100 hari dalam mana jua pentadbiran Kerajaan pastinya singkat sekali. Namun prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim amat membanggakan.
Pertama, terbukti kini bahawa gabungan kompak KeADILan-PAS-DAP.
Kedua, ketetapan awal melarang pimpinan negeri membazir dengan peralatan pejabat dan kereta baru; menolak sebarang penglibatan pimpinan negeri dalam perniagaan; dan memastikan wakil rakyat mematuhi prinsip pertanggungjawaban.
Ketiga, sepertimana diungkapkan semalam di Stadium Shah Alam, Tan Sri Khalid mengumumkan langkah memacu pertumbuhan pesat seiring dengan program “merakyatkan” pembangunan. Semangat kepedulian ini terangkum dalam langkah pembekalan air percuma, program warga emas, bantuan pendidikan, penyelesaian sebahagian masalah di estet.
Maka dalam ucapan malam tadi saya nyatakan penghargaan kapada barisan pimpinan negeri dan parti sekutu kerana kejayaan awal. Kesempatan tersebut saya menfaatkan untuk mengulas isu kenaikan minyak keterlaluan dan membebankan rakyat.
Sewajarnyalah rakyat menuntut perubahan malah sukar dimengerti mengapa wakil rakyat Umno-BN terus bersekongkol dengan sistem rasuah dan membebankan rakyat. Berulangkali saya menyeru akan rakan-rakan Umno-BN segera menyeberang demi menyelamatkan negara Malaysia tercinta.
Saya dan Azizah akan menunaikan umrah inshaAllah. Kebetulan saya diundang menyampaikan pidato di Madinah al-Munawwarah dalam persidangan antarabangsa mengenai Global Knowledge pada Isnin pagi.
Azizah akan segera pulang dan saya akan kembali pada Selasa pagi.
ANWAR IBRAHIM
















kami nantikan pimpinan mu DSAI….kami doakan DSAI membela rakyat Malaysia yang kian hari kian di tindas….Saya yakin DSAI akan jadi PM….Takbir!!!
If as plan, there will be debates on Monday.
What will happen after the debate without you in the country?
:o)
Salam untuk pakatan Rakyat, saya berada diStadium malam tadi, cukup hebat dengan puluhan ribu
rakyat Selngor dari semua kaum yang hadir, sendikit teguran pada penyelaras himpunan
100 hari pemerintahan Selangor…..Kenapa tidak dijemput penceramah PKR atau DAP yang berketurunan India, saya lihat sana sini ramai kaum India datang tapi tiada wakil mereka yang
memberi semangat “MAKKAL SAKTHI” Lain kali diminta SEORANG wakil kaum India dijemput kesambutan yang sebegini. Mereka yang boleh dijemput diantaranya.
1.Gopalakrishnan
2.Silvarasah
3.Ahli Parlimen Kapar.
4.Isteri Adun yang di tahan di ISA.
Ramai lagi wakil kaum India boleh dijemput, David Arumugam dari Alleycat pun OK.
Pakatan Rakyaat mesti ingat yang kaum India banyak menolong PR menang diKerusi DUN dan Parlimen
Di Selangor, Perak Dan Kedah.
Assalamualaikum DSAI dan Isteri..
Selamat menunaikan umrah…….
DSAI
1. Minta dato buat press conference berkenaan pengakuan bersumpah Raja Petra tentang peglibatan Datin Rosmah dlm pembunuan Altantuya. Isu ni serius !!!
2. Press conference ini penting bagi pertimbangan MP BN untuk ‘crossover’ berdasarkan kes Rosmah ini. Maksudnya adakah MP BN masih bacul dan sokong Najib dan BN
3. No doubt biasanya press conference yg dato buat biasanya mmempuyai pengaruh besar dan kesan pada pihak yg berkenaan.
4. Desak Pak Lah dan KJ dedahkan laporan yg diterima dari pasukan perisik ATM (refer akuan bersumpah tersebut)
5. Minta juga penjelasan Mat Ezam berkenaan isu Rosmah ini….ha ha
selamat menunaikan ibadah umrah..
doakan malaysia selamat..
amin.
