Hari ini kita menyaksikan satu episod salah guna kuasa dan manipulasi sistem kehakiman yang coraknya hampir sama.
Baru-baru ini seorang saksi dalam kes Altantuya mendatangi kami dengan maklumat terperinci berkaitan kehilangan dan pembunuhan wanita itu. Maklumat yang diberikan sangat mengejutkan.
P. Balasubramanian, yang diupah oleh Abdul Razak Baginda sebagai penyiasat persendirian telah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat guaman dan mendokumenkan kisahnya secara bebas.
Hari ini beliau mengeluarkan akuan berkanun bertarikh 1 Julai 2008, yang memperincikan kisah yang mahu diceritakan berkenaan apa yang berlaku dan apa yang diberitahu kepadanya oleh tokoh-tokoh utama dalam kes tersebt termasuk Abdul Razak Baginda dan Altantuya sendiri.
Pendedahan ini menceritakan segala-galanya. Ia mendedahkan antara lain, tuduhan-tuduhan tersebut:
1. Balasubramanian diupah oleh Abdul Razak Baginda untuk menangani gangguan oleh Altantuya berkenaan hutang kepada wanita itu (para 5 dan 6).
2. Altantuya dijanjikan komisyen AS$500,000 kerana membantu dalam urusniaga kapal selam di Paris (para 22, 25.5 dan para 28.2 dan para 28.3)
3. Altantuya diperkenalkan kepada Razak Baginda oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di pameran berlian di Singapura (para 25.5 dan 28.1)
4. Altantuya, Datuk Seri Najib dan Razak Baginda telah dilihat bersama makan malam di Paris.
(more…)