Archive for June 16th, 2008

16 June 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Ada teguran daripada beberapa pengunjung bahawa kandungan blog ini kelihatan tidak gagah. Saya terima dengan positif beserta ucapan terima kasih atas keprihatinan sdr/i.

Kendatipun begitu saya gemar untuk berkongsi aktiviti dengan pembaca. Lantas ini bersesuaian dengan konsep blogging itu sendiri, log atau catatan peribadi secara maya.
(more…)

16 June 2008

Pendapat

Pendapat Anda?


copy-2-of-pano-2.jpgdsc_1791-medium.jpgdsc_1685-medium.jpgdsc_1613-medium.jpgdsc_1396-medium.jpgdsc_1504-medium.jpgdsc_1374-medium.jpgdsc_1888-medium.jpgdsc_1280-medium.jpg

Sepanjang ingatan saya, perhimpunan rakyat semalam di Stadium Pulau Pinang adalah yang julung kali diadakan. Ketua Menteri Lim Guan Eng, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan sdr. Mohamad Sabu turut berucap.

Isu yang saya bangkitkan dan sekaligus menjawab soalan para pengunjung: Kaedah penurunan harga minyak.

Lumrah diakui kenaikan terlalu tinggi dan mendadak. Jika sedemikian, penurunan adalah wajar.

Yang dibicara adalah subsidi, tidak pendapatan negara yang melimpah akibat kenaikan di pasaran antarabangsa.

Dana hasil minyak dibelanja untuk apa? Bail-out keluarga, kontrak suadara-mara? Formula 1? Orkestra Filharmonik? Jet peribadi RM 200 juta?

Jika dijawab dan ditangani, pasti harga minyak bisa diturunkan.

ANWAR IBRAHIM

16 June 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

forca.jpg
Meskipun saya tidak berkesempatan untuk mengikuti perjalanan Euro 2008 dengan dekat, kendati begitu saya tetap ambil pusing perkembangannya secara ringkas.

Kelihatan Sepanyol dan Belanda agak gah di pusingan awal. Jerman tersentak tatkala tewas mengejut di tangan Croatia.

Saya meminati corak permainan Brazil, justeru dalam Euro 2008 ini saya memilih ‘Brazil Eropah’ untuk menjadi juara. Siapa lagi kalau bukan Portugal!

Portugal tewas kepada Greece dalam siri terdahulu pada tahun 2004. Kelihatan kini masa terbaik untuk Portugal memanfaatkan skil Cristiano Ronaldo dan Deco, pastinya untuk merangkul kejuaraan.

Biarpun skuad Portugal mungkin gusar dengan perpindahan Scolari ke Chelsea selepas siri Euro ini, perjuangan perlu terus!

Força Portugal!

ANWAR IBRAHIM