25
Jun
08

Keutamaan Pada Tugas, Bukan Berhibur!

Saya merujuk kepada ulasan kehadiran Azizah di Madinah. Faktanya adalah bahwa saya dan Azizah menyempurnakan ‘umrah. Saya dijadual berlepas ka Madinah pada Ahad petang untuk ziarah dan menyampaikan pidato pada Isnin pagi. Lantaran sidang Parlimen hari Isnin, Azizah berlepas terus dari Jeddah pada Ahad malam.

Mengenai Selangor, sudah saya jelaskan. Keadaan reda walaupun dikalangan penyokong suhu masih sadikit tinggi. Saya akan jelaskan kepada KeADILan dan wakil rakyat Selangor.

Saya ka Makkah dan Madinah atas undangan badan pelaburan Kerajaan Arab Saudi (SAGIA) dan Gabenor Madinah. Program pendidikan dan pembangunan ekonomi yang dilancarkan adalah diantara yang terbesar di dunia. Mereka memohon nasihat dan pandangan saya. Dan umrah, ziarah, mesyuarat, pertemuan media mengambil masa hanya tiga hari.

Minggu lalu tatkala bersama Tan Sri Khalid menemui tujuh pelabur utama di Dubai, kami mengambil masa satu hari saja.

Janganlah disamakan dengan gelagat pimpinan Umno-BN. Biaya kerajaan besar, kerja rasmi bercampur baur dengan golf dan hiburan.

ANWAR IBRAHIM


31 Responses to “Keutamaan Pada Tugas, Bukan Berhibur!”


  1. 1 musyu99 Jun 25th, 2008 at 9:07 pm

    Betul tu…. pemimpin BN tu saja laa yang tau… hiburan mesti mau lebih… shopping mesti mau sakan… eksyen mesti tinggi… kerja tugas rasmi sikit kurang takpa… cepat laa PR memerintah…

  2. 2 sampai Jun 25th, 2008 at 9:11 pm

    Founded in 2009 by Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anwar Ibrahim University is on the cutting-edge of new technologies and innovations. It’s through our distinctive brand of education that we’re able to not only give our students and faculty one-of-a-kind opportunities but also arm them with the tools they need to solve the challenges facing today’s global community.

  3. 3 slyderrose Jun 25th, 2008 at 9:20 pm

    Tahniah DSAI di atas penghormatan yg diberi olih pihak Arab Saudi. Saya tak rasa ada pemimpin umno yg mempunyai kaliber seperti DSAI. Pemimpin umno macam Mat Taib cuma jagoh kampong aje. Bahasa Inggeris pun tahu faham itu sebab bawa duit cash ke Australia pakai kilo aje.

  4. 4 kublai khan Jun 25th, 2008 at 9:46 pm

    DSAI,

    Tapi yang pelik telekom Arab Saudi beli saham keroni UMNO? Maxis - Milik Usaha Tegas (dikuasai oleh keluarga Ananda Krishnan) Arab Saudi pun sekutu UMNO ke?
    maxis adalah jentera UMNO dan ananda buat wang. Mula bawa BT Telekom sebagai rakan kongsi dapat wang dan teknologi ceraikan kemudian - lepastu masuk Bursa malaysia dapat wang lagi melalui awam dan dana luar negara serta badan badan kewangan tempatan termasuk GLC - kemudian keluarkan dari dari Bursa malaysia - lepastu jual pada Telekom Arab Saudi dapat wang lagi - dan ada perancangan nak bawa ke bursa London untuk buat wang lagi semua ini di beri lampu hijau oleh UMNO?.satu jawatan kuasa dirakyat ditubuhkan untuk jalankan siasatan adakah Ananda jentera pan wang ke tabung UMNO? jika ini benar Ananda salah maka Ex-gratia perlu di bayar kepada rakyat kerana ditipu dan UMNO tidak perlu minta maaf cukup bayar wang sahaja kerana adap tiada erti pada jiwa, UMNO wang adalah segala galanya pada UMNO.ini kudis yang pejudis di miliki olah UMNO.

  5. 5 kuda kepang STC Jun 25th, 2008 at 10:00 pm

    DSAI,

    Harap dapat bincang dengan Arab Saudi supaya Malaysia dapat beli minyak dari pak arab dengan harga yang berpatutan atas tiket IOC kemudian selangor kontrakan dengan ruang pelaburan yang mudah untuk mereka termasuk harga tanah yang berpatutan untuk pak arab melabur dalam berbagai bidang termasuk beri punca air mineral kerana kita tukar minyak dangan air kita faham unta sepuluh hari tak minun pun tak apa tapi rakyat saudi sahari tak minum tak boleh mereka kaya minyak kita kaya air so kontrakan punca air…semoga ringan beban rakyat malaysia terutama kepada ahli UMNO kita dalam soal minyak.

  6. 6 kuda kepang STC Jun 25th, 2008 at 10:08 pm

    Semoga DSAI dapat mohom dengan Gebanor Madinah supaya subsidi haji diberi kepada Ahli UMNO sahaja kerana beban ekonomi Umat melayu islam kian parah disebabkan kesan dari para peminpin mereka yang tamak dan menbazir. Lagi pun ahli UMNO memang kaki subsidi ini dibudayakan oleh pembesar mereka.sebut aja subsidi ahli UMNO terus meroyan.

  7. 7 Pelajar IPTS/Pengguna Diesel/Pemilik Individu Pick-Up Truck Jun 25th, 2008 at 10:11 pm

    Pakej Lawatan Rasmi Kerajaan PR ke luar negara , 3 hari conference/lawatan sahaja. Pakej Lawatan Rasmi Kerajaan BN, 3 hari conference 4 hari bercuti. Stop di London untuk shopping adalah wajib bagi kebanyyakkan KSU, KSU yang sering kali menyalahgunakan Lawatan Kerja !

  8. 8 Kong Fu Panda Jun 25th, 2008 at 10:15 pm

    Maaf tergelincir landasan,

    Sepatutnya Datin Sri Rosmah di reman 14 hari kerana ada lapuran sumpah di buat dimakamah. 14 hari aja.

  9. 9 yog7948 Jun 25th, 2008 at 10:44 pm

    My peace upon you DSAI,

    Sir,

    Thanks for giving all Malaysian some HOPE of better future regardless of who we are. Bumi or Non-Bumi, we are still Malaysian. I really admire you way off dealing things and your powerful speech even when you were in BN ( that i hate so much). after 1997, we are now seeing a new you. hope you could lead us for a better tomorrow.
    Deep inside.. still has some doubt. on the people surrounding you. Let see PKR for instance, there are still some of your people, even ADUN still having the “Work Less -More Fun” BN attitude. Most of the time we can hear about MP’s like YB Ronnie, YB Manika, YB Eli doing something for the community but how bout the others. Even some “Hearsay” of ADUN enjoying with BN people more then helping his constitution. Hope what we hear is Not True, or else these will sure tarnish the good image PR building.
    There are still lot of “Only BN Can Rule” mindset people out there and we need all the effort to break these thoughts. Best of luck on your every effort. May god Bless you and family with good health and vision.

    All of us who are concerned for peace and triumph of reason and justice must be keenly aware how small an influence reason and honest good will exert upon events in the political field. ~Albert Einstein

  10. 10 Pengundi Senyap Jun 25th, 2008 at 10:46 pm

    Sauadara DSAi.
    Malam ini (25/6/2008 jam 10.00mlm), Menteri KTAK dato’ shaziman mansor beri komen yg kerajaan selangor akan menghadapi kesulitan apabila SPAN mengstrukturkan tarif air negara. juga beri komen adalah lebih baik Kerajaan Selangor gunakan subsidi 20m3 harga air untuk menjana/proses air sg.langat.

    Ini menteri UMNO masih ego dan bongkak, saya minta Kerajaan Selangor hantar bil ikut tarif baru spt SPAN kpd menteri ini dan kerajaan BN. Juga minta Kerajaan Selangor membatalkan perjanjian air dgn SPAN dan tidak mengiktiraf perjanjian itu.

    Mengenai subsidi 20m3 air patut diguna untuk menjana/proses air sg.langat…. kita tanya soalan yg sama kpd menteri ini dan BN kurangan subsidi harga minyak patut guna untuk kurangkan harga minyak supaya rakyat tidak menderita kenaikan segala macam barangan dan perkhidmatan sekarang?
    Kenapa BN sibuk pulak bagi rebat RM625.00 kpd pemilik kenderaan… bagaimana pun rakyat miskin yg tiada kenderaan???.

    Sekarang BN guna perkataan baru untuk tipu rakyat —- “PENGSTRUKTURAN HARGA/TARIF…”
    berselindung disebalik…. nak naik harga komoditi keperluan

  11. 11 Member Pencen (MP) Lembah Keramat Jun 25th, 2008 at 11:55 pm

    Saya bersetuju dengan pendapat Dato Kuda kepang

  12. 12 Land Below The Wind Jun 26th, 2008 at 12:56 am

    With the political landscape in Malaysia being so unique and vibrant lately,it would be most fitting to indoctrinate this divine values of “KEUTAMAAN PADA TUGAS,BUKAN BERHIBUR” as a further reminder to some of PKR leaders in Sabah.As supporters of PKR,and as businessman,one must never loose track of the fundamental basis of further strengthening our existence and cause.

    The fight for righteousness and the continued existence of PKR would only be a dream in Sabah,if there are no forthcoming immediate restructuring to strengthen it’s core,anything short of this would be catastrophic.Sabah politics being unique in nature doesn’t need much introduction.It has always been a known fact that power craze has and will continue to be the foremost agenda of most political aspirant.While many may perceive that old style politics is still viable,others may rightfully defer in opinion.

    We remain steadfast and focus in our support,although not members,but will also be critical and constructive in our opinions and observations for the benefit and well being of PKR.DSAI,we would rather be honest and loyal to you,then to shoe polish as if everything is wonderful.

  13. 13 PEJUANG REFORMASI Jun 26th, 2008 at 8:08 am

    DSAI, SAYA ADA SATU PERMINTAAN. KENAPA TAK DIBERITAHU PERSETUJUAN PELABURAN DENGAN ORG2 DUBAI?BGTAU LA SKIT SAPA YANG SETUJU NAK MELABUR, SEKTOR APA DAN BERAPA BILLION YANG AKAN DIMETERAI?

    SAYA RASA BENDA NI PENTING UNTUK MENINGKATKAN KEYAKINAN PENYOKONG2 DAN PUAK ATAS PAGAR APABILA MELIHAT KREDIBILITI PEMIMPIN PR MEYAKINKAN MENARIK PELABUR2 KE NEGERI2 KITA. HUAHUA…

  14. 14 panglima Jun 26th, 2008 at 8:27 am

    kos perjalanan ditanggung sendiri ka DSAI? atau sponsor?

  15. 15 keliru Jun 26th, 2008 at 8:34 am

    Banyak duit Encik Anwar pegi sana sini ekkk… Duk dalam penjara pun bleh kaya ekk..

  16. 16 MelayuInsaf Jun 26th, 2008 at 8:54 am

    DSAI,

    Kita doakan agar lebih ramai pelabur datang ke 5 negeri PR untuk melabur.

    Memang dasar pemimpin UMNO suka membazir dan berhibur.

    Wakil rakyat PR, 100 hari telah berlalu. Jalankan amanah sungguh-sungguh
    untuk kepentingan rakyat. Kamu dinilai oleh kawan dan lawan.
    Mohonlah banyak-banyak kekuatan dari Allah untuk menerukan kemenangan.

  17. 17 Malayamuda Jun 26th, 2008 at 8:58 am

    WORK IS WORSHIP

  18. 18 fahmi Jun 26th, 2008 at 9:03 am

    cara berhibur org UMNO jauh bezanya. pasti dialog ini akan menarik perhatian DSAI:

    Dato’ Seri: Do you know something interesting, Ning? The last time I saw you perform was the very night before I was arrested.

    Ning: Oh really? Oh dear. Oh, I’m so sorry.

    Dato’ Seri: Hahaha! Don’t be. It wasn’t your fault. Hahaha! And you sang very well.

    Ning: Do you sing, Dato’ Seri?

    Dato’ Seri: Me??? Noooo. My father played the accordion and the clarinet but none of his children picked up music.

    artikel penuh di sini: Guess who we bumped into at the airport?
    http://mrmanager.blogspot.com/2008/06/dear-gentle-reader-take-good-and-close.html

  19. 19 Chilten Jun 26th, 2008 at 9:40 am

    Wah…itulah dia ciri2 pemimpin sebenar.

    Bila menteri2 BN datang ke tempat saya di Massachusetts 1-2 tahun lepas, borosnya mengalahkan selebriti. Dalam dua hari saja pun para Datin2 tak teragak-agak menghabiskan berjuta2 ringgit wang rakyat. Masuk satu kedai, Datin2 tunjuk je 5-6 barang yg nak dibeli dan terus ’swipe’. Kalau 5-6 barang tersebut harganya USD100-200 pun bolehlah kita terima, ini USD10,000-20,000. Itu baru satu kedai, bila masuk kedai lain beli lagi 5-6.

    Beg plastik shopping yang berlonggok-longgok yg bernilai beratus2 ribu itu pun Datin2 tak perlu angkat, ada pelajar2 kelab UMNO luar negara yg angkatkan. Mereka pun seronoklah dapat duit poket drpd UMNO, itulah sebabnya mereka marah bila ada ‘pengkhianat’ dan orang2 tak bersyukur tidak menyokong UMNO. Mereka di kelab UMNO tu juga seronok bila dapat duit upah untuk undi pos…serta boleh juga dapat ‘nama’, ‘reputasi’, dan ‘kabel’ untuk masa depan.

    Padahal program yg dihadiri menteri2 itu sebenarnya bukanlah penting sangat., setakat expo kecil-kecilan. Tapi belanja untuk satu menteri dan Datinnya utk berhibur dan membeli-belah lebih mahal daripada memberi makan 100,000 rakyat miskin.

  20. 20 SeekerOfMore Jun 26th, 2008 at 12:07 pm

    setuju dgn PEJUANG REFORMASI. kalau maklumat tu confidential, may be DSAI boleh bgtau in general?

  21. 21 Akhir Zaman Jun 26th, 2008 at 12:14 pm

    Kenapa org dok sibuk dgn nilai yg sedikit !

    B/N (umno) membazir dgn mengunakan duit rakyat berbilion
    bilion x nampak ke ?

    Ezam dah jadi mcm org x keruan dlm Umno,
    kesian dia sampai tido pun x cukup untuk memberi penjelasn
    pada orang Umno yang dia tu Masuk Umno x nak jawatan dan sebagainya,

    mudahan mudahan dia terus hanyut dlm mimpinya untuk
    memperjuangkan Umno.

    Yang pAsti saya sudah meletakkan dia sebagai manusia
    yang amat x mempunyai harga diri kerana selama ini
    dia orang mengutuk, mencaci, bersumpah, kepada PArti umno
    akhirnya dia menjilat najis yang di keluarkan dari dirinya sendiri
    demi kepentingan Peribadinya sendiri.

    Agak-Agaknya Ahli Umno bole terima ke org mcm nie?

    Kesian Betul la mamat nie.

  22. 22 pengali kubor Jun 26th, 2008 at 12:34 pm

    Keliru,

    Keliru betul le. DSAI dah jawab , tak ikuti ke…

    Kalau pi ke Makkah atau Madinah untuk kerja amal dan ibadah. Elok le pakai duit sendiri.

    Kecuali ada jemputan, pihak yang menjemput le membiayai perbelanjaan DSAI. Dah jawab pun!

    Memang duduk penjara boleh kaya, tanya le puak - puak UMNO dan BN.
    Bila kena penjara nanti, mereka tetap kaya sebab dah kaya raya pun.

    Kalau boleh diangkut semua perabot dirumah bawa ka penjara.

    Jangan buat Keliru lagi. hiss keliru sungguh.

    Jangan dok gali kebodohan dalam diri. Munasabah diri ye.

  23. 23 pengali kubor Jun 26th, 2008 at 12:38 pm

    Panglima,

    kos perjalanan ditanggung sendiri ka DSAI? atau sponsor?

    DSAI dah jawab pun.

    Pihak yang menjemput biayai perbelanjaan DSAI dari Tiket Kapal Terbang dan penginapan.

    Tak pakai duit rakyat pun. Duit sendiri buat beli air mineral buat hilang lelah. tu je.

    Orait ye Panglima.

    Hebat sungguh namanya.

  24. 24 Bung Karno Jun 26th, 2008 at 1:14 pm

    Salam Datuk Seri,

    Memang DS ada lah SATU SATU nya ahli politik yang paling Hardworking, Paling rajin dan bertenaga,berkerja paling kuat sekali di Malaysia Tercinta kita ini.Ya, memang pun semua Ahli Ahli Pakatan Rakyat, bawah pimpinan DS juga yang rajin rajin berkerja, berusaha dan komited untuk menjalankan tugas pada rakyat Malaysia tercinta ini. Ini lah di katakan “Meminpin Melalui Teladan”, “Leadership By Example”, Datuk Seri, memang saya TABIT pada DS!
    Biasalah, ada banyak usaha2 dari kerajaan pusat dan juga ahli2 komponen BN Negeri yang kalah,mencuba sedaya upaya ‘memasang perangkap’ untuk menjerat kerajaan PR Negeri dengan belbagai tohmahan@ dan keburukan, dan jua dengan cara2 penyekatan2 kewangan untuk menhampakan kerajaan PR negeri dari melaksanakan pembangunan untuk Rakyat Tercinta.
    Sudah lama saya menunggu(semenjak 1998)dengan keyakinan, untuk DS di BEBAS,BANGUN SEMULA, dan KEMBALI UNTUK MERAJUI KERAJAAN MALAYSIA TERCINTA KITA!!!
    DS, hanya dengan PIMPINAN DS di Kerajaan Pusat, sebagai PM MALAYSAI KITA, baru lah SEMUA Kerajaan Negari PR akan jalan dengan lancar dan baru lah RAKYAT JELATA akan DAPAT NIKMATI KEKAYAAN NEGARA,
    TAK KIRA BANGSA APA ATAU UGAMA APA!
    DS ada lah anak didikan TDM, memang ada banyak yang telah dari “GURU”,yang baik bahkan yang buruk juga, TAPI saya yakin, DS PASTI buangkan yang BURUK, dan HANYA MEGAMBIL YANG AMAT BAIK,untuk Kembali membetulkan segala yang tak betul, UNTUK RAKYAT JELATA dan DEMI ANAK CUCU KITA, SEMUA BANGSA MALAYSIA ESOK!
    MAY ALLAH BLESS YOU DATUK SERI.

  25. 25 Bakal KM Sabah Jun 26th, 2008 at 2:31 pm

    Apa salahnya berhibur asal tidak melanggar syarak. DSAI pun pandai menari….ewa..gelek jangan tak gelek…ijok punya ceta lah….

  26. 26 ken destino Jun 26th, 2008 at 2:53 pm

    dear anwar

    you are right. it’s only a storm in the tea cup. the people should not listen to the media that will keep on manipulating issues against the opposition. just ignore them and go all out to ensure that the opposition-ruled states can make it in the long run. as it is now people are just happy with the opposition. a recent independant survey made in selangor by an independant group indicate that over 87 per cent of the people are in favour of PKR government. This is a good sign. just keep it up and show to the people that justice should always prevail. make the people happy and ignore the few opportunists if they are in politics for personal gains. justice will soon prevail. many more things will unfold in the poltical scenario in the country and we shall see the corrupted and liars fall like rotten apples. god is great and god will show the path to those who seek justice. PKR should go all out to get more members and become the backbone of the opposition. if PKR can get 1.5 million members before the next general elections this will augur well for the party. this can be achieved looking at the scenario now. speak to PAS not to make unneccesary press conference as this will only be manipulated by the media. the talk that UMNO is courting PAS, if true, is a desperate move by the former to win over the hearts of the malays. PAS is now ruling 3 states and come the next election PAS will take over Terengganu and Pahang, under the present opposition platform. never in the history of PAS had the party achieved this much. remember: PAS has won many seats due to support from non-muslims. if PAS focus more on the economic, welfare and justice issues it will get more support from voters. PAS was once thrown out by UMNO when the party was with BN and they have learnt a bitter lesson. let not history repeats. You can be dumped again and this time you will not come back to what you have achieved now for the people. syabas to PAS and Nik Aziz and they should remain with PKR and DAP. Islam is for justice. as long as you fight for this cause you are safe. PAS would perform better if it takes a moderate stance. even DAP has now become a moderate party. i salute Eng Guan for doing his best to help all the deprived in penang. the malays are helped so are the other races. the media is not highlighting this. PAS thus should not mess up with trivial matters. in islam the substance is more important than the form. show to the non-muslims that Islam is a practical religion and they will be with you. good luck to PAKATAN. PAKATAN will make it and every malaysian knows this.

  27. 27 pembantu kuli Jun 27th, 2008 at 9:08 am

    panglima ko ni panglima garang ke atau panglima langkah seribu, napalah sebuk sgt DSAI pi luar negeri guna duit sendiri ke atau sponsur. Napa tak ckp pemimpin Bee End tu cukup cucuplah guna duit rakyat tue.

  28. 28 panglima Jun 27th, 2008 at 9:21 am

    Saya amat mengagumi DSAI..saumur hidup tak pernah saya ke luar negara. Insha Allah mungkin suatu hari nanti sekiranya ada rezeki saya juga ingin melihat negara orang. Banyak benar undangan DSAI ke luar negara, cuma ramai rakan2 saya bertanya…apakah nanti ianya memberi peluang kepada parti lawan untuk mengatakan DSAI juga seperti mereka?

    Bagaimana DSAI perlu membuktikan bahawa pemergian DSAI atas urusan rasmi dan bukannya untuk berhibur? (TIDAK MELIBATKAN WANG RAKYAT). Urusan apakah sebenarnya? Mungkin saya silap tetapi saya lihat ianya bukan berbentuk urusan kepartian tetapi lebih kepada kapasiti DSAI sebagai bekas TPM. Kalau kebanyakan kita hanya buleh mengandaikan ahli UMNO ke luar negara untuk berhibur, apa kurangnya mereka juga buleh mengatakan demikian pada DSAI.

    Kesimpulannya adalah sangkaan..sebab sangkaan lebih kepada dosa.

  29. 29 keliru Jun 27th, 2008 at 10:01 am

    oo penggali kubo..

    aku keliru dgn Encik Anwar 2.. Btl ker duit sendiri?? Bleh percayer ker?? hehehehehe.. ermm.. Mengata org BN amik RASUAH, tapi tak sedar diri sendiri yang bagi RASUAH kat org lain… diri sendiri yang mulakan RASUAH dikalangan org melayu.. Jgn cakap jer, tapi habuk pun tarak… mcm tin kosong, bila diketuk bunyi sikit punya kuat tapi habuk pun tarak..

    Bab ezam, bkn ker dier bekas kekasih Izzah B$ Izzah kawin??? dier frust kut tak dapat kawin nagn izzah.. hehehehe

    Aku tak kater menyokong BN or PR, tapi kalo diteliti kedua2nyer sama jer… RASUAH DAN KAUM KERABAT BAGI TENDER OR JAWATAN.. samer jer.. Tak sampai setahun PR bermaharajalela, da macam2 kepincangan..

    BILA LA MELAYU NAK BERSATU???

  30. 30 keliru Jun 27th, 2008 at 10:27 am

    Kalo tak silap aku la, time Encik Anwar jadi TPM dulu macam2 dier bagi kat kroni dier.. Bagi ayah Encik Anwar saham, macam2 lagi la… Tak ker sama ngn org BN, lagipun Encik Anwar sendiri pun kan dari org BN sendiri..

    Cuba korang pikir,kenapa ALLAH tak izinkan Encik Anwar jadi PM dulu?? padahal time tue dier dah jadi TPM.. bak kater org, nasi dah nak samp mulut, tapi jatuh ke lantai.. Sebb per ekk?? haaa… sebabnyer Encik Anwar pun tak betul, tak telus.. dier yang kenalkan RASUAH, tapi mengata org lain ambil RASUAH.. Masa kempen nak naik TPM dulu, guna penari separuh bogel gak.. panggil Wan (penyanyi dangdut) yang nampak lurah dada gak.. tak sama ker ngan org BN??

    Aku raser la ramai lagi org yang lagi layak jadi PM berbanding Encik Anwar.. Pak lah pun der kelemahan nyer.. sifat lembut dier makan diri sendiri… sifat tak per dier 2, banyak menyusahkan.. tak tegas.. banyak bab dier tak tegas.. contoh, bab batu putih, bab DAP johor, bab Hindraf dan banyak lagi la… sbb tue org pertikaikan cara pememrintahan dier..

    tapi pe2 pun, aku harap MELAYU BERSATU… BIAR MEREKA TAHU MELAYU HEBAT…

  31. 31 AssCrewz Oct 26th, 2008 at 10:29 am

    Anak kecil main api

    Terbakar hatinya yang sepi

    Air mata darah bercampur keringat

    Bumi dipijak milik orang

    Nenek moyang kaya raya

    Tergadai seluruh harta benda

    Akibat sengketa sesamalah kita

    Cita lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita ini

    Warisan berkurun lamanya

    Hasil mengalir ke tangan yang lain

    Pribumi merintih sendiri

    Masa depan sungguh kelam

    Kan lenyap peristiwa semalam

    Tertutuplah hati terkunci mati

    Maruah peribadi dah hilang

    Kini kita cuma tinggal kuasa

    Yang akan menentukan bangsa

    Bersatulah hati bersama berbakti

    Pulih kembali harga diri

    Kita sudah tiada masa

    Bangunlah dengan maha perkasa

    Janganlah terlalai teruskan usaha

    Melayu kan gagah di nusantara

    ——————————————

    bersatu, bukan begaduh berpecah belah.

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners