Comments on: Malaysia’s Defining Moment and the New Economic Agenda – Singapore CLSA Keynote Speech

By: Pluralisme Agama : Anwar Perlu Dikaunseling ? | AIDC
[...] Pertama pada 18 Mac 2010 semasa Anwar berucap di London yang bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World”[klik di sini] dan keduanya pada 20 Mei 2008 di Singapura. Klik di sini [...]

By: Student
Well done mr answar ibrahim..hope u can take our nfrom our dummt PM soon..time to walk the talk..WHOLE MALAYSIAN RELY AND WAITING FOR TUNKU

By: Ariff
Assalamualikum Dato seri…..

Sekalung Tahniaah dan Salam Berjuang untuk rakyat secara amnya…Secara peribadi saya amat bangga dengan perjuangan Dato Seri tapi jangan leka ” Musuh Dalam Selimut ” ……..

Wassalam….

By: Hanani AR
DSAI,

Congrats, Bravo, Tahniah…

Bila Dato’ Seri nak buat comeback as a Our next PM?!!

By: razi bakar
Terjemahan langsung bagi orang-orang kampung:

(terima kasih pada Hj. Zakaria yang turut membantu penterjemahan)

harap maaf jika ada kesilapan.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Tanggal 8hb Mac, dengan keberanian mutlak dan penuh keyakinan rakyat Malaysia memberikan mesej yang cukup jelas kepada tampuk pemerintahan yang sedia ada bahawa mereka tidak lagi boleh bertolak ansur dengan kerajaan yang rasuah dan tidak berkelayakan.  Berbekalkan keazaman yang tidak pernah disaksikan sebelum ini, mereka memilih untuk mengundi keluar Barisan Nasional di 4 buah negeri dan mengakhiri cengkaman majoriti dua pertiga mereka  di Parlimen.

Apabila berakhirnya (proses pengundian dan pengiraan), Pakatan Rakyat berjaya menawan 5 buah negeri yang merupakan penyumbang kira-kira 60% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Tidak sekadar itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga hampir berjaya diwakili secara mutlaknya oleh wakil-wakil Pakatan (Rakyat) di Parlimen. Selepas memegang kuasa selama 5 dekad, hakikat ini sukar diterima oleh Barisan Nasional yang masih belum sedar akibat pukulan kekalahan yang hebat tatkala UMNO yang merupakan parti tunggak (BN) berkelocak dengan masalah dalamannya.

Di dalam lakaran yang bersejarah ini, keberanian dan kesatuan matlamat  rakyat amat luar biasa sekali. Selepas menderita akibat penindasan berterusan rejim nanar yang amat selesa dengan budaya rasuah, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa, rakyat bersatu teguh dan memilih untuk â€˜menentangâ€™ mereka secara langsung dan berdepan.

Pada hemat saya, 8hb Mac 2008 simboliknya adalah kelahiran era baru dimana â€˜batu hamparanâ€™ perkauman dan agama yang menjadi galasan dan beban kita selama 50 tahun ini akhirnya telah pecah berderai. Rakyat telah merobah suasana politik di negara ini dengan hanya satu goresan sakti mata pena, dengan tidak menghiraukan sama sekali ancaman berterusan â€˜pakatan sulitâ€™ badan pilihanraya dan tipudaya kotor pihak-pihak tertentu.

Titik tolak ini sesungguhnya adalah lembaran baru bagi Malaysia sepertimana yang berlaku di Indonesia tidak berapa lama dahulu apabila gelombang reformasi menghempas membawanya ke arah demokrasi bebas dari kediktatoran.  Begitu juga dengan Myanmar, walaupun masih ditindas dek kuku besi tentera yang terbukti lebih kuat dari laungan syahdu menuntut keadilan dan kebebasan.

