, tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.
Keterangan-Keterangan Yang Tidak Nyata
Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani (atau ujian DNA) bagi mensabitkan kesalahan jenayah huduh seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat (kekeliruan). Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat (kekeliruan).”
Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan). Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.
Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.
Bersumpah
Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, seperti zina dan liwat. Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.
Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian.
Syarat orang yang melakukan zina dan liwat
Orang yang melakukan kesalahan zina dan liwat itu pula hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Baligh, yakni cukup umur mukallaf
2. Berakal
3. Secara pilihan dengan tidak dipaksa
4. Mengetahui pengharaman zina dan liwat
5. Tiada syubhah (seperti terkeliru atau tersilap kerana disangka isterinya)
6. Berzina atau berliwat dengan manusia
7. Melakukan perbuatan yang ditakrifkan sebagai zina atau liwat
Qazaf
Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.
Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir.
Qazaf termasuk dalam hukum hudud yang dinaskan di dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Perkara yang telah dinaskan, berada di luar bidang ijtihad para ulama, kerana haram meminda nas daripada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, tidak boleh dinamakan hudud PAS atau hudud sesiapa. Sesiapa yang membuat kenyataan itu maka hukumnya berdosa kerana kenyataan yang dibuatnya itu berdasarkan kepada kejahilannya.
Perkara tersebut menjadi perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam, kerana fardhu ain itu, bukan sahaja terdapat pada perkara yang wajib ditunaikan, tetapi termasuk juga pada perkara yang diharamkan kita melakukannya agar kita menjauhinya, meninggalkannya dan mencegahnya, Manakala mendalaminya secara detail hukumnya adalah fardhu kifayah.
Di kalangan ulama ada yang membahagikan tuduhan itu kepada dua cara:
1. Secara sorih (berterus terang) dengan menujukan tuduhan zina atau liwat kepada orang yang tertentu. Sekiranya tuduhan itu diakui oleh orang yang dituduh secara sukarela dan memenuhi syarat-syarat pengakuannya, maka hukuman hudud boleh dijatuhkan oleh hakim ke atas orang berkenaan.
2. Secara sindiran. Seperti menafikan nasab daripada ayahnya mengatakan ‘awak bukan anak kepada si anu’ yang diketahui sebagai bapanya yang sebenar, atau ‘awak anak daripada hasil zina’ dan lain-lain tuduhan yang boleh difahamkan sebagai tuduhan zina atau liwat.
Hikmah Pengharaman Qazaf
Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri, keluarga atau masyarakatnya. Maruah sangat bernilai dalam hidup dan mati seseorang, membezakan manusia dengan binatang dan menjadi sebahagian daripada harga diri sehingga tidak boleh dinilai dengan harta benda yang paling mahal. Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan.
Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w. supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina dan liwat ke atas seseorang yang lain secara sewenang-wenangnya.
Syarat-syarat Qazaf
Tidaklah mudah menentukan bahawa seseorang itu telah melakukan qazaf, kerana Islam mewajibkan syarat-syarat tertentu bagi orang yang melakukannya, orang menjadi mangsa dan tuduhan itu sendiri.
Syarat-syarat bagi orang yang melakukan tuduhan itu adalah:
1. Berakal. Tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh dipakai.
2. Baligh, yakni sampai umur mukallaf yang boleh dipertanggungjawabkan perintah-perintah agama ke atasnya. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikategorikan tuduhannya sebagai qazaf.
3. Tidak dipaksa. Tidak boleh menerima tuduhan yang dilakukan oleh orang yang dipaksa supaya melakukan tuduhan itu.
4. Tidak dapat mengadakan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi mengikut hukum Islam.
Orang yang dituduh juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Berakal. Maka tidak sah menuduh orang yang tidak berakal. Oleh itu orang yang menuduh tidak boleh diambil tindakan qazaf
2. Baligh. Maka orang yang menuduh terhadap orang yang tidak baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf. Dia hanya dikenakan hukuman ta’zir.
3. Islam, mengikut jumhur para ulama.
4. ‘Iffah atau ihsan, yakni orang yang dituduh itu seorang yang diketahui kebaikan akhlaknya dan tidak pernah disabitkan melakukan zina.
5. Orang yang ditentukan tidak berlaku qazaf dengan menuduh seseorang yang tidak ditentukan secara khusus.
Syarat tuduhan pula hendaklah tuduhan dalam perkara zina, menurut ijmak para ulama dan tuduhan dalam perkara liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama. Sekiranya tuduhan itu dalam perkara yang lain seperti berjudi, minum arak, rasuah dan sebagainya, maka tidak dinamakan qazaf yang mewajibkan hukuman hudud, tetapi berpindah kepada hukum takzir yang terserah kepada budibicara pihak yang berkenaan untuk menentukan hukumannya.
Mensabitkan Jenayah Qazaf
Kesalahan qazaf yang dijatuhkan hukuman had ialah apabila terbukti melalui dua cara:
1. Iqrar daripada orang yang melakukan qazaf.
2. Dua orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi.
Hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf
Terdapat kekhilafan di kalangan para ulama, adakah hukum qazaf berkait dengan hak Allah atau hak manusia?
Mazhab Hanafi menegaskan bahawa qazaf termasuk di dalam kategori hak Allah terhadap hamba-Nya kerana ia berkait dengan maruah seseorang. Hukum hudud yang ditetapkan ke atas jenayah qazaf berkait dengan maslahah umum, iaitu untuk memelihara kepentingan hamba-hamba Allah (manusia) dan maruah mereka, serta menghindarkan perkara kefasadan di kalangan manusia.
Apabila ia menjadi aspek umum maka ia termasuk dalam hak Allah terhadap hamba-hamba-Nya.
Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak hamba (manusia), kerana maruah secara langsung diberikan kepada manusia. Apabila maruahnya dijatuhkan melalui qazaf, ia bermakna seperti melakukan sesuatu ke atas batang tubuh orang yang tertentu, maka ia menjadi hak bagi diri orang itu.
Manakala ulama dalam mazhab Maliki berselisih pendapat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan mendapat Mazhab Hanafi, ada yang bersetuju dengan pendapat Mazhab Syafie dan Hambali. Di antara mereka adalah Ibnu Rusyd, dan ada yang berpendapat bahawa di dalam perkara qazaf ada kedua-dua hak tersebut.
Mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa qazaf itu adalah hak Allah, bermakna setelah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkenaan (berwajib) maka ia tidak boleh dimaafkan lagi, yakni mangsa tuduhan tidak boleh memberikan pengampunan.
Pengampunan hanya boleh diberi sebelum kes tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan. Manakala mereka yang menyatakan bahawa qazaf itu adalah hak manusia, maka mangsa tuduhan diberi hak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan melakukan qazaf.
Hak Tuduhan Qazaf
Mereka yang berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak manusia, mengatakan bahawa orang yang menjadi mangsa mempunyai hak pengampunan ke atas orang yang melakukan jenayah qazaf.
Sekiranya orang yang menjadi mangsa qazaf masih hidup, maka hak membuat pendakwaan terserah kepadanya sendiri. Sekiranya ia telah meninggal dunia, maka hak tersebut berpindah kepada keluarganya yang terdekat, iaitu bermula daripada ayah hingga ke atas, kemudian berpindah kepada anak hingga ke bawah. Ia tidak berpindah kepada saudaranya yang lain, kerana perkara qazaf sangat berkait dengan maruah zuriat secara langsung.
Hukuman ke Atas Orang Yang Melakukan Qazaf (Menuduh Zina atau Liwat)
Nas dan ijtihad para ulama yang berlandaskan roh syariat Allah yang maha adil, menunjukkan bahawa tuduhan yang menjatuhkan maruah seseorang seperti tuduhan zina dan liwat tidak harus dipermudah-mudahkan.
Untuk membuat tuduhan itu, wajiblah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh. Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas pihak yang berkenaan supaya dilaksanakan ketika melakukan sesuatu tuduhan, membuktikan bahawa kewajipan memelihara maruah juga menjadi tanggungjawab kerajaan setelah ditegaskan bahawa ianya adalah kewajipan individu.
Kesalahan tuduhan zina dan liwat amat besar, sehingga ia dimasukkan ke dalam jenayah yang dikenakan hukuman keras dan ditetapkan sendiri hukumannya oleh Allah SWT secara nas di dalam Al-Quran. Di akhirat pula ia dikira sebagai dosa besar yang disediakan azab yang pedih kepada pelakunya, sekiranya dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada mangsa tuduhan atau tidak menerima tindakan undang-undang Islam oleh pihak yang berkenaan.
Hukuman di dunia
Hukuman di dunia yang wajib dijatuhkan ke atas penjenayah qazaf oleh kerajaan Islam ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.
Firman Allah (al-Nur: 4) yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.”
Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:
1. Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.
2. Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.
Hukuman di Akhirat:
Firman Allah (al-Nur: 23-24) yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.”
Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya.
Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.- tajdid_
salam untuk semua amin ya rabalalamin…
Reply
a’kum dato seri…
saya nak buat pengakuan,umur saya dah mencecah 28 tahun tapi saya SEKALIPUN TAK PERNAH MENGUNDI!! sebenarnya saya jijik dengan politik,bagi saya 95% ahli politik sebenarnya nak duit SAHAJA.
tapi sejak saya dengar tentang dato seri pada 1998 dulu,saya yang tak pandai ni pun tau menilai.saya dengan sepenuh hati yakin yang kes dulu dan sekarang adalah FITNAH!! Dan bermula hari tu,saya percaya hanya dato seri yang layak untuk memerintah malaysia.
pak lah – bapak ulamak,tapi dia ALAMAK!! boneka khairy je..berjuang utk merembat sebanyak mungkin duit rakyat.cuba membeli masa sebanyak mungkin sebelum terkeluar, tu yang naik harga minyak tak ingat.kena la short cut kan,orang lain makan duit bertahun.mana aci dia makan sikit…
najib – engkau bukan orang pahang,memalukan..kalau kita jumpa kat padang masyar nanti engkau tau la nasib engkau masa tu!!!
saya doakan semoga sesiapa yang cuba menganiaya dato seri ditempatkan di dalam neraka jahannam bersama syaitan!!!
jangan putus asa,kami semua memerlukan dato seri untuk membela nasib kami yang daif sebagai rakyat!! semoga Allah memberkati dato seri sekeluarga…amin
Reply
Assalamulaikom DSAI, keluarga dan juga penyokong REFOMASI
Apa yang telah berlaku dan akan berlaku adalah suatu permainan politik yang cukup kotor dalam sejarang negara kita. Penahanan DSAI yang ala MAFIA langsung tak masuk akal…dolak daleh polis…sungguh kurang ajar….pengecut….nak tangkap DSAI pakat panggil satu batalion…POLIS MALAYSIA BACUL…RUGINYA ANAK MELAYU DAPAT POLIS MACAM NI..BODOH DAN DUNGU…
Polis kata diorang professional…tak dengar ke statement Dato’ masa di BPR..dah di khabaq kan lapor diri sebelum jam 2 petang….aduuu bodohnya polis….otak dunggu….professional haprak….
