Archive for July 7th, 2008

7 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

mppj-06july08095.jpgmppj-06july08061.jpgmppj-06july08151.jpg

Sambutan rakyat di Pulau Pinang begitu hebat dan sangat menggalakkan. Saya tegar mencabar dan mendesak para pemimpin UMNO yang angkuh menuduh saya kononnya pengadu domba kepada kerajaan Amerika Syarikat. Jangan hanya pandai mereka cerita tatkala minda rakyat lebih arif menentukan antara yang dongeng dan sandiwara.

Telah saya jelaskan pada ribuan pejuang yang hadir bahawa isu fitnah keatas saya tidak harus menyimpangkan matlamat asal dan maudhuk utama kita di dalam Pakatan Rakyat, iaitu membentuk kerajaan. Sudah terang lagi bersuluh, isu bangkrap yang direka-reka ini terpaksa dijolok-jolok media tunggangan Barisan Nasional untuk mengkaburi isu krisis harga minyak yang membelenggu tengkuk dan poket marhaen jelata. Jangan lupa, ramai yang sudah bersedia pada bila-bila masa untuk menyeberang ke Pakatan Rakyat.

Ayuh, bersama kita fokus, terus maju ke arah 16 September. Jangan dibiarkan yang korup terus memerintah. Jangan lagi di biarkan petualang terus menabur racun dan menuba minda. Rakyat telah bangkit dan kini telah tiba masa untuk perubahan. Tulang empat kerat ini tidak akan sesekali berundur! Ayuh! Membujur lalu melintang patah!

ANWAR IBRAHIM

7 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya keberatan ikut serta dalam debat tersebut kerana hanya melibatkan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek. Saya telah mencadangkan supaya PM Abdullah atau Timbalan PM Najib atau kedua-duanya menyertai debat tersebut.

Walaubagaimanapun jika mereka keberatan, inshaAllah saya bersedia. Saya perlu menjelaskan kaedah perlaksanaan cadangan Pakatan Rakyat menurunkan harga minyak. Perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan Pakatan – PAS, DAP dan KeADILan di rumah saya minggu lalu. Saya telah meminta Sdr Saifuddin Nasution merundingkan prosedur debat.

InshaAllah..kita nantikan 15 Julai ini.

ANWAR IBRAHIM

7 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

anwar_ibrahim_speaking.jpg

Tarikh: 8 Julai 2008

Hari : Selasa

Tempat: Dewan MPT, Changkat Jering, Bukit Gantang, Taiping, Perak

Masa: 9 malam

Penceramah:

YAB Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

YB Dr. Lee Boon Chye

Tuan Mustaffa Kamal

Yang Berbahagia Penasihat PKR Datuk Seri Anwar bin Ibrahim
Jumpa di sana!!

7 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

ALOR STAR, 6 Julai (Bernama) — Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berpendapat bersumpah dengan menjunjung al-Quran atau ‘mubahalah’ tidak perlu dilaksanakan kerana ia bukan sahaja akan mendedahkan aib seseorang di khalayak umum malah akan menimbulkan kesan lebih besar terhadap umat Islam.

Beliau berkata dakwaan liwat yang melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, tidak perlu diperbesarkan kerana lebih banyak cara lain boleh digunakan bagi menentukan kesahihan dan kebenaran terhadap setiap tuduhan yang dibuat.

(more…)

7 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

anwar-protes.jpganwar-protes2.jpgdsaikj.jpgprotes1.jpgkelanajaya.jpgrally_5.jpgrally_2.jpgkelana.jpgkelana66.gifpm_protest-420x0.jpglimkit.jpgprotes2.jpg

Tarikh 6 Julai 2008, Stadium Kelana Jaya menjadi saksi kepada ribuan rakyat yang berkumpul untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan BN. Lautan warna merah kelihatan membanjiri stadium. Warna merah warna rasmi bagi Protes dan Geramm ternyata berkesan dalam menyumbang saham kepada suasana ‘geramm’ terhadap sikap kerajaan yang seperti tidak peduli dengan kesusahan yang dialami rakyat.

Kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat (PR) ke perhimpunan ini merupakan satu isyarat kepada BN bahawa detik dan masa mereka di Putrajaya sudah hampir tamat.

Rakyat mahukan perubahan yang sebenar. Mereka muak dengan program perubahan kosmetik yang dikepalai PM Abdullah dan TPM Najib Razak. Ketidakcekapan mereka di dalam mengurus ekonomi negara terbukti apabila gagal untuk memastikan harga minyak berada di paras harga yang tidak membebankan rakyat.

Pada masa yang sama ahli keluarga dan kroni-kroni mereka semakin rakus merompak khazanah kekayaan negara. Melihat rakyat semakin hari semakin tidak yakin dengan pimpinan BN, pemuka politik UMNO telah bertindak di luar batas kemanusiaan sehinggakan sanggup menggunakan taktik politik fitnah serta pembunuhan karakter.

Politik yang tidak memperdulikan negara dan nasib rakyat seperti inilah sebenarnya politik kotor!

ANWAR IBRAHIM

Klik disini untuk video ceramah PROTES

7 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

muftiperak.jpg

Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) – Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.

Dato’ Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.

Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.

“Kaedahnya dalam kes ini, ialah ‘orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti’ dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

(more…)