Dato Seri Anwar Ibrahim has been well received by the Philippine media, arriving Thursday afternoon for a two trip to visit with friends and colleagues, including former presidents Ramos, Aquino, and Estrada. A 1 hour taped interview on ABC-CBNs “Conversations with Ricky Lo” will air next week.
“Erap to Host Dinner for Malaysian Deputy PM“, Philippine Headline News
“Erap says Anwar is an ‘icon’ of Malaysian democracy“, ABC-CBN News
“Malaysian Opposition Leader in Town“, Philippine Inquirer
“Anwar to attend forum in RP“, GMA News









DSAI
kuat nye DSAI berjalan keliling dunia..
ni kat negara malaysia tgh huru hara ni minyak naik..
do sumthing DSAI!!
Reply
Maaf ya. Serangkap pantun buat hari keputeraaan
TANGISAN BAHTERA MERDEKA
Tahun ini rakyat menderita
Cuti Keputeraan tiada makna
Rasa sedih tidak terkata
Hidup perit kian terasa
Mandat pemerintah membela kita
Sedihnya bukan itu yang terasa
Kompromi kroni kian menjala
Hilang semua erti merdeka
50 tahun kita merdeka
Tapi kemiskinan mejela jela
Kerna kos hidup mengila gila
Bukan esok masih ada
Melayar dalam jauh sejarah kita
Teresak esak berat terasa
Apakah esok masih ada
Itulah tangisan bahtera merdeka
Reply
Dato Seri Anwar Ibrahim
(Maaf kerana terkeluar dari tajuk,dengan izin.)
Harga minyak naik. Harga permakanan rakyat naik. Harga keperluan rakyat pun naik.Dan akan terus naik, naik, dan naik lagi.
Musibah ini semua, jangan salahkan DSAI atau setiap PPN KKR atau setiap Ketua Ketua Bahagian PKR diseluruh Malaysia. Ini salah siapa? Ini dosa siapa? Jawabnya ada pada pengundi semua.
Bukan kah DSAI dan kami Ketua Ketua Bahagian PKR diseluruh Malaysia sudah beri tahu kepada rakyat sebelum PRU12 lagi bahawa bila UMNO menang lagi dalam PRU12 maka harga minyak petrol akan naik, harga permakanan rakyat akan naik dan harga keperluan rakyat akan naik? Tapi rakyat terus undi UMNO. Baguslah.
Wang yang rakyat dapat RM200(yang mengundi UMNO maksud saya) hadiah PRU12 itu simpan lah baik baik hingga 5 tahun akan datang buat belanja hidup kamu. Kakh kakh kakh.Padan muka.
Itu korridor berbilion ringgit yang UMNO buat untuk rakyat kah? Untuk Melayu kah? Untuk orang kampung kah? Tanya diri sendiri lah.
Itu mantan Menteri Toyol kata PR mesti tunai janji. Bagaimana UMNO sudah janji 50 tahun kepada rakyat ada tunai kah?
Naik harga minyak petrol banding dengan Singapura dan Thaniland, jangan banding Negara Brunei kerana Brunei istimewa. Rakyat boleh percaya kah?
HZ
Reply
Kali ni rakyat kena bangun. Tunjukkan rasa tersiksanya kita dek salah urus dan ketidak-bertanggungjawaban kerajaan. Kita ada hasil minyak, tetapi dilencongkan ke lain.
Untuk menyatakan bantahan di kertas undi, rakyat perlu tunggu lagi 4 tahun!
Maka di sini letaknya peranan wakil rakyat yang ada sekarang; tidak kira sama ada kamu wakil BN atau PR sekalipun. Jika kamu insaf akan nasib rakyat yang mengundi kamu, sekaranglah masanya untuk kamu membela nasib mereka.
Tidak kira sama ada kamu punya kepercayaan apa? Jika kamu kasihkan Allah dan Muhammad saw yang muslimnya, inilah masanya. Demikian juga bagi mereka yang yakin bahawa Jesus itu son of God and The Holy Spirit, inilah juga masanya. Demikian dengan yang percayakan Dewa Vishnu dan Siva serta yang memegang kalimah “Dammam Buddham Gachcha Me….” inilah juga masanya untuk menyemak kembali ketaatan kamu demi rakyat terbanyak yang terkesan dengan ‘hukuman’ dan siksaan kerajaan itu.
