Respon Kepada Pengunjung

12 June 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

1) Debat isu ekonomi dan kenaikan harga minyak:

Sudah sekian kalinya saya pelawa Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi atau Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk berdebat terbuka. Mereka tidak bersedia tetapi menggunakan hulubalang dan media untuk menyerang atau cuba menempelah hujah saya.

Kenaikan harga minyak bermakna pendapatan negara melonjak. Istilah subsidi digunakan manakala dikaitkan dengan harga pasaran dunia!
Mereka menyanggah: mustahil untuk menurunkan harga minyak.
Seandainya hujah sademikian benar, mengapakah harga minyak di Malaysia jauh berbeda tinggi berbanding negara pengeluar minyak lainnya?

2) Kunjungan Ke Luar Negara:

Sudah dijelaskan bahawa semua kos ditanggung oleh badan yang mengundang. Malah dalam kebanyakan program kuliah atau konsultan kepada badan perniagaan, saya dibayar honororium lumayan juga.

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda