Maka lengkaplah sudah urutan Presiden Umno yang meninggalkan parti dari era Dato’ Onn Jaafar hingga Tun Dr. Mahathir
Alasan terkini adalah demi bangsa Melayu, tetapi jika PM Abdullah berundur, beliau akan menyertai Umno semula.
Arakian tambah berkecamuklah Umno. Pemimpin saling berebut dan bercakaran dan rakyat tidak terbela.
Kepada rakan dan taulan, tingkatlah amal, pastikan Parti mantap, program utuh dan agenda membela rakyat terlaksana.
Politik bukan arena sepak terajang tetapi wadah perjuangan!
ANWAR IBRAHIM



















datuk seri betul ker nk amik kerajaan pusat ni? jgn sembang jer…. datuk seri, saya ada kwn anak kepada datuk kamarudin md nor (kelantan), oleh kerana saya tak berapa semak keputusan election di kelantan, haritu berkesempatan jumpa dia tanyer lar… ayah hang menang?.. dia jwb kami sekeluarga syukur kalah, jadi apa pendirian datuk seri tentang datuk kamarudin, dia masih sokong datuk seri walaupun dalam umno,mungkin ada tekanan yang dikenakanterhadap beliau sewaktu ditahan isa kerana cuba bersama datu seri… bagaiman hubungan datuk seri dengan golongan2 seperti ini… ini aset penting sebenarnya.
Reply
dato seri,
i am malaysian chinese and i dislike UMNO politician to play race card as to win malays sentiment or invoke it.the father of race card (Mahatir) raise it occasionaly merely to win support for his own political agenda. we , chinese and other races had enough of bashing or being threated as the BOGEY MAN , each time they (umno )power broking amongs themself.
we , the malaysian of others race hope that PKR and PR will govern malaysia asap and kick race politics out of malaysia forever.we, the malaysian wishes you all the best as you are the only hope to kick out UMNO dirty politics.
Reply
ANWAR IBRAHIM
PENGANUT SOSIALISMEKAH DIA?
Oleh: Mokhtar Petah
Kenangan manis tujuh tahun di Kuala Kangsar;
Pendedahan ilmu berguna;
Guru berketerampilan dan dedikasi,
Sahabat karib lagi setia;
Solat di masjid Ubudiah;
Nasi lemak di restoran tepi sungai (malangnya diroboh kini);
Berceramah di Sayong;
Berkenalan di kota Lama kiri;
Ziarah makam almarhum Ustaz Zulkifli Mohamad;
Berkenalan dengan Mokhtar Petah;
Selain MCKK ada kalanya bersua rakan di GEGS;
Wah, tempat jatuh lagi dikenang;
Inikan pula tempat bermain dan mula berjuang.
5 November 2006 Anwar Ibrahim
Kira-kira 19 bulan yang lalu, mantan Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melontarkan ke maya, sebuah sajak karyanya yang mengenangkan kepada zaman dia menuntut di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) selama tujuh tahun, iaitu sekitar tahun 1960-an.
Sajaknya itu ditulis Anwar Ibrahim kerana memenuhi hajat peminat atau pengikutnya, Nizam, melalui laman blognya.
Dalam sajak Anwar Ibrahim itu, pada baris yang ke sepuluh, iaitu di bawah barisan ‘Ziarah makam almarhum ustaz Zukifli Mohamad’. Maka harini, iaitu setelah 19 bulan sajak itu terlontar ke maya, maka, saya rasa terpanggil untuk menulis seperti berikut; sama ada tentang Anwar Ibrahim selama menuntut di MCKK dan sebagai pejuang terbilang.
‘Guru berketerampilan dan dedikasi;
Sahabat karib lagi setia’
Semua guru yang mengajar di MCKK adalah terdiri daripada mereka yang berkelayakan (lepasan universiti bidang pendidikan), dedikasi dan bertanggungjawab kepada tugas masing-masing. Di antara mereka, Muzaffar Desmon Tat, berasal dari Australia. Telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan seorang gadis, di Bukit Mertajam. Ustaz Abdul Rahman, guru agama. Dari Bukit Gantang, Perak. Dia seorang guru yang aktif dalam aktiviti pelajar, di antaranya majlis dan peraduan syarahan, majlis agama dan kebudayaan.
Sebuah jawatankuasa khas di MCKK telah meminta mengendalikan kursus ‘kewartawanan dan hal ehwal antarabangsa’ untuk kira-kira 180 orang pelajar kolej itu yang akan melanjutkan pelajaran ke beberapa insititusi pengajian tinggi di seberang laut.
Kursus itu diadakan pada tiap-tiap petang Sabtu dan Ahad, selama empat bulan. Anwar Ibrahim tidak menyertai kursus itu,kerana dia bakal penuntut Universiti Malaya.
Jawatankuasa Penganjur Peraduan Syarahan antara penuntut-penuntuk MCKK telah mengundang saya dan dua penulis, Haji Fadzil Khalid (wartawan surat khabar Semenanjung) dan Abdul Latif Hussein (Utusan Malayu) untuk menjadi pengadil syarahan tersebut.
Pada malam peraduan syarahan di Dewan Razak, kolej tersebut, antara penuntut-penuntut yang mengambil bahagian, ialah Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim telah berucap dengan baik, tetapi gaya tangan dan memek mukanya pada ketika berucap perlu diperbaiki. Dia telah berjaya menjadi johan syarahan pada malam itu.
Setelah keputusan diumumkan, saya telah diminta mewakili para pengadil untuk memberi ucapan kepada pelajar-pelajar dalam dewan itu.
Dalam ucapan saya itu, saya telah memuji kebolehan Anwar Ibrahim dan saya telah berkata, ‘ …saya yakin, johan syarahan ini, akan menjaadi pemimpin negara kita pada satu hari nantiâ€. Sebaik-baik mendengar percakapan saya itu, semua pelajar bertepuk dan bersorak dan Anwar Ibrahim melompat dari kerusi di hadapan saya.
Sebaik-baik majlis peraduan itu bersurai, Anwar Ibrahim telah bertanya kepada saya akan bagaimana hendak bersyarah dengan baik. Saya telah memberitahu dia, supaya berlatih di hadapan cermin besar untuk melihat gerak gerinya pada waktu berucap. Di samping itu dia kena hafal ketungan ucapan atau tulisan Presiden Soekarno, Muhammmad Abduh, Syed Qutb dan pemimpin-pemimpin dunia yang pandai berucap.
Kebetulan pada masa itu, saya gemar membaca buku tentang ‘pengintipan’ dan tugas-tuga polis cawangan khas. Saya kira percakapan saya dengan Anwar Ibrahim, saya telah berjaya memasukkan serba sedikit fahaman dan idea saya (boleh dikatakan brains wash) kepadanya (mungkin tidak).
Selain dari itu saya menasihatinya, supaya menggunakan kata-kata yang menarik pada waktu berucap, misalnya ‘iltizam’ dan ‘jihad’ dan kata-kata lain.
