03
Jul
08

Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Malaysia

2 Julai 2008, Nafikan Penglibatan, Najib Berbohong!

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat penafian yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak adalah merupakan satu pembohongan di sebalik penafian yang sangat dangkal dan langsung tidak mencerminkan wujud kesahihan di sebalik kenyataan beliau.

Pembohongan beliau bahawa beliau tidak terlibat di dalam laporan songsang yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan tergambar jelas melalui fakta-fakta di sebalik kenyataan bercelaru yang dibuat Najib semalam.


Kenyataan Najib bahawa kehadiran Saiful bertemu Pegawai Khasnya pada 12 Februari lepas ‘untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran’ juga menimbulkan pertikaian besar. Bagaimanakah seorang bekas mahasiswa yang menamatkan pengajian awal boleh memohon biasiswa?

Dalam keadaan pertemuan tersebut dibuat sehari sebelum pembubaran Parlimen (13 Februari 2008), dan Saiful juga mula bertugas sewaktu kempen Pilihanraya Umum Ke-12 bermula, apakah ’sekadar satu kebetulan’ pertemuan tersebut berlaku di Pejabat Timbalan Perdana Menteri?

Apakah wujud elemen rasuah di sebalik ‘ganjaran biasiswa’ yang ditawarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri ke atas Saiful sehingga sanggup melacurkan maruah diri untuk membuat laporan songsang sebagaimana yang didakwa?

AMK mencabar Najib untuk menafikan bahawa wujud satu pertemuan sulit yang melibatkan beliau dan Saiful dengan disertai oleh beberapa orang lain beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful pada 28 Jun 2008.

AMK percaya bahawa wujud kerjasama terancang yang melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya dalam konspirasi ini, bertujuan untuk mengelakkan pendedahan gempar Raja Petra Kamaruddin melalui Perakuan Sumpah beliau mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

AMK secara terbuka juga membuat tawaran kepada mana-mana pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara yang berjiwa besar untuk tampil ke hadapan memberikan informasi-informasi berkaitan dengan komplot konspirasi terancang yang melibatkan Najib, Musa Hassan dan Abdul Gani Patail untuk merencana laporan songsang ini yang bertujuan untuk mewujudkan provokasi yang boleh memberikan keuntungan politik kepada Umno-BN.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia


94 Responses to “Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Malaysia”


  1. 1 anony Jul 3rd, 2008 at 8:15 pm

    dulu aku respect anwar gile2..
    skrg dah x respect..
    ape kes ko pg kutuk2 orang weh..
    diam je..kan lg bagus tu..
    aiseh..baru nk tgk ko jg pm ke 6..
    trus x jd..

  2. 2 Fahmishah Jul 3rd, 2008 at 8:22 pm

    Lawan tetap Lawan AMK! LAWAN!!!!!!!!!!!!

  3. 3 enod Jul 3rd, 2008 at 8:59 pm

    cam no cito nih poning acik da….lawan kalah tak lawan tak leh pulak tapi mintak la kat sapa-sapa yang pakar dalam pelbagai bidang tolong la bantu dsai kita ni kesian tul aku kat dia tapi aku mampu berdoa je sebab aku tak de magic kalau ada kan best………

  4. 4 Aslam Khan Jul 3rd, 2008 at 9:04 pm

    Khas untuk Najib Tun Razak.

    Demi menjaga maruah allahyarham ayahanda anda sila letak jawatan dan insaflah diatas dosa besar yang sudah kamu lakukan. Sedarlah bahawa rakyat sudah tidak yakin dengan apa-apa penjelasan dari mulut kamu.

    Jangan cuba lindung disebalik PDRM kerana ramai anggota institusi ini sudah meluat dengan perbuatan Musa Hassan dan pegawai-pegawai yang sewaktu dengannya.Rakan-rakan kamu dari dalam UMNO kesal dengan perbuatan dan sikap kamu yang pengecut.

    Najib, one lie will lead to another. Before you know it this becomes a habit ! You are a disgrace to your family and your only hope of redemtion is to resign and seek forgivness. Further more you are also a disgrace to the proud people of Malaysia. Leave now before you are driven out !

    Najib, do the right thing NOW !

  5. 5 tatatata Jul 3rd, 2008 at 9:26 pm

    Anony,
    Kalau kau kena mcm DSAI kau nak duduk diam, terima dan tersengih aje ke? Kalau kau begitu, itu macam org skru tertanggal je lagaknya. Atau agaknya kau nak macam gaya si sayfool dalam paper hari ni kot. Konon kena liwat tapi boleh lambai-lambai tangan kat public dan senyum-senyum lagi. Biol betul.

  6. 6 zam Jul 3rd, 2008 at 9:32 pm

    didoakan semoga Dato Sri mampu melawan fitnah ini…

  7. 7 adot Jul 3rd, 2008 at 9:35 pm

    berani kerana benar
    takut kerana salah
    teruskan perjuangan, bongkar segala penyelewengan, kejahatan dan kezaliman

  8. 8 blacko Jul 3rd, 2008 at 9:50 pm

    takpelah anony

    takdek org kesah pun ko nak sokong ke tak… tak jejas pape pun…

  9. 9 KAKA Jul 3rd, 2008 at 10:13 pm

    ha ha najib panas punggung dah…cakap pun tak tentu hala dah….

  10. 10 Teoh Jul 3rd, 2008 at 10:27 pm

    Siapa betul, siapa salah? Anwar atau Najib? Rakyat negara kita sudah bijak. Kita tahu menilai sendiri. Hidup Pakatan Rakyat!

  11. 11 rin Jul 3rd, 2008 at 10:49 pm

    Buat semua…
    Dengan nama ALLAH Tuhan Sekalian Alam…
    ALLAH akan tunjukkan siapa yang benar dan siapa yang salah dalam permasalahan besar yang kita hadapi sekarang…

    Amin…

  12. 12 yus Jul 3rd, 2008 at 11:19 pm

    kenapa nak diam plak wei ,kalau kita teraniaya kena la kita lawan balik. Lagi pun pendedahan dia ada akuan bersumpah di Mahkamah, bukan macam laporan polis budak tu,langsung tak ada kredibiliti.Bukan nak bela sesiapa tapi Polis kena adili secara adil dan saksama.

  13. 13 arjuna Jul 3rd, 2008 at 11:50 pm

    anony

    ko umpama lalang….

  14. 14 kenoi Jul 3rd, 2008 at 11:51 pm

    salam.positif thinking~ini peluang pak lah untuk membuktikan pentadbiran beliau adalah telus dan adil.Biarkan polis menjalankan siasatan dan pihak hospital membuat laporan perubatan.Yang benar tetap benar walau pun apa cara sekali pun untuk menghapuskan kebenaran, percayalah kebenaran tetap kebenaran.jangan bertindak ikut perasaan dan berfikirlah dengan waras.terima kasih.

  15. 15 lawan tetap lawan Jul 4th, 2008 at 12:02 am

    3 hari lepas najib kata budak tu jumpa dia sekali pada 3 bulan lepas kerana nak minta biasiswa tapi dalam tv3 tadi najib cakap jumpa pulak 2 hari sebelum repot polis kerana budak tu ngadu pada najib..pelik2!!

  16. 16 radzi Jul 4th, 2008 at 12:34 am

    hoi, anony nama kau pun dah loya tekak mendengarnya apatah lagi akal kau yg dangkal tu. apa kes kau nak nilai org, bagus sangat ke kau ni……………………….kalau diam tu maknanya tak ada maruah le bengap.

    DSAI tu bukan kutuk org nama nya, itu nama nya memberitahu kita mereka2 yg tak betul jalan, faham!!!!!!