Lepas tangkap macam mafia…main pakai topeng lakk…..khaaa….macam DSAI pembunuh misteri..khaaa….lawak betui polis kita ni…orang yang buat filem lucah….macam “SAYALAH TU” TAK DI TANGKAP…..yg liwat tak hapa punya tuduhan…tangkap main pakai topeng….bodoh…
KALAU POLIS2 ADA BACA TULISAN NI…JANGANLAH BUAT LAWAK MACAM BOS2 HAMPA NI…DIORG NI BODOH TAK RETI BAHASA..DAH TULIS JAM 2…BUAT PA MAI AWAL…DOK TAHAN KETA ORG TGH JALAN APASAL….PANGGIL KETA RAMAI2 BUAT APA…MENGHABISKAN DUIT RAKYAT…PEGI TANGKAP ORG YANG MEROMPAK , MEMBUNUH….MENIPU TU….SAYA CONFIRM..DATO DSAI BUKAN ADA PISTOL..PISTOL AIR ADA LAHH…..ADUHHHH…SEKALI LAGI POLIS BODOH…
SAYA RASA KALAU DITAKDIRKAN DASI MEMERINTAH APA KATA KITA BAGI PINGAT BODOH KEPADA POLIS….KHAAA..BUAT MALU ORG KITA JAA…MENGAHABIHKAN DUIT SAYA BAYAR TAX JEEE…BOH POLIS…BUKAN SEMUA TAU..POLIS YG TERLIBAT DENGAN DSAI JAAA…OK…JANGAN TIRU DIORANG NI…DIORANG NO BARUA…AHLI POLITIK..
DSAI, saya pernah mencadangkan agar PIHAK TENTERA SAJA YANG AMBIK ALIH KERJA POLIS BODOH NI….BIAR TENTERA BERSIHKAN POLIS NI….KALAU DEPA SALAH…SUMBAT DALAM TAHANAN TENTERA..POLIS NI BUKAN APA DIORANG NI KULI KDN…TENTERA LAIN…DIORANG ORDER DIRECT DARI RAJA-RAJA MELAYU TAK MAIN LAH AHLI POLITK…
Saya yakin kes ini boleh selesai dengan baik..percayalah…..
KEPADA DSAI…SAYA TETAP TABIK HORMAT…DSAI TAK UBAH SEPERTI HANG JEBAT…PANGLIMA MELAYU…TAK UBAH SJUGA EPERTI ARWAH LEFTENAN ADNAN..BIAR PUTIH TULANG JGAN PUTIH MATA…TERUSKAN BERJUANG SEHINGGA AKHIR HAYAT DSAI…
Kepada semua penyokong DSAI dan rakan2 semua…SELAMAT BERJUANG….
Reply
Kami rakyat dari Sarawak menyokong penuh DSAI.
Teruskan perjuangan….
“AGI IDUP, AGI NGELABAN”
Reply
Akhir dari semua kejadian ini adalah: Kebenaran pasti akan nyata… Mereka yang berada di pihak yang benar pasti menang… Semoga kejadian-kejadian ini memberikan peringatan kepada kita bahawa kita berada di zaman akhir…
Reply
Dato Sri,saya juga pernah menjadi wartawan 9 tahun,saya tidak percaya dengan lapuran Utusan Malaysia/Berita Harian/NST/TV 1/TV3 mengenai lapuran perihal Dato Sri.Mereka ini memutarbelit kebenaran.Kalau orang kampung 100% ia percaya apa yang disiarkan.Saya sangat benci pada kepalsuan,kebodan BN menipu rakyat.Yusop Abdurahim
Reply
FITNAH TIADA SEMPADAN ATAU PENGHUJUNGNYA….. SELAGI BERNYAWA MANUSIA AKAN TERUS MEMBUAT FITNAH DAN MENGEJI SESAMA MANUSIA….. PERNAH TERTULIS DIDALAM SEJARAH KEJATUHAN SESEBUAH NEGARA YANG BESAR, BERKUASA DAN BERPENGARUH AKIBAT DARIPADA FITNAH SESAMA SENDIRI OLEH PEMIMPIN-PEMIMPINYA….. ADAKAH NEGARA KITA AKAN IKUT JEJAK INI? TIDAK SANGGUP RASANYA MEMBIARKAN ANAK CUCU KITA MENJADI KORBAN AKIBAT KETAMAKKAN ORANG LAIN….. MARI KITA BERSATU MENEGAKKAN KEADILAN….. REFOMASI
Reply
Assalamualaikum w.b.t dato’ seri dan keluarga…
‘Sabaq No.. ‘ ini semua dugaan tuhan, supaya bila dato’ duk kat atas hujung tahun nih dato tau apa yang rakyat tak suka..
la nih macam nih la.. nak cadangkan kat Pak Lah.. daripada Pak Lah duk diam terkedu tak tau nak buat apa.. baik paklah ikut idea 20 sen rakyat bawahan nih..
