Archive for June 24th, 2008

24 June 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Pengalaman di Madinah, ziarah dan doa di Haram amat mengharukan. Azizah tidak bersama ka Madinah kerana terpaksa menghadiri sidang Parlimen hari Isnin. Maka sahabat lama Dr. Ahmad Totonji menemani saya bersama Dr. Ghazali yang turut menghadiri persidangan Global Knowledge 2008.

Persidangan ini dianggap penting kerana berjaya mengumpulkan sarjana dunia dan dalam rangka Kerajaan Arab Saudi menjayakan Universiti baru bertaraf antarabangsa dan King Abdullah Economic City.

Putera Abdul Aziz bin Majed Gabenor Madinah merasmikan sidang. Saya sempat berbual dengan Putera Abdul Aziz yang mengikuti perkembangan di sini dari dekat. Putera Faisal bin Abdullah yang mempengerusikan Jawatankuasa Strategik mengenai pendidikan baru serta Amr al Dabbah Gabenor Sagia turut menyertai persidangan tersebut.

Pidato saya dalam panel pembukaan berjudul “Innovation Embracing Governance”. Mukaddimah saya adalah dengan menyingkap pengalaman Rasulullah dalam Hijrah ka Yathrib – persiapan aqidah dan ilmu serta pembinaan tamadun. Ungkapan almarhum Ismail Faruqi “ecumenical community par excellence”. Ditekankan juga isu pimpinan dengan pengurusan baik serta menolak rasuah yang peka dengan permasalahan rakyat terutamanya pendidikan.

Sesudah itu saya sibuk dengan temubual media dan pertemuan dengan Dewan Perniagaan Madinah. Saya bangga kerana terdapat respon baik dari saranan Dr. Musa Nordin yang turut berucap dalam panel kemudian.

ANWAR IBRAHIM

24 June 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Arab News - Madinah: Former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim yesterday called on Muslim countries to remove obstacles in the way of investments in the development of a knowledge-driven economy. Anwar was speaking on the second day of the three-day Knowledge Economy Forum here.“We urge the development of science because that is what our religion encourages us to do. No society can develop unless it marches forward while keeping pace with global economic and technological advances,” Anwar said, while presenting his paper.

(more…)