Saya tertarik untuk menyinggung respon pengunjung berhubung dengan beberapa perkara berkaitan keputusan berani pimpinan SAPP tempoh hari, polemik harga minyak dan kembara Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
SAPP
Kita hargai tekad Dato’ Yong Teck Lee meskipun diserang keras oleh media Umno-BN dari segenap sudut. Saya menyeru saudara-saudara mengirim emel atau menghubungi pimpinan SAPP untuk menyatakan sokongan. Ugutan dan perang saraf Umno-BN tidak menggugat pendirian mereka. Shabas!
Harga Minyak
Perang saraf dan propaganda Umno-BN termasuk laskar upahan mereka hanya membicarakan harga di pasaran dunia. Bahawa kenaikan mendadak yang membebankan rakyat dan pembaziran serta rasuah tidak dibicarakan. Jangan izinkan mereka mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar.
Menuju Putrajaya
Pimpinan Umno-BN akan melakukan apa jua tanpa batas bagi menghalang kemaraan kita. Itulah sebab mengapa saya menyeru ahli parlimen dari BN yang prihatin untuk bersama Pakatan Rakyat menyelamatkan negara dari rasuah dan kegagalan mengurus ekonomi.
ANWAR IBRAHIM