Anwar terus berlatih berucap di bilik asramanya.
Di antara rakan-rakan Anwar Ibrahim, ialah Mahsun (pelukis) dan Abdul Rahman, peminat bidang penulisan (kemudian bekerja dalam Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Abdul Rahman Yusof).
Mahson dan Abdul Rahman telah mengikuti bengkel penulisan dan kewartawanan yang saya telah anjurkan, di Kuala Kangsar selama enam bulan.
Pada masa itu, saya adalah penulis pertama di Negara ini yang telah mengadakan kursus dan bengkel ilmu penulisan dan kewartawanan. Lebih seratus orang calon penulis, di antara mereka itu, Baharuddin Kahar (kemudian penulis dan novelis), Mohd. Nur Samsuddin, Nasaruddin Abu Bakar, Shabuddin Hassan, Hashim Panjang Mamat (kemudian bekerja dengan Utusan Malaysia), Abdul Rahman Yusof (bekerja dalam DBP) dan Mahsun (bekerja dengan kerajaan).
Anwar Ibrahim seorang penuntut yang tidak pernah tinggal sembahyang. Bila hari kelepasan, dia sembahyang di masjid Ubudiah, Bukit Chandan dan makan di restoran Pak Kasim, dekat Bazaar dan tepi sungai dekat jambatan ke Bukit chandan. Sekarang restoran dan bazaar itu telah tidak ada lagi.
‘Berceramah di Sayong;
Berkenalan di Kota Lama Kiri,
Ziarah makam almarhum ustaz Zukifli Mohamad;
Berkenalan dengan Mokhtar Petah;
Pada masa itu, pemimpin Parti Rakyat Malaya, Ahmad Boestamam sering datang ke majlis-majlis yang diadakan oleh Parti Rakyat di kampung-kampung sekitar Kuala Kangsar. Setiap kali dia datang ke Kuala Kangsar, dia telah menemui saya. Dia dan saya dua rakan karib, tetapi saya tidak menjadi ahli partinya.
Beberapa orang anggota Parti Rakyat Kuala Kangsar, di antara mereka itu, Haji Fadzil Khalid, Abdul Latif Hussein, Abu Bakar Qasimi, Rashid Ali dan Meor Hashim rapat dengan saya.
Pihak Parti Rakyat yang mengadakan majlis menyambut Maulidur Rasul di Kampng Geliong (kampung pendalaman), Kampung Sayong (seberang sungai Perak) dan Kampung Talang Dusun (dekat Padang Polo dalam Bandar Kuala Kangsar).Melalui saya mereka mengundang Anwar Ibrahim memberi ucapan di majlis-majlis tersebut.
Anwar Ibrahim telah berucap dalam ketiga-tiga majlis itu seperti seorang pejuang politik. Dalam ucapannya, dia telah mengkritik Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Menteri Besar Perak, Datuk Shaari Shafie dan ahli Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) Toh Muda Abdullah Abdul Rauf.
Rakan-rakan Anwar Ibrahim sering melawat ke Kampong Kota Lama Kiri. Ramai orang bijak pandai Melayu lahir di kampug itu,di antara mereka itu, Profesor Sulkili Mohamad (Timbalan Yang Dipertua PAS), Dato’ Dr. Arifin Marzuki, Ir. Ishak Marzuki, Yang Amri Kamaruddin, Dr. Haji Megat Khas dan Senator Mohd. Said Abu Bakar.
Pada masa Anwar Ibrahim menuntut di MCKK , seorang pelajar di kolej itu telah berkahwin dengan seorang janda, di Kampung Kota Lama. Khabarnya penuntut itu tidak dapat meneruskan pelajarannya di kolej tersebut.
“Selain MCKK ada kalanya bersua rakan di GEGS’
Anwar Ibrahim ada seorang rakan – girl friend -, di Government Girls School (GEGS) Kuala Kangsar, iaitu, Rohaya, anak kepada seorang tokoh syarikat kerjasama, Baheran.
Setelah tamah universiti, Rohaya bekerja di sebuah bank di Ipoh. Pada masa Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri, Rohaya seorang tokoh Pergerakan Wanita UMNO Kuala Kangsar dan dia telah dilantik sebagai anggota Dewan Senat – Senator Rohaya Baheran.
Pada masa Anwar Ibrahim meninggalkan MCKK, saya telah tinggal di Ipoh. Pada masa dia menuntut di Universiti Malaysia, ada juga sekali sekala saya melihat dia berdemonstrasi termasuk demonstrasi kemiskinan Baling.
Apabila Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Pendidikan, pada satu pagi saya tertembung dengannya di lobi Kementerian Pendidikan, Pusat Damansara, tetapi kami sekadar bersalaman di hujung jari sahaja.
Pada tahun 1990-an, saya telah menulis sebuah buku mengenai Anwar Ibrahim. Dalam buku itu saya telah mengesakan, bahawa Anwar Ibrahim tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri.
Buku itu telah diproses oleh Karang Kraf untuk diterbitkan. Pada satu hari, saya dijemput oleh salah seorang pengarah syarikat itu, Fahim (rakan anwar Ibrahim masa di Universiti Malaya). Dia memberitahu saya, bahawa dia tidak yakin dengan tulisan saya dalam buku itu mengenai Anwar Ibrahim dan dia mahu saya padamkan.
Saya telah menolak kehendaknya dan saya meminta dia memulangkan manuskrip buku itu kepada saya. Dia telah meminta tempoh sekadar seminggu. Tetapi kira-kira sebulan kemudian saya pergi menemuinya, dan rakan-rakannya memberitahu saya yang manuskrip saya itu telah hilang. Fahim hanya meminta maaf. Maklum dia ada pemilik syarikat dan saya hanya penulis.
Saya telah meneliti Anwar Ibrahim dan susur galur perjuangannya. Dia seorang kuat berpegang kepada Islam dan yakin kepada politik Islam dan dia bukan seorang penganut sosialisme, tetapi entah mengapa, kini, berada dalam perjuangan sosio-demokratik.
Dalam buku saya Abdullah Badawi Penjana Modal Insan (2006), saya telah menulis:
‘Kata-kata ulul albab (cendekiawan) Melayu, “dua orang politikus bersahabat tidak sampai ke hujung dan bermusuh tidak ada hujungnya juaâ€. Demikian agaknya antara Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi.’
‘Walau bagaimanapun, saya yakin sebagai orang Islam dan tegas iman; dalam hati Anwar Ibrahim ada Abdullah Badawi dan dalam hati Abdullah Badawi ada Anwar Ibrahim. Mereka sama bangsa, menganut sama agama, sama kuat iman kepada Allah yang mengajar mereka ‘ar rahman ar rahim’
Tarik tarik akar bayam,
Maman juga pahit daunnya;
Carik carik bulu ayam,
Lambat laun bercantum jua’.
Mengakhiri tulisan ini, saya bertanya kepada Pak Sheikh; kemana hendak membawa orang Melayu dan rakyat Malaysia, kepada negara nasionalis – kapitalis, negara Islam atau negara sosialis-demokratik?
mokhtarpetah@blogspot.com
Reply
Sybas Tun Musa, duri dalam daging dah keluar.
Auta mamak ni tak hilang. Ibarat kura-kura dijentik hidung, kepala menyorok dibawah cengkerang.
Pelan2 kepala mengintai kok ada lagi peluang.
Dah keluar Umno ni senanglah nak lari keluar Malaysia. Apa peduli, tanggongjawab pada Umno dah tak ada lagi, biar Pak Lah selesaikan. Dana berbilion dah menunggu diluar negara. Kemana ya. Argentina?, boleh berkuda, main kuda2 pun selamat disana. Zimbabwi, gengnya dah sediakan istana disana. Tak payah balek Malaysia lah, kes Lingam kira hangus lah. Tak payah berlakun buat-buat lupa. Dah hilang ni sapa boleh cari aku, malaikatmaut pun tak nampak aku.
Reply
Orang politik selalu tersalah gelanggang untuk berpencak silat,kadang2 di pasar malam pun nak berpencak.Apabila wadah perjuangan lari daripada matlamat asal jadi ia akan tersasar jauh nun di sana,tiada jawatan mengaku ada jawatan itu yang susah tetapi itulah antara komponen politik dan politik cara menipu.Kroni telah menetas di sekitar PBT,para2 pemimpin atasan tolong awas mereka yang baru menetas dan mereka yang baru masuk PAKATAN RAKYAT.Ada yang 9hb MAC 2008 baru menyertai KEADILAN jadi mereka yang baru menetas ini pandai bersilat dan berjaya mengalahkan peserta yang lain sebelum ini peserta lain lah yang menyiapkan rumah dan ilmu kepada si pememnang silat.Itu lah politik yang penuh keselitan dalam pada itu suka di ingatkan jika ingin bermain politik TAK BOLEH MERAJUK dan BERJIWA KECIL.Janganlah terlalu menipu kerana apa yang kita tipu orang akan tahu juga akhirnya,janganlah di reka jawatan2 yang tak wujud kerana nak tunjuk hebat di depan parti kawan2.PERJUANGAN PERLU TETAPI MAIN POLITIK ADA TEMPATNYA
Reply
Teringat pesan arwah emak, orang kampung je tapi pandangan emak melebihi politikus durjana ;”kerja betul-betul, biar berkat rezeki, kalau bukan hak kita,banyak macamana pun, tetap bukan hak kita, Allah tarik balik semuanya nanti…”
Awal-awal dulu dia mentadbir, impress jugakalh banyak perubahan nak buat, lama-lama mula terasa, apahal makin hari makin melalut negara tercinta
- kuasa kesultanan & raja-raja bukan dia ke yang mula-mula mencuit dulu
- kuasa kehakiman, bukan dia ke yang mula menganggu..
- bahasa Melayu & jawi , bukan ke dia yang sat bagi tenggelam sampai tak timbui- timbui
- imej Islam bukan dia ke terjemah melulu
- biasiswa anak-anak habis semua tinggal bulu
- jenayah banyak, tanda apa tu…?
banyak lagi ha..senang sat gi sambung..banyak sangat…yang dah depa rosakkan
apa makna pembangunan ? KLCC kembaq lapan pun tak guna…kalau tak semua merasa
Barisan Rakyat , ayuh pulihkan semula tanpa mengira agama dan bangsa..
Reply
Assalamualaikum…
Memang telah kujangkakan inilah balasannya.
Dia dah semakin nyanyuk…
DSAI teruskan dengan gear 3 & 4 tu .. jangan reverse lagi…
Reformasi
Reply
Quitting UMNO is his individual right but what Dr.M is trying to do is very dangerous for Malaysia and Malaysians especially the Bangsa Malaysia idea mooted by the very person himself. Being a past PM it is very unbecoming of him to say non-Malays are taking away Malay assets or non-Malays are not afraid of Malays to demand things from Malays.
One could easily see he is motivated to misguide Malays into going against non-Malays and starting racial unrest. If his intention is to avoid the Lingam’s case from being heard, or to bring down Pak Lah than this is clearly wrong path he is taking. For that Dr.M must be condemned. In fact he is trying to divide Malays for personal agenda. I hope Malays are not misled by him and any changes in leadership must be it in a democratic way. Pakatan Rakyat on the other hand has to ensure Mahathir and his cronies not abuse the influence to destroy Malaysia.
Reply
Inilah manusia yang tak nampak pintu taubat. Allah hijabkan kebaikan akhirat akibat manusia yang suka membuat fitnah. DSAI dah maafkan pun maseh tak mahu mengaku bersalah. Merasakan diri tu hebat. Kepada kalian, baik pemimpin mau pun rakyat jelata berhati-hatilah dengan fitnah. Hati menjadi keras dan akan dileburkan dengan api neraka. Hati ini akan menjadi lembut apabila sentiasa memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya dan mohon ampun dan maaf dari sesiap yang difitnahkan. Kepada kalian, semasa maseh ada lagi dihayat ini bersegeralah minta ampun dan maaf kerana contoh akibatnya dah terbentang didepan mata. Rugi, didunia dan akhirat apabila Allah tidah menyayangi kita dan kita tidah mencari jalan menyayangi Allah.
Reply
Buruknya orang tua yang merajuk.
Bagus juga keluar UMNO ini. Kesemua mantan Perdana Menteri Malaysia mati di luar UMNO (baru). Mungkinkah TDM yang seterusnya? Wallahua’lam. Ajal maut di tangan tuhan.
DSAI telah menjadi pelopor kepada gerakan ‘tidak berguna mengubah UMNO dari dalam’. Nampaknya DSAI telah lebih kehadapan dari TDM.
Syabas dan teruskan berjuang DSAI.
Reply
Saya berharap parti keadilan dan pakatan rakyat dapat menyelamatkan kestabilan ekonomi dan perpaduan rakyat negara ini. UMNO dan BN sudah tidak relevan lagi. Kian hari kian bermasalah masih mengadu siapa yang menyebabkan kekalahan pilihanraya teruk mereka yang sudah berlalu 3 bulan. Mereka hanya pentingkan diri mereka sendiri dan rakyat yang kebanyakan menderita.
Reply
tahu pon politik bukan arena sepak terajang malahan sebagi medium perjuangan (ada tertinggal disitu..) medium perjuangan yang suci dan tulus!
Reply
Dato’ Seri..
Siap sedia…kapal umno dah nak karam…!!!
Saya amat berharap Dato’ Seri akan muncul untuk meminpin rakyat Malaysia..
Selamat Tinggal Umno….( Kesian Tun….sendirian melayan hati yang luka..mana kawan dan rakan yang sering mencium tanganku masa aku berkuasa dulu…)
Reply
Keluar sama masuk pun sama kesannya kepada UMNO. Yang penting di luar UMNO TDM tidak dapat diambil tindakan disiplin oleh UMNO. Akta hasutan ….???? mungkin juga UMNO boleh guna. Kita tunggu dan lihat sama ada Kerajaan UMNO/BN bertindak sama rata atau tidak soal hasutan?????
Anaknya…. bila lagi??? Mungkin tak sekepala???
Reply
Entah mengapa sejarah memahat begitu, semua YDP/Presiden UMNO keluar parti selepas mereka tiada kuasa kecuali Tun Razak (beliau meninggal ketika masih memegang jawatan PM dan Presiden UMNO). Mungkin orang-orang UMNO suka buli bekas presiden mereka menyebabkan orang-orang tua ini terasa hati atau apa yang mereka saran sudah tidak didengari. Jelaslah budaya yang terbina dalam UMNO tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihi orang yang muda (Yang tua dihormati dan yang muda dikasihi) Kalau sesuatu yang asas seperti ini tidak wujud dalam satu organisasi maka nantilah masanya organisasi itu akan dimusnahkan oleh budaya atau amalan itu.
Semoga UMNO terus mula lenyap dari tampuk kekuasaan, Cukup sudah penipuan yang mereka buat, cukup sudah ketamakan yang mereka lakukan dan cukup sudah kehancuran yang mereka amalkan. Mereka kata membela bangsa, memang diawal perjuangan dahulu tetapi kini mereka sendiri mengkhianati bangsa. Mereka tak kasihi anak-anak muda yang akan mewarisi negara ini. Mereka kaut semua tak nak tinggal apa-apa untuk generasi mendatang. Mereka kata nak bela agama, tapi agama mereka persenda sewaktu mereka muda, semasa mereka kuat tapi bila tak berdaya, suara tak laku baru berbunyi nak bela agama, akhirnya pegangan agama orang awam sukar dibela. UMNO telah mmbuat kemusnahan terhadap agama dan bangsa akibat tamak haloba dan pentingkan kuasa.
Reply
Assalamu’alaikum Warahmatullah.
Dato’ Seri, Tun Mahathir yang dulunya sentiasa bersikap gentleman, sanggup berhadapan dengan sesiapa saja akhirnya merajuk setelah tidak relevan lagi dalam Umno.
Reply
Salam..
Haa!! Tun sudah keluar UMNO?? Apakah agaknya muslihat?? Tak sukar meneka mengapa Tun keluar UMNO. Sekian banyak isu dibongkar. Satu demi satu. Tun bertemu DS Najib. DS Najib pengganti PM?? Haha.. apa muslihatt???
Reply
Perhatikan bahawa Ahli #0001 telah keluar parti yang dia sendiri tubuhkan.
Dengan Ahlinya #0001 bermakna parti ini bukanlah parti asal UMNO yang di tubuhkan pada 1946.
Ini adalah UMNO Baru. Bagaimana ia dapat gunakan nama UMNO amat mengelirukan.
UMNO dan segala bentuk nama berasaskan UMNO telah di HARAMkan oleh Makhamah .
Bila manakah Makhamah2 di Malaysia mengisytisaharkan bahawa pengHARAMAN UMNO telah di batalkan ?
Yang seronoknya Saudara Anwar Ibrahim pun masuk UMNO Baru ini lepas itu di pecat!!!!
Life is such a Shakespeareance Theather ……. some of the actors deserving of Oscars!
“2B or X2B” , “my kingdom for a lembu”
Reply
UMNO kata peeeeeeeeegeeeeeeeey daaa…
KUBOR kata maaaaaaaaaaareeey mareeey mareeeeeey!
Tak paham jugak …tak tau nak cakap apa…..
Reply
Lantak kau lah, UMNOOOO!
Rakyat jelata sibuk nak cari duit lebih nak bagi makan anak bini, nak bayar kereta, bayar rumah…kamu pula sibuk bergaduh sama sendiri. Lepas tu, masih lagi berani menepuk dada dan mengumum pada rakyat hanya UMNO yang boleh tadbir M’sia. Parti sendiri kucar kacir, nak tadbir negara. Pooorahh!
Lantak kau lah, UMNOOOO!
Reply
Dengan keluarnya Tun dari Umno, adalah disarankan DSAI melalui Keadilan memberi maklumat tentang cara-cara untuk menyertai Parti Keadilan bagi semua parti komponen BN. Saya sendiri sudah banyak kali ingin membuka cawangan keadilan di Bandar Putri Puchong tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Kita perlu alu-alukan ahli-ahli parti komponen yang telah sedar untuk bersama-sama kita membuat perubahan kearah masa depan negara yang lebih baik. sekian!
Hidup Rakyat! Hidup Pejuang Reformasi! http://www.tvanda.com Saluran Alternatif Anda
Reply
Akhirnya, terserlah akan niat perjuangan Mahathir. Bila duit dah tak boleh nak buat lagi ekoran tiadanya kuasa,maka beliau pun ‘meletakkan keahlian umnonya’.
Tapi Mahathir dan keluarganya maseh mempunyai wang untuk ‘mengikat’ penyokong2 yang baghal.
Reply
Assalamualaikum wbt.
Dato’ Sri
Lukah sudah menadah, pukat sudah di hanyutkan, bila agaknya hasil nak dikecapai. Harap-harap lukah tidak bocor dan pukat tidak koyak.
Wassalam
Reply
Dato Seri Anwar Ibrahim
U. P. Tun Dr. Mahathir Mohammad
Tun pergi tidak disuruh, Tun kembali pada UMNO pun tidak menyusahkan PKR. Kerana UMNO sudah tidak releven lagi.
Pada PKR@PR walaupun Tun berada dalam UMNO tidak merugikan dan Tun tinggalkan UMNO juga tidak menguntungkan PKR. Kerana Tun dianggap oleh PKR sebagai barang yang sudah expire. Rejected maaaaa.
Sebagai seorang penulis yang tidak kurang ajar, saya hormati Tun sebagai ‘barangan antik’ yang perlu disimpan baik-baik di Muzium Negara.
Satu lagi yang mungkin Tun lupa letak jawatan, Tun patut juga letak jawatan sebagai Penasihat Petronas seumur hidup.
Saya tidak mahu mengutuk Tun berlebihan, tapi suka menasihati Tun agar berehat dan beribadat.
Saya tidak suka menulis panjang panjang macam ‘cerpen’ nanti orang bosan membaca atau orang tidak mahu baca langsung kerana terlalu panjang. Biar lah pendek asal tepat dan padat. Asal Tun mengerti cukup lah. He he he tau takper.
HZ.
Reply
salam DSI,
ape strategi tun mahat dgn d najis!!!!ape muslihat yg sedang dirancang, licik licik, hati2 DS, pak lah nampaknyer semakin bertahan, bagaimane ahli2 umno yg lain dan blogger penyapu2 tun!!! belah saje dr umno join PR!!!ade brani???lebih baik fokus kpd rakyat dari melayan tun dan umno yg dh nyanyok!!!!TAKBIRRR……
Reply
Mari lah kita sama2 berdoa kepada Allah, semuga Pakatan Rakyat tetap mantap
dan seterus nya berjaya mengemudi Malaysia tercinta ini.
Reply
Politik bukan arena sepak terajang tetapi wadah perjuangan
(typo in my previous comment)
-Menarik untuk renungan bersama-
Reply
DSAI dah keluar UMNO lom ? Dah daftar keahlian PKR ? kalau dah berapa nombor ahli ?
Reply
Suara keramat rakyat melumpuhkan perjuangan retorik Umno sehingga Bekas Presiden yang sangat berkuasa suatu masa dahulu pun tidak mampu membersihkan Umno dari dalam! Perjuangan rakyat makin terserlah! Umno semakin pupus! maka wadah baru perlu disediakan kepada insan-insan dan pemimpin-pemimpin yang insaf untuk bersatu dengan kita.
DSAI melalui keadilan perlu mengeluarkan tatacara bagaimana ahli-ahli umno yang telah insaf untuk menyertai parti Keadilan rakyat. Perlu disenaraikan alamat cawangan di seluruh negara dan kempen menambah ahli oleh cawangan-cawangan tersebut. Prosedur untuk membuka cawangan baru juga perlu diperjelaskan dengan terperinci bagi memperkuatkan kekuatan parti yang menjadi tunjang reformasi rakyat!.
Salam Perjuangan!
http://www.tvanda.com
Reply
yeah. PR telah membuatkan UMNO dan BN bergoyang. Baru kalah 5 negeri dah kelam kabut nk larilah, salahkn sesama sendiri. The super-UMNO Dr mahathir pun dah give up. Jelas kini, PR lebih kuat dan mantap daripada BN.
Reply
haaaaaa…. betul DSAI Allah akan balas kesengsaraan andai kita menganiaya urang.
Reply
Dulu, tindakan Shahrir, Musa Hitam & lelain lebih dahsyat. Buat ceramah jalanan menghasut ahli umno keluar parti. Masuk Kubci. Lebih teruk, Shahrir & ramai jadi calon pembangkang tentang calon UMNO dlm pilihanraya . UMNO porak peranda waktu itu. Tungu & lihat saja kesan dri tindakan Tun Dr M keluar UMNO. Moga ramai lagi yg mengikutinya.Harapan baru untuk Malaysia.
m
Reply
Kenapelah Tun Mahathir mcm tu…perjuangan UMNO tu nampak sangat untuk individu bukannya untuk rakyat jelata..kami di Sarawak ni banyak yg harus diperjuangkan..di Semenanjung pemimpin Melayu mcm pentingkan diri sendiri…….kenape mcm tu…..DSAI buatlah apa yg patut…waktu reformasi dulu kita suruh Tun letak jawatan beliau pun tak letak jawatan..sekarang apa dah jadi…
Reply
Betoi jugak spt kata Tun Musa Hitam…
Duri dalam daging dah keluar…kalau dok ada lagi duri tu alamat busuk habislah daging tu…
…umno jadi parti mainan..hang keluar aku masuk..hang masuk aku keluar…lagi hang dok ada aku keluar …bila hang dah tak dak aku masuk balik la!..he..he..he ..main tarik tali!
…perjuangan tahi minyak apa ni???
…Perjuangan yang diasaskan oleh ideologi yang rapuh…berasaskan materialisma dan nasionalisma sempit akan menghadapi jalan buntu ,sesak nafas dan sempit dada.,
kerana pencapaian materialisma yang menjadi ukuran utama..maka jika kepentingan terhadap materilisma itu telah terjejas…kuasa yang melindungi materialisma itu terhakis..
maka apa itu perjuangan bangsa.?. itu hanya alat untuk mencapai kepentingan..jika alat itu sudah tidak dapat digunakan lagi maka campakkan saja…boleh ambil pulak jika perlu..
Sedangkan Islam sendiri dengan tegas menyatakan…ketika hari wafatnya Rasulullah maka berlaku suasana yang panik dan mengharukan sehingga Saidina Umar menghunuskan pedang sambil berkata “Barang siapa yang mengatakan Nabi Muhammad telah mati akan aku pancong kepalanya”…..maka tiba-tiba datang Saidina Abu Bakar sambil berkata “Barang siapa yang menyembah Muhammad ,maka Muhammad telah mati ,Barang siapa menyembah Allah..Allah tetap hidup”…lalu Beliau membaca beberapa ayat dari Al Quran..
Islam terus hidup hingga hari kiamat dan …sehingga datangnya ketentuan Allah terhadapnya.
Maka perjuangan Islam ..menegakkan kebenaran dan keadilan ..mengajak manusia kepada perhambaan kepada Allah semata-mata dengan menerima seluruh sistem hidup CiptaanNya..samada Sistem Politik,Ekonomi,Sosial,Kekeluargaan,Pendidikan dan sebagainya……tetap kan relevan selagi manusia masih ada diatas muka bumi ini…perjuangan Islam tidak pernah merasa kecewa kerana..apa yang diharapkan ialah Keredhaan Allah…dan Ganjarannya yang tidak dapat diberikan oleh manusia.
Maka saya berseru kepada saudara-saudara dalam UMNO tinggalkanlah perjuangan anda yang tidak ketahuan hala ideologi dan asas perjuangannya …Mahathir sendiri pun telah keluar bersama “UMNO Mahathirismanya”…apa yang tinggal sekarang ?..perjuangan Melayu?…atau isma-isma yang lain …yang rapuh…kembalilah kepada perjuangan Islam…PAS dan Keadilan dalam Pakatan Rakyat tetap menjamin Hak Melayu selaras dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan.
Reply
Salam DSAI,
Diharap DSAI istiqamah dalam perjuangan dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Walaupun episod ngeri UMNO ini merupakan masalah dalaman UMNO namun DSAI perlu sentiasa siaga dan jangan alpa kerana mereka ini adalah strategis politik yang sentiasa mencari kelemahan lawan untuk diatasi.
Sama ada MP UMNO akan meninggalkan UMNO atau tidak, itu bukan masalah PR, yang perlu ditumpukan ialah khidmat kepada rakyat perlu diteruskan secara saksama.
Wassalam.
Reply
keluar UMNO demi bangsa melayu? porahhhh…..
Reply
KISAH BUMI DAN LANGIT
Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, “Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain.”
Berkata langit, “Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, ‘arasy, kursi dan syurga ada padaku.”
Berkata bumi, “Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik).”
Bumi berkata lagi, “Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari’atnya juga di tempatku.”
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, “Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga.”
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, “Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau ‘Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini.”
Jibrail A.S. bertanya, ” Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?”
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, “Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu.”
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq?”
Berkata buraq, “Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”
Berkata Jibrail A.S., “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.”
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu’alam.
Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
DIPETIK DARI 1001 KISAH TELADAN
Reply
1969 – digugurkan dari parti,langgar disiplin parti
1987 – hampir kalah dlm pertarungan kalah mati
2002 – cipta gimik nak letak jawatan,x jadi
2003 – letak jawatan,alih kuasa pada pengganti
2008 – keluar UMNO,pengganti turun,dia akan masuk balik
Haiseh mann…apa punya rekod ini? Betullah cakap-cakap tiga orang sahabat dalam filem Pendekar Bujang Lapok,”Alif Mim Nun Wau…Alif tendang Wau…SARKIS!”
Reply
.telahan seorang rakan..
“..minta simpati DSAI..dia tahu yang DSAI akan jadi PM dalam masa terdekat..
dan dia juga tahu DSAI bukan manusia yang pendendam…”
Reply
Assalamualaikum WBH.
DSAI,
Alhamdulillah. KuPanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah SWT atas kurnianya akal fikiran yang waras pada umat yang tahu bersyukur.
Kita putar siapa yang kena.
Tun Mahathir sudah terkena dengan sandiwara permainan politi masuk keluar parti. Kita tengok part – part seterusnya movie ‘U M N O dalam kenangan part 1′ seterusnya.
Ending yang penuh dengan air mata darah akhirnya. Selamatkah U M N O lagi? Yang merosakkan U M N O hanyalah orang – orang U M N O sendiri. Itulah hakikat yang tak dapat dinafikan.
Semoga orang – orang melayu bersatu di bawah kedaulatan raja – raja melayu.
Reply
alhamdulillah! syukur rasanya,BILA DETIK pengistiharan yang beliau akan keluar umno,maka sedetik itu juga tiada lagi orang selama ini membebani hidup rakyat,itula berkat doa allahyarham ustz fadil noor,ustz ishak baharum,DSAI,penghuni2 isa,para2 syuhada memali,mangsa2 aniaya TDM termasuk para ustaz2 dan alim ulamak yang dikasari dan di zalimi,itula akibatnya…..hidup tak selalunya di atas
sekarang tuhan telah tunjukkan semuanya
MELAYU BERPECAH ANGKARA BELIAU, ITU MESTI KITA INGAT SAMPAI MATI DAN IA MENJADI SEJARAH YANG TAK BOLEH KITA LUPAKAN SAMPAI BILA2
rakyat bermandi air mata kerana beliau,memang tak dinafikan beliau bagus dalam menerajui kepimpinan, tetapi sifat kezalimannya itu telah menenggelamkan jasa2nya terhadap negara,sayang!
ANTARA TANDA SIFAT YANG TERPUJI APABILA IA TIADA ORANG AKAN MENANGISI DAN MERATAPI KEHILANGANNYA TETAPI JIKA IA TIADA ORANG AKAN BERSYUKUR DI ATAS KETIADAANNYA ,ITULA TANDANYA…….
kecuali tun razak sejarah menunjukkan semua pemimpin umno keluar parti
rakyat semua tergelak …..
HIDUP PAKATAN RAKYAT,TERUSKAN USAHA MENARIK LEBIH RAMAI AHLI…
paceroh.blogspot.com
Reply
Dato Sri,
Dengan nama ALLAH, teruskan perancangan yang sedia ada. Jangan gopoh !
Reply
Ini semua tektik Mahthir dan UMNO, untuk pastikan Ahlinya yang bercita-cita nak keluar parti supaya tidak menyertai Pakatan Rakyat. Maknanya MP mereka yang berhasrat lompat parti kena berfikir samada nak ikut Mahathir atau Pak Lah yang penting jangan ikut PR. Datuk Sri Anwar Ibrahim kami mengharapkan Datuk Sri tidak ketandusan idea untuk memerangi tektik mereka ini.
Reply
Assalamualaikum DSAI yang dikasihi,
pertama kali sahabat menulis disini adalah kerana sahabat rasa terpanggil untuk memperbetulkan banyak kelongaran yang terdapat didalam Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas sahaja PR memenagi pilihan raya tempoh hari, dimana PR telah menguasai Lima negeri dan berkemungkinan menguasai kerajaan pusat insyallah. Dato Seri Saya ingin merungkai satu persoalan sejauh manakah keikhlasan, keutuhan dan kekuatan pakatan Rakyat yang ditubuhkan, diperingkat pusat,Negeri,kawasan,Dun sehingga ke peringkat akar umbi, apakah sudah ada satu makenisme khas yang akan diguna pakai oleh pemimpin-pemimpin, pendokong-pendokong PR disemua peringkat,untuk menyelaraskan semua gerak kerja dari peringkat kerajaan pusat sehingga ke akar umbi.
DS di sini sahabat ingin menarik perhatian DS, tahukah DS apa yang berlaku diperingkat akar umbi,dun-dun diseluruh negeri yang dimenangi oleh PR tidak banyak beza jika dibandingkan dengan semasa BN memerentah.ramai dikalangan pemimpin ini mula mendabek dada,mula lupa siapa mereka,mula tidak menjalankan Amanah Rakyat dan yang amat menyedihkan mereka mula lupa mereka adalah wakil Rakyat kerajaaan pakatan Rakyat, Bukan kerajaan PKR,PAS atau DAP..Point Sahabat disini harus ada satu arahan dari JK Pusat PR, agar setiap Negeri,Parlimen,Dun dan Cawangan Wajib menubuhkan satu pasukan gerak kerja yg terdiri Dpd PAS,PKR dan DAP yang bertanggungjawab keatas semua tugasan bersama rakyat demi mencapai matlamat kerajaan PR yang bersih,cekap dan Amanah..Sahabat juga berharap Jika ada peruntukkan untuk kawasan parlimen dan dun JK pusat dapat menyalurkan peruntukan tersebut ke akaun PR bukan akaun YB (PKR,PAS,DAP) bagi mengelakkan penyelewengan dan salahguna kuasa.
akhir kata Kudis kalau dibiarkan ia akan menjadi barah..barah kalau dibiarkan ia akan membunuh..oleh itu cegahlah ia sebelum parah.
wasalam.
Reply
Sempena mengingati keluarnya Tun Mahathir dari UMNO, eloklah kita lihat sejenak kepada detik-detik Pak Sheikh kita dipecat dari UMNO, dalam bentuk gurindam seloka.
Anwar chronology version summary.
Masa kecik cerdik akal masuk MC,
Lepas Form 5 result MCE tak
menjadi,
Kawan-kawan ramai sambung belajar kat overseas,
Tapi Nuar hanya layak buat STP.
Lepas STP dekat UM si Nuar sambung study,
Dia buat pengajian melayu punya degree,
Orang sibuk belajar Nuar sibuk berdemostrasi,
Sebab tu Nuar hanya pas ngan GD.
Anwar mulakan langkah perjuangan ke arah Islam,
Dalam ABIM pidato Nuar susah nak lawan,
Berap-apian si Nuar ni kutuk kerajaan,
Tapi akhirnya pintu UMNO Nuar ketukkan.
Chedet terima Nuar dengan tangan terbuka,
Tapi Nuar dah mula nampak the ladder of power,
Perjuangan ABIM si Nuar pula makin lupa,
Dulu haram tapi kini semua halal belaka.
Dalam UMNO langkah si Nuar makin gelojoh,
Sorang-sorang pembesar UMNO hendak dijatuh,
Di suruh pula keldai si Zahid buat kecoh,
Supaya dia sorang je nampak bagus.
Anwar lupa bahawa dia pun dua kali lima,
Orang ABIM ramai yang kaya sekelip mata,
Ambil kesempatan sebab Pak Sheikh is finance minister,
Bapak dan abang si Nuar pun join sama.
Ini pula sidang parlimen punya cerita,
benggali karpal dalam dewan ada tanya,
Apa pasal sama orang nombor 2,
dia suka sama itu jantan juga.
Chedet hanya tarik senyum tak percaya,
Dia fikir karpal cuma buat jenaka,
tapi Nuar muka masam macam cuka,
macam nama boleh bocor ini rahsia.
Senyap-senyap Nuar kawan sama yahudi,
Dengan zionis mahu jual ini negeri,
Nasib baik chedet nampak Nuar’s strategy,
kena pecat dengan notis setengah hari.
Nuar mula jadi pemimpin politik jalanan,
Hari-hari dok memekik cari sokongan,
berbekalkan hanya slogan lawan-tetap-lawan,
perjuangan nuar sudah mula hilang tujuan.
Cheers
Reply
MASTER MOKHTAR PETAH
Saya kira tiada bezanya antara perjuangan Islam Anwar dan so called sosialisnya sekarang . Ianya hanya bentuk rupa mengikut zaman tetapi isinya tidak banyak bezanya . Lebih baik dari ‘make up’ Islam Hadhari yang orang bingung tidak tahu apa isinya dan haluannya . Lagipun untuk kelihatan vokal dan terang Islam cukup Pas yang semakin gagah kini . Disitu sahabat n ex Abim – Tuan Guru Abdul Hadi and Master Kamarudin Jaafar . Anwar perlu lebih luas skopnya . Kadang-kadang kita terlalu dangkal sehingga agak taksub dengan benda yang nampak terang saja malah kadang hanya gimik . Dalam Idealisme Pas (meminjam kata Husam Musa) ada kebajikan untuk semua kaum sehingga penganut Agama lain tidak perlu takut kerana itu terdapat India yang cukup komited dengan kelab penyokong Pas . DAP yang memperjuangkan sosialis demokratik untuk semua Malaysia barangkali dapat memberi perhatian yang lebih dari Umno kepada sekolah Agama Rakyat kerana disitu ada keadilan dan hak untuk semua orang . KeADILan pula wadah yang sangat cantik yang fleksibel dan membuka ruang yang lebih luas untuk ragam manusia yang pelbagai jenis . Anwar tidak lagi sekadar fast learner tapi cukup pandai mengadun antara tafsir Al-Azhar dan masterpiece Shakespear . Apa yang kita doakan agar Anwar terus Istiqamah dan menjadikan kedamaian Akhirat sebagai matlamat hidup .
Tapi apa pun Master Mokhtar Petah sebagai Pak Guru Anwar pasti lebih memahami dari saya yang masih bebal ini .
Reply
Orang KeAdilan tak payah nak sibuk lah Tun keluar UMNO. Dia keluar sebab tak suka kepimpinan parti sekarang dan tak mahu associate dgn UMNO sekarang. Bukan macam orang tu…kata nak hapuskan rasuah lah..keadilan untuk semua lah…tapi tetap bergelumang dalam UMNO siap jadi bapak politik wang..bapak kroni..sampai kena tendang keluar macam anjing baru dia tau langit tinggi rendah. At least Tun Mahathir seorang manusia bermaruah..dia tak suka dia akan cakap..takde membelit belit macam si Nuar ni..kejap jagoan siswa jalanan..lepas tu jadi pejuang sosialis…lepas tu mengaku pejuang Islam..lepas siap pakai suit dan kot pegi majlis tari menari..lepas tu nak rembat bini orang..lepas tu nak rembat bontot orang…lepas tu baca khutbah jumaat kat tv…lepas tu kata nak mandi darah cina..lepas tu kata nak hapus sekolah cina..lepas tu kata deb kena hapus..lepas tu kata orang cina dgn orang melayu kena samarata…
pening kepala aku dgn kau Nuar…mampus lah malaysia kalau kau jadi PM..memang senang kena jual beli orang macam kau…tak ubah macam Raja Husin dulu..sampai Singapore tergadai..lepas ni apa pulak tergadai tak taulah…
Reply
Noh #4:
dear kengkawan..
aku berat kpd mengatakan yg mahadey dah lama rancang ni semua..
so, jaga2 la.. panjang akal si mamak ni.. makin dekat lobang kubor, makin menggelupor.. taknampak dah tikar semayang, pala otak dok ingat gheta berbilion kat luar negeri menunggu!
& standby utk pilihanraya lagi sekali sbb PakLelah nampaknya makin keras pala dok pegang kusi PiEm & Pesiden Amno.. nak dapat mandat baru & selesa dia akan buat apa aje termasuk bubar parlimen.. PakLelah nampaknya lebih rela mati kejung ataih kusi daripada undur dgn rela.
get ready kengkawan.. kita gaduh..gaduh jugak tapi dengar apa pimpinan kata!
mH
Reply
askum dsai
betul lah tu politik bukan sepak terajang,jatuh menjatuh dan sebagainya..tapi politik adalah wadah perjuangan…ni lah yg dah lama puak umno bn tinggalkan…umno dari semua peringkat berjuang atas dasar cari makan….cari makan beb…..periok nasi beb….kepada semua ahli serta kepimpinan pr beringat lah….tapi dah naluri maanusia…lama kelamaan akan menjadi alpa….maka itu ds serta rakan2 pemimpin semua fikir2kan lah sistem makinisma yang membolihkan ahli sentiasa di landasan yang betul dalam perjuangan….yang jelasnya hanya PAS yang masih mengekalkan sistem usrah dalam bebagai peringkat..tu pun kekadang usarah tak cukup korum selalu……..wassalam
Reply
Bila Dr.M muda, dia main busuk dalam politik and makan rasuah besar-besar.
Bila dia dah tua, dia nak keluar UMNO demi bangsa melayu…
Mana Orang Malaysia pergi? Apakah status bangsa bukan Melayu? Mereka bukan orang Malaysia kah? Celakak betul orang tua ni…
Reply
dari dato onn ke mahathir – hanya tun razak mati dalam umno
dari dr abbas ke fadzil noor – hanya dato asri mati di luar pas (umno)
Reply
u.p. dreadloxking
nampaknya p.ramlee tidak hanya sekadar nak buat lawak slapstick bagi memeriahkan pendekar bujang lapoknya tu tapi barangkali p.ramlee sendiri dari dulu barangkali anti umno atau pengkritik umno , kalau kita boleh lihat pada film-film beliau yang banyak kritik sosial maka tak mustahil beliau juga mengkritik umno ditambah beliau tidak pernah ke luar negara menuntut ilmu perfileman yang mana fikirannya tidak terjajah tetapi anti penjajah atau kita boleh tanya rakan karib sembang politik beliau untuk kita melihat kecenderungan beliau dalam hal politik.
Banyak yang belum kita kaji tapi alif tendang wau boleh jadi isyarat tertentu …
Reply
Saya setuju dengan cadangan kawan kawan di atas
kita buka cawangan dan lobi semua umno masuk keadilan atau pas
kita kuburkan umno cukup cukup
tak hilang melayu dengan hilangnya umno
kita buat gerakan besar- besaran satu malaysia
keluarkan ahli umno dari umno !!!
Reply
Pemimpin datang dan pergi tetapi parti tetap kekal.Bukan tak pernah UMNO kehilangan presiden atau bekas presiden.Sekarang cuba kita bayangkan kalau DSAI keluar PKR.Rasa rasanya siapakah layak mengambil alih tempat beliau?
Reply
Saya telah membaca bebarapa komentar pengunjung pada blog chedet berhubung isu keluar UMNO. Masuk-Keluar parti saya kira tidak ada bezanya dengan alanan masuk-keluar-masuk-parti lain. Kalau demikian yang keluar itu pun kategori katak juga, cuma bezanya dia lompat keluar tapi tak masuk ke pari lain.
Kita ketepikan itu sejanak. Yang menarik dalam perkembangan mutakhir ini ialah adanya “peluang” (dalam istilah lain mungkin “kekosongan” dalam UMNO yang perlu diisi ahli baru atau ahli lama yang dulu sama ada dipecat atau “melompat keluar” juga. Sdr Ezam diura-urakan nak menganggotai UMNO semula. Sudah tentu di kalangan pimpinan UMNO ini suatu berita yang memberi peluang dan perangsang untuk membuktikan masih ada orang Melayu yang mahu masuk UMNO.
Merenung uisa UMNO 62 tahun sejak Mei 11, ia adalah organisasi yang tidak sunyi daripada kontroversi. Pucuk pemimpin UMNO lebih ramai yang keluar UMNO daripada yang kekal: Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein dan Tun Mahathir. Soalannya: Adakah parti ini masih relevan dengan perjuangan asalnya (sepertimana kehendak Tun Mahathir). Adakah UMNO sedar dunia sudah amat berubah dan perjuangan UMNO berteraskan ‘ketuanan Melayu” sudah tidak mempunyai impak terhadap masa depan Islam dan rakyat Malaysia hari ini dan dalam perjalan ke era 2020. Bangsa, etnik, ras dsb, sebetulnya semakin tidak relevan dam pembentukan entiti negara berbangsa. Negara berbangsa adalah terus membangun dan mengalami perubahan: sosial dan fizikal.
Melayu 62 tahun dahulu tidak makan ayam KFC seperti Melayu hari ini. Entiti Melayu sebetulnay sudah terjenuh di buku-buku teks sosiologi dan sejarah. Yang ada di negara bernama Malaysia hari ini ialah Bangsa Malaysia yang mempercayai berbagai-bagai kepercayaan agama; dominannya agama Islam, sebagai agama rasmi Negara.
Negara Brunei Darusallam dengan konsep dasarnya MIB: Melayu Islam Beraja itu pun suatu masa kelak akan sedar bahawa ia perlu menerima hakikat perubahan sebuah kewujudan negara dan bangsa yang amat dinamik. Tonggak kewujudan semua bangsa dan negara selepas melalui proses pembangunan beratus tahun tahun lamanya ialah ilmu dan tubuh ilmu baru yang dibawanya.
Nah, demikian hakikatnya kini apabila Malaysia telah melalui proses tersebut. Tidak akan menjadi persoalan besar siapa yang telah berjasa, dan telah berjasa banyak terhadap pembangunan ini kerana yang lebih penting daripada itu ialah rakyat Malaysia sudah jauh lebih maju dan membangun berbanding 62 tahun yang lalu.
Isu sekarang ialah pemimpin sendiri yang tidak sedar perubahan yang dibawanya semasa menerajui pimpinan negara telah meobah dengan drastiknay negara ini termasuklah nilai dan norma sosialnya.
Wallahualam bissawab
Reply
If Dato Seri Anwar Ibrahim became the 6th Malaysian PM, who should be his deputy ?
Vote now at sonofpenang.blogspot.com (:
Reply
salam anuar,
Tun keluardaripada UMNO ,ITU SAUDARA kena ingat !!!saudara ken buang bukannya keluar,apa maruah orang kena buang dengan org sukrea keluar dari parti….cuba saudara fikir ….
wasalam
**
utk kennymsuria,u really ball sucker,chinese is alwys liar……pls visit melayu-totok.blogspot.com
Reply
DSAI
Mahathir is no more relevant and he is now playing the racial card. This man thinks that he is always right and nobody should criticise him. Unfortunately the naive Malays are very feudalistic that they fear despising him. Abdullah is a weak leader and his elegant silent has made him a no-politician. His weakness has made this ex-PM big-headed. Mahathir, during his tenure as PM, made a lot of blunder to the nation. As a leader he failed to bering all the races together but enriched some his cronies. Corruotion was rampant and he condoned it. The judiciary was jaundiced by him. Prosecution was selective. The racial-gap widened. Billions of dollars were spent on wasteful projects. The education quality dropped. MAny bright Malaysians left the country. Many of those Malays who were enriched by him have left the country and those still around are yotally arrogant. The poor – Malays, Chinese, Indians and our friends in Sabah and Sarawak remain poor. The gap between the rich and the poor became bigger. Why can’t the present PM, Abdullah, exploit on this and improve his image in going for reformation. Abdullah, the PM is a man of no ideas. His search for Ghazali and Shafies has not made him a capable leader. A nice man though, his prowess as a leader is much at stake. Pakatan rakyat should exploit on this. PR should go all out to bring in more capable leaders to strengthen the alliance. They are now doing veru fine in the 5 staes. Lim is doing a good job in Penang, Khalid is just maverick in Selangor. Nizar and Azizan are superb in Perak and Kedah. Nik Aziz is ever shining in Kelantan. We want all Malaysians to be behind them in bringing a much needed change in the country. Anuar must be the next PM. His brilliance is no match to Abdullah, Mahathir or any other personality in UMNO. Remember to groom Nurul to become the next “Benazir” of Malaysia. She will make all Malaysians happy. Long live DSAI, PR and also the next PM in line after Anuar – Nurul. They will all win the hearts of all Malaysians. BRING JUSTICE to the people of this country.
Reply
Nak tanya…betul ker Dato Seri masih lagi ahli UMNO , sebab tak pernah dengar DSAI mengumumkan keluar dari UMNO
Reply