01
Jul
08

Laporan Polis DSAI Terhadap Musa Hassan & Gani Patail – BM & English

1hb Julai, 2008

Saya, Anwar bin Ibrahim, sesungguhnya di sini membuat laporan polis berikut berdasarkan maklumat yang telah saya perolehi baru-baru ini.

1. Laporan ini adalah berkaitan dengan siasatan terdahap serangan fizikal yang dilakukan ke atas saya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (“Rahim Noor”) pada 20hb September 1998. Saya percaya Tan Sri Rahim Noor, selepas didakwa, telah mengaku bersalah atas tuduhan serangan fizikal tersebut. Saya telah membuat laporan polis berkenaan serangan fizikal tersebut pada 27.9.98.

2. Berkaitan dengan penyiasatan terhadap serangan fizikal tersebut, saya percaya bahawa Pegawai Penyiasat, ACP Mat Zain bin Ibrahim (sekarang Datuk Mat Zain) telah melakukan satu penyiasatan yang mendalam dan menyeluruh dan menyediakan satu kertas siasatan (“IP”) yang telah kemudiannya pada Oktober 1998, menyerahkannya kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Mokhtar Abdullah (“Tan Sri Mokhtar”) serta pasukannya yang antaranya termasuklah Peguam Negara sekarang Tan Sri Gani Patail untuk tindakan lanjut.

3. Kertas siasatan tersebut telah menyimpulkan bahawa Tan Sri Rahim Noor adalah pelaku serangan fizikal tersebut ke atas saya. Kertas tersebut telah membuat kesimpulan setelah siasatan menyeluruh dilakukan, dengan mengambilkira laporan perubatan daripada pakar forensik daripada Hospital Kuala Lumpur seperti Dr. Ab. Halim Haji Mansar dan Dr. Zahari bin Noor dan kenyataan dari sekurang-kurangnya 60 orang saksi. Laporan perubatan tersebut menyimpulkan bahawa kesan kecederaan yang dilakukan ke atas saya adalah konsisten dengan satu serangan fizikal.

4. Walaupun kandungan kertas siasatan dan lapuran perubatan yang tersedia, Tan Sri Mokhtar dengan bantuan Peguam Negara hari ini dan, Tan Sri Gani Patail telah mendapatkan khidmat seorang pegawai perubatan bernama Dr. Abdul Rahman bin Yusof (Dr. Abdul Rahman).

5. Dr. Abdul Rahman dalam satu laporan tidak bertarikh menyediakan laporan kedua yang menyentuh “lakonan semula tempat kejadian” pada 14 Disember 1998. Saya percaya bahawa “lakonan semula tempat kejadian” tersebut tidak pernah berlaku.

6. Adalah satu fakta yang tidak disangkalkan bahawa laporan perubatan Dr Abdul Rahman berhubung serangan yang dilakukan terhadap saya disediakan tanpa langsung melakukan pemeriksaan fizikal ke atas saya terlebih dahulu.

7. Walaupun sudah ada kertas siasatan dan laporan kesihatan yang lengkap, Tan Sri Mokhtar dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 5 Januari 1999, menerima pandangan yang diberikan oleh Dr. Abdul Rahman mengenai apa yang dikatakan sebagai “perkara-perkara tidak konsisten” dalam laporan perubatan doktor-doktor lain yang telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas saya.

8. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar juga menyatakan siasatan yang telah dijalankan tidak dapat mengenalpasti individu atau mereka yang menyebabkan kecederaan ke atas saya. Ini sesungguhnya bercanggah dengan laporan siasatan yang selesai dilakukan menjelang Oktober 1998 yang menyimpulkan bahawa Rahim Noor menyerang saya. Tan Sri Mokhtar dan pasukannya dengan itu telah secara sengaja mengelirukan masyarakat. Apabila siasatan polis menjadi tidak lengkap, orang ramai menjadi resah dan menuntut ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja. Tan Sri Mokhtar juga telah membuat kenyataan palsu bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada beliau hanya pada 19.11.98. Saya percaya Tan Sri Gani Patail ada makluman penuh tentang kenyataan palsu yang terkandung dalam kenyataan akhbar tersebut.

9. Saya juga percaya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadap saya. Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya dari pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah.

10. Saya percaya kedua-dua Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani Patail secara aktif terlibat dalam menyediakan lapuran kedua tidak bertarikh oleh Dr. Abdul Rahman yang telah membuat kesimpulan palsu dan pelik seperti “the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow” [“bentuk dan ciri kecederaan adalah tidak konsisten dengan pukulan secara langsung”], “accidental nature of the injuries could not be ruled out” [“kemungkinan kecederaan ini disebabkan oleh kemalangan tidak boleh ditolak”] dan “self-inflicted nature of the injury should be considered” [kemungkinan kecederaan disebabkan perbuatan sendiri harus diberikan pertimbangan”]. Mereka mengarahkan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini dan bertindak di bawah pengarahan dan/atau bersama Tan Sri Mokhtar Abdullah.

11. Semua fakta-fakta ini menunjukkan Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Gani Patail dan SAC II Datuk Mat Zain bin Ibrahim (individu, yang menurut Dr. Abdul Rahman dalam lapurannya, telah mengiringi beliau ke sel di Bukit Aman di mana saya ditahan dan terlibat dalam apa yang didakwa ‘lakonan semula tempat kejadian’) telah berpakat dengan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini. Ini telah dilakukan agar lapuran polis saya bertarikh 27.9.98 mengenai serangan tersebut akan dikira sebagai lapuran polis palsu dan saya boleh didakwa, atau sekurang-kurangnya merosakkan kredibiliti saya bagi memberi kesan buruk terhadap pembelaan saya dalam kes-kes jenayah yang mana saya telah didakwa melakukan ‘korupsi’ dan liwat bagi membolehkan saya didapati bersalah.

