18
May
08

Catatan Mengenang 100 Tahun Kebangkitan Nasional

catatan oleh Hasmi Hashim daripada Surabaya, Indonesia

“Harapan Baru” kini bukan sekadar di Malaysia; geloranya juga mulai meraupi mancanegara, Indonesia.

Pada 14 Mei lalu, bersama pengarah eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), saudara Khalid Jaafar, saya berkesempatan beserta dalam lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Kota Batu (atau disebut juga sebagai “Mbatu”), Jawa Timur. Program dan acaranya ialah untuk memperingati “peristiwa 1908”: 100 tahun lalu di mana berdirinya kelompok anak-anak muda “Beodi Eotomo” yang mencetuskan pemikiran dan kesedaran menentang kolonial.

Kota Batu terletak sekitar 90 kilometer ke Barat Surabaya dan “Mbatu” adalah akronim daripada nama Embah Wastu: seorang prajurit di zaman Pangeran Diponogoro. “Embah” dalam istilah Jawa adalah gelaran hormat kepada orang tua, sementara sang panglima itulah yang dikatakan sebagai “babat alas” (kira-kira maksudnya “pembuka pertama”) wilayah kota di kaki Pergunungan Panderman. Kota ini juga pernah menjadi tempat istirehat Raja Sindok pada abad ke-10.

Selain Anwar yang menyampaikan ucaptama, pemidato lain terdiri daripada mantan Ketua Umum Pengurus Pusat Muhammadiyah, Buya Syafii Maarif, dan penyair besar, WS Rendra.

Dewan Kartika Wijaya penuh sesak dan melimpah ke luar ketika rata-rata masyarakat sekitar mahu menjadi saksi gagasan baru kebudayaan dan politik oleh ketiga tokoh tersebut. Ketibaan kami disambut cukup bertradisi oleh wali kota, Eddy Rumpoko dan Sultan Ternate Jo Ou Kolano Mudaffar Sjah.

Acara menjadi cukup menarik dengan dilatari dentingan gamelan dan mederatornya oleh pemain wayang terkenal, Sujiwo Tedjo yang ditemani dua watak, Semar dan Petruk.

Ringkas dari maksud pidato ketiga tokoh itu ialah sejak pasca-merdeka, kini kesedaran terhadap kebebasan semakin kukuh sekalipun sememangnya kita sedang bergelut mencari nuansa pemikiran dan cara terbaik demi memastikan bahawa kebebasan tidak tergadai dalam apa jua keadaan dan gagasan sekalipun.

Sebelum itu, pada sebelah petangnya,sejurus tiba dari Jakarta kerana merasmikan buku terbaru Amein Rais (“Agenda-Mendesak bangsa: Selamatkan Indonesia!”) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Anwar terus dibawa ke sebuah restoren dalam pertemuan dengan usahawan utama dan paling berpengaruh di Surabaya.

Selepas menyaksikan keputusan Pilihanraya Umum ke-12, keyakinan peniaga di Surabaya bertambah untuk menjalin hubungan dagang dengan usahawan di Malaysia. Mereka juga diberitahu oleh Anwar bagaimana kini Pakatan Rakyat mengusai 5 negeri yang menyumbang 65 peratus hasil pendapatan dan kekayaan negara.

Jadual padat hari itu tamat dengan rakaman program “talk show” oleh sebuah stesyen televisyen tempatan jam 2.30 pagi, sedangkan esoknya, jam 6 pagi (!) Anwar perlu ke Kuala Lumpur.

Saya dan Pak Khalid tidak bersama pulang—kami perlu terus berdiskusi dengan teman-teman intelektual dan budayawan sepanjang dua hari berikutnya. Aduhai… usaha dan kemahuan yang tidak lazim di negara kita.

Kepada isteri bapak Rendra, Zen Zuraidah… selemat hari lahir. Keknya yang dikirim Anwar, saya dan Pak Khalid yang banyak meratah!

“Bapak Anwar usah terlalu lama menunggu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ya…” begitulah selalunya harapan yang saya dengar dari segenap orang di sini.


35 Responses to “Catatan Mengenang 100 Tahun Kebangkitan Nasional”


  1. 1 Charlsen May 18th, 2008 at 2:43 am

    DSAI semoga kamu sihat sejahtera selalu krn masa depan semua rakyat bergantung kpdmu.. Teruskan perjuangan kamu!!

    Reply

  2. 2 Datuk Halik Zaman May 18th, 2008 at 6:34 am

    U. P. Pak’ Anwar

    N’gak mengomennya Pak, bageimana sehh? Lantas mikiran bahasanya sehh kurang ngerti Pak. Panitia bahasa nusantara Sabah kok masih lagi kabur sehhhhh bahasa Indon. He he he cuma ngetes bahasa Indon ajer Pak.

    Bila membaca sahaja komen diatas tentang aktibiti DSAI di Indonesia maka tahu lah kita sekembalinya DSAI dari Indon, beliau mempunyai acara yang paling ketat di Malaysia maka tajuk dan isi kandungan rencana diatas dibuat oleh orang lain.

    Mudah mudahan dalam masa terdekat ini DSAI akan dapat melawat Sabah untuk sama sama pribumi Sabah merayakan hari ‘Pesta Menuai’ anjuran PKR.
    HZ.

    Reply

  3. 3 enod May 18th, 2008 at 7:58 am

    melihat kepada keberanian bersuara dan semangat yang tak pernah padam seharusnyalah kita rakyat malaysia mengangkat anwar jadi PM. negara luar begitu menyanjungi beliau sebagai tokoh politik dan pakar ekonomi yang disegani serta pandangan beliau sering diiktiraf dan diguna pakai. malang sekali dinegara sendiri rakyat malaysia masih lagi tekebil-kebil dan melopong macam tak tau nak buat apa. pemimpin yang ada dan tak terpimpin rakyatnya masih lagi disokong walaupun terang-terang menghabiskan duit kita kejalan tak ada faedah. buat apalah bina projek2 mega besar gedabak tu ,bangunan tinggi2 orang miskin tak de nak kesana . cubalah fikir sekejap kalau duit berjuta berbilion tu dimanfaatkan sebaiknya saya rasa semua rakyat dapat merasai keselesaan bersama. kalau tak tau nak buat apa dengan duit tanyalah rakyat apa yang mereka mahukan……bukannya susahpun ni saja tamak nak kenyang sorang.

    Reply

  4. 4 Muhammad Firdaus Christopher May 18th, 2008 at 8:46 am

    Assalamualaikum Datuk Seri,

    Tried messaging/ contacting you through your PA, Rahimi numerous times but there was no response or reply whatsoever. By the way, my mum (Kak Ummi from SP, remember her ?) says hello to you too..

    Anyway, will not indulge anything here but just wanted to send my warm regards & hope that you take over at the helm as our next PM as soonest possible. The country is going haywire as if all hell is breaking loose with the goonies (UMNO/ BN) playing up and inciting hatred, fear among the law abiding citizens of Malaysia.

    Day after day, we here of misdeeds by present gov’t and we need PR to make the move ASAP.

    May Allah continue to shower his blessings & provide you and your family protection.

    Wassalam

    Reply

  5. 5 ikanlepu May 18th, 2008 at 8:52 am

    Saya turut hantar surat kepada semua MB dan KM di 5 negeri PR.

    Ia berkait dengan nasib pekerja Melayu di sektor swasta. Semua berkait dengan gaji yang cukup rendah.

    Pekerja lelakinya dapat RM600/bulan. Dengan wang sebanyak itu mereka nak makan, sewa rumah, beli/ansuran motosikal.

    Dengan duit sebanyak itu juga nak beli pakaian dan memasang angan-angan nak kahwin!

    Namun selalunya mereka kecundang. (Usah dikira layanan di tempat kerja yang amat menyedihkan. Tuan punya bangsa lain, arahkan mereka buat kerja dengan kaki je.).

    Namun mereka terus juga memasang angan-angan. Maka dadahlah yang dicari untuk memasang ‘angan-angan’ tersebut.

    Itu sebab kita ada 375,000 majoriti Melayu di pusat serenti. Ada beratus ribu yang pergi cari/curi besi buruk. Kemudian ratusan ribu lagi yang dok terhele’ di lorong-lorong belakang jadi bangkai bernyawa. Jumlahnya sejuta anak muda Melayu yang rosak!

    Kesannya tak terhenti setakat itu.

    Ke mana gadis-gadis Melayu mendapatkan pasangan mereka?

    Apa yang tinggal cuma anak muda India yang kulitnya gelap seakan-akan Melayu. Itulah bakal kekasih mereka; berkawan dan bercinta. Sedangkan kefahaman agama mereka teramat longgar (di sini juga jahatnya peranan UMNO selama ini).

    Maka itulah punca kenapa ramai sekali anak gadis Melayu jadi murtad.

    Kerajaan di 5 negeri ini boleh atasi masalah ini dengan menetapkan gaji minimum RM1,500 di anak-anak syarikat mereka. Syarikat-syarikat berkemampuan juga dikenakan syarat tersebut.

    Mungkin ada syarikat yang tak mampu. Baru benarkan mereka gajikan pekerja mendatang, dengan gaji rendah, tapi mesti dikenakan levi. Kemudian, secara beransur-ansur hantar mereka ini pulang biar peluang kerja anak negeri bertambah!

    Nota: Kebanjiran pendatang ni pun puncanya UMNO. Ia jadi lubuk buat duit mereka.

    Demikian juga dengan pekerja wanita yang terpaksa bekerja ‘overtime’. Mereka habiskan 15 jam setiap hari di kilang-kilang sebab nakkan pendapatan RM1200-1500/sebulan untuk bantu keluarga dan adik-adik di kampung. 2 jam lagi tunggu bas. Kesannya, mereka langsung tiada waktu untuk bersosial.

    %0

    Reply

  6. 6 Laksamana Din May 18th, 2008 at 9:00 am

    Mengapakah lawatan DSAI ke Kota Batu, Jawa Timur tidak mendapat liputan meluas oleh media di Malaysia?

    Pada pendapat saya, (1) wakil dari Kerajaan Malaysia tidak dijemput, dan (2) Kerajaan BN ingin mengaitkan dan memberi gambaran bahawa DSAI hanya mendapat sokongan dari Amerika dan Eropah sahaja. Tektik BN. Awas.

    Reply

  7. 7 Tok Rush May 18th, 2008 at 9:54 am

    Pengundi Melayu Mula Sangsi Degan Pakatan Rakyat

    Saya antara pengundi yang memeberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang lalu mula merasa sangsi dengan Pakatan Rakyat.Suara sangsi juga lahir dikalangan rakan-rakan sepejabat dengan saya.Ada yang melahirkan rasa kesal yang amat sangat, dan mereka seolah-olah ingin kembali menebus dosa dalam pilihanraya akan datang dengan mengundi BN.Antara hujah
    1. Terbaru Kerajaan negeri Perak ingin menjual stok yang diperuntukkan kepaada bumiputera kepada pasaran terbuka. Kesannya amat mendalam bagi orang Melayu satu hari nanti.Bangunan-bangunan strategik akan dikuasai oleh bukan Melayu. Melayu hina di bumi sendiri.
    2. Isu projek Babi amat memgeciwakan orang Melayu. Masyarakat Cina sendiri tidak suka kawasan mereka dijadikan pusat ternakanan babi kerana mereka sudah sedia maklum, meraka hanya suka makan babi sahaja.Sepatutnya kerajaan Selangor menumpukan usaha-usaha untuk membantu rakyat.
    3. Kerajaan Barisan Nasional barisan exconya dikuasai majoritinya orang Melayu, tetapi kerajaan Pakatan terutamannya di Selangor dan di Perak, majoritintya bukan Melayu sehinggakan jawatan speaker di peruntukan kepada bukan Melayu. Ini semua tidak berlaku di zaman kerajaan BN.
    4. Kemenangan Pakatan tidak membawa apa-apa erti kepada Islam. Kalau dulu mereka pemimpin-peminmpin pembangkang mempertikai dasar-dasar islam yang dibawa oleh UMNO, kini mereka menguasai kerajaan pusat-pusat perjudian terus subur, pusat-pusat maksiat seperti sediakala tidak ada apa-apa perubahan derngan dasar ini.
    5. Usaha MP Pakatan Rakyat untuk mencalonkan DR. Tan sebagai Timbalan Speaker dari DAP mengejutkan umat melayu. Tidak adakah pemimpin-pemimpin melayu yang layak. Wahai MP dari PAS kenalkah siapa yang mereka sokong. Semua sedia maklum DAP tidak pernah atau membenarkan sebarang usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam tapi MP PAS tanpa segan silu mengundi calon ini.Ini mengambarkan kepada kita kalau ditakdir Allah, Pakatan Rakyat menguasai kerajaan, saya yakin dan percaya DAP akan banyak menguasai jawatan kanan dalam kerajaan.
    6. Umat Islam tertanya-tanya, setelah menguasai beberapa kerajaan negeri dan mempunyai MP Islam yang ramai di Parlimen, bagaimanakah dengan pelaksanaan Hukum Hudud. Saya masih ingat sebagai penyokong yang sering kali mengikuti ceramah, pemimpin PAS pernah mengatakan kalau kemenangan dicapai pada malam ini ( kerajaan Negeri) sebelum menjelangnya fajar keesokkan harinya hukum hudud dilaksanakan.Di Kelantan perkara ini sudahpun berlalu 18 tahun tapi tidak ada usaha bersungguh-sungguh kearah itu. Hanya slogan yang menjadi retorik.Pemimpin yang dikatakan oleh PAS sebagai menolak hukum hudud sudah lama pencen.Apa lagi alasan PAs. Saya yakin kalau PAS membawa usul ini di Parlimenm, saya yakin sama PAS, UMNO dan KEADILAN dari wakil beragama ISLAM pastinya menyokong usul ini sebagaimana terjadi Dewan Undangan Negeri Kelantan bilamana WAkil UMNO terut sama menyokong usul pelaksanaan hudud dui Kelantan.
    7. Terdapat pemimpin -pemimpin dari Pakatan Rakyat mula berubah kehidupan dengan bergaya secara mewah.Usaha membantu diperingkat menima sahaja. Perangai tak ubah macam setengah-setengah pemimpin UMNO.
    8. Pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat mengatakan UMNo merompak hak orang Melayu.Perkara yang menjadi kemusyikilan kepada saya, memang benar banyak projejk

