13
Jun
08

Pertemuan dengan Kjell Magne Bondevik


Rabu lalu, saya diundang dalam satu pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Norway, Kjell Magne Bondevik yang berkhidmat antara 1997-2000 dan 2001-2005. Sepanjang kariernya, beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri Pehubungan Luar dan Menteri Hal Ehwal Agama dan Pendidikan.

Kami bicara sekitar isu pembangunan terkini Malaysia juga peri pentingnya impak pilihanraya 8 Mac dalam melandaskan Malaysia ke arah agenda pemerkasaan demokrasi. Turut saya tekankan ialah penerusan prestasi cemerlang kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dan agenda meningkatkan daya saing Malaysia dalam kancah ekonomi global.

Saudara Bondevik merupakan pengasas OSLO Center, organisasi bebas yang ditubuh untuk mempromosikan nilai keamanan dan hak asasi manusia serta toleransi antara agama di serata dunia. Saya turut diundang untuk ikut serta dalam Forum OSLO 2008 bersama-sama dengan bekas Presiden Iran, Mohammad Khatami. Saya menyatakan sokongan penuh terhadap usaha mereka dalam mempromosikan dialog dan nilai persefahaman meski pun tidak dapat ikut serta dalam forum tersebut.

ANWAR IBRAHIM

———–

On Wednesday I had the pleasure of meeting with Kjell Magne Bondevik, the former Prime Minister of Norway who served from 2001-2005 and a longtime member of Parliament. In his career he also served as Minister of Foreign Affairs and Minister Religion and Education.

We discussed the latest developments in Malaysia and the importance of the March 8th elections in putting Malaysia on course for democratic reform. I also assured him of the recent and ongoing success of the Pakatan Rakyat governments and our agenda for improving Malaysia’s competitiveness in the global economy.

Mr. Bondevik founded the OSLO Center, a not-for-profit organisation dedicated to the promotion of Peace and Human Rights and interreligious tolerance around the world. I was in fact invited to participate in their 2008 OSLO Forum, along with former President Khatemi of Iran. Although I cannot attend the event I support the work they are doing to promote dialogue and undestanding around the world.

ANWAR IBRAHIM


13 Responses to “Pertemuan dengan Kjell Magne Bondevik”


  1. 1 MACH3955 Jun 13th, 2008 at 4:12 pm

    Dulu ada dengar pasal HFT (HydroFuelTechnology) oleh Dr. Halim Ali, jimat minyak petrol/disel sehingga 50%.. huhh banyak tu DSAI.. dan Baddwi buat pelancaran LMG guna HFT pd 2006, tapi auta punya Badwii, smpai la ni, tak tahu kemana projek tu, mungkin bila guna air, jimat minyak maka kurangla guna minyak, pendapatan dari minyak juga kurang, so projek tu kira tak boleh la pasai kroni2 hisap minyak dan tokey2 mentakdarah tu jadi rugi.. inilah bahana kerajaan pimpinan Badawi, asal boleh tolong rakyat je, dia sekat, asal menyusahkan rakyat je maka boleh buat.. tak tau la nak kata.. ntah2 Dr.Halim ali pun dah dicantasnya, mati gitu le gamaknya saintis tu, web site hydroshoppe.com dah tutup dah.. gila punya Badawi krepot.. Hai, Badwi,,badwiii ingat rakyat dah lupa ke mcm mahathir lanun tu kata? Rakyat tak lupa, tapi pemimpin bangang je yang pandai berjanji.. teringat kata2 sindiran Almarhum Hj. fadil Noor.. “Badwi di arab jaga unta, badwi di malaysia jaga b@*i…”

  2. 2 seaturtle Jun 13th, 2008 at 4:16 pm

    Dear Mr.Anwar,

    You know when you were in Machap by election last year, i drove all the way up from johor to melacca just to listen to your speech as i knew you are the only one who can unite and bring us together as a nation called Malaysian. I knew you are the only hope i can rely on to bring our country back to the right track….

    I knew you have changed after 6 years in jail and i have forgiven what you have done in the past when you were in BN and i am willing to put (not risk) my future in your hand and i hope when you have become our new PM, please keep and turn all your promises into practical…

    I hope you can take this golden opportunity to put your name in Malaysia history as the best PM we ever had and i believe you can if your heart and mind are with rakyat all the time…

    I wish yesterday was sept, 16th and today we are living in a new chapter already…. You know, I am counting everyday for this day to come and i really hope you can become our new PM in sept 2008 and not in 2014/2015.

    I can’t do anything but to pray and i hope my dream of seeing a new PM who is mercy, full of wisdom and competent will come true soon…

  3. 3 AnakMudaParlimenBatu Jun 13th, 2008 at 4:27 pm

    Ayahanda Dato’ Seri,
    Saya berharap Dato akan menerangkan maksuk hak asasi untuk umat Islam, sebab sekarang ini, segelintir umat Islam menghalalkan kegiatan gay atau lesbian disebabkan itu hak asasi seseorang manusia.

    Datang ke blog saya utk pic protes kenaikan harga minyak 13 jun

    Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  4. 4 thales Jun 13th, 2008 at 4:42 pm

    Di Malaysia kita asyik bergaduh, Dr Mahathir dengan Pak Lah dan seluruh Raayat Malaysia yang mahukan badan Kehakiman yang bebas yang baik lagi jujur.

    Juga orang2 Hindraf dengan Kerajaan.

    DAP dan orang2 China haluan Socialis dengan Kerajaan.

    Samy Vellu yang kalah masih memegang jawatan Presiden MIC asyik meminta tak habis2.

    Ku Li dan penyokong2 nya dengan Pak Lah.

    Dan tidak ketinggalan Anwar Ibrahim dengan Agenda Ekonomi nya, dengan hendak Turun Minyak nya, Air Free di Selangor nya dan janji2 beliau untuk membela raayat yang miskin dan di lupakan oleh Kerajaan.

    Rata2 pemimpin Muslim-Melayu Kerajaan bukannya hendak dengar cakap Ulama2 [yang tidak berpolitk] sebab mereka semua sombong, degil dan lansung tidak kenal Ulama2 …

    Boleh kah OSLO Centre ini tolong ……

  5. 5 Abdullah A Jun 13th, 2008 at 4:53 pm

    DSAI, your visit to Dubai with Tan Sri Khalid and Husam is here, some pictures.

    http://picasaweb.google.com/lensa.fnd/3PimpinanPR

  6. 6 rakyat KELIRU Jun 13th, 2008 at 5:00 pm

    salam reformasi DSAI.Saya merupakan antara penyokong DSAI dan mengagumi sejak dari zaman kampus DSAI (walaupun saya belum dilahirkan ,masa tu)..sy menyokong dsai kerna dsai dilihat betul2 gigih berjuang demi rakyat,agama,bangsa dan negara,selain memiliki pidato yg hebat,berkarisma,dihormati kawan dan lawan,dalam dan luar..namun begitu,saya kadang2 KELIRU dgn tuduhan2 ke atas DSAi,terutama isu agen yahudi,anti islam,liberal,IFC,pot wolfozit,perang iraq dll yg sering dimainkan oleh musuh2 kita,amno malah dlm kem2 yg saya hadiri terus mengelirukan saya..saya seringkali juga ‘berhujah’ dgn kawan2 yg ‘belah sana’ dan saya sering kali ‘menang’terutama mengenai isu2 rakyat dan nasional,tetapi pabila mereka memainkan isu2 seprti sy nyatakan(tuduhan2 agen…etc.) sy sering gagal memberi jawapan yg meyakinkan….cadangan sy,bolehkah DSAI menyediakan jawapan konkrit yg boleh disediakan di blog ini,serta bagaimana kita hendak menerapkan nilai2 politik PKR(bagi saya teras politik Malaysia baru)tanpa menggadaikan hak2 kita(org melayu dan Islam)..harap DSAI,berjaya menjadi PM yg terBAIK kelak…

  7. 7 Mikester Jun 13th, 2008 at 5:04 pm

    Dear DSAI,

    We are truly honored by the fact that the international front respects you as a visionary and revolutoinary leader. We patiently await the day when you will take Malaysia into its true glory, long denied for selfish gains by former and current leaders.

    I believe you are the only force that will unite every Malaysian to regain all lost hope in this, our promised land. Soldier on, Sir!! We march with you.

    Yours respectfully,

    Mikester

  8. 8 Khairul Jun 13th, 2008 at 5:45 pm
  9. 9 Anak Reformasi Jun 13th, 2008 at 10:57 pm

    Assalamualaikum Ayah Anwar….

    Saya pasrah, saya terkilan dan saya sedih melihat gelagat PERDANA MENTERI KITA YANG KELIMA ini, tak lain dan tak bukan *** *** nih…… Saya terkejut lagi setelah kenyataan2 *** selama ini dikeluarkan oleh mulut seorang yang bergelar PERDANA MENTERI MALAYSIA dan hari ini sekali lagi beliau terus menerus menunjukkan ke***an beliau sendiri dengan menyatakan,

    Di Press Conference Pak Lah di buletin utama malam tadi meminta dimana janji kerajaan pakatan rakyat untuk menurunkan harga minyak di negeri pakatan rakyat.
    Sedutan kata paklah :

    “Dimana janji pakatan rakyat?! , turunkanlah minyak di negeri selangor atau mana2 negeri pakatan rakyat “..

    sekian, terima kasih.