Agenda Ekonomi Baru telah dirangka dengan membawa bersamanya visi jangka panjang yang strategik untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang makmur dan dinamik, berdaya-saing bukan sahaja di rantau ini, malah di peringkat antarabangsa. Kita bukan bercakap sekadar melepas batuk di tangga, tidak sama sekali strategi berhelah bagi mencapai matlamat politik semata-mata. Agenda ini merupakan satu program menyeluruh, yang kami sesungguhnya percaya mapan untuk jangkamasa panjang. Berdasarkan pemerhatian terbaru, generasi muda Malaysia kini adalah lebih terbuka dengan polisi yang berteraskan sosio-ekonomi berbanding yang bertunjangkan kaum (atau perkauman). Umumnya bersetuju bahawa layanan hak istimewa seharusnya diberikan kepada golongan miskin dan terpinggir, dengan tidak mengira kaum dan agama. Kepercayaan terhadap dominasi sosial dan kaum tertentu yang lebih berkuasa (dari kaum lain)  tidak mendapat layanan di kalangan rakyat kecuali bagi golongan keras kepala yang masih jumud dengan ideologi politik yang usang dan ketinggalan.

Inilah sebab mengapa Agenda Baru kami bukan sekadar hanya mementingkan ekonomi semata-mata. Keupayaannya bergantung kepada prinsip-prinsip demokrasi, keadilan sosio-ekonomi, kesaksamaan merebut peluang dan kebebasan beragama. Tidak ada percanggahan sama sekali mengibarkan panji kesaksamaan peluang dan (pada masa yang sama) berbicara soal layanan hak istimewa, kerana medan yang rata tidak akan sekali-kali menjadi rata kecuali dan sehingga golongan miskin dan terpinggir dibebaskan dari cengkaman kezaliman.

Landasan terbesar yang merupakan batu asas Agenda Malaysia Baru ini berteraskan polisi-polisi yang dirumus khusus untuk memberikan pulangan maksimum kepada keseluruhan rakyat seluas mana mungkin supaya taraf hidup marhaen di Malaysia dapat dipertingkatkan. Projek yang bermegah-megah akan dimansuhkan. Dana awam akan difokuskan ke arah pembangunan insfrastruktur seperti pendidikan, kesihatan dan pengangkutan. Tidak ada keraguan langsung bahawa kami akan bersikap pro-perniagaan, dimana Agenda Baru ni akan turut membaiki ketidakadilan sosial yang lahir akibat kuasa pasaran bebas. Aktiviti mengaut keuntungan sementara sebagai contohnya harus terus diberhentikan. Pemasaran yang menindas akan diharamkan (dari segi undang-undang). Satu struktur pengawasan yang lebih lengkap akan dirangka dengan sebahagian besar masukannya adalah dari kalangan peniaga yang tulin. Tidak dinafikan ianya akan menimbulkan tanggapan bahawa ini adalah agenda â€˜populistâ€™ yang cuba mengambilalih prinsip-prinsip pasaran terbuka. Bagaimanapun, Agenda Baru ini mempunyai halatuju membawa Malaysia menuju ke arah negara maju yang dibina atas kepercayaan rakyat serta bertanggungjawab, telus dan mempunyai pentadbiran yang baik.

Marilah kita cuba mencari jawapan kepada persoalan ini bersama-sama: Apakah status Malaysia pada hari ini? Sebagai contoh, kita mendengar ahli-ahli politik berbicara betapa mewahnya Malaysia berbanding negara-negara jirannya, dan keupayaannya bangun dan pulih dari krisis kewangan yang melanda negara-negara Asia pada 1997. Bagaimanapun, hakikatnya ialah sangat berlainan: Korea Selatan dan Taiwan pada 1970an adalah lebih miskin dari Malaysia tetapi pada hari ni pendapatan per kapita mereka ialah sebanyak US$19,200 dan US$15,270. Sedangkan per kapita Malaysia hari ini sekadar US$6,240. Kita belum lagi berbincang soal Singapura, bandaraya yang mempunyai 4 juta penghuni. Dengan (per kapitanya) US$30,810, ianya adalah lima kali ganda dari di Malaysia. Jurang besar ini tampaknya lebih ketara apabila kita memikirkan hanya 30 tahun dulu Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Singapura.

Jika kita mengkaji dengan lebih terperinci kita akan sedar betapa lebih merunsingkan angka-angka ini sebenar-benarnya. Senario pendapatan per kapita hanyalah merupakan sebahagian dari gambaran lengkap yang sedia ada. Apa yang tidak tersurat ialah Ketidakserataan Kasar Agihan Pendapatan (GINI). Pada 2005, Malaysia tersenarai sebagai negara Asia Tenggara yang mempunyai koefisi GINI yang paling teruk, lebih rendah dari Indonesia dan Thailand. Sepertimana yang diketahui, sebagai tolok ukuran dalam mengira ketidaksamaan/jurang pendapatan, angka 0.47 meletakkan Malaysia hanya di tangga kedua di Asia jika tidak kerana Papua New Guinea (yang berada) di tangga teratas. Ini adalah dakwaan terbaik untuk membuktikan kegagalan Dasar Ekonomi Baru (NEP), yang dirangka hampir 4 dekad yang lalu. Apabila mengambilkira jurang (pendapatan) antara (penduduk) bandaran dan pedalaman dasar ini juga sangat huru-hara. Pada tahun 1999, pendapatan penduduk pedalaman hanyalah 55% dari mereka yang di bandar, dimana jumlah kemiskinan tertinggi adalah di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak yang mempunyai majoriti penduduk Bumiputera.

Sudah tentu pembangunan tetap wujud di negara ini tetapi kita tidak melihat apa-apa yang membanggakan terhadap angka-angka yang ada, kecualilah jika kita masih mahu membandingkan Malaysia dengan negara-negara di Afrika. Lebih mengecewakan, statistik pengurangan kadar kemiskinan di Malaysia tidak boleh dipercayai disebabkan kadar asas yang digunakan adalah tidak munasabah.

Setakat ini, isu yang paling hebat (terhadap kegagalan DEB) ialah bagaimana golongan atasan pihak pemerintah menyalahgunakannya untuk memuaskan hawa nafsu mereka membolot kuasa dan kekayaan. Tidak ada keraguan lagi bahawa kebejatan ini dilakukan secara sangat sistematik oleh parti-parti komponen kerajaan dengan kerjasama erat diberikan oleh UMNO bagi menindas hak-hak Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan yang sepatutnya mendapat manfaat dari DEB.

Atas nama DEB dan untuk manfaat Bumiputera kononnya, prosedur tender yang terbuka, telus, penilaian bebas isu-isu penswastaan, agihan perolehan, semuanya telah diketepikan. Tetapi fakta-fakta yang dikumpulkan bertentangan dengan apa yang didakwa. Hanya bandingkan jumlah yang dibelanjakan untuk biasiswa dengan berpuluh-puluh billion ringgit yang dikaut oleh segelintir pihak tertentu dalam penerimaan anugerah (projek), AP, kontrak kepada keluarga dan kroni, dan berbillion ringgit lagi yang diperolehi dari skim serta projek-projek penswastaan.

Rakyat telah membayar kos yang tinggi akibat penyalahgunaan hebat polisi ini. Hari ini mereka membayar harga yang lebih tinggi untuk air, tenaga dan juga tol-tol di lebuhraya. Suara dan protes rakyat ibarat mencurahkan air ke daun keladi.

Kemerosotan pelaburan terus asing (FDI) begitu juga dengan syarikat persendirian domestik sangatlah serius. Keruntuhan ini telah menyebabkan prestasi Malaysia berada di bawah negara-negara serantau. Sejak 5 tahun yang lepas, India menyaksikan nisbah pelaburan terhadap GDP nya meningkat dari 25% ke 34% dan Brazil naik dari 15% ke 27%. Nisbah ini bagaimanapun merudum di Malaysia dari 8% ke 4% dalam tempoh masa yang sama. Penurunan ini merupakan salah satu yang paling curam di seluruh dunia. Apa yang dapat ditafsirkan dari angka-angka ini ialah kemerosotan aras dayasaing dan tahap keuntungan syarikat-syarikat (di Malaysia). Percayalah, suasana ini tidak akan pulih ke arah yang lebih baik kecuali langkah-langkah yang lebih drastik diambil untuk memulihkannya. Pada hakikatnya, Malaysia juga telah jatuh dua anak tangga dari tahun sebelumnya dalam Index Dayasaing Dunia untuk 2007/2008.

Masih juga pihak berkuasa di Malaysia melaungkan apa yang digambarkan sebagai lebihan akaun semasa yang hebat, kenaikan dari 8% pada tahun 2002 kepada 14% pada tahun 2007. Apa yang sebenarnya berlaku ialah, pelaburan telah merosot dan dengan itu import barang-barang asas juga turut berkurangan. Kadar pertumbuhan di Malaysia juga menunjukkan bahawa peningkatan yang didakwa ialah dari penggunaan (hasil barangan) tempatan. Apa yang tidak didedahkan ialah, bagaimana pertumbuhan ekonomi sebenarnya dipacu dengan pinjaman (dana) sehingga tahap keberhutangan invididu telah menjadi yang tertinggi di rantau ini. Hanya pada tahun lepas saya bercakap tentang pengajaran dari krisis kewangan Asia pada 1997, persoalannya sekali lagi: adakah pihak berkuasa di Malaysia mempelajari apa-apa darinya?

Malaysia ketinggalan di belakang (negara-negara) ekonomi lain walaupun terdapat kepelbagaian komoditi dan keupayaan pengeluaran dan juga secara relatifnya mempunyai (kemudahan) insfrastruktur fizikal yang baik. Kebolehsaingan kita terjejas kerana kegagalan membangunkan dan mempertahankan inovasi modal insan. Pengaliran keluar tenaga mahir (brain drain) sangat masyhur sekali. Ianya tidak lain dan tidak bukan mencerminkan kecacatan asas dalam menguruskan institusi pendidikan dan polisi dalam mentadbir tenaga sumber yang pelbagai. Pemikiran kolot yang hanya menyokong sektor pengeluaran sebagai penjana utama pertumbuhan ekonomi haruslah ditukar seiring dengan era dimana maklumat dan pengetahuan menjadi batu asas terhadap pertumbuhan dan dayasaing. Kita juga menderita akibat kos yang tinggi untuk menguruskan perniagaan, dimana ini mencerminkan kegagalan untuk memastikan piawaian pentadbiran yang baik diikuti dan tuntutan pertanggungjawaban dipenuhi. Pada akhirnya, prinsip-prinsip ini akan terus dipelekehkan apabila mereka yang memegang amanah rakyat tunduk kepada godaan kuasa dan menjadi mangsa kepada kanser rasuah yang menular.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Di Raja berkenaan skandal V.K. Lingam menunjukkan kesungguhan kami untuk mendedahkan salah guna kuasa yang mengganggu institusi tertinggi (iaitu kehakiman). Kehakiman di Malaysia yang mana suatu ketika dahulu dianggap sebagai salah satu yang terbaik di dunia telah dikompromi. Merasuah hakim, penghakiman di balik tabir (hantu), rundingan â€˜jual-beliâ€™ bagi lantikan hakim-hakim, semua ini adalah bukti-bukti campurtangan eksekutif yang merosakkan kehakiman melalui salah guna kuasa golongan kaya dan berkuasa. Tidak ada perkataan yang dapat menghuraikan peri pentingnya badan kehakiman yang bebas dan berkeupayaan untuk merealisasikan Agenda Baru, kerana hilangnya institusi yang seperti ini akan mengakibatkan kedaulatan undang-undang ibarat telur dihujung tanduk.

Apabila keadilan boleh diperdagangkan, implikasinya terhadap ekonomi adalah terlalu jauh dari jangkauan. Pelabur asing mahukan penghakiman yang adil dan tidak berpihak terhadap pertikaian yang melibatkan isu-isu komersil. Hakikat bahawa kebanyakan kontrak-kontrak antarabangsa dilancarkan samada di Hong Kong atau Singapura sebagai forum perantaraan berbanding Kuala Lumpur mencerminkan taraf keyakinan (yang kurang) komuniti perniagaan antarabangsa terhadap sistem kehakiman di Malaysia.

Dari satu koridor ke satu koridor yang lain, dengan jaminan wang berjumlah berbilion ringgit yang kononnya akan dicurahkan bagi projek insfrastruktur dan lain-lain, kerajaan Persekutuan masih mahu rakyat menelan janji-janji mereka yang berskala raksasa seolah-olah projek mega yang dilaksanakan oleh pentadbiran sebelum ini hanyalah sekadar projek kerdil. Keborosan berbelanja merupakan amalan konvensional Barisan (Nasional) yang menyumbang terhadap kekacauan ekonomi di negara ini. Mereka telah memberikan tafsiran baru terhadap ekonomi bahagian-bekalan atau â€˜supply-sideâ€™ dimana mereka mengandaikan bahawa tidak ada batasan untuk mendapatkan bekalan dana/duit.

(â€˜supply-sideâ€™, wikipedia: economic growth can be most effectively created using incentives for people to produce (supply) goods and services).

Sejarah telahpun membuktikan bagaimana dahsyat kesan-kesan yang boleh berlaku berlandaskan falsafah sedemikian rupa. Ditempa atas dasar tamak haloba dan berkepentingan, projek-projek sedemikian hanya mampu bernafas sekiranya yang mendapat manfaat daripadanya adalah kroni-kroni, ahli keluarga dan konglomerat-konglomerat yang mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan.

Sehubungan dengan itu, projek-projek yang telahpun diluluskan untuk dilaksanakan sebelum pilihanraya telahpun dibatalkan kerana sebahagiannya berada di dalam negeri-negeri yang ditawan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Barangkali ini ibarat gantung tidak bertali kepada negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan akibat tidak mahu bersubahat dengan kerajaan yang dikawal oleh UMNO untuk merompak hasil titik peluh rakyat. Mereka ini mesti bertanggungjawab akibat dari perbuatan mereka.

Walaupun terdapat kebimbangan-kebimbangan ini, perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini akan tetap dihormati, kecuali jika terdapat penyalahgunaan yang melampau dan rasuah. Kami akan mencari kaedah baru berurusan dengan pelabur-pelabur antarabangsa berteraskan prinsip daya-saing yang bertanggungjawab yang merangkumi pemuliharaan, kemapanan dan amalan buruh yang saksama.

Agenda Ekonomi Baru mengiktiraf kepelbagaian etnik di Malaysia dan sejajar dengan itu ianya diperkasakan dengan dasar yang akan memupuk dan memelihara masyarakat majmuk dan boleh bertolak ansur. Ini semua sebenarnya adalah merupakan mangkin selaras dengan hasrat untuk melahirkan kontrak sosial dalam membina negara yang armoni, adil dan saksama. Semua ini tidak akan dapat dikecapi tanpa Agenda Baru yang lebih relevan dan adil kepada semua. Kaum Bumiputera telahpun bersedia menyahut cabaran ini kerana ianya akan terus memberikan layanan istimewa bagi membantu golongan miskin dan terpinggir. Kebimbangan bahawa ini akan meghakis hak-hak istimewa kaum bumiputera ini hanya merupakan hasutan perkauman pemimpin-pemimpin UMNO kerana mereka kerugian besar akibat agenda baru ini.

Oleh kerana bimbangkan prospek sumber pendapatan rasuah mereka terjejas atau terhapus sama sekali, mereka mengambil jalan lain untuk terus mengapi-apikan isu perkauman ini melalui media-media perdana yang dikawal oleh mereka. Dasar kami adalah mudah dan cukup terang. Bukannya kami hendak mengenepikan terus prinsip-prisip hak istimewa (bumiputera) sepertimana yang terdapat  di dalam Dasar Ekonomi Baru, tetapi kami akan menerapkannya melangkaui batasan kaum berdasarkan keperluan. Persoalannya: Patutkah kita bersekongkol dengan dasar yang mengkayakan yang kaya dan menindas yang miskin ataupun tidakkah kita sepatutnya menyokong satu dasar yang memberikan bantuan saksama bagi semua rakyat Malaysia yang memerlukan?

Sekali lagi kepada mereka-mereka yang terus mahu memesongkan pemikiran rakyat dengan memutarbelitkan isu yang kononnya Agenda Baru ini adalah dasar anti Bumiputera, saya ulangi bahawa kepentingan Bumiputera tidak akan sekali-kali dikompromi kerana kami sangat bertekad untuk membina satu sistem baru yang adil dan saksama. Dalam order baru ni, tiada siapa akan tertinggal kebelakang atas nama kaum atau agama. Tidak sepertimana skim yang sedia ada, Agenda Baru akan melaksanakan mekanisme-mekanisme yang sewajarnya bagi memastikan bantuan kewangan sampai kepada kumpulan sasaran. Sebagai contoh, peniaga-peniaga kecil yang sebilangan besarnya adalah kaum bumiputera akan beroleh manfaat yang lebih baik berbanding berada di bawah DEB.

Sesetengah penghasut menyatakan bahawa dalam menuju ke arah ekonomi pasaran terbuka yang lebih terkawal, akan menyebabkan instrumen sosial dilupakan. Kami menjawab dengan mengatakan bahawa kami tidak ada niat sama sekali melupakan janji-janji pilihanraya kami yang antaranya untuk menyuburkan keadilan sosial. Kami tanpa ragu membela persyarikatan terbuka Hayekian tetapi kami tidak fikir â€˜tangan ghaibâ€™ Adam Smith akan menjadi responsif terhadap peredaran zaman. Dengan itu, dimana perlu, dengan memetik kata-kata John Kenneth Galbraith, kami bajai pasaran terbuka dengan dos campurtangan kerajaan yang secukupnya bagi membetulkan ketidakseimbangan sosial yang saling dibantu dan dipengaruhi kuasa pasaran bebas tulin. Kami tidak fikir kami perlu meminta maaf dalam memperjuangkan dasar tenaga, kesihatan dan pendidikan yang bertujuan untuk mengurangkan beban kenaikan kos hidup yang tinggi. Kami memanggilnya Ekonomi Kemanusiaan.

Ingatlah bahawa diagnosis kami terhadap ekonomi Malaysia dan keadaan negara kami pada masa ini, Agenda Baru ini akan menetapkan pemacu-pemacu yang akan membawa Malaysia keluar dari kesengsaraan ini ke kemuncak yang lebih tingi.

Dalam ertikata lain, langkah-langkah tertentu akan diberi tempat untuk memastikan pelaburan swasta dan juga FDI akan kembali dengan lebih baik lagi. Syarat-syarat yang diutamakan untuk menjadikan Malaysia merampas kembali statusnya sebagai destinasi menarik bagi para pelabur mestilah merangkumi kedaulatan undang-undang, badan penguatkuasaan dan insentif untuk membangunkan modal insan. Pada masa yang sama, dengan perlaksanaan pengurusan makroekonomi yang lebih berhemah, pertumbuhan akan dirangsangkan tanpa hilang arah kawalan. Ekonomi kerajaan negeri dibawah kerajaan Pakatan Rakyat akan menadi lebih mampan dan bertenaga. Di sebalik usaha Kerajaan Persekutuan untuk memberhentikan projek-projek pembangunan, kami yakin bahawa ekonomi negeri-negeri ini akan mampu bertahan dan melangkah ke hadapan. IKS juga turut mendapat manfaat daripada dasar yang memberikan pengiktirafan kepada mereka di dalam ekonomi yang menjadi lebih global ini. Jagalah kepala, maka dengan sendirinya ekor akan terpelihara.  Dengan ketelusan dan ketanggungjawaban ditempatnya, kronisme dan korupsi akan mati dengan sendirinya dan dengan itu akan mengurangkan kos transaksi disamping meningkatkan mutu perkhidmatan.

Izinkan saya mengakhiri ucapan ini dengan memohon maaf kepada Shakepeare: Sekarang musim dingin ketidakpuashatian kami membawa musim panas yang lebih gemilang dengan sinar suria Agenda Ekonomi Baru Pakatan (Rakyat). Keberanian dan azam adalah teras kejayaan demi menggantikan yang lama dengan yang baru, yang lapuk dengan yang berfungsi. Tanpa perubahan paradigma ini, Malaysia akan terus hanyut di dalam lautan yang tidak menentu dan mungkin terdampar di pulau yang ditinggalkan. Kita mesti berani menempuh arus jika ianya membawa kebaikan ataupun kita akan terus menerus hanyut di dalam perjuangan kita.

Terima kasih

By: ibn bakar
Alaaaaa….Ezam tu dah mula rasa terpencil. Sekarang mula nak cari populariti semula. Di waktu pemimpin UMNO mula meninggalkan partinya, bijakkah kalau kita pula masuk UMNO ? Baik kamu ( Ezam ) minta maaf dengan sekelian ahli PKR dan rujuk kembali….

By: » Anwar’s New Economic Agenda Super-spin
[...] In CLSA Corporate Access Forum in Singapore on Wednesday, the self-proclaimed “saviour of Malaysians” said: [...]

By: Sonia
Well, I hope that you will remember this very agenda when you are in power.