Petang tadi saya ditemani YB Sivarasah menemui Menteri Luar Belgium Karel De Gucht di kediaman rasmi Duta Belgium ke Malaysia.
Kami membincangkan keputusan referendum Ireland dan kesannya ke atas Kesatuan Eropah (EU), prospek pelaburan Belgium ke Malaysia, masalah harga minyak, agenda Kerajaan Pakatan Rakyat dan dialog agama.
ANWAR IBRAHIM

















syabas dan tahniah dsai.. belumpun sampai ka putra jaya anda telah memperjuangkan pelaburan dan menarik pelabur kedalam negara.. saye doakan bila sudah sampai ka putra jaya akan lebih ramai ramai lagi.. yang berdatangan dan makmurlah ekonomi..syabas dan tak lupa tolong turunkan harga petrol tq
Assalamualaikum wbt
Dato’ Seri,
Saya Ketua AMK bahagian Ledang ingin menjemput Dato Seri bagi menyampaikan ceramah umum yang akan kami aturkan.
Sehubungan itu, dapatlah kiranya Dato’ Seri memberikan masa dan tarikh mengikut kelapangan Dato, Seri bagi pihak kami membuat persiapan awal.
Kami disini amat rindukan sentuhan pidato Dato Seri serta suntikan semangat selepas pilihan raya umum yang lalu.
Sekian terima kasih.
Aslmkm DSAI,
Ni la pemimpin y kita perlukan.stiasa mcari pelabur utk menurunkan kdr pengangguran y mkn teruk d msia.PM katakan ekonomi btambah baik semata2 utk mgaburi mata rakyat y malas berpk.Lihat saja bape ramai graduan dlm n luar negri tpksa menganggur.
Balik2 hentam student sbb byk mgantg dgn kjaan.Ni jwpn org y sekolah D6.
Nak masuk gomen pun kena tapis n mcm2.kalau x kenal..sori la.
Kjaan wujudkan U utk mrompak harta rakyat.tanpa kawalan U diwujudkan.Tahu2 je…x iktiraf oleh MQA.Benda ni sumer tjadi sbb DISENGAJAKAN oleh kjaan.Bkn mereka x tahu!
KJaan mwujudkan pelbagai Skim Simpanan semata2 untk merompak penat lelah rakyat bkerja.Kenapa kami perlu byar cukai pdapatan??? sedangkan jika kami x kerja kjaan x mbantu!!! Nak bgerak atas jalan pun kena byr cukai jalan, kenderaan n tol lg.Bape kali kami harus di cekik oleh kjaan.Kami melantik kjaan utk mguruskan harta rakyat dan bukan sebaliknya!
Terlalu byk pyelewengan dlm kjaan skrg.Rasuah x yah kiranya.Pcayalah slg rasuah wujud mana2 negara x kan maju,Kita harus belajar dr jepun.Jika kita nk maju maka RUJUKAN kita mestilah negara maju dan bukannya negara dunia ke 3!! kenapa nk pandang belakang melaiknkan niat utk mperbodohkan rakyat!
Semoga Allah SWT mgabulkan niat DSAI utk memajukan negara.Seandainya DSAI mjd PM jgn la lupa ruangan ini kerana ini lah caranya PM nk mdekati rakyat.Buat ms skrg Adun/AP agak sukar utk dtemui.Seharusnya lebh kerap mgadakan pertemuan dgn rakyat/kwsn setiap bulan.
Takbir..ALLAHUAKBAR…3x
integra9137@yahoo.co.uk
hidup keAdilan….cepat2 take over….turunkn harga minyak..harga barang..naikn taraf idup…
salam…
kenapa DAP tak ada? Khalid- PKR, husam- PAS sahaja? Pelaburan macam mana? Kata PR nak turunkan harga minyak macam mana? takkan semua sesenang air liur? PROF. DR. AMIR HUSSIN (USM), pakar ekonomi beritahu yang harga minyak tidak dapat diturunkan kerana ia masalah harga global. cakap senang dan janji manis enak, tapi perancangan bukannya senang. negara harga minyak murah tidak semestinya kereta di negara mereka boleh berjalan seperti malaysia dan negara maju lain yang harga minyak mahal. APA PANDANGAN ANWAR?
pkrpasdap.blogspot.com
Sebenarnya semakin DSAI cuba menunjukkan rapatnya hubungan DSAI dengan pemimpin dunia semakin timbul rasa syak wasangka rakyat terhadap agenda sebenar DSAI.Lupakan dulu soal antarabangsa . Sebaliknya dapatkan kepercayaan rakyat Malaysia terlebih dulu. Kami masih menunggu pendirian resmi Pakatan Rakyat berhubung dgn isu yg lebih dekat dgn orang Melayu seperti adakah Pakatan Rakyat akan meneruskan agenda DEB? Rakyat ingin tahu sebagai contoh adakah bila Pakatan Rakyat menerajui Malaysia institusi yg berkaitan secara langung dengan org melayu seperti MARA akan diteruskan atau di hapuskan. Bagaiman pula enrolmen pelajar bukan Melayu di UiTM? isu inilah yg lebih menarik minat kami utk mendengarnya .
Teruskan perjuangan DS….
Dsai
After hearing mahatir’s comment on malay right’s again i feel umno is in tail spin mode.It would also be the best news for the rakyat when you decide to head the govt and bring credibility back to our beloved MALAYSIA tq sir.
bila nak mengetuk pintu sarawak
Salam Dsai,
Pertama kali sya masuk blog anda.Saya simpati kuat waktu anda di jatuhkan dari kuasa pada 1997 dan mengikuti perkembangan tuan di mahkamah, di penjara dan setelah keluar penjara.saya mengenali Doktor Peribadi tuan Halili Rahmat kerana kami sama tempat kerja.
Syabash! saya tidak sangka tuan boleh jadi sanagt kuat sekali hanya dalam dua atau tiga tahun di bebaskan.
Buat yang sebaiknya untuk negeri kita…Salam…
Adoi!………….. DSAI PM dan YB. Sivarasah menteri tak berpofolio. Walau apa pun jika PR ambil kuasa ujudkan jawatan menteri Minyak supaya seoram menteri yang focus pasal minyak sahaja kerana bahan ini begitu getir dalam ketulusan dan pada Ekonomi negara pada keseluruhannya rakyat hari ini begitu peka dengan ketulusan kewangan dan pentabiran sumber asli negara.
DS, takde laporan pelancaran buku Dr Syed?
Syabas. Harap ada lagi perbincangan sedemikian dengan ramai lagi tokoh. Suatu perkara tentang ‘cross-overs’. Strategi ‘ambush’ dan ’surprise’ harus di praktikkan untuk membuatkan pihak lawan ‘in shock and awe’.
salam..kami perlukan pemimpin spt saudara…memikir dan melakukan apa perlu sebagai pemimpin kpd rakyat..hargai kami dsai..kerana kami akan memimpin saudara ke putrajaya insyaAllah.. KITA MENUJU MALAYSIA BARU
DSAI buat-buat sibok shj, kesana kemari, bila lagi nak lompat.Apa pasai mesti tunggu Sept.
Salam Datuk Seri,
Baru menang 5 negeri, nampaknya galak sangat
menceritakan kisah Datuk melancung ke luar negara.
Rakyat sudah mula mencurigai tindak tanduk Datok.
Barisan Nasional di ambang kematian, saat-saat kematian Gabungan Parti-parti Komponen sudah hampir kepada sakaratulnya. Perhebatkan lagi perang saraf PR untuk menguatkan sokongan padu rakyat terhadap tentangan kepada Barisan Nasional. Hasil keuntungan Ptronas yang berbillion sedang dilahap oleh Raja-raja Melayu dan para Mentarinya.
Corak kehidupan Raja-raja Melayu yang mendakwa sebagai Ketua Agama Islam adalah palsu. Jika rakyat yang beragama Islam dapat menyelidiki kelakuan mereka, sebenarnya kehidupan mereka dipenuhi dengan arak, perempuan-perempuan simpan, segala bentuk maksiat dan penindasan dan pada masa yang sama mereka mengakui sebagai Ketua Agama Islam. Hebat pembohongan mereka?
Rakyat jelat terpaksa hidup merempat dengan gaji yang tidak seberapa dan menjalani susah perit hanya semata-mata untuk kepentingan golongan ini sahaja.
Jangan tertipu lagi!
good job
Salam DSAI dan semua pembaca,
Ini satu lagi posting dari DSAI yang sangat singkat dan tak ada oomph. Tak habis2 berjalan-jalan jumpa orang tu, jumpa orang ni, bincang sana, bincang sini, tapi apa fakta sebenar yang dibincangkan dan apa tindakan susulan yang akan diambil?
Kita pembaca semua tak tahu, tertunggu2 dan tertanya2. Dah mula boringlah rasanya.
Melihat komen beberapa pembaca kebelakangan ini, dah bertambah bilangan orang2 yang dah mula boring dan dahagakan posting yang lebih relevan, hangat, jawapan2 yang tepat kepada persoalan pembaca dan action plan yang lebih jelas.
Kalau berterusan macam ini, populariti DSAI mungkin akan jatuh menjunam. Do something.
Aslmkum DSAI,
Saya cuma ingin mengigatkan saja kot-kot DSAI terlupa.
Masa berlalu dengan pantas, esok lusa dah sampai Julai, lepas itu Ogos dan kemudian diikuti Sept. Kata sesuatu yang ditunggu-tunggu akan berlaku dalam bulan Sept. Apa akan jadi kalau tiba bulan itu DSAI masih belum bergelar YB?
Bukankah lebih baik dulukan yang dulu atau yang kita sebut “Tertib” masa kita sama-sama ngaji dulu?
Rakyat sudah lama menunggu. Janganlah nanti ada yang mengeluh dan melemparkan sindiran bahawa DSAI ni cakap aje lebih.
Saya harap DSAI kotakan apa yang dikata. Baru ummph :)
Terdengar Ku Li mengatakan salah satu Parti Kompenan BN akan keluar dari BN hujung bulan ini, tidak diketahui apakah nama parti tersebut. Ini kenyataan dari salah seorang orang kuat UMNO jadi boleh dipercayai juga berita ini, apa-apa pun ini mengesahkan desas-desus BN akan terkubur. Jalan Pakatan Rakyat Ke Putrajaya sudah dekat. InsaAllah …..
Semua orang terasa, pergi semalam semua nasi berunsurkan ayam naik 50sen, itu baru satu contoh, mesti Pak Menteri kata, kalau mahal jgnlah beli, Pak Menteri hari2 rasmi majlis org bagi mkn free, apa yang dia org tahu……
Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Your blogs very boring unlike when you speak.
Do something about your blogs.
Dont want to know who you have a drink with,want to know what plan you have in writing for my Malaysia.create some mind bogling question,anwser some question posted and give some idea to push up the moral of MALAYSIAN.
raj raman.
Tidak apa yang perlu di syakkan dengan aktiviti DSAI di luar negara. Ia bukan pelancongan oleh DSAI tetapi lebih kepada Lawatan Bekerja. Dengan DSAI sentiasa ke luar negara ialah supaya apa bila ambil alih nanti, tiada masalah perhubungan dengan antarabangsa dari segi pelaburan asing dan hubungan diplomatik bersama negara2 lain.
lawatan DSAI ke luar negara bukanlah pergi tanpa diundang
semuanya undangan..
beliau hanya memenuhi undangan..
bukan nye pergi sesaje nak menceritakan keadaan politik malaysia ke luar negara tanpa apa apa sebb..
think before u throw sumtin in this blog..
walaupun ramai yang mula boring, kami masih menanti detik bersejarah PR akan ke putrajaya.
Semoga perjuangan terus di laungkan..
Salam,
Harga minyak boleh diturunkan jangan cakap macam BN kena jaga anak-anak cucu hasil khazanah akan habis pada 2015 masa tu ikut pandangan saya minyak dah tak laku orang dah pakai H20 kerana inovasi mendapat tenaga murah dari sumber semulajadi fosilfuel pun orang dah tak berminat mencemarkan alam ini. Pakar ekonami dari USM cakap teori saja itupun sebab dia orang kerajaan, apapasal tak boleh turun ini semua diatas pengurusan kerajaan Malaysia apapasal nak ikut negara yang bukan pengeluar minyak, yang tak perihatin terhadap rakyat kerana saya bukan pakar pun jikalau kerajaan naik akan harga minyak barang-barang lain pun akan ikut naik. Kerajaan tubuh jawatankuasa inflasi pun sekadar wayang je…tak kemana pun last-last tengelam macam tu saja umpama kubur tanpa batu nesan.
Wassalam
Rakan Pengunjung.
Apa yg perlu di fahami di sini ialah penerimaan setiap gulungan di perengkat internasional terhadap DS,walapun beliau belum menjadi pemimpin Negara.Bukankah ini merupakan tanda bahawa Malaysia bakal menjadi negara yg di hurmati dikalangan warga dunia sebaik saja DS Anwar,menjadi PM Malaysia nanti?.Saya sangat mengharapkan negara kita akan dibariskan sama dgn negara-negara maju yg lain sebelum 2020 lagi.
Kpd mereka yg sekelas ‘observer’,jgn lah menrasa kalian lebih baik perancangannya berbanding DS.Jadi tak usahlah bernada sisni,tak tentu arah dan bagaiman pula perangan anada sendiri utk menjadi anda populer?.DS dah populer pun.
abe MEI,
U memang lemah cagok. singapore,taiwan,korea,hong kong & jepun minyak mahal tapi u tahu ke pendapatan perkapita sekeluarga di negara tersebut? berbanding dengan pendapatan sekeluarga dimalaysia itulah kalau sekolah guna wang PTPTN tak berkat kut walaupun ribanya dah turun otak jadi beku.
Prof Amir Hussin kena belajar ABC balik, kalau harga minyak gamat dunia naik adakah pakcik yang tangkap sendiri gamat dilaut dan masak sendiri kat belakang rumah kena naikan minyak juga? kecuali lah pakcik tu inport dari luar gamat guna AP UMNO kemudian buat minyak gamat.Inilah UMNO bila harga tempoyak dunia naik tempoyak malaysia pun naik walaupun harga durian tempatan murah serta musin durian ada. Prof beli sijil ke? walaupun harga minyak dunia naik untung petronas juga naik habis tu saya nak tanya Prof wang itu kan boleh digunakan untuk subsidi atau di kontra semula keatas bahan tersebut?harapan kita cuma ada satu sahaja Prof macam Amir hussin kat malaysia kalau banyak alamat malaysia tutup kedai.
One USM Economics Professor writes in Mingguan Malaysia saying Pakatan Raayat idea of reducing Petrol Pump prices is untenable .. he meant to say Anwar Ibrahim “kelingtung”.
What I don’t like much about such kind of Professors is that they never put their reasons and arguments properly.
What is the basis of their conclusions.
What data,information, facts and figures and more importantly have they ran some scenarios over some Economic Models [ I would presume some very serious Econometric Models ].
Anwar Ibrahim is a politician and a very good one at that …. he can talk and he would have listened to some other better Economics Professors.
I did ask Anwar Ibrahim to identify his Economics Advisers and wha is the premises and concluding logic of his position that Petrol Pump prices can be reduced?
Is Anwar Ibrahims’s argument an INFORMED DECSION or simply a political rhetoric ?
But that USM Economics Professor is certainly a lousy one … buat malu Melayu aje !
abe MEI,
Tang minyak prof tu pandai sangat. tang padi kenapa bisu, saya tanya Prof kenapa harga padi dunia naik petani padi kat malaysia masih jual padi pada harga takuk lama pada kilang sedangkan harga beras melambung naik dipasaran kalau padi malaysia di export keluar negara oleh petronas kita masih perlu subsidikan harga beras kepada rakyat tempatan ke? Selagi UMNO tak betulkan tempat duduk pasti rakyat sakit pinggang.kalau DSAI sakit pinggang UMNO boleh kawal tapi kalau rakyat sakit pinggang lu(UMNO)jawab sendiri.
abgtua ni sah UMNO. Ngok pula tu.
DEB dah abis 1990 dulu.
Enrolmen bukan Melayu di UITM UMNO dah buka sejak 2006 lagi.
Apa nak lagi. Jangan la UMNO yang buat ta*i, PR yang kena bersihkan?
Ikanlepu dah jelik la dgn suara sumbang camni.
Rimas.
Banyak khabar angin menyatakan Dato Seri Anwar mahu joint UMNO kembali. Saya tahu itu khabar angin sahaja. Nahe nahe!! Bilkul nahe yarr!!
Lawan Tetap Lawan!!!
(Lawat blogspot saya. Tiru macam saya.www.birdnest136.blogspot.com)
Eee… UMNO tu dah teruk sangat, Anwar nak join buat apa?
Klu dia pergi pun, dia kan jauh lebih teruk bodonya drp Ezam. Tau Tak!
Ikanlepu yang takde apa-apa ni pun klu UMNO ‘offer’ apa pun, sorry la.
Nak sebut nama UMNO tu pun jelik. Tau jelik, tak!
Klu Anwar nak gi juga, ikanlepu akan suruh Elias Hj Idris tulis buku hentam Anwar pula!
Kudis Anwar pun kita tau juga. Tapi, ikanlepu seorang yang reasonable.
Kita main ‘cepua’… campur-tolak, campur-tolak ada berapa bakinya?
Mudah kan!
Apa sangat la yang nak dikejar kat atas dunia ni?
Saudara DSAI,
Abe MIE tulis, Prof Amir Husin (USM) kata ” Harga Minyak tidak bolih diturunkan”. Prof. lulusan UMNO le tuu. Kerajaan BN beritahu RM13.7 billion dapat dijimatkan dengan kenaikan petrol. Sekarang mari kita kira apa yang AAB dah buat.
1) Rebate RM625.00 untuk lebih 6juta kenderaan dan jumlah kerajaan kena bayar RM5
billion (Kata Nor Yaakob).
2) Kurangkan 10% elaun keraian (entertaiment) dan belanja kementerian & jabatan
dengan nilai kurangan RM2 billion.
Jumlah semua RM7 billion. Bukankah lebih baik jumlah ini diguna untuk subsidi
minyak dan harga minyak hanya dinaikkan kepada RM2.10 (Petrol) dan RM1.65
diesel)???.
Ini belum diambil-kira pengumuman lain yang AAB akan buat kemudian.
Atau kerajaan BN ada muslihat lain. Buat projek Mega dan dapat kepentingan.
Rakyat dimomokkan dengan pengumuman demi pengumuman. Dahlah akaun Petronas
rakyat tak tahu. tup-tup Khairy minta kerajaan umumkan pendapatan Petronas-mahu
dapat namalah tu. Wakil parlimen PR sudah bangkitkan sebelum pilihanraya dan
dalam persidangan parlimen bulan Mei lalu. KJ… tak payah jadi jaguhle.
Juga pihak POS Malaysia kena kerja lebih proses rebate dan rakyat yang mahu
rebate terpaksa bersusah-payah beratur dan ada yang tidak layak atas sebab JPJ
dan lain-lain. Lagi menyusahkan rakyat.
Pengumuman baru-gaji K/tangan awam dibayar 2 kali sabulan. Lagi le hancus, susah
nak urus duit-nak bayar pinjaman kereta, makan, minyak, duit anak dll.sebab gaji
diterima separuh. Nanti kerajaan mempersalahkan k/tangan awam gagal mengurus
perbelanjaan sendiri. Ini bukan jalan penyelesaian. Kalau betul mahu meringankan
beban mereka, naik saja gaji mereka sairing dengan kenaikan kos minyak dll untuk
sara-hidup…Lagi tambah kerja pihak jabatan kewangan bayar 2x sabulan.
Kita senaraikan apa AAB akan buat supaya senang tukar kerajaan nanti.
Komen Observer dan Juragan kpd DSAI… banyaklee. Dah 50 tahun dlm BN habis kite diklentongnya konon perjuangan utk bangsa melayu… melayu apa??… penuhkan buntil MP BN sahaja. Rakyat dan ahli biasa UNMO jadi ngok. Apa ahli biasa UMNO dapat?? sokong wakil mereka… dapat le duit RM200 atau RM400 untuk balik mengundi 4 tahun sekali dan jamuan masa mesyuarat agung cawangan..mesyuarat bahagian hampeh pun tak dapat ape ape. Lagi mahu berjuang DEB.. heh heh heh..DEB dulu adalah untuk memajukan bangsa melayu..tapi DEB sekarang untuk penuh buntil kroni/keluarga UMNO atasan sahaja… ahli UMNO bawahan dan bangsa melayu lain merempat/miskin dinegara sendiri…. poorr..rah.
Wahai ahli-ahli biasa UMNO… tinggalkanlah parti UMNO tu dan pindah kpd parti PR biar wakil atasan UMNO tak ada penyokong akar-umbi… apa tunggu lagi… buat penat dan habiskan boreh jo.
to:kerajaan.rakyat
ko ni sape huh?mcm org umno je,try nk main propaganda nk busukkn DSAI?come on la..kitorg x sokong membuta tuli mcm ko,Dolah *** suruh ko mkn ***,ko pun ikut je kn..kitorg ni mmg guna otak,bole pk mane baik n mane buruk..aku setuju dgn ‘pengguna diesel’,DSAI dh tnjkkn ciri seorg pemimpin yg bole buat kerja,dia skang ni tgh nk MAJUKAN 5 negeri yg PR menang,tu korg kena fhm..dia kena buktikn dulu PR bole keja br leh concentrate nk g Putrajaya nnt..ko penah ke tgk pak lah jmpa pelabur2 kerap cmni?tah2 dia dok tdo je kt rmh,n dok bz naikkn hrga mnyk n dok settlekn byk mslh dlmn umno yg dh nazak tu..tlg rakyat ke cmtu?
Lg byk pelabur melabur kt negeri PR,lg byk yg rakyat gain bro.Aku fhm strategi DSAI skang..dia mmg pemimpin berjiwa rakyat,dia mmg tgh pk nk majukn negeri PR sekaligus majukn rakyat..ko x nmpk kn?sian..tu la,skolah rendah blaja MATH n SCIENCE dlm english..kn dh bterabur otak *** ko tuh!
Skang ni x kish la DSAI nk jmpa sape pun,dia tgh nk build reputation n hubungan diplomatik dgn negara luar awl2 b4 dia g putrajaya..why?sbb bila dh jd PM nnt,sume negara ni akn iktiraf Malaysia n reputasi negara akn naik balik especially bab2 rasuah yg sgt kritikal skang..skang ni pun DSAI dok promote pelabur ke negeri PR n dia tekankan kemudahan pelaburan tanpa rasuah..nmpk?tu la strategi DSAI yg brilliant..org luar sume dh tau cmne hebatnya rasuah n birokrasi nk masuk melabur kt Malaysia ni..so,bila dorg tau DSAI naik,dorg tau peluang melabur kt Malaysia akn jd snang n sape yg benefit bro kalo bukan kita?
Lg satu psl Profesor ape tuh yg kunun2 nk meracun minda rakyat dgn kata2 mustahil turunkan hrga mnyk..dia ni mst ahli UMNO kn yg tah2 dibayar untuk ckp mcm tu sbb nk cover kjaan yg tgh bperang n try to convince rakyat skang(wallahualam)..sudahla profesor,baik ko fikir cmne nk naikkan balik reputation universiti kita skang yg jatuh menjunam skang daripada bg pendapat yg bodoh mcm tu,tetiba je angin xde ribut xde,ko nyampuk lak nk jd hero bodek Dolah *** tu..bpe dorg byr nko?n cmne ko leh dpt title Profesor?hmm..dpt dr TINGKAT EMPAT keee?hahaha
DSAI
kenapa lambat sangat nih??!! penat dah tunggu
saya cuma risau kot kot sept nanti tak jadi spt yang didakwa..
maklumlah manusia sekarang ni mudah sangat kena “beli”
pastikan lah orang yang sepatutnya tu tak kan kena “beli”
cam E-ZAM!!!
zam zam ala kazam………………..vaaa mooooooooooshh..
assalamualaikum….
sy merasa sedih dan simpati terhadap nasib masyarakat luar bandar di negeri sabah.negara kita sudah merdeka lebih 50 tahun,projek mega di sana sini,tetapi nasib masyarakat luar bandar sabah amat lah menyedihkan dan meruntun jiwa sy..
setelah berdekad lama nya,kehidupan mereka masih daif,tiada kemudahan infrastruktur.tiada jalan raya,tiada jambatan..
adalah lebih baik sekiranya projek mega jambatan pulau pinang kedua di tangguhkan dahulu,dan tumpu kan kepada membela nasib masyarakat di sabah.
kasihanilah mereka.mereka juga rakyat malaysia.sedang kita bersenang lenang,mereka di sana menyabung nyawa menyeberangi sungai untuk ke bandar bg menjual hasil pertanian.demi secebis rezeki..
skali lg sy tekan kan di sini,sy teramat sedih dgn sistem pengurusan kerajaan malaysia masa kini.
wassalam..
For saudara Ikanlepu, For your information I work in Uitm. I am aware of the fact that UiTM has been opened to international students from other countries such as from Saudi Arabia. UiTM had always been opened to non Malay Bumiputras such as Bumiputras from Sabah and Sarawak. I am not aware of any enrolment from non bumi from Semenanjung such as Chinese and Indians.
I hope the Pakatan Rakyat’s stand on this matter is clarified before we can give our trust to Pakatan Rakyat leaders. After all the stake is too high to ignore.
Yenna, tamby abgtua!
Chinese dah ada banyak cawangan universiti luar kat sini. Buat apa masuk UITM, nak ikut ragam Ibrahim Shah yang ‘macam tak berapa betui’ tu?
Dia orang ada duit, masuk je KDU, what!
referendum ireland? apa yang dibincangkan tu datuk seri?
keputusan: majoriti irish menolak untuk ratify referendum tersebut (nota: pengundian hanya dilakukan di ireland kerana terdapat beberapa perkara di dalam Lisbon Treaty yang membabitkan beberapa penggubalan semula perlembagaan ireland yang memerlukan mandat rakyat).
alasan yang dikemukakan oleh pelobi ‘vote no’ adalah masyarakat ireland perlu menolak untuk memberikan laluan kepada proses runding semula kerajaan ireland dengan EU.
antara perkara yang menjadi concern rakyat ireland: hak bersuara negara ireland yang akan less power, neutraliti dalam bidang military kerana perlu subscribe kepada asas EU, piawai cukai dll)
Semua parti politik utama ireland sama ada di pihak kerajaan dan pembangkang menyokong vote yes.
Sepatutnya, ini menjadi kayu ukur utama rakyat untuk memilih yes kerana semua parti sudah tentu berfikir untuk kebaikan rakyat.
Namun pelobi vote no telah bekerja sekian lama untuk melobi rakyat ireland, sedangkan kebanyakan parti politik baru menjalani pilihanraya negara, malah disibukkan dengan transisi peralihan perdana menteri yang baru. (nota: Berti Ahern baru menyerahkan kuasa kepada timbalannya, Brian Cowen selepas mengemudi kemenangan dalam pilihanraya kerana dikaitkan dengan skandal kewangan dan sedangn mengikuti proses tribunal, teringat kepada negaraku malaysia :)
Pada saya, undi ini lebih kepada siapa yang mampu memenangi PSIKOLOGI RAKYAT, bukan fact based.
-Rakyat yang berada dalam comfort zone sukar untuk berubah untuk memberikan vote yes.
-Kandungan Lisbon treaty gagal diterangkan sepenuhnya kepada rakyat dan berlaku banyak kekeliruan, seraya rakyat tidak mahu memberikan vote yes.
-Pelobi vote yes gagal meredakan kebimbangan rakyat terhadap masa depan negara.
-Selling vote yes much more difficult dan vote no
Pelobi vote yes dan vote no mendapat keseimbangan liputan yang sama dari media, yang mustahil dijumpai di Malaysia melainkan selepas PR memerintah :)
Ini merupakan test pertama kepada perdana menteri baru Ireland.
wait and see apa tindakan susulan yang akan diambil.
Untuk mengubah kembali kandungan Lisbon Treaty seakan mustahil kerana hampir kesemua negara European telah bersetuju dengan treaty tersebut.
Apa pula test pertama yang menanti kerajaan persekutuan pakatan rakyat?
Harga minyak barangkali.
Show us how many investors you can bring in into your Pakatan Rakyat State DSAI?
It is pointless by just talking to a foreign diplomat and post in the blog to give first impression to the public.You should know lot of people since you are in the ministerial position.
Anyway prove us on the crossovers followed by fuel price reduction n followed by creating a prosperous and fair equality to all Malaysians.
Then i myself will admire and salute at you DSAI.
I want to touch on investment for the Penang..Mr Lim Guan Eng dont get proud yourself…It is all the effort of the previous goverment in luring the companies and the right time and place you are in the position where you obtain all the praises …Same applied to Tan Sri Khalid…Work out and create more avenues to the investors hence creating more job opportunities…
Lastly ,DSAI if the crossover doesnt happen in Sept what are your reaction will be.. resign from the party post…or anything else….
Anak Malaysia
Selamat siang,
Saya salah satu pengagum anda dari Indonesia. Berharap bisa lebih jauh mengenal anda.
Trims.