    SAYA YANG RASER MALU DENgAN KE***AN SEORANG PEMIMPIN YANG DIBERI MANDAT MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA…. Memang malu, seolah-olah selama ini beliau HANYA MEMBACA TEKS sahaja di ceramah2nya dan **NYA KOSONG tanpa ISI!!!

    - Anakmu, Anak Reformasi.

  10. 10 manman Jun 14th, 2008 at 2:09 am

    yeah..correct..correct memang bodoh betul

  11. 11 Islam adalah solusi Jun 14th, 2008 at 7:09 pm

    Dato Seri..
    tentang perjuangan hak asasi manusia tu..dan hubungan antara agama harap dapat diberi detail..
    apakah sebenarnya hubungan toleransi antara agama yg diharapkan mereka?saya tidak mahu isu IFC terus diperhebat utk memberi definisi hak asasi secara liberal..
    bukankah norway juga salah satu negara Free***on? harap dato faham..apa lagi agenda mereka utk meraih sokongan sekalian umat manusia utk kepentingan agenda mereka?setelah byk dibongkar sehingga
    saya juga sering diajukan soalan ttg dato ade kaitan dgn yahudi..malah saye sedang mengkaji agenda2 mereka skrg dan menyimpulkan bhw ade kemungkinannye dato sedang bermain api dengan mereka..moga Allah menjauhkan segala fitnah dr Dato dan diharapkan Dato bebas dr terlibat dgn agenda mereka..
    Rakyat tidak lagi sanggup menanggung penipuan dr pemimpin..
    Harap juga Dato tegas ttg soal ini dan memberitahu rakyat betapa seramnya agenda mereka dan meneruskan penggunaan Gold Dinar utk menggantikan penipuan FTA mereka..Jgn Kejam mcm Mahathir, jgn bodoh mcm Paklah..
    Isu Gold Dinar adalah keutamaan Umat Islam Sedunia..
    Tak Mungkin Kuasa Hegemoni IMF mnjadi pilhan Dato!!!
    Nauzubillahi min ZALIK!!

  12. 12 professional melayu Jun 15th, 2008 at 12:18 am

    Saya ni tak le pandai sangat tentang perhubungan luar negara. Tapi pada pendapat saya DS mempunyai kualiti seorang PM bukannya macam PM yang ada sekarang.. ada ke logik dia cabar BA turunkan harga minyak. budak tadika dan orang tua kat kampung boleh dia kelentong! tu komen saya pasal PM Malaysia yang “cerdik” dan “pandai”.

    Teruskan usaha DS dalam menjalin hubungan baik dengan negara-negara luar, bawa pelabur asing yang boleh membantu ekonomi negeri bawah BA, tambahkan pendapatan rakyat negeri-negeri BA, Dan kalau boleh majukan industri minyak dan gas di Kelantan. Dengan izin Allah, saya pasti langkah-langkah ini akan dapat meringankan beban rakyat yang telah lama menderita.

  13. 13 cyber Jun 25th, 2008 at 3:35 pm

    “…Dulu ada dengar pasal HFT (HydroFuelTechnology) oleh Dr. Halim Ali, jimat minyak petrol/disel sehingga 50%.. huhh banyak tu DSAI.. dan Baddwi buat pelancaran LMG guna HFT pd 2006, tapi auta punya Badwii, smpai la ni, tak tahu kemana projek tu, mungkin bila guna air, jimat minyak maka kurangla guna minyak, pendapatan dari minyak juga kurang, so projek tu kira tak boleh la pasai kroni2 hisap minyak dan tokey2 mentakdarah tu jadi rugi.. inilah bahana kerajaan pimpinan Badawi, asal boleh tolong rakyat je, dia sekat, asal menyusahkan rakyat je maka boleh buat.. tak tau la nak kata.. ntah2 Dr.Halim ali pun dah dicantasnya, mati gitu le gamaknya saintis tu, web site hydroshoppe.com dah tutup dah.. gila punya Badawi krepot.. Hai, Badwi,,badwiii ingat rakyat dah lupa ke mcm mahathir lanun tu kata? Rakyat tak lupa, tapi pemimpin bangang je yang pandai berjanji.. teringat kata2 sindiran Almarhum Hj. fadil Noor.. “Badwi di arab jaga unta, badwi di malaysia jaga *@**…”….”

    KOMEN SAYA:

    Sebabnya senang saja-anda pi melawat klik pada tajuk : pertanyaan lazim, cari jawabnya kat situ!

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners