dipetik daripada jahilgoblog.net
Maka berlompatanlah “ustadz2″ menggesa supaya Anwar bersumpah menafikan tuduhan yang sedang dihadapnya sekarang. ada yang suruh junjung Qur’an, ada yang suruh dalam mesjid, ada yang suruh tengah padang, ada yang suruh buat atas mimbar!
Pendek kata, kalau Anwar buat macam depa suruh, seluruh sistem cakerawala ni akan percaya pada Anwar. Confirm Anwar difitnah. Dan confirm ada perancangan jahat. Tu lah kehendak beberapa kerat mangkar (bahasa KL untuk mangkaq) yang sekarang sedang sibuk kulu kilir menepuk meja cuba mengajar bagaimana Anwar harus bertindak sekarang.
Pada aku, tak kisah dia nak bersumpah atau tidak. Tiada sebarang implikasi pun dalam sistem perundangan tanah melayu ni. Lagipun setakat yang aku belajaq agama masa tingkatan empat dulu, sumpah hanya dilaksanakan selepas tuduhan dan pembuktian beyond reasonable doubt. Kalau telah dibuktikan secara saheh tertuduh memang melakukan apa yang dituduh, maka tertuduh masih boleh mengelakkan hukuman dunia dengan bersumpah (â€al Bayinatul a’la Muddaiy, wal Yaminul a’la Man ankarâ€). Itu kaedah yang aku paham la.
Tapi pasaipa ada dua tiga kerat ni nak sangat Anwar bersumpah mengikut kepala hotak masing2? Jawapan ringkas aku, samada depa ni mengaji setakat SRP, ataupun masa kelas agama depa tuang dok pi hisap rokok dalam jamban. Jadi, tak heranla kalau sumpah acuan mereka tu dilihat sebagai bukti yang sangat hebat utk menafikan tuduhan. Kelompok2 sumpah ni aku lihat tak lebih daripada ingin menjadikan Anwar kelihatan bodoh sebab melayan benda2 bodoh. Mereka nak dunia kemudian melihat “kenapa Anwar desperado sgt bersumpah tak ikut peraturan untuk nafikan?â€.
Dan selepas sumpah dibuat, aku tak menolak golongan2 mangkar ini sekali lagi akan datang dgn nas dan perawi yang mengatakan cara sumpah Anwar itu salah. Caranya sumbang dan amat diragui. Patut kena angkat tangan kanan. Patut kena pegang Qur’an. Patut kena pakai Qur’an Uthamani, patut kena mata pandang depan. Patut kena sebut dalam semua bahasa rakyat malaysia, patut kena duduk bertimpuh, patut kena pakai serban, patut kena buat itu dan ini! Depa akan ada seribu satu alasan pulak untuk menafikan sumpah tersebut. Dan nak dapat nas utk sokong penafian ni bukanla susah sangat, Astora Jabat banyak simpan ;)
Dan kalaupun dah tadak point, geng kepala masam ni akan kata pulak “elllehh, kalau dah berani buat sampai tahap tu, apa sangat la sumpah mumpah ni…â€.
Kepada dua tiga kerat golongan mangkar, atau meminjam frasa mat saleh “pockets of mangkar†ni, bijak la sikit dalam merapu. Cubaan memesongkan isu kredibiliti makhluk yang membuat tuduhan, kaitannya dengan Najib, dan kekalutan pemerintah sekarang yang teruk bergelut dengan keruduman ekonomi dan kepercayaan rakyat dengan membesarkan isu Anwar bersumpah adalah satu tektik yang sangat terdesak. Dan sedarlah bahawa rakyat juga sekarang ini berada di dalam keadaan yang sangat terdesak yang teramat sangat.
Rakyat terdesak untuk membebaskan diri mereka daripada cengkaman pemerintah yang korup dan lemah. Kita sangat terdesak ingin melihat malaya yang lebih baik.
Sesungguhnya satu2nya sumpah yang akan terus keluar daripada mulut pejuang rakyat ini ialah sumpahnya untuk terus melawan kezaliman, kekejaman, dan kerajaan yang korup!
matkeri









betul…aku setuju dgn apa yang diperkatakan…kalau dah jahil, jahil juga…jangan dihirau golongan mangkar @ mangkuk hahaha
Reply
setuju, dr kecik dulu my mum tak bg sesuka hati sebut sumpah2 ni.
jd kitorg selalu sebut…Sumpah! Bumi Allah.
