17
Jun
08

Anwar Dapat Lampu Hijau Cabar Kesahihan Pemecatannya

PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) — Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memberikan lampu hijau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar kesahihan dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu, oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Panel tiga anggota itu yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara membenarkan Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang oleh Tun Dr Mahathir.

Berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang — sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan, dan sama ada Tun Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

Mahkamah akan memutuskan, pertama sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam Kabinet Malaysia dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyak hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya;

Dan kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Tun Dr Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut.

Mahkamah masih belum menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan Anwar itu dan beliau diperintah untuk memfailkan rekod rayuan dalam jangka masa 14 hari.

Bersidang bersama Malanjum ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamad.

Pada 23 Dis 1998, Mahkamh Tinggi menolak saman Anwar terhadap Tun Dr Mahathir dan kerajaan, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah mengisytiharkan keputusan Tun Dr Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 Sept 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal. Anwar menegaskan bahawa pembatalan pelantikannya patut dilakukan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat perdana menteri dan pembatalannya tidak boleh dikuatkuasakan oleh perdana menteri tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Rayuan mengesahkan bahawa pemecatan Anwar daripada jawatan Kabinet dilakukan mengikut undang-undang oleh Tun Dr Mahathir memandangkan kuasa untuk melantik dan memecat menteri terletak pada perdana menteri.

Anwar diwakili peguam Karpal Singh, Ram Karpal Singh, S.N.Nair dan Nicholas Netto. Beliau tidak hadir di mahkamah.

Terdahulu Karpal Singah berhujah bahawa Tun Dr Mahathir merupakan orang yang membuat keputusan untuk memecat Anwar daripada jawatan Kabinet dan menggugurkan beliau berkuat kuasa pukul 5.30 petang 2 Sept 1998 tanpa sebarang penunjuk bahawa Yang di-Pertuan Agong telah dinasihati beliau sebelum beliau (Tun Dr Mahathir) menyediakan dan menyerahkan surat pemecatan kepada Anwar.

Karpal Singh berkata Anwar, yang merupakan pemohon terhadap rayuan itu, bersetuju untuk tidak memohon mendapatkan kembali jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kerana perkara itu adalah akademik.

Sebaliknya Anwar mahu mahkamah menganugerahkannya ganti rugi.

Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi yang mewakili Tun Dr Mahathir dan kerajaan, membantah permohonan kebenaran itu dengan berkata perkara itu telah menjadi sesuatu yang akademik.

– BERNAMA


30 Responses to “Anwar Dapat Lampu Hijau Cabar Kesahihan Pemecatannya”


  1. 1 SUMPIT_MELAKA Jun 17th, 2008 at 12:37 pm

    Assalamualaikum Ayah,

    Tahniah kerana berani mencabar Mahathir. Kebenaran pasti menyebelahi orang yang teraniaya. Saya doakan ayah berjaya dalam perbiacaraan tersebut.

    Ayah bila nak turun melaka lagi? Ayah kena rajin-rajin serang bahagian selatan pulak. Bahagian Utara PAkatan rakyat dah kira kuat. Saya yakin kalau Dato Seri selalu melawat sebelah selatan…Pakatan Rakyat kawasan selatan akan kuat. Datang melaka jangan lupa email saya. Nanti saya belanja asam pedas melaka. Hehe.
    Hidup Dato Seri Anwar Ibrahim!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Hidup Pakatan Rakyat!!!!!!!!!!!!!!!!!

  2. 2 MA azahari Jun 17th, 2008 at 12:51 pm

    kezaliman wajib dibetulkan agar para pejuang kebenaran dan keadilan sntiasa lahir demi merialisasikan kewajipan sebagai khalifah Allah dibumi yang pendek usia manusia disini.
    itulah tugas para rasul nabi shuhadaa’ dan mereka yang abrar.

  3. 3 Anak Reformasi Jun 17th, 2008 at 1:25 pm

    ASSALAMUALAIKUM…..

    Ayah Anwar, saya dapat berita EZAM sedang membodek PAKLAH menyatakan dia akan menjadi CALON untuk bertanding di kawasan PILIHANRAYA KECIL DSAI nanti….

    Apa2pun, takperlah, bukan sekali ini orang menentang kita, semenjak dahulu lagi orang menentang DSAI dan MAHATHIR yang lebih garang taringnya dah menentang semenjak sekian lama dengan tuduhan2 palsunya…..

    Saya sekadar ingin menasihati DSAI agar menghadapinya dengan penuh professional dan cool, InsyaALLAH, ALLAH akan pelihara orang yang beriman dan beramal soleh dan tidak munafik…..

    teringat kata2 EZAM…. “TUNJUKKAN KEPADA SAYA ORANG YANG MASUK UMNO ITU IKHLAS”

    akhir kata, selamat berjuang PERWIRAKU.

    sekian, terima kasih.

    -Anakmu, Anak Reformasi.

  4. 4 nikman Jun 17th, 2008 at 1:32 pm

    SYABAS

    KEBENARAN DAN KEADILAN ADALAH HAKIKI.

  5. 5 WRD1 Jun 17th, 2008 at 2:06 pm

    inilah saat2 yang saya nantikan semenjak dulu… masa dato sri dibuang dari kerajaan… saya sentiasa menyokong dato sri…

  6. 6 shana Jun 17th, 2008 at 2:37 pm

    Salam…
    Tahniah DSAI…kerana dapat lampu hijau utk cabar pemcatan tersebut…
    Semoga Allah swt bagi petunjuk, kebenaran pasti terbukti. Dr M, SATU KETIKA DAHULU PEMIMPIN TERULUNG, BERJIWA MELAYU tapi sayang dalam kehebatannya jadi Pemimpin dia melakukan 2 kesilapan besar; 1) Memecat DSAI 2) Melantik Pak Lah lembap jadi PM
    akibatnya…..lihatlah apa yang berlaku sekarang..dia setengah mati kutuk Pak Lah tapi dia lupa dia yang lantik Pak Lah..tak ke bodoh namanya..

  7. 7 BCH Jun 17th, 2008 at 3:13 pm

    hangpa semua ada tak datuk or nenek yang umur meningkat 80 tahun ….? bila umoq dah lanjut ni, perangai tukaq lagu baby. DrM tu umoq dah lanjut….. biaq pi jangan nak dok layan sangat.

  8. 8 sdean Jun 17th, 2008 at 3:52 pm

    Askum Dato Seri,
    saya dah tak sabar nak tengok Dato seri menjadi PM. jangan lambat-lambat nanti orang akan jem menunggu. Saya la ninak tengo perubahan. Dah meluat dengan karenah depa nak bela Melayu. asyik cakap sahaja tapi tak ada apa.Oleh lekas-lekas la Dato Seri pi dok dekat Putrajaya.Saya takut nanti lagi lambat lagi banyak damage akan berlaku, minyak naik, susu tepung anak saya pun naik.kalau lambat lagi macam-macam akan naik termasuk darah saya pun akan naik.So saya doakan hasrat murni Dato Seri untuk membela kami yang lemah ini akan tercapai dan saya akan dapat menatap potret DSAIsebagai PM pula.

  9. 9 Muslim Jun 17th, 2008 at 5:14 pm

    Assalamualaikum..
    tahniah Dato’ seri..
    akhirnya kebenaran semakin hampir menyebelahi dato’..

    cume saye menyokong pendapat mufti perlis
    yg meminta dato’, paklah, Tun dan tuan guru nik aziz duduk semeja utk kembali mengangkat martabat islam….

  10. 10 Lara Croft Jun 17th, 2008 at 6:38 pm

    Salam Dato Seri,

    Sy bersyukur sngat2 pada Allah S.W.T. Semoga Dato Seri sentiasa diberi kekuatan dan perlindungan daripaNya. Sy kagum dengan semangat Dato Seri sekeluarga. Teruskan perjuangan untuk kami rakyat Malaysia. Sy sentiasa berdoa agar Dato Seri akan menjadi PM akan datang InsyaAllah.

  11. 11 Katokpise Jun 17th, 2008 at 7:52 pm

    Akum DSAI,

    Subhanallah! Agaknya inilah yang dikatakan hukum karma! Kebenaran akan ditunjukkan di atas dunia juga kepada mereka yang mempercayai kebesaranNya. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas dengan keaiban. Ingatlah hidup kita ni akan ada dunia lain selepas kita meninggal dunia. Jadi buatlah kebaikan agar kita dibalas dengan kebaikan di akhirat nanti. Kepada DSAI renung2kanlah kisah lampau dan bersyukurlah Allah masih sayangkan DSAI dengan limpah dan kurniaNya hari ini. Jagalah tanggungjawab DSAI kepada bangsa dan agama. Kami sebagai pejuang akan tetap bersama DSAI selagi DSAI tidak mengkhianati bangsa dan agama. Kami ingin mengecapi nikmat kemajuan Negara bersama bangsa lain yang telahpun maju kehadapan. Biarlah kami boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama bangsa yang lain. Biarlah kami tidak malu mengaku kami bangsa melayu bumiputera di bumi kami sendiri kerana anak bangsa kami sudah maju.

    p/s saya ada pengalaman ditertawakan oleh usahawan korea kerana saya seorang bumiputera melayu kerana katanya orang melayu malas sebab itu tidak boleh maju!

  12. 12 Lohan Ranau Jun 17th, 2008 at 8:06 pm

    bapa repomasi,
    kami di Sabah khususnya dari Lhoan,Ranau sentiasa menyokong perjuangan mu..semoga hasrat bapa utk melihat sebuah negara yg telus bebas koropsi tercapai…rajin rajin dtg ke pedalaman sabah..
    Jangan undur terus berjuang utk keadilan…

  13. 13 nash Jun 17th, 2008 at 9:48 pm

    YBhg DSAI,
    Saya sentiasa mengikut perkembangan DSAI dari dulu hingga kini.. apa yang ingin saya minta dari DSAI, cepat2lah amik alih PM dari paklah lembab itu..bukan apa..selagi kita lmbat, musuh kita dari UMNO sedang mencuba untuk menidakkan dengan melabur duit di sabah dan sarawak agar mereka tidak menyertai pakatan rakyat dan mcm2 lagi usaha mereka..so cepat2 amik alih rakyat akan selamat selamanya.. Hidup pakatan rakyat…Allah sentiasa menyebelahi org yang membuat kebaikan…

  14. 14 Zaimi Jun 17th, 2008 at 11:52 pm

    Assalamu’alaikum wbrt,

    Saudaraku yang dimuliakan,

    Kami sedang menunggu kedatanganmu sebagai seorang ‘Mujaddid’. Mengembalikan yang HAQ dan mencegah yang BATIL. Jadikan PKR sebagai jantung utama pentadbiranmu, PAS sebagai akal utama pentadbiranmu, DAP dan rakan-rakan sebagai jentera utama pentadbiranmu.

    Memang sunnah hambaNya berjuang, jalan yang dilalui oleh para Rasul, sahabat dan ulama tulen [dahulu dan kini] penuh dengan cubaan dan ranjau yang amat dirasai kemanisannya

    Semoga negara Islam sedunia khususnya Malaysia ditadbir dan dipimpin oleh insan yang soleh dan sangat takutkan Tuhan… Amiiin.

  15. 15 Zaimi Jun 18th, 2008 at 12:01 am

    Betapa dirindui kemanisan di bawah payung Khalifah, Sunnah dihidupkan, bid’ah malap pudar, HAQ disanjungkan, BATIL diinjak-injak, Keampunan dan rahmat Tuhan bercucuran bagai air di kali, setiap rintihan didengari, karenah disantuni, warga tua, wanita dan anak-anak dibela serta disayangi, kepelbagaian kaum dimanfaakan…

  16. 16 musuh KOLEQ Jun 18th, 2008 at 2:28 am

    salam DSAI…BOIKOT PETRONAS

    sekali lagi saya nak meluahkan rasa BENCI saya pada org BN umno ..

    kita beriya2 protes minyak naik..
    nak pegi protes naik kereta..
    isi minyak di stesen petronas..
    duit PETRONAS, ORANG BN masuk dalam poket ..
    bantuan pulak x sampai kepada rakyat..
    PETRONAS mendengar nasihat dari org UMNO murtad..
    BENDAHARI pulak org BN-UMNO KEPARAT..
    menjadi mangsa rakyat sejagat..
    macam mana ni kita nak selamat??
    hanya berharap kepada PAKATAN RAKYAT..
    KITA MESTI BOIKOT PETRONAS..

  17. 17 pekasa rakyat Jun 18th, 2008 at 10:57 am

    Saya menyokong penuh kepimpiman Dato’seri Anwar Ibrahim sebagai bakal PM Malaysia Ke-6.Teruskan niat mu murni seorang perjuang bangsa yang ulung.

  18. 18 ABDUL RAZAK Jun 18th, 2008 at 12:36 pm

    ASALAMUALAIKUM KEPADA YG BERHORMAT DATUK SRI BERSYUKUR KITA KEPADA ALLAH SUBHANAHUWATAALA KERANA LIMPAH KURNIA NYA PARTI KEADILAN DAPAT MENEBUS MALU DARIPADA ORANG YG MENYOKONG BN SELAMA DATUK SRI BERADA DIDALAM TAHANAN; SAYA MENUNGGU HAMPIR SEKIAN LAMA PARTI KEADILAN DAPAT MEMERINTAH NEGARA MALAYSIA BUKTIKAN KEPADA RAKYAT BAHAWA DATUK SRI DAPAT MEMINPIN RAKYAT MALAYSIA. MINYAK SEKARANG SUDAH BEGITU TINGGI KAMI HANYA PEKERJA KILANG MAKAN BASIC JE HARGA SEMUA MELAMBUNG MACAM MANA KAMI NAK MAKAN GAJI KILANG BUKANNYA BANYAK; NAK DAPAT SERIBU PUN SUSAH OT TAK ADA MAKAN BASIC JER LA BERAPA BANYAK KILANG KAT MALAYSIA BERPULUH RIBU PERKEJA KILANG TAK CUKUP MAKAN TETAPI NAK TERUSKAN KEHIDUPAN SEHARIAN TERPAKSA KAMI TANGGUNG KEGUNAAN SEHARIAN; KALAU YANG DAH BERUMAH TANGGA MACAM MANA KEADAAN FIKIRKANLAH2. SAYA BERHARAP DATUK SRI DAPAT MEMIMPIN RAKYAT DENGAN LEBIH BAIK DAN LEBIH BERTOLERANSI DENGAN RAKYAT ,DARIPADA APA YANG ADA SEKARANG. SEKIAN TERIMA KASIH

  19. 19 Jazlan Jun 18th, 2008 at 1:16 pm

    Tahniah Dato’ Seri
    LAWAN TETAP LAWAN

  20. 20 hindraf geng Jun 18th, 2008 at 3:20 pm

    jgn bg peluang untuk najib naik…kita tegak kan keadilan…

  21. 21 wiraanwar Jun 18th, 2008 at 7:23 pm

    saya terdengar ade khabar angin DSAI akan jadi PM melalui UMNO..saya harap jgnlah perkara ini terjadi kerana rakyat tidak mahu PISANG BERBUAH DUA KALI…

  22. 22 toljelapang Jun 19th, 2008 at 2:42 am

    APA LA WRAANWAR APE APE KO NI PERCAYA JE APA ORANG AUTA KO …
    PUNYA KUKUH ANWAR DENGAN PAKATAN , APA CERITA NAK KE UMNO …
    YANG ANWAR SELALU SEBUT AJAK ORANG UMNO JOIN KITE …
    YANG KUT KUT MUNGKIN ANWAR NAK GABUNG UMNO SKALI DALAM PAKATAN BUKAN SEBAGAI KEPALA
    TAPI PARTI YANG KECIL DALAM PAKATAN YANG DAH DIBERSIHKAN , TU MUNGKIN EZAM GO UMNO FOR THAT JOB YANG TU ADA KEMUNGKINAN TAPI APA PUN TOK SAH PIKIR UMNO TU LAGI …
    PIKIR PENUBUHAN KERAJAAN PAKATAN … SAMADA LOMPATAN ATAU PILIHANRAYA SKALI LAGI .. !!!
    PIKIRAN YANG LAIN LAIN KARUT ……………

  23. 23 MnS Jun 19th, 2008 at 5:37 pm

    Tahniah DSAI

  24. 24 Anjun Andiff Jun 20th, 2008 at 1:12 am

    saya tetap memastikan doa kepada kedua ibubapa dan keluarga serta Datuk Sri dan keluarga sentiasa dilindungi Allah S.N.W setiap kali saya menunaikan kewajipan sebagai insan muslim..Insyallah. Sesuatu yang amat membahagiakan sekaligus bisa menzahirkan ketenangan adalah apabila kita mendoakan kesejahteraan kepada orang yang kita sayangi dan hormati.Amin….

  25. 25 ANI KUDAT SABAH Jun 20th, 2008 at 5:07 pm

    ASSKUM DATUK SRI BUAT LAH YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT PASTI RAKYAT SOKONG’ MACAM KAMI DI SABAH TIADA KILANG SEMUA KENA KE SEMENANJUNG BARU BOLEH KERJA KAMI ANAK NELAYAN SAHAJA PENDAPATAN TAK MENENTU’ HARGA BARANG MENINGKAT.
    SEKIAN TERIMA KASIH

  26. 26 ANAK MELAYU JOHOR Jun 23rd, 2008 at 2:53 am

    KAMI HARAP SDR/SDRI AMBIL PERHATIAN:

    PADA TAHUN 1988,SEMASA TUN SALLEH ABAS DIPECAT OLEH MAHATIR,
    KENAPA SDR ANWAR BERDIAM DIRI……

    ADAKAH MAHATIR INI MAHA FIRAUN…UNGKAPAN INI KAMI RASA SUDAH DILUPAI
    OLEH ANAK2 REFORMASI YANG MELAUNGKAN GELARAN ITU PD TAHUN 1998!

    SEKARANG KAMI GOLONGAN SILENT MAJORITY KESIANKAN MAHAFIRAUN KERANA DIA
    TIDAK ADA PARTI…..

    EZAM KAMI PERCAYA MASUK BALIK UMNO KERANA MAHATIR SUDAH
    KELUAR DARIPADA UMNO……

    OLEH ITU SEKARANG KITA TAU LOMPAT MELOMPAT ADALAH MAINAN AHLI POLITIK
    BERMULA DRP IBRAHIM KATAK(ALI)…….

  27. 27 sweet_sour Jun 26th, 2008 at 3:02 pm

    salam…
    DSA n para penyokongnyer.. jangan la bergembira lag.. baru dapat lampu hijau.. blum lagi sah menang ker kalah… maka adalah tidk wajar untuk hukum dr m zalim ker tak.. sekurang2nya semat skit dalam kepla yg kepandaian anda bermain internet, lrt yg anda naek semuanya hasil dari kepimpinan dr m yang dianugerahkan Allah.. ada effect ker DSA dilucutkan… saya rase tak ader… gelombang sekejap ajer.. lepas tu negara aman balik..maknanya setiap apa yg berlaku.. ader hikmahnya..

    saya sifatkan penubahan parti DSA adalah untuk kepentingan personal dan memperjuangkan perjuangan personal.. lenkali kalu nak jd pemimpin kena banyak bersabar.. jangan cepat naek tocang.. akhirnya apa yang berlaku.. yg dikendong berciciran yang dikejar tak dapat…

    saya ingin DSA menjawab beberapa soalan.. knp DSA beria2 menubuhkan pakatan rakyat..? nak jadi Pm ke…? atau konon2 nak membela nbasib rakyat..? nampak macam nak kuasa ajer..

    kedua .. saya juga hendak bertanya .. benar ke ader desas desus yang kata pemecatan DSA atas sebab laen yg tak dapat diberithu kerana membabitkan keselamatan negara…

    ketiga.. saya juga hendak bertanya..yang terakhir.. siapa yg menampung perbelanjaan parti keadilan.. selama ini.. memandangkan saya kira… banyak juga duit yg digunakan untuk pilihanraya sebelum ini.. siapa yg membiayai perjuangan keadilan…

    sayer juga hendak bertanya. knp sewaktu DSA kuar dri penjara.. presiden amerika paling gembira mengucapkan tahniah.. macam kiter maklum la..presdn amerika dalangnya israel…. apa rasionalnya..? saya mintak jawapan dari DSA..

  28. 28 ANI KUDAT SABAH Jun 26th, 2008 at 5:02 pm

    Hang tak payah fikir DSA ambil duit mana, berapa banyak harta dia bekas timbalan.

  29. 29 ANI KUDAT SABAH Jun 26th, 2008 at 5:15 pm

    Hang tak payah fikir dia ambil duit mana, bekas timbalan harta banyak dia labur untuk keadilan kalau hang tengok depa punya lagi tekejut pilihanraya lepas. duit depa macam air kalau hang nak tau.

  30. 30 Pengundi Senyap Jun 29th, 2008 at 2:29 pm

    Kita tanya UMNO ambil duit dari mana????? takan dengan alhi 2juta bolih kumpul berbilion-mesti kabas duit rakyat dari projek-projek runding terus…..

    Siasat lah UMNO tu hoiii..Sweet_Sour tolong siasat UMNO tu…..kalau hang berani….atau hang memang bacul & pengecut

    ngok betul kau ingat PM PakLah tu ada kuasa ke kalau takat jadi TPM….dulu zaman TDM dia kecut…sekarang dah berkuasa..menyalah-guna kuasa pulak….tindas rakyat dengan harga minyak naik dan lain-lain….

    DSAI belum jadi PM….beliau berazam untuk membela rakyat bila berkuasa….beri dia peluang….kita tengok apa hasilnya.

Leave a Reply




Sumbangan Kempen Permatang Pauh

Galeri Flickr

Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia     

Poster Kempen

Get the Flash Player to see the slideshow.

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners