Archive for July 12th, 2008

12 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Ada kegusaran di kalangan teman-teman pengunjung tatkala wujud beberapa ‘pengunjung setia’ blog ini kelihatan berterusan menyebar fakta-fakta yang salah dan juga acapkali membangkitkan isu yang telah dijawab sekian lama.

Saya meneliti kalangan pengunjung-pengunjung tersebut yang cenderung menyebar fitnah berterusan dan mempersoalkan perkara yang tidak berbangkit. Pun begitu sekalung penghargaan buat teman-teman yang tampil menyatakan pendirian dan memberi hujah balas kepada persoalan mereka.

Saya akan siarkan teguran tersebut di dalam blog. Saya sememangnya memilih pendekatan terbuka, memperluas ruang berwacana.

Maka saya terus menyiarkan respon pengunjung yang menyerang saya. Kendati begitu fitnah dan pernyataan lucah harus disekat.

Terdapat pengunjung upahan Umno yang akan mempertahankan kezaliman. Namun tidak semua serangan muncul dari laskar bajingan. Mungkin saja ada yang jahil atau terkeliru dengan asakan propaganda Umno-BN.

Justeru itu kita harus berhikmah dan sabar menjelaskan isu. Biar mereka berterusan menabur fitnah, yang pasti di pihak kita perlu terus menabur fakta.

ANWAR IBRAHIM

12 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

datuk-sri-utama.jpg

SuaraKeadilan.com
Sumbangan dan ketokohan Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail diabadikan dalam sejarah negara apabila beliau dikurniakan darjah kebesaran Pulau Pinang: Darjah Panglima Pangkuan Negeri sempena Ulangtahun Yang Dipertuan Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Di rasmikan dalam suatu majlis sambutan ulangtahun pada Sabtu 12 Julai, anugerah yang dikurniakan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail itu membawa gelaran Datuk Seri.

(more…)

12 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Part 1

Part 2