Mesyuarat berkala di antara pimpinan ketiga parti komponen Pakatan Rakyat diadakan dirumah saya di Segambut malam tadi.
Kami merumuskan beberapa isu utama termasuk kaedah dan program menangani kenaikan harga minyak, perbincangan draf kerangka muafakat, dan memutuskan beberapa bentuk tindakan bersama.
Diantara perkara pokok yang dibicarakan termasuk strategi Pakatan di Parlimen.
Kenyataan mengenai keputusan terperinci akan dikeluarkan oleh pimpinan parti.
ANWAR IBRAHIM
















