Malaysiakini.com reported on the press conference quoting DS Anwar Ibrahim on the issue of crossovers to Pakatan Rakyat, “We have to appreciate the fact that we have to do it cautiously and knowing the fact that the system is quite repressive in this country.” The climate of fear which is operating in the country, according to Anwar, has put an obstacle on giving out a clear timetable of the actual date of the crossovers. “Some of them have to fly quietly to the neighbouring countries to have a discussion (with me). There are, however limitation and harassment (for the MPs),” he added, saying it would be dangerous if he were to reveal any names.
Responding to questions about DAP Chairperson Karpal Singh’s comments about crossovers, DS Anwar Ibrahim said “Anwar also responded to a question of possible divisive views within Pakatan over the BN defections into Pakatan that Karpal was was “taken out of context” in media reports, adding that he (Anwar) always shared the concerns on the defecting MPs with other Pakatan leaders. “They accept the fact and would consider applications of anyone who subscribes to the agenda of Pakatan.” “If people endorse (our) agenda and policies, Karpal does not have problems with the (crossover).”
















Salam DSAI.
Just want to be the first.
Hari ni Bday saya. DSAI tak nak wish apa2 ke pada penyokong kuat DSAI ni?
Apa2 pun selamat berjuang. Kalah menang ketentuan ALLAH jua.
pak anwar , tolonglah kami nie…
hidup dah lah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..
harga beras masih tidak turun.. dari rm 19.00 sekarang rm32.00
sekarang minyak naik lagi dan electrik.
apa lah kami nak kais lagi ….
yg kaya makin kaya… yang miskin makin merempat…
jiwa sengsara…hati merana…
tak ade sempati ke pada kami ni..
Tahniah buat PR usaha merubah negara adalah tuntutan rakyat mudahan mudahan usaha ini berjalan dengan lancar. umno telah menguris hati rakyat.
Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Saudara Anwar,
Saya mengucapkan tahniah atas keberadaan Dr. Muhd. Nur Manuty dalam PKR jika benar laporan The Malaysian Insider. Ini sangat memberangsangkan dan menambah keyakinan. Saya kira saya masih menunggu nama-nama besar dari Sarawak (rakan seangkatan saudara tika saudara masih Presiden ABIM) berada dalam PKR.
Sekian, terima kasih.
Saudara DSAI,
Saya tetap menyokong perjuang anda demi membela nasib rakyat sejak 1974 (Demo Baling & 1975 AUKU, ISA, dll) hingga kini.
Saya berdoa semoga Allah akan memberi kemenangan kepada rakyat yang ditindas olih rejim BN & UMNO.
Disini saya berdoa dengan sepenuh hati semoga Allah melaknat Abdullah Ahmad Badawi dan kabinetnya serta UMNO supaya ditimpa musibah dan malapetaka kepada dia serta keluarganya.
Amin-semoga Allah memakbulkan doa rakyat yang ditindas.
Mari kita sama-sama berdoa semoga Allah melaknat AAB & keluarga serta kerajaan BN.
Ayuh rakyat semua terus berdoa..
salam buat Sdr. Anwar Ibrahim, saya sering layari blog dan ikuti perkembangan Sdr. Tidak malu saya katakan saya pengkagum Sdr. cuma tenaga dan kewangan yang kecil menghadkan ruang perjuangan saya…. namun saya antara yang berada di depan ketika era 1999 - 2002… namun ketika itu agak sedikit letih dan perlu menumpukan kepada keluarga dan hanya muncul ketika pilihanraya untuk membantu yang terdaya.
Saya terlibat dalam parti …. namun kemaman-perhimpunan agong parti yang hampir menghancurkan kekuatan reformasi telah ‘menyenyapkan’ ramai dari kita. Ketika itu saya mendokong pencalonan Dr.Mud Nur Manuty sebagai timbalan presiden ABIM. Namun takdir ketika itu angin pergabungan yang di kepalai oleh Sdr. Rahman Othman yang di inginier kan oleh Sdr. Azmin Ali begitu kuat kami tewas.
Cuma selepas tewas saya terkejut kerana kapten-kapten kapal kami tiba tiba tidak boleh mengawal keadaan. Arahan sulit keluar parti dilakukan…. mufarakah…. kononya parti ini tidak adil dan tidak demokratik….keadaan berlarutan sehingga ke Perhimpunan di Kedah Di luar dewan persidangan, dibuat satu sidang media membogelkan parti antara penghentam kuat pada ketika itu ialah…Dr. Muhd Nur Manuty, Mustafa Kamil Ayub, Sdr. Nordin (NS) dan ramai lagi. Sdr Yahya Shaari (yang kini bertugas di Pej. MB Selangor) antara MPT yang menang ketika itu cuma datang mesyuarat pertama dan bertindak keluar dari mesyuarat MPT yang dipengerusi Datin Seri Presiden kerana katanya parti tidak demokratik dan mula cakap lepas menghentam parti.
Walaupun saya tidak terlibat dengan parti selepas itu secara serius…namun saya melihat bagaimana seksanya teman - teman yang bertahan dalam parti ….sudahlah ditekan pemerintah ditekan pula kawan ‘abim’…..
Namun kini mereka semua sudah mendapat tempat mungkin ketika ini parti lebih demokratik…. namun ketika semua mereka mendaki tangga jangan lah kita lupakan kawan-kawan yang berjuang bertahan dalam parti ketika parti ini kerdil dan kecil……
Senario ini bukan saja berlaku dalam parti …nampaknya merebak atas nama aktivis reformasi… dikalangan aktivis reformasi juga berlaku ‘gangguan siaran juga’ …. nama seperti Sanusi Abdullah, Nora, cikgu bad,mek, nasir isa dan ramai lagi yang tak tersebut…..sudah lama tak dengar malah sekumpulan orang telah terjun atas nama kononya nak bentuk NGO jaga kebajikan aktivis reformasi. Mustafa yang mengetuainya ialah bekas pemimpin Parti Keadilan Nasional Wilayah yang menghilang selepas gagal berebut tempat dengan Sdr.Zainur Zakaria….semenjak itu hilang dan mula cakap lepas serang parti….namun kini kembali cuba menjadi hero perdaya orang dengan menampilkan imej bahawa dialah pejuang tulen dan semua pemimpin politik nak perkuda reformis….. siapa perkuda siapa…?
Salamdan maaf … saya paham jika email ini tidak di siar… tetapi tolong fahami pasal ini wahai sdr. anwar ! saya khuatir yang ihklas berjuangan akan senyap2 melangkah pergi dan akhirnya sdr. di kelilingi oleh mereka yang hanya berkepentingan
DS, bila nak buat ‘office-warming’? cantik betul ofis baru PKR!
umno-bn takkan berdiam diri dan membiarkan sahaja kerajaan corrupt mereka tumbang…harap DSAI dan PR berhati2…
Seorang pelajar yang mendapat pinjaman MARA pada 2007 telah terpaksa menanggung bayaran penerangan MAS daripada KLIA ke Denver, Amerika Syarikat sebanyak lebih RM12 ribu, sedangkan kos sebenar hanyalah sekitar RM5,500 sahaja untuk tiket dua hala..!!.
Pelik bin Ajaib Al Hadhari merasa binggung bagaimana tiket penerbangan yang berharga RM5,500.00 boleh menjadi RM12,000.00!!!. MAS silap cetak harga tiket atau ada hantu di MARA?
‘Bapak borek, anaknya rintik’. Bila menteri perasuah, pengarah dan kakitangannya juga susah untuk dididik agar jauhi najis itu. Mungkin ini adalah sistem yang digunapakai dalam pentadbiran kerajaan BN.
Kalaulah DSAI jadi PM
saya syorkan DSAI bina lebih banyak penjara canggih…
untuk menyimpan stock UMNO.
Bersih kan amalan kotor yang membebankan rakyat.
Great great news….Bro.Anwar!!
Tear gas and water treatment….by UMNO to..a near 70 year old peace loving patriotic Malaysian…is worth it.
Yip!!.
“Come September”….song written by the genuis..late..Bobby Darren …also ‘Mack The Knife”…..film by Rock Hudson and Gina Lolobrigita!! Those were the days….clean fun is real high class. In Malaysia….Bro.Anwar will be the main actor..come September…..hahahahaha
Yip!!.”Que Sera Sera”{what ever will be will be}..song sung and made famous by Doris Day…….on the Alfred Hitchcock film…’The Man Who Knew Too Much” This suits Dollah….and in his ways…is saying..exactly that….leaving his fate to Allah…not to Mahathir or UMNO
Even Mahathir was caught totally surprised. what to do next? Nothing!! He knows UMNO BARU… is finished by Dollah. I have a strange feeling..even Najib was not informed of the exact price increase.
and
Pak Anuar saya setuju dengan cadangan mamaktongkang. Buatlah sesuatu untuk selamatkan rakyat. Harap Pak Anuar jadi PM Malaysia dengan segera.
DSAI,
Hampir 10 tahun, harapan ini tersemat di sanubari, semoga Allah mengizinkan perjuangan kita untuk keadilan tercapai.Kami Reformis jalanan, yg telah banyak menyedarkan bangsa Malaysia utk berubah, menjadi agen Perhubungan Awam ke seluruh negara melalui perbagai bahan, samaada bercetak,berbentuk cenderamata dsbnya amat berbangga atas kejayaan yg semakin hampir ini.
Pada kumpulan “High Profile” yg baru join keadilan, tahniah, tapi pesan kami, ini adalah perjuangan rakyat, jgn join utk ambil kesempatan.
Saudara Anwar,
This blog openly supports you in your coming by-elections and also hopes that you will be the next PM for trasparency, accountability and integrity.
http://bangmalaysia.wordpress.com/2008/06/09/anwar-this-is-the-opportune-time/
Good Luck.
Bangmalaysia
http://bangmalaysia.wordpress.com/
Assalamualaikum, Ayah Anwar…
SAYA DAPAT TANGKAP bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin menurunkan harga minyak apabila PAKATAN RAKYAT menerajui kepimpinan negara MALAYSIA.
Saya tak paham mengapa masih ramai lagi tidak paham, JUMLAH ROYALTI yang diperolehi KERAJAAN PERSEKUTUAN kini hanya dirasai oleh PEMIMPIN2 UMNO dan GOLONGAN2 KAYA. Saya dapat merasakan bahawa LANGKAH DSAI untuk menurunkan harga minyak dapat dilaksanakan sekiranya AMALAN RASUAH DIBENDUNG dan KEPENTINGAN GOLONGAN2 KAYA tidak ditekankan….
sekian, terima kasih.
-Anakmu, Anak Reformasi.
Harga Minyak
Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.
Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.
Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.
Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga.
Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.
Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.
Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.
Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!
Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.
Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.
Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.
Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industri
Oleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.
Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import.
Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.
Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing.
Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun.
Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya “penasihat†Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian.
Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.
Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.
250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).
Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.
Kerajaan ini melimpah dengan wang.
Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.
Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.
Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima.
Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya pelabur.
Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan sombong.
Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia. Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.
Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.
Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan dan akiviti tamak “hedge funds†yang berterusan. Kemungkinan berlakunya resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik turun.
Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini.
Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan. Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan.
Ni saya dapat kenyataan drp kawan sy…btl ke kerajaan skg melepaskan mslh kepada rakyat?gilo ah…pemimpin xde peranan ke mcm tu?ibarat berak depan umah xmengaku…suruh org lain cuci…
Hari ini saya menghadiri program Anugerah Ibu Cemerlang, anjuran YADIM, Menurut Jawatankuasa program tersebut sebanyak sejumlah RM 500,000.00 ( setengah juta) dibelanjakan untuk program setengah hari tersebut. Rasanya satu ianya satu pemborosan dlm perlaksanaan program tersebut. Saya yakin dengan jumlah yg kurang dari jumlah di atas program tersebut dpt dijayakan dgn baik. Kalau jabatan yg berunsurkn Islam pun mengamalkan pemborosan, tak peliklah yg lain-lain tu!!!
Sama-samalah kita fikirkan.
.
sekarang kereta makan lebih dari manusia harap cepat tukar kerajaan senang sikit
Assalamualaykum wrt. DSAI.
I wish to highlight the people’s grievances on the ground. However, I’m sure DS is well aware of all these pains suffering by the ordinary people down there.
1. Basic salary being very-very small
2. Fuel hike
3. High price of staple food
4. Tolls all over
5. Hopeless public transport
6. Untrustworthy police force
7. High corruption
8. Judiciary decline
9. High crime rate
10. Poor education system
11. High cost in education
12. Expensive cars/motor
13. A totally corrupt Federal Gov’t
14. Could be many more
DS, these are some of the areas that need to be addressed urgently. I pray to Allaah that Pakatan Rakyat would be able to take over the Fed Govt soonest. The Rakyat can’t afford to wait another 5 years. Otherwise, by then M’sia could be doomed…. Tq for listening DS.
Wassalamualaykum wrt.
DSAI,
Saya mula mengenali kertas undi dan menyokong PR sejak peristiwa 1998. Saya mewakili generasi muda yang akan bekerja dan berkhidmat dalam lingkungan 20-30 tahun lagi (insyaallah) merasa bimbang dan adakala merasa tak selamat berada di bumi sendiri. Kami terjerat dalam lingkaran hidup lantaran hendak melepasi keperluan yang paling asas pun dirasakan payah apalagi memiliki rumah walau berkadar kos rendah untuk kehidupan akan datang (tidak layak dikatakan aset kerana sebiji rumah pada saya adalah harta yang paling asas, lainlah beli rumah yang kedua atau homestay), betul sebagai muslim saya harus percaya Allah taala adalah kuasa mutlak menentukan rezeki namun didunia ini pemerintah juga memainkan peranan menentukan halatuju rakyatnya. Pemimpin yang amanah dan jujur akan sentiasa diberkati dan diredhai dan pemimpin yang belot itulah yang akan menyebabkan negara huru-hara. Memang diingatkan sentiasa Allah murka jika rakyat memilih pemimpin yang belot, suka menggugut dan zalim dan kerana itu berlakulah bala kerana memilih pemimpin sebegini. Malaysia ini terselamat dari ujian berat kerana kita masih ada ulama yang dapat seimbangkan keadaan, apa akan jadi jika ulama atau pemimpin yang amanah tiada…? Minyak naik, barang keperluan naik dan tidak terkawal mungkin petanda bala? Saya menyarankan agar pemimpin BN perlu merenung kembali cerita HARGA SEBUKU ROTI, bagaimana pemimpinnya menangis dalam keadaan dia senang tapi ada rakyatnya terpaksa merebus batu kerana tiada makanan bahkan batu itupun bukannya boleh dimakan tetapi ia sekadar menyedapkan hati anaknya yang menangis kelaparan lalu tertidur…..
DSAI,
Saya dilahirkan dikota dan membesar dalam keluarga yang agak moden tetapi sejak peristiwa 1998, saya melihat dan memerhatikan penuh minat politik dan saya kadangkala takut tetapi sebagai muslim saya beristighfar, apalah daya melainkan berusaha menyelamatkan negara melalui kertas undi! Saya teringi melihat malaysia ini seperti KELANTAN dimana satu negeri melayu ditadbir oleh pemimpin yang beramanah dan terhormat (TQ Tok Guru) yang hidup damai dan seadanya dan dikatakan kebajikan rakyatnya tetap terbela walaupun kos hidup meningkat dan mungkin satu-satu negeri dimana orang melayu merasa selamat dibumi sendiri. Saya harap DSAI ambillah contoh pentadbiran kelantan dan pemimpinnya apabila mendapat mandat mentadbir nanti….
Akhir kata saya tetap menyokong DS untuk bersama merubah Malaysia, insyaallah.
P/S : Janganlah lupa jasa baik Isterimu yang banyak berkorban demimu dan kekalkan sikap Husnulzan dan tawadduk serta teruskanlah amalan membaca Al-Quran setiap hari kelak ia akan membantumu…
Saya sentiasa menyokong hasrat dan kepimpinan Datuk Seri, saya juga sentiasa doakan hasrat pakatan rakyat akan tercapai bulan September nanti. tapi kerisauan juga timbul sebab Kerajaan Pak lah ialah kerajaan yang korup dan tidak bertimbang rasa.. risau akta ISA akan dikenakan pada Datuk Seri dan penyokong kuat. Berhati-hatilah! saya doakan DS selamat sentiasa. insyAllah.