Semua rakyat sayang Pak Lah, dah terbukti pada pilihanraya selepas TDM letak jawatan.. BN Menang besar jugak.. sebab apa?? sebab Pak Lah anak ulamak… sebab Pak Lah muka bersih.. semua orang yakin.. tapi bila dah naik! yang dok pi turut cakap si Khairy budak sesat mana masuk dalam politik tu buat apa?? sungguhpun menantu.. bukan leh jamin masuk syurga pun…
lepas tu dok pi backup orang2 bawah yang buat salah tu buat apa?? jangan lah dok guna ayat ‘Biaq pi lah..” Pak Lah oi… kami rakyat nih tau Pak Lah penin kepala.. mana nak manage kerajaan lagi, mana nak pikiaq bebanan yang ditinggai oleh TDM lagi.. semuanya mai sehempuk atas kepala Pak Lah.. kami kesian kat Pak Lah.. tapi kalau Pak Lah duk diam saja, tak tau nak cakap apa.. kami tak kesian dah! kami jadi meluat..
la ni macam nih, Pak Lah bercakap la sikit.. jangan cakap banyak tapi lari merata.. cakap sikit cukup.. gantung tugas ketua polis negara, gantung tugas TPM, siasat semuanya serentak, pastikan undang-undang ditegakkan tanpa pengaruh politik.. baru la rakyat bangkit sayangkah Pak Lah semula..
lepas tu, Pak Lah loncat mai Pakatan Rakyat, PR bagi paklah jadi perdana menteri dan DSAI jadi Timbalan PM dan naik jadi PM 2010.. itu lagi bagus Pak Lah.. kalau Dato’ On pengasas UMNO leh keluar parti takkan Pak Lah tak boleh loncat mai Pakatan Rakyat??
Sejuk perut mak ngan ayah Pak Lah kalau Pak Lah mampu buat macam nih.. bukan susah pun.. senang saja.. toksah lah dok pertahan parti konon.. pertahan apa lagi aih.. dah 51 tahun dah merdeka.. kalau la UMNO ibarat manusia, macam-macam penyakit dah kena, kencing manis, darah tinggi, gout, jantung berlubang, bengkak hati.. semua dah ada.. tunggu nak mati saja.. loncat lah Pak Lah.. Loncat! jgn dok pertahan parti yang dah nak mati..
DSAI! bersedialah nak jadi PM no.. Kalau Pak Lah tak lompat lekaih.. lepas nih dengan Pak Lah2 sekali kita humban pi lokap.. yang lain-lain tu dah tentulah kita boh awai2 lagi lam lokap.. bukan balas dendam.. cuma nak menegakkan kebenaran..
Berkenaan dengan kes Altantuya nih pun seronok juga!
Apa cerita la si Najib ngan Rosmah nih.. hurm.. laki bini sama naik.. ingatkan laki saja giat, rupanya bini pun lagi giat.. macam2 cerita dok dengaq, betoi ka dak aku tak tau.. kalau tak betoi orang yang sebar cerita berdosa, kalau betoi hangpa berdosa.. tapi aku sebagai rakyat malaysia aku malu dengan rakyat monggolia.. malu teramat malu.. apa lah rakyat depa dok kata kat kita.. pikiaqlah sendiri…
hangpa dok kat ataih tu buat qeja betoi2 tak buleh ka?
duit banyak tak reti dok diam.. macam-macam benda hangpa nak buat.. kalau duit hangpa takpa.. masalah duit kami! bagi balik pun baguih daripada dok pi melayan nafsu buas hangpa tu.. :p
malaih dah aku nak komen!
Reformasi! Reformasi! Reformasi!
Reply