Archive for June 27th, 2008

27 June 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Pantun warisan Melayu yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Bila berbicara soal pantun sekonyong-konyong saya teringat akan Allahyarham YB Hashim Gera, bekas Ahli Parlimen Pas daripada Perak yang petah berpantun tatkala berhujah di Parlimen pada era 60-an dan 70-an. Hinggakan Speaker Dewan pada ketika itu, Allahyarham Tun Syed Nasir juga begitu teruja tiap kali Allahyarham Hashim berpantun menggamat Dewan.

Beberapa hari lepas saya menerima emel dari seorang anak muda yang lazim mengunjungi blog ini, lantas beliau berpantun:

Anak burung terbang mendada,
Jatuh cedera patah sayapnya,
Andai tersinggung hati ayahanda,
Kemaafan jua anakanda pinta.

Ha.. Ini jawab saya:

Anggerek disuntik si gadis manja,
Disemat kebaya hati ternoda,
Adat berpencak pendekar muda,
Tercalar badan syarat perwira!

ANWAR IBRAHIM

27 June 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

1. Sidang Media

Sempena Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat dan Seminar Gagasan dan Kebijakan Parti Keadilan (dihadiri oleh semua Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli MPT dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim)

Masa: 1.00 pm

Contact: Ginie Lim 012-669 3453

Tempat: Quality Hotel, Shah Alam

2. Ceramah Perdana Pakatan Rakyat Perak: Menuju Harapan Baru

Masa: 8.00 malam

Tempat: Stadium Perak, Ipoh

Penceramah: Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Lim Kit Siang, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Contact: Anuar Zakaria 012-516 2685

27 June 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

revolt

Ortega Y Gasset sering saya singkap semula dalam pelbagai wacana ilmu. Maka manakala kelihatan buku utama beliau Revolt of the Masses diatas meja saudara Din Merican, saya lantas memohon pandangannya. Saudara Din menjelaskan bahawa beliau terdorong membeli buku tersebut setelah mendapati judulnya di sentuh dalam ucapan saya.

Saya menyampuk dengan nukilan Ortega mengenai krisis nilai dan ilmu akibat pengkhususan melulu – barbarism of specialisation – yang sesungguhnya meremehkan isu nilai dan kemanusiaan; ilmu dalam ertikata yang luas.

Namun yang dikira hebat dari sikap Din ialah tawaddu’nya, dahagakan ilmu. Ciri sedemikian tidak mudah dikesan sekarang!

ANWAR IBRAHIM