Tarikh: 10/7/2008, Khamis
Tempat: Dataran Muhibah, Kg Ismail Batu 2, Jalan Pantai, Seremban
Penceramah: Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Anthony Loke (Ahli Parlimen Rasah), YB Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang), YB Dato Kamarul (Ahli Parlimen Teluk Kemang)
Untuk Dihubungi: Sabaruddin 017 246 2237, Chai 016 6313232
Tarikh: 11/7/2008, Jumaat
Tempat: Putik, Pengkala Chepa
Penceramah: Datuk Seri Anwar Ibrahim , Tok Guru Nik Aziz (MB Kelantan), YB Datuk Husam (Adun Kijang), YB Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang)
![]()
TAIPING, 9 Julai (Hrkh) - “Hari ini saya nak ulang lagi, kalau kita dapat ambil alih. Menang Kerajaan Persekutuan hari ini, percayalah pada saya, saya tak cakap bohong. Menang hari ini kita ambil alih, esok harga minyak turun.”
Demikian Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengulanginya sekali lagi semasa berceramah di Changkat Jering dekat sini malam tadi sambil menegaskan bahawa kalau Pakatan Rakyat mengambil alih memerintah seluruh Malaysia maka harga minyak akan turun serta- merta esoknya.
Saya kini dalam perjalanan pulang dari program di Changkat Jering. Selesai ceramah, kami dijamu durian di rumah Kapten (B) Osman dan keluarga. Ha, makan sampai sengkak!
Di Ipoh sebelum Maghrib tadi, saya bertemu semua ADUN KeADILan Negeri Perak. Menteri Besar Ir. Nizar menyambut kami di kediaman rasmi dan mengadakan pertemuan tertutup dengan saya. Beliau ternyata mengemudi negeri dengan bijak dan wajar diberikan sokongan padu.
Tatkala membelek komen emel, saya terkesan dengan teguran saudara Zik yang menyesali tindakan pasukan keselamatan saya. Maaf dipohon, malah di Seberang Jaya saya terlihat seorang ibu turut ditolak.
Saya mengerti kebimbangan pengawal saya, tetapi keselamatan rakyat juga perlu diberikan perhatian.
ANWAR IBRAHIM
















