30
May
08

Nona: Kisah Nurul Izzah, Bicara Hati Anwar Ibrahim

nona

Mengatur temu janji dengan lelaki yang dikagumi ramai ini bukanlah sesuatu yang mudah. Memahami jadualnya yang ketat, kami sekadar mencuba. Meletakkan sedikit harapan untuk dikongsi ceritanya bersama pembaca NONA. Awal-awal lagi, kami sudah ketepikan cerita tentang politik. Bukan itu yang kami inginkan. Cukuplah apa yang dipaparkan di dada-dada akhbar, televisyen dan halaman blog.

Kami sememangnya mahu keluar dari belenggu kisah begitu. Kami mahu mendekati cerita hatinya tentang anak-anak dan keluarga. Tentang puteri sulungnya yang berwajah lembut itu. Ya, sememangnya bukan mudah untuk mencari ruang dan waktu untuk kedua-duanya; Datuk Seri Anwar dan Nurul Izzah untuk ditemu bual serentak.

nona2 Kala persetujuan diberi, kami benar-benar gembira. Biarpun masa diberikan cuma seketika ia sesungguhnya penuh makna buat Majalah Nona sempena Edisi Khas Lelaki. Lalu kami meminta ingin merakamkan gambarnya dalam pakaian moden. Sut dan tali leher. Sekadar meminta dan tidak mengharapkan lebih kerana sudah dimaklumkan awal-awal tentang jadualnya pada hari itu apa lagi hari itu hari Jumaat.

Begitu juga dengan Nurul Izzah. Kami juga dimaklumkan tentang jadualnya selepas itu. Punya acara rasmi di Bangsar. Kesibukan yang mencengkam, ditambah ketiadaan privasi lantaran didampingi pembantu setiap hari, apakah mereka punya masa untuk diri dan keluarga? Pagi itu juga ramai tetamu menanti giliran untuk bertemu mereka.

Apa pun kami berbesar hati apabila Izzah memberitahu betapa kami bertuah kerana papanya mahu ditemu ramah bersama. “Bukan mudah memujuk papa,” ujarnya sambil tersenyum. Ya kami berterima kasih kerana masa yang diluangkan. Dan Izzah juga memberitahu setiap hari Jumaat, Datuk Seri Anwar akan mengenakan baju Melayu.

“Cubalah tanya, kalau-kalau papa mahu,” beritahunya lagi tidak mahu menghampakan kami. Ya benarlah kata Izzah. Dia lebih memahami papanya. Apabila Datuk Seri Anwar menolak, kami sudah bersedia menerimanya.

Sambil menunggu Datuk Seri Anwar bertemu tetamunya, kami berbual dahulu bersama Nurul Izzah. Sebagai anak sulung dalam keluarga, Izzah akui tugas dan tanggungjawab yang digalas oleh beliau sungguh mencabar. Dugaan paling hebat diterimanya sewaktu bapa di penjara. Kejadian malam 2 September menjadi lipatan sejarah buat beliau sekeluarga.

“Saat itu papa hanya sempat berpesan agar menjaga ibu dan adik-adik dan sentiasa menjaga hubungan yang erat dalam keluarga. Kata-kata papa menjadi pegangan saya. Ia sentiasa tersemat di hati dan menjadi pendorong semangat untuk saya dan keluarga meneruskan kehidupan, biarpun jauh di sudut hati berbuku rasa sedih dan rindu pada papa, namun saya perlu kuat. Kekuatan saya akan menjadi kekuatan buat kami sekeluarga,” akui Izzah dengan nada sayu.

Ikuti paparan istimewa ini sempena Edisi Khas Lelaki di dalam NONA keluaran Jun 2008.


85 Responses to “Nona: Kisah Nurul Izzah, Bicara Hati Anwar Ibrahim”


  1. 1 Altantuya May 30th, 2008 at 11:12 pm

    Komen dah kena moderation… :)

  2. 2 Altantuya May 30th, 2008 at 11:13 pm

    DS, Kirim salam kat nurul izzah.

  3. 3 hafiz May 30th, 2008 at 11:45 pm

    inilah kali pertama saya membeli Nona!

  4. 4 geng92 May 31st, 2008 at 12:02 am

    Salam DSAI!

    Macam personaliti pula skrang. :D

  5. 5 paan May 31st, 2008 at 7:01 am

    jom beli nona!!

  6. 6 boy May 31st, 2008 at 10:54 am

    tahniah kpd nona..

  7. 7 MOHD HISHAM May 31st, 2008 at 11:31 am

    insyaallah sy akan kekdedai beli majalah nona

  8. 8 moneyads4u May 31st, 2008 at 11:59 am

    salam Dato Sri,

    inilah kali pertama saya membeli nona…

    jom rakyat kita habiskan nona bulan June 2008,

    biarkan Nona akan kekal memuatkan cerita benar lagi membenarkan…

    bukan bersubahat ke arah kemungkaran maklumat…. Allahu..

  9. 9 Gamanbarait May 31st, 2008 at 12:31 pm

    ..marilah bah! Kita beli nona ya!

  10. 10 r2d2 May 31st, 2008 at 3:28 pm

    Nona dah habis kat tempat aku la … huahuahua

  11. 11 Liana May 31st, 2008 at 4:06 pm

    dah lama tak beli nona..tapi sebab kaver depan ni..makes me feel like buying it..sebak baca part jumpa bakal menantu di tempat paling jijik…

  12. 12 abu May 31st, 2008 at 4:28 pm

    tahniah kpda karangkraf kerana berani dan tidak mmbezakan antara perbezaan politik…harap teruskan di masa akan dtg…

  13. 13 zack May 31st, 2008 at 6:45 pm

    Salam DSAI…

    Zaman Che det dulu mana ada press yang berani published kontra publi figure mcm dari opp party. Apa pun Lembik-lembik Pak Lah dia tidak kongkong minda alternatif rakyat dengan
    bayangan ugutan SB @ ISA. Apa pun barrakahnya ibu dan papanya diwarisi oleh anak yang bertuah (Nurul Izah)….diterima khidmat bakti oleh sekalian rakyat………amin

  14. 14 Marul_14 May 31st, 2008 at 9:14 pm

    Thanks NONA…
    CONGRATULATION,we all luv u DSAI…

  15. 15 hatikehati May 31st, 2008 at 10:14 pm

    alhamdulillah saya balik malaysia.

    boleh beli nona

    yeah!!!

  16. 16 Apon May 31st, 2008 at 10:19 pm

    1st time ternampak mag ni kat 7E, saya terus ambik n baca kat situ jugak… terkejut gak sebab tak sangka DS n NI boleh keluar edisi kali ni… anyway, nice cover… beautiful pic… pandai photographer…

  17. 17 PaLeQ May 31st, 2008 at 11:44 pm

    wah,,,den pun nak boli nona ni,tak ponah hidup den boli nona,,,nona pun nona la yang ponteng datuk seri ado kek muko dopan tu,,,, hidup DSAI!!!!!!

  18. 18 kuan Jun 1st, 2008 at 2:39 am

    tengoklah nanti depan kedaibaru buat kputusan maklumlah belum pernahbeli , malu sikit beli majalah pompuan. apapun tengoklah nanti

  19. 19 LANGKAWI KE KUAH Jun 1st, 2008 at 3:09 am

    Aku pun tak pernah nak beli majalah nona,HMM beli jgk la dsai punya pasai

  20. 20 army of LOVE Jun 1st, 2008 at 12:56 pm

    gua pun tak ketinggalan! baik beli cepat nanti abis, hidup NONA, bukan nona tv3 suku nyer

  21. 21 BCH Jun 1st, 2008 at 1:28 pm

    nampak gaya miss lah peminat yang berada di perantauan ni…

  22. 22 ahli mesyuarat tingkap Jun 1st, 2008 at 9:43 pm

    SALAM..

    DSAI..

    WA CAYA SAMA LU..

  23. 23 revolusi Jun 2nd, 2008 at 11:18 am

    sold out..!!nona pandai nk naikkn sales..hehehe..congrats..!!

  24. 24 nunukbaragang Jun 2nd, 2008 at 11:25 am

    salam DSAI..
    Syabass..teruskan beri ruang kpd pihak yg jujur ingin
    mendekati/mengenali keluarga DSAI…

  25. 25 alieda Jun 2nd, 2008 at 12:50 pm

    Salam DSAI

    Dah lama saya nak antr komen tp asyk tak sempat je. Ari ni saya curi2 jg masa. Mula2 terkejut gak tgk gmbr DSAI dlm NONA tp lama2 saya realise yang beliau memang paling popular sekarang. Cuma orang nak terima atau tak je. Apa2 pun tahniah NONA atas keberanian anda. (sales bulan ni mesti naik punya…he he he)

  26. 26 TeeGee Jun 2nd, 2008 at 2:42 pm

    Tahniah Nona kerana berani.

  27. 27 jamalanita Jun 2nd, 2008 at 3:40 pm

    SALAM DATO’ SERI

    SELAMAT MAJU JAYA!

    TAKBIR!

    P/S: CONGRATS BUAT NONA! BERANI KERANA BENAR!

  28. 28 mohd kamil Jun 2nd, 2008 at 5:47 pm

    askum’masih ingat kah saudari pada nama ini he he he he apa khabar tuan puteri IZ.agak terlambat untuk mengucapkan taniah diatas kejayaan menjadi pemimpin.ok walau apapun pada 2008 muncul kembali saya yg lama sgt2 tak mengutuskan surat buat saudari ok mcmacamana baby saudari dah besar agaknya kan.ok lah merapulah plak.wassalam tata titi titu

  29. 29 irfan Jun 3rd, 2008 at 3:00 am

    Walaupun berada di luar negara, segera call isteri beli majalah NONA bulan ini sebelum habis..

  30. 30 NurJannaim Binti Abd Kadir Jun 3rd, 2008 at 8:57 am

    bestnyer… Selamat Hari Bapa.. Anwar.. n Buat Papa saya..teruskan perjuangan Anwar n Izzah

  31. 31 arief Jun 3rd, 2008 at 11:28 am

    Salam,

    Tahniah kepada DSAI yg cekal

  32. 32 Sham Jun 3rd, 2008 at 11:30 am

    Tahniah DSAI..sayang masih ada orang Islam yang tak nampak kebenaran DSAI . Saya tunggu TDM bertaubat dan minta maaf pd DSAI demi kesejahteraan semua rakyat

  33. 33 Ashraf Jun 3rd, 2008 at 11:57 am

    artikel yg menarik untuk dikongsi bersama, tahniah NONA..teruskan artikel-artikel sebegini.

  34. 34 botak9883 Jun 3rd, 2008 at 2:05 pm

    june adalah bulan kelahiran saya..tiba2 edisi NONA bulan ni……..
    saya tak kan lepaskan peluang ni…saya mesti beli….syabas NONA>>>

  35. 35 Jasmin Jun 3rd, 2008 at 3:21 pm

    bulan 6 nih memang paling sejarah coz ana beli byk majalah… iaitu majalah ANIS, Minggu Wanita & Nona… biasanya tak pulak begini.. nih semua nurul izzah punya pasal… hati mengelodak nak tau cerita tentang NURUL IZZAH ANWAR…

  36. 36 mista falie Jun 3rd, 2008 at 4:53 pm

    huh.

    seumor idup aku.

    aku x pnh bli nona.

    hahaha

    tahniah

    DSAI n ijah {name manje}

    :)

  37. 37 usop Jun 3rd, 2008 at 4:58 pm

    eh, dalam malajah anis pun ade izzah, jom beli ramai2

  38. 38 ramli4600 Jun 3rd, 2008 at 6:27 pm

    Salam DSAI, Tahniah kerana dapat press cover dari sebuah majalah yang sangat berpenggaruh dimalaysia. Semoga dengan cara ini lebih ramai rakyat Malaysia mengenali bakal pemimpin Malaysia Baru yang berkeliber

  39. 39 Adam Jun 4th, 2008 at 11:50 am

    DSAI ! You rock! Cool bro

  40. 40 tourman53 Jun 4th, 2008 at 12:24 pm

    Anwar,
    All the Best & Love to all at home

  41. 41 paan Jun 4th, 2008 at 2:10 pm

    wahh..nona kat tempat aku da habis…aku cari kat merata-rata tempat habis..harap nona keluarkan lagi byk2 keluara minggu ni

  42. 42 rozy Jun 4th, 2008 at 5:36 pm

    x sabar2 nk beli majalah nona.jom kite bace kisah keluarge bahagia ni kat nona ye…risau pulak kalau g kedai nanti majalah tu abis…uwaaa

  43. 43 mamajuan Jun 4th, 2008 at 8:44 pm

    esok pagi-pagi terus ke kedai cari Nona…Tahniah untuk pengarang dan pengurusan majalah Nona..

  44. 44 ikanlepu Jun 4th, 2008 at 8:56 pm

    Pandai sekali Kumpulan Karangkraf.

    Hari tu dapat permit akhbar harian (mana ada orang lain boleh dapat?). Dana beratus juta, siap dengan berpuluh ‘fleet’ Kancil.

    Taiko UMNO Kelantan lambak duit untuk rebut Kelantan dari PAS. TGNA marah sangat dengan Sinar Harian.

    Bila nampak tak makan cekak, KK terus ’swing’ - pro BA pula.

    Pujuk la tu… masukkan DSAI/Izzah kat front cover NONA.

    Pandai demo aji (Hushamuddin).

    Anyway, tahniah.

    (KK masih ada ribu-ribu utang dengan aku tau! Stop payment cheque pun ada. Jadi, aku tak hairan kalu KK kaya sekalipun.

    Tapi tak kisah la. Itupun dah 20 tahun lalu.

  45. 45 comeonmsia Jun 4th, 2008 at 9:20 pm

    tahniah nona kerana berani mengambil inisiatif ini. agak sukar bagi kami (golongan muda) mahu mendapatkan lebih pendedahan di bawah pemerintahan golongan yang masih mempunyai “umno culture”

  46. 46 bujang labang Jun 5th, 2008 at 12:41 am

    Eh???? betulkah ni???? macam mimpi pula bagaimana seseorang yang bernama Anwar Ibrahim sekarang sudah dibenarkan masuk majalah. Agaknya nak kiamat dah hari ni bilamana sebelumnya pemimpin kita dalam ketakutan walau disebut sahaja namanya. Apa pun tahnaih Nona!!!! saya akan pastikan Nona keluaran bulan ini mesti dimiliki oleh saya.

  47. 47 alone Jun 5th, 2008 at 3:16 am

    blom beli lagi..
    mcm susah je nak dpt..dah sold out ke??
    aku sempat beli majalah keluarga je cover dpn izzah..

  48. 48 exavantz Jun 5th, 2008 at 4:51 am

    bestnya gambar DSAI dah boleh keluar kat majalah2 dan akhbar2 tempatan…

  49. 49 Zaferi Jun 5th, 2008 at 8:57 am

    Jangan terperanjat lepas ni DSAI akan jadi PM pula. Hari-hari boleh keluar TV dan majalah. Tetapi apa yang penting biarlah DSAI tak melupai pengorbanan rakyat bawahan yang mempertahankan beliau semasa di dalam Penjara Sungai Buluh.

    Sebagai rasa simpati, saya adalah antara ribuan pengikut reformasi ketika mula-mula anwar di telanjangkan di penjara. Untuk itu ingatlah kepada semua rakyat malaysia,
    dalam politik macam-macam boleh berlaku. Bila mana DSAI dah berada di atas, apakah kita masyarakat bawahan akan menjadi ingatan DSAI ?

  50. 50 Sya Jun 5th, 2008 at 2:50 pm

    tak sempat beli.. dah sold out pun.. huuu..

  51. 51 alfie Jun 5th, 2008 at 5:56 pm

    dsai,,,,

    moge2 dpanjangkan umur dan dtetapkan smangat utk memperjuangkan nasib rakyat,,,

    kami sentiasa bersamamu datuk seri,,,,

    LAWAN TETAP LAWAN……………

  52. 52 ABI Jun 5th, 2008 at 9:03 pm

    Nona dah boli dah… dah lamo x baco nona… tuu haaa bini tongah baco nona… lepas ni gilirin ABI plak bacoooo nona

  53. 53 zaidi nawawi alor setar Jun 5th, 2008 at 9:15 pm

    Lawan Tetaaaaaaaaaaap Lawan
    Kamiberdiri dibelakang DSAI
    Kami menyokong perjuangan DSAI.

    AAyoyo..Minyak naik lagi…
    Semua jom Pi PROTES 12 JULAI KLCC

  54. 54 SHAHRIR Jun 5th, 2008 at 11:15 pm

    COVER TERBAIK UTK TAHUN INI..TAHNIAH!!!!

  55. 55 paktam Jun 6th, 2008 at 11:16 am

    Berapa harga NONA bulan Jun nie…aku pun nk belilah..jgn habis sudah!!!!!

  56. 56 Reformist dari Sabah Jun 6th, 2008 at 1:26 pm

    Salam DSAI…

    Bayu reformasi meniup lembut ke pipi mu …

    Tahniah kepada seluruh Media Cetak dan Elektronik!!! Khasnya NONA …

    p/s: Harap2 ada edisi khas plak selepas ni .. :)

    Salam Reformasi

  57. 57 adah Jun 6th, 2008 at 1:59 pm

    Mmg kelasss la Nona bulan june…aku yg x pnh beli nona ni rasa terujaaaa sgt…hope ade lg la kt kedai…
    apepun LAWAN TETTTTAAPPP LAWAN…..
    kami BERSAMAMU DSAI

  58. 58 sabahan Jun 6th, 2008 at 7:52 pm

    assalamualaikum.
    alangkah indahnya jika rakyat di negara ini tidak terlibat dengan politik dan perpecahan persaudaraan di klgn rakyat malaysia khususnya. terutama orang melayu.
    semoga Allah merahmati bumi Malaysia ku sayang ini.

  59. 59 sabahan Jun 6th, 2008 at 7:54 pm

    kalau semua orang saling bertolak ansur dan berbincang demi kebaikan rakyat maka tidak adalah perpecahan di kalangan orang melayu itu sendiri.. tapi manusia tidak dapat dinilai dari berbagai aspek perlakuan dan percakapan.

  60. 60 MISS-peninG Jun 7th, 2008 at 1:02 pm

    huwaaaaaaaaaaaaaaa…. saya nak beli nona… sumer kedai cakap dah abiss… sapa ada ?? mai pinjam sat!!!

  61. 61 nazrul Jun 9th, 2008 at 12:57 am

    Dalam mastika keluaran jun 2008 pun ade temubual dengan izzah sempena hari bapa. Izzah cerita mengenai bapanya dsai, tak sangka jugak sebab kat muka depan takde tulis pun pasal temubual tu. Apa-apa pun dapatkan mastika keluaran Jun 2008 untuk baca temubual dgn izzah..menarik untuk dibaca.

  62. 62 baTT Jun 9th, 2008 at 3:26 pm

    kepada wakil karangkraf.. minta reprint nona lagi ler.. stok abis ler

  63. 63 tnie0671 Jun 9th, 2008 at 3:35 pm

    dulu aku tak kenal sangat DSAI ni..sekarang ni bila dah banyak membaca kisah
    beliau…from buku-buku, blog dan boss aku yang sayang sangat kat dia dan perjuangan dia … banyak yg aku dah kenal …dan now aku realised siapa benar siapa yang CULPRIT ……lepas baca NONA aku bertambah admired Nurul Izzah ..she’s my idola wanita yang tabah dan hebat …DSAI …we respect you … thank you..we will support you since you are fighting for the mankind…

  64. 64 smallgiant Jun 9th, 2008 at 5:07 pm

    Tahniah NONA.Tahniah DSAI dan YB Nurul Izzah.Teruskan perjuangan.

  65. 65 medIndah Jun 10th, 2008 at 1:15 pm

    DSAI;

    Cepat2 jd PM………..

  66. 66 Rakyat Jun 10th, 2008 at 4:58 pm

    Dato’ Seri,

    Ada beberapa soalan ingin saya kemukakan:

    1. Sebelum Kerajaan Malaysia yang baru dibentuk pada September 2008, adakah Dato’ Seri telah memikirkan langkah-langkah yang boleh membawa perubahan yang lebih baik terhadap Rakyat Malaysia untuk jangka masa yang panjang?

    2. Adalah diharapkan, sekiranya Dato’ Seri berjaya menjadi PM agar segala pembaziran dan kezaliman yang keterlaluan seperti yang berlaku sekarang dapat dihapuskan.

    3. Juga menjadi harapan rakyat, pemimpin yang salah guna kuasa, menerima rasuah, dan bermacam lagi kesalahan dapat dihadapkan ke mahkamah untuk mendapat hukuman setimpal. Sekaligus diharap badan keadilan dapat dibersihkan dan dihormati oleh masyarakat Malaysia dan antarabangsa.

  67. 67 azlan ms Jun 10th, 2008 at 11:01 pm

    saya memang mengkagumi nurul izzah sejak era reformasi.tahun 2000 saya dikurniakan seorang anak perempuan terus saya namakan nuril izzah fashihah dengan sedikit harapan agar anak saya bakal menjadi pemidato sehebat kakak nurul izzah.REFORMASI.ALLAH AKBAR

  68. 68 UMIAISYA Jun 11th, 2008 at 12:58 pm

    Saya amat mengagumi perjuangan DSAI n NI.semoga apa yang diharapkan menjelang Sept 2008 akan menjadi kenyataan.Allahuakbar!!!!!!!!!!!!!!!!!