Ingat, Ogos nanti segala jenis subsidi barangan keperluan akan ditarik balik. Selepas tarif elektrik naik pada Julai.
Semua wakil rakyat sila mainkan peranan sekarang. Jika tidak, kamu juga bakal dicap pengkhianat dan tunggu masa pilihanraya nanti; rakyat akan mengajar kamu.
Inilah masa terbaik untuk kamu lakukan peralihan, demi rakyat di kawasan kamu. Usah berdolak-dalih lagi – 78 sen bagi petrol dan RM1 bagi disel serta 18% tarif adalah TERLALU tinggi. Perlu diinsafi akan kesannya terhadap sektor lain juga.
Nak jadi apa dengan rakyat selepas ini?
Kita tahu kerajaan berbohong dengan memberi pelbagai alasan. Punca sebenarnya, salah pengurusan sebab kerajaan yang lembab didokong oleh mereka yang hanya tahu ‘menghabiskan’; isi tembolok sendiri dan belanjakan duit bukan pada tempatnya.
Usah kempenlah melalui media. Kita tahu kelepeknya.
So, all the wakil rakyat, please!
Reply
Pecahkan tempat demonstrasi di banyak lokasi strategik. Klu di KLCC je, SB dan polis preman ni jahat. Orang baru turun kat Ampang Park dia orang dah tangkap.
Setiap lokasi mesti ada 2-3 MP PR yang leading.
Semua bandar besar juga terlibat sama. Golongan marhaen pun turun juga.
Jadikan ini agenda rakyat, bukan agenda politik. Pastikan nanti semua wakil rakyat UMNO/BN ditolak terus jika mereka tak ikut serta. Sebab, yang derita sekarang rakyat yang angkat mereka.
So, wakil rakyat mesti prihatin. Klu tidak, tunggu la nasib kamu dalam PRU13 nanti.
Dolah Badawi ni walaupun dia PEKIDA, aku dah putus sebab dia langgar sumpah. Bai’ah dia dah batal.
Reply
Taniah kpd DSAI. Arp boleh gunakan pengaruh DSAI untuk rakyat. Kami perlukan pemimpim berjiwa rakyat. Bukan pemimpin berjiwa firaun.
Reply
DOA KITA KEPADA ALLAH
Sedih betul aku bertanya
Salah gerangan Pak Lah apa
Penuh bermakna bermulanya era
Kontroversi lepas penggal kedua
Islam Hadhari renungan bersama
Bekerjalah bersama sama saya
Nilai murni semua warga
Kini rosak musnah punah
Kisah keris tatapan bersama
Apa pula kisah kereta
Kontroversi Khairy menjela
Diikuti Mongolia dengan warganya
Kosong Lapan Bulan Empat tiba
Bahang Tsunami rakyat terasa
Simbol perikatan bahtera merdeka
Menjadi Titanic era kita
Kini pula gila semua harga
Petrol naik beras tiada
Polisi seharian tukar sentiasa
Perit betul rakyat merana
Apakah berakhir Bahtera Merdeka
Mari kita lihat bersama-sama
Silih berganti pemimpin kita
Hidup rakyat Hidup Merdeka
Hidup rakyat Hidup Merdeka
Itu semangat Bahtera Merdeka
Pada Allah kami berdoa
Dengarlah rantapan rakyat kita!
Reply
Dato Seri Anwar
Pasal kenaikan minyak petrol lagi.
Jangan salahkan PM Abdullah Ahmad Bedawi. Jangan salahkan UMNO/BN. Kerana ini sudah pun diketahui dasar UMNO sejak 50 tahun dahulu ‘keperluan rakyat’ mesti naik punya.
Ini semua salah pengundi yang mengundi UMNO/BN dalam PRU12. Yang mengundi UMNO/BN baru padan muka.
Bravo pengundi UMNO/BN esok kamu boleh ramai ramai bawa tempurung kat jambatan Chow Ket minta sedekah tanpa parmit.Cheer.
HZ
Reply
Salam Dato’ Seri,
Minta campur tangan dalam urusan pemilihan ketua kampung di perak.. kalau tak campur tangan pun, minta ditangguhkan..
tolonglahhh….
kalau boleh minta MB pikirkan semula cara pemilihan ketua kampung… terdapat proksi..
satu salinan surat akan sampai kepada dato’ seri…
salam reformasi..
Reply
DSAI,
Awas bila berada di Philippine dan Vietnam, Dato kena hati hati kerana di sana seorang keroni UMNO buat niaga yang begitu besar tak perlu di jelaskan namanya rasanya Dato tahu. pengaruh dia begitu kuat di dua negera ini kerana dia terbabit dalam m & m ? .
Sepuluh orang paling kaya di malaysia adalah kekayaannya dan laluannya dirintis oleh UMNO landasan yang dipersembahkan oleh UMNO dibuat dari besi emas dan batunya dari permata. mereka ini kaya atas harta rakyat yang didulangkan oleh UMNO untuk keroni mereka. ini amat jauh berbeza dengan usahawan di negara maju mereka usaha sendiri . Bill gates seawal tahun 74 telah menbuka perniagaan di belakang rumahnya(garaj) tampa bantuan MARA. Pengasas intel anak seorang pelarian buguria maju di US atas usaha dia sendiri tampa bantuan TEKUN. Empunya Ekea seorang yang pergi kehutan tebang pokok tirus di norway untuk dapatkan kayu untuk buat perabut tampa bantuan Risda (kayu getah) tetapi sekarang produk dan jenama mereka satu dunia.dimalaysia dimana silapnya UMNO atau rakyat? pastinya UMNO kerana terlalu memanjakan keroni inikah penbentung yang kita cari? orang melayu lemah bukan kerana melayu malas atau bodoh tetapi telah di buai sampai manja sampai kalau boleh makan pun nak di suapkan oleh UMNO sekarang UMNO nak suapkan pun tak boleh kerana beras mahal lagi pun UMNO makan pun di suapkan oleh keroni.inilah akibat bila UMNO tersalah langkah bila tahap u tak mampu baru u tahu anak yang terlalu manja telah menberontak sampai nak lari rumah, padan muka UMNO.UMNO adalah pemusnah bangsa melayu dan negara setelah 50 tahun merdeka dimana pati sebenar kemajuan bangsa melayu? pati yang ada hanya mat rempit dan lepak,hidu gam,penuhkan pusat serenti,perrasuah,ali baba,dan gejala sosial di kuasai oleh orang melayu silap siapa pasti UMNO.kepincangan bangsa melayu kita tunding pada UMNO.ini lah pertubugan yang di berhalakan oleh para peminpin mereka sehingga melayu jadi hancur dan kurafat.
Reply
Rasanya tak mungkin sabah dituntut oleh Philippine jika DSAI jadi PM ini kerana pertalian Dato begitu kukuh dengan para pembesar dan bekas pembesar manila. harapan kita agar Dato dapat pujuk mereka gugurkan tuntutan keatas sabah dan kita lantik raja sulu kembali ke singah sana beliau di sabah.kalau UMNO inti raja kita bawa raja ke tahtanya yang sebenar sejak sekian lama raja sabah dibuang oleh UMNO sehingga mereka lari ke pulau sulu dan manila.UMNO memang menolak raja sejak sekian lama tapi apakan daya mana bisa raja dan rakyat di pisahkan.
Reply
Maaf jika tulisan saya perkecilkan UMNO dan Melayu tetapi demi kebaikan UMAT MELAYU dan Negara saya terpaksa coretkan pandangan rakyat jelata yang hina ini.
wassalam
Reply
Ulama batar
Batu Putih adalah kepunyaan Malaysia jatuh ketangan Singapura kerana Singapura telah memajukan Batu Putih.Ini keputusan Mahkahmah Dunia. Sejak bila Manila memajukan Sabah untuk dilantik Raja dari Sulu.
HZ
Reply
Pak Anwar,
Anda harapan rakyat…Kami berharap Pak Anwar dapat menunaikan janji yang terdahulu iaitu menjadi PM pada 16th Sept 2008, Hari Malaysia.. Kami sudah tidak tahan dengan rejim BN yang tidak prihatin terhadap rakyat…….
Hidup Pak Anwar,
(Perdana Menteri yg Keenam)
Reply
Pak Anwar,
Anda adalah harapan rakyat…Kami berharap Pak Anwar dapat menunaikan janji yang terdahulu iaitu menjadi PM pada 16th Sept 2008, Hari Pembentukan Malaysia.. Kami sudah tidak tahan dengan rejim BN yang tidak prihatin terhadap rakyat…….
Hidup Pak Anwar,
(Perdana Menteri M’sia yg Keenam)
Reply
DATO SERI.
BERHATI-HATI DALAM BERTINDAK. KERAJAAN SENGAJA MENAIKKAN HARGA MINYAK SUPAYA TIMBUL BANTAHAN RAKYAT TERMASUK MP PR DAN DATO SERI. BILA HAL INI TERJADI DIA AKAN KENAKAN TINDAKAN. ISA. KERANA MENGHASUT. JADI PERANCANGAN UTK PENGAMBIL ALIHAN KUASA AKAN TERGENDALA.
DATO SERI JGN TERLIBAT DGN TUNJUK PERASAAN. NANTI TERPERANGKAP. INI PERANCANGAN SI KERA JALANAN (KJ)
Reply
Datuk Halik Zaman,
Kemajuan sabah hari ini ditangan Philippine ekonomi Sabah sebahagiannya dari kudrat rakyat Philippine mereka berniga,bertani,kerja buruh,nelayan dan lain lain sumbangan rakyat Philippine tidak boleh di perkecilkan oleh Datuk dan UMNO dalam menbangunkan ekonomi sabah , berapa ramaikah rakyat Philippine yang telah menjadi rakyat sabah dan boleh mengundi di sabah ini tidak termasuk yang tinggal sebagai PATI di sabah dunia sudah tidak bersempadan datuk!.. tetapi kenapa datuk menafikan kelemahan UMNO dan BN dalam kebanjiran para pendatang di Sabah dan Negara pada amnya? kenapa datuk cuba menidakkan kepincangan UMNO dan BN serta menolak sejarah Sabah itu sendiri Datuk telah derhaka kepada sultan Sabah pada dasarnya ‘tiada ulu tiada parang tiada dulu tiada sekarang’datuk jangan memesongkan sejarah. pernahkah sejarah menipu ? Datuk kena buka sejarah sabah? sabah memang ada sultan ini tidak boleh di nafikan jika tidak percaya cabar saya di ICJ atau Datuk selongkar di manila siapa Raja sulu yang sebenar.
Reply
Datuk Halik Zaman,
Dalam isu sabah ‘biar buta mata dan hati macam UMNO asalkan jangan buta sejarah’saya sokong pandangan ulam batar perjelaskan dari sejarah hingga semasa di sabah pendatang dari philippine begitu banyak di sabah cuma sultan nya sahaja belum datang ke sabah.one day ada adun atau MP dari sabah keturunan philippine kan kita ini sejagat atas semagat asian.
Reply
SALAM DSAI,
MASIH LAGI TERNGIANG2 SUARA DSAI PADA KEMPEN PRU12 DULU…”KALAU UNDI PAKATAN RAKYATTT….BESOK HARGA MINYAK TURUNN..!!!,KALAU UNDI BARISAN NASIONAL…BESOK HARGA MINYAK PASTI NAIK..!!!”
TERNYATA APA YG DIKATAKAN DSAI ITU MENJADI KENYATAAN…YANG BIJAK PANDAI SAHAJA YANG DAPAT MENILAI ISYARAT JELAS MENGENAI KATA2 DSAI TERSEBUT ADA RELEVEN NYA.
NAH!…KINI LIHATLAH SEKARANG,SIAPA YANG SEBENARNYA JAGOAN RAKYAT…PEMBELA ANAK BANGSA TANPA MENGIRA PANGKAT DAN DARJAT…BERSAMA KETELUSAN HATINYA.
APA GUNANYA LAGI MENUMPANG KASIH PADA PAKLAH…SUMPAH CINTA SETIA PADA UMNO DAN AKHIRNYA DIBALAS CURANG…KRONI DISUSUI,RAKYAT JELATA MATI KEBULURAN..
BANGUNLAH WAHAI ANAK BANGSA KU SEMUA…DSAI KAN BERSAMA KITA…
JANGAN BIARKAN BANGSA KITA MENGEMIS DI NEGARA SENDIRI…
UBAH SEBELUM PARAH…UBAH DEMI MARUAH.
Reply
Apa pun malam ni gi dengar ceramah kat Keramat tu. Dengar apa yang Anwar nak cakap fasal minyak. Nanti dalam pertemuan sesama pimpinan PR, kalau mereka kata kita mogok jom kita mogok. Kalau disuruh buat revolusi senyap, kita ikut.
Kuasa rakyat, kuasa keramat. Nyatakan.
Dah cukup la kita di’jual’ main timbang kilo dek pemimpin UMNO tak guna. Mereka hidup mewah dengan segala kemudahan dan songlap, rakyat ‘dipaksa’ hidup papa kedana.
Mereka yang tinggal di flet dah tak mampu beli beras main kampit. Mereka beli dengan timbang kilo saja. Hari-hari beli beras. Keadaan ni di ketika harga barang belum terkesan dengan kenaikan harga minyak.
Percayalah, bila kesempitan hidup melanda jenayah akan meningkat.
Ok, pada Januari 2007, tarif elektrik dinaikkan. Suku tahun pertama saja TNB dah buat untung RM1.367bilion. Dan keseluruhan untung 2007, melebihi RM4 bilion. Jumlah tertinggi sejak TNB diswastakan.
Kita tak dengar TNB ada desak kerajaan naikkan tarif, sebab kenaikan baru saja berlaku.
Kenapa Dolah umumkan naik tarif elektrik 18%?
Kedua, pengurusan TNB berlumba-lumba naikkan nilai syer TNB untuk senangkan hati pemegang sahamnya. Apa cerita ni? Sedangkan rakyat terbanyak jadi pertaruhan.
Ni la kesan buruk penswastaan yang Mahathir lakukan!
Kenapa Selangor hadapi masalah nak beri air percuma kepada rakyat? Sebab SYABAS berkeras. Perjanjian dengan kerajaan laknat dulu menjanjikan keuntungan yang melimpah ruah.
Ni juga kesan buruk penswastaan yang Mahathir lakukan!
Rakyat terkesan dengan penswastaan agensi lain juga. Tol pun termasuk di antaranya, sebab tugas JKR buat dan jaga jalanraya. Kenapa mesti ada lembaga lebuhraya, kemudian lantik konsesi, upgrade jalan (Jln Kajang – Cheras dan Jalan KL-Klang), kemudian ‘paksa’ rakyat bayar tol.
Jahatnya perjanjian tu, mesti disemak setiap 3 tahun (untuk naik). Jika jumlah kutipan berkurang daripada jangkaan pun, kerajaan kena bayar bezantara kutipan tersebut. Ada pampasannya. Kenapa? Ini suku-sakat punya hal.
Sedangkan ini semua kerja JKR, baru la tol tak dikenakan.
Apabila pens
Reply
Apa la blog kamu ni, Nuar! Asyik putus je….
Ada banyak cerita tu. Baru nak cerita untuk jadi manusia yang baik, bukan serakah macam pemimpin UMNO/BN yang takde kamus ‘dosa pahala’ tu.
Ah, biarkan la.
Ceramah tu kena pegi. jangan tak pegi. Kalu tak kita jadi ayam daging, asyik di’sembelih’ dek kerajaan UMNO tak guna!
Reply
Sdra moderator,
Ni Elias nak beritau buku “50 Dalil Mengapa Anwar Jadi PM” dah diserahkan pada En Rosli untuk diserahkan pada Kak Wan buat disampaikan pada Anwar (untuk go through).
Ada banyak gambar yang saya perlukan. Ada chapter juga yang saya minta DSAI tuliskan; kisah benar beliau ketika 4 tahun di penjara!
Back cover… kita perlukan komen ketua di kelima-lima negeri PR tentang Bro Anwar.
Tebalnya 250-270 m.s. sebab belum masuk gambar.
Kita akan buat special/limited edition juga; hard cover & jacket.
So, generasi muda boleh ikuti perjuangan Anwar masa muda, sehingga dia melangkah kaki ke parlimen sebagai PM.
Oleh sebab arwah Khalid Jafri yang mencerca Anwar tu ‘kawan seangkatan’ jadi saya terpanggil untuk menafikan tohmahannya dulu.
Itu je.
Reply
Maaf terkeluar tajuk,
Bekas MB kedah Y.B (R) T .S Sanusi Junit sepatutnya meletakan jawatan sebagai pengerusi UIA kerana dia telah menentang arus begitu juga Anak Tun Kita di SIC Sepang. ini kerana mereka begitu jelas menolak PM kita Pak lah sedangkan PM kita Pak Lah masih sah sebagai Presiden UMNO kenapa mereka cuba menolak hakikat,apakah makrifat yang mereka ada sehingga berani menolak PM kita Pak Lah. ini jelas mereka cuba mehancurkan UMNO yang sedang retak.ini jelas angkara Tun Mamat Mahadir dan Najib.Bumi semerah padi ini telah lama aman Aduka Sanusi jangan u nak hancurkan negara ini kerana serakah U serat Tun dan Kuda Kepang.
Harapan rakyat dan perkerja UIA serta warga kerja SIC kami mohon kedua dua mereka di Pecat secara rasmi kerana cuba menarik buluh secara songsang.kita mahu Pak Lah tidak tertekan dalam urusan negara.
Reply
Datuk Halik Zaman, ulam batar & kublai khan,
Dalam menyentuh isu tuntutan Manila terhadap Sabah sepatutnya tidak timbul sama sekali. Ini kerana kemasukan sabah ke dalam Malaysia adalah selepas dijalankan pungutan suara rakyat sabah yang ketika itu di bawah pentadbiran North Borneo Chartered Company. Rata2 nya rakyat sabah memilih untuk menyertai persekutuan Malaysia dan merdeka dari pengaruh British melaluinya. Bukanlah hak Kerajaan Persekutuan mahupun Philipine yang seharusnya menentukan untung nasib rakyat sabah seolah2 nasib sabah ini boleh boleh diputuskan sedemikian rupa.
Perihal raja yang memerintah Sabah? Sayugia di ingatkan bahawa Sabah pada suatu ketika dahulu adalah merupakan wilayah yang tertumpunya kekuasaan 3 buah kesultanan silam. Salah satu kesultanan tersebut masih wujud hingga sekarang sebaliknya 2 buah kesultanan lagi sudah digantikan dengan sistem pemerintahan tidak beraja. Kekuasaan silam atas sesetengah wilayah tidak seharusnya mewajarkan sesebuah kerajaan itu untuk menuntut wilayah yang tidak dikuasainya.
Pada pandangan saya, isu tuntutan Manila ke atas sabah merupakan isu mainan politik (yang berkemungkinan ditiup dari seberang) yang seharusnya tidak wujud sama sekali sama ada di Malaysia mahu pun di Philipine. Rakyat Sabah sebenarnya masih bijak untuk berfikir dan sememangnya tidak memerlukan seorang raja atau sultan dari keturunan apa sekali pun untuk menjadi pemerintah negeri.
Mengulas tentang isu pendatang tanpa izin, ini merupakan permasalahan yang sengaja di ambil mudah oleh pimpinan kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan. Bermula dengan penerimaan kemasukan Pelarian Philipne akibat perperangan di wilayah selatan negara itu, sehinggalah kebanjiran pendatang tanpa izin (bukan status pelarian) kini Sabah seolah2 telah dimiliki oleh rakyat negara Philipine. Jangan salahkan rakyat walhal pemerintah negeri yang membabi buta memberikan hak kerakyatan atas tujuan ingin memerintah. Telah beberapa buah kerajaan negeri silih berganti walhal manifesto isu pendatang tanpa izin kerap menjadi mainan. Kesimpulannya, isu pendatang tanpa izin ini seharusnya diberi perhatian dan diselesaikan segera sementara belum terlambat, namun melihatkan ulasan dari Ketua Menteri Sabah membuatkan saya merasa ragu akan kesungguhan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu ini.
Keputusan PRU12 baru2 ini amat menyedihkan apabila barisan muka2 korup di Sabah masih lagi mendapat peluang untuk terus berkuasa dan menyeleweng. Namun kesedihan itu reda seketika selepas isu tuntutan kemajuan dan pembangunan sabah mula disuarakan oleh segelintir MP dari Sabah. Semoga Sabah bebas dari pimpinan korup suatu hari nanti, kita lihat dan tunggu…
Reply