10
Jul
08

Usul tidak percaya: Kenyataan Akhbar Ketua Pembangkang

wan-azizah1.jpg

8 Julai 2008, Suara Keadilan Online, KENYATAAN AKHBAR KETUA PEMBANGKANG

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2)

Sebentar tadi saya dengan diiringi wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk membawa satu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2).

Usul tersebut berbunyi:

“Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan.”

Pilihanraya Umum ke-12 menyaksikan ‘Tsunami Politik’ yang mengakibatkan 5 negeri dan juga Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sekaligus menafikan penguasaan majoriti 2/3 Barisan Nasional.

Kemenangan tipis BN ini telah dicapai melalui manipulasi SPR dan pembohongan yang tidak bermaruah. Harga minyak telah dinaikkan secara mengejut selepas PRU walaupun Timbalan Perdana Menteri semasa melancarkan manifesto BN telah berjanji tidak akan menaikkannya. Negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat juga dianaktirikan menunjukkan sikap BN yang bertentangan dengan semangat demokrasi dan federalisme. Ahli-ahli Parlimen BN yang bertindak menolak sikap pimpinan mereka yang tidak bertanggung-jawab diugut dan dipaksa supaya tidak bersuara.

Perkembangan ini mengakibatkan wujudnya krisis keyakinan terhadap YAB Perdana Menteri dan kabinet beliau. Rakyat kini dilanda beberapa krisis besar seperti harga minyak yang terlalu membebankan rakyat, harga bahan makanan dan keperluan asas rakyat yang semakin mahal, keyakinan rakyat yang semakin terhakis terhadap institusi Polis, Peguam Negara dan Badan Kehakiman, Peningkatan kadar jenayah dan gejala Rasuah yang semakin membarah.

Kami yakin Dewan yang mulia ini wajar membincangkan Usul yang dikemukakan ini.

Sekian, terima kasih.

YB Dr Wan Azizah Wan Ismail

Ketua Pembangkang Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Permatang Pauh


85 Responses to “Usul tidak percaya: Kenyataan Akhbar Ketua Pembangkang”


  1. 1 Alhaj ibn Ibrahim Asysarawaky Jul 10th, 2008 at 10:22 pm

    Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh!

    Datin Seri,

    PM terpinga kita lihat di kaca TV, tidak sedar usul tidak percaya terhadapnya telah dikemukakan kepada Speaker. Peralihan kuasa PM dari Abdullah kepada Najib dihebahkan berkuatkuasa pada Jun 2010. Mulai hari ini rakyat akan melihat siapakah masih Perdana Menteri kita sebenarnya: apakah Abdullah Badawi(tinggal nama) atau Najib (pada hakikatnya).

    Ikhhlas, terima kasih.

    Alhaj

    Reply

  2. 2 hanafijamil Jul 10th, 2008 at 10:29 pm

    PakLah terus menolak buah catur seterusnya(pukul7-umum undur bulan Jun 2010) bila mendengar berita usul undi tak percaya(pukul3). Adakah Najib yakin dapat mewarisinya? Adakah Speaker cukup demokrasi dan berani membenarkan usul?

    Reply

  3. 3 JEBAT Jul 10th, 2008 at 10:30 pm

    di harap sangat dewan speaker membenarkan usul ini. Rakyakt sudah tertekan.

    Reply

  4. 4 mustafa Jul 10th, 2008 at 10:42 pm

    saya menyokong tindakan ketua pakatan rakyat. agar usul ini dapat di bincangkan.
    memang benar apa yang dikatakan. penderitaan rakyat amat jelas.
    semoga allah merahmati apa yang kita lakukan.

    Reply

  5. 5 Travolta Jul 10th, 2008 at 10:45 pm

    Dato Seri, saya terbaca dalam site YB Zul.. moderator debat 15 julai nanti adalah Johan Jaafar..tapi kenapa Johan Jaafar???…dia ni talibarut tegar Umno ..selalu saya perhatikan dalam debat perdana RTM bersikap amat tidak berat sebelah …saya pasti si JJ ni akan selalu pancung hujah Dato Seri tapi memberi muka pada pendebat UMNO (itupun kalau boleh dipanggil pendebat..)

    SAYA MINTA DITUKARKAN MODERATOR DENGAN PROF UNGKU AZIZ ATAU TUN SALLEH ABAS…

    Reply

  6. 6 Travolta Jul 10th, 2008 at 10:46 pm

    Dato Seri, saya terbaca dalam site YB Zul.. moderator debat 15 julai nanti adalah Johan Jaafar..tapi kenapa Johan Jaafar???…dia ni talibarut tegar Umno ..selalu saya perhatikan dalam debat perdana RTM bersikap amat tidak berat sebelah …saya pasti si JJ ni akan selalu pancung hujah Dato Seri tapi memberi muka pada pendebat UMNO (itupun kalau boleh dipanggil pendebat..)

    SAYA MINTA DITUKARKAN MODERATOR DENGAN PROF UNGKU AZIZ ATAU TUN SALLEH ABAS ATAU SESAPA YANG DIRASAKAN NEUTRAL…

    Reply

  7. 7 Travolta Jul 10th, 2008 at 10:47 pm

    Dato Seri, saya terbaca dalam site YB Zul.. moderator debat 15 julai nanti adalah Johan Jaafar..tapi kenapa Johan Jaafar???…dia ni talibarut tegar Umno ..selalu saya perhatikan dalam debat perdana RTM bersikap amat BERAT SEBELAH …saya pasti si JJ ni akan selalu pancung hujah Dato Seri tapi memberi muka pada pendebat UMNO (itupun kalau boleh dipanggil pendebat..)

    SAYA MINTA DITUKARKAN MODERATOR DENGAN PROF UNGKU AZIZ ATAU TUN SALLEH ABAS…

    Reply

  8. 8 muhammadamirul Jul 10th, 2008 at 10:49 pm

    assalammualaikum…

    langkah pertama menuju Putrajaya. Teruskan perjuangan membela nasib agama dan rakyat seluruhnya.

    Reply

  9. 9 asyraff Jul 10th, 2008 at 10:53 pm

    Salam…
    DS Semoga Berjaya tp td nazri aziz kata undi tidak akan berjaya isnin ni hurmmm deowg dh takot le 2 kn kn kn,
    Comel la cucu DS sape baby tu?laki ke Perempuan? ^.^

    Reply

  10. 10 Ahmad Zamri Hj.Taib Jul 10th, 2008 at 10:57 pm

    Saya menyokong sepenuhnya dgn usul tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau.
    Persepsi saya yang membohong ialah Kerajaan dengan membuat kenyataan segala-galanya baik dalam negara, semua rakyat sokong Kerajaan, parti UMNO sebulat suara hendak Dato Seri Abdullah kekal sebagai Presiden dan lain-lain.
    Jika pembohongan adalah pengkhianatan, maka yang mengkhianati Negara dan Rakyat ialah Kerajaan dengan pemimpinnya.

    ” Wadah perjuangan Bangsa…inilah sebahagian perkara yg berlaku setiap hari dan kita terlepas pandang kebenaran nya… ” Salam buat Dato Seri Anwar.

    Reply

  11. 11 thaqif Jul 10th, 2008 at 10:58 pm

    DS,

    INI BUKAN LANGKAH BIJAK BUAT MASA INI.

    Pada pandangan saya tindakan ini tidak sesui pada masa sekarang dan ianya tidak mungkin berjaya.
    Saya takut nanti ianya akan menjadi senjata makan tuan,imeg PR rosak dan moral jadi merosot.

    Reply

  12. 12 Albert Jul 10th, 2008 at 11:06 pm

    I fully support What PKR is doing as they know what’s good for the rakyat. Syabas Datin you make it happen when others are shying away.

    Reply

  13. 13 Ruz Jul 10th, 2008 at 11:12 pm

    Akhirnya usul ini diketengahkan juga. Kami doakan semoga berjaya! Amin…

    Reply

  14. 14 Pengundi Senyap Jul 10th, 2008 at 11:27 pm

    DS Kak Wan
    Teruskan usul ini walaupun PakLah nak undur 2 tahun lagi…..ini mungkin sandiwara mereka.
    Jangan peduli PakLah itu…..kalau Najib naik…lagi jahanam negara ini baik Perundangan Hakim, ketelusan Polis dan Pendakwaan Negara.

    Terusssssssssssssssskkkkkkkkkkkkkaaannnnnnnnn………Aminn

    Reply

  15. 15 NzrIda Jul 10th, 2008 at 11:58 pm

    Apakah perancangan telah benar2 dibuat secara rapi? Bolehkah usul ini diyakini berjaya? Sememangnya kami mengharapkan usul ini mendapat sokongan 30 MP BN. Tak sabar dengan perangai BN memerintah sekarang ni. Takde apa pun kebaikan untuk rakyat, melainkan penindasan ke atas rakyat terbanyak yang dibebankan dengan harga minyak, barangan dll. Apabila PR boleh memerintah nanti, harapnya tidak menggunakan perkataan “SUBSIDI” lagi, tapi tukar kepada “HASIL NEGARA UNTUK RAKYAT”, supaya hasil negara terus di tambah oleh Allah SWT.
    Hidup DS sekeluarga.

    Reply

  16. 16 Zul Penang Jul 10th, 2008 at 11:59 pm

    DS..
    Telah lama rakyat ternantikan perubahan kerajaan kepada PR.
    Memang tak sabaq-sabaq nak tungu.Teruskan DS,mundur jangan sekali.

    Reply

  17. 17 DonMny Jul 11th, 2008 at 12:31 am

    TAHNIAH

    langkah telah diambil,
    kata telah dikota,
    ahli parlimen semua tunggu apa lagi,
    mari kita berjalan seiring,
    langkah semua sangat perlu ketika ini,
    untuk membina sejarah baru.

    fikir-fikirkan,
    silap. tak perlu fikir lagi.
    jom.

    Reply

  18. 18 mamr gadaffi2008 Jul 11th, 2008 at 12:37 am

    DS Kak Wan,

    Saya amat menyokong usul ini dibentangkan diparlimen ,aturlah strategi yg mendatangkan tekanan kepada BN,kami dan sekalian rakyat dah tak sanggup dengan kerajaan yg ada sekarang,hampir setiap
    hari rakyat dibohongi oleh kerajaan buta hati dan tak berhati perut ,kami yg bekerja swasta sangat
    merasai betapa getir nya untuk menerus kan kehidupan harian bagai mana dengan ibu tunggal ,makcik2,pakcik2,dan org yang hidup serba kesederhanaan dikampung,bertambahlah penderitaan hidup mereka ,percayalah kes-kes jenayah akan berlipat kali ganda banyaknya syarikat-syarikat iks yg majoriti pekerja nya bumiputera akan hilang sumber pendapatan .inikah kerajaan sekarang mahukan ,
    kepada ahli parlimen bn yg terbaca coretan ini ingatlah sekiranya anda ingin menjadi pembela bangsa agama dn negara pikirlah semasak-masaknya kerana anda lebih arif tentang latar belakang tpm sekarang orang yang sebeginikah yg hendak kita letakkanbakal sebagai ketua negara ????.nzb.

    Reply

  19. 19 moneyads4u Jul 11th, 2008 at 12:44 am

    salam,

    teruskan undi tak percaya itu. InsyaAllah Alllah akan bersama dengan orang yang benar.

    ramai wakil rakyat BN akan mengundi kita nanti… insyaAllah.