Saya adalah antara pengunjung yang tiba awal ke stadium shah alam semalam,pada awalnya pengunjung tidak seberapa ramai, namum lama kelamaan sehingga jam 10pm pengunjung yang hadir hampir memenuhi stadium cuma dibelakang skrin layar di kiri dan kanan stadium sahaja yang kurang memenuhi ruang duduk disitu.kami semua rasa terharu pengunjung yang datang terdiri dari berbilang bangsa, tanpa mengenal usia dari kecil anak sehingga yang tua(berusia),apa yang ingin saya sampaikan ialah tuan2 bayangkan para hadirin yang datang semua ingin melihat pemimpin yang mereka kasihi dan sayangi tanpa mengenal penat lelah dan persembahan artis popular ataupun makanan dan minimuan yang enak2,tetapi mereka datang dengan semangat,ingin melihat memimpin meraka, yang terdiri dari pelbagai bangsa dalam satu rumpun yang sama iaitu PAKATAN RAKYAT.Kami dapat rasakan semua pemimpin PR yang hadir pada malam itu adalah pemimpin yang sejati dan ‘pemimpin rakyat’.Disini saya ingin memberi sedikit teguran yang membina iaitu saya minta pihak penganjur agar memberi sedikit penekanan pada pembesar suara, ini kerana pengunjung yang duduk di bahagian kiri “Grand Stand” tidak dapat dengar dengar jelas ucapan yang diberikan oleh pemimpin PR kerana ia akan bergema dengan pantulan bunyi yang meraka ucapkan jadi ini memebuatkan pengunjung tidak dapat memahami dengan jelas apa yang ingin cuba meraka sampaikan,minta untuk penganjuran akan datang pihak penganjur ambil sedikit iktibar ini. terima kasih semua rakan-rakan PR semua.
HIDUP PAKATAN RAKYAT!! HIDUP PAKATAN RAKAYAT!!HIDUP PAKATAN RAKYAT!!
Kekanda DSAI,
Selamat menjadi tetamu Allah. Semoga pulang dengan kekuatan untuk terus membela rakyat, insyaAllah.
Bersama merakyatkan ekonomi.Saya mmg setuju 100% peratus dgn slogan tersebut
Tahniah pakatan rakyat.Buktikan kita memang boleh memerintah.
selamat ke tanah suci DS! doakan untuk kami semua di sini ya
All the best Dato Seri, God will bless you all the way !!
Tahniah,saudara menggalas beban besar dan amat berat untuk di pikul..amanah rakyat yang mengharapkan perubahan amat keras dan melampaui mana2 sempadan agama mau bangsa sekalipun..sukar bagi saya memahami bagaiman saudara dan sekutu pakatan mampu melupuskan BE END,tapi sedikit sebanyak harapan itu semakin kuat dan tuntas hari ke hari…semoga menunaikan umrah dengan tenang,khusyuk dan tawadhuk….teruskan mendepani suara kami semua!!!!ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!
malam tadi kat terengganu ezam bersumpah dgn nama Allah swt dan rasul akan all out halang anwar dpd jd pm atas prinsip islam. dia kata jangan cabar dia aibkan orang.hmmmmmm…
Datuk Seri,
Habis umrah balik cepat-cepat…. Abdulah bertambah gawat sekarang. Selepas SAPP umum untuk buat undi tidak percayanya, Najib pula dirundung duka nestapa, lantaran pernyataan bersumpah Raja Petra mengenai penglibatan Rosmah dalam kes Altantuya.
Hujung bulan ini mengikut lapuran Bernama, harga petrol akan naik lagi dari RM 2.70 kepada RM 3.15.
Barang keperluan yang sedang meningkat naik akan terus naik dan tidak tahu bila sudahnya. Hidup rakyat bertambah terhimpit sedangkan pendapatan tidak bertokok.
Bila perut lapar hati akan jadi panas…..
Jalan ke Putra Jaya makin cerah…
Dapat kuasa nanti, buat elok-elok Datuk Seri….saya boleh tumpang senyum…
Benar, 100 hari itu sangat singkat. Tetapi mogi dapat dijadikan pengajaran kepada (dahulu) Barisan Alternatif dan seterusnya Pakatan Rakysat supaya memikirkan masak2 mengenai apa yang di-propose dalam manifesto. memang lah namapak cantik untuk dibentangkan sebelum pilihanraya dan amat boleh memancing undi kerana perihal2 yang dijanjikan isu2 yang popular. Tetapi janganlah dilihat sebagai terlalu over nanti susak pula mahu di-enforce. MB Selangor sendiri memang mengakui manifesto mereka utnuk selangor sebagia “over-zealous”.
Assalamualaikum AYAH ANWAR…..
Tahniah diucapkan di atas pemerintahan 100 hari pemerintahan PAKATAN RAKYAT di 5 negeri terutamanya di SELANGOR yang sering dikacau oleh juak-juak UMNO.
Wow!!! Ayah Anwar dan Isteri akan menunaikan UMRAH di Mekah, Saya pun berharap Ayah Anwar memohon pertolongan daripada ALLAH di depan KA’ABAH agar diberi petunjuk dan hidayah dalam memeperjuangkan kebenaran dan kesucian ISLAM…….
Akhir kata, Tahniah dan semoga semuanya berjalan lancar……
sekian, terima kasih.
- Anakmu, Anak Reformasi.
Tahniah diucapkan atas langkah langkah positif yg diambil oleh kerajaan negeri Selangor. Kalau boleh langkah itu dipanjangkan kepada negeri lain dibawah Pakatan Rakyat
DS,
Tahniah kerana menampakkan sedikit kemajuan dalam strategi bagi PR untuk memerintah negara. Namun saya rasa DS haruslah lebih ‘forceful’ untuk memujuk 30 MP BN untuk sertai PR. Saya bimbang BN akan main kotor terhadap DS seperti mana Madey pekena
DS masa aura DS tengah tinggi 1998 dulu.
Saya berharap dapat bertemu dan berbincang dengan DS untuk memberikan ‘FORMULA
AJAIB ‘ bagi kerajaan baru nanti mendapatkan hasil tambahan RM 150 billion disamping
tips bagi mengurangkan jenayah secara drastik, mengurangkan harga petrol tanpa menaikkan subsidi, kurangkan harga beras tempatan, kurangkan harga susu anak, mengeksprot 70% kegunaan petrol tempatan disamping memberi ‘ 88 laws of attraction
for Prime Minister Anwar ‘. Harap dapat kiranya DS hubungi saya. Tak rugi DS berjumpa saya, saya ibarat Hang Nadim.
Dato Seri Anwar
Pertama tama saya dahulukan dengan doa keselamatan Dato Seri Dan Datin Seri Presiden dalam menjalankan tanggungjawab umrah diMekah.Semoga Allah peliharalah keselamatan Dato Seri dan Datin Seri Presiden serta keluarga dimana mana sahaja.Amin.
Ada bloggers UMNO yang menumpang dalam blog Dato seri di ini, kekadang mereka buat buat tidak tahu, mereka meminta PKR/PAS/DAP tunaikan janji dalam manifesto PTU12.
Barangkali memang mereka tidak tahu atau dihasut oleh pemimpin pemimpin mereka supaya menagih janji PRU ke12 kepada Keranajaan Negeri PR. ‘Janji manifesto kalau PR memegang tampuk Kerajaan Pusat’ maka barulah 100% janji tersebut ditunaikan. Kerajaan Negeri kuasanya cuma terhad.Kuasa menurun dan naikkan harga minyak adalah Kerajaan Pusat iaitu UMNO/BN.Bukan PR.
Ahli ahli UMNO dan kompenan BN kalau terasa harga minyak terus naik, akan mahal dan terus mahal, kenapa ahli ahli UMNO tidak fikir masak masak? Kenapa mesti harga runcit naik? Padahal sebarang kenaikkan harga minyak adalah menjadi keuntungan kepada Negara Malaysia. Sebab Negara Malaysia peng-export minyak keluar negara.
Jangan buat perbandingan dengan Negara Singapura, Thailand,Jepun, Korea, USA(US walaupun ada minyak tapi tidak cukup),Israel, England,German, France dan lain lain yang import minyak. Negara negara ini memang mahal, negara tersebul ikut kehendak global.Tapi bukan Malaysia,Brunei dan negara negara Arab dan Africa.
Negara Malaysia, Brunei, dan Negara Arab dan Africa, negara negara ini adalah pembekal.Bila harga minyak naik negara negara pembekal minyak untung besar.
Masalahnya kemana keuntungan negara Malaysia itu larinya? Wang keuntungan itu habis kerana buat ‘multi-media corridor’, habis kerana rasuah, habis kerana pesta
formula 1. habis kerana kos lawatan luar negara, habis kerana beli kapal terbang jet, kapal perang laut, habis buat jambatan bengkok.
Kalau YB.YB. UMNO sedar dan tertekan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi kamu dalam UNMO, apa lagi tunggu? Seberang jalan lahhh. Bukan lompat cuma seberang jalan jer.
Kalau YB.YB. UNMO tidak seberang jalan dari sekarang, rakyat yang undi YB.YB. UMNO pilihanraya ke12 dulu, mereka tidak akan undi YB.YB. lagi dalam PRU Ke13 sebab mereka tertekan dengan kenaikkan minyak petrol, pendek kata semua naik punya barang keperluan rakyat. Siapa akan undi YB.YB. UMNO kalau bukan rakyat kampung.
Kalau YB.YB.UMNO seberang jalan sekarang, harga minyak petrol turun, harga sara hidup rakyat kamu di kampung turut turun, rakyat tidak lagi tertekan, esok PRU Ke13 YB.YB. akan terus mewakili rakyat sekali lagi.
YB.YB. UMNO yang bukan Menteri buat apa pertahankan pemimpin kamu, mereka Menteri minyak petrol free, ada alaun besar besar, ada rumah besar besar, ada kereta besar besar free lagi tu, kamu YB.YB dapat apa? Habuk pun tarakkk.
Dato Seri Anwar Ibrahim adalah orangnya, pemimpin yang dicari oleh rakyat.
dalam tempoh 100 hari sepatutnya lebih banyak perkara dapat diselesaikan, tetapi banyak keluhan2 yang sudah mula didengari..pemimimpin PR kelihatan begitu hebat ketika berkata2, dan diharapkan hasil kerja mereka adalah sehebat itu juga..100 bukanlah tempoh yang begitu singkat..
Contoh-contoh tindakan yang diambil oleh kerajaan Selangor, dan juga aspirasi kerajaan Penang adalah bentuk pembangunan yang negara kita perlukan pada ketika ini.
Sumbangan yang mantap dan bermakna dari sektor awam (kerajaan) amat perlu untuk mengimbang dan melengkapkan/menggenapkan sumbangan dari sektor swasta (korporat), jikalau kebajikan rakyat dan alam sekitar (’environment’) sesebuah negara benar-benar diutamakan.
Ini sejajar dengan pemerhatian ekonomis masyhur Amerika iaitu John Kenneth Galbraith dan juga pemenang pingat Nobel, ekonomis Gunnar Myrdal dari Sweden.
Konsep yang saya kemukakan di atas adalah penting kerana sistem pasaran (’market’) mempunyai kelemahan, sesetengahnya serious, dan oleh itu dengan sendirinya, sistem pasaran tidak boleh memastikan pembangunan yang optimal atau kesejahteraan rakyat secara rata dan seimbang. Oleh itu, intervensi kerajaan yang pro-aktif dan humanis adalah kritikal.
Sistem seperti ini jelas dilihat di negara-negara Skandinavia (Sweden, Finland, Denmark), negara-negara yang mempunyai kedudukan HDI (Human Development Index) yang tinggi.
Pembangunan negara kita, terutamanya dalam 1980an dan 1990an lebih bertumpu sistem pasaran bebas (’free-market’) dan penswastaan yang meluas, dan seharusnya ini diimbangi intervensi awam, sama ada daripada kerajaan atau sektor NGO (’non-governmental organisations’) yang giat. Perkembangan sektor NGO ini masih ketinggalan, dan ianya harus disokong dan didorong dengan lebih aktif oleh inisiatif-inisiatif kerajaan. Ini kerana sektor NGO yang dinamik boleh memberi sokongan kepada kerajaan di mana jangkauan apparatus kerajaan tidak mencukupi.
Secara kesimpulannya, pendekatan Pakatan Rakyat dalam 100 hari yang pertama pentadbiran mereka kelihatan menjajarkan sistem ekonomi yang lebih humanis dan rakyat harus memberi dorongan dan sokongan penuh dalam ikhtiar ini.
Setuju Halik Zaman. Terus menulis!!
YB Ghafur Salleh pun pegi umrah, macam dah plan jer Datuk Seri, pujuklah mereka demi Malaysia Baru
Disebalik semua itu, rengekkan dan rayuan sebilangan pejuang masih jauh untuk didengari, ada keputusan-keputusan yang langsung tiada “politic mileage”, menjadi pejuang dan pendokong PKR hanya satu liabiliti pada kerajaan negeri. Ingat 90% boleh “shut down” kan the whole state dengan satu keputusan jahil Orang No1 Selangor, Ingatan ini dari dalam amat perlu perhatian.
Ini kita tahu hanya akan merosakkan apa yang kita perjuangkan selama 10tahun, cukup mereka derita, derita mereka tiada siapa yang mendengar, kecewa , kecewa mereka langsung sepi dari dilayani.
Memisahkan orang politik dalam pentadbiran negeri umpama memisahkan irama dan lagu, adakah mereka ini hanya akan diguna semula 5 tahun lagi kalau ginilah gayanya.
Bercakap pasal global, ekonomi, korporat dll, namun disebalik dapur sendiri pun tidak dapat diselesaikan, ekor terpalit masih bergelumang. Perlu diingat parti mesti seiring dengan pentadbiran kerajaan negeri. Jika mereka melihat luaran ya, tapi siapa yang tahu…hmmm engko piki laa sendiri…
sebenarnya selepas 100 hari, adalah semboyan perang baru bermula…lihat dan tunggu..
Assalamualaikum DS AI,
Tahniah atas pencapaian 100 hari kerajaan PR Selangor, kepada MB dan exco2 serta yg terlibat.
Saya lihat rakyat yang dtg ke Stadium Shah Alam semalam memanjang tersenyum. Nampak riak muka masing2 puas, mgkin kerana keputusan utk mengundi PR tempohari adalah tepat!
Dato’ Seri & isteri, selamat menunaikan umrah. Semoga diberkati dan dipelihara Allah
Ada masjid2 di Sepang buat sembahyang hajat di atas 100 hari pemerintahan kerajaan baru Selangor . Syabas… itulah caranya…
Tahniah DSAI dan parti2 dalam PR..!!
Selamat tunaikan umrah,semoga Allah rahmati perjuangan DSAI dlm membela nasib rakyat Malaysia
Tahniah kerajaan pimpinan Tan sri Khalid,MB Selangor..moga bertambah maju dan barakah
minta jauh Umno/BN dr Selangor forever
Salam,
Tahniah kepada rakyat Selangor.
Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
Selamat mengerjakan Umrah kepada Datok Seri Anwar dan isteri,
Saya mohon kepada seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan
YM Raja Petra atas keberaniannya membongkar kemungkaran.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2008/05/datuk-seri-apakah-ini-pendakwaan.html
Salam
Tahniah kepada rakyat Selangor. Kepada Dato’ Sri selamat mengerjakan umrah. Kita tunggu berita baik sebaik saja Dato’ Sri balik hari Selasa tu.
Harap sangat dapat tukar kerajaan dengan cepat tetapi bak bermain bola kita biarkanlah penjaga gol jaga gol dan scorrer tendang bola masuk gol.
Kami ikut jadual Dato’ Sri.
Yang penting Malaysia kita selamatkan.
Wassalam.
Salam Reformasi DSAI!
Saya ingin ucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat atas kecemerlangan 100 hari memerintah 5 negeri Pakatan!
Alangkah memalukan kepada kerajaan BN yang PR dapat lakukan lebih baik dari BN dalam 100 hari daripada BN dalam 50 tahun!
DSAI, cepatkan lagi kenaikkan DS ke putrajaya, hapuskan badawi yang angkuh itu!
Hidup PKR! Hidup DAP! Hidup PAS!
HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!
mcmmane nk tgk ucapan penuh pemimpin2 Pakatan semasa perhimpunan 100 hari tu…
Askum DSAI….
Smlm sya berkunjung ke stadium Shah Alam pergh mmg hebat. Semuanya pergi kesana dengan matlamat yang satu iaitu menentang kerajaan BN. Ape2 pun penat jugala berjalan sbb datang dari belakang stadium kalau bole tolongla sediakan pengawal bagi mengawal lalu lintas supaya lancar. Dah penat berjalan nasib baik ade roti dan mineral water percuma terima kasih.
kakanda DSAI
semoga menjadi Islam yang kaffah
dunia ini hanya sementara
dont forget:
fight for safe this world to safe all human
fight for malaysian
fight for palestine
fight for my family
pejuang partai keadilan sejahtera - indonesia
DSAI,
Serta DSWA Selamat menunaikan Umrah. Semoga memperolehi Umrah Mabrur.
Semoga dilindungi Allah dan Selamat kembali dengan kekuatan baru.
Kerajaan Selangor,
100 hari yang mengkagumkan. TSKI serta team teruskan usaha murni anda.
Tetapi; kejayaan fizikal hendaklah dimantapkan dengan program spiritual.
Semoga Pemerintah Selangor menimbangkan permintaan Pemuda PAS Selangor
dan seluruh umat Islam yang cintakan kemurniaan akhlak Islam. Batalkan
saja konsert yang melalaikan.
Ella dan Mas Idaya boleh mendorong remaja dan orang tua Melayu ke arah
keruntuhan akhlak. Bukan masa untuk berhibur yang keterlaluan. Terlalu
ramai rakyat yang menderita sebab kenaikan harga minyak dan barang harian.
DS,
seronok betul sy dpt pi mlm td, ramai sungguh yg datang, apatah lagi ini kali pertama sy dpt dengar ucapan live DS & lain2, walaupun hanya dr skrin besar & jauh di seberang padang tp ucapan DS lah yg rakyat nantikan. apa pun, semoga DS suami isteri selamat pergi & balik dr umrah, jgn lupe doa di sana nanti moga hati2 YB Bee End dibukakan Allah utk bersama DS, 28 tu tak byk mana pun jika diizinkan tuhan, InsyaAllah..wassalam..
Hidup PR!!
salam DS,
sy antara ribuan yg dtg ke stadium mlm td, seronok sgt sbb 1st time dpt dengar ucapan DS live, walaupun hanya dr skrin, yg dtg pun bukan saja melayu, cina & india pun ada menunjukkan PR semakin diterima semua kaum, harapan sy semoga apa jua perancangan kerajaan selangor utk rakyat yg mendatang dipermudahkan Allah, insyaAllah..apa pun, semoga DS selamat pergi & balik dr umrah, jgn lupe doa dpn kaabah moga YB2 Bee End terbuka utk menyertai PR, 28 tu tak byk mana pun jika diizinkan Allah..wassalam..
HIDUP PR!!
Salam DSAI,
Selamat menunaikan umrah. Semoga pulang dgn selamat jua dan dibekalkan Tuhan dgn keazaman dan ketabahan yang lebih lagi. Pelik ye, di sana sini seluruh dunia tak putus2 mengundang DS menyampaikan ceramah dan pidato, tapi di M’sia ni masih ada lagi rakyat yang menolak PR dan kepimpinan DS. Saya terlepas menonton rancangan Hujah Selasa lepas tapi dapat catch-up di Youtube. Amat ketaranya kualiti hujah yg disampaikan oleh YB Mahfuz dan Aziz (BN) dr Sri Gading. Hampir semua komen video tersebut menyebelahi Mahfuz. Si Aziz tu dahlah cakap tergagap2, merapu je banyak, tak prepare langsung, no facts at all. Memanng teruklah dibelasah Mahfuz, kalau dlm boxing org kata ‘knock-out’ terus!
smlm ana dtg jgk ke stadium..dan ana bru dpt tahu dr org dlm petronas bahwa antara sebab peteronas sruh boikot shell,caltex dll krn bergred b..tp tahukah kalian petrol yg kita guna hari ini d petronas lbh teruk krn gred c….walaupun mnyk kita asalnya gred a…tp utk kurangkan kos pemprosesan mnyk,semata2 kaut keuntungan yg lbh berbilion2 banyak…adakah ni datuk seri tahu??manakala mnyak gred a dijual keluar ngara..
Aslmkm DSAI dan TSKI,
Sy ucapkan tahniah d atas kjayaan Kjaan Sgor iaitu bayi berusia baru 3 bulan lebih tetapi mampu menandingi org dewasa y bnama BN berusia 50 tahun lebih dgn mberikan air pcuma dan kemudahan2 lain.
Ramai benar y mgahadiri majlis kira2 dlm 70% stadium penuh.kesian sy melihat anak2 kecik tidur d atas bangku bsama adik nya berjuang dan bkorban bsama ibu bapa mereka utk menuntut keadilan.
Sudah tenu agenda Sgor Baru ingin mgelakkan pbaziran.Oleh itu adalah penting pgurusan pelbagai sumber y ada.Di dalam meraikan majlis bkenaan sy ingin mberikan komen berikut;
1) Risalah berterabur-di sini sy lihat begitu banyak risalah berbundle2 tbiar dan disepak2 oleh pgunjung tanpa kawalan urusetia.tidakkah ini satu pbaziran wang rakyat? seharus ia disetempatkan di pintu masuk di mana setiap pgunjung diberikan 1 set risalah dan juga 1 set makanan percuma (mmg free pun mlm tu…roti, muffin air mineral). apa y sy lihat pihak urusetia x mjalankan tugas y d amanahkan.mereka lebih ramai d ats padang!
2) Notis/makluman aturcara majlis- sy harap apa2 majlis PR di masa akan dtg dpt d lampir dlm web PKR dan PAS juga DAP.Ini memudahkan ibu bapa mguruskan anak2 mereka.Sbg contoh majlis mula pd 915mlm tp pgunjung sudah tiba seawal 7mlm.kesian melihat anak2 mereka malah bayi pun ada.
wslm dari sy
integra9137@yahoo.co.uk
DSAI,
Kenapa kebelankangan ini kerap sangat nama pemimpin PR yang besar apabila diwar2kan dtg utuk ceramah tapi bila harijadinya tak datang pulak???
Di Pulau Pinang x silap sya TGHA patut dtg tapi akhirnya Mat Sabu yg ganti??
Di Shah ALam saya dengar ramai juga MB2 Pakatan x hadir,, TGNA pun x datnag malam tu?
Jgn la begini bila kita dah war2kan kat rakyat Pemimpin tertentu nak datang pastikan betul jadual masing2 tak bertindan dgn aktiviti lain2..
Kecewa rakyat camni..Klau kata Pemimpin A akan hadir..kena pastikan benar2 bole hadir..kesian org ramai dtg jauh22 akhirnya Pemimpin x hadir..saya pernah kena dah sekali..tapi sebab kita sayang PAKATAN kiat tunggu gak sampai ceramah habis walaupun hati kecewa..Kita faham pemimpin2 sibukk..tapi jgn lupa rakayt pun sibuk juga dgn hal masing22 tapi masih ada yg sanggup datang dan balik lewat..Minatk sangat DS nasihatkan Jawatankuasa penganjur utk pastikan Jemputan yg dijemput memang bole hadir..kalu x ble hadir JGN JEMPUT…
WASALAM
Apa kisahnya sebenar?
Pemimpin utama, ramai takde!
Satu lagi, selepas kita menang besar rakyat dah tak mau lagi dengar ucapan pemimpin je.
Mereka mau ‘two way’ route; boleh soal-jawab dengan pemimpin.
Banyak yang nak tau… dan yang terkilan juga.
Bukan senang nak memerintah.
Sokongan Cadangan IKAN LEPU sudah tiba masanya ceramah dan forum diadakn sekali..
Rakyat nak bertanya byk soalan on the Spot.. kenapa x ble wat pulak..masa Pemimpin adalah hak Rakyat!! Bagi masa 20 minit ke satu jam rakyat nak berdialog selepas ceramah..barulah benar2 pemimpin berjiwa rakyak dan kerajaan rakyat oleh rakyat!
TS Khalid setakat ni okey.
Masalahnya, golongan muda PKR yang tidak tau sejarah. Ada yang ghairah tak menentu, sebab kemenangan datang berjelepuk. Ada yang baru ‘dua’ hari berjuang dah jadi wakil rakyat; dah jadi orang kuat.
Ada yang jadi kaduk naik junjung pun. Ada yang turut jadi jelatang.
Mereka ni lupakan siapa yang ‘melendat lalang’ di peringkat bawah. Mereka tak tau peranan PAS di peringkat akar umbi sejak lama….
Sikap begini amat berbahaya.
Usah jadi macam Pak Kadok, sedangkan kamu hanya memakai ‘baju kertas’. Lompat tu jangan terlalu tinggi kelak baju tu koyak dan topi kepik dek terandas ke siling!
Pendokong PAS punya semangat juang yang tinggi. Mereka sedia berdiri sendiri, sedia mengalami kekalahan waima tinggal satu kerusi demi agama Tuhan yang suci.
Orang PAS masih ingat, bagaimana PKR menuntut sekian banyak kerusi untuk orang-orang PKR yang masih ‘hijau’ dalam politik. Usah dilupa, PAS banyak mengalah. Dan apabila rakyat beralih arah dalam PRU12, bukan bererti PAS tiada sokongan apabila kerusi mereka berkurang di Selangor dan Perak.
Mereka dikepung oleh sang oportunis.
So, jangan ada pihak yang berasakan bahawa mereka sudah terlalu besar sehingga, bukan saja tak boleh ditegur, tetapi bertindak sendiri dan cuba mengenepikan peranan/hak orang lain.
Ingat, Anwar Ibrahim belum jadi PM lagi! Kita baru ada sedikit cahaya di hujung terowong. Perjalanan masih jauh dan jangan lupa… penuh ranjaunya.
Perlu diingat, PAS adalah pengimbang dalam senario politik negara dan punya ‘open card’. Joker pun ada. Jadi, jika mengikut konsep ‘cepua’ PAS boleh saja memilih mudarat mana yang paling kecil dalam memilih teman seketiduran?
PAS boleh saja memilih UMNO untuk jadi rakan kongsi sekiranya UMNO sedia berubah sikap. Itupun sekiranya PAS terus diasak di setiap sudut oleh DAP dan PKR. Atau PAS dipandang sepi bagaikan seorang anak tiri!
Perlu diingat, gagasan PAS berkait rapat dengan keredaan Ilahi; bukan mengharapkan pengiktirafan manusia. PAS mencari ganjaran kebahagiaan, bukan imbuhan keduniaan.
So, EXCO Yaakop Sapari! Sila berlaku adil dalam pembahagian peruntukan. PAS paling banyak aktiviti khidmat masyarakatnya dan ‘versatile’ dalam hubungan dengan rakyat. Usah dinafikan atau cuba memandang sebelah mata.
p/s Pada ikanlepu, report card sdra belum ada kemajuannya lagi. Sdra tidak ada ‘think-tank group. Master-plan perancangan takde, akhirnya kerja jadi susah. Keutamaan dalam tindakan jadi tidak jelas. Berserabut.
sepanjang pemerintahan PR, banyak perkara yang merisaukan saya..
penduduk di kawasan sekitar saya di bangi semua bising pasal kebersihan, longkang yang tersumbat,sampah yang tak dikutip, rumput tepi jalan yang tak di potong.. ntahla.. riso..
harapnyer keadaan akan pulih nanti..
lalang kat tepi jalan dah tinggi sampai lutut…
Assamualaikum DSAI
Selamat menjalankan ibadat umrah
Beberapa soalan untuk datuk
1. Bagaimana menangani kerena Ezam?
2. Apa dah jadi (Agenda daily) 100 hari pakatan rakyat, tiada menteri besar PAS hadir
harap dapat dijelaskan kepada rakyat
3. Bagaimana menangani isu konsert Ella dan Mas Idayu?
Bukan apa-apa datuk untuk mengelakkan kekeriuan dan bimbang ada musuh ambil kesempatan.
Wassalam
ASSALAMUALAIKUM DSAI,
I CERTAINLY DO AGREE WITH SOME OF OUR BROTHERS IN THEIR RESPECTIVE COMMENTS THAT AN URGENT PRESS CONFERENCE BE CALLED BY YOUR GOODSELF TO HIGHLIGHT BROTHER RPK’S CASE WHICH IMPLICATES ELEMENTS LINKED TO THE REGIME TO THE MURDER OF THE MONGOLIAN BEAUTY..
LOOKING AT THE SERIOUSNESS OF THESE ALLEGATIONS, IF IT COULD BE WISELY CAPITALIZED UPON, IT WOULD CERTAINLY WIN OVER THOSE AMONGST THE RAKYAT AS WELL AS THEIR REPRESENTATIVES WHICH ARE STILL DESPERATELY HOPPING FOR ANY POSITIVE CHANGE TO HAPPEN FROM WHITHIN THE INCUBENT REGIME, AND THAT WOULD INSHA’ALLAH HASTEN ITS DOWNFALL FOR GOOD FOR ONCE AND FOR ALL.
MOVING ON, YOUR PLANS TO PERFORM AN ‘UMRAH’ AT THIS CRITICAL TIME WOULD BE A VERY WISE DECISION, AS ALL OF US HERE ARE OFFERING OUR SINCERE ‘DOA’ TO THE ALMIGHTY TO GIVE YOU HIS BLESSINGS IN YOUR STRUGGLE AND TO FURTHER GUIDE YOU TO WHAT EVER IS BEST FOR THE RELIGION, COUNTRY AND RAKYAT..
WE DO TRUST THAT YOU WILL ALSO TAKE THE OPPORTUNITY OF BEING IN THE HOLY LAND TO WORK CLOSELY WITH THE RELIGIOUS FIGURES OVER THERE BY ASKING THEM FOR THEIR ‘DOA’ AND GUIDANCE AND MAYBE TO GATHER OUR BROTHERS IN THE HOLY LAND TO PERFORM ‘SOLAT HAJAT’ WITH YOU DURING YOUR VISIT. WE SHOULD ALWAYS BE AWARE THAT EVEN THOUGH THEY MAY NOT HAVE THE ECONOMIC CUM POLITICAL LEVERAGE TO HELP YOU IN YOUR STRUGGLE, BUT BELIEVE ME OR NOT, A SINCERE PRAYER FROM THEM WOULD BE JUST ENOUGH TO BRING THE WHOLE WORLD UNDER YOUR FEET AS HISTORY WILL TELL YOU.
WASSALAMUALAIKUM.
DSAI dikala PR bangga dengan peerintahan 100 har tingkahlaku YB dari PR perlu dijaga. Etika dan perilaku terhadap dewan dan raja2 perlu dipelihara. Ketika ini isu sesuatu kaum tak perlu nak jadi wira kerana semua rakyat ketika ini dalam kesusahan oleh itu tingkahlaku DAP amatlah dikesali kerana lebih mementingkan gaya sendiri dari permuafakatan. PAS pula banyak main playsafe dalam politik seolah2 hilang taring dalam politik. Hairan saya.
DSAI, You had slowly becoming my IDOL. I strongly believe you will be a much more better PM then BADAWI or NAJIB. It will be insteresting to see you elected as an Parliment MP to start debating in Parliment. Finally I hope you will convince PAS not to spoil the Pakatan RAKYAT spirit. There are now focusing on wrong issue such as protesting the Concert instead of the oil increase issue. You are MALAYSIA saviour. Please come to save us now before the country become an AFRICA nation member.
apa dah jadi ngan pakatan rakyat piket sana piket sini pasal harga minyak. salah satu daripada Menifesto pkr kan dah menyatakan kalau menang harga minyak akan diturunkan. habis tu di Selangor dan negeri2 bersekutu dengannya dah menang kenapa tak turunkan harga minyak. Kalau betul nak bela nasib rakyat cuba turunkan harga minyak dinegeri2 yang diperintah.Caranya senang aje seperti nak pancing undi, kerajaan negeri yang diperintah oleh parti pakatan rakyat bayar subsidi kepada pengusaha2 stesyen minyak barulah betul menifesto tu, tak membeban rakyat. saya cabar jangan cakap dan janji aje dan jangan bagi alasan.boring lah tengok piket sana piket sini.Dahlah menang diselangor berpiket pulak tu. Jangan buat kerja *** tanya pemimpin kerajaan negeri mana janji nak turunkan minyak rakyat diselangor terasa beban bayarlah subsidi pada pengusaha stesyen minyak di selangor ringan sikit beban rakyat selangor. Lagi satu tol bila nak hapuskan tol dari selangor ke kedah? tunggu sebelum pilihan raya akan datang ke? Tengok macam terengganu dulu menang terus hapuskan tol.ni…. bila lagi da…cakap semua orang boleh janji, janji orang politik macam ni leeee ada je alasan nanti bila dah berkuasa.
100 hari pakatan rakyat memerintah,byk perubahan positif berlaku..
100 hari bn memerintah,byk kenaikan berlaku..
ape nk jdi..
krjaan bn suruh rakyat berjimat..
sedangkan diorg muntahkedarah..
kami xsabar dsai memerintah negara..
semoga ALLAH memakbulkan doa rakyat..
TAKBIR…..
Semoga Allah memberi kejayaan kepada DSAI yang amat disayangi dan juga kepada pemimpin-pemimpin pakatan.
Semenjak kemorosotan BN pada pilihanraya lepas, mereka telah mulai berkempen melalui media massa mereka iaitu melalui surat khabar dan TV. Target mereka ialah pilihanraya DUN di Sarawak pada selewatlewatnya tahun 2010. Bila kah lagi Pakatan Rakyat nak bertindak? Pakatan Rakyat ada 5 orang YAB MB dan KM ;- bila lagi mereka nak buat kunjungan ke Sarawak dan buktikan kejayaan PR? Kalau nak scout calon2 yang berkeliber biarlah dapatkan mereka yang benar2 layak dan saya rasa ramai yang berkerja di Semenanjung yang boleh di cungkil sebagai calon yang berjiwa rakyat dan dan menjadi pemimpin masa depan Sarawak. Kami di Sarawak berdoa semuga Pakatan Rakyat berjaya untuk menubuh kerajaan yang baru dan yang akan sentiasa berjuang untuk rakyat.