Sebenarnya saya lancarkan Bahagian Lubok Antu, Bintulu dan Seratok di Lubok Antu. Ada kekeliruan seolah-olah Lubok Antu, Bintulu.
Maaf – ngap sayut!
Anwar Ibrahim
——————————————————————————————-
Saya kini dalam perjalanan ke Kuching dan Kuala Lumpur. Di Lubuk Antu, bersempadan dengan Kalimantan Indonesia saya melancarkan KeADILan Bahagian Lubuk Antu, Bintulu. Nicholas Bawin memperliatkan kewibawaannya menarik dukungan masyarakat Iban serta mengungkap permasalahan rakyat termasuk isu tanah, kemiskinan.
Perjalanan dari Lubuk Antu ke Kuching mengambil masa empat jam, kira-kira melelahkan juga. Walhasil berbaloi kata orang Kedah kerana kehadhiran di rumah panjang amat menggalakkan. Sekalung penghargaan kapada penduduk Lubuk Antu, Batang Ai. Dan kapada masyarakat Iban yang akan menyambut hari Gawai 1 Jun nanti saya ucapkan: Gayu Guru Gerai Nyamai.
Semalam setibanya saya dan Dr Jeffry Kitingan di Kuching, saya mengadakan dialog dengan 60 orang tenaga profesional Sarawak yang baru menyertai KeADILan. Sebelum itu acara dipenuhi pimpinan negeri dan Tian Chua.
Selesai maghrib saya menghadiri jamuan bersama masyarakat Cina anjuran Dominic Ng.
Kemudian kami ke kawasan pinggir kota, Kg Gita menyampaikan ceramah bersama Wan Zainal di hadapan ribuan penduduk Islam.
ANWAR IBRAHIM
