    Reply

  20. 20 DonMny Jul 11th, 2008 at 12:55 am

    MODERATOR DEBAT 15 JULAI

    mengikuti moderator yang ada dinegara kita,
    hamba rasa johan jaafar sesuai.
    syed munawar pun kira ok,
    tapi kebolehannya menyerap dan membangkitkan suasana
    belum cukup masak lagi.
    agus terlalu serius.
    lain-lain moderator,
    rasanya kena ambil kursus tambahan.

    debat salahuddin vs shahril dulu tak dak ‘ummph’
    moderator lemah.

    kepada rakyat awam,
    lawatilah blog A KADIR JASIN.
    tinjaulah tulisannya bertarikh 9 jun

    supaya nanti kita ada sedikit persediaan yang bersifat ilmiah.

    JOM

    Reply

  21. 21 Sukhoi Jul 11th, 2008 at 1:10 am

    Insyaallah kami berdoa semoga Dato’ Seri Anwar Ibrahim selamat menuju ke Putajaya sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan kerajaan yang ternyata gagal mentadbir negara dengan berkesan. Kita lihat banyak masalah negara tidak dapat ditangani dengan baik walaupun jika ada sekalipun ianya hanyalah bersifat jangka pendek dan seringkali melatah seolah2 tiada perancangan rapi dalam membuat keputusan penting negara. Hakikatnya kayu pengukur kepada keberkesanan kerajaan yang memerintah adalah kepintaran dalam menyusun strategi menyelesaikan masalah bagi mengembalikan kesejahteraan rakyat dan negara. Ayuh kita berfikiran positif ke arah usaha murni ini ke arah membentuk kerajaan baru yang adil, bersih dan telus.

    Reply

  22. 22 Hadie Jul 11th, 2008 at 1:23 am

    Kami bersedia menerima PM Baru dalam peralihan kuasa ini, samada DSAI, Kak Wan,TN Guru Nik Aziz, Husam( semua nya dari pakatan Rakyat) dan tidak dari Be End dan Ameno!!!Jika DSAI tertangkap sekalipun kami bersedia menerima Pemimpin lain untuk terus berjuang untuk Rakyat. 1 tangkap 1 Juta Bangkit. Kepada pihak yang cuba menghalang kebangkitan rakyat ingatlah, kami tidak berjuang menaikkan “Pemimpin”!Kami berjuang atas hak kami Rakyat!!Kamu tangkaplah sesiapa sahaja, tapi ingat kamu tidak dapat menghalang kebangkitan Rakyat! Hidup Rakyat!!!

    Reply

  23. 23 monkeyHead Jul 11th, 2008 at 1:42 am

    kalau usul tak percaya kpd “dia” pun dia tak percaya,
    rakyat tak tau nak kata apa lagi..
    skrg ni pun dah kedengaran ada yg rela mohon tukar kerakyatan dari berpiemkan “dia” tu lebih lama!
    kedengaran mmg lawak bunyinya, tak masuk akal.. tapi rakyat dah cukup lama menderita.
    apa nak jadi lepas ni jadilah…

    mH

    Reply

  24. 24 wan nasru ahmad Jul 11th, 2008 at 1:53 am

    asm,
    sepertimana kita ketahui usul undi tidak percaya telah dikemukakan kepada speaker parlimen. namun sy berpendapat usul ini boleh menjadi seperti mana akuan bersumpah Bala yang mana jika speaker pada asasnya bersetuju usul ini dibahaskan pasti terhalang oleh tekanan dari puak BN dengan cara mengugut/menghadiahkan sesuatu yang mampu menampung tujuh keturunan tuan speaker.

    susah untuk mencari orang yang ada iltizam dan tekad merubah nasib rakyat seperti dato’seri. banyak yang ada lebih kepada kepentingan peribadi bukannya agenda rakyat. ketamakan kuasa, kerakusan nafsu menyebabkan rakyat berterusan menderita dan menanggung beban.

    walau bagaimanapun, saya berharap dan berdoa agar usul ini dibenarkan dibahaskan di Parlimen pada Isnin ini tanpa sebarang masalah. Saya mahu melihat peranan ahli parlimen dalam usul ini

    Reply

  25. 25 opoiki Jul 11th, 2008 at 1:58 am

    saya sokong usul ini.

    Reply

  26. 26 orang muda Jul 11th, 2008 at 3:30 am

    Pak lah cuba bohong lagi…igt lagi tak time Mahathir duk bising2 suruh Pak Lah letak jawatan kalau tak silap dalam bulan 3 aritu..Pak Lah pun jawab peralihan kuasa akan berlaku pada akhir Disember ni..iaitu selepas pemilihan agong umno…lepas tu bila dgr usul undi x percaya dia cakap pertengahan bulan 6 tahun 2010 plak…apa kes ni paklah..cakap x pernahnya betui..xda pendirian betul..mcm ni ka pemimpin x boleh nk buat keputusan yg muktamad.Aku rasa dia umum macam nk undur pertengahan bulan 6 2010 tu bukan apa…nak ambik hati ahli parlimen BN yg lain terutama dari sabah n sarawak n beberapa ahli umno yg dh ready nk menyeberang masuk pakatan rakyat agar tak menyokong usul undi x percaya nanti…aduh paklah…jgn la tipu byk sgt…nak umum tarikh bubar parlimen pun tipu,umum kenaikan harga minyak pun tipu ni nak umum letak jawatan pun tipu lagi…dah la rakyat malaysia…jangan kita tertipu lagi…

    Reply

  27. 27 Noh Jul 11th, 2008 at 5:13 am

    Cara terbaik yang telah difikirkan oleh PKR setelah harapan untuk DSAI duluan masuki Parlimen melalui Pilihanraya Kecil telah dicantas oleh konspirasi Umno melalui kes liwat terbaru. Umno/BN bimbang hujah DSAI diparlimen boleh mempengaruhi MP2nya tawar hati terhadap kerajaan dan menyebelahi PR. Umno akan melakukan apa sekalipun supaya kerajaannya tidak tumbang. Inilah sikap mereka yang telah pudar imannya, menyangkakan ketentuan adalah dari mereka, apa yang mereka rancang pasti berhasil, mengenepikan perancangan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Apa pun kita tunggulah. Ada hikmah dan rahmatNya. Kita berusaha dan berdoa kehandrat Illahi untuk kebaikan rakyat Malaysia. Selamat berjuang PR, amin Ya Rabbul Aalamin.

    Tergenang air mata merasakan kecelaruan yang menimpa rakyat Malaysia kini. Sama2lah kita munajat kepada Allah supaya menyelamatkan Malaysia.

    Reply

  28. 28 desperado Jul 11th, 2008 at 5:31 am

    di antara perkara2 yang saya nanti2kan, vote of no-confident. Lepas ni nak tengok MP sabah yang mana pula yang akan berani keluar dari umNO demi menuntut hak rakyat sabah…

    Reply

  29. 29 teeja Jul 11th, 2008 at 6:50 am

    Warga wajar melihat keistimewaan Parlimen yang difungsikan dengan sebaik-baiknya dan usul ini adalah perlaksanaan ke arah mensasarkan pembangunan yang lebih diyakini untuk mewujudkan pentakrifan baru maksud perkongsian di antara penguasa dan warga dalam erti yang lebih luas upaya dimodiulkan hak-hak Allah di dalam usaha menyempurnakan hak-hak sebuah kerajaan untuk berkebajikan kepada warganya.

    Usul ini perlu disokong untuk lebih dihayati erti dan sifat perkongsian kekayaan dari pendapatan negara dalam lingkungan pemahaman bahawa ilmu itu memajukan ekonomi dan kuasa bersiasah warga.

    Ini bukan mimpi tetapi hakikat yang merealitikan harapan seluruh warga.

    Reply

  30. 30 azari.aur@rembau Jul 11th, 2008 at 7:41 am

    rasa-rasanya macam dah dapat dijangka…keputusan undi tak percaya sudah pasti tidak

    menyebelahi pakatan..kenyataan yang dikeluarkan oleh speaker ,

    walaubagaimanapun tahniah buat pakatan kerana berani buat suatu cubaan yang cukup berani

    dan sejarah malaysia akan tercipta.

    tahniah.

    Reply

  31. 31 hyde Jul 11th, 2008 at 9:07 am

    Cukuplah tu..bagilah peluang PR memperkasakan suara rakyat pulak..
    DSAI,DSWA dan pimpinan PR lain teruskan usaha anda..Semuga Berjaya!

    Reply

  32. 32 john Jul 11th, 2008 at 9:23 am

    hello DS, we must have a new Bendera for Pakatan Rakyat Coalition (PKR). To show streng and common agenda.

    Reply

  33. 33 crower Jul 11th, 2008 at 9:32 am

    Assalamualaikum,

    1. Usul Tidak Percaya Kepada PM – saya sokong, sebab ekonomi negara sekarang menjurus kepada keadaan yang lebih kronik.

    2. Saya juga ingin mencadangkan, sekiranya Pakatan tidak mewujudkan Kerajaan setelah tamat bulan September ini, usul tidak percaya dibuat oleh ahli2 Pakatan terhadap kepimpinan tertinggi dan penasihatnya. Adil bukan ?

    Reply

  34. 34 layman Jul 11th, 2008 at 9:34 am

    Salam,

    Saya rasa, jika perlu, didahulukan undi tidak percaya kepada Tuan Speaker Parlimen, kemudian barulah PM.

    Apa macam?

    Reply

  35. 35 Bakal KM Sabah Jul 11th, 2008 at 9:49 am

    Salam DS

    Lakukan dengan yang terbaik pada 15 Julai nanti. Mari kita lihat siapa yang kenaaaaa….
    Lagi satu isnin depan undi tidak percaya akan dibuat. Tapi adakah penyokong PR percaya yang polis tidak melaksanakan dengan baik? Polis telah banyak menjaga ketenteraman awan. Cubalah mengenang budi penyokong PR. Tanpa polis jenayah akan terus bermaharajalela. Ahli-ahli yang dilantik menjadi ahli majlis kerajaan tempatan akan terus menjadi ketua pengedar dadah.

    Reply

  36. 36 Bakal KM Sabah Jul 11th, 2008 at 9:51 am

    DS

    Jangan jadi HERO To ZERO

    Reply

  37. 37 maimon Jul 11th, 2008 at 9:56 am

    Salam,

    Ini satu kemajuan yang memberangsangkan. Tindakan PR mengusulkan undi tidak percaya merupakan manifestasi akauntabiliti yang perlu ditanggung oleh pemerintah. Kalau mereka alpa terhadap kepentingan rakyat semestinya mereka diperbetulkan.

    Teruskan membela rakyat dan serlahkan kerajaan itu adalah rakyat yang berkhidmat untuk rakyat.

    Wassalam.

    Reply

  38. 38 khairol Jul 11th, 2008 at 9:57 am

    teruskan perjuangan,kejayaan pasti menjelma.lawan tetap lawan

    Reply

  39. 39 PokNikYeh Jul 11th, 2008 at 10:00 am

    Joke of the Century!

    BN claim that they are democratic party but many action wasn’t democratic.
    The PM post transition proudly announce as following ‘Tradisi’, that’s not ‘Demokras’.
    How could one appoint ‘Ketua Kampong’ who’s being accused of steal the chicken with some evidence being manipulated? Do you want a ‘Ketua Kampong’ to take charge even the court is still running the case? What wull happen to your Kampong if the new ‘Ketua Kampong’ is the real culprit? What will happen to many other chicken? Why don’t the current ‘Ketua Kampong’ do not want the people to choose with democratic way? Why this? Why that? aaahhhhgggg……
    Too many why la….so don’t take the risk la Malaysian…let’s try brand new ‘Ketua Kampong’ from PAKATAN RAKYAT. Proven in Singapore, JB and Kelatan!

    http://www.poknikyeh.com
    http://www.harakahdaily.net

    Reply

  40. 40 arjuna Jul 11th, 2008 at 10:01 am

    Debgan tindakan ini boleh menguji sejauh mana sokongan MP BN sendiri terhadap AAB dan sejauh mana kebenaran dakwaan DSAI bahawa terdapatnya MP BN yang akan melompat….

    Jika usul ini di tolak….terpaksalah kita menunggu tindakan seterusnya dari PR untuk menjatuhkan AAB….Segala2nya terletak di tangan SPEAKER…

    PR pasti ada strategi lain sekiranya usul ini ditolak.

    LWN TETAP LWN

    Reply

  41. 41 arbak Jul 11th, 2008 at 10:08 am

    Dato Seri,

    Saya rasa permainan politik parti Dato Seri dah keterlaluan. Rakyat Malaysia terutama nya orang melayu sudah meluat dan bosan dengan isu-isu yang ditimbulkan satu persatu umpama tiada kesudahan.

    Saya dan kawan-kawan menyokong PKR di pilihan raya lalu, tetapi sekarang kami rasa ia mengundang lebih keburukan dari kebaikan. Kami lihat di Parlimen, sentiasa huru-haru dan tiada rasa hormat sesama sendiri dan dah macam pasar. Bila kami lihat telatah Karpal Singh, anak nya dan Lim Kit Siang mencabar dan menghina pihak kerajaan, kami terasa seperti dia menghina bangsa melayu. PAS di lihat seperti lebih beradap dan sentiasa tenang.

    Kami mahu lebih pembangkang di parlimen dan telah berjaya tetapi janganlah membangkang keterlaluan dengan perbagai isu yang tidak releven sehingga menjatuhkan maruah bangsa dan negara serta bahan ketawa masyarakat dunia.

    Reply

  42. 42 smallgiant Jul 11th, 2008 at 10:30 am

    Datin Seri,

    teruskan…….kami akan sentiasa menyokong apa jua yang DS lakukan….

    Reply

  43. 43 akulah itu Jul 11th, 2008 at 10:36 am

    assalamualaikum DSAI,

    syabas kepada Datin Seri sebab berani mengusulkan undi tidak percaya kepada PM. Diharap speaker

    dewan Tan Sri Pandikar Amin meluluskannya. Diharap PR berjaya memegang tampuk pemerintahan

    malaysia. kami sebagai rakyat akan sentiasa berdoa semoga Allah supaya mempermudahkan peralihan

    kuasa nanti. Percepatkanlah pilihanraya kecil supaya Dato Seri boleh jadi ahli parlimen.

    selamat DSAI

    selamat PR

    Reformasi ! Reformasi ! Reformasi !

    Reply

  44. 44 nor safri norani Jul 11th, 2008 at 10:37 am

    Salam buat DS Anwar dan DS Wan Azizah,

    Saya amat bersetuju supaya Perdana Menteri kita, DS Abdullah Ahmad Badawi diuji dgn
    usul undi tidak percaya. Sebagai seorang yang menganuti Islam, kita mesti tunduk dan takut dengan pembalasan Allah S.W.T kerana gagal membimbing umat hatta pemimpin
    pelbagai kaum secara amanya. Tapi yang kita lihat kebanyakan pemimpin UMNo, habis hukum hakam ugama diseleweng demi mengHALAL tindak tanduk mereka dalam menegekalkan kuasa keatas Rakyat. Semuga Allah memberi kita kekuatan dalam mencari kebenaran dan menghapuskan keBathilan, Amin Ya Rab’bal Alamin, Insya’Allah.

    Reply

  45. 45 nagatasikcini Jul 11th, 2008 at 10:48 am

    AssalamWa’alaikum Datuk Sri

    Saya tak fikir Pakatan Rakyat akan berjaya membawa usul ini. Siang-siang lagi Tuan Speaker telah menegaskan adalah hak nya untuk menrima usul untuk dibahaskan, atau menolaknya. Penolakan bolih di buat secara bertuli agaknya.

    Jika usul ini dibenarkan, Pakatan Rakyat tiadk akan mendapat undi yang cukup untuk menumbangkan Pak Lah. Datuk Sri dan suami nampak terlalu desperate sekarang ini dan cuba menimbulkan isu yang bolih mengalihkan pandangan orang ramai dari isu kes tohmahan keatas suami Datuk Sri. Ungkapan ini pasti akan kita dengar nanti, dari siapa??? Terpulanlah

    Apa pun, saya menghormati Datuk Sri, lebih-lebih lagi suami Datuk Sri. Saya masih ingat dalam celotih DSAI pada hari Isnin terakhir beliau di Kementerian Kewangan dalam perhimpunan bulanan yang di adakan , DSAI bercerita tentang ‘TITANIC’ juga cerita bagaimana satu kapal dua nakhoda dan bercerita tentang sahabatnya Amien Rais di Indonesia. Kebetulan pada masa itu Pak Harto menghadapi kejatuhan nya disana.

    Ramai rakyat Malaysia tidak merasai sebenarnya apa yang kami di Jalan Duta telah rasai pada petang 2hb. September,1998 itu, bila dalam ketenangan petang itu telah diisi dengan esak tangis rakan sejawat ketika melihat DSAI melambai pergi setelah dilucutkan jawatan sebagai TPM dan Big Boss kami. Apa tidak nya, selepas perhimpunan pagi Isnin terakhirnya di Kementerian itu, kehalusan tangan nya dengan wajah yang ceria, walaupun kelihatan resah dan bimbang menyusuri kami yang berbaris sambil bersalaman dengansetiap orang. Rupanya itulah jabat salam terakhir beliau kepada kami semua. Saya akui dia adalah boss yang memang kami amat sayangi.

    Saya percaya, jikapun tidak berjaya dengan usul yang dikemukakan itu kali ini,ingatlah itulah perancangan Allah yang sebenarnya. Kalau bolih, MOGA di jauhkan Allah saya dan kami semua tidak lagi mahu melihat seorang yang kami hormati di gari, diasak dalam kandang OKT di Mahkamah dengan jari-jari rakus menuding kepada nya sebagai seorang penjenayah.

    Reply

  46. 46 abdurrahman Jul 11th, 2008 at 11:04 am

    apala you all ni semua taksub sangat kat anwar ibrahim ni. confident gila dia boleh solve semua problem. dia gagal tahun 1997-1998. justifikasi apa yg dia boleh berjaya skrg. degil betul korang ni. ni lah akibatnya bila hidup dalam persepsi buruk. semua kerajaan kata tak betul, semua pembangkang kata betul. marilah kita jadi neutral. sokong bila betul, tegur bila salah tak kira siapa pun. wallahualam.

    Reply

    Mulan Jamilah Reply:

    Saudara abdurrahman,
    Kadangkala kita perlu jadi neutral untuk menjernihkan keadaan dalam sauasana tertentu. Tapi sikap saudara terhadap kemelut politik tanah air menunjukkan saudara tiada pendirian. Come on, get up! Jgn tidur mcm tu. Nanti rosak……

    Reply

  47. 47 maw Jul 11th, 2008 at 11:08 am

    kita dituntut menegakan kebenaran menolak segala yang bathil.marilah kita bersatu sehati sejiwa berjuang untok nawaitu yang dituntut keatas kita tanpa mengira siapa atau warna kulit kita.rakyat sudah tidak sanggup lagi hidup dalam kezaliman beban hutang yang direkacipta demi kemewahan pemimpin yang bermaharajalela berkuasa.lawan tetap lawan.

    Reply

  48. 48 karmila Jul 11th, 2008 at 11:11 am

    Alhamdulillah….kami memberi sokongan penuh kepada Datin Seri dan akan sama-sama yakin pada Allah. Perancangan Allah yang terbaik. Kalau hendak berjaya, mesti bertindak serta sering bersikap optimis. Ragu-ragu adalah gangguan syaitan. Kasi Malaysia terkejut! Yakinlah, PR…kerana kami bersamamu dgn doa, sembahyang hajat dan puasa di bulan Rejab ini. Yakinlah pada Allah SWT yang akan memakbulkan permintaan hamba-hambaNya.

    Reply

  49. 49 sokong PR Jul 11th, 2008 at 11:14 am

    ala semua keputusan di tangan Agong Sultan Mizan..DSAI kenalah cerita habis dgn Sultan Mizan ni jika nak tukar kerajaan..jika tidak sia2 jer semua ni..

    just my 2 cents

    Reply

  50. 50 tunfatimah Jul 11th, 2008 at 11:17 am

    TUHAN PELIHARALAH MALAYSIAKU

    Reply

  51. 51 boy Jul 11th, 2008 at 11:17 am

    cakap kt pak lah bukan 2 tahun tapi 2 bulan…..

    Reply

  52. 52 blink4blog Jul 11th, 2008 at 11:20 am

    it is very unlikely they will accept this proposal, now i am eager to hear what sort of excuses they are going to say.

    Reply

  53. 53 Halik Zaman Jul 11th, 2008 at 11:20 am

    Y. B. Datin

    Itu Speaker namanya pun ‘pandikar’ hahhh! Apa lagi dia mesti bersilat punya. Saya gerenti itu Pandit mesti tolak punya.

    Kalau bukan kabinet UMNO dia mana dapat cari makan maaa.

    Reply

  54. 54 Taksabar Jul 11th, 2008 at 11:30 am

    DS, bila lagi..

    salam :-)

    Reply

  55. 55 monkeyHead Jul 11th, 2008 at 11:55 am

    Dear Kak Wan:

    [ Wan Azizah dapat 'Datuk Seri'

    GEORGETOWN: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail akan dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena hari ulang tahun Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas ke-70, Sabtu ini. ]

    saya mewakili sahabat2 dalam pakatan di akar umbi merakamkan tahniah dia atas kurniaan ini.
    perjuangan tak terhenti setakat itu & kami tetap bersama, insyaAllah.

    mH.

    Reply

  56. 56 Noh Jul 11th, 2008 at 11:55 am

    Umno kata Malaysia amalkan demokrasi
    Adakan Pilihanraya ditipu dan dibohongi
    Menang PRU 12 pun maseh gawat lagi
    Hingga memujuk rayu, fitnah dan ugutan
    Kali ini Undi Tak Percaya PM dibentangkan
    Tak tahu apa akan terjadi
    Umno bingkas mereka berbagai strategi
    Yang pasti adakah Speaker mempunyai Jatidiri
    dan kemudian diikuti MP2 BN sekali.

    Reply

  57. 57 sabahan Jul 11th, 2008 at 12:28 pm

    speaker pandikar…orang politik juga dari parti akar…masuk umno…klu bukan bn mana dia dapat jadi speaker..hah..dia pun mau jaga periuk nasi dia…pasti dia tolak

    Reply

  58. 58 wak johor Jul 11th, 2008 at 12:47 pm

    teruskan perjuangan BA demi masyarakat msia, penyelewengan BN dah melampau lampau. apa juna BN perjuangnkan kaum melayu kalau org melayu sendiri hidup merempat. kita semua berbilang kaum adalah rakyat malaysia.

    Reply

  59. 59 edyes Jul 11th, 2008 at 1:04 pm
  60. 60 Muhammad Firdaus Christopher Jul 11th, 2008 at 1:47 pm

    Assalamualaikum Datuk Seri,

    Greetings from People’s Replubic of China.

    Firstly, I would like to congratulate YB Wan Azizah for being bestowed the Datuk Seri title in the coming days and appreciate your hardwork/ dedication.

    This is yet another jolt for Abdullah Badawi and his administration. He has not only failed us, the rakyat, on good governance but as well as to maintain peace/ harmony amongst the races. We hear a plenty discriminatory remarks coming from the BN/ UMNO reps and if we do not nip them in the butt, it may create chaos soon in our loving community and country.

    May Allah continue to bless you, DSAI & children always.

    Wassalam.

    Reply

  61. 61 Amanat Jul 11th, 2008 at 2:34 pm

    Saya setuju dengan usul undi tidak percaya ini. Harapnya akan jatuhnya kerajaan BN yang sombong.

    Reply

  62. 62 pewaris melayu Jul 11th, 2008 at 2:40 pm

    Pak Lah menghitung hari,
    Najib menagih janji,
    Rakyat ternanti-nanti,
    Bila Dato Seri nak jadi Perdana Menteri?

    Jawab jangan tak jawab.Kalau tak jawab PRU-13 tak nak undi lagi hehehe…..

    Reply

  63. 63 Azmil Jul 11th, 2008 at 2:53 pm

    DSWA,

    Looks like Malaysian politics will be seeing another ‘tsunami’ soon with this no confidence motion against Pak Lah. It’s about time anyway.. Pak Lah, knowing how weak he and short sighted he is, he should have moved aside a long time ago. In this case, Mahathir was right when he said that Pak Lah was meant to be just a one term PM. But I guess the comfort of being the PM has gotten to his head and made him want to hang-on to the power for as long as possible.

    His incompetency has caused the Rakyat to suffer – this includes some of his cronies as well. After being pressured from multiple direction to step down, he then named Najib to take over in 2010.. Najib!! What a disastrous future plan. If we allow this to happen, then Malaysia is heading from a weak government to a mafia-like government. Things will just get worse.

    All Malaysian are behind you on this. I have all the confidence that this motion will gain support and momentum from the MP. Including those from BN!!

    Reply

  64. 64 Muhd Ali Abd Rahman Jul 11th, 2008 at 2:56 pm

    Halik Zaman ni pelik malah lebih pelik kalau orang ini adalah pemimpin masa Kerajaan Berjaya memerintah Sabah dulu. Sabah ni dah lama maju kalau para pemimpin mereka jujur dan amanah menggunkana wang negeri untuk membangunkan Sabah dan untuk kepentingan rakyat Sabah. Malangnya ramai pemimpin Sabah dari zaman USNO hingga Kini kaya raya hanya kerana mereka melibatkan diri dalam politik bukan kerana mereka berniaga…….tambah kaya kalau mereka boleh lompat dari satu parti ke satu parti yang lain…mengikut mana parti yang berkuasa…hehehhehehehhehehhe salam Datuk……..

    Boleh kah “Ketuanan Rakyat” mendesak supaya satu usul dari seluruh rakyat dikemukakan untuk dibentangkan di Parlimen supaya mana-mana pemimpin, bakal pemimpin, PM in Waiting yang tercela oleh tuduhan jenayah dan sebagainya supaya meninggalkan terus dunia politik? Biarlah politik negara ini diwarnai oleh mereka yang beriman beramal, bermaruah dan berakhlak….MACAM TOK GURU NIK AZIZ kah….baru negara ini selamat dunia dan akhirat………………….

    Reply

  65. 65 li pc Jul 11th, 2008 at 3:18 pm

    assalamuailakum Datuk Seri, saya banyak mendengar ornag bercakap tentang perilaku Datuk Seri dahulu , bagaimana kehidupan sosial dengan gronya dan banyak lagi. saya tak pasti adakah ianya benar atau tidak? saya juga mendengar tentang seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai minhat{minhad?) sebagai proksi Datuk seri dulu. Harap Datuk seri perjelaskan hal2 ini, supaya keraguan boleh dihilangkan. terima kasih

    Reply

  66. 66 joe hawkins Jul 11th, 2008 at 4:17 pm

    apabila yang bathil di sayangai manakala yang haq di anaktirikan maka,akan timbul lah sifat mazmumah di dalam diri…apa sudah jadi pada negara ini,pemimpin keris belum mumaiz lagi rasanya…belum dapat bezakan yang buruk dan yang baik…taubat lah suadara-saudaraku..teruskan perjuangan mu DSAI, sesungguhnya kamu sedang berJIHAD untuk negaramu…

    Reply

  67. 67 khairol Jul 11th, 2008 at 5:19 pm

    syabas buat DS Anwar dan DS Azizah..terus kan perjuangan.biar apa pon halangan dan cubaan untuk menjatuhkan DSAI,kami tetap menyokong…

    Reply

  68. 68 Rakyat Malaysia Jul 11th, 2008 at 7:15 pm

    …biasa lah ….pak lah nak ambil peluang utk kenyangkan keroni nya sebelum melepasss…

    Reply

  69. 69 Izwan Jul 11th, 2008 at 7:38 pm

    Assalamualaikum..

    Datuk Seri, kenapa mahu menghebah-hebahkan usul tidak percaya ini? Bukankah ada pepatah mengatakan “Senyap-senyap berisi” dan “Semakin tunduk padi, semakin berisi..”..

    Saya bersetuju usul tidak percaya ini, tapi janganlah memberitahu kepada awam akan usul ini kerna ini akan mendedahkan strategi pihak Datuk Seri.. Saya sangat berharap jika Datuk lebih berhati-hati dan tidak menghebahkan semua strategi kepada awam kerna kita tidak tahu siapakah musuh dalam selimut!!

    Sebagai contoh kes Saiful dan Ezam, kerna dek terlalu terburu-buru dan tidak menyembunyikan taktik, mereka-mereka ini telah mengambil kesempatan ke atas pihak Datuk..

    Saya cuma berharap agar Datuk Seri lebih melihat perkara ini dengan lebih teliti dan tidak mendedahkan semua strategi kepada media khususnya kerna media ini kebanyakkan banyak memanipulasi maklumat dan menipu rakyat..

    Saya sangat berharap satu taktik rahsia dimainkan tanpa memberitahu sesiapapun!!!

    REFORMIS MUDA…

    Reply

  70. 70 Anti Liwat Jul 11th, 2008 at 8:15 pm

    Hmmmm .. undi tak percaya kd Pak Lah?
    Siapa lepas Pak Lah???
    Najib?
    Apa PKR percaya kpd Najib??

    Reply

  71. 71 KongKor Jul 11th, 2008 at 9:46 pm

    Go for it YB Kak Wan.

    As the power of this motion lies in the hands of the Speaker, I hope the Speaker of the Dewan take into consideration the voices of the other 50% of Malaysian who voted PR and not just sweep everything under the carpet.

    All the best to PR.

    Reply

  72. 72 SePOL Jul 11th, 2008 at 10:53 pm

    Marilah kita bantu mnumbangkan BN demi menyelamatkan mangsa2 ISA …

    Reply

  73. 73 rain water down pipe Jul 11th, 2008 at 11:35 pm

    Salam,

    Harap DSAI dapat sentuh peranan hedge fund dalam kenaikan harga minyak.. dan bagaimana dunia dapat mengawal monopoli golongan hedge fund nie.. dan pada pendapat saya harga minyak dunia akan turun pada akhir taun nie dimana golongan hedge fund menamatkan permainan pembelian minyak mereka yang mana akhirnya akan memberi keuntungan kepada US yang akan membeli sebahagian besar minyak tersebut untuk simpanan negara dengan harga yang jauh lebih murah…

    Itu cuma jangkaan saya daripada pembacaan saya serba sedikit… harap DSAI dapat beri pandangan untuk perkara ini pada 15hb July nanti.

    Reply

  74. 74 rocker Jul 11th, 2008 at 11:40 pm

    OSIRIS ZEUS -MALAYSIA KINI-11.07.08

    Cuma nak tahu bangsa apa dan ugama apa dengan nama orang yang diatas..

    Reply

  75. 75 gongus muntari Jul 14th, 2008 at 4:17 pm

    Tak payah undi tak percaya kat dewan rakyat, tunggu saja ahli dewan keluan BN ramai-ramai kalau betul pak lah hilang kepimpinan, aku yakin ds anuar tidak tamakkan kuasa tapi lebih kepada membela nasib rakyat

    Reply

  76. 76 zai Jul 14th, 2008 at 7:16 pm

    Salam..Datin Seri. Tahniah diatas anugerah .

    Teruskan perjuangan…membuat perubahan untuk rakyat malaysia .

    Reply

  77. 77 mohd isa hassan Jul 15th, 2008 at 8:34 am

    alssalam

    kepada semua PR keberanian dan keikhlasan yang ditunjukan akan dapat dinilai
    semuanya olih rakyat.

    semuga usaha ini berjaya demi agama dan negara tercinta.

    mish

    Reply

  78. 78 ikanlepu Jul 15th, 2008 at 10:08 am

    Tahniah di atas penganugerahan kerajaan negeri Pulau Pinang.

    Datuk Seri, satu nama gelaran yang glamor.

    Reply

  79. 79 epul selangor Jul 15th, 2008 at 11:15 pm

    DS Wan Azizah,

    Tahniah diatas gelaran tersebut, memang berbaloi usaha dan perjuangan DS selama ini.
    Kita sememangnya tahu dari dalam perut lagi bahawa apabila usul undi tak percaya ni
    nak di bawa ke dewan parlimen pasti akan ditolak. Sekarang ni dengan depa kita dah tak buleh percaya, sepatutnya speaker dewan hendaknya biarlah dilantik oleh YANG DIPERTUAN AGONG barulah berkecuali tanpa ada kaitan dgn mana2 parti politik. Tapi lantikan itu jgnlah diatas nasihat PM biar AGONG yang buat pilihan. Apakata?

    TAHNIAH…….TAHNIAH…………TAHNIAH
    REFORMASI……….REFORMASI……….REFORMASI
    LAWAN ……….TETAP………..LAWAN

    Reply

  80. 80 belacak Jul 16th, 2008 at 11:14 am

    lawan tetap lawan , kesengsaraan rakyat sudah tidak dpt dibendung lagi

    Reply

  81. 81 Ahmad Albab Jul 16th, 2008 at 11:47 am

    Buat apa nak heboh-heboh announce Najib akan ganti dia tahun 2010??Najib memang dah timbalan PM,so memang dia akan naik..nak buat drama pun pakailah pengarah yg hebat mcm spielberg bukan yusuf haslam,hahaha

    Reply

  82. 82 BayuLaut Jul 17th, 2008 at 8:48 pm

    Salam DS wan azizah.

    Semoga berjaya di atas perjuangan yg suci untuk agama bangsa dan negara. Memang berat untuk menentang pemerintah yang zalim.

    Reply

  83. 83 S.H. ALATAS Jul 18th, 2008 at 6:15 pm

    Assalamu’alaikum w.w.,
    Sebagai seorang pendakwah, saya merasa kuatir melihat keadaan ummat Islam sekarang ini, baik didalam dan luar negara. Tambah hari tambah berpecah belah, sehingga musuh-musuh Islam telah menggunakan keadaan seperti ini untuk mengadu domba Ummat Islam. Lebih menyedihkan lagi dimana-mana tempat terutama di Palistin,Iraq, Afghanistan, Chehnyia, Kashmir, dll ummat Islam dibunuh. dianiaya, dan yang lebih aneh lagi, rakyat Palitina dikepung, dicegah masuk minyak dan bahan keperluan lainnya, negara-negara Islam sekelilingnya tak berdaya, tak boleh buat apa-apa, salain hanya mengadakan pertemuan2 yang tak membawa hasil. Padahal minyak melimpah di negara mereka tapi anehnya semua keperluan harian dikendalikan oleh Zionis Yahudi. Oleh itu sampai bila keaadaan ini akan berubah, jika kita sesama Islam bermusuhan dan berkawan pula dengan musuh-musuh Islam ?

    Reply

  1. 1 Abdullah to quit PM, handing to Najib - a bad decision - bode bad for BN to prevent Anwar from dislodging BN from power « Alhaj Pingback on Jul 10th, 2008 at 10:13 pm

Leave a Reply