  17. 17 Noor Aza Othman Jul 4th, 2008 at 12:39 am

    Itulah yang menghairankan sekali; bahkan tak logik! Rakyat biasa hantar surat rasmi berpuluh kali pada PM, DPM atau mana Menteri pun mereka tak ada masa kononnya nak jawab, inikan boleh jumpa sesuka hati. Posing dalam macam-macam foto pula tu! Saiful ni dahlah tak lulus uni, diberi layanan begitu istimewa sekali! Betul mengaibkan!

    ANWAR FOR PM!

    Noor Aza Othman.

  18. 18 Che Guevera Jul 4th, 2008 at 1:43 am

    Tergelak kuat aku bila lihat press conference Najib di tv tadi. 2 hari lepas dia kata cuma sekali saja si- Saiful tu datang ke pejabatnya minta biasiswa iaitu 4 bulan lepas. Tiba-tiba tadi Najib tukar cerita dia ada jumpa mamat tu beberapa hari sebelum laporan polis terhadap DSAI dibuat. Kenapa gelabah sangat sampai setenat itu tahap ingatan Dato’? Hari pun dah tak ingat, weeee…teruknya. Nak kata nyanyuk tak lagi kot, cuma biasalah orang tua macam Dato’ - uban, misai dan bulu kening saja yang putih, tapi mental patut masih kuat. Tapi dengan gaya ingat-ingat lupa macam ni agak-agaknya macam mana nak jadi PM yer? Nanti orang kata siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi Perdana Menteri pula!

    Yang satu lagi nak tergelaknya mengapa si-mamat tu yang kononnya hanya ditemui 4 bulan lepas tapi Dato’ masih ingat pertemuan itu? Bukankah sebagai TPM Dato’ bertemu dengan puluhan malah beribu orang sehari, tapi mengapa masih mengingati pertemuan dengan budak tu? Entah-entah Dato’ selalu jumpa dia tak? Ha…ha…ha…lawaknya skrip bodoh tu yer, siapa agaknya Sang Sutradara tolol yang reka skrip tu?

  19. 19 hamba Allah Jul 4th, 2008 at 1:51 am

    Setuju2 dengan Noor Aza Othman! Fakta yang logik!

  20. 20 cakap-lepas Jul 4th, 2008 at 1:51 am

    aduhai najib..konon nak jadi bakal PM..peralihan kuasa untuk najib konon.bertaubatlah wahai tok najib..

  21. 21 nora afzam Jul 4th, 2008 at 3:40 am

    Marilah kita sama2 berjihad menegakkan kebenaran!
    Kita tetap lawan BN ..
    MasyaAllah teruk la KJ, Bodolah, Najib, dan kuncu2!!!!!!!
    Selamatkanlah Malasyia dan bukakanlah pintu hati kawan2 kami yang masih menyokong UMNO BN..semoga Allah melaknat mereka2 yang zalim didunia lagi!!

  22. 22 Abd Azizul Rahman b Kidam Jul 4th, 2008 at 5:06 am

    Najib nampak glabah bila buat prees statement penafiannya. Kenyataan bercelaru sudah tidak boleh ikut skrip. Mukanya berubah menjadi keriau .Beliau tidak sehebat Mahathir berbohong. Jadi aku tabik Mahathir berbohong. Selamba aje…

  23. 23 KucariBenar Jul 4th, 2008 at 5:52 am

    Kita tunggu petunjuk dan pembalasan Allah. Memang sudah begitu ketentuanNya di mana di akhir zaman ini fitnah akan merajalela. Namun usah gundah gulana wahai insan yang teraniaya….Kebenaran pasti akan muncul di penghujung terowong kegelapan! Banyakkan bersabar dan ketahuilah sesungguhnya antara insan teraniaya dengan Tuhannya itu sememangnya tiada sebarang hijab! Tadahkan sahaja tanganmu ke langit yang sentiasa terbuka itu…. amin.

  24. 24 Hijau Permai Jul 4th, 2008 at 7:05 am

    Bukan itu shj…dlm Buletin Utama semalam,najib siap ‘terkantoi’ yg cakap si saiful nie pernah berjumpa dgnnya malah di kediamannya..memang budak nie ade ‘hubungan yg erat’ dgn najib nie…confirm3x…

  25. 25 Pya Jul 4th, 2008 at 8:14 am

    Doa muga sumer rakyat malaysia aman bahagia….Dunia akhir zaman…banyaklah fitnah yang berlaku……

  26. 26 melayu baru aaa.. Jul 4th, 2008 at 8:21 am

    6 julai 08 kite turan ramai2 di amcorp mall PJ. turun jgn x turun. RAkyat bangkit tegakkan keadilan, jatuhkan kezaliman !!!

  27. 27 Zoyak Jul 4th, 2008 at 8:53 am

    Assalam mu alaikum wr wbt.
    Bagai cerita kita dapat dalam sehari dua ni, tapi tau tak kelian semua bahawa kita mengundang musibah lagi kepada negara dan rakyat. Apabila tuduhan liwat ini menjangkit kepada rakyat jelata. Maksudnya rakyat banyak yang menjadi pengikut pemimpin yang jahil dan media mereka memanjangkan cerita maka ertinya melatalah tuduhan itu. Bila tudahan sudah melata dan mereka tidak mendatangkan 4 saksi yang adil maka orang yang menuduh, media yang menghebohkannya dan semua yang terlibat menyambung tuduhan dari atas (kalangan pemimpin) sehingga kepengikut iaitu orang jahil maka mereka semuanya fasik belaka, kesaksiannya, cakapnya, tulisannya dan khabar berita dan arahanya akan tidak akan didengar oleh hati-hati yang beriman dan bertakwa.
    Yang lebih menakutkan lagi ialah Allah SWT akan mendatangkan bala bencan kepada negara tercinta ini. Untuk keterangan lanjut bacalah Buku QAZAF - oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Fatwa oleh Dr Yusof Qardhwi tentang hal ini yang berkait dengan peristiwa tahun 1998 dulu dan juga Fatwa Dr Taha Jabir Al Alwani tentang perkara yang berkait.

  28. 28 mun Jul 4th, 2008 at 9:22 am

    xtaw lglah nk ckp pe ngan najib..
    i cant imagine what will happpen ble da peralihan kuasa nanti..
    insaflah najib..igt skeyt syurga neraka..

  29. 29 Ramli Awang Jul 4th, 2008 at 9:30 am

    sekarang,semua org kene jelas yer,
    yang kene tuduh ialah anwar dan najib,so diorg skrg tengah pertahankan diri,jadi biar kita semua lihat dan kalau nak jadilah hakim sendiri dari fakta2 yg ada.percayalah Allah akan tunjukkan jalan dan mambela manusia yg teranyaia.InsyaAllah,Amin.

  30. 30 jojo Jul 4th, 2008 at 9:55 am

    In the papers today, DPM says about his meeting with Sayfool:
    “I saw him as genuine because he looked so frightened. His hands were cold.”

    Mana dia tau tangan si bodo Sayfool tu sejok? Haaaa…unless dia pegang and raba-raba…Ni perlu siasatan jugak ni.

    The report also says : “In disclosing this yesterday, Najib who described Saiful as traumatised ….,”. Ni lagi joke of the year.. For someone who had been traumatised, for him to be able to appear in public smiling and waving his hands is really astounding. Betol ke tak kepala hotak mamat ni?

    P/s: By the way, sejak bila pula org kena liwat boleh gi mengadu kat DPM? Bukan kena pegi ke Polis ke or at least get help from medical practitioners? Tolong perjelaskan.

  31. 31 cinta benaran Jul 4th, 2008 at 10:05 am

    selama ni pasukan utk cekap buat kerja.dah banyak mission imposible dia orang buat tak pecah macam althantuya. kenapa ye? Mungkin sebab ada campur tangan orang yang tak pro kot ? ………..”I tak peduli! I nak budak tu di bom! I sendiri mesti tengok dia berkecai!I nak confirm dia mampus depan mata I !………………”Ha! baru padan muka dia! Puas hati I !”…………

  32. 32 bayan Jul 4th, 2008 at 10:07 am

    Tuan Timbalan Perdana Menteri,

    Saya pun banyak masalah…harga minyak dah mahal, beras pulak melambung, makanpun sekali sehari je sekarang, bil letrik dan air dengar khabarpun nak naik lagi. Bapak sakit kat kampung, mak dah tua, anak-anak nak sekolah, tambang bas dah naik. Bini dah lari… eei, banyak lagi nak ngadu ni… Err.. boleh tak saya gi umah Tuan Timbalan Perdana Menteri utk mengadu? Kalau Shaiful boleh mengadu masalah dia, saya takkan tak boleh, rakyat Malaysia juga ape?

  33. 33 cinta benaran Jul 4th, 2008 at 10:09 am

    kalau benar si saiful tu tak kena sondol. Macam mana nak make believe supaya betul2 kena sondol? Lu fikir lah sendiri……………..tapi kena cepat buat tindakan sebab orang nak check dah ni !

  34. 34 zull Jul 4th, 2008 at 10:27 am

    ask…gelombang pertama menuju kecermelangan telah bermula .. impian 1998 bakal menjadi kenyataan laungan keramat (TAKBIR)bakal mejelma laungan azimat (REFORMASI)bergegar semula bagi pejuang yang masih ada teruskan perjuangan;;;; bagi yang telah tiada *ALFATIHAH amin pada rakan rakan semua mari kita berdoa untuk dsai dan keluarga mudahan dajauhi segala fitnah ””

  35. 35 abg haji Jul 4th, 2008 at 10:28 am

    setuju ngan Noor Aza Othman, Che Guevera..

  36. 36 nurul Jul 4th, 2008 at 10:52 am

    Buat anony

    Kalau tak sokong saudara DSAI tak jadi masalah. Tapi janganle mengutuk dan percaya pada kenyataan yang belum tentu benar. Allah lebih mengetahui. Bertaubatlah dan buatlah solat hajat banyak2 semoga anony diberikan ketenangan dan bersikap lebih rasional. Ini soal maruah saudara DSAI bukannya anony.

  37. 37 Rashid Jul 4th, 2008 at 10:54 am

    Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah kiamat semakin hampir apabila terlalu banyak fitnah yang dahsyat berlaku di dunia seperti sekarang …dan aku rase dajal pun telah muncul tiba …..sesungguhnya hari kiamat sudah terlalu menghampiri jangan terlalu sibuk dengan urusan duniawi dan banyakkan masa berzikir mengingati allah bukan dengan menyebarkan fitnah..sesuatu yang tidak tahu betul atau salahnya lagi….kita manusia terlalu banyak kelemahan dan keburukan..segala yang baik itu datang dari Allah jua…semoga kita dijauhkan daripada berterusan memalit dosa…

  38. 38 arefiz Jul 4th, 2008 at 10:59 am

    cam cerita cerekarama jer politik malaysia nie

  39. 39 HMD Jul 4th, 2008 at 11:08 am

    Ya Allah Ya Tuhan Kami,

    Pertunjukkanlah kebenanaran dalam segala pertuduhan ini. Tunjukkan kepada kami yang mana benar dan yang mana palsu. Janganlah kau turunkan musibah yang amat berat terhadap rakyat Malaysia Ya Allah. Selamatkanlah seluruh hamba-Mu yang beriman terhadap-MU di Dunia & Akhirat.

    Amin Ya-Rabbal-A’lamin.

  40. 40 ziananordin Jul 4th, 2008 at 11:14 am

    Salam to all & to my dearest next PM, DSAI,

    Saya amat yakin kebenaran akan terserlah juga. Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh jugak ke lubang kubur sendiri. Orang kalau dah mereka-reka cerita, lama-lama berbelit-belit dah cerita dia. Lari dari statement asal. 2 3 hari lepas pak najib kita cakap budak takda maruah tu jumpa staff dia kat office nak apply biasiswa. Malam tadi cakap lain plak. Jumpa dia kat rumah nak mintak tolong. Buntut dah kena sula katanya. Ntah apa nak jadi, kalu aku tak kuar rumah malu beb.

    Apa-apa pun kepada DSAI, yakinlah kami semua akan terus menyokong tuan hingga kebenaran akan menyebelahi tuan. Amin

    PADA ANONY, apake namanya? Boleh blah, we all pun tak harap org pendek akal mcm kau joint we all lah.

  41. 41 nik Jul 4th, 2008 at 11:21 am

    base on the online news, it seems like Anwar is on the right side, while najib is the left side. Anyway , what I see since the past ten years, it’s very clear that what happened to Anwar is something like conspiracy from the highest level.
    I beleive, if we still remember during DrM era, he did launch ‘Dasar Pandang ketimur’ … I just wonder why many BN MP refused to follow that dasar … MP Jepun kalau rakyat komplen, dia orang letak jawatan je…. tapi Malaysia … siap maki dan gertak rakyat lagi … dah la naik sebab rakyat pilih, dah naik lupa daratan macam sitanggang…
    Pasal rakyat jumpa menteri ni, … ikut pengalaman masa saya jumpa DrM dulu, sebelum jumpa semua ketua pelajar wakil universiti dipanggil oleh ketua pengarah pelajaran dulu, semua kena warning xboleh tanya soalan xsenonoh, xberkait politik, xberkait wang … tapi pasal UMNO boleh … UMNO tu bukan politik ke?
    Si Saiful yang failed kt university kata pergi jumpa IGP, DPM nak cerita kes liwat, mintak biasiswa mcm, … sape dia tu? Kalau budak dapat 10a1 xdapat biasiswa… orang failed kirim salam je la … nak jumpa MP senang2 … tu pembohong besar namanya … kalau xde kenal org dalam jgn mimpi …

  42. 42 ISLAMIC GROWTH Jul 4th, 2008 at 11:32 am

    a”kum, pertama)si saiful tu siap lambai tangan mcm menang election lg dlm kosmo itu mengambarkan trauma????#$%.
    kedua)sedangkan gadis nk kene rogol pun melawan ni kan pulak ko laki yg 6kaki tinggi,kene liwat x melawan,aky x dpt bygkan(LEMBIK<BODOHLEMAH).
    ketiga)kalo bkn rosmah mastermind kes altantuya apsal ko x saman je raja petra tuduh ko??.ke takut sbb bukti dh ada.
    keempat)najib kata DSAI sengaja timbul kes altantuya sbb nk alih kes liwat,kalu x knp x dr dulu,ni aku jwbkalu akutkan kes, raja petra punya akuan yg klua dulu br kes liwat timbul,ha skrg sape yg kene???najib tlg jwb….
    sedarlah najib,paklah,umno,bn&kunco2nya taubatla sblm ALLAH trn bala.

  43. 43 AURABIRU Jul 4th, 2008 at 11:40 am

    CUKUPLAH PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGAN FITNAH DEMI FITNAH. MARILAH RAMAI-RAMAI BUKA MATA,BERHENTI MENYOKONG KERAJAAN BN YANG KORUP. SAYA SELAKU ANGGOTA TENTERA MENYERU SELURUH WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA, DISAMPING MENJADI BENTENG PERTAHANAN NEGARA MARILAH BERSAMA MEMPERTAHANKAN MARUAH NEGARA, BANGSA DAN AGAMA DARI DICEMARI OLEH PERLAKUAN HINA SEBAHAGIAN PEMIMPIN UMNO/BN DAN KONCO-KONCONYA. YA ALLAH KURNIAKAN DAN LINDUNGILAH MALAYSIA DENGAN KESEJAHTERAAN DIBAWAH PEMIMPIN YANG ADIL DAN BERTAQWA. AMIN..

  44. 44 AQILAH Jul 4th, 2008 at 12:11 pm

    SALAM….
    DIBERI AKAL UNTUK BERFIKIR…
    TAPI INGAT, TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR…
    JADI, KEMBALIKAN SEGALANYA KEPADA ALLAH..
    TERLEBIH KATA, JADI FITNAH, DAN PASTI KITA IKUT BERDOSA…
    MOHON PETUNJUK DARI ALLAH DAN…. PASTIKAN YANG FAKTA SEBELUM BERKATA..
    HARAP KITA MASIH DIBERI HIDAYAH UNTUK MEMILIH KEBENARAN.. AAMIIN

  45. 45 alibaba Jul 4th, 2008 at 12:14 pm

    kita tau dan kita dah lihat cuma blum perasan. Cuba lihat muka tok najib, dah takda seri. Lihat muka Anuar Ibrahim, bertambah serinya bukan main. Orang yang benar air mukanya dah terpancar kebenarannya apatah lagi gerak-gerinya. Tapi si najib ni, macam mana dia ‘make-over’ pun, air muka dia tetap tak berseri sebab orang salah dah tertulis kat dahinya. Nanti tak caya suruh tok najib tengok kat cermin……nampak tak?

  46. 46 rajinus Jul 4th, 2008 at 12:18 pm

    macam mana orang muda boleh kalah lawan ngan orang tua, tu yang aku heran tu, saiful ni pondan ke

  47. 47 bai Jul 4th, 2008 at 12:46 pm

    aku dari mat mat kapal malaysia berpendapat mana2 org yg boleh menunjukkan kebenaran dan keadilan silalah tampil dengan berani untuk kesejahteraan rakyat. kita hapuskan mana yang batil tegakkan keadilan. kalu betul dsai besalah buktikan kalu najib besalah juga kita buktikan. kalu kita xbesalah jangan takut pada kebenaran. kebenaran pasti datang.

  48. 48 gurl_ootai Jul 4th, 2008 at 12:50 pm

    statement yg diberi oleh najib pada mlm semlm(3.7.08) bercanggah dgn ape yg disebut sebelum ini.How can a nobody person like saiful boleh senang2 jumpe tpm di rmhnye..kalau kite rasenye mmg payah nak jumpe…kalau best student xpela…nie dropout uni student…there must be a conspiracy between them…lagpun rakyt m’sia dh bijak n boleh pk mane yg betul mane salah..x taula kalau ader owg yg bute hati..bute akal…no common sense at all..org yg diliwat dgn sng2 hati..boleh melambai…tersengih cam kerang busuk..ape cite…sedarlah wahai parti bn & konco2nye…we malysian is not stupid s wat u think…xkan x sedar diri lagi..election baru2 nie..banyak negeri jatuh ke tgn parti pembangkang..sbb ape..rakyat is already fedup with your nonsense…all that crap…n all that shit that u all had been doing…kitaorg dah buhsan..dahlah mostly pemimpin melayu..tp melayu lupe diri…melayu sendiri yg jual tnh melayu pada kaum lain..melayu sendiri yg menghalau melayu keluar dr tnh sendiri..kalau pemimpin kaum lain..i can understand..tp nie pemimpin melayu..islam…menghancurkan..menjahanamkan bangsa sendiri..wat a shame…i bet stp acc menteri mmg lebih dr jumlah pendapatan mrk..where did they get all the money..lu pkla sendirik…kalau betul stp yb menjalankan tugas mereka, kenapa masih ade lg rakyat miskin di negara kita???mane perginya duit2 zakat yg patut diberikan pd mereka ini??where?why all this happen??pk sendiri wahai YB2…yg hanye tau memenuhkan poket kocek mereka & kroni2 mereka…walhal rakyat dibiarkan sengasara, merana di tnh air sendiri…..Lu pk la sendiriii…

  49. 49 Black 14 Jul 4th, 2008 at 1:18 pm

    kepada anony..

    aku rase tahap pemikiran ko tidak sehebat DSAI. Wei cuci la otak ko tu dengan clorox. Ko tak sokong pun takpe, bukan beri kepentingan pada Parti Pun. Jadi lebih baik ko tutup mulut dan buat kerja apa yang dah ko buat selama ini. orang macam ko la sama macam SAIFUL BUKHARI AZLAN.

  50. 50 justice Jul 4th, 2008 at 1:56 pm

    padan muka najib dah nyanyuk. tu lah arwah atuk aku kata, kalau orang menipu dia lupa apa yang di tipu nya …kan dah nyata najib mongolia tipu…kwang…kwang…

    lompat si katak lompat
    lompat lah tinggi tinggi
    cepat lah najib cepat
    cepat lah masuk dalam jail nanti….

    kwang…kwang..kwang

  51. 51 ismail Jul 4th, 2008 at 2:26 pm

    ANONY…..kalau di putar belitkan jadi ONANY…..cocok bangat.

  52. 52 eyal Jul 4th, 2008 at 3:09 pm

    takbir!!!!!

  53. 53 archtung Jul 4th, 2008 at 4:49 pm

    sila amati maklumat-maklumat berikut:

    1) Najib menyatakan saiful berada dipejabatnya 3 bulan lepas bagi urusan ‘biasiswa’..

    kenyataan:
    3 bulan lepas pilihanraya umum took place, Saiful bukanlah pelajar cerdik yang layak mendapat biasiswa, walhal beliau sudahpun berhenti dari pengajian beliau

    2) Saiful mendakwa beliau diliwat sebanyak 4 kali

    kenyataan:
    sebagai bekas pemimpin pelajar, di mana letaknya integriti beliau sehingga selepas 4 kali baru melaporkan kejadian itu..dan dari pengalaman seorang ‘gay in the closet’ yang direkodkan dalam web yang lain mengatakan pengalamn diliwat akan menjadikan anda mengalami sakit belakang yang tidak terperi dan kemungkinan juga tidak mampu berjalan..selama beberapa hari..melainkan beliau juga merupakan seorang yang pernah melakukan ‘perkara’ tersebut sebelum ini

    3) Tinggal di Kondominium Damansara

    Harga kondominium tersebut dikatakan berharga in range 2.2million dan sewa bulanan dikatakan berjumlah 12k -15k sebulan which made it impossible for him yang tidak mmpunyai kerjaya tetap serta kelulusan dalam akademik

    4) Melanjutkan pelajaran dalam bidang penerbangan

    Bagaimana mungkin beliau mampu untuk menempatkan diri dalam bidang ini sedangkan kosnya dikatakan berjumlah 200k dan beliau juga merupakan anak yatim.. (sekiranya saya tidak salah)

    fikir2kan dan selamat beramal…..

  54. 54 awish Jul 4th, 2008 at 6:15 pm

    minta maaf dato’seri najib…

    itu hari cakap lain sekarang lain..itu hari cakap minta sokongan biasiswa ni pulak cakap mengadu hal, pasal kene liwat…apela…rakyat nampak anda menggelabah dan menipu..macam mane nak jadi pemimpin..sekian!

  55. 55 S.H.Alatas Jul 4th, 2008 at 6:40 pm

    Islam memberi panduan kepada kita, jika terjadi apa-apa perbalahan patutlah kita rujuk kembali kepada al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Islam menginginkan kita menyelesaikan apa-apa masaalah secara adil dan seksama sehingga terjelma Keadaan aman dan damai. Keadaan ini penting, dikuatirkan keadaan haru biru boleh membawa mala petaka kepada kita semua, sudah tentu hal ini kita tidak inginkan, pikirkanlah.

  56. 56 uncle Jul 4th, 2008 at 7:07 pm

    terbaru…. kenapa nak libatkan tentera pula membantu polis sekiranya ada tunjuk perasaan di malaysia. polis kan ada,itu memang kerja polis menjaga ketenteraman awam.tentera lain tugasnya. janganla tentera pun nak diheret bersama dalam situasi sekarang.tq

  57. 57 Perwira_Bangsa Jul 4th, 2008 at 7:11 pm

    anony!!!!

    KISAH BURUK bernama anony!!!

    memang namamu buruk di sebut orang ,
    mungkin perangai mu juga buruk,
    tapi sedarlah seburuk2 kain buruk,
    boleh juga mengangkat periuk,
    seburuk buruk kain buruk,
    buruk lagi perangai buruk,
    perangai buruk sokong buruk,
    umno buruk,BN buruk,
    patutlah perangai kamu pun buruk!!!!

    Yang Buruk,

    tukarkan bin yang baru.
    5.july 2008

  58. 58 on.thegate Jul 4th, 2008 at 7:23 pm

    Najib keliru, cakap berbelit, atau terperangkap dengan kenyataan sendiri!!!!!

    Pada 1hb Julai dalam buletin TV3 jam 6 mlm Najib menafikan mengenali atau berhubung secara langsung dengan budak yang konon bontotnya kena balun oleh siapa pun tidak dapat dipastikan lagi oleh mahkamah.

    1.Dia cuma memberitahu press yang budak itu datang berjumpa dengan pegawainya untuk memohon biasiswa untuk belajar.

    2. Budak ini kononnya tinggal dio kondo yang sewaan bulanannya dikatakan mencecah antara 7ribu hingga 15 ribu ringgit sebulan……………harga kondo itu sahaja sudah hampir 2.2 juta ringgit….. mana dapat wang untuk survive macam itu?………….jika sudah mampu tinggal hidup mewah mengapa nak minta biasiswa…….siapa mak bapak dan keturunannya umur baru 23 belum pun kerja yang tetap tahun tapi mampu hidup mewah. kalau minat nak jadi pilot satu surat rekomen sudah cukup untuk dapat jadi kadet penerbangan tak perlu bayar balik………..cuma ikat kontrak jadi pilot……….belajar pun kononnya gagal, nak mintaa biasiswa apa lagi?

    3.Pada berita buletin TV3 3 Julai jam 8 mlm pula dalam press yang dibuat Najib beritahu yang budak ini datang jumpanya dan beritahu dia diliwat. najib pula cakap terpulang pada budak tu kalau nak buat report polis……apa sudah jadi…………nak bukti kenyataan najib sila reversed kembali buletin TV 3 tarikh tersebut……..

    4. apa punya najib! dakwaan Raja Petra bukan main dahsyat lagi ke atas bini dia Rosmah. Mengapa tidak berani buat lapuran polis atau tuntut saman malu sekali…….apa yang Najib dan Rosmah takut.!

    5. PI buat akaunsumpah Najaib hanya berani jawab dalam press………..apa ni Najib fasal apa takutsangat untuk berikan kebenaran yang sebenar-benarnya………..apakah berlaku atau tidak kejadian itu…….

    6. kerja Najib bagus. kebajikan rakyat dan pekerja terbela tetapi apa sebenarnya peribadi Najib ini………..?

  59. 59 zack75 Jul 4th, 2008 at 7:31 pm

    Memang benar seperti disebut dlm Al-Quran….Tanda-tanda dunia akhir zaman ini apabila manusia tidak lagi takutkan siksaan yang Allah janjikan dan FITNAH itu semakin menjadi-jadi seperti air sungai yang mengalir…
    Ya Allah…selamatkanlah umat di Malaysia ini dan jauhkankanlah kami dari bala siksaanMu yang amat pedih…Nauzubillah!
    DSNTR dan DSRM….segeralah bertaubat sebelum AJAL menjemputmu….sesungguhnya mati itu benar,masuk ke liang lahad itu benar! ALLAHHUAKBAR!!

  60. 60 ndmd Jul 4th, 2008 at 7:32 pm

    b aware dato’seri najib!!!!!!!!!!!

    ur turn is coming soon….

  61. 61 azari/AUR Jul 4th, 2008 at 8:21 pm

    kesian ANONY orang lain kena liwat dia yang buat gawat…..

    sepatutnya rakyat malaysia bersyukur sebab negara kita dah ada menteri yang mengedalikan

    aduan liwat,sekiranya ada yang rasa-rasa macam kena liwat bolehlah mengadu terus pada menteri

    yang berkenaan…kena buasir pun kira cas liwat jugaklah..pun boleh mengadu jugak.

  62. 62 atikay89 Jul 4th, 2008 at 9:51 pm

    kpd Najib..
    plz stop lying..
    rkyt msia is not fool anymore..
    Allah itu akan tunjukkan kbnrn..

  63. 63 Padi Jul 4th, 2008 at 10:43 pm

    Aku rasa lebih baik Si Saiful,DSAI,NS Najib dan isteri angkat sumpah junjung Al-Quran sebagaib membuktikan kebenaran masing2 darpada akuan bersumpah sebab sudah tidak releven lagi akuan bersumpah.Hari ini lain esok jadi lain pula pengakuan….
    Hukuman dari Allah Ta’ala lebih dashyat di terima nanti….Si Saiful tu masih muda dan gagah.mustahil tak boleh sepak terajang DSAI bila nak di liwat..Pondan rupa2nya budak ini….

  64. 64 masam Jul 4th, 2008 at 11:36 pm

    BUAT ;NORA AFZAM; CARA AWAK BERCAKAP MACAM ORANG NAK LEPASKAN GERAM.AWAK TAK PATUT NAK BODOHKAN SESIAPA.SIKAP AWAK MENUNJUKKAN AWAK TAK UBAH SEPERTI ORANG-ORANG TERSEBUT.UMNO ATAU PKR, MEREKA ADALAH ORANG2 YANG MEMENTINGKAN KUASA UTK KEPUASAN MEREKA TANPA MEMIKIRKAN KEADAAN RAKYAT.APA PUN MEREKA LAKUKAN HANYA UTK DIRI SENDIRI.JADI, SAYA HARAP AWAK TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN MEREKA(SORRY)…………………………………………………………………………………BUAT ;ISMAIL;…SIKAP AWAK SEBENARNYA LEBIH TERUK DARI ANONY.KENAPA NAK BURUKKAN NAMA ORANG LAIN DI SEBAKAN ISU INI?AWAK SAMA-SAMA DAPAT DOSA MACAM DIA ORANG…………………………………………………………………………………….SAYA MENYOKONG CARA ;KUCARIKEBENARAN;,SEMOGA KEINSAFAN BERSAMA MEREKA………………………………………………………………………………………AMIN.

  65. 65 KAMBING Jul 5th, 2008 at 10:10 am

    Kita lihat Anwar kena fitnah liwat, si saiful sorang yang mengaku.
    Tetapi Najib ramai yang terlibat dan tampil bersumpah pasal kes Monggolia.
    Kalau perkara ini tidak betul kenapa ada cerita bukan senang nak reka cipta. Kalau setakat cerita macam saiful tu ramai boleh buat.

    Minta mufti buat kenyataan pasal Najib suruh sumpah depan AlQuran berkenaan perkara ini. Ada brani ka….

  66. 66 ariffdanial Jul 5th, 2008 at 10:14 am

    Ass…kum, Saudara Shamsul & Gang, appreciate your statement and guts.Therefore,start doing something ‘clever’ . Enough of rhetorics and woo…wah…rakyat perlukan melihat the ‘real action’ . Tak perlu cakap c…cakap…lagi. I believe ramai diantara gang you yang telah bersumpah dan berikrar untuk berjihad demi keadilan. Do something ‘different’. Saya juga yakin ramai diantara gang2 you adalah pakar ’strategist’, ‘planners’ dan ‘implementors’. Kalau tak ada cari. Ramai diluar sana yang ingin membantu. Saya berharap you & gang mengambil ini sebagai teguran yang ikhlas. Salam dan Selamat Berjuang.

  67. 67 ballack Jul 5th, 2008 at 10:33 am

    utk masam….

    aku bukan nk blame ko…cma ak nak ckp yg ko mrh2 sgt knpa????biarlah
    diorang…tu skdr pndpt diorang n dioran pon skdr nak lepaskan geram je…bukan diorang dpt buat apa2 pon…asal najib kat luar tu xda pulak ko nak komplen…xdala akuxnk ckp bnyk…cma aku yakin dgn kebenaran bahawa yg benar pasti akan menang…ingtlah bahawa kita ni di akhir zaman…aku yakin dgn ALLAH akn tunjukkan kbnrannya nati…tunggulah dgn penuh always erdoa….

    ALLAHUAKBAR

  68. 68 Risau dan sedih Jul 5th, 2008 at 12:26 pm

    Salam kepada suma rakyat Malaysia.

    Saya berada di luar negara ketika ini tetapi sentiasa mengikuti perkembangan dan kemajuan negara yang amat ku cintai…negara yg satu ketika dulu amat terkenal kerana kestabilan politik, kejayaan demi kejayaan dan kehidupan rakyat berbilang bangsa yang aman dan makmur.

    Tapi alangkah sedih nya kerana semua itu ibarat hanya tinggal kenangan…hanya doa sahaja yg mampu di lakukan agar ALLAH SWT menunjukkan kebenaran nya dan mengembalikan keadaan tersebut kepada Malaysia.

    Hentikan segala bentuk pembohongan…rakyat tidak buta maupun bodoh….kadang2 tertanya-tanya macam mana generasi muda mampu merealisasikan wawasan 2020 jika pemimpin yg ada tidak mampu memberikan kepimpinan melalui teladan…..jika rasa tidak mampu lagi memimpin, lepaskan kepada yg mampu dan boleh mengemudikan Malaysia yg tercinta.

    Kesedaran amat perlu dan penting bagi menjamin kesejahteraan dan kemajuan Malaysia.

    Saya terasa amat sedih, geram, malu dan benci dengan apa yg terjadi di Malaysia….sepatut nya pemimpin-pemimpin Malaysia menumpukan seluruh perhatian pada keadaan ekonomi, kesejahteraan rakyat bukan hal2 seperti apa yg terjadi sekarang.

    Pada Pak Lah lakukan tanggungjawab sebagai pemimpin yg di inginkan rakyat, DSAI dan keluarga mudah2an sentiasa di lindungi Allah swt dan kepada mereka2 yg berkenaan….Please do the right things for once….because lies will keep on continue once you start it…so still not too late….

    Akhir kata doa saya utk Malaysia dan suma rakyat Malaysia agar peristiwa pahit ini akan dapat di selesaikan dgn cara yg terbaik….AMIN

  69. 69 kalkatu Jul 5th, 2008 at 12:31 pm

    aku pun pelik sgt2…berapa punya susah nak jmpa menteri…aku dpt anugerah dekan lg ms blajar dlu tp x dpt jmpa…jgn kata TPM, kwn2 n kuncu2 TPM pun aku x dpt jmpa…tp si sepol ni…x lulus peksa pun leh jmpa…sdh2 la najib…buat malu org Pekan jer…

  70. 70 kalkatu Jul 5th, 2008 at 12:35 pm

    aku bkn nak sebelah mn2..tp yg ni pun aku pelik gak..xde benda lain ker yg nak di isukan selain dari kes meliwat ni…ntah2 betul kot wakaka…ikut jer cdgn mufti perlis ke mufti mn ari 2 ajak dsai n sepol ni bersumpah..mudah2 an sape yg menipu dimakan sumpah..bru padan muka…baru tau sape yg benar…Allah tolong tunjukkan kebenaran kpd kami sume…amin

  71. 71 Samdol Jul 5th, 2008 at 12:44 pm

    Padi….. pondan lagi kuat dari budak Saipol tu lerrr……… ehekss!!

  72. 72 MataMemandang Jul 5th, 2008 at 1:23 pm

    Mata memandang kepala pening memikirkan
    Si najib nyanyuk & kaki perempuan yang bakal menjadi khalifah di Malaysia..
    Haii..Anwar bila nak jadi PM~~ sy dh tak sabar melihat Malaysia yg telus & aman

  73. 73 zimal Jul 5th, 2008 at 3:30 pm

    Bila seseorang dah terlibat dengan kes pembunuhan dan rasuah, dia tidak teragak-agak untuk mambuat fitnah pulak. to NAJIB : MEMFITNAH LEBIH BERDOSA DARI MEMBUNUH.

  74. 74 xxxy28 Jul 5th, 2008 at 6:20 pm

    la ni cerita politik malaysia dah macam goreng pisang panas.aku rasa bkn DSAI yang liwat si saiful tu tapi najib yang buat kut.Tak pun si saiful tu mmg duk suka main belakang dr dulu lagi……brape ler yek si saiful tu dapat buat fitnah busuk camni…….

  75. 75 Kerapu Pisang Jul 5th, 2008 at 6:49 pm

    apa dah jadi dengan institusi kehakiman dan kepulisan kita..

    pembohongan dan rasuah yang dibongkar, makin menghilangkan kepecayaan rakyat terhadap pemerintah.

    Ayuh kita tukar je kerajaan yang ada ni kepada kerajaan yang lebih BERSIH..

    LAWAN TETAP LAWAN..

    Kerapu Pisang, Pelantar Minyak Ganu

  76. 76 takdeorangpeduli Jul 5th, 2008 at 10:56 pm

    Erm kalau orang lain buat penafian, adalah satu pembohongan…
    kalau anwar buat penafian, adakah termasuk dalam satu bentuk pembohongan juga?
    ke anwar tidak termasuk dalam persepsi itu?

    ke sebenarnya AMK berat sebelah ni? senget ek?

    ntah2 si saiful tu nak tolong biasiswa awek awek dia kat uniten?
    muka jambu… mungkin la ramai awek…

    bagus la najib bukak cerita sume sume. pasni korang tak payah tanyer lagi dah..
    walaupun terlewat 2 3 ari baru nak bagitau atleast dia berani bagitau..

    daripada nak tetunggu kenapa pegi kondo, siapa alibi..
    takde plak bagitau terus.. sama je la sume ni. bikin sesak otak jer.

    nak dengar nama 4 MP melompat tu pon kene tunggu jugak, elok diam jer..
    pastu terus umum.. daripada kecoh2 pastu banyak plak bagi alasan…
    boring la asik mengharap je… at least.. show me something real beb~!

  77. 77 pad footing Jul 6th, 2008 at 10:07 am

    Salam,

    Dato’ Seri… bermubahalah la ikut saranan Mufti Perlis tu… Pastu saya yakin sokongan terhadap Dato’ Seri akan berlipat kali ganda…

  78. 78 ahli persatuan bilal masjid Jul 6th, 2008 at 12:24 pm

    SAYA MINGIN MEMINTA AGAR AMK MERAYU ATAU MENDESAK AGAR DATO SERI ANWAR IBRAHIM BUAT SEPERTI YANG DISARANKAN OLEH MUFTI PERLIS. JIKA BELIAU INGIN BENAR BENAR MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU TIDAK BERSALAH. PERCAYALAH, KALAU DIRI TIDAK BERSALAH. TIADA APA PERLU DITAKUTKAN DGN AZAB ALLAH S.W.T!!! ALLAH ITU MAHA ADIL LAGI PENYAYANG.. ALLAH AKAN SENANTIASA MELINDUNGI HAMBANYA YANG TERANIAYA!! jangan porak perandakan negara, pikirkan keadaan rakyat yg semakin hari, semakin tertekan. JGN ASYIK MELAUNGKAN TAKBIR!! BUKTIKAN DIRI ITU DULU TIDAK BERSALAH.

  79. 79 pelajar uum Jul 6th, 2008 at 2:58 pm

    Sokong ahli peratuan bilal masjid…
    agar datuk seri anwar dan saiful bermubahalah atau bersumpah…
    tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah…

  80. 80 masam Jul 6th, 2008 at 7:02 pm

    SAYA BERSEPENDAPAT DENGAN PERSATUAN BILAL MASJID……..FITNAH MEMFITNAH MENGUNDANG DOSA BESAR. SEMOGA SEMUA MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH……….AMIN

  81. 81 ikanlepu Jul 7th, 2008 at 2:01 am

    ahli persatuan bilal mesjid ni bar*a UMNO, kan!

    Rentikan la, sebab lantikan kamu tu lantikan politik. Apa yang kamu tau pasal hukum?

    Diri sendiri pun tak lepas….

    Usah buat cadangan cam budak-budak.

  82. 82 sofi Jul 7th, 2008 at 3:55 pm

    ini untuk anony,

    apehal lu ni, DSAI tu x pun dibuktikan bersalah lagi kes ni,ko sibuk2 pehal,
    kalu ko yg kena camtu…bru ko tau…difitnah bnde yg ko tak buat…
    suke2 ko je ckp camtu..xder ko pun kite org banyak lai nk sokong DSAI biarpun hanya
    memohon doa dan keselamatan beliau walau dimana berada,kerana kes yang pertama dulu pn
    DSAi mmg x bersalah,…..ini sume permainan politik mereka yang zalim.

  83. 83 menuntut keadilan Jul 7th, 2008 at 6:39 pm

    walau apa pon .. saya dan mereka yg mahukan melihat keadilan dan kebenaran berharap DSAI dan AMK Tidak akan terus patah semangat.dan terus berjuang demi menegak kan keadilan .

    Berani kerana benar
    Takut kerana salah
    Jgn tunduk pada anasir anasir korupsi BN ..
    Jgn ingat mereka boleh “BULI ..kita.
    Jgn ingat rakyat takot pada ancaman dan manupulasi dan kekejaman BN ,Umno dan kuncu kuncu nya.

    Rakyat NOT STUPID .!!
    Selamat Berjuang !!

  84. 84 cinta keadilan Jul 7th, 2008 at 10:18 pm

    Saya seorang bekas majistret dan bekas Timbalan Pendakwa Raya. Semasa perbicaraan sodomy trial terhadap DSAI pada 1999 dahulu, saya khuatir jika spesimen mengandungi sperma yang dikatakan sperma DSAI adalah sebenarnya sperma orang lain, katakan sperma ‘B’, dimasukkan ke dalam sampul yang ditandakan sebagai milik DSAI oleh pegawai penyiasat kes. Sperma B telah dimasukkan ke dalam anus Azizan oleh B dengan cara liwat (maksudnya, B meliwat Azizan). Doktor yang membuat pemeriksaan ke atas dubur B membuat pengesahan yang sperma di dalam dubur Azizan adalah sperma yang sama dengan spesimen yang terdapat di dalam sampul yang ditandakan sebagai mengandungi sperma DSAI, dan ‘bukti’ ini bakal dikemukakan untuk membuktikan bahawa memang berlaku ‘liwat’ di antara DSAI dan Azizan. Bagaimanapun the turn of the events dalam perbicaraan tersebut akhirnya tidak memunculkan apa yang saya khuatirkan tersebut.

    Bagaimanapun DSAI harus berhati-hati tuduhan terbaru yang dibuat oleh Saiful sekarang. Segala petunjuk dan pengalaman lepas memberi kemungkinan yang amat besar bahawa terdapat konspirasi yang lebih kotor di dalam episod ini, apa lagi di dalam keadaan di mana seorang yang sedang berkuasa telah ditunjukkan mempunyai kaitan yang amat rapat dengan kes pembunuhan seseorang sehingga menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diduga akan berlaku, misalnya kehilangan rekod kemasukan rakyat asing dalam database Jabatan Imigresyen, pengeluaran bom C4 yang hanya boleh dilakukan menerusi arahan orang tertentu, anggota polis yang ter’lupa’ siapa yang telah mengeluarkan surat/memo mengarahkan supaya bom C4 diserahkan kepada seseorang, begitu banyak pendakwa dan peguambela di dalam mahkamah yang semuanya terlupa untuk bertanya lebih lanjut tentang siapa sebenarnya yang mengeluarkan surat/memo tersebut, juga barisan pendakwa dan peguambela yang ‘terlupa’ untuk bertanya lebih lanjut tentang dakwaan sepupu Altantuya yang Altantuya pernah memberitahunya yang dia pernah makan bersama dengan seseorang bernama ***** di sebuah restoran di Peranchis.

    Melihat keadaan ini, saya percaya bahawa segala bahagian di dalam jentera penguatkuasaan yang boleh digunakan akan dipergunakan untuk menghasilkan sabitan terhadap DSAI bagi melemahkan bukan sahaja barisan alternatif tetapi juga demokrasi dan perlaksanaan keadilan.

    Saya percaya bahawa apa yang saya khuatirkan akan berlaku dalam kes sodomy trial melibatkan Azizan dahulu akan berlaku kali ini, dengan persediaan yang lebih rapi. Kepada pihak DSAI, tolonglah pastikan yang sperma yang dimasukkan ke dalam sampul bertanda dengan nama DSAI adalah benar-benar sperma beliau dan bukannya sperma orang lain yang ditandakan sebagai sperma DSAI. Segalanya berada di tangan pegawai penyiasat. Jika kita dapat mempercayai profesionalisma pegawai penyiasat, kita mungkin tidak perlu khuatirkan tentang ini. Tetapi bila mengenang sejarah sembilan sepuluh tahun lepas, dengan tilam yang diusung kesana kemari, saya amat meragui kejujuran pegawai penyiasat yang berada di bawah telunjuk orang yang lebih berkuasa. Oleh itu, berhati-hatilah.

    Saya hanyalah seorang pencinta keadilan kerana saya percaya bahawa hanya keadilan yang akan menjamin keharmonian hidup semua rakyat di sesebuah negara walau apa pun fahaman dan kepercayaan politik mereka.

  85. 85 ayu-penyokong setia dr anwar Jul 8th, 2008 at 11:15 am

    Assalamualikum…Wahai sekalian rakyat sedarlh bahawa skrg kita berada di bawah pemerintahan pemimpin yg fasikh.Psl kes liwat dr ANWAR yg trbaru ni lgsug tk logik.Dari air muka dr anwr &family boleh nmpk ketulusan hati mreka nk bela nasib rakyat.muka mereka nmpak muka pemimpin yg baik.Biarkan ribuan rakyat buat solat hajat mtk petunjuk dr Allah swt.Tk sabar nak tggu kepimpinn yg baru.Go for it!!!!Terus brjuang PKR.Sumbat tok najib dlm jail.Padan Muka.

  86. 86 xxxy28 Jul 8th, 2008 at 5:20 pm

    terima kasih kpd cinta keadilan….fakta dan buah fikiran yang diberikan benar2 akan membuka mata rakyat tentang betapa kotornya kerajaan pimpinan BN ni….Fakta yang sahih didolak dalik bg menutup segala kebenaran.Ingatlah wahai mereka2 yang bersubahat dlm menidakkan kebenaran walaupun amanah yang dipikul adalah untuk menegakkan kebenaran bahawa makamah Allah tidak ada tandingan….setiap bait kata dan perbuatan akan terpampang didpn mata ketika di makamah Allah nanti….Hairan kerana tidak sedikit pun riak menyesal atau bersalah pada mereka yang berdusta ini…Hidup manusia tidak menongkat langit..Ingatlah tanah kubur dan alam barzakh akan menanti semua umat manusia….Azab Allah pasti akan datang….Tegakkan keadilan…Allahuakbar!!!!!!

  87. 87 ahli persatuan bilal masjid Jul 8th, 2008 at 7:45 pm

    ASKUM IKANLEPU.. mana kamu tau saya bar*a umno? apa maksud kamu “apa yang kamu tahu pasal hukum? dan satu soalan lagi.” diri kamu pun tak lepas”. saya tak pahamlah? awak cakap ni mcm awk kenal saya!! awk ni siapa? sapa sbnrnya cakap mcm budak2? awk ke saya?? sebab saya tgk statement awk tu mcm xada idea. main ckp je seolah olah mcm kenal saya. kalau nak komen saya pun.. biarlah ada kene mengena dgn statement saya. hehe maafnya.. kita sama2 matang ek ikanlepu.

  88. 88 islamic development Jul 8th, 2008 at 9:33 pm

    a’kum;

    mengikut para alim ulama,DSAI x perlu bersumpah@bermubahalah krn ia tidak menepati ciri2 undang2 islam.ini krn tuduhan yg di buat oleh SAIFUL sengal tu adalah tuduhan jenayah yg termasuk dlm hukum KAZAF.Jadi org yg menuduh mesti mengemukakan bukti yg sahih lg bersuluh dlm mahkamah,kalu x si menuduh itu bleh dikenakan hukum hudud.jd jgn la korang nk bangkitkan isu suruh sumpah la.putra umno tu suruh pegi blja ngan mufti perlis dulu baru ckp.soal hukumhakam x tau main suruh,bodoh buat malu kaum mamak je.
    kpd MASAM ko kata UMNO dan PKR sama je nk kuasa utk kepentingan mereka kan,aku rasa untuk umno insyaallah ye betul,sbb kalu ko x bodo ko tgk balik sejarah antara pemimpin kedua2nya,toksah tgk yg dh almarhum tgk yg dok idup lg ni.anwar tgk dr dia masa pelajar dh memang memperjuang hak rakyat,cume silap skit masuk umno konon nk bersihkan umno tp x daya sbb sorang.banding ngan najib dari dulu kaki betina sampai pak dia tuN razak anta p blaja luar negara.bkn xda skandal2 dia dulu,sampai bini pun ambik org pya(ROsmah tu JanDa).itu br ANwar belum aku petik Tok Guru,Dr Harun DIN,Tok Guru Hadi,kalu org2 yg aku sebut ada rasuah,mkn duit rakyat sila beri bukti.”Makan budu Cicah petai Jgn jd buta peruk x da akai”
    KPd PERSATUAN BILAL MASJID,Ni habaq mai hangpa ni kerja dok bang jaka sampai hukum hakam lain x blajq ha????nak kata bodo, tok bilal agak hangpa dok azan tu krn duit ya kot spi apa yg hangpa baca,apa yg hgpa dgr,apa yg hgpa rujuk jg merapu ni!!!!kalu DSAI sumpah bleh jamin dia xkan kena hukum ka????awat hang x suruh saipul sumpah?.jgnla suruh ikut sdap lu je!!!!!!
    akhir skali kita mOHON PD ALLAH SUPAYA BERi PETUnjuk PD ORg2 yg Di fItnah, dan lindungi la pemimpin kami yg membawa ke jalan bertemu dgn MU YA ALLAH….AMIN….TAKBIIIIIIR ALLAHUAKBAR!!!

  89. 89 masam Jul 8th, 2008 at 11:29 pm

    helo siikanlepuk—-islamic development…………apa yang korang cakap tu?korang tu dah cukup bagus ke?nama saja sedap di dengar tapi perangai langsung tak beradap.sebut nama allah tapi mulut tak bertapis.kalau nak nasihat orang cari ayat yang baik,bukan macam tu.pandai cakap pasal hukum tapi hukum tu korang tolak tepi bila korang nak mengata kat orang lain……apa salah ke cadangan persatuan bilal masjid? JANGAN DI IKUT SANGAT API AMARAH,NANTI DIRI SENDIRI YANG MERANA

  90. 90 ballack Jul 9th, 2008 at 7:22 pm

    dahla masam oiii….

    kan aku dah ckp jgn layansgt dorang ni..

    apara lu nie…

    berdoa je agar yag adil tu akan menang….

    TAKBIRRRRR

    ALLAHUAKBAR

  91. 91 Lapindo Jul 10th, 2008 at 5:50 pm

    assalmualaikum
    sahabat-sahabatku semua….alhamdulillah banyak sungguh idea2 yang bernas, tegas xkurang juga yang keras…cuma satu yang perlu diingat…biarpun masalah ini melibatkan dsai dan najib kedua2nya melayu…islam…sepatutnya kita sama2 doakan yang bersalah diberi pedoman, yang disalah diberi lindungan…janganlah kerana mereka kita berpecah belah…berdoalah semoga kita ditunjukkan kebenaran…mengenai sumpah al-quran tu rasanya tak perlulah…islam tak pernah menganjurkan bermubahalah..cuma qazaf ada disebutkan dalam hukum hudud..da cukup sempurna..kan undang2 hudud ni ciptaaNya? akhir sekali..selamat berjuang pejuang kebenaran!!!takbir!!allahhu akbar!

  92. 92 Islamic development Jul 10th, 2008 at 7:37 pm

    asalamulaikum,

    buat si Masam,tentang salah ke tidak cadangan persatuan bilal masjid tu,sila rujuk kpd mufti perak,dlm akhbar SINAR m/s4 harini.sy dh bg penerangan kat Islamic Development yg terdahulu.tu sy kata nk bagi cadangan pun kene la rujuk dulu AL-Quran jgn sbb jd bilal boleh bg cadangan sesuka hati.sy pun sebelum tulis ni rujuk dulu QURAN,para ulama.itu fakta x boleh main2…..takkkkkkkkbir!!!!!!!!ALLAHUAKBAR

  93. 93 akuler Jul 11th, 2008 at 2:48 am

    kepada masam & persatuan bilal masjid

    perkara sumpah ni dah biasa dlm soal agama..secara tak sedar pun kita dok sumpah2 jugak..tapi yang aku heran tu apsal bilal masjid ni suruh anwar jaa sumpah,si saiful tu tak payah kaa,najib tak kena kaaa,kalo ya pun nak suruh anwar bersumpah biar laa sama adil..bab sumpah ni aku setuju dgn islamic development..dan aku nak tanya laa..kalo anwar bersumpah pun dia terlepas kaa dr undang2 malaysia ni..aku takut bila dah sumpah polis plak g ambil masuk lokap..lepas tu bila bicara dia jugak yang kena..sistem kehakiman malaysia ni adalah sistem paling*** sekali kat dunia ni..hakim negara,peguam negara,ketua polis negara,semua sangkut paut ngan UMNO..bila anwar dah bersumpah biarlaa tuhan tunjuk balasan nyer..itu antara dia dgn tuhan jaa laa..kita tgk jaa laa sapa nak kena..kalo betul anwar buat dpt laa azab..nampaknya korang ni tak tahu lansung bab susah rakyat skrg mungkin korang dah kaya kot..ni laa masa kita try tukar kepimpinan pulak..bagi PR tempoh 5 thn, apa diaorg boleh buat..kalo tak elok kita tukar laa balik..skrg pun selangor & perak dah jln bagi air 20 meter padu percuma,RM1000 utk anak masuk univ.UMNO dah 50 tahun perintah..takda apa pun..lagi naik..adalaa..1 lagi pada bilal masjid nama mmg sedap tapi budak2 ckp bar*a umno dah nak hot apsal..ko kena profesional laa sikit..ikanlepu tu mmg budak2…tp ko selaku org tua,bilal plak tu dgn budak2 pun nak hot..tukar laa nama ko tu..persatuan bilal masjid tukar kepada persatuan *** kat masjid..

  94. 94 has Sep 3rd, 2008 at 5:27 pm

    ha semua x btul npk…..tu pn mlayu jg…sama kan kaki tipu x adil jg….kita tukar biar DAP perintah camne??…..tentu semua adil kot….

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1234