Reply
haha….pesta sumpah ler pas ni…
Reply
PELIK Bin AJIB
BILA BENDA INI BERLAKU PADA ANUAR SEMUA UNDANG-UNDANG KELUAR IKUT HUKUM ITU
INI.CUBA KITA SELIDIKI SISTEM PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA SELAMA 50 TAHUN MERDEKA
ADAKAH SEMUA KESALAHAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM SEPENUHNYA?
JADI BILA BAB ANUAR DI HUKUM SEBEGINI RUPA…NAK KAN HUKUM ISLAM DILAKSANAKAN
KENAPA KES-KES RASUAH MENTERI DULU,BEKAS KETUA MENTERI MELAKA TAN SRI RAHIM YANG MENGAKU
BERZI…DGN BUDAK BAWAH UMUR TAK IKUT HUKUM ISLAM…MENTERI YNG PECAH AMANAH…MENTERI YG
SALAH GUNA KUASA…MANA UNDANG-UNDANG ISLAM DILAKSANAKAN SEMUANYA UNDANG-UNDANG PENJAJAH MASIH
LAGI DIGUNAKAN…
Reply
Actually this is a very good idea not because it comes from umno but because this will once and for all prove to all and sundry that DSAI is not guilty. whatever the outcome if he goes to court, if DSAI swears on the AL QURAN, than umno looses more credibility and there will be more crossover from umno supporters, already they are sitting on the fence, whatever said and done the first sodomy allegation and conviction was frowned upon by the muslai and malay subjects, this was memalukan orang melayu in public, The damage to bn was very bad, now if he swears it totally nails their coffin, whatever we say, you or I, we can give our opinian, but we all have to realise the final decission rests on DSAI, RELIGION IS SOMETHING BETWEEN A PERSON AND HIS GOD, SO LEAVE IT TO DSAI. LET HIM DECIDE.
Reply
Depa dah terdesak! Tak ada cara lain lagi dah, depa masukkan Al Quran pula dah! Wahai UMNO, nasi dah jadi bubuk. Walau apa pun yang hampa buat, dah terlambat. Rakyat dah tau dah! PM hari2 dok kira duit untuk keluarga dia. Rakyat kira beras hari2. PM tak peduli rakyat lagi dah! Najib dah berjaya tutup cerita Ziana Zain dan Norita. La ni dia dok sibuk buat strateji nak tutup cerita Al-Ma’unnah….. oopssss silap.. al-tanthuya…
Reply
Cayalah! Awal-awal lagi saya tak setuju sumpah ini dibuat, melainkan ianya terbukti jelas dengan keputusan mahkamah. Lagi pun kalau diikutkan logiknya, dahulu pun Datuk Seri kita dah kena tuduhan yang sama dan melaksanakan sumpah di Masjid negara.
Saya rasa, banyak orang lupa sejarah 1998 atau pun mereka yang kelam-kabut ini sebenarnya sehaluan dengan BN yang memberi habuan mungkin?
Reply
Sejak mula ikanlepu dah cakap usah dok layan.
Anwar bukannya budak-budak yang nak diunjuk itu-ini dan buat itu-ini.
Ia soal remeh yang membawa kepada kebahlolan si pecacainya.
Isy… jijik la. Tok sah dok sebut lagi la dalam blog ni.
Banyak kerja besar lain yang kita nak tumpukan perhatian.
Reply
Dato Seri Anwar, berjuang biarlah untuk Allah dan rakyat. Bersumpah dengan nama Allah bukan lah satu perbuatan yang boleh diambil mudah. Jangan mudah mengikut telunjuk ulama2 dangkal BN mereka separuh sekular separuh imah. Wang dan pangkat mereka dahulukan, ajaran agama takut ditegakkan. Pendapat saya, Ustaz Harunsani suarakan kenyataan yang baik. Dato Seri ikutlah cakapnya.
Kepada ustaz2 BN dan bijakpandai yg menyuarakan pendapat untuk Dato Seri bersumpah, janganlah membuat usul berat sebelah. Jika DSAI perlu bersumpah, ajaklah Najib, Rosamah, Paklah, KJ, Gani PAtail, Musa Hassan buat sekali untuk bersumpah utk menidakkan tuduhan ke atas mereka sama. Mereka pun Islam, kalau betul, sumpah tidak memakan diri.
BN akan jatuh. Percayalah wahai pemimpin BN.
Reply
aku skong skali ngn berjuang kerana ALLAH.
prcanggahan pndpt d kalangan ulama mmg normal.jadi xkiralah apa pon knytaan dr ulama n mufti (yg btol2 brtauliah saja) kita patut hormat.dh tntu diorg lbh arif hal agama drpd kita.aku respect mufti Perak.isu sumph ni jd kntroversi,tp bila tok guru nik aziz sndri skong apalagi kita yg dangkal agama ni nk komen?
klupon xdak jln pnyelasaian n DSAI dsruh brsmpah,aku nk heret NAJIB n ROSMAH skali.soh diorg smph xd kaitan lgsg ngn pmbunuhan altantuya.brani?mnntu paklah yg dktakn ada smpn mklmt sbnr risikan psl pmbnhn altntuya pon kita heret skali.pggil sume mnteri.soh smph diorg xpnh amal rasuah.klu kes DSAI ja diorg cbok soh bt itu-ini.tp kes2 mnteri diorang diam ja.
apapon kami rakyat ttp mnyokong prjuangan DSAI.smoga Allah mnnjkkn kbnran.amin
Reply
jangan main dengan sumpah, nanti jadi sumpah-sumpah baghu ada akai. haghu-bighu satu malaya, tu dia baghuuuu…..
Reply
salam. sebenarnya apa yang berlaku ini saja nak alih fokus rakyat yang tengah tenat dengan kenaikan minyak, barangan keperluan. tujuan nak tutup bantai bn la ni. fikirla… kat mana sebenarnya kita. isu ini pun bukan leh tambah gaji kita pun…
Reply
assalamualaikum…
apabila masyarakat yang tidak mengetahui ilmu agama bercakap tentang agama..maka, inilah jadinya..komen2 yang tidak didatangkan dengan dalil..sebenarnya, dr.asri meminta DSAI yang kita sanjungi dan hormati bersumpah agar dapat meleraikan kekusutan yang berlaku sekarang ini..
pendapat dato’ harussani dan dato hasyim yahaya adalah sangat pelik..
1)sumpah ini terhad kepada li’an sahaja..
2)”itu cadangan dari orang yang terlebih pandai.â€..apakah seorang mufti patut berkata demikian?
sepatutnya mereka perlu faham..dalam kes DSAI ini..yang perlu membawa saksi seramai 4 orang adalah ORANG LAIN yang melihat dan mengemukan tuduhan..bukan yang diliwat..kalau lah membuat dakwaan diri diliwat kemudian tidak dapat membawa saksi seramai 4 orang, maka hudud perlu dikenakan kepada penuduh sebanyak 80 sebatan, maka islam itu tidak adil la..
bagaimana dengan mangsa rogol bapak sediri..mangsa liwat bapak sendiri…dan lain..selepas ini sekiranya hudud ditegakkan, mereka takut nak buat laporan..sebab apa..sebabnya kalau tak dapat bawak bukti 4 orang saksi, maka, dia akan disebat sebanyak 80 sebatan…sudahlah dirogol, disebat pula..
konsep menuduh dalam islam adalah mereka yang melihat, kemudian membuat tuduhan..bukannya menjadi mangsa..orang ramai tidak faham keadaan dan situasi yang berlaku…kemudian mula bercakap2 tentang islam..sedangkan islam itu harmoni dan sejahtera jika difahami secara jelas..kalau tidak difahami secara jelas..maka, yang akan jadi adalah “mangsa rogol kalau tak dapat bawa 4 saksi dalam membuat pertuduhan, maka, 80 sebatanlah dia akan kena”..begitu juga mangsa liwat..kalau tak mampu bawa 4 saksi, maka, kena sebat 80 kali..sekiranya ini berlaku, amat ceteklah cara kita berfikir tentang hukum hudud..
namun begitu, KITA TETAP YAKIN yang DSAI tidak melakukannya..cuma dr asri meminta perkara ini agar meredakan keadaan yang sedang tegang ini..sekurang-kurangnya, siapa yang tahu dia benar, dia tidak akan takut utk bersumpah..yang tahu dia salah, dia akan takut walaupun dia bersumpah atas kedustaannya..kerana hukum Allah tetap akan berjalan..samada di dunia, mahupun di akhirat..
kepada pengkomen, bukalah dlu kitab2 agama yang muktabar, kemudian, barulah membuat komen..bimbang kita terjerumus dalam kalangan manusia yang bukan ahlinya apabila kita bercakap..itu salah satu tanda2 kiamat..
maafkan saya..saya tidak berniat melukakan hati sesiapa..cuma, saya kecewa kalau dato’ harussani yang dipandang tinggi keilmuannya sanggup memberikan komen sinis kepada dr asri..yang juga ulamak..kalau di lihat dalam youtube pun, dato’ harussani kuat menyerang dr asri..apa sahaja isu, beliau akan serang…cuba lihat di youtube tajuknya : mufti jawab mufti..semua pertuduhan yang dato’ harussani bawakan adalah pendustaan terhadap dr asri..kalau tidak percaya, anda dengarlah sendiri..dan tanyakanlah pada dr asri sendiri..
Reply
saya setuju dengan qayyum. penulis ni yang sebenarnya mangkar (mangkaq)
Reply
qayyum ni org kuat Dr Asri..(wahabii) klu ya pun sapa awak nk kritik Dr Harussani..saya boleh terima Dr Harussani kritik Dr Asri atau Dr Asri kritik Dr Harussani sebab depa sama2 ulama dan mempunyai kepakaran yg tinggi dlm soal agama…kalau kita faham betul2 maksud Dr Asri dalam saranan sumpah ni,maksudnya Dr Asri sarankan Dato Seri Anwar bersumpah “selepas gagal memcari penyelesaian dalam perundangan di dunia” dgn kata lain sebagai cara terakhir selepas semua kaedah digunakan…cuma kita kadang2 klu baca sesuatu tu suka x baca habis..lepas tu baca pulak dari utusan,berita harian n tgk TV3…last2 kita plak duk pi kutuk ulama n mufti2 kita…fikirkan la…
Reply
Setuju la sangat dengan orang muda, sejak dr asri jadi mufti dah berselerak negeri perlis dibuatnya. Ajag orang tua-tua cara nak solat. kononnya nak pebetoi cara solat. Abis yang tok2 guru lama dulu ajag tu salah ka? Nasib baik sukatan doa qunut tu mai dari Kementerian Pelajaran, kalau negeri yang buat sah lah murid-murid di sekolah tak belajag doa qunut.
Dalam bab bersumpah ni, kalau kita tak tau kita kena tanya pada yang tau. tengok pandangan ulama yang muktabar. kita semua pun nak tau kebenaran. kalau di dunia tak dapat nak tunjuk kebenaran, jangan lupa kita ada perhitungan di akhirat sana.
Reply
saya simpati dengn dsai…
harap dsai tabah dengan dugaan…
semoga umno hancur di bumi Allah..
hidup PR…..
Reply
peace
Reply
bila melihat perdebatan semalam, jelas kelihatan si Shabery Chik itu mempenyai pengetahuan yang cetek dari segi intelek ketika saudara wartawan mengemukakan soalan semalam…
tak dapat jawab seperti kehendak soalan yang diutarakan…
camner leh jadi menteri camnih…
hampeh…
tengok DSAI jawab soalan dalam keadaan rileks n mantap…
tanpa ada memek muka yang membosankan cam si Shaberi tu..
Pandai mengawal emosi n penonton..
Tahniah DSAI..
aku menyokongmu…
Hidup PR….
Reply
A’kum DS anwar. I’allah rahmat Allah,penguasa sekalian makhluk membantu DS anwar dari kejahatan mereka yang mengaku adanya tuhan tetapi menafikan Allah maha mengetahui dengan fitnah. Saya cuma seorang rakyat biasa berkelulusan pun sekadar tingkatan 3, tapi saya masih lagi waras untuk berfikir menguna logik akal tentang isu fitnah terhadap DS, kemelut ekonomi negara dengan minyaknya, dengana harga barangnya, dengan inflasinya… tertanya jugak saya apalagi nak dijimatkan oleh golongan kebanyakan semata2 memenuhi kehendak pak2 menteri.. berjimat macam mana lagi bg orang kebanyakan, orang kaya bolehlah, pak menteri lagi boleh… jadi pak menteri yang belajar tinggi ni bagi saya hanya belajar macammana nak tinggikan lagi harga minyak, tinggikan lagi kadar inflasi… bukan nak tinggikan taraf hidup rakyat dan pendapatan negara..
Reply
Assalamualaikum…
Buat pe taksub sngt dengan DSAI?
Sya orang yng jahil agama pun takut nak bersumpah dengan nama Allah,
walaupun di beri duit berjuta2. Tak ke kita terfikir mungkin saiful memang bersumpah
dengan ikhlas kerana ramai orang perlekeh kan dia….?
Semua kawan Saiful yg kenal dia kata dia org yg baik.. ada ke org mcm tu nk
bersumpah dgn nama Allah klu x bersungguh2
Knp nak DSAI jgk memimpin PKR? knp still nak jgk anak beranak DSAI jd pemimpin PKR?
Klu sedara2 suma asyik bising ulama’ mana nak kena ikut… knp x pi je pd ulama’
yang betul2 perjuangkn Islam dlm PAS… buang PKR, join terus PAS!!
X pn cari pemimpin lain, bnyk lg dlm PKR tu..
Ingat la peristiwa taksub Al Arqam, jatuh kerana doa dan sumpah pada Allah mereka…
Kita rakyat Malaysia mari lah berdoa supaya Allah tunjukkan mana yang benar segera..
Reply