KOTA BHARU, 22 Jun (Hrkh) – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengajak Parti Maju Sabah (SAPP) menyertai Pakatan Rakyat, sekiranya parti itu kecewa dalam pakatan Barisan Nasional (BN) yang telah disertainya sekian lama.
Tuan Guru berkata, Pakatan bersedia memberi laluan kepada parti itu untuk membuka lembaran baru dalam sejarah politik negara sekiranya SAPP berminat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan tapak projek Bandar Stelit Pasir Tumbuh, Khamis lalu apabila parti itu memperlihatkan rasa kecewa terhadap kepimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden BN.
Menurutnya, tindakan SAPP itu jelas menunjukkan sikap orang yang kecewa, untuk itu beliau diseru menyertai Pakatan Rakyat.
“Memang kami belum mengenali secara keseluruhannya parti itu, namun ia boleh berbincang dan dengan cara ini sudah mula ada titik pertemuan antara Pakatan Rakyat dan SAPP yang jelas begitu kecewa dalam pakatannya dengan BN selama ini.
“SAPP sebenarnya sudah melalui jalan pembangkang, ini memberi gambaran yang baik untuk menjalinkan pakatan yang baru,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas adakah usaha untuk mengajak parti itu menyertai Pakatan selepas parti itu mengumumkan rasa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdullah.
Ketika ditanya adakah PAS bersedia menyokong usul tersebut sekiranya dibentangkan di Parlimen, beliau memberitahu perkara itu akan berlaku.
Sambungnya, ini kerana usaha untuk menyingkir Perdana Menteri itu bukan atas peribadi, sebaliknya atas dasar serta ketidakupayaannya mentadbir negara.
Jumaat lalu, Presiden parti itu, Yong Teck Lee, mengisytiharkan partinya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden BN.
Ketika mengumumkan perkara itu, Yong dan dua Anggota Parlimennya, Dato’ Eric Majimbun (Sepanggar) dan Dato’ Dr Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul tidak percaya di Dewan Rakyat yang bakal bersidang Isnin ini.
“SAPP sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, peruntukan undi tidak percaya ada dalam Perlembagaan, dan menjadi sebahagian proses demokrasi di negara ini,” ujarnya dalam sidang media itu.
Tuan Guru sebelum itu merasmikan tapak projek Bandar Stalet Pasir Tumbuh yang bernilai RM100juta di atas stanah seluas 20 ekar. – mns_
Salmah Mat Husain









SETUJU 118%
Reply
Tanda-tanda Pakatan Rakyat akan memerintah sudah ada
Reply
hebat jugak kerajaan negeri kelantan, mampu menggerakkan projek bernilai 100 juta! tahniah. moga ekonomi kelantan akan terus berkembang.
Reply
Saudara DSAI,
Semalam Ezam Mat Nor telah bersumpah kat Dewan Tunku Abd Rahman
” Saya bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya akan berjuang habis-habisan menghalang Anwar
Ibrahim menjadi PM”
saya ini anak penorih getah tapi saya telah berdemonstrasi 1974 (Kemiskinan Baling) dan 1975 (AUKU) bersama DSAI, Hishamudin Rais, Ibrahim Ali dll. Kami tahu pahit maung perjuangan untuk hak rakyat dan membela mereka.
Tapi si Ezam *** ini baru belajar berdemonstrasi semasa DSAI dibuang olih Mahathir 1998.
Wahai Ezam ***, kamu tidak berhak menghalang DSAI daripada menjadi PM.
Sekarang saya dengan ini mencabar kamu demi dengan nama Allah Yang Maha Esa yang kamu:
1) Langkah mayat aku dulu….*** ***.
2) 6 kotak rahsia rasuah & penyelewengan yang kamu bawa dulu hanyalah kosong
dan sekarang telah diisi dgn duit UMNO.
3) Telah menjadi *** UMNO ***.
4) Memberi Pengakuan Bersumpah diMahkamah yang 6 kotak dulu adalah kosong dan bukanlah rasuah,
penyelewengan UMNO
5) Gagal dalam perjuangan menegakkan keadilan untuk rakyat semasa dalam PKR dulu.
6) Telah menjadi sumpah-sumpah UMNO dan KJ.
7) Tidak makan duit cukai yang aku bayar…. dan aku haramkan kamu memakan duit cukai yang aku
bayar.
8) Masuk UMNO untuk berjuang dari dalam menghapuskan rasuah/penyelewengan dan kamu telah buta
mata dan hati untuk itu serta gagal..
9) Hanya berjuang ikut AAB dan BN untuk Islam Hadhari dan BUKAN ISLAM SABENAR.
10)Kamu hanya berjuang untuk perut kamu bukan untuk Melayu dan rakyat Malaysia lain.
Ingatlah wahai Ezam jahanam…hari ini Allah akan menunjukkan dgn serta-merta akan kemungkaran kamu dan saya berdoa kehadapan Allah supaya kamu dilaknat olih Nya…amin
Reply
Ezam,
Nak bersumpah ni ada adabnya.
Bukan cara kamu buat tu macam anjing nak terkencing je. Ikut mana dan….
Itu sebab dalam perjuangan usah cakap berdegar-degar.
Tengok TGNA, adakah akhlaknya macam kau?
Malu la… kau dah ‘expired’ sebenarnya.
Bagi manusia bermaruah, jangan jadi ‘anj**g’ bagi puak yang mungkar.
Maknanya, kau belum cukup belajar lagi.
Reply
Salam DSAI,
Membaca “Pengundi Senyap”, nostalgia bersama berdemo di tahun 1974/75 dengan DSAI,Hishamuddin, Ibrahim Ali, Abd.Rahman Rukaini dll. mengimbau kenangan silam. Benar lah Ezam tidak selayaknya bersumpah kerans belum berjaya menbuktikan sepatah pun ugutan untuk memperlihatkan isi 6 kotak bungkusan nenek kebayan yg di pikul (konon) bukti rasuah. Yang jelas kotak tu tak ujud pun!
Reply
He,he, my simple comment was diminished instead of moderated.Congratulation!
Reply
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Salam DSAI, <— Dengan izin Allah SWT, tanpa mu rakyat Malaysia akan terus terpenjara dalam “kotak pemikiran” yg sempit dan tidak akan berkembang!
1) Khas utk Datuk Yong Teck Lee, Syabas dan jgn takut dan gentar utk membela rakyat Malaysia (Datuk skrg bukan bela rakyat di Likas atau Sabah jak tau, Datuk skrg tengah membela seluruh rakyat Malaysia) Utk para pembaca.. Datuk Yong ni mmg baik orgnya (napa tak percayakah?? Tanya org atau penduduk Likas, Sabah) cukuplah saya katakan beliau pernah bersama-sama mengangkat jenazah yg beragama Islam, menghadiri majlis kenduri, (nak tahu lagi tanya penduduk Likas, Sabah… :) )
2) Khas utk Raja Petra Kamaruddin, meletakkan diri di dalam keadaan bahaya (kes Datin Seri Rosmah) dengan melebihi daripada kasih sayang terhadap isteri dan anak-anak serta ahli keluarga yg lain, menuntut kepada keberanian yg luhur dan suci. Andai diletakkan saya ditempat saudara, saya sendiri masih belum sanggup melakukannya. Namun saudara telah mengajar saya erti sebuah perjuangan. Didoakan semoga panjang umur dan diberikan kesenangan di dunia dan akhirat.
3) Khas utk rakyat Malaysia, sikap keterpedulian anda dituntut utk menyatakan bantahan mahupun sokongan terhapad pejuang kebenaran samada melalui mogok lapar, demonstrasi secara aman dan apa jua bentuk sokongan samada moral, wang, …. jgn jadikan sikap tidak ambil peduli dan mengharapkan org lain bertindak utk kita, selain daripada pilihanraya .. :)
Wassalam..
Sama-sama berjuang…
Reply
saya sokong 200% kata2 iklanlepu dan Pengundi Senyap….moga2 DSAI cepat menjadi PM dan membantu kami orang bawahan….kami tidak lagi sanggup ditindas oleh bangsa kami sendiri….
Reply
@beliakeadilan: what the heck???
Reply
kepada semua pemimpin kerajaan sabah, lihat dan bukalah mata anda seluas-luasnya apa yang ada di sabah khususnya di kawasan pedalaman pada hari ini. sedarkah anda bahawa sudah sekian lama warga pedalaman merintih mohon pembelaan seperti mana rakyat malaysia yang lain di semananjung. di manakah jalan raya, paip air, elektrik yang telah dijanjikan bertahun-tahun dahulu? atau itu semua hanyalah retorik kosong daripada pemimpin yang langsung tidak bertanggungjawab. sekiranya kita mengupas penderitaan penduduk memang tidak habis.Tahniah YONG TECK LEE anda telah bertindak berani. penduduk sabah memerlukan suara seperti anda dan kepada pemimpin kerajaan ingatlah apa yang anda buat pada hari ini akan membinasakan diri anda sekiranya anda menafikan hak penduduk sabah.
Reply
DSAI,
Semuga perjuangan mu akan diberkati. Insyallah kami tetap berdoa agar DSAI dan keluarga sentiasa dilindungi Allah S.N.W. Amin.
Reply
Assalamualaikum…semua pembaca…
Dalam keadaan perang politik yang semakin sengit ini…kita sebagai rakyat malaysia yang sayangkan keamanan harus memainkan peranan yang penting untuk terus menyokong PAKATAN RAKYAT demi masa depan negara malaysia…
Jelas sekali jika kita lihat sekarang BN sentiasa memainkan isu perkauman di peringkat akar umbi dengan menakut2 kan pengikutnya,sentimen yang selalu kita dengar ialah jika kita tidak menyokong UMNO maka ekonomi orang melayu akan dikuasi oleh bangsa asing…dan segala Hak-hak orang melayu akan hilang,
Disini saya nak jelaskan bahawa adakah kita merasa selamat jika UMNO/BN masih lagi berkuasa?
selama ini kita telah melihat banyak contoh atau cara pemerintahan mereka yang hangat2 tahi ayam..
DSAI….
saya rasa DSAI dapat mencari formula bagaimana caranya untuk PR memberi penerangan kepada akar umbi UMNO/BN dikampung2 tentang dasar yang PR nak perjuangkan…….
Reply
Will PAS join UMNO/BN?
Reply
EM ADA BAIKNYA SAPP MSK PAKATAN RAKYAT..
WAHAI KAUM KERABAT BN YG MASIH BELUM SEDAR, BUKALAH SELUAS2NYA HATI ANDA UTK PERUBAHAN..
TAKBIR!!!!!
Reply
ezam sbnrnyer dia frust.. kawan dia semua dalam parlimen.. dia duk blkg pintu.. tu yg dia xtahan tu.. punya *** pegi ikut bn tue buat apa??.. kalo ari tue lawan kat shah alam.. da sah duk dalam parlimen.. kesian2..
Reply
alahai ezam….kalau aku jadi engkau tak hingin akau nak berkawan dengan makhluk perosak agama, bangsa dan negara…Dulu kau dah le teruk kena siksa, di hina dan dibuat bermacam-macam pekara yang mengaibkan kau tapi kini kau nak berbaik pulak dengan geng-geng jahat tu… Kalau aku mati hidup balik pun akau tak hingin….
Itu bukanya perjuangan namanya…wahai saudara ezam!!!
Reply