12. Saya ingin menyatakan bahawa Tan Sri Gani Patail adalah pegawai pendakwa kanan yang membantu Tan Sri Mokhtar dalam membuat pendakwaan ke atas saya. Tan Sri Musa Hassan adalah Pegawai Penyiasat dalam pendakwaan terhadap saya. Saya juga percaya, satu tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini telah diambil apabila satu bilik operasi khusus telah disediakan di Bukit Aman untuk menguruskan pendakwaan saya dan di mana mereka akan berjumpa secara kerap.

13. Ini bukanlah kali pertama dakwaan mengenai pemalsuan bukti dibuat berkaitan Tan Sri Gani Patail. Saya dimaklumkan bahawa dalam keputusan Mahkamah Persekutuan Zainur bin Zakaria v Public Prosecutor [2001] 3 MLJ, Steve Shim, Hakim Besar, dalam penghakiman beliau menyatakan bahawa “… was he not justified, on a prima facie basis, in complaining that Tan Sri Gani Patail’s conduct at the meeting on 2.10.1998 was an attempt to get Nalla to fabricate evidence in order to perfect charges against him for other alleged sexual offences?”

Perkataan “he” dan “him” dalam ayat di atas merujuk kepada diri saya.

14. Berkenaan perkara di atas, saya merujuk kepada dokumen berkenaan bagi membantu siasatan polis:

1. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar yang dibuat pada 5.1.99.
2. Nota prosiding dalam lapuran Suruhanjaya DiRaja berkaitan keterangan Dr Abdul Rahman
3. Laporan Kesihatan kedua yang dibuat oleh Dr. Abdul Rahman yang terkandung dalam lapuran Suruhanjaya.

15. Saya memohon diadakan satu siasatan baru terhadap pemalsuan bukti yang mana saya telah dinasihati sebagai satu kesalahan di bawah seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 7 tahun. Saya memohon agar setiap individu yang terlibat dalam menyediakan laporan kedua oleh Dr Abdul Rahman ini iaitu Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Rahman dan Datuk Mat Zain bin Ibrahim disiasat secara terperinci agar kebenaran diperolehi dan sebarang salah laku dihukum.

ANWAR BIN IBRAHIM

1 Julai 2008

*************************************************

POLICE REPORT LODGED BY DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

1ST July, 2008

I, Anwar bin Ibrahim, hereby make the following police report based on information that I have recently received.

1. This report is in relation to the investigation into the assault on me by the former IGP Tan Sri Rahim Noor on 20 September 1998. I believe Tan Sri Rahim Noor, after being prosecuted, pleaded guilty to the assault. I had lodged a police report in respect of the assault on 27.9.98.

2. In relation to the investigation into the assault, I believe that the Investigating Officer ACP Mat Zain bin Ibrahim (now Datuk Mat Zain) had conducted a thorough investigation and prepared an investigation paper (“IP”) which was presented by October 1998 to the former Attorney General, Tan Sri Mokhtar Abdullah and his team which included the current Attorney General Tan Sri Gani Patail for further action.

3. The said investigation paper concluded that Tan Sri Rahim Noor was the perpetrator of the assault on me. The said paper reached a conclusion after a thorough investigation which included medical reports by Hospital KL forensic specialists such as Dr. Ab. Halim Haji Mansar and Dr.Zahari bin Noor and statement from at least 60 witnesses. The medical reports concluded that the injury inflicted on me was consistent with an assault.

4. Despite the contents of the Investigation paper and the medical reports already available, Tan Sri Mokhtar with the assistance of the current Attorney General, Tan Sri Gani Patail then obtained the services of another doctor whom I was informed to be one Dr. Abdul Rahman Yusof.

5. Doctor Rahman in an undated and second report speaks of a “reconstruction of the scene” on 14 December 1998. I believe that this so-called reconstruction of the scene never happened.

6. It is an undisputable fact that Dr. Rahman’s reports in relation to the assault on me were done without actually even examining me at any time.

7. However, despite the IP and the already existing medical reports, Tan Sri Mokhtar in his press statement of 5 January 1999 appears to accept the views of Dr. Rahman on the so-called “inconsistencies” in the other medical reports by the doctors who actually physically examined me.

8. Tan Sri Mokhtar’s press statement also states that the investigation which had been carried out did not identify the person or persons responsible for my injuries. This is inconsistent with the IP which had already concluded by October 1998 that it was Rahim Noor who assaulted me. Tan Sri Mokhtar and his team therefore had willfully misled the public. As the police investigation done by Mat Zain had apparently not led to any conclusion, there was a public outcry and demand for a Royal Commission which was then set up. Tan Sri Mokhtar also made a false statement that the IP was submitted to him on 19.11.98. I believe that Tan Sri Gani Patail had full knowledge of the false contents of this press statement.

9. I believe Tan Sri Musa Hassan and Tan Sri Gani Patail were present in Bukit Aman on 20 September 1998 and knew about the assault by Tan Sri Rahim Noor on me. Tan Sri Musa and Tan Sri Gani further concealed the fact of the assault on me from the public until my black eye and injuries were revealed in court.

10. I believe both Tan Sri Musa and Tan Sri Gani Patail were actively involved in the procuring of the second undated report by Dr. Rahman which makes false and incredible conclusions such as “the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow”, “accidental nature of the injuries could not be ruled out” and “self-inflicted nature of the injury should be considered”. They gave the instructions to Dr. Rahman to proceed to write this second report and were acting under the direction and/or jointly with Tan Sri Mokhtar Abdullah.

11. These facts show that Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Gani Patail and SAC II Datuk Mat Zain bin Ibrahim (who, according to Dr. Rahman’s second report, accompanied him to the cell in Bukit Aman where I was detained and participated in the so-called reconstruction of the scene) conspired with Dr. Rahman to procure the production of this second report. This was done so that my police report of 27.9.98 in respect of the assault would be regarded as a false police report for which I could be charged, or at the very least, to damage my credibility, so as to affect my defence in the other criminal cases where I was charged for so-called “corruption” and sodomy to facilitate a conviction.

12. I wish to point out that Tan Sri Gani Patail was the senior prosecutor assisting Tan Sri Mokhtar in the prosecution against me. Tan Sri Musa Hassan was the Investigating Officer for my prosecution. I also believe, that in an unprecedented manner, an operation room specially for my prosecution was set up at Bukit Aman’s compound where all these individuals would meet regularly.

13. This is not the first time that allegations of fabricating evidence had surfaced in connection with Tan Sri Gani Patail. I am informed that in the Federal Court decision Zainur bin Zakaria v Public Prosecutor [2001] 3 MLJ, Steve Shim CJ in delivering his judgment pointed out that “… was he not justified, on a prima facie basis, in complaining that Tan Sri Gani Patail’s conduct at the meeting on 2.10.1998 was an attempt to get Nalla to fabricate evidence in order to perfect charges against him for other alleged sexual offences?” The references to “he” and “him” in that sentence are references to myself.

14. In relation to the above, I refer to the following documents which will be of assistance to the police:

1. The press statement by Tan Sri Mokhtar issued on 5.1.99.
2. The notes of proceedings in the report of the Royal Commission of the evidence of Dr. Rahman
3. The second undated report produced by Dr. Rahman exhibited in the Royal Commission report.

15. I call for a fresh investigation into the fabrication of evidence in this case which I am advised is an offence contrary to section 192 of the Penal Code punishable up to 7 years imprisonment. I ask that all the persons who are implicated in the procuring of this second report by Dr. Rahman i.e. Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Rahman and Datuk Mat Zain bin Ibrahim be investigated thoroughly so that the truth is known and the offending individuals punished.

ANWAR BIN IBRAHIM

1st July 2008


63 Responses to “Laporan Polis DSAI Terhadap Musa Hassan & Gani Patail – BM & English”


  1. 1 Khairul H. Jul 1st, 2008 at 5:23 pm

    Well done! Of course I doubt any thorough investigations would be carried out, but at least by making this report there is a public record of Musa’s and Gani’s alleged abuse of power.

    Reply

  2. 2 farid Jul 1st, 2008 at 5:38 pm

    5. Dr. Abdul Rahman dalam satu laporan tidak bertarikh menyediakan laporan kedua yang menyentuh “lakonan semula tempat kejadian” pada 14 Disember 2008. Saya percaya bahawa “lakonan semula tempat kejadian” tersebut tidak pernah berlaku.

    Saudara anwar,
    dalam perenggan kelima ada ditulis 14 disember 2008.Adakah ini tarikh yg betul atau typing error atau tarikh yg sebenarnya ialah 14 disember 1998? sila beri perhatian.Semoga saudara dilindungi oleh Allah.

    Reply

  3. 3 Ramzan Rahim Jul 1st, 2008 at 5:42 pm

    Ya Allah, bantulah pemimpin yg ku sayangi dan satu-satunya insan yang saya percayai selain semua ulamak dalam PAS… saya adalah seorang Penceramah Motivasi yang diiktiraf oleh JPM dan JPA untuk kursus Motivasi semua jabatan dan kerajaan terutama di Putrajaya…saya sangat mengetahui seluruh penipuan dan pembohongan yg berlaku di negara ini melalui maklumat dari semua peserta-peserta yang saya bimbing….ketahuilah bahawa kebanyakan pegawai kerajaan yg sedang berkhidmat sekarang bertindak wajar dan waras dalam menyokong PR dan sama-sama merasai penderitaan disebabkan kezaliman yang sentiasa dijana dengan segala aspek serta wacana yg hina di negara tercinta…WALLAHI…WABILLAHI..WATALLAHI..dengan sumpah ini saya sanggup menggadai nyawa dan harta demi pengorbanan ummah Islam untuk mencapai kejayaan dalam memberikan keadilan yg tulen kepada negara…hubungi saya untuk dibantu..0162025799

    Reply

  4. 4 napy8gen Jul 1st, 2008 at 5:43 pm

    Nah.. siasat polis..jgn tenggelam tak timbul sudah

    Reply

  5. 5 Pak tam Jul 1st, 2008 at 5:45 pm

    SEMOGA KEBENARAN AKAN TERSRLAH , DAN DI DOAKAN DSAI ,KAK WAN SERTA KELUARGA DI
    LINDUNGI ALLAH ,SAYA SEKELUARGA TETAP BERSAMA PERJUANGAN DSAI SEJAK DULU HINGGA KINI..

    Reply

  6. 6 Antares Jul 1st, 2008 at 5:52 pm

    About time too, Saudara Anwar! I’m certain what you’ve recorded in your police report is but the tip of a massive iceberg of malicious wrongdoing by both Gani Patail and Musa Hassan. All decent, truth-loving Malaysians will rejoice when sleazy self-serving wormtongues like these two characters are replaced by unquestionably honourable and incorruptible public servants.

    Reply

  7. 7 waxxx Jul 1st, 2008 at 6:33 pm

    Kami menunggu kejatuhan Rejim BN… Dan Naiklah pewira bangsaku ANWAR IBRAHIM !!!!

    Reply

  8. 8 Elias Hj Idris Jul 1st, 2008 at 6:34 pm

    1. Tambahan bukti tentang apa yang berlaku di sel No 6 Bukit Aman pada malam Anwar dipukul dapat dijelaskan.

    2. Siapa yang ada bersama TS Rahim Noor ketika Anwar dibawa ke Bukit Aman selepas digiring dari rumahnya pada malam itu turut dapat dinilai.

    3. Para doktor yang merawat Anwar… termasuk Dr Vasanthi.

    4. Peranan sebenar Musa Hassan dalam mencipta bukti.

    5. Sikap juah Gani Patail ketika perbicaraan.

    6. Bagaimana secara tiba-tiba boleh ada penemuan sejumlah peluru di rumah Nallakaruppan?

    Ini semua yang patut disingkap semula. Rakyat perlu tahu keadaan yang sebenar untuk meletakkan keadilan di atas prinsipnya yang sahih.

    Apa pun tahniah Anwar dengan laporan polis ini. Klu perlu, ada ‘part’ yang saya sedia membantu.

    Reply

  9. 9 bingkuk Jul 1st, 2008 at 6:47 pm

    Tuhan itu adil, hidup DSAI

    Reply

  10. 10 jenxiang Jul 1st, 2008 at 6:49 pm

    Sir,

    I totally agree with Antares about the tip of the iceberg. Don’t they feel low and ashamed for themselves when they use the same tactics over and over again. The public are better educated now(Except the Ulu Rejang, Ulu Kapit and some other places in Ulu Sarawak), so this type of propaganda won’t work well. They are actually making themselves looked stupid, and maybe a little retarded. Sarawak count on you, because we also have the iceberg here and it is really WHITE. Long live my HERO and my FRIEND. wE LOVE YOU.

    Reply

  11. 11 adz Jul 1st, 2008 at 6:54 pm

    Semoga Allah menunjukkan yang Haq

    Reply

  12. 12 Insan prihatin Jul 1st, 2008 at 7:00 pm

    Apa nak jadi ngan negara sekarang..
    “Ya Allah, Lindungilah kami umat Islam di negara Malaysia & di seluruh dunia..Selamatkanlah kami dari pemimpin yang zalim…”

    Reply

  13. 13 cikgu bm Jul 1st, 2008 at 7:32 pm

    DSA cepat2 jadi pm ingat menifesto nak naikkan gaji cikgu 15%

    Reply

  14. 14 Nirman Jul 1st, 2008 at 8:47 pm

    Kenapa la nasib Datuk Seri Anwar sebegini rupa? Apa la dosa Pak Anwar kepada nusa dan bangsa?

    Reply

  15. 15 fire fox Jul 1st, 2008 at 8:50 pm

    percayalah, korang sumer kene tipu ngan anwar ibrahim buat kecoh jer korang ni sumer.

    Reply

  16. 16 rin Jul 1st, 2008 at 9:33 pm

    Jika benar sebagaimana Dato’ Syed Hamid Albar berkata, “jika ada laporan polis maka barulah akan diadakan siasatan..”, maka dengan adanya laporan ini, pihak polis dengan sejujur-jujurnya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun haruslah menyiasat dan mengemukakan hasil siasatan.

    Ingatlah wahai saudara saudari yang bekerja sebagai polis, JIKA ANDA MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH AMANAH DAN ADIL SERTA JUJUR, MAKA AKHIRAT NANTI SYURGALAH TEMPAT KAMU TETAPI JIKA ANDA TIDAK AMANAH, TIDAK JUJUR DAN TIDAK ADIL SERTA ZALIM MAKA NERAKA JAHANAMLAH TEMPAT KAMU.

    KEPADA DSAI, TERUSKAN PERJUANGANMU. MOGA ALLAH MEMBERI PERLINDUNGAN DAN KEJAYAAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BERTAKWA DAN BENAR….AMIN.

    Reply

  17. 17 Nurhadi Muhd Jul 1st, 2008 at 9:54 pm

    Survey: Berlatarbelakangkan apa yg berlaku sejak tahun 1998 dan terutamanya semasa pembicaraan DSAI, dan karektor dan gaya percakapan mereka sekarang, siapakah antara berikut yang kita rakyat Malaysia yang berfikir boleh berpegang kepada cakapnya?

    1. IGP
    2. AG
    3. DSAI

    Jawapanya terang lagi bersuloh. Allah bersama org yg benar.

    Reply

  18. 18 Ajib Prk Jul 1st, 2008 at 11:29 pm

    Reformasi,reformasi,reformasi………..

    semua kejahatan pemimpin Be eNd telah terbukti didepan mata, kenapa masih ada manusia yg buta dan masih mahu pemimpin2 yg telah gagal memimpin negara? Isu harga minyak pun kerajaan mahu rakyat tanggung, lebih baiklah kamu berundur dan serahkan kepada pakar2 ekonomi dalam Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara…

    kpd DSAI, teruskan perjuanagan……….

    Reply

  19. 19 Kennedy Jul 1st, 2008 at 11:50 pm

    YAB DSAI, I am fully behind you. God is on your side in dealing through this hardship. God will bless those who are faithful like you. Hidup YAB DSAI!

    Reply

  20. 20 opoiki Jul 2nd, 2008 at 12:01 am

    ya allah ..lindungi lah DSAI & keluarganya dan laknat lah ke atas pemimpin yang zalim..

    Reply

  21. 21 cessna182 Jul 2nd, 2008 at 12:52 am

    Tahniah DSAI atas kecekalan menempuh cabaran yg berliku2…saya iringi doa atas perjuangan murni anda serta rakan seperjUangan…..

    ‘KAMI TETAP DISISIMU’

    Reply

  22. 22 miwaki Jul 2nd, 2008 at 1:45 am

    Musa Hassan dan si petai ternyata telah membuat jahat terhadap Anwar Ibrahim dan mereka sekarang pun sudah naik pangkat kerana nemolong Mahathir untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.Perbuatan mereka amat kotor dan rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama tidak boleh menerimanya.

    Dua orang ini jika di siasat mengikut undang undang manusia dan bukan ikut undang undang hutan rimba akan didapati salah.Tetapi sayangnya di negara kita Malaysia undang undang hutan rimba akan menyebelahi orang kuat dan jahat.Pakatan Rakyat adalah harapan kita semua untuk menindas Barisan Nasional yang zalim dan korup.Kita semua mesti bersatu padu untuk menjatuhkan BN demi keadilan dan kemajuan.

    Reply

  23. 23 rahimovic Jul 2nd, 2008 at 7:38 am

    SEMUA KEPADA RAKYAT MALAYSIA: MARILAH BERSEMBAHYANG HAJAT UNTUK SAUDARA ANWAR! SEMOGA DILEPASKN DARI BALA FIRAUN MODEN DAN MEREKA YANG TAK TAKUT PADA JANJI ALLAH, INGATLAH, MENUDUH SESEORANG ZINA/LIWAT ADALAH DOSA BESAR, BEGITU JUGA MEREKA YANG BERSUBAHAT, TAKUTLAH PADA ALLAH YANG AKAN MEMBENTANGKAN SEGALA KITAB AMAL KITA DI YAUMIL MAHSYAR…

    Reply

  24. 24 Azura PG Jul 2nd, 2008 at 8:22 am

    Atas dasar apa segala perbuatan anggota polis yg menjalankan kerja tu..ugamanya atau memang dia tak ada agama? atau dia hanya berperasan yang dia ada agama tapi tak berapa nak confident dgn agamanya…semoga seluruh kaum keluarga saya dan seluroh masyarakat islam tak jadi manusia macam tu..Amin.

    Reply

  25. 25 mr.loba Jul 2nd, 2008 at 9:26 am

    Firefox,

    Aku bukan penyokong kerajaan, tapi penyokong ulamak PAS. Berbanding dengan UMNO, yang pasti Anwar lagi merbahaya kepada rakyat. Antara sebabnya ialah sentiasa berubah prinsip atau tiada prinsip perjuangan. Yang menjadi tonggak perjuangannya hanyalah ingin berkuasa menjadi PM Malaysia. Contohnya, berubah dari fundamentalis islam (ABIM) selepas itu nasionalis (UMNO, bila dah tamak dalam UMNO tapi tak dapat apa yang diminta bertukar kepada pejuang(kononnya)keadilan dan sanggup berkawan dengan Paul Wolfowitz, yahudi anti islam neo-conservative Amerika yang mencaturkan serangan ke atas Iraq. Sila lihat filem “fahrenheit”.

    He will sell his soul atau jual negara untuk mencapai cita2nya. Jadi tak mustahil tuduhan ni, sebab aku pernah jumpa orang yang sama alim tapi homo.

    Hidup islam dan keadilan!!

    Reply

  26. 26 Telor Jul 2nd, 2008 at 10:24 am

    Jangan Panik……..JANGAN SUSAH HATI

    MEREKA-MEREKA DAH HAMPIR TEWAS…..

    Seandai nya DSAI ditahan…Peluang untuk PKR memerintah akan segera jadi kenyataan.
    Tsunami Lompat melompat Latah Melatah akan berlaku demi mempertahankan keadilan dan penganiyaan keatas DSAI yang dirancang oleh Mat-Mat BeNak. Pastinya Matmat BeNak dah tak boleh tidor NYENYAK DAN BAKAL JADI NYANYOK.
    Bila PKR dah ambil alih……..Datuk Wan Azizah (wanita pertama) berpeluang untuk menjadi PM Malaysia.
    Diberi kepercayaan dan akan segera membebaskan DSAI (suami kesayangnya/Pemimpin kesayangan rakyat) daripada tahanan (mungkin) . LePas tu …barulah DSAI boleh mengorak langkah menjadi PM Malaysia.

    HIDUP DSAI/DWA
    HIDUP SEMUA

    Reply

  27. 27 Scott Jul 2nd, 2008 at 10:44 am

    Seven Conspiracy Theories of the Anwar Sodomy Allegations (Tujuh Teori Konspirasi Berkaitan Tuduhan Sodomi Terhadap Anwar)

    Reply

  28. 28 DM 93 Jul 2nd, 2008 at 4:57 pm

    kAMI SENTIASA DI BELAKANG DSAI..SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN YANG HAQ..!!!

    Reply

  29. 29 enod Jul 2nd, 2008 at 8:44 pm

    fire fox ko tak tau cite takyah la nambah dosa…..ko nak kata dsai nipu takyah la susah-susah komen kat sini ko betulkan puak-puak ko yang mata duitan tu ngan tak sedo diri tu….sume org tak nak kena tipu ko sorang je sanggup ditipi tu lum dibagi rasuah suruh ngaku kena liwat…mesti ko sanggup.

    Reply

  30. 30 pening Jul 2nd, 2008 at 9:40 pm

    entah yg mana betul..tapi inilah dikatakan politik..semoga Allah membantu kita semua..amin..

    Reply

  31. 31 GODFATHER Jul 2nd, 2008 at 11:55 pm

    Encik Pening Link http://anwaribrahimblog.com/2008/07/01/laporan-polis-dsai-terhadap-musa-hassan-gani-patail-bm-english/#comment-92409

    Awak ni memang lah memeningkan. Entah entah pacai BN tak si Pening ni…. Butir dan saksi tuduhan atas DSAI tak ada malahan Butir & saksi keatas Musa Hasan & Ghani Patail jelas lagi awak En Pening makin PENING. Pergi Hospital besar minta Doctor yang buat laporan palsu tu Panadol dan makan sekali 10biji utk hilang Pening. Jgn buat orang lain pening.. HANCURLAH GINI

    Reply

  32. 32 GODFATHER Jul 3rd, 2008 at 12:09 am

    En pening, kenapa hang nak pening-pening. “Entah yang mana yang Betul” maksud awak antara DSAI dengan BN???? Kalau nak tahu berita propaganda hang baca aja akhbar yang ada kat luar sana tapi kalau nak tahu bagaimana benar cakap hamba Allah yang telah di-aniayai bacalah blog ni. Jangan nak pening-pening…. Hancurlah gini buat orang pening aja – negative vibe…

    Reply

  33. 33 kayangsari Jul 3rd, 2008 at 12:18 am

    Both the IGP and AG should take leave now for their role in this conspiracy. They have disgraced the nation and the people of Malaysia. The whole world is laughing. But then, these two pariahs were acting on the instructions of the then Prime Minister.

    Reply

  34. 34 kayangsari Jul 3rd, 2008 at 12:26 am

    Kepada Firefox, hal ni tak kecoh pun. Tak rasa kecoh. Ini ialah sifat orang yang berani. Itu saja. Berani kerana benar. Itu pun firefox tak nampak. Punyalah *** si malaun ni.

    Reply

  35. 35 amru al as Jul 3rd, 2008 at 5:07 am

    cuba pikir berita tv3 apa najip ckp….

    1. Budak tu mai jumpa dia sebab nak mohon biasiswa.!!!!!

    ** Logik ke budak dapat c.g.p.a teruk 0.8 nak minta biasiswa pada najip. Hai najip apa wat bohong. Otak hang tak jalan ka… Logik ke budak dapat upsr 5D nak mohon biasiswa… Logik ke budak dapat 8D pmr nak minta biasiswa… kamu menjwb tidak bijak..kamu memerangkap diri kamu sendiri dengan jawapan bodoh. apa kata satrawan rendra… fikir
    ANWAR IBRAHIM BUKAN SEKADAR REFORMER POLITIK DAN REFORMER BUDAYA. DI ASIA TOKOH SEMACAM ITU MENJADI TUMPUAN HARAPAN jAMAN. tETAPI SETIAP REFORMER DIMANA PUN DIDUNIA INI SELALU AKAN MENEMPUH RANGKAIAN UJIAN YANG BERAT. MARILAH KITA BERSAMA SAMA MENDUKUNG DAN MENJAGANYA.. seterusnya GUNAKANLAH AKAL KITA SEOLAH-OLAH NYAWA KITA BERGANTUNG HIDUP PADANYA.

    Sdr anwar.. sabarlah dgn ujian ini, saya sanggup mati jika saudara di pihk yang benar demi untuk memperjuangkan islam dan keadilan bg seluruh rakyat malaysia.

    Tidak dapat dinafikan tamadun yg menjalar di seluruh dunia pd hari ini adalah tamadun barat. Dgn tamaddun ini kita menikmati segalanya, bisa membuat rakyat biasa memiliki segala kemewahan. dengan sentuhan sja kita bisa melihat rusia melalui kaca tv. Tamaddun yang ada pd hari ini bisa membuat raja-raja pada zaman dahulu cemburu kerna mereka tidak bisa menikmatinya. Saya melihat Tamaddun yang saudara anwar gendong punya jasad dan roh spiritual yang sempurna. Semoga Allah melindungi saudara. Tidak ada selain dari kebenaran itu melainkan kesesatan. Wahai pembaca budiman.. gunakanlah akal yang pencipta bagi buat kalian..

    Mana yang lebih baik .. seorang yg memperjuangkan keadilan untuk rakyat, menghapuskan korupsi, membela rakyat atau si musang hasan ketua polisi jakarta.. atau guni petail si pendakw lelucon ala mr bean. Atau si najip budiman ” born with the golden spoon” fikirlah.. apa guna otak yang Allah kurniakan buat mu tidak di pergunakan dgn betul. Bacalah setiap maklumat dan halusi olehmu maklumat itu dengan halus dan teliti. Gunakan logika, perbandingan, buka buku agama baca, tanya pada yang berilmu, dan teringat saya pada satu sejarah nabi dimana pd akhir2 hdp nabi.. para shbt melihat nabi SAW amat musgul dan amat bersedih hati.. maka para shbt pun bertanya kenapa..ringkasnya SAW menjwb: pd akhir zaman nanti akan ada umatnya yang ngaku islam, sembahyang, ngak pernah tinggal puasa dan haji, sodokah dan mcm2 lg.. TETAPI MEREKA INI MEMILIH PEMIMPIN YANG JAHIL DARI KALANGAN MEREKA.
    dimanakah tempat mereka.. shbtku fikirlah. Kerna kalau kamu makhlok yang patut di panggil manusia yang punyai akal, gunakanlah akalmu. Sesungguhnya islam itu agama yang menggunakan pertimbangan akal… sebab itu orang2 yang tidak berakal tidak dituntut kesalahannya oleh islam. Fikir fikirkanlah sahabatku yang budiman.

    Amru al as…

    Reply

  36. 36 dr abdul razak Jul 3rd, 2008 at 11:32 am

    if this can happen to a leading political leader what about ordinary citizen.

    Police functions has been completed changed.

    Full of lies intriques and torutures.

    So far there has been death in Police Cells more than 100, and it has bee recorded
    in a law journal (MLJ) but not body has taken any action the Police.

    There have turned into murderers.

    Wassalam

    Reply

  37. 37 emme Jul 3rd, 2008 at 4:53 pm

    Selamat berjuang untuk anda dan Mohd Saiful… yang benar pasti menang!

    Reply

  38. 38 bai Jul 3rd, 2008 at 11:00 pm

    istiqamah dalam perjuangan kpd dsai. kebenaran pasti datang let them investigate kalu tak salah tetap tak salah. kita sudah melihat kuasa allah menghukum org yg memfitnah dsai pada episod pertama dulu. tengok apa dah jadi dengan hidup diaorang suma tak senang. macam orang gila jadinya. bebyk besabo dsai.

    Reply

  39. 39 paxlangjanggut Jul 4th, 2008 at 12:53 am

    wahai umat akhir zaman bangkitlah kamu dari lamunan dan buaian mimpi indah ……
    hari hari akhirmu semangkin penghujung, manusia bercakaran mengejar kuasa .agama deketepikan tapa bicara dimana janji janji mu”hidup ku-mati ku kerana allah”
    cuba kamu renungkan setiap perbuatan kita yang diajar baginda rasulallah ….
    solat kita niatnya kerana allah
    puasa kita niatnya kerana allah
    haji kita niatnya kerana allah

    marilah kita bangkit dengan satu tujuan lilahitaallah&fisabillilah

    jangan kita tergulung dalam golongan segala-galanya duit
    pemimpin ujungnya duit
    perjuangan ujungnya duit
    penceramah ujungnya duit

    ambilah bukan duit segala-galanya
    cuba renungkan dari zaman sahabat segala apa yang dilakukan hanya lilahitaallah&fisabillilah
    sebab itu islam berkembang umat yang tawadok….tapi kebelakangan ini cuba intaikan apa yang berlaku sebaliknya agama itu semangkin terpinggir…..renungkanlah
    jangan kita lupa akan perkara ini kayamana punk ita bilamana kita meninggalkan dunia takan kita bawa apa yang kita ada.
    kereta mewah…..kereta jenazah
    baju jenama …..kain kafan
    rumah banglo…..liang lahad
    ini^dunia ini^pun yg ada

    dijanjikan setiap agama dan kepercayaan pasti ini====hidup(dunia)mati(alam Kubur)hidup semula(akhirat)surga&neraka kekal selamanya……..tanyalah apa agama pasti itulah ceritanya
    jadi kesimpulanya sebagai orang islam hendaklah yakin dan tegakan setiap perbuatan itu dengan niat lilahitaala berserta fisabillilah.wslm

    Reply

  40. 40 AURABIRU Jul 4th, 2008 at 11:19 am

    SEMOGA ALLAH MELAKNAT MANUSIA-MANUSIA ZALIM NI.JANGANLAH SEMUDAH ITU MENGANIAYA DAN MEMFITNAH. TAKUTLAH DENGAN AZAB ALLAH. “NA U ZU BILLAH MIN ZA LIK”.

    Reply

  41. 41 M A Y A Jul 4th, 2008 at 9:08 pm

    tiap kali aku tengok muka MUSA HASAN aku mesti ternampak tanduk diubun2 kepala dia..rasenye dosa2 yang dia pernah lakukan buatkan aku bole nmpak tanduk syaitan yg keluar dari kepala dia..muka dia akan berubah jadi muka paling menakutkan..
    gani patail pulak selalu ade pendamping jin badan kecil tp muka sebijik mcm kartun dlm watak shrek selalu aku tgk akan peluk leher gani patail bile berdepan dgn jurugambar..
    najib dgn rosmah memang dari tahun lepas lagi aku dah nampak bapak iblis dan syaitan akan selalu jadi pengapit mereke yg aku boleh nampk dalam photo2 atau video yg ditayang tentang mereka..
    subhanallah!

    Reply

  42. 42 arelil Jul 4th, 2008 at 9:27 pm

    Biarlah mereka semua…( Pak Lah,Najib, Musa Hasan, Gani Patail,semua menteri yang terlibat dan semua Polis yang terlibat ) akan di laknat oleh Allah….bangga lah kamu di dunia…bagi makan anak-anak dan isteri dengan rezeki yang haram…Saya percaya DSAI tidak bersalah walaupun setiap orang mempunyai kebarangkalian untuk melakukannya….tidak mustahil..aan tetapi dengan cara skrip sebegini dan di tambah dengan ciri-ciri orang yang berkuasa sekarang langsung tidak mencermin kan orang Islam serta selalu menipu juga kaki rasuah…maka tidak akan ada sesiapa yang akan mempercayai pembohongan yang di laknat ini…..

    Reply

  43. 43 codek Jul 5th, 2008 at 12:43 am

    send all those conspirators to the gallows or have their heads chopped off by the talibans

    Reply

  44. 44 Shobhan Jul 5th, 2008 at 4:02 pm

    This latest development on the Altantuya murder, the first SD and the second SD by Mr Bala is a shock to the nation. I am sure Mr Bala knows the law well to come out in the open with the first SD after which he stated he feared for himself and his family’s safety. In the first place, he must have thought deeply before he got himself to make the first SD. But the second SD shows there is great fear and pressure on him as he made those statements. A man in his right frame of mind will not delete all statements that he made in the first SD as untruths. If at all there are any untruths it may be only a few that may be wrongly stated or improperly presented carrying twisted information misleading readers. Now why did he suddenly rephrase all those in the first SD to be untruths after being summoned by the police? Where is the truth hiding? Who is actually behind the falsehood? Why should a nobody like Mr Bala fear anybody or mention the DPM in his first SD knowing full well what it might get him into if it were false. What is so important about this foreign woman Altantuya that her death has caused this nation so much problems?

    Reply

  45. 45 Samdol Jul 6th, 2008 at 12:31 am

    Gani Patail dan Musa Hasan mesti letak jawatan kerana sudah korup
    tidak lagi jujur menjalankan tugas kpd negara dan rakyat.

    Reply

  46. 46 F. Charles Jul 6th, 2008 at 6:04 pm

    Untuk pengetahuan semua. Tak hairan kalau Ghani Patail bersokongkong buat kesaktian palsu terhadap musuh-musuh UMNO atau BN sebab dia pernah buat tuduhan palsu terhadap Ketua menteri Sabah suatu ketika dulu atas arahan Perdana menteri ketika itu. Insyallah Ghani bertaubat sebelum di hukum Allah. Amin.

    Reply

  47. 47 estheryen Jul 7th, 2008 at 2:18 pm

    i can honestly say one thing,the policeman nowadays are the gangsters dats got a permit from the government! Datuk Anwar,u have my support and my prayers too!

    Reply

  48. 48 zealot Jul 18th, 2008 at 7:04 pm

    semua muslimin & muslimat,

    marilah kita semua solat hajat SETIAP MALAM di rumah masing masing untuk memohon kepada Allah supaya dihancurkan pemimpin yang zalim, korup, bodoh sombong, gila beserta machai dan pencacai mereka sepertimana yang telah Allah turunkan kepada Karun, Firaun, Namrud dan pengikut pengikut mereka.

    Semoga Allah zahirkan dan nyatakan yang hak.

    Reply

  49. 49 fadli KJ Jul 30th, 2008 at 12:50 pm

    Salam DSAI,
    Dalam siasatan kes antatuya,semua org kedai kopi dok ceta kes ni ada kaitan ngn najib,bukan masyarakat tak tau.Najib wat hati kering ja,cuba sumpah depan tv klu berani.Awat la tolak siasatan keatas Najib,siasat la dulu,ni awai2 dah kata Najib tak telibat..tu yang depa dok kalut naik kes liwat DSAI supaya nak ubah pemikiran rakyat..mcm ni lah DSAI buat lah sumpah live kt tv,baru masyarakat tak was2 dan terus tak pening kepala serta menyokong/mempercayai DSAI sentiasa,biarlah allah s.w.t mengadilnya..

    Reply

  50. 50 dollah bendul Aug 19th, 2008 at 3:37 pm

    Takbir….ALLAH HUAKBAR…..semoga anwar ibrahim menang di permatang pauh ….

    Reply

  51. 51 kon Aug 20th, 2008 at 4:19 pm

    woit2…….kepade c anti2 anwar bawak la brfkr rasional skit……..kes2 liwat neh juz konspirasi pihak lawan jer……..diorang juz nak alihkan sokongan…….negara kte skg nkkn perubahan……tkar le pemerintah 2…….pak lah memg tak layak jd pm……..idop anwar!!!!!!!!!!!

    Reply

  52. 52 Chektot Aug 21st, 2008 at 11:46 am

    Ni apa ni ? malam nak tidog pun tak leh lena helikopter dok ronda atas bumbung rumah penduduk sekitar Ptg Pauh. Awat,,, nak perang ke ? Gila betoi, orang Ptg Pauh xde apa apa pun depa yang lebih…. Jawapan ada pada 26/8.2008, tunggulah…….

    Reply

  53. 53 rios Sep 18th, 2008 at 3:00 pm

    Hai…………..Datuk seri Anwar ibrahim saya minta datuk dtg ke miri dan send email supaya saya tujuk kan kampong asar dirampas company sawit milik kerajaan negeri sarawak.generasi akan dtg macam nak hidup sekira tidak pandai sekolah.Jadi kalau boleh tolong lah ambil hak milik orang bumijati sarawak disih kan disebab kan project sccore negeri sarawak.tolong………………………………….

    Reply

  54. 54 AKHRIN AZMAN BIN MOHD AMRAN Sep 25th, 2008 at 9:41 am

    Assalamualaikum DSAI semoga saudara senantiasa di rahmati allah s.w.t.
    Saya mewakili warga tentera laut dan ATM sesungguhnya percaya kepada perjuangan DSAI
    semoga saudara akan kekal sihat dan dirahmati Allah. Cepat-cepatla jadi PM dah tak sabar ni. kami ni warga tentera hanya boleh lihat dari jauh. Tapi dalam hati semuanya menyokong DS. Hidup DS setiap apa yang diniatkan kepada kebaikkan akan dimakbulkan Allah. Reformasi. Salam Adilfitri maaf zahir dan batin

    Reply

    rin Reply:

    teruskan perjuangan DS tabah dan cekal .kami senantiasa mendoakan DS. Tetapi jangan gelojoh berhati-hati, dan senantiasa berwaspada, biar lambat asal selamat

    Reply

  55. 55 rin Oct 24th, 2008 at 9:13 am

    Askum salam sejahtera yb ds segera la bawa isu minyak ke parlimen rakyat dah tak sabar lagi. Cuba kita lihat negara singapore pun dan turunkan harga minyak petrol 10 kali kita baru 2 kali. Mana janji kerajaan untuk membantu rakyat. Fikir masalah ini secara global letakan kepentingan rakyat di atas dan ketepikan masalah parti di bawah sama-sama berfikir untuk kepentingan kami warga malaysia yang dahagakan pembelaan . Teruskan perjuangan lawan tetap lawan.

    Reply

  1. 1 Berita sekitar tuduhan kepada DSAI Pingback on Jul 1st, 2008 at 5:36 pm
  2. 2 Full text of Anwar’s police report against IGP and AG Pingback on Jul 1st, 2008 at 5:38 pm
  3. 3 Anwar reveals how IGP+AG conspire against him « * SUSAN LOONE’s blog * Pingback on Jul 1st, 2008 at 7:20 pm
  4. 4 Secret Meetings? « *Enjoying Little Muffins* Pingback on Jul 1st, 2008 at 7:52 pm
  5. 5 Anwar Ibrahim Lodges Police Report Against Former IGP Tan Sri Rahim Noor Over 1998 Abuse: Text and Scans « BUUUUURRRRNING HOT Pingback on Jul 2nd, 2008 at 10:42 am
  6. 6 jelas.info » Gani Patail meets Najib Pingback on Jul 2nd, 2008 at 6:12 pm
  7. 7 blog dari aku Pingback on May 14th, 2009 at 2:15 pm

Leave a Reply




tommydiansyah: RT @anwaribrahim: Waras.Jgn hukum rakyat! @HeditiaDamanik: Kenapa nolak mahsswa msia kuliah di Indonesia. Padahal banyak mahsswa indonesia d
3 minutes ago
tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ
5 minutes ago
khayrulumam: Reformasilah RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipenjara rezim zalim Mahathir: tarikh ini kejayaan perjuang2 reformasi
11 minutes ago
tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipenjara rezim zalim Mahathir: tarikh ini menandakan kejayaan perjuang2 reformasi & kuasa rakyat!
17 minutes ago
tengkusani: Dibebaskan jadi PENGKHIANAT & politik dendam + fitnah RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's free ... http://tmi.me/YtmA
45 minutes ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners