24
Jun
08

Sidang Global Knowledge 2008 di Madinah

Pengalaman di Madinah, ziarah dan doa di Haram amat mengharukan. Azizah tidak bersama ka Madinah kerana terpaksa menghadiri sidang Parlimen hari Isnin. Maka sahabat lama Dr. Ahmad Totonji menemani saya bersama Dr. Ghazali yang turut menghadiri persidangan Global Knowledge 2008.

Persidangan ini dianggap penting kerana berjaya mengumpulkan sarjana dunia dan dalam rangka Kerajaan Arab Saudi menjayakan Universiti baru bertaraf antarabangsa dan King Abdullah Economic City.

Putera Abdul Aziz bin Majed Gabenor Madinah merasmikan sidang. Saya sempat berbual dengan Putera Abdul Aziz yang mengikuti perkembangan di sini dari dekat. Putera Faisal bin Abdullah yang mempengerusikan Jawatankuasa Strategik mengenai pendidikan baru serta Amr al Dabbah Gabenor Sagia turut menyertai persidangan tersebut.

Pidato saya dalam panel pembukaan berjudul “Innovation Embracing Governance”. Mukaddimah saya adalah dengan menyingkap pengalaman Rasulullah dalam Hijrah ka Yathrib - persiapan aqidah dan ilmu serta pembinaan tamadun. Ungkapan almarhum Ismail Faruqi “ecumenical community par excellence”. Ditekankan juga isu pimpinan dengan pengurusan baik serta menolak rasuah yang peka dengan permasalahan rakyat terutamanya pendidikan.

Sesudah itu saya sibuk dengan temubual media dan pertemuan dengan Dewan Perniagaan Madinah. Saya bangga kerana terdapat respon baik dari saranan Dr. Musa Nordin yang turut berucap dalam panel kemudian.

ANWAR IBRAHIM


47 Responses to “Sidang Global Knowledge 2008 di Madinah”


  1. 1 ioi Jun 24th, 2008 at 9:44 pm

    persiapan aqidah dan ilmu serta pembinaan tamadun

  2. 2 kamal Jun 24th, 2008 at 9:55 pm

    salam DSAI ….

    APAKAH KEADILAN ADA MASALH DISELANGOR…

    APAKAH HARAPAH BARU AKAN TERUS MENGEMBANG…

  3. 3 Anak Reformasi Jun 24th, 2008 at 9:57 pm

    Assalamualaikum Ayah Anwar,

    Bertapa hebatnya PERWIRAKU ini……..

    Di seluruh dunia dikenali dan disanjungi, harap AYAH ANWAR jaga kesihatan banyak-banyak dan menjadi IDOLA seluruh rakyat MALAYSIA terutamanya MELAYU….

    InsyaALLAH.

    - Anakmu, Anak Reformasi.

  4. 4 Najib1976 Jun 24th, 2008 at 10:10 pm

    Salam Dato…..

    Seminar…seminar juga, tapi masalah kat negeri Pakatan kena tengok juga. Media perdana sedang main peranan utk merosakkan fikiran rakyat….lama2 tengok mahu buruk nama kerajaan negeri….
    Masalah Selangor …..dengan kes pejabat Menteri Besar…
    Penang ….khabarnya ada pesta Arak…….
    Kedah……kewangan kerajaan susut , terpaksa tebang balak kat kawasan tadahan air…

    Bantulah negeri Pakatan utk menjana ekonomi…….kesian saya tengok….

  5. 5 Halik Zaman Jun 24th, 2008 at 10:18 pm

    (Maaf diluar tajuk)

    Salam Dato Seri Anwar

    Sdra Ezam mengeritik Dato Seri. Itu diluar gelanggang. Bukan sini. Biarkan lah itu haknya, dia boleh tuduh apa sahaja pada Dato Seri. Orang percaya atau tidak, itu hak orang lain yang perlu sdra Ezam hormati. Jangan hasut kami. Sia sia sahaja.

    Ezam pada saya dia tidak penting dalam PKR. Tanpa Ezam dalam PKR pun dapat 5 buah Negeri. Alahai cukup lah.

    Pada Ezam, bagi saya tak usah lagi tuduh macam macam dengan Dato Seri Anwar. Dato Seri memang tidak layan punya. Ada lebih baik sdra Ezam concentrate dalam UMNO.
    Thanks Ezam. Kita tetap kawan punya.
    HZ

  6. 6 kuan Jun 24th, 2008 at 11:02 pm

    apa akan jadi pada umat andai pemimpin bercakaran dan mementing diri, haloba bagai umno?
    Akhirnya yang diperoleh menjadi tidak berguna dan bernilai.

    nak ucap Selamat menyelamatkan diri daripada kebuasan pemimpin

    TUKAR

  7. 7 kerajaan.rakyat Jun 24th, 2008 at 11:12 pm

    Salam,

    KeADILan Selangor perlukan perhatian.
    Perakuan Bersumpah RPK jangan dibiarkan.

    Kenapa tidak anjurkan perhimpunan rakyat
    menuntut ROSMAH MANSUR disiasat dengan ketelusan.

  8. 8 TFK Jun 24th, 2008 at 11:23 pm

    DSAI

    Diharap ikatan yang terjalin di Arab Saudi dapat dijadikan landasan untuk menyuarakan keresahan kita tentang peningkatan harga minyak global yang didorong oleh manipulasi Amerika Syarikat untuk menampung kos kerugian sub-prima, tekanan inflasi dan peperangan di Asia Barat.

    Saya tertarik dengan kenyataan Singa Iran - Perdana Menteri Mahmoud Ahmadinejad yang memang ada benarnya. Tapi malangnya, kebanyakan saudara-saudara kita di Asia Barat masih terus hanyut mengikut telunjuk Amerika Syarikat.

    Selepas Afganistan dan Iraq, opressi Amerika Syarikat kini membawa Iran ke medan perang.

    Di Malaysia, walaupun kita mahu hidup harmoni bekerjasama tetapi jangan kita menjadi terlalu liberal hingga hilang jati diri dan hilang jiwa. Hidup berpandukan agama untuk kesejahteraan bangsa dan negara. Jangan kita menang tapi jiwa-jiwa nya kosong.

  9. 9 Armiya Jun 24th, 2008 at 11:51 pm

    Assalamualaikum Datuk Seri….

    (maaf, diluar tajuk)

    Sepanjang berlansungnya kejohanan EURO 2008, aksi bolasepak tempatan agak tenggelam sedikit. Malah rakyat Malaysia dah naik boring dengan mutu persembahan pasukan bolasepak kita. Ranking team Malaysia di peringkat dunia; 170! Seandainya Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan pada tahun ini, diharap dapat menaikkan kembali martabat sukan bolasepak kita di peringkat dunia, kerana suatu ketika dulu Malaysia merupakan antara pasukan yang digeruni di Asia.

  10. 10 hafiz Jun 25th, 2008 at 12:20 am

    DS bila pulang ya? 16 sept jauh sgt la DS

  11. 11 ikanlepu Jun 25th, 2008 at 12:24 am

    Ketika krisis perlembagaan, ikanlepu marah bagaikan Hang Tuah apabila kuasa raja-raja dilucutkan dek mamak bendahara. Ikanlepu mula benci dengan mamak tu….

    Apabila ikanlepu terlibat menentang perampasan mesjid dan surau oleh UMNO untuk dijadikan medan politik mereka, banyak benda yang ikanlepu mulai sedar; UMNO sengaja mau menyekat orang ramai daripada memahami Islam syumul (bukan Islam hadhari!). Pengajian mereka kurangkan; ustaz jemputan berpilih dari kalangan yang pro-UMNO.

    Dengan menggunakan media lidah setan mereka tuduh pihak lain berpolitik di mesjid! Sama dengan perangai Yahudi (yang salahkan rakyat Palestin).

    Kemudian ikanlepu selalu diingatkan bahawa sultan adalah ketua agama. Entah bagaimana, ikanlepu sejak kebelakangan ni rasa nak termuntah. Ikanlepu terusik dengan campurtangan kes Pengarah JAIP yang ditukarkan.

    Kemudian semalam, kerajaan negeri Perak diingatkan supaya JANGAN bermain politik di mesjid! Ia boleh timbulkan perang saudara, kononnya.

    Jadi ikanlepu terus termuntah. Berlejeh kat tilam dengan segala jenis lendir loya dengan seruan berkenaan.

    Ikanlepu dah mula jadi Hang Jebat. Ikanlepu derhaka kepada ‘raja’.

    Kenapa ya?

    Sebab seruan tu datangnya daripada ketua agama yang pada mana-mana solat fardu tidak pernah pun kelihatan menjejakkan kaki di mesjid!

    Kat negeri-negeri lain pun gitu. Ada pernah nampak?

    Sebagai Hang Jebat, ikanlepu berasa bangsa dengan perubahan sikap rakyat Thailand terhadap raja mereka. Kemudian Raja Gyanendra Nepal dilucutkan takhtanya dan menjadi orang biasa.

    Sebenarnya, mereka ini dikekalkan buat ‘penahan’ daripada sebarang kebangkitan rakyat.

    Tengok la dengan apa yang terjadi dengan kes Ella dan Mas Idayu kat Selangor. Orang yang tak nampak jejakkan kaki di mesjid pada solat waktu ini jadi pembelanya.

    Alasan? Semua orang boleh reka alasan.

    Ya, elok jadi Hang Jebat.

  12. 12 Member Pencen (MP) Lembah Keramat Jun 25th, 2008 at 1:19 am

    Assalamualaikum DS,
    Mamat Ezam, dah kecewa biarkan ianya terjun dengan kotaknya, tidak payah dilayan kita orang yang pencen ini anggoap beliau dah gila moryan. Tanp Mamat Ezam pun kita tetap seperti dulu juga, Lawan tetap lawan, takbir,
    Terima kasih.
    HJ ALN

  13. 13 ikanlepu Jun 25th, 2008 at 1:37 am

    Amanat ni ikanlepu tujukan kepada semua yang berkenaan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

    Ikanlepu boleh tulis surat cadangan, tapi rasanya meluat juga. Takde respons walaupun ikanlepu pernah cadangkan tentang masalah buruh lelaki (yang akhirnya terjerumus ke kancah dadah) dan pekerja wanita (yang akhirnya tidak berkahwin hingga ke tua).

    Cuma TS Khalid (Selangor) saja yang jawab surat tersebut dengan tandatangan beliau sendiri. Syabas!

    Kenapa ikanlepu tulis surat? Nak bodek? Tak.

    Apa yang ikanlepu akan dapat pun? Ikanlepu bukan dari jenis yang suka ‘menyondol’.

    Sebenarnya, ikanlepu turut rasa terpanggil dengan azam murni kerajaan-kerajaan PR. Rupa-rupanya, cakap dan azam itu hanya ketika mereka berceramah atau bila berhadapan dengan media saja.

    Okey… sekarang kelemahan ketara kerajaan PR ialah kerana sikap terlalu lunak dengan ‘kayu reput’ dan pensabotaj yang ada dalam pentadbiran kerajaan. Kelemahan inilah yang diwarisi oleh Dolah Badawi yang akhirnya ‘memakan diri’ apabila dia masih kekalkan ‘orang-orang’ Dr Mahathir dalam kerajaan dan politik.

    Dia dilihat lembab, tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diharap.

    Siapa punya kerja? Itulah kerja si ‘kayu reput’ dan pensabotaj dalam pentadbirannya.

    Dua kali kenaikan harga minyak di era Dolah Badawi yang terlalu tinggi pun angkara si pensabotaj; penasihat yang menjadi gunting dalam lipatan!

    Cuba lihat kenapa Lee Kuan Yew cukup berjaya dalam pemerintahannya? Sedangkan dia mendapat negara Singapura itu dari tangan pemerintahan Melayu di Tanah Melayu.

    Dicantasnya kesemua kayu reput dan mereka yang bukan dari kalangan orang kepercayaannya. Setelah itu dia menyusun kerajaan mengikut selera dan corak yang dikehendakinya.

    Akhirnya, Singapura berjaya meletakkan dirinya di persada dunia; pelabuhan kewangan yang tersohor.

    Cuba dilihat pula Dr Mahathir yang cukup berjaya membawa Malaysia ke sebuah negara industri dan pengeksport yang ulung. Sedangkan dia cuma mewarisi kerajaan yang lembab di bawah Hussein Onn.

    Dr Mahathir memancung kesemua orang lama, menteri besar dan ketua perhubungan UMNO negeri. Diletakkan orang-orangnya di segenap lapisan pentadbiran.

    Akhirnya, Dr mahathir disegani di seluruh dunia. Cakapnya didengari dan dicemburui.

    Kemudian, lihat apa yang Dolah Badawi lakukan? Semua orang jebik dan meluat.

    Kerajaan PR pun begitu juga. Ambil iktibar daripada kesemua senario ini.

    Jangan kerana nak buktikan ketelusan melampau, sehinggakan menjerat diri sendiri.

    Cerdikkah tindakan itu? Sedangkan duri dalam daging masih bersepah. Gunting dalam lipatan bertaburan. Onak dan duri meranjau di sepanjang jalan!

    Satu contoh yang ikanlepu nak berikan. Bersama beberapa orang sahabat, ikanlepu mengunjungi seorang EXCO di Selangor. Kami mengadukan banyak hal dan masalah berkait dengan masyarakat setempat. Dalam aduan berkenaan terbabitlah satu ‘golongan’ yang menyeleweng.

    Seminggu kemudian, rakaman video pertemuan itu tersebar dalam kampung. Ia dihebahkan oleh pihak yang kami adukan itu menjadi bahan jajaan.

    Kerja siapa ini kalau bukan si pensabotaj. Itu baru perihal yang remeh di sebuah pejabat EXCO. Bagaimana dengan rahsia pentadbiran? Bagaimana dengan segala dokumen rahsia, sedangkan si kayu reput pentadbiran kerajaan lama masih berkeliaran.

    Kemudian apa dah jadi dengan TS Khalid apabila pegawai kanan beliau (orang harapan dan berjasa kepada PKR) digantung tugas, kemudian mengambil keputusan meletakkan jawatan!

    Bukan baik dan pujian yang diterima, tetapi TS Khalid dijebik dek orang. Dia dicemuh dalam parlimen. Sikap dan tindakannya menjadi bualan di segenap lapisan.

    Apa natijahnya?

    Sebab TS Khalid mau tonjolkan yang dirinya begitu telus, sehinggakan ungkitan mereka yang ‘entah apa-apa’ itu pun diberikan perhatian. Mereka yang jadi pecacai itu dipelawa dengan manis muka agar membuat laporan.

    Inilah padahnya, apabila cuba bermain api atau ingin meramas puntung berbara. Tup-tup api tu pula meredap di dalam sekam.

    Pada ikanlepu… di sini letaknya tindakan tidak berapa cerdik kita dalam pentadbiran.

    You’re totally wrong!

    Bukan gitu caranya untuk menguruskan manusia; terutama apabila ia berkait dengan ‘musuh’ politik yang sentiasa mencari kudis untuk digaru dan dikerobek.

    Biar di peringkat mana sekalipun, untuk memudahkan kerja kita kena ada ‘team’ kita sendiri. Kita kena ada orang-orang yang boleh dipercayai dan diharapkan. Tokak, kalau perlu dipotong, elok saja dipotong!

    Biasanya, selepas 100 hari mentadbir ni kita dah dapat kenal siapa pedukang dan mana pula belalang? Try to identify them.

    Himpunkan mereka dalam satu pertemuan. Berikan taklimat biasa, panduan dan peringatan secara tegas. Kemudian dilihat perubahan mereka dalam 2 minggu.

    Selepas tempoh itu, duri dalam daging yang enggan berubah itu diberikan surat tunjuk sebab.

    Sekiranya, tidak juga berubah… tindakan berhemah pun mula diambil.

    Nak dibuang ke? Tidak.

    Taiko-taiko ni ditarik tugas dan peranan mereka saja. Gajinya, pangkatnya ke, ’seniority’nya ke tetap dikekalkan. Kemudian diletakkan mereka di suatu penjuru (sebab dah takde fungsi), dan mereka hanya diberikan sebatang pensel dan sekeping kertas - untuk menconteng. Kalau habis, dia boleh ambil lagi.

    Pastikan itu saja kerjanya. Biarkan.

    Zalim! Tidak, sebab kita telah berusaha memastikan kepentingan ramai terjaga daripada angkara sabotaj dua tiga kerat jelatang tersebut. Gajinya masih berbayar. Pangkatnya masih dikekalkan! Bagus juga sebab kerjanya yang paling ringan….

    Cuma usah dipedulikan mereka tu buat beberapa lama. Dua bulan. Tiga. Setahun, waima tiga tahun. Bagi yang ada maruah, mereka akan berhenti dengan sendiri buat menebus kesalahannya menjadi gunting dalam lipatan.

    Tak patut?

    Ia adalah langkah paling baik daripada meneruskan kerja ‘bodo’ seperti yang cuba dipraktiskan sekarang. Ibarat menimba air di tanah berpaya; menyiram sekam yang meredap api di bawahnya.

    Usah jadi si lebai malang; mudik ke hulu ketika air surut, mudik ke hilir sewaktu air pasang.

    Fikir-fikir la wahai tuan bijak laksana.

  14. 14 wiramahathir Jun 25th, 2008 at 2:39 am

    Why anwar sibuk sangat dengan orang arab saudi nie…raja fahd tu kan boneka amerika…??
    Ada apa apa kot..

    Manusia arab ni kan manusia paling tak guna kat dunia…nama je islam..tapi majoriti orang dia memang arrogant, selfish,racist,stingy,rude sapa sapa yang pernah duduk arab sure setuju punya…saya doakan supaya dunia akan mencipta satub teknologi tenaga baru ganti minyak…biar padan muka pak pak sheikh arab nie..berlagak nak mampus…pak sheikh arab ni lah punca iraq kena iran kena serang..tak caya sekarang ada lebih sejuta tentera amerika kat telok arab…tunggu je nak attack iran dan control minyak…ada satu pak sheikh tu derma sampai 2 bilion kat mangsa taufan katrina kat amerika tapi untuk orang aceh bagi sejuta je…orang macam nie pun kita nak menagku saudara seagama ke…perhi *** sama pak arab..

  15. 15 JDM.H.Sel Jun 25th, 2008 at 3:28 am

    Salam.

    Tahniah buat DSAI,didlm kesibukkn membela nasib rakyat yang sdg dilanda kesempitan hidup smpt juga Dato melapangkn masa untuk ke Madinah n seterus nya mengerjakn umrah.Saya amat tertarik tentang perumpamaan BESI yang patut di salutkn minyak setelah sekian lama terbenam didlm air,saya yakin kata kata itu akan pasti dpt menghidupkn jiwa jiwa yang tertekan pada setiap pejuang pejuang didlm parti keadilan rakyat.

    Didlm kesempatan ini ingin saya melahirkn rasa kecewa saya kpd Dato’ selaku Ketua Umum PKR tentang ahli parlimen di Hulu Selangor pd sidang parlimen yang lepas,antara kekecewaan saya apabila ahli parlimen tersebut mengatakn yang di Hulu Selangor tiada apa apa masalah n semua nya didlm keadaan yang baik.

    Bagi saya kata kata ini adalah tdk patut dikeluarkn oleh seorg ahli parlimen didlm kaw,negeri Selangor,krn ianya akn menguntungkn pihak bn,sudah tentu pihak bn akn mendabik dada yang di Hulu Selangor sememang nya tdk bermasalah,n mereka akn mendakwa PR lah yang mebawa masalah maka sbb itu ke tiga tiga calun ADUN yang menentang bn kalah di Hulu Selangor,selaku penyokong PKR yang berdpn dgn pengampu pengampu bn sudah tentu saya merasa amat kecewa dgn tindakkn yang dilakukn olih ahli parlimen tersebut,olih itu saya amat berharap agar Dato dapat mengatasi perkara ini agar tdk berulang lagi pada sidang sidang parlimen yang akan datang,andai nya tdk maka letih lah kami di bhg Hulu Selangor ini utk merefomasi kn ahli ahli umno yang semakin BERKARAT itu.

    Untuk pengatahuan Dato’ di Hulu Selangor ini terlalu banyak masalah yang perlu diselesaikn terutama nya didlm penjualan tanah tanah tol secara berluas luase olih ADUN2 BN yang lalu n PENYALAHGUNA KUASA didlm MDHS era pemeritahan bn yang lalu.

    JDM.
    harap2 ahli parlimen tdk lg syg kn pemimpin umno.

  16. 16 desperado Jun 25th, 2008 at 4:46 am

    nak dapat perhatiaon n nak bukti dia relevent masuk dalam parti tak relevent kena la kutuk pembangkang hahahaha itu skrip lama punya la….

  17. 17 anak sabah Jun 25th, 2008 at 5:45 am

    DSAI, apakah isu terbaru PKR di Selangor dan PAS ura2 untuk bersatu dgn UMNO akan menggugat strategi DSAI untuk ke Putrajaya? Nampaknya lagi lambat usaha untuk ke Putrajaya lagi banyak masalah yang timbul seolah2 PAS tidak merestui langkah PKR kerana PAS agak tenggelam dalam arus politik semasa, akibat daripada DSAI selalu mendapat iputan meluas.

  18. 18 hafizaid jr Jun 25th, 2008 at 6:31 am

    Kepada saudara Najib 1976, anda mungkin tergolong dlm golongan yg di TIPU oleh media perdana dan teknologi maklumat yg pasti tiada kesahihannya.

  19. 19 namra Jun 25th, 2008 at 6:53 am

    salam everyone,

    DS, sekarang ini satu demi satu serangan telah dibuat oleh pihak Be End terhadap Pakatan Rakyat. Harap DS dapat melakukan sesuatu supaya rakyat akan tetap bersama-sama dengan PR.

  20. 20 anak sabah Jun 25th, 2008 at 7:23 am

    DSAI, saya rasa apabila perangai UMNO masih ada dalam PKR susah la, apa yg jadi di Selangor, Jelas menunjukkan ahli PKR masih terbawa2 perangai UMNO untuk diserapkan dalam PKR.

  21. 21 Mr.DaNiEL_HaDi Jun 25th, 2008 at 7:24 am

    Salam..Minta maaf klu komen ni xde kene mengena dgn post..Sy just nk tanya mcm mana nk jd pemuda keadilan?Sy org johor.Seperti yg pihak tuan tahu johor kuat dgn bn..Tp sy xsggup melihat rakyat ditipu dan tertipu dgn dakyah bn..Jgn biarkan sy berjuang sendirian..Harap pakatan rakyat bersama sy.Maklum balas segera amat sy hargai.Terima kasih.

  22. 22 Aiman Albakri Jun 25th, 2008 at 8:06 am

    Salam Dato Seri,
    Catatan Dato Seri di atas mengingatkan saya dua perkara. Pertamanya, saya melihat semacam ’spritual vacuum’ di dalam organisasi KeADiLan yang perlu diberikan perhatian. Ia kurang masalah bagi mereka yang terlah mengalami tarbiyyah melalui NGO tertentu sebelum mereka aktif KeADILan. Keduanya, seakan berlakunya pengabaian aspek psikolgikal dan hubungan komunikasi dan kemanusiaaan dalam pengurusan ahli-ahli parti. Inilah yang menjadi faktor utama pelbagai krisis dan salah faham yang selalu dialami organisasi. Meskipun ia masih dapat dikawal, andai tidak diperbaiki KeADILan mungkin tidak mampu menangani Konflik yang lebih berat di masa depan. Saya cadangkan agar Dato Seri mewujudkan mekanisme yang bersesuaian dalam mengendalikan kedua isu di atas. Wallahu a’lam.

  23. 23 Hj Hamid Jun 25th, 2008 at 8:18 am

    Salam buat DSAI,

    Tahniah kerana DSAI dapat penghormatan dari Dunia Arab.

    Diharap DSAI dapat lebihkan masa untuk strategi PR memerintah negara.
    Kerajaan negeri PR nampaknya terlalu miskin dan tidak tahu menguruskan
    kewangan hingga terpaksa janji pilihanraya kurang ditepati. Duit berlambak diKerajaan Pusat.

    Saya tidak yakin 30 MP akan lompat PR sebab BN pun ada strategi.

    Ini permintaan kali ketiga saya untuk memberi FORMULA AJAIB kepada
    DSAI. Sama harap DSAI dapat formula supaya 30 MP BN cepat cepat lompat
    PR demi kesejahteraan rakyat

  24. 24 HAJJI Jun 25th, 2008 at 8:27 am

    Pendekatan pentadbiran dan pengurusan 6 negeri termasuk Kelantan sejak di bawah pemerintahan PR, saya lihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Sama ada dari segi falsafahnya mahupun dari segi amalannya. Walaupun baru 100 hari lebih namun halatujunya jelas. Konsep yang di bawa dan tindakan yang diambil menampakan ketulusan dan kebertanggungjawaban pemimpin-pemimpinnya. Outcome dan hasilnya pula dilihat oleh rakyat. Masyarakat dan rakyat nampak dan menikmatinya dengan gembira. Inilah keberkatan dari Allah.

    Penilaian terhadap kejayaan kepemimpinan di 6 negeri ini hanya layak dibuat oleh rakyat yg menerima kesan kepemimpinan tersebut. Bukan pihak “tukang canang” atau musuh politik!

    Hari ini yang kuat mengkritik, mencerca, mengeji dan memburuk-burukkan hanya satu pihak sahaja. Iaitu musuh politik. Pihak media pula mengambil kesempatan, mengaut keuntungan!

    Bagi saya,… kepada kepemimpinan PR di 6 negeri, teruskanlah usaha, kerja dan amalan yang baik yang Allah redai… walaupun manusia marah apa yang anda buat,…. tetapi Allah redai,… janganlah pusing kebelakang lagi.. Kemenangan tetap bersama yang haq! kegagalan tetap bersama yang bathil! Allahlah yang maha besar!!!

    HAJJI - 25.06.08

  25. 25 mohamad sikamat Jun 25th, 2008 at 8:47 am

    Dato’ seri pulanglah lihatlah apa yang berlaku di Selangor selesaikan sebelum menjadi barah

  26. 26 kingdoom Jun 25th, 2008 at 9:16 am

    ingat ler semua,, dlm mana2 organisasi.. sudah pasti ada kambing hitamnya,, ada pergolakan… harapan saya semoga PKR tak menjadi spt umNO!!! pentingkan jawatan dan material shj.. DSAI,, jika PKR khianati rakyat, saya brsumpah akn menentang habis-habisan!!!! cukuplah… mari kt sama2 bina MALAYSIA BARU…

  27. 27 wiraperdana@personasatria Jun 25th, 2008 at 9:26 am

    AMANAH SEORANG SAHABAT

    Diceritakan bahawa ada dua orang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah s.w.a. berteman baik saling ziarah menziarahi antara satu dengan lainnya. Mereka adalah Sha’b bin Jastamah dan Auf bin Malik. “Wahai saudaraku, siapa di antara kita yang pergi (meninggal dunia) terlebih dahulu, hendaknya saling kunjung mengunjungi.” kata Sha’b kepada Auf di suatu hari. “Betul begitu?” tanya Auf. “Betul.” jawab Sha’b. Ditakdirkan Allah, Sha’b meninggal dunia terlebih dahulu. Pada suatu malam Auf bermimpi melihat Sha’b datang mengunjunginya. “Engkau wahai saudaraku?” tanya Auf. “Benar.” jawab Sha’b. “Bagaimana keadaan dirimu?” “Aku mendapatkan keampunan setelah mendapat musibah.”

    Apabila Auf melihat pada leher Sha’b, dia melihat ada tanda hitam di situ. “Apa gerangan tanda hitam di lehermu itu?” tanya Auf. “Ini adalah akibat sepuluh dinar yang aku pinjam dari seseorang Yahudi, maka tolong jelaskan hutang tersebut. Ketahuilah wahai saudaraku, bahwa tidak satupun kejadian yang terjadi di dalam keluargaku, semua terjadi pula setelah kematianku. Bahkan terhadap kucing yang matipun dipertanggungjawabkan juga. Ingatlah wahai saudaraku, bahwa anak perempuanku yang mati enam hari yang lalu, perlu engkau beri pelajaran yang baik dan pengertian baginya.”

    Perbincangan di antara kedua-dua lelaki yang bersahabat itu terhenti kerana Auf terjaga dari tidurnya. Dia menyadari bahwa semua yang dimimpikannya itu merupakan pelajaran dan peringatan baginya. Pada sebelah paginya dia segera pergi ke rumah keluarga Sha’b. “Selamat datang wahai Auf. Kami sangat gembira dengan kedatanganmu.” kata keluarga Sha’b. “Beginilah semestinya kita bersaudara. Mengapa anda datang setelah Sha’b tidak ada di dunia?”

    Auf menerangkan maksud kedatangannya yaitu untuk memberitahukan semua mimpinya malam tadi. Keluarga Sha’b faham akan semuanya dan percaya bahwa mimpinya itu benar. Mereka pun mengumpulkan sepuluh dinar dari wang simpanan Sha’b sendiri lalu diberikan kepada Auf agar dibayarkan kepada si Yahudi. Auf segera pergi ke rumah si Yahudi untuk menjelaskan hutang Sha’b. “Adakah Sha’b mempunyai tanggungan sesuatu kepadamu?” tanya Auf. “Rahmat Allah ke atas Sha’b Sahabat Rasulullah S.A.W. Benar, aku telah memberinya pinjaman sebanyak sepuluh dinar.” jawab si Yahudi. Setelah Auf menyerahkan sepuluh dinar, si Yahudi berkata: “Demi Allah dinar ini serupa benar dengan dinarku yang dipinjamnya dulu.” Dengan demikian, Auf telah melaksanakan amanah dan pesan saudara seagamanya yang telah meninggal dunia.Kisah Qabil dan Habil Qabil dan Habil, keduanya adalah putra Adam as. Al-Qur’an mengisahkan keduanya agar menjadi i’tibar dan hikmah orang-orang mu’min. Qabil adalah seorang yang bermental buruk, selalu melakukan keburukan, dosa, tamak dan menentang kebenaran. Habil adalah saudaranya, seorang yang saleh, taqwa dan selalu berbuat kebenaran.

    Di antara keduanya sering timbul perselisihan. Habil selalu mempertahankan kebenaran, sedang Qabil selalu menentangnya. Perselisihan antara keduanya sering terjadi hingga akhirnya sampai ke suatu titik kritis, yakni peristiwa pembunuhan yang dilakukan oleh Qabil terhadap adiknya, Habil. Di antara sebab perselisihan mereka ada dua pendapat: Pertama, Habil adalah seorang peternak yang mempunyai ternak kambing, sedangkan Qabil adalah seorang petani yang memiliki tanaman pertanian. Masing-masing melakukan kurban dengan mengeluarkan harta yang dimiliki mereka masing-masing. Habil memilih seekor domba yang paling baik untuk dijadikan kurban, sedangkan Qabil memilih gandum yang terburuk dari hasil pertaniannya untuk berkurban. Kemudian keduanya menyerahkan harta kurban masing-masing kepada Allah. Tiba-tiba turunlah api dari langit yang membakar kurban Habil dan membiarkan kurban Qabil.

    Setelah Qabil mengetahui Allah menerima kurban saudaranya dan tidak menerima harta kurbannya, timbullah rasa dengki yang kemudian membunuh adik kandungnya itu. Kedua, dikisahkan bahwa Nabi Adam as mempunyai anak yang masing-masing dilahirkan oleh istrinya kembar dua, terdiri dari laki-laki dan perempuan. Yang pertama, Qabil dengan saudari kembarnya perempuan, yang kedua Habil dengan saudari kembarnya. Adam ingin menjodohkan masing-masing anaknya secara bersilang. Qabil dengan saudari kembar Habil, dan Habil dengan saudari kembar Qabil. Kebetulan, saudari kembar Qabil adalah wanita cantik sehingga ketika Adam akan mengawinkannya dengan Habil, Qabil menolak dan menantang ayahnya dan berkata, `Saya lebih berhak memperistri saudari kembarku, sedangkan Habil lebih berhak memperistri saudari kembarnya. Bukanlah hal yang bersilang ini tidak lain hanyalah pendapatmu belaka!”

    Kemudian Adam memerintahkan kedua anak laki-lakinya melakukan kurban. Barang siapa yang kurbannya diterima akan dijodohkan dengan anak yang cantik (saudari kembar Qabil) itu. Ternyata, yang diterima Allah adalah qurban Habil. Turunlah api dari langit menyambar dan menelan kurban Habil, dan akhirnya timbullah rasa dengki terhadap adiknya, yang kemudian terjadi pembunuhan. “Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil), `Aku pasti membunuhmu.’ Berkata Habil, `Sesungguhnya Allah hanya menerima (kurban) dari orang-orang yang bertakwa. Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu, aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam. Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali (membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan demikian itulah pembalasan bagi orang-orang zhalim.’ Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah. Maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang merugi.” Qs. al-Maidah : 27-30

    Perkataan takwa yang diucapkan Habil ketika berdialog dengan Qabil, sebenarnya sangat tepat untuk mengingatkan dirinya atau Qabil yang ingin melakukan kejahatan itu. Namun, Qabil bukanlah ahli takwa. Karenanya, Allah tidak menerima kurbannya karena kedengkian yang meliputi hatinya memuncak dan menimbulkan suatu keinginan keras untuk membunuh adiknya. Kemudian kita berdalih kepada firman Allah yang mengisahkan ucapan saudara teraniaya (Habil) ketika mengatakan, `Sesungguhnya kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan seru sekalian alam.’ Dari sini kita tahu kemuliaan mentalitas Habil yang penuh takwa dan kebaikan. Mental Habil untuk menolak untuk membalas kejahatan yang akan dilakukan kepadanya, karena pembunuhan benar-benar tidak cocok dengan sifat mentalnya. Ia benar-benar takut kepada Allah Rabbu’l-Alamin. Barang siapa takut kepada Allah tidak akan berbuat zhalim terhadap seseorang. Rasa takut kepada Allah merupakan benteng yang kuat untuk mencegah perbuatan salah dan dosa di dunia ini. Karenanya, jika para pendidik dan penegak kebenaran mengerti tentang fungsi takwa ini, tentu mereka akan beramal dan takut bermaksiat kepada Allah, dan akan tercapailah masyarakat yang kokoh, kuat dan penuh kedamaian. Tetapi, Qabil yang dapat dikuasai oleh cengkeraman kemaksiatan, rapuhlah perrtahanan dirinya terhadap gelora nafsu jahatnya.

    “Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang rugi.” (Qs.5:30)

    Pertentangan sengit itu, hakekatnya tidak terjadi pada diri Qabil dan Habil. Tetapi pertentangan sengit yang sebenarnya terjadi antara Qabil dan hawa nafsunya, atau antara Qabil dengan kemauan jahatnya. Dalam keadaan demikian, mestinya Qabil harus bertahan mengekang keliaran nafsunya untuk meloloskan diri dari cengkeraman nafsu jahat itu. Namun, Qabil itu lemah dalam menghadapi kelemahan dirinya dan keliaran nafsunya, sehingga ia dapat dijerumuskan nafsu jahatnya untuk membunuh saudaranya. Demikian itulah jenis dengki yang amat ganas. Hasad, adalah perbuatan dosa kepada Allah yang pertama terjadi di langit dan bumi. Di langit, perbuatan hasad dilakukan oleh Qabil terhadap Habil. Pelajaran dari Burung Gagak Setelah Qabil membunuh saudaranya ia mendiamkan begitu saja mayat adiknya karena tidak mengerti apa yang harus dilakukan. Kemudian Allah mengutus dua ekor burung gagak, keduanya berkelahi hingga akhirnya terbunuhlah salah satu di antaranya. Gagak yang masih hidup kemudian melobangi tanah dengan paruh dan kakinya. Setelah selesai, dilemparkannya gagak yang sudah mati itu ke dalam lobang dan ditimbun dengan tanah. Ketika Qabil melihat gagak mengubur seekor gagak yang dibunuhnya, tersentuhlah hatinya. Ia tidak merasa lega hatinya kalau dirinya kalah dengan seekor gagak dalam masalah kebaikan. Maka, dikuburkanlah saudaranya ke dalam tanah kemudian ia menyesali perbuatannya seraya berkata, `Kenapa diriku ini hanya memiliki lebih sedikit penghormatan kepada yang lain dibandingkan dengan seekor gagak.’ Inilah maksud dari firman Allah tersebut berikut ini, “Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil, `Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?’ Karena itu jadilah ia seorang di antara orang-orang yang menyesal.” Qs. al-Maidah : 31

  28. 28 Tok Janggut Jun 25th, 2008 at 9:34 am

    saudara anwar…

    apa sahaja yang melanda PR ada banyak hikmah.Inilah masa untuk sdr yakin kan rakyat dan pimpinan BN utk bersama2 membuat perubahan.inilah masanya rakyat kena berfikir dengan pantas kekunoan pimpinan BN.. sudah sampai masa untuk rakyat daulatkan rakyat sebagai tuan,dan lantik kepimpinan yang mendaulatkan rakyat sebagai pengurus negara..lebarkan jaringan ekonomi untuk semua..sdr ada peluang untuk “merajakan” rakyat..kemaskan strategi kepimpinan,tingkatkan kualiti pemikiran pemimpin PR,pelbagaikan seni politik supaya hilang sikap “kekitaan” diantara kepimpinan dalam PR…sdr jangan undur sekarang atau pada bila2 pun,atau rakyat akan lanyak sdr kerana memperkecilkan hasrat rakyat untuk berubah..

    peace

  29. 29 wiramahathir Jun 25th, 2008 at 9:41 am

    Alah, apalah sangat Anwar, mana mana? penggulingan kerajaan? PEMBOHONG!Rakyat Malaysia semua dah pandai.. Saudara2 semua ikutlah Ezam takde apa2 yang boleh diharapkan di PKR..

  30. 30 adil 4ever Jun 25th, 2008 at 9:43 am

    Salam Reformasi,

    Kami mendoakan kesejahteraan & keselamatan DSAI. Semoga sentiasa sihat & cergas demi mengembalikan maruah agama, bangsa & negara. Kami menanti kepulangan DSAI. Media BN sedang rakus menggayang negeri2 PR. Lakukan sesuatu. Ayuh, cepat ke putrajaya.

  31. 31 savin' me Jun 25th, 2008 at 9:49 am

    dato’ seri….

    saya setuju dengan member saya NAJIB 1979, kesian kat pentadbir negeri pakatan rakyat.. bantulah mereka, dan pada saya Ezam menjadi duri dalam daging, susah saya nak percaya dia dah…. Ezam lupa janji

  32. 32 budak ceruk tok kun Jun 25th, 2008 at 9:56 am

    Assalamualaikum,

    Setuju dengan Najib1976, kat Selangor sekarang ni projek buat Masjid pula dibatalkan…apa ni..
    DSAI tolong tegur la sikit Pakatan Selangor ni…dia orang kena peka…orang dah mula cakap..

    Kalau nak batal pun jangan la batal projek buat masjid…sebab penduduk kat situ dah lama tunggu masjid dibina…

    Saya rasa DSAI perlu turun ke Selangor selalu le…
    satu lagi tegur sikit adun DAP kat Johor tu…songkok pun takut nak pakai macam mana nak duduk bersama orang melayu ni…alamak…susah betul le dia orang ni

  33. 33 abd rahim kassim Jun 25th, 2008 at 10:04 am

    Datuk Seri,

    Abdullah semalam cuba jadi hakim dan pegawai penyasat dalam kes Altantuya. Hakim Datuk Zaki belum buat keputusan, Abdullah sudah kata dia yakin Najib dan Rosmah tidak terbabit.

    Macam mana orang hendak percaya badan kehakiman negara kita. Buatlah apa reform pun, kalau tindakan itu semata-mata untuk memuaskan hati memukul lawan politik, tidak ada gunannya.

    Seluruh dunia sedang memerhati kes ini. Jawapan yang diberikan oleh Abdullah semalam sudah tentu mengecewakan Sharibbu dan Kerajaan Mongolia.

  34. 34 Raja Long Jun 25th, 2008 at 10:09 am

    A quandary is a state of perplexity.

    May Allah bless you.

    On matters relating to the present political turbulence, I can’t help but notice the horrendous resentments among grassroots member of PKR on various issues lately.It is not only among the grassroot PKR but even extends to majority ABIM diehards and independent Muslims grassroot circle. It could be helpful if we can defuse them as fast as possible, to ease the pressure within the party circle. We always support and look forward for positive actions among key leaders. I am sharing these quandary or a state of perplexity on the intention that a remedial strategy to be executed without further due. Please pay attention to the involvement of various group agendas inside the PR Selangor state governance. Be wary of their political ambitions to control the PR government. Trusted key members with hidden agendas can be the early sign of PR’s destruction.

    Our situations are being manipulated by the mainstream mass media to portray our failures, making the intended objective much further away. Time is essence in such situations.

    We pray your safety.

    On AlMadinah Global Knowledge. We need to muster plans and strategy to be part of their success stories and in return reaps the benefit to our country in terms of transfer of technology, expertise and manage their educational institutions together with their respective counterparts. By generating additional income to the newly formed PR government, it can ensure our long term survival and the people will gain benefits. Our present educational institution like UNISEL, KUIS, Unity can all be part of these strategy. I would like to echo some reservation on the issue of UNISEL’s management and staff on their current state of affairs which might not be in cohesion with the PR objectives and intentions. We hope the Selangor State will eventually appoint a committed leader to revitalize the UNISEL’s governance.

    Bring back our local brains residing overseas, let us share the governance into a transparent and people centrix state. I am sure the support will grow and we cant wait the overall change of government to PR.

    Thank You and Wasallam.

  35. 35 justice Jun 25th, 2008 at 10:10 am

    Assalamualaikum….

    DSAI Semoga dalam sihat sejahtera hendaknya…Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Tapi Datuk saya rasa kan Menantu PM tu ada masalah sikit lah…kalau bercakap tu kan tak mau cermin muka langsung, main sedap mulut je. Bak kata org hentam kromo…bercakap macam orang tak de ***…..saya rasa kalau bukan dia ni menantu PM, dah lama dah kena sepak ***. sebabnya dia ni poyo sangat…harap-harap kami rakyat Malaysia ni tak payah tengok muka dia lagi lepas nie…..menyampah..malu lah kita ada orang macam nie…malu……….

  36. 36 MelayuInsaf Jun 25th, 2008 at 10:13 am

    5 Negeri PR,

    Jadikan majlis ilmu (kuliah, wacana, seminar, dll) secara
    terancang sebagai tradisi untuk melahirkan masyarakat
    yang berilmu. Masyarakat yang berilmu adalah masyarakat
    yang berjaya dunia dan akhirat.

    Kerajaan PR Selangor,

    Bersabar dengan ujian Allah. Ikhlaskan kerja untuk kepentingan
    rakyat dan bukan individu atau kelompok. Cari penyelesaian dengan
    penuh hikmah dan sentiasa bersikap berlapang dada. Pada Allah
    kita pohon dan serahkan segalanya…

  37. 37 Sambal Tumis Jun 25th, 2008 at 10:32 am

    DSAI,
    Seperti orang lain saya amat risau dengan keadaan PKR di Selangor. Jangan sampai melarat. Musuh2 DSAI sedang memainkan jarum…mintak DSAI cepat selesaikan masalah di Selangor. Sibuk kat luar negara tarik pelabur…tapi nanti bila pelabur datang tengok keadaan kita kelam kabut.. lalu tak jadi!!
    BN/UMNO akan gunakan isu2 di Selangor untuk memburuk2kan PR/PKR…

  38. 38 keliru Jun 25th, 2008 at 11:19 am

    Ermm dulu nak batalkan limit keluasan rumah ibadat orang bukan melayu… Skarang batalkan projek bina masjid… per citer nie???

    Bila la y’all nak sedar??? banyak kepincangan yang berlaku dalam PR.. bukakkan mata dan hati anda..

  39. 39 mzkevin Jun 25th, 2008 at 12:17 pm

    Assalamualaikum… DSAI,

    Saya cuma inginkan kepastian tentang percangahan keberadaan DS Wan Azizah pada hari Isnin lepas (23/06/08).
    Mengikut bicara pihak tuan, “Pengalaman di Madinah, ziarah dan doa di Haram amat mengharukan. Azizah tidak bersama ka Madinah kerana terpaksa menghadiri sidang Parlimen hari Isnin.”
    SEDANGKAN menurut beberapa website/blogger, DS Wan Azizah dan anak2 mengikut DSAI naik umrah, contohnya :
    http://www.marhaen.org/v1/mar_a_reformismuda98.html

    kandungan: “malah yang menghairankan pemergian kali ini disertai Wan Azizah yang sepatutnya turut serta dalam Parlimen bagi usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah ahmad Badawi.kalau dikutkan Wan Azizah adalah ketua pembangkang dan ia seharusnya hadir pada hari pertama persidangan. Anwar memberi alasan kebetulan pula dia dijemput menyampaikan pidato di kota Madinah.

    timbul persoalan, Apakah Wan Azizah tidak tahu yang hari Isnin adalah hari yang dicadangkan SAPP untuk membuat undi tidak percaya kepada perdana Menteri? malah jika bukan kerana undi tidak percayapun Wan Azizah sepatutnya hadir bagi membahaskan usul kenaikan harga minyak. kenapa Wan Azizah mengikuti Anwar ke Mekah?”

    kemana DS Wan Azizah menghilang???/

  40. 40 ahmad Jun 25th, 2008 at 1:22 pm

    Saudara DSAI,
    100 hari PR memerintah:
    1) Kebaikan untuk rakyat (contoh: 20m3 air percuma selangor dll)
    2) Menilai wakil-wakil PR dalam Parlimen.
    3) Menapis ahli/wakil PR dlm kerajaan Negeri PR…yg berjuang untuk rakyat atau kepentingan diri (budaya UMNO)
    4) Maklumbalas rakyat atas apa yg dilakukan olih PR.

    Harap adakan JawatanKuasa Penilai Pretasi & Pencapaian PR dan hebahkan kpd rakyat serta minta maklumbalas rakyat.

  41. 41 slyderrose Jun 25th, 2008 at 9:11 pm

    Siapalah ezam tanpa Anwar?. siapa kenal Ezam sebelum kes Anwar?. Angkat tangan. Eleik, Puchi. Ezam jadi terkenal kerana Anwar. jadi Ezam jangan berlagaklah nak menghentam Anwar. Kalau niat masuk umno nak buat reformasi dalam umno, buktikanlah. Ini hentam PKR pulak. Cakap tak serupa bikin.

  42. 42 Mohzani Jun 26th, 2008 at 2:27 am

    Assalammualikum DSAI. Saya anak jati sarawak ingin melihat perubahan di sarawak. Kalau PR raakyat dapat ambik kerjaan BN sarawak, DSAI tolong kami dapat balik hak kami..ROyalti minyaK 20%. Kami nak negeri sarawak di jadikan pengeluaran makanan utama di malaysia. Sama2 kita tumpas kan kerajaan BN SARAWAK!!..yang rasuah dan rakus. Pemimpin2 dah lama berkuasa..Tolong ler turun PAK UBAN hoi!!. Agik idup agik ngalaban!!.

  43. 43 PKR Jun 29th, 2008 at 4:23 am

    SHAH ALAM 28 Jun - Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor mungkin mengikut langkah Perak yang berhasrat memberi status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru di negeri itu.

    Bagaimanapun, status hak milik kekal di Selangor adalah untuk tempoh selama-lamanya berdasarkan akta tanah di negeri itu, berbeza dengan Perak sehingga 999 tahun sahaja.

    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata, kerajaan negeri masih mengkaji perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.

    “Selangor boleh melaksanakan seperti cadangan kerajaan Perak tetapi akta tanah di kedua-dua negeri adalah berbeza.

    “Di Perak, hak milik kekal adalah selama 999 tahun tetapi di Selangor untuk selama-lamanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Ean memberitahu, sekiranya ia menjadi kenyataan, sebanyak 42 buah kampung baru di seluruh Selangor akan terlibat yang majoritinya penduduk kaum Cina.

    Beliau bagaimanapun tidak pasti jumlah keseluruhan penduduk terlibat.

    Selain kaum Cina katanya, kampung baru di Selangor turut diduduki oleh kaum India dan orang Melayu.

    Cadangan untuk memberi status hak milik kekal lot-lot tanah kampung baru di Perak diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin ketika menggulung usul di Dewan Undangan Negeri (DUN), kelmarin.

    Bagaimanapun cadangan kerajaan pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak itu mendapat bantahan pelbagai pihak.

    Ia menimbulkan persoalan kerana dilihat lebih bermotifkan politik kerana pada masa yang sama, kerajaan negeri hanya merancang memberikan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun (RKT).

    Di seluruh negeri Perak, terdapat 60,000 penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80 peratus kaum Cina. Kawasan RKT pula terdiri daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).

  44. 44 adnan Jul 1st, 2008 at 5:43 am

    arab saudi tu adalah cawanngan amarika. nak belajar jadi bonika amarika bakal, pemimpin malaysia kena lah gi kursus kat arab. selamat menuju kenegara bonika amarika yang baru di bawah kepimpinan pemimpin retorik.

  45. 45 adnan Jul 1st, 2008 at 5:51 am

    pemimpin yang baik tak akan memburuk, menghna dan mengeji org lain, tapi inilah amalan pemimpin pr setiap saat, mcam lah diorg ni dah dapat watikah dari langit. 2 x 5 je kauorg baik yang pakai serban mahupun yang pakai kot.malas nak campur lah…semua hamlau.

  46. 46 adnan Jul 1st, 2008 at 6:03 am

    A.b.I kalau nak jadi PM apa perlunya serang N. AR, kata hebat sangat, kalau berada di tahap serangan terlalu lama takut hilangan kawalan, terkena peluru sesat, najib berada di posisi bertahan disamping mecari peluang utk menyerang balik, skrang najib da serang balik..ha kan dah tergolek. Tak payah dok cerita pekong najib sgt, tak cerita pun orang dah mengata. A.b.I tunjuklah sifat yang baik jgn lah byk sgt berlakon…peninglah

  1. 1 Keutamaan Pada Tugas, Bukan Berhibur! at Anwar Ibrahim Pingback on Jun 25th, 2008 at 9:01 pm

Leave a Reply




Sumbangan Kempen Permatang Pauh

Galeri Flickr

Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia     

Poster Kempen

Get the Flash Player to see the slideshow.

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners