24
May
08

Gayu Guru Gerai Nyamai

Sebenarnya saya lancarkan Bahagian Lubok Antu, Bintulu dan Seratok di Lubok Antu. Ada kekeliruan seolah-olah Lubok Antu, Bintulu.
Maaf - ngap sayut!

Anwar Ibrahim

——————————————————————————————-

Saya kini dalam perjalanan ke Kuching dan Kuala Lumpur. Di Lubuk Antu, bersempadan dengan Kalimantan Indonesia saya melancarkan KeADILan Bahagian Lubuk Antu, Bintulu. Nicholas Bawin memperliatkan kewibawaannya menarik dukungan masyarakat Iban serta mengungkap permasalahan rakyat termasuk isu tanah, kemiskinan.

Perjalanan dari Lubuk Antu ke Kuching mengambil masa empat jam, kira-kira melelahkan juga. Walhasil berbaloi kata orang Kedah kerana kehadhiran di rumah panjang amat menggalakkan. Sekalung penghargaan kapada penduduk Lubuk Antu, Batang Ai. Dan kapada masyarakat Iban yang akan menyambut hari Gawai 1 Jun nanti saya ucapkan: Gayu Guru Gerai Nyamai.

Semalam setibanya saya dan Dr Jeffry Kitingan di Kuching, saya mengadakan dialog dengan 60 orang tenaga profesional Sarawak yang baru menyertai KeADILan. Sebelum itu acara dipenuhi pimpinan negeri dan Tian Chua.

Selesai maghrib saya menghadiri jamuan bersama masyarakat Cina anjuran Dominic Ng.

Kemudian kami ke kawasan pinggir kota, Kg Gita menyampaikan ceramah bersama Wan Zainal di hadapan ribuan penduduk Islam.

ANWAR IBRAHIM


50 Responses to “Gayu Guru Gerai Nyamai”


  1. 1 kerajaan.rakyat May 24th, 2008 at 5:17 pm

    Salam Datuk seri,

    Dalam kelelahan mengharung cerca masyarakat durjana,
    Datuk masih terus gigih membangunan nusa dan bangsa.

    Saya hormati dan saya kagumi.
    Semoga usaha Datuk diberkati Ilahi.

    Saya pasti blog ini antara yang diminati Abdullah Badawi.

    Coretan disini: http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
    saya tujukan kepada anak Ahmad Badawi.

  2. 2 sarawak May 24th, 2008 at 5:59 pm

    Lubok Antu bukan dalam bahagian Bintulu , ia dalam Bahagian Sri Aman.Majoriti rakyat semenajung buta tentang sabah Sarawak di sebabkan siaran media nasional yang berat sebelah dalam penyiaran berita apatah lagi projek pembangunan.

  3. 3 AnakMudaParlimenBatu May 24th, 2008 at 6:42 pm

    Buat DSAI dan delegasi di sana, diharap DSAI dan rakan2 dapat menyakinkan penduduk di sana akan perjuangan kita terhadap perubahan negeri mereka. Setelah kita memerintah kelak anda semua di Sabah dan Sarawak akan dapat menikmati perubahan hidup secara total. SELAMAT HARI GAWAI…..
    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  4. 4 m.hadi May 24th, 2008 at 6:48 pm

    pilihanraya negeri sarawak paling cepat pun 2010, kira-kira 2 tahun lagi..
    diharapkan pkr mantapkan jentera pilihanraya mulai sekarang
    tolonglah elakkan pertembungan pkr/dap atau dgn mana2 parti pembangkang di kerusi yg sama
    semoga pkr boleh menambah kerusi dun di sarawak, selain mengekalkan kerusi padungan di parlimen kuching…saya harapkan pembangkang boleh menghantar wakil orang islam ke dun sarawak utk pru negeri akan datang

  5. 5 fairuz May 24th, 2008 at 7:06 pm

    for better life.. thank you anwar ibrahim..

  6. 6 Slyman May 24th, 2008 at 8:33 pm

    Assalamualaikum Dato’ Seri,

    Apakah pendirian Dato’ Seri tentang Pulau Batu Puteh yang kini telah dimiliki oleh Singapura? Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa cukup terhina apabila maruah negara kita dan kedaulatan negara kita tergadai begitu sahaja apabila pulau yang terletak hanya 12.8km dari Malaysia dan 64km dari Singapura telah memihak kepada Singapura yang saya rasa cukup tidak adil kepada kita. Tidak cukupkah dengan krisis penjualan air yang termurah di dunia kepada Singapura dan pembatalan pembinaan jambatan bengkok? Sampai bilakah kita hendak tunduk kepada pengaruh Singapura?

  7. 7 anak kenyalang May 24th, 2008 at 9:12 pm

    Kepada DSAI

    Harap harap percepatkan peralihan kuasa. Dah kritikal dah kepimpinan Bodowi ne.
    Harap harap DSAI dapat mengangkat pemimpin Sarawak yang berkaliber dan tidak gila rasuah seperti pemimpin BN Sarawak yang ada sekarang.

    Salam reformasi

  8. 8 syam May 24th, 2008 at 9:12 pm

    DSAI bila lagi nak mai WP Labuan harap-harap ada sahabat yang nak taja cawangan.

  9. 9 anak kenyalang May 24th, 2008 at 9:23 pm

    Kepada DSAI

    Sedikit pembetulan:
    LUBOK ANTU di Sri Aman bukannya di Bintulu.
    Bintulu adalah sebuah lagi bahagian lain nun di atas sana bersama Miri.

    Untuk Perhatian DSAI
    KeADILan Sarawak muncul ketika pilihanraya sahaja dan barisan pimpinan juga terdiri daripada org org yg diragui kewibawaannya?

    Diharapkan DSAI berjaya mereformasikan dahulu KeADILAN Sarawak dalam usaha untuk mereformasikan Sarawak.

    Selamat Berjuang dan agar DSAI berjaya menyatukan pemimpin pemimpin DAYAK yang gila kuasa dan harta atas nama perjuangan……

    Salam Reformasi

  10. 10 hafiz May 24th, 2008 at 9:44 pm

    dah lama saya tak ke Kuching.harapnya ada perubahan besar di sana nanti

  11. 11 zik May 24th, 2008 at 11:20 pm

    DSAI,

    Apa komen rasmi DS dan Pakatan tentang kemenangan Singapura ke atas Pulau Batu Putih? Ramai rakyat Malaysia terluka dgn perkara ini..Harap DS beri perhatian tentang perkara ini. Selagi tidak ada keadilan di antara hubungan Malaysia & Singapura selagi tulah, syak wasangka akan terus wujud. Apa pandangan DS tentang isu air Johor ke Singapura,CPF dan lain2 yg tertunggak..
    Mohon jgn delete komen saya.

    Terima Kasih
    Marah & Sedihh..

  12. 12 fikrah May 25th, 2008 at 1:14 am

    Salam,

    Sebagai orang Sarawak, saya berharap benar agar DSAI dapat segera menjawat jawatan sebagai PM Malaysia bagi membetulkan keadaan kegawatan ekonomi negara sekarang walaupun dalam TV asyik melaungkan ekonomi amat2 baik, moga DSAI dapat mewujudkan keadilan kepada semua rakyat dan membawa kebarakatan dalam hidup bermasyarakat yang kian terhakis institusi kekeluargaannya.

    DSAI perlu diambil maklum bahawa semangat ke Malaysiaan perlu ditingkatkan. Acapkali kedengaran dicorang radio mahupun di TV, terungkap kata …Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak kedengaran. Terdetik rasa kecewa dihati bila kedengaran ungkapan tersebut walhal Malaysia Tercinta wujud dengan gabungan Kerajaan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak. Moga perkara ini dapat diperbetulkan bilamana DSAI menjawat jawatan PM nanti agar hati kita semua bersatupadu sebagai satu negara.

    Tempoh Tanah di Sarawak (lease hold period) merupakan yang paling teruk di Malaysia yakni rata-rata hanya 60 tahun sahaja, yang agak panjang sedikit adalah TANAH KUBUR. Kebanyakan tanah sudah mencapai tempoh matang dan kini boleh diambil semula oleh mereka yang berkuasa. Memang kita akui tempoh boleh dirayu/dipohon dipanjangkan tetapi, adakah mereka akan mengiyakan. Dari itu, jika Pakatan Rakyat berkuasa kelak, mohon perkara ini dilihat semula untuk kepentingan rakyat sarawak khususnya.

    Moga perkara diatas memberi input bermakna buat DSAI. Sekain.

    Gayu Guru Gerai Nyamai untuk semua

  13. 13 Azhar Cyber May 25th, 2008 at 4:38 am

    Tahniah kerana telah meneruskan perjuangan di sarawak. Harap2 kehadiran PKR di sana dapat memperkembangkan keperluan makanan hala yag mat kurang di sana.

  14. 14 ikanlepu May 25th, 2008 at 8:55 am

    Maaf, nak komen sikit.

    Kat tempat lain riuh-rendah orang cakap fasal kehilangan Pulau Batu Puteh.

    Kat blog ni masih lagi tak habis dengan iring-iringan pendewaan, rasa syok dengan kemenangan yang dah lama berlalu. Kemudian asyik bercakap sesuatu yang tidak pasti, tentang kawan yang tidak memberi ‘apa-apa’ kepada nasib dan maruah Melayu.

    Pulau Batu Puteh boleh hilang kerana sikap kerajaan dominasi UMNO.

    Segala benda dirahsiakan, tak mau rakyat bercakap atau bahaskan. Semuanya nak OSA. Sama la dengan kes surat pemangku SUK Johor pada tahun 1953 tu.

    Lihat saja dokumen perjanjian tol, munasabahkah kerajaan dah bayar lebih RM630 juta kepada pemegang konsesi LDP, sebab nak kurangkan bayaran tol yang pengguna bayar. Hal yang sama berlaku terhadap perjanjian konsesi tol yang lain.

    Sekarang, kita tidak tau apa isi perjanjian tentang WPI pula.

    Kita tidak tau apa isi perjanjian mengenai takungan air di Gunung Pulai, yang mana sejak dulu dikawal sepenuhnya oleh Singapura (Ini teritori di tengah Johor!).

    Pulau Pisang dekat perairan Pontian pun gitu, sejak lama dikuasai Singapura kerana rumah api di situ.

    Apa natijah dari kesemuanya ini, kalau bukan kerana sikap dan pentadbiran yang banga*g.

    Saya hanya seekor ikan, yang biasa duduk dalam air, jadi saya sedih dengan apa yang berlaku dek ‘kehilangan’ Pulau Batu Puteh.

    Tak logik langsung.

    Ketika di Johor di awal 1970an, setiap masa askar Malaysia berkawal pulau tersebut; bergilir. Bot yang hantar mereka kemudian pulang dan akan datang selepas 4 atau 6 jam untuk tukar dengan askar yang lain pula berkawal.

    Apabila air pasang penuh, askar ini akan terendam dalam air buat beberapa jam. Atas arahan, mereka tidak boleh duduk berkumpul enam orang tu. duduk ‘menderita’ la dalam air tu, sampai ia surut semula. Kemudian bot datang tukar dengan askar yang lain pula.

    Dan sejak Najib pegang Kementerian Pertahanan, kawalan ini ditinggalkan. Akhirnya, sesuai dengan tugas Singapura yang mengawal selia rumah api di situ, mereka mula bina struktur tambatan bot, pendaratan

  15. 15 Nirman May 25th, 2008 at 9:32 am

    Assalamualaikum WBT Pak Anwar…

    Maaf mengganggu Tuan… tapi sebenarnya ingin diperbetulkan di sini bahawa Lubuk Antu tu terletak di dalam bahagian Sri Aman dan bukannya Bintulu seperti yang tercatat. Mungkin Datuk Seri tak sengaja namun biasalah kita sebagai manusia biasa melakukan kesilapan. Terima kasih kerana sudi datang ke Sarawak Bumi Kenyalang. Tapi kenapa tak singgah kat Sibu Datuk Seri? Saya ingin sangat nak tengok ceramah terbuka Pak Anwar di Sibu. Cadangan saya kat Taman Harmoni Sibu tempatnya luas. Ok, itu sahaja… sekian dulu daripada saya… Terima kasih.

  16. 16 Ameen-Al Rashid May 25th, 2008 at 10:35 am

    Salam DSAI dan rakan-rakan.

    Datuk, moga usaha anda berterusan dan sedang mengatur langkah dan hanya menunggu masa untuk memetik picu! Dalam kenaifan dan kebodohan kepimpinan BN, mereka masih belum belajar dan sampai bila pun tidak akan belajar apa kehendak rakyat. Buat kesekelian kali kalimat seorang bangang keudara semalam. Isteri Timbalan Perdana Menteri iaitu Najis Lajak (saya katakan isteri TPM kerana “laki” dia lebih berlagak macam TPM) berkata “harga minyak sudah sangat tinggi. Subsidi yang kerajaan berikan melebihi peruntukan pembangunan. Kita mesti kaji semula subsdi minyak”. Wahai TPM yang bahalol. Kami rakyat taknak pembangunan sedemikian rupa yang hanya menguntungkan juak-juak tertentu. kekayaan dan kemakmuran sesebuah negara kayu ukurnya adalah keelesaan rakyat dari segi makan minum, kediaman, kesihatan dan pelajaran. Apa guna pembangunan yang meragut keselesaan makan minum, kediaman, kesihatan dan pelajaran. Buat apa pembangunan yang tidak menguntungkan rakyat kebanyakan? Hasil bumi adalah milik semua rakyat. Bukan rakyat bumiputra sahaja. Cina dan India juga telah berkorban dan gugur untuk tanah aiar ini. Cina dan India juga telah sama-sama Melayu berkhidmat demi bumi bertuah ini.

    Hasil minyak adalah hasil bumi Malaysia. Sebagai ‘net exporter’, untung yang kita perolehi bertambah-tambah dengan kenaikan harga minyak. Maka biarlah keuntungan itu kita kembalikan kepada rakyat agar rakyat dapat subsidi minyak. Jika subsidi minyak dikurangkan atau ditarik, harga barang akan naik. Segalanya akan naik. Kuasa membeli akan menurun. Masalah sosial akan bertambah.

    Wahai TPM, belajar ekonomi dululah. Prinsip ekonomi UMNO orang tak pakai kerana ia berlandaskan kroni-kapitalis. Just like Mahathir, who is nothing but the father ripper of the nation, you are the father lier! But your father, the late Tun Razak, is a noble leader!

  17. 17 Khan May 25th, 2008 at 11:28 am

    Saudara Anwar

    Why are you not commenting about our national loss of Pulau Batu Putih! Why are you not commenting about the potential loss of Iskandar Malaysia to Singapore?

    For the Iskandar Malaysia, the Malaysian government is even foregoing taxes from property developers operating there by granting exemption until 2020. I think this is absurd! Please comment on these matters…

  18. 18 Iban Terpinggir May 25th, 2008 at 12:32 pm

    “Gayu Guru Gerai Nyamai”
    Aku tunggu kau DSAI
    Bawa pembangunan kepada kaum Iban

  19. 19 abd rahim kassim May 25th, 2008 at 1:27 pm

    Datuk Seri,

    Satu tindakan yang bagus sekali kalau permasalahan rakyat di Sarawak dan Sabah ini diberi perhatian. Sedih kita mendengar, bila Datuk Ghapur mengatakan anak-anak sekolah terpaksa meniarap di lantai untuk belajar lantaran tiada kerusi dan meja.

    Semalam saya bertemu seorang teman, orang Sarawak berbangsa Bidayuh. Katanya dia akan pulang ke Sarawak untuk menyambut hari gawai hujung bulan ini.Menurut teman saya itu, kalau tidak kerana ibu bapanya dia tidak akan pulang ke kampung.

    Saya bertanya kenapa?

    Untuk sampai ke kampungnya dia terpaksa berjalan kaki selama 6 jam, katanya. Tidak ada pengangkutan yang boleh sampai ke sana kerana tiada jalan raya; sedangkan bandar terdekatnya ialah Bandaraya Kuching.

    Menurutnya, dia tinggal di Kampung Semban yang mempunyai penduduk lebih kurang 500 orang. Sebelum sampai ke kampungnya terdapat kampung-kampung lain seperti Kampung Pain, Kampung Said, Kampung Kejui dan Kampung Bengoh yang penduduknya berjumlah lebih kurang 3,000 orang.

    Kampung-kampung ini tidak pernah menikmati kemudahan asas hatta jalan tanah merah sekalipun, kecuali Kampung Bengoh yang terletak berhampiran jalan ke Bandaraya Kuching.

    Mana mungkin perkara ini boleh berlaku Datuk Seri…. Kita telah 50 tahun merdeka…

    Lihatlah bertapa deritanya rakyat di bawah kerajaan Barisan Nasional. Hasil negeri yang melimpah ruah, entah kemana perginya. Sedangkan pemimpin dikatakan memiliki harta berbilion ringgit.

    Kesedaran dan keazaman Datuk Seri untuk membebaskan rakyat dari himpitan kezaliman kerajaan Barisan Nasional, sentiasa dialukan.

    Selamat berjuang…Agi idup agi ngelaban…..

  20. 20 naharfi May 25th, 2008 at 4:03 pm

    GAYU GURU GERAI NYAMAI!
    thanx dato..
    to be at there-lubuk antu, i m sure-x semudah yang dinyatakan oleh yang berhormat!
    dah pergi sibu?
    i really hope someday in future-sibu akan diperintah oleh keadilan-or….ke sudah? i dont know..
    but if you really take a deep look at sibu- sibu also can be as good and developed as kuching and miri–mungkin memerlukan a bit of ur perhatian..tu jer..
    but as one of the sibu community and also sarawakian- i m believe that we can be a better develop nation if keadilan rulling us and also berlaku betul2 adil-ok, thanx YB-for ur attention to us..

  21. 21 fieque May 25th, 2008 at 5:08 pm

    saya berharap malaysia dapat menjadi negara islam yang sebenar…insyallah

  22. 22 Datuk Halik Zaman May 25th, 2008 at 5:15 pm

    Dato Seri Anwar Ibrahim

    (Maaf komen saya diluar tajuk)

    UMNO MAIN REVERSE PHYSCOLOGY

    Saya begitu terpanggil untuk menyatakan pendapat saya berhubung kait dengan anggapan UMNO bahawa PRU12 bila pengundi Melayu mengundi PKR, PASS dan DAP dikatakan bahawa Melayu sudah berpecah, Melayu sudah hilang kuasa, Melayu sudah tidak terbela.

    Anggapan ini di war warkan oleh pemimpin pemimpin UMNO untuk menagih simpati dari pengundi orang Melayu. Saya tidak nampak ada orang Melayu berpecaya, ada orang Melayu sudah hilang kuasa, ada nasib orang Melayu tidak terpebela dalam PR? Selama 50 tahun UMNO memerintah, nasib orang Melayu juga belum terbela.

    Orang Melayu punya Agong dan Sultan Melayu, punya PM Melayu, punya Peguam Negara Melayu, punya IGP orang Melayu, punya Pengarah Pengarah Jabatan Kerajaan orang Melayu. Tidak pun kuasa mereka ditarik oleh PKR? PAS? DAP? dalam PR. Ini semua reverse physcology dari pemimpin pemimpin UMNO yang sudah ‘kemaruk kuasa’.

    Kenapa sebelum PRU12 drama ‘orang Melayu hilang kuasa’ ini tidak disebut? Pemimpin pemimpin UMNO kini turun padang menagih simpati dari orang Melayu. Ohhhhh tidak! Tidak.

  23. 23 Datuk Halik Zaman May 25th, 2008 at 5:44 pm

    Dato Seri Anwar Ibrahim

    (Mohon dimaaf terkeluar dari tajuk)

    REVERSE PHYSCOLOGY

    Semua saluran perdana UMNO(TV1. TV2. pro UMNO TV3) menyiarkan tunjuk perasaan rakyat Indonesia kerana kenaikan harga minyak 30%. Di lihatkan pula rakyat Thailand berpusu-pusu membeli minyak petrol dan diesel di Malaysia. Konon rakyat Malaysia beruntung kerana harga minyak di Malaysia lebih murah kalau dibandingkan dengan negara Thailand. Sekali lagi Kerajaan UMNO main reverse physcology kepada rakyat Malaysia.

    Diberitakan juga oleh pengacara TV arus perdana UMNO, kenaikan harga minyak satu kemestian kerana seluruh dunia harga minyak petrol kononnya naik. Ini juga reverse physcology kerana Kerajaan UMNO mahu menaikkan harga minyak petrol di Malaysia dan rakyat tidak akan marah atas kenaikan itu.

    Kenapa Kerajaan UMNO tidak bandingkan dengan harga minyak petrol Kerajaan Brunei?
    Padahal Brunei dengan Malaysia sama sama negara pengeluar minyak petrol? Why?
    HZ

  24. 24 TFK May 25th, 2008 at 5:49 pm

    DSAI

    Semoga usaha yang dilakukan memperkuatkan lagi perjuangan anda.

    Saya juga berharap Pak Mokhtar Petah dapat terus memberikan pendapat dan berkongsi pengalamannya yang hebat.

    DSAI dan perjuangan sosio-demokratik ? Saya sependapat dengan Pak Mokhtar, ada sedikit keresahan yang saya rasa pada perjuangan DSAI lewat ini. Harap asas perjuangan dahulu tetap segar dalam DSAI. Saya bersama DSAI sejak zaman reformasi lagi.

    Salut untuk mereka yang berani !

  25. 25 edyes May 25th, 2008 at 6:46 pm

    DSAI,

    please give comment on our recent lost to Pulau Singapura…

    please make it ASAP.

  26. 26 fauzi May 25th, 2008 at 8:26 pm

    Salam Dato Sri Anuar

    Dalam pemerhatian saya, politik UMNO sekarang makin tak keruan boleh dikatakan setiap detik ada sahaja pertelagahan, sepatutnya dalam masa sekarang kerajaan seharusnya mencorak hala tuju yang baru selepas pilihan raya, dah letih rasanya mengikuti pertelagahan mereka, dan tak sabar rasanya nak melihat ERA REFORMASI MALAYSIA di alaf baru ini, semoga Dato Sri dapat menterjemahkannya…biarlah UMNO menyelesikan masalahnya yang tak kesudahan selepas itu, dengan niat yang ikhlas dan jujur, insyaallah ianya pasti ianya pasti menjadi realiti

  27. 27 Chromosome May 25th, 2008 at 9:43 pm

    Salam DSAI,

    I know that you are right now and as always a very busy person. I share the same sentiment with others regarding the lost of Pulau Batu Putih.

    We are in doubt what is your position and your tendency regarding the issue since you did not respond to it.

    Is that issue means peanut to you?

  28. 28 mongolian May 25th, 2008 at 10:26 pm

    Selepas Pulau batu putih hilang ada kemungkinan Sabah bukan jatuh kepada PKR tetapi manila ini kerana manila masih tidak mengugurkan tuntutan mereka dari pelembagaan negara mereka jika mereka menbawa perkara ini ke Makamah Antarabangsa pastinya sabah milik manila ini kerana kesultanan sabah masih ujud di manila. Sebab itu dalam tulisan saya yang lepas jika PKR memiliki sabah Sultan atau Raja sulu itu perlu diangkat semula sebagai raja sabah dan bernaung dibawah malaysia. Jika tidak mereka akan berteduh di manila dan ini peluang manila memiliki sabah. ini kelemahan UMNO yang paling bodoh sebuah parti yang petingkan keroni tetapi tiada kerisma yang tajam untuk melindungi negara.umno adalah pemusnah negara yang tegar.menifesto PKR sabah adalah bakal mengangkat semula mertabat RAJA SULU ketahtanya yang di nafikan oleh UMNO kongkang.ini jelas UMNO anti raja dan sultan dari dulu lagi.hak raja serawak juga di nafikan oleh umno iaitu Raja Brooke raja pertama serawak.jika malaysia ditawan umno sepenuhnya yang pasti rakyat malaysia tiada negara kesudahannya.habis di tuntut oleh negara jiran dan digadai oleh pembesar umno.banyak lagi pulau pulau wilayah malaysial yang tidak diduduki oleh tentera malaysai di terumbu layang layang sahaja di duduki oleh tentera malaysai di pulau sekitar hanya diletakan batu tanda milik malaysai tetapi tiada tentera tentera kita hanya meronda di pulau tersebut tetapi tiada penepatan serpeti pulau matani dan sebagai nya.disini jelas menteri pertahanan negara dari umno terlalu lemah megurus negara.

  29. 29 thaqif May 25th, 2008 at 10:57 pm

    DS,

    PULAU BATU PUTIH

    Ramai pula yg minta DS komen mengenai kes Pulau Bt.Putih,tapi biarlah saya beri komen saya dulu.Bagi saya kes Pulau B.Putih ni sudah tidak begitu penting lagi,kerana sudah terlamabat.Menangis airmat darah pun dia dah jadi milik S’pore.Apa yg penting kita kena pandang kehadapan,supaya kes ini tidak berulang lagi,kita kena waspada dan berhati-hati bila memilih kerajaan,pastikan kerajaan yg kita pilih bukan kerajaan yg syok sendiri,kerana sentiasa merasa diri nya ‘TUAN’ dan jadilah ianya seperti katak dibawah tempurung.Tanamkan semangat kita sebagai rakyat bahawa kita tak mahu lagi jenis kerajaan sikatak dibawah tempurung ini,kerana sikap katak dibawah tempurung ini lah kerajaan yg ada memandang enteng akan kewibawaan negara lain,yg akhirnya membawa padah.

  30. 30 Mohd Shah Abdullah May 26th, 2008 at 8:47 am

    Assalamualaikum WRT WBT

    Selepas berakhirnya PRU ke-12, isu-isu politik tak pernah sama sekali reda, suhu malah kian panas. Tetapi yang menggusarkan ialah betapa rakyat yang menerima kesan terutama akibat kenaikan kos hidup, contoh mudah ialah harga beras yang melambung. Dato’ Seri, apakah tahun ini yang hanya berbaki kira-kira enam bulan akan terus menerus bergolak dengan isu-isu dan krisis politik. Nampaknya tiada penghujung kerana petanda Kerajaan BN kian lemah manakala gabungan Pakatan Rakyat masih meneruskan strategi yang sukar bagi kami rakyat biasa untuk faham? Apakah jalan ke Parlimen masih jauh berliku atau bagaimana?

    Mohon Dato’ Seri sebagai ikon dan pimpinan utama Pakatan Rakyat rakyat menjelaskan kedudukan ini.

    Wassalam.

  31. 31 antimamak May 26th, 2008 at 10:19 am

    Dalam tajuk Garu Guru Gerai Nyamai
    Penenkanan bahasa bombastik yang di imejkan oleh DSAI amat menggelirukan para pembaca, dimana DSAI pernah menyatakan seramai 30 orang MP akan meloncat parti, tetapi hingga sekarang hanya khabar angin saja, malah tajuk ini juga menyatakan DSAI sedang bertungkus lumus cuba mendapatkan sokongan dari pihak bawahan. Conflict !!!

    2) Rakyat tidak memperduliakan DSAI itu siapa, sekian lama DSAI mengeluarkan kenyataan yang membuat rakyat kurang confident, ini adalah satu penyakit, lama kelamaan , rakyat tidak mempercayai DSAI dengan ungkapan yang seindah bunga lagi !! Awas.
    3) Kuasa rakyat adalah kuasa keramat, mungkin PRU12 DSAI dengan strategi dapat kecermelangan, kalaulah peformance DSAI / keadilan tidak membawa apa apa kemajuan terhadap rakyat, tunggulah rakyat mengambil tindakan. OK. DSAI tolong tutup mulut sebelum melaksanakan apa apa. jangan bangga diri sehingga Cakap kosong yang tidak mengizinkan sokongan rakyat terhadap DSAI.
    Buatlah dulu sebelum beritahu rakyat.

  32. 32 MA azahari May 26th, 2008 at 11:09 am

    umno slama ni takbuat apa pun tk nampak. orang yg tk ada kuasa pun kita mahu mau dia mmnuhi janjinya esok , dimana akal yg Allah anugrah pada kia?

  33. 33 kakaktua May 26th, 2008 at 3:54 pm

    SABAH SARAWAK PLS COMES OUT FROM MALAYSIA AND FORM A NEW COUNTRY

  34. 34 anak kenyalang May 26th, 2008 at 10:03 pm

    Kakak TUA

    Brilliant Idea..but we still need time to change our people mindset
    UNITED STATES OF BORNEO
    apamcm idea itu..haha

  35. 35 SA Rahman May 27th, 2008 at 7:31 am

    Gerakan berpolitik adalah masih musiman sekiranya digagaskan rasa marah, emosional dan gopoh. Politik musiman banyak cacat celanya. DAP telah merangka pelan tindakan dan strategik lebih 20 tahun lalu. Saya juga beranggapan PKR (kalau masih bertahan dalam tempoh 10 tahun lagi) perlu merancang seteliti mungkin untuk menyertai pembangunan politik perdana. Kerja yang gopoh dan hanya berdasarkan sentimen remeh temeh hanya akan mengundang keparahan politik.

    Komen saya ialah:
    1. Perhalusi “orang-orang” yang berada dalam barisan PKR di Sabah dan Sarawak.
    2. Tidak harus ada prejudis terhadap Sabah dan Sarawak (dengan andaian orang Sabah dan orang Sarawak mudah diperlekehkan dan mudah pula dipengaruhi!)
    3. Perjuangan politik tulen hendaklah dilandasi penguasaan ilmu yang tinggi di kalangan ahli.

    sekian, terima kasih.
    Salam sejahtera dan salam perpaduan.

  36. 36 Pejuang Iban Trang Trang Tang May 27th, 2008 at 12:03 pm

    Saya tertarik dengan kata-kata yang diucap oleh DSAI ketika berada di Kpg Gita dan juga di Lubuk Antu. DSAI ada jumpa antuke di Lubuk Antu. tapi apa yang menarik yang saya ikuti ialah DSAI tidak mempunyai wawasan yang sebenarnya untuk Sarawak. Apa yang akan terjadi kepada negeri yanag saya cintai sepelas di nodai sepanjang pemerintahan Brooke, kemudian diikuti oleh Penjajahan Jepun, Perintah Kolonial dan seperusnya dinodai pula oleh kerajaan BN sekarang.

    Yang di hormati DSAI, apakah visi Sarawak di Bawah PKR, siapa yang akan menjadi Ketua Menteri Sarawak nanti setelah lesapnya Dasar Ekonomi Baru (DEB). Saya yakin jika YB Dominique Ng atau YB Richard Wong Ho Leng yang dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak, rakyat Sarawak, khusunya orang Melay yang tinggal di persisir dan kawasan Luar Bandar akan terus diperkosakan lagi oleh parti yang dipimpin oleh DSAI. Lihatlah beberapa orangkah cerdik pandai dari Masyarakat Melayu dan kaum-kaum lain seperti kaum Iban dan Bidayuh yang telah terperangkap dengan kata-kati manis yang dilemparkan oleh DSAI. Mampu kah Nicholas Bawin, yang DSAI kataikan mempunyai pengaruh yang kuat di Lubok Antu mengangkat mertabat harakat bangsa Iban yang menurutbeliau ditindas oleh kerajaan BN. Mampu kab beliau DSAI?

    Jika DSAI menjadi Perdana Menteri pada bulan September, 2008, apakah langkah-langkah DSAI untuk membawa pembangunan kepada kami penduduk yang terpaksa menikmati harga barangan yang begitu tinggi di pendalaman. misalnya harga tong gas pada RM50.00 nun jauh di pedalaman kerana begitu sukar untuk kerajaan yang pernah diterajui oleh DSAI dulu untuk membina jalan raya yang sempurna. Mampuh kerajaan PKR, membawa perubahan untuk meningkatkan kualiti peneuduk di luar bandar. Saya harap jangan jal kami dijadikan ayam-ayam sabung. Yang akhirnya akan mati terkena taji ayam lawm dan yang menang hanya mereka yang mempetratuhkan nasib kami.

    Berapa banyak hasil minyak yang akan DSAI kembailikan kepada kami di Sarawak. 20 peratus tidak cukup DSAI, 30% pun tidak cukup. Mungkin DSAI bagi 95% dan selebihnya 5 peratus untuk kerajaan pusat PKR yang dipimpin oleh Datuk.

    Apalak DSAI akan tuurut memperjuangkan ‘20 prinsip yang termaktub dalam Suruhanjaya Cobould yang menjadi asas kepada nenek-moyang kami menyatakan hasrat mereka bersetuju dalam pembentukkan Malaysia. Jika DSAI tidak dapat menunaikan semua ini. Saya kesai kerana DSAI yang memperjudikan nasib kami seperti ayam sabong yang akhirnya akan mati. Yang menang hanya pemilik-pemilik ayam sabung ini. Sedarlah DSAi jangan lah memperjudikan nasib-nasib anak pribumi yang akan dinodai oleh DSAI.

    Salam Gayu Guru.

    Nya ajak ari aku. Ohang Lubuk Antu.

  37. 37 abd rahim kassim May 27th, 2008 at 6:00 pm

    Datuk Seri,

    (minta laluan sikit untuk Pejuang Iban Trang Trang Tang)

    Kalau dah tahu negeri awak itu dinodai sejak dari zaman Brooke hinggalah ke BN memerentah, buatlah sesuatu untuk bebaskannya.

    Jangan “tersengeh” saja tengok pemimpin kaya raya tapi rakyat menderita.

    Kalau ada orang yang sanggup untuk bebaskan penderitaan rakyat Sarawak, berilah sokongan…

    Ini tidak..

    Orang nak tambah royalti minyak 20%, awak nak minta 95%.

    Tapi orang bagi 5% awak setuju pula…..

    Betul ke awak ini pejuang Iban?

  38. 38 kuan May 28th, 2008 at 1:01 am

    Tak sempat pru 13 malayia hanya tinggal putrajaya;negri lainhabis dituntut negara lain kerana pemimpin yang mengejr rm dan memenui kebuasan nafsu. Kenapa malangnya negara ini.
    Pemimpin dipiih dialangan yang terbodoh anara mereka dan itulah tanda kehancuran

  39. 39 James anak Bond May 28th, 2008 at 1:10 am

    Hello Datuk Seri,

    I am from Sarawak.
    The other three guys with me also from Sarawak.
    We’re called “The Four Horsemen”.
    And we don’t trust you just yet.
    You’ll have to do a lot more to convince us.

    Tak yah main sue-sue; take opinion positively.
    Thank you.

  40. 40 Zubli Zainordin May 28th, 2008 at 9:02 am

    It is good to see you being in touch and closer at heart to the Rakyat especially in Sarawak.

  41. 41 Pejuang Iban Trang Trang Tang May 28th, 2008 at 10:02 am

    Yang bagi 5% royalti minyak bukan zaman saya, tapi zaman nenek moyang saya dulu, zaman Mantan Ketua Menteri Sarawak yang dulu. Bukan Zaman saya, zama saya lain, kita mahu lebih lah, itu lah luahan hati pemuda sarawak masa kini.

    Kalau DSAI tidak dapat tunai, jangan harap kami mahu sokong beliau. Kami diibaratkan sebagai ‘we ride on the pig which sent us to the slaughter house’

    Maksud awak, pemimpin kaya itu siapa adakah ini merujuk kepada DSAI? Ka;au betul, kami tidak mahu emperjudikan nasib kami menyokong DSAI.

  42. 42 jay May 28th, 2008 at 12:48 pm

    Salam dari Sabah,

    Harap dapat memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat. Ada-ada je pemimpin politik PR pisah-pisahkan tanggungjawab dan akauntibiti sehingga dikatakan wakil PKR lah, DAP la, PAS lah. Baru-baru ini, ada undangan seorang wakil rakyat dan dia memperkenalkan diri sebagai wakil PKR! Sama juga di Sabah, DAP dan PKR masih tidak sebulu dan tidak dapat berkerjasama. Contohnya, DSAI melawat Sabah dan memberi ceramah di KDCA, hanya orang tertentu sahaja yang tahu, ramai yang ingin datang tetapi mereka tidak dimaklumkan kalau tidak KDCA akan dibanjiri dengan 10, 000 penyokong. Ini tak sampai pun seribu. Mengapa? Bukan orang Sabah takut, tetapi pemimpin yang takut kalau-kalau ada golongan profesional dan berkeliber menonjolkan kepimpinan mereka maka hilanglah sokongan. So, masing-masing ada agenda dan matlamat sendiri. Tidak dapat dikonsiliasi dan kosolidasi. Rakyat Sabah sangat kecewa. Mereka kata, kalau begitu, mana ada harapan, kalau sokong pembankang nanti kalah kita akan dihukum. Kita ini pegawai kerajaan, peniaga, pekerja swasta dan orang kampung yang sangat mengharapkan bantuan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan. YAKIN kan kami bahawa PR kuat, kepimpinan untuk rakyat. Beri contoh dan bekerja keraslah. Saya percaya rakyat Sabah akan ‘tukar baju’.

  43. 43 Hajjah Maimon Hashim May 28th, 2008 at 1:18 pm

    Tahniah DSAI atas kejayaan PR dalam PRU 12. Saya doakan semoga Sabah dan Sarawak akan bersama PR dalam sedikit masa lagi. Saya sebagai rakyat biasa sentiasa mengikuti perkembangan Dato’ Seri.

    Tahniah and teruskan perjuangan.

  44. 44 meow oren May 29th, 2008 at 5:16 pm

    Dalam kes kesilapan geografi sungguhnya memberikan petunjuk dan petanda yang nyata para pimpinan dari kalangan PR agar tidak mengulangi kesilapan lampau dan sekarang yang tidak memahami kebudayaan dan apatah lagi keikhlasan untuk benar benar menyelami nilai kemalaysiaan.

    Kita di Sarawak benar-benar memberikan harapan agar Malaysia baru dapat diwujudkan dengan semangat yang baru yang tidak memisahkan Sarawak dari radar malaysia.

    Beberapa dasar dan polisi kerajaan sebagai contoh semasa berurusan dengan jabatan pendaftaran Negara ; dlm penamaan anak dan juga dalam pembikinan passport sahaja cukup menunjukkan ketidakprihatinan tentang perbezaan dan kesesuaian pemakaian sesetengah polisi atau dasar yang dibuat.

  45. 45 anak kenyalang Jun 1st, 2008 at 11:54 pm

    Pejuang Iban Trang Trang Tang

    Belik amai nuan tok, berik meh peluang ngagai DSAI membuktikan to all Sarawakian….
    Or nuan tok UKui JABU atau ukui Masing kah? Ka nemu sapa pemimpin kaya nyak….tok list ya….

    TAIK mahmud
    ALfred Jabu NUMPANG
    James Jemut MASING MASING
    GEORGE (chan) of the JUngle…..

    In BM: Bodoh betul awak ne, bagilah peluang untuk DSAI membuktikan kepada SArawakian…..Awak ni barua/anjing Jabu atau Masing kah? Nak tahu siapa pemimpin kaya yang dimaksudkan….inilah list nya…

    Inilah dasar pemikiran JUMUD or dalam bahasa iban “PALOI”
    belum apa apa dah nak mengutuk….berilah peluang…jgn jadi mcm barua umno di negeri pakatan rakyat…belum setahun Pakatan Rakyat memerintah dah nak semua berubah…AKAL tak adakah?

    Salam Reformasi
    IBAN SAMPUN

  46. 46 org swak. Jun 27th, 2008 at 10:57 pm

    dsai hanya tahu mempecah belah kan kaum-kaum yang ada di swak.sepatutnya org swak yg ada pendidikan tinggi seharusnya tidak mempunyai otak yg sama dgn dsai.sbgai bekas kakitangan kerajaan dan bekas pemimpin kerajaan kenapa dsai kutuk kerajaan,klu tidak kerana kerajaan yg pernah beliau sandang mana datangnya gelaran datuk seri,klu betul dsai anti kerajaan,lucutkan semua gelaran yang dia dpt termasuklah isterinya.dsai adalah batu api yg sgt bahaya.klu dsai mengatakan yg pemimpin umno / bn suka rasuah,dan sebagainya maka samalah juga pemimpin dari pkr,dap atau pas.ingatkan semakin tinggi pendidikan semakin cerdik rupa semakin mudah di pengaruhi dgn pujuk lagi teruk.klu betul dsia bijak sekarang turunkan harga minyak dan keperluan yg lain.tunjukkan kehebatan mu dlm menangani isu tersebut.jgn asyik tuduh kerajaan tidak bertimbang rasa /tiada rasa simpati pada golongan yg miskin. buat dulu dan jgn cakap kosong,

  47. 47 INTELLIGENCE DAYAKS Jul 11th, 2008 at 10:25 am

    I, ON BEHALF OF SARAWAKIANS REJECT THE 20% OFFER FOR THE OIL ROYALTY. WE WANT SARAWAK TO BECOME FULLY INDEPENDENT. WE DON’T 20 %. JUST LEAVE US ALONE!!!!!!!!!

    ANWAR!!! LEAVE US ALONE!!!!

    IF YOU BECOME THE PRIME MINISTER, GET SARAWAK OUT OF MALAYSIA!!!

    YOU MAYBE A GOOD LEADER, BUT HOW ABOUT YOUR FOLLOWERS?
    THEY WILL REPEAT THE SAME THINGS DID BY UMNO FELLOWS.

    GET US OUT!!!!!
    GET US OUT!!!!

  48. 48 suka makan Jul 22nd, 2008 at 1:27 am

    assalammualaikum dato’seri…mula2 i nak tahniah dgn u kerana u dah jadi symbol kebangkitan rakyat malaysia n marilah kita setiasa berdoa supaya kita tabah dgn rintangan2 n supaya Allah SWT melindungi negara n kebenaran…i frust btul i x sempat tgk ur speech kt stadium kelana jaya hari tu…i smp2 je u dah bye2…huhu…
    dato’ seri…nak tanya ckit…kalau u jadi PM, apa plan u dengan sarawak? i da letih da org melaya dok kata kita kat sarawak duduk dalam hutan pakai cawat, pegi sekolah naik sampan, n then, dok pesan kt ktaorg jangan culture shock kalau dtg kt semenanjung…actly, memang ramai pun yg msh pg skolah naik sampan..for example kt kuching, sampan a.k.a penambang (taxi air) adalah salah satu daripada pengangkutan awam yg agak popular…jimat masa n xpayah redah jam..so, pasal naik sampan tu i cool je..kalau org KL naik LRT, kitaorg naik sampan…tapi, dari zaman i kecik2 smp sekarang sama je nasib pak tambang (driver sampan)…bukanlah kita nak tukar design or nak suruh pak tambang pakai bot mcm yg kt putrajaya nu…jd mcm kt venice la pulak, kuching, kuching la..jgn jd mcm bukit bintang, da nk jadi negeri arab, pak arab dtg pun frust, ye la, dtg sini ingat nak lepak tengok org malaysia,tapi serupe je ngan nogori dia…mmm…i rasa, setakat u repair system pengangkutan inter bahagian / daerah kt sarawak utk generate economic dah la…u start dari situ, pandai2 la kitaog jalan… u suruh le PTD2 yg bijak pandai tu pikiq mcm mana nak buat freight system yg efective ckit…pelabur pun berselera nak datang…setakat mcm sarawak time ni, carik penyakit je la pelabur2 klau nak buat kilang ka, apa ka kt sarawak…da jd PM nanti, u jangan lupa, sarawak pun malaysia jugak…sekarang ni, sebut pasal malaysia je dok ingat klang valey / KL…minyak naik je kata nak improve sistem pengangkutan awam…improve memang la improve…kt KL improve la…habis, org kt tmpt lain yg dok tuang minyak mahal2 mcm mana? nak naik bas pun x selera…silap2 kena rompak…bas kt swk ni, dari zaman airwolf smp sekarang pun sama je….nanti, bole x u sedekahkan ckit bas2 terbiar yg berlambak dalam poket KJ tu?
    lagi satu dato’ seri, nanti kalau u jd PM, bole x u tengok2 benda2 kecik seperti berikut:
    1. sticker ‘Pemandu Cacat’ tukar jd “pemandu OKU’..
    2. kempen bertimbagrasa d jalanraya kpd pemandu2 bas, lori n pemandu2 lain…
    3. waktu azan, semua stesen Tv n radio at least kena la announce….
    4. memperketat pengawasan kebersihan, halal/haram makanan di kantin sekolah
    5. mengganti perkataan ‘islam hadhari’ dgn ‘konsep hadhari’.
    6. U tolong cakap kt org2 proton, “korang ni x reti nk design kereta ke? x cukup banyak ke study material kt jalan2 tu?x bole ke korang angkat satu honda ke, toyota ke, korang reverse engineering la…korang tak tengok ke apa jd dgn hyundai/kia? x reti2 nak belajar?korang buat apa 20 tahun kt lab/office?”….
    7. mcm mana nk pulihkan org2 yg berfikiran sempit.
    8. pulihkan sektor pelancongan malaysia..kita byk bahan, tp x pakai btul2..
    9. daripada peraabih duit dok hantar org pg angkasa lambung2 jelly…baik kita develop team buat research pasal enjin hidrogen ka…enjin letrik ka…
    10. mana pegi Akta landskap negara?
    11. sektor perfileman malaysia & kesan terhadap imej negara & tahap mentaliti rakyat
    12. sikap racist yg semakin teruk skrg espclly kt skolah2…
    13. Jelaskan dan terangkan kepada rakyat kenapa org muslim diharamkan dari makan babi…bukannya menghina babi seperti apa yg kita buat skrg…kerana pada hakikatnya, babi adalah makanan kepada kawan2 kita yg bukan beragama islam…adakah wajar kita menghina makanan mereka?…malah,tanggungjawab kita untuk memberi penerangan mengenai hal ini…
    14. standard baru bagi jalanraya di malaysia yg lebih menjamin keselamatan pengguna…cth: offset sekurang2nya 1.5m utk emergency lane & utk pengguna motosikal / basikal…
    15. kawal harga makanan & minuman d kedai mamak..makin hari makin mahal…nasib baik sedap…
    16. mengikis sifat bengis, pemarah dan berlagak dalam jiwa rakyat…
    17. JKR ; kerja2 tampal jalan monitor la ckit….kalau bole, buat sendiri je…jalan teruk, kos maintenance kenderaan meningkat n selalu sebabkan eksiden…kpd kontraktor buat jalan yg terpilih..kalau tampal jalan pun x reti…apa yg korang reti??
    18. rancangan tv mcm jalan2 cark makan..tapi ena la pilih tempat2 yg btul2 sedap.bole la dijadikan info kt rakyat n pelancong…
    19. hentikan pojek2 yg nak menunjuk2 kt org luar n fokus kpd perkara 1-18

    tq..huhu

  49. 49 suka makan Jul 22nd, 2008 at 2:16 am

    satu lagi nak kata…4.0 million hectares (9.8 million acres) tanah kt sarawak yg kata nak buat pertanian…harap2 jadi la…so nanti lagi 10 tahun, xpayah dah la kita nak import2 makanan dari luar…xkan zaman anak2 kita nanti nak beli beras dalam tin kot?

  1. 1 MP Terengganu patut tuntut 20% royalti minyak « arifabdull Pingback on May 25th, 2008 at 1:53 pm

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031