Archive for July 13th, 2008

13 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

The scandal’s timing is fishy, and Malaysia’s rulers haven’t hesitated to squelch dissent in the past.

From Newsweek.com

Just a few years ago, Anwar Ibrahim—Malaysia’s former deputy prime minister turned opposition leader—was behind bars, and the career of this Western- and market-friendly reformer seemed over. Then, last March, Anwar shocked even his most devout supporters by roaring back onto the political scene, leading the opposition to record gains in parliamentary elections. (more…)

13 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

pingat1 img_4400.jpg img_4406.jpg

Azizah pernah ditawar dengan anugerah Dato’ lebih satu dekad lalu kerana sumbangannya dalam bidang kebajikan, persatuan orang buta, dan Puteri Islam. Beliau menolak dengan hormat atas alasan saya sudah pun menggondol banyak pingat.

Bulan lalu manakala Ketua Menteri mempelawa Azizah untuk menerima gelaran tersebut, beliau tetap menolak. Sdr Guan Eng merayu dengan saya tetapi saya menyokong keputusan Azizah. Tetapi akhirnya Azizah setuju setelah didesak YB Lim Guan Eng dan diperkenan Tuan Yang Terutama Pulau Pinang.

Ucapan sambutan YB Lim Guan Eng tatkala mengumumkan anugerah kelmarin dihargai.

Saya turut bangga.

ANWAR IBRAHIM

13 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

img_4574.jpg img_4622.jpg img_4625.jpg img_4627.jpg img_4711.jpg img_4552.jpg

Perhimpunan rakyat di Kota Sarang Semut selesai sebentar tadi. Pidato Tuan Guru Ustaz Hadi dan Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan menyangkal tohmahan kalangan yang sengaja mengungkit isu keretakan Pakatan Rakyat. Mereka mengulangi komitmen dalam rangka kerjasama dan mengingatkan umat akan kejahatan dan bahaya fitnah.

Perhimpunan di Kota Bharu pula menyaksikan kebangkitan rakyat Kelantan menuntut perubahan. Puluhan ribu rakyat bersesak untuk mendengar pidato Saifuddin Nasution, Datuk Husam, saya dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Saifuddin Nasution memberikan urutan peristiwa – dari gugatan ke atas Pakatan Rakyat, aduan terhadap Musa Hassan dan Gani Patail, kes rasuah dan pembunuhan Altantuya. Maka strategi mengalih pandangan rakyat adalah dengan merekayasa pertuduhan salahlaku seks terhadap saya. Beliau bangkitkan isu biasiswa, pejabat TPM, dan lain-lain.

Datuk Husam mengulas kisah Nabi Yusuf ‘alaihissalam, Siti ‘Aishah dengan al-ifk sebagai pengajaran. Malah dikesalkan sekali betapa pimpinan Umno-BN sanggup meneruskan fitnah keji. Beliau menggesa rakyat supaya istiqamah memperjuangkan keadilan, mempertahankan wadah Pas bersama Pakatan Rakyat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menggesa rakyat menolak fitnah dan muslihat Umno yang berterusan. Beliau menegaskan untuk memperkuat Pas bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat. Saya menyentuh isu minyak, debat 15 Julai, dan mengapa perubahan kerajaan perlu disegerakan.

Seandainya rakyat umum dapat melihat lautan manusia di majlis di Kota Sarang Semut seperti juga di Kota Bharu malam semalam, mereka akan lebih mengerti maksud kemaraan rakyat!

ANWAR IBRAHIM