Archive for July 14th, 2008

14 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya merasa kesal bila diberitahu jalan raya di sekitar ibu kota sesak akibat sekatan polis hari ini. Sekatan itu diadakan kononnya untuk menghalang perhimpunan di Parlimen. Kenyataan media yang diedarkan semalam jelas menyatakan bahawa saya dan Pakatan Rakyat tidak terlibat dalam mengadakan sebarang perhimpunan di Parlimen dan sekitarnya.

Semalam saya dikaitkan oleh pihak polis sebagai individu yang akan memobilisasikan satu perhimpunan di Parlimen. Malah satu perintah mahkamah telah dikeluarkan untuk menghalang saya dari berada di Parlimen dan sekitarnya.

Nampaknya pembohongan demi pembohongan dicipta untuk memburukkan nama saya. Saya digambarkan oleh aparat-aparat penguasa sebagai ‘pengacau kententeraman’. Sedangkan yang menyusahkan rakyat adalah aparat-aparat yang takut akan bayang-bayang sendiri!

ANWAR IBRAHIM

14 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

On Saturday 12th July, AFTER our client has voluntarily agreed to present himself to IPK KL on Monday 14th July at 2 pm, the police in contravention of the voluntary agreement, went about harassing and intimidating his staff members and family members the next day, in attempting to serve an order under Sec 111 CPC. This was totally unnecessary given that we were all in an unconditional agreement, in advance, that our client will appear at IPK KL at 2pm today. Our client has duly protested the uncalled for behaviour of the police and have sent a letter indicating the same, to the police yesterday at 5 pm. Below is a copy of the same for your reference.

SANKARA NAIR
(Counsel for Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Statement to police

14 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah mengambil keputusan untuk mengadakan satu perhimpunan di Parlimen pada Isnin 14 Julai 2008.

Keputusan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jelas iaitu untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada kerajaan di bawah peruntukan 18(1) Peraturan Mesyuarat Parlimen.

Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah majistret yang diperolehi secara exparte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008. Majistret yang dikatakan membenarkan perintah tersebut adalah Tuan Nazran bin Mohd Sham. Perintah tersebut tidak diserah ke atas saya tetapi hanya ditampal di luar rumah pada hari ini.

Saya menganggap perintah mahkamah tersebut merupakan satu fitnah dan penyalahgunaan proses undang-undang. Saya akan mengarahkan peguam kami untuk memulakan proses undang-undang untuk mengenepikan perintah tersebut.

ANWAR IBRAHIM