  69. 69 peja Jun 11th, 2008 at 1:06 pm

    x penah aku beli nona seumur hayat aku. 2day aku beli gak, cover2 line time nk beli..huhu

  70. 70 ena Jun 11th, 2008 at 3:42 pm

    Sungguh ayu dan tampan wajah dua beranak yang dihormati dalam nona..
    lawan tetap lawan… september ini, negara DSAI pasti tawan…….

  71. 71 hisham Jun 11th, 2008 at 8:14 pm

    congratulation

  72. 72 beliakeadilan Jun 12th, 2008 at 3:35 am

    Assalamualaikum DSAI….
    Saya sangat2 mengagumi Dato’ Seri…
    Syabas pada NONA…
    Dato’ Seri…
    Selamat memimpin Malaysia…
    You are not PM in waiting…
    You are already PM in our heart…

  73. 73 ibu alysha Jun 12th, 2008 at 11:09 am

    Cantik sungguh cover nona nie, saya dh beli n baca…teruskan perjuanganmu YB Nurul Izzah n Dato’ Seri!!!

  74. 74 chakeberan Jun 12th, 2008 at 12:56 pm

    wa caya lu
    reefoomaasi
    Allahu akbar

  75. 75 siputbersenam Jun 12th, 2008 at 4:07 pm

    nona kat majalah dh ada..
    nona kat tv3 bila pulak??

  76. 76 Tempelak Jun 13th, 2008 at 5:03 pm

    Man4848

    Salam Yb Nurul & DSAI

    Jangan kita alpa dengan kemenangan yang sementara ini, kuatkan iltizam untuk menempuh badai yang lagi hebat dimasa2 akan datang, ini adalah fasa ujian yang tiada siapa tahu hikmahnya kecuali Allah s.w.t. apa yang benar pasti terserlah sinarnya cuma jangan kita tanya bila…usaha tetap usaha & Lawan tetap lawan …

    Tahniah NONA ..

    TAKBIR.

  77. 77 arjuna Jun 14th, 2008 at 6:33 pm

    Anak ku bernama NURUL IZZAH NATASHA dan NURUL HANA NADHIRA..rindu kat mereka

  78. 78 ANAKBUKOM Jun 14th, 2008 at 11:42 pm

    TAHNIAH KARANG KRAF ATAU KEBERANIAN ANDA.

  79. 79 ANAKBUKOM Jun 14th, 2008 at 11:46 pm

    DISINGAPURA PUN MAG NONA DAH SOLD OUT, BILA NURUL IZZAH BOLEH DATANG KAT SINGAPURA?

  80. 80 yani Jun 15th, 2008 at 10:56 pm

    saya memang sangat2 mengagumi semangat DSAI, ketabahan dr wan azizah & nurul izzah
    walaupun difitnah sehingga menjatuhkan maruah, DSAI yakin akan kebenaran
    alhamdulillah, segala penipuan tersingkap dan ramai rakyat msia yg mula mbuka mata hati yg slama ni tertutup
    untuk DSAI, dr. wan azizah & nurul izzah, teruskan perjuangan
    saya sentiasa menyokong perjuangan kalian
    wassalam..

  81. 81 noni.. Jul 1st, 2008 at 3:35 pm

    tahniah…semoga penantian kita selama ini akan berhasil…
    DSAI we love you…
    reformaasi…

  82. 82 renovation tyme Jul 3rd, 2008 at 11:15 am

    cover depan yg memberi seribu makna kebenaran.
    karangkraf seorang yang berani dengan membawa kebenaran dimata semua pihak.
    sesungguhnya memfitnah itu lebih besar dossanya dr membunuh..
    ingatlah wahai makhluk tuhan..

  83. 83 KESB Aug 7th, 2008 at 9:18 pm

    hidup DSAI!!!!

  84. 84 anti_kerajaan Aug 20th, 2008 at 7:15 pm

    teruskan perjuangan puteri anwar ibrahim!!!!!!!!!

  1. 1 bLoG tO aLL mY fRienD’s.. » Blog Archive » Kisah Nurul Izzah, Bicara Hati Anwar Ibrahim Pingback on Jun 5th, 2008 at 1:27 am

Leave a Reply




Galeri Flickr

Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031