    Reply

  8. 8 SS May 18th, 2008 at 10:02 am

    Aslmualaikum Dtk Seri,

    Just 2 share with the others.To ponder. Initially, I was not interested, convinced nor hesitant in believing that PR shall b able to form the fdrl goverment by 16 Sept. However, when Dtk Seri confidently mentioned it during u recent visit in Surabaya n Mumbai infront of intl media, then I started wondering and changed my perception towards it. Don’t u think that with his intly regonised crediblity, he dare to mention it? Good luck Dtk Seri. Malaysian are impatient for u next move n announcement. Insyallah

    Reply

  9. 9 drabdulwahid May 18th, 2008 at 10:43 am

    ah,

    tambah dibaca tulisan DSAI tambah cinta saya akan bahasa ibunda.

    Reply

  10. 10 kuda kepang STC May 18th, 2008 at 10:47 am

    Kita yakin jika gelora ini terus murka dan dasarnya berarus deras pastinya gabungan ini menhempas apa sahaja halangan untuk kita terus serumpun ikatan ini harus ditarik sehingga meri jejarinya ayuh langkahan untuk ke keujudan Nunsantara raya kian menongkah deras usaha untuk itu harus diteruskan ketuanan melayu nusantara harus dipupuk untuk jagatkan Nasantara raya kita tidak semacam umno hanya mejagatkan poket sendiri dan keronisi mereka untuk di isi sepenuhnya.ikatan nusantar ini harus dikepalai oleh bung wak anwar dan embah azizah.

    oh ya!… wak tempel jagaton khir toyo bagor seri rapat menyir, kian sepi ya.

    Reply

  11. 11 sadli May 18th, 2008 at 10:58 am

    Salam Datuk Seri,
    Hubungan akrab dengan Indonesia wajar diteruskan. Syabas DS atas usaha merapatkan persaudaraan rumpun sejagat.Saya kagum dengan usaha keras DS. Pengkritik DS patut sedar akan kelemahan sendiri sebelum bacul mengkritik orang lain.

    Reply

  12. 12 comodo May 18th, 2008 at 2:04 pm

    Salam,
    Buat DSAI yg dihormati, minta maaf kalau topik ni lain sikit.
    Saya cuma nak komen pasal video komando tu. Saya minta ahli politik jgn persoalkan latihan yg dijalankan oleh pasukan khas ATM. Komando bukanlah PLKN yg perlu dibelai dan dimanja, bagi memastikan kedaulatan negara terjamin kita bukan hanya perlu peralatan yang canggih,tetapi ketahanan individu yang paling diutamakan. Isu ini tidak perlu dibangkitkan dan semua ahli politik harus paham tahap profesionalisma ATM. “DATANGMU TIDAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG” inilah ungkapan bagi setiap anggota yg ingin menjadi komando… kita pikirkanlah.

    Reply

  13. 13 kerajaan.rakyat May 18th, 2008 at 2:10 pm

    Saya bukan ahli politik, tetapi saya membaca
    sifir politik melalui pemerhatian dan pengamatan
    tingkahlaku dan sandiwara para pelakonnya.

    Pelakon sandiwara politik ini adalah mereka yang
    menjadikan lapangan politik sebagai sumber
    pendapatan berlebihan mereka.

    Pelakon-pelakon ini juga membina landasan politik
    mereka sebagai lebuhraya yang menuju ke lubuk khazanah
    rakyat yang bakal dirompaknya.

    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

    Reply

  14. 14 kublai khan May 18th, 2008 at 2:21 pm

    saudara khir toyo,

    sewaktu u perintah selangor u perintah lebih teruk dari rupublik apa yang dipangil selangor junta al-penyapu. bini u larikan wang yang disumbangkan oleh perbadanan negeri diangkut ke tabung lain sekarang nak tunjuk hero pula sudahlah toyo. perbanyakkan ditikar sembayang dan taubat pakatanrakyat akan pastikan ketuannan rakyat terus ditegakkan dalam masa yang sama pelembagaan dan sistem raja berpelembagaan akan terus tepelihara.

    semoga bekas menteri penyapu ini akan sedar bahana penyapu.

    Reply

  15. 15 Tarmizi Jerlun May 18th, 2008 at 2:57 pm

    Assalamualaikum wbt semua

    Dulu saya pelik, kenapa ramai sangat yang menyokong perjuangan DSAI ni.
    Walaupun beliau pernah didakwa kerana salahlaku dan pelbagai lagi yang semua orang telah maklum.

    Apabila saya mula buat kajian, tanya pendapat penyokong BN dan penyokong PR.
    Ada perbezaan ketara antara kedua-dua penyokong. Paling ketara, penyokong2 PR tidak meminta belas ikhsan ataupun minta sesuatu (orang kata sokong tak ihhlas). Rata-rata mereka sokong PR secara sukarela tanpa minta diupah baru akan buat kerja (seperti kempen pilihanraya dan sebagainya).

    Ada penyokong2 PR yang keluarkan duit sendiri untuk membantu perjuangan PR terus berjaya. Ini saya sendiri merasakannya, jelas terbukti.

    Tetapi sebaliknya, banyak pemuda-pemuda BN minta upah sebelum kerja dilakukan. Saya pun dulu macam tu semasa menyokong BN, saya minta duit upah kalau Bahagian minta buat sesuatu.

    Alhamdulillah, Sekarang saya sudah bertukar menjadi penyokong PR disebabkan natijah pengalaman saya sendiri.

    Salam Keikhlasan,
    Tarmizi Sekeluarga,
    (Anak jati Jerlun kah?)

    Reply

  16. 16 Pemuda BANGANG May 18th, 2008 at 5:13 pm

    Kepada semua Melayu disini !!

    Tahukah kamu semua , dengan menyokong PKR anda juga menyokong untuk menghapuskan :

    1. Pinjaman dan biasiswa pelajar khas untuk orang bumiputera.
    2. Pinjaman perniagaan (MARA) khas untuk bumiputera.
    3. Diskaun perumahan kepada bumiputera.

    Ramai orang Melayu kita yang tidak mempunyai duit sendiri yang cukup untuk:
    1. melanjutkan pelajaran,
    2. memulakan peniagaan
    3. membeli rumah kediaman.

    Saya hairan kenapa dengan keaadan ini pun ramai yang menolak bantuan.
    Jangan ego dan mendabik dada.

    Sangat yakinkah anda yang Melayu akan lebih maju tanpa semua bantuan ini ?

    Mungkin ada diantara anda yang berkata mengapa kaum cina boleh maju tanpa semua bantuan ini
    dan Melayu menjadi malas dengan bantuan ini. Ini komen saya :

    1. Semasa pemerintahan british kaum melayu diletakkan dikampung-kampung,
    india di ladang dan cina di pekan-pekan untuk berniaga (dan menjadi kaya).
    2. Oleh kerana tanpa bantuan cina lebih bersatu padu
    (seperti Persatuan Melayu London diluar negara).

    Dengan ini sudah jelas bahawa kaum cina lebih terdedah dahulu
    kepada dunia perniagaan daripada melayu. (Jangan bandingkan semasa kesultanan melaka
    kerana Tamadun cina ditanah besar sudah berniaga beribu tahun sebelum kewujudan melaka).

    Untuk mengejar masa yang telah ketinggalan orang Melayu perlu bantuan lebih.

    Seperti saya peniaga di pulau pinang. Saya mendapat bantuan MARA dan perniagaan saya dapat berkembang dengan pantas. Tanpa bantuan modal MARA Peniagaan saya memerlukan 10thn lagi untuk sampai ketahap ini.

    Melayu perlu masa dan bantuan lebih untuk mengejar bangsa cina yang jauh lebih kaya.

    (DEB)
    Pegangngan ekuiti bumiputera :
    (1970 2.4%) (1990 19.3%) (2004 18.7%)

    Jika diteliti , jika kita terus berusaha begini Melayu akan berjaya.
    Walaupun lambat tetapi tetap berhasil dan inilah ditakuti oleh kaum cina.

    Kita sudah berada dilandasan yang betul.

    Kita harus mempercepatkan proses diatas dengan Menghapuskan Rasuah dan kroni dan bukannya
    menghapuskan DEB.

    Program DEB sudah bagus, tetapi pelaksanaannya yang penuh rasuah dan kroni harus diubah.

    Perjuangkan dasar yang dibawa oleh DEB (WALUPUN SUDAH TAMAT).
    Perjuangkan anti Rasuah Dan Kroni.

    Hidup Melayu !!

    Reply

  17. 17 Datuk Halik Zaman May 18th, 2008 at 6:38 pm

    U. P.Tok Rush

    Frust nampak.

    Reply

  18. 18 Anak Zaman May 18th, 2008 at 7:49 pm

    Orang baik dibalas kejahatan, maka zalimlah ia. Orang jahat dibalas kejahatan, maka kejamlah ia. Orang jahat dibalas kebaikan. maka terpuji dan bijaksanalah ia. Oleh itu, DSAI teruskan perjuanganmu agar Allah swt akan membalas terhada orang2 yang zalim dan kejam. Semoga Allah memberi kemenangan kepada orang yang terpuji dan bijaksana.

    Reply

  19. 19 ajaianne May 18th, 2008 at 9:12 pm

    Kepada TOK RUSH, sila dapatkan penjelasan isu babi dalam bentuk risalah di pejabat bahagian2 keADILan Selangor.. Siap Gambar dan alasan yang masuk akal.. Cari dan baca risalah tu dulu, baru boleh komen.. Antara ladang babi yang sediaada berselerak seluruh Selangor, mencemarkan udara, sungai dan kotor atau Ladang babi moden setempat dan bersih..

    Ladang babi berselerak yang dah lama wujud sejak zaman BN lagi… Kalau ditutup ladang2 babi ini tanpa digantikan dengan suatu alternatif maka marahlah orang cina lantas timbullah HERO-HERO MCA yang jadiakan isu lain pulak… Jadi Ladang babi moden adalah sebaik-baik keputusan yang menguntungkan semua pihak tanpa bergaduh.. Malaysia sebuah negara berbilang bangsa dan Demokrasi..

    Reply

  20. 20 abd. rahim kassim May 18th, 2008 at 9:16 pm

    Datuk Seri,

    “Harapan Baru”, kata-kata awal catatan Saudara Hasmi Hashim di Surabaya mengenai pidato tiga tokoh yang membicarakan tentang kebebasan.

    Harapan baru, ungkapan kata-kata yang biasa tetapi mempunyai erti yang besar.

    Kalau ditanya kepada petani dan nelayan di desa-desa, apakah harapan barunya? Pasti mereka akan menyatakan harapan barunya untuk merasai sedikit kemewahan hidup.

    Kalau ditanya pada para saudagar, apa harapan baru mereka? Tentu mereka mengharapkan laba yang lebih besar.

    Kalau ditanya pula pada Pak Hendra, apa harapan barunya. Sudah barang pasti beliau menjawab, kebebasan…….

    Bagi rakyat Malaysia, harapan barunya, mereka mahukan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia.

    Apa pula harapan baru Datuk Seri?

    Reply

  21. 21 samarkand May 18th, 2008 at 10:06 pm

    Assalammualikum WBH…

    Saya sokong 300% kenyataan Tarmizi Jerlun..Saya dolu-dolu pun penyokong kuat AMENO/BE END,siap jadi ahli tu..Alhamdulillah..Allah taala buka hati saya untuk melihat kepada kebenaran. Masakan rakyat nak sokong sehingga sekarang…. Fikirkanlah.

    Reply

  22. 22 thaqif May 18th, 2008 at 10:55 pm

    DS,

    Tok Rush & ikanlepu

    Tulisan Tok Rush walaupun panjang namun isinya berkisar pada issu Melayu dan Islam hadhari,sebiji macam gembar gembur Umno.Jadi tak leh pakai sikit habok pong.Tapi tulisan ikan lepu,perlu di beri perhatian oleh kerajaan 5 negeri yg di perentah PR.Para MB dan KM di negeri-negeri tersebut patut benar memikirkan apa yg patut di buat bagi membantu rakyat,terutamanya para pekerja anak syarikat kerajaan negeri berkenaan.Naikanlah gaji pekerja bawahan di syarikat berkenaan dan kurangkan pembaziran(contonya sumbangan kpd BAKTI di zaman Khir Toyo),insyaallah keutungan akan kekal sama.

    Reply

  23. 23 mamat May 19th, 2008 at 10:31 am

    Salam Pemuda Bangang,

    Kini sudah hanpir 30 tahun DEB dilaksanakan namun sasaran 30% equiti bumiputera pada tahun 90 jauh tersasar. Memang pun selama ini ramai orang Melayu dibantu sehinggakan tidak punya ketahanan diri bila berhadapan dengan krisis, contoh yang paling nyata semasa kegawatan ekonomi pada 97/98 dahulu. Ramainya usahawan Melayu gulung tikar malahan nak bunuh diri jika tidak dibantu (apakah sdr termasuk golongan ini?). Semasa kegawatan ekonomi tersebut ramai juga usahawan Cina yang bunuh diri….tapi pegangan ugama mereka berlainan. Kalau kita tidak mulakan dari sekarang untuk lebih daya tahan….bila lagi?

    Sdr sepatutnya bersyukur kerana diberi peluang pinjaman dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT, tapi bagaimana dengan orang2 Melayu yang lain? Kalimat ‘Kita telah berada di landasan yang betul’ sangat sinomim dengan kempen pilihanraya ke 12 dulu yang ditaja oleh BN. Saya rasa sdr salah seorang ahli perniagaan yang menunjuk perasaan membantah isu pemansuhan DEB oleh KM P. Pinang, soalan saya sehingga kini sdr berada di P. Pinang di bawah pemerintahan PR sdr dah jatuh muflis ke? Kalau ya, memanglah sdr kroni ibarat lintah yang menyedut darah, bila darah dah kering lintah mengurus. Kalau sdr masih bertahan, sama ada sdr juga lintah yang dah berpindah ke medium baru ataupun memang sdr insan yang sudah bersedia menghadapi cabaran. Jadinya, sdr pilihlah spesis mana sdr sebenarnya.

    Wassalam.

    Reply

  24. 24 s May 19th, 2008 at 10:35 am

    Khas untuk ‘pemuda BANGANG’
    Tak perlu dijerit, tak perlu diteriak, tak perlu kamu ajar kami orang melayu.

    Dulu boleh la…kami dimomokkan dengan berita tingkahlaku si malaikat jelmaan yang kononnya membantu bangsa sendiri. Kalau berkuasa tapi tak adil buat apa.

    Poket kau dah penuh, sedap la kau cakap. Aku cabar kau, sebab kau macam bagus sangat, pegi la tolong melayu hasil dari deb yang ko dapat.

    Guna otak la bila nak luahkan apa-apa. tara otak kah?

    Reply

  25. 25 Chuad's Minangkabau May 19th, 2008 at 10:49 am

    Saya pengagum Anwar Ibrahim dari salah satu manusia di dunia. Di Indonesia, orang-orang dan masyarakat Indonesia lebih mengenal Anwar Ibrahim dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin lainnya Malaysia. Orang-orang Indonesia umumnya mengenal pemimpin Malaysia berdasarkan perlakuannya terhadap pendatang di Malaysia yang sebenarnya ikut serta menunjang kemajuan ekonomi Malaysia. Adakah putra-putra Melayu Malaysia mau bekerja di perkebunan sawit atau di tapak pembinaan dengan panas terik matahari? Nonsens.
    Malaysia memang maju dalam perekonomian dibandingkan Indonesia, tapi dalam segi kebebasan sebagai makhluk yang namanya manusia, Malaysia sangat purba dan ketinggalan jauh. Sebenarnya Bangsa Malaysia masih terjajah, kalau dulunya dijajah Inggris maka sekarang dijajah oleh kaum sendiri. Banyak hak-hak sebagai manusia dinafikan di Malaysia, kalau di Indonesia kita tidak berkenan dengan pemimpin, kita bolah menghujat dan membakar photo-photo pemimpin yang menindas dan itu tidak bisa dilakukan di Malaysia. Di Malaysia sebenarnya banyak berlaku “Bangsa makan daging bangsa sendiri”, dan semoga Anwar Ibrahim dapat mengubah suainya.

    Reply

  26. 26 ikanlepu May 19th, 2008 at 11:35 am

    Hiii… Tok Rush ni ngigo yeak!

    Kamu tunjuk SATU bangunan Melayu kat tengah KL tu.

    Cirit la kalu pegangan ekuiti Melayu 18%!

    Melayu hapraak ada le macam kamu, isi perut dan keperluan yang di ‘bawah’ perut!

    Ko tanya Najib/Rosmah. Camne caranya?

    Reply

  27. 27 mongolian May 19th, 2008 at 4:50 pm

    pemuda BANGANG,

    selagi umno perintah selagi itu bangsa melayu jadi bangsa meminta minta, bangsa melayu tidak mampu berdikari sendiri. melayu akan jadi bangsa yang lemah kenapa bangsa lain boleh maju dan hidup dengan berusaha sendiri tampa apa apa bantuan umno? sebabnya bangsa melayu didik oleh umno sejak 50 yang lampau dengan subsidi sindrom subsidi inilah tuba kepada bagsa melayu. Sampai bilakah umat melayu digelag bangsa subsidi? manpukah umat melayu berdepan dengan ledakkan global yang pasti tidak megenal melayu atau bumiputra? bolehkah kita bawa perkataan bumiputra dan setatus bangsa melayu di muka antarabangsa dalam bentuk ekonomi dan sebagainya berdayakah umno bertegang urat dengan WTO,ILO,FTA,EAEC dan lain lain blok ekonomi dunia pada mereka umat melayu perlu bersaing secara sihat diarina ekonomio dunia didalam kamus mereka tiada hak terpilih untuk sesuatu bangsa kalau nak maju melayu kena usaha serpeti bangsa yang lain. tetapi umat melayu masih berpaut dengan umno yang tarinya berentak inang dan gemalai sedangkan dunia kian rock dengan berbagai bentuk cabaran. sedangkan umno tidak mencorakan bangsa melayu dengan warna yang seiring dengan dunia. apa yang kita binbang umat melayu akan gagal menerima kejutan ledakan global jika umno masih bernada lama?

    UMNO masih mahu melihat umat melayu menjadi bangsa yang merintih rintih untuk di subsidi ini budaya umno supaya umat melayu berrasa terhutang budi. tetapi dalam masa yang sama ianya akan merosakan bangsa melayu itu sendiri. cuba kita bezakan anak manja dan anak yang berdikari tentu ada perbezaannya. anak manja menpunyain banyak kerenah tetapi anak yang berdikari lebih bersedia menhadapi apa jua halangan.

    Reply

  28. 28 amer May 19th, 2008 at 7:11 pm

    Kepada Pemuda BANGANG,

    Ya betul,
    PKR akan menghapuskan pinjaman dan biasiswa yang hari ini telah dikhaskan untuk UMNOputra aka kroni kroni UMNO yang kaya raya.

    PKR akan menggantikan dengan pinjaman dan biasiswa dikhaskan kepada rakyat malaysia yang miskin dan kurang berupaya. Tiada lagi biasiswa untuk anak-anak dato & tan sri. mereka cukup duit di swiss bank untuk hantar anak pakai duit sendiri.

    Ya betul,
    PKR akan menghapuskan diskaun rumah yang pada hari ini diberi kepada bumiputra yang memandu mercedes untuk membeli rumah banglo dengan diskaun, sebaliknya rakyat bukan bumiputra yang tak mampu nak beli rumah murah tidak diberi diskaun.

    PKR akan memberi diskaun rumah kepada rakyat malaysia yang kurang berkemampuan. Tiada lagi diskaun untuk membeli banglo. Buat apa diorang nak diskaun-diskaun nak beli rumah 11 bilik?

    Manifesto PKR jelas mengatakan bahawa semua palajar yang mendapat 9A dalam SPM dan 4A dalam STPM diberi biasiswa. Begitu juga 70% pengambilan dalam university di khaskan untuk golongan miskin.

    Kalau anda sedar bahawa kebanyakan orang miskin adalah orang bumiputra maka merekalah yang mendapat manfaat untuk biasiswa dan tempat di university tempatan.

    Kamukan orang Islam, tidakkah islam mengajar untuk keadilan sesama manusia? Kalau seorang Cina yang miskin dapat 10A atas usaha kerasnya tetapi tidak mendapat biasiswa karana diambil oleh anak datuk yang mendapat 3A; ADIL KAH ITU? adakah agama islam mengajar anda begitu?

    Kamu kata yang kamu hairan mengapa ramai menolak bantuan. Kalau ibu-bapa anda merampas makanan dari orang bukan bumiputra miskin dan memberi kepada anda untuk makan, kamu rasa nak ambil makanan itu kah? Adakah islam mengajar kamu berbuat demikian?

    Kamu boleh memberi banyak alasan mengapa Cina maju dan Melayu tidak, Tetapi ia tidak memberi anda alasan untuk terus menyuap Melayu kerana ia akan terus menerus membuat Melayu malas.

    Adakah anda akan mendukung bayi anda dengan harapan bayi anda akan lebih cepat berjalan daripada bayi Cina???? Tidak mungkin. Anda perlu membiarkan bayi anda belajar dengan sendiri. Dia mungkin belajar lambat dan jatuh banyak kali…tetapi lambat laut tetap akan berdiri dan berjalan juga.

    Kalau kamu nak pemain badminton kita menjadi juara dunia adakah anda ingin mereka berlatih dengan kanak-kanak sekolah atau pun adakah mereka perlu bertanding dengan pemain professional? Hakikat hidup ialah kita perlu bertanding sesama sendiri secara adil demi untuk menjadi lebih kompetitif. Selagi kita berselindung dibelakang NEP, selagi itu kaum bumiputra tidak akan maju. Nak buktinya? Lihat sahaja lah melayu hari ini walaupun sudah berdekad dibawah NEP, tak maju-maju jugak.

    Inilah sebabnya Melayu di Singapura lebih dihormati daripada Melayu di Malaysia.

    Fikir-fikirkanlah….Era globalisasi telah bermula…bersiap sedia sebelum terlambat.

    Reply

  29. 29 Cucu Tok Bachok May 20th, 2008 at 2:34 pm

    Saya amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Tok Rush, perkara ini memang benar telah berlaku dan pasti akan berlaku.Saya membaca komentar Tok Rush, persoalan yang dibawa oleh Tok Rush memang benar. Beliau menyentuh pasal kepentingan Islam, bangsa Melayu, perasaan pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat yang cukup menyesal kini, ketidakyakinan akan Pakatan Rakyat untuk memerintah berdasar apa yang berlaku ke atas kerajaan Perak dan Selongaor sebagai contoh yang nyata.

    Betul apa yang dikatakan, kalau ditakdir Pakatan Rakyat memerintah, pemimpin Melayu dalam pakatan pastinya tidak berani menyentuh pasal kepentingan Melayu. KIra kena ingat dalam dunia hari, Cina sudah ada negaranya bernama China, india sudak ada negara bernama India dan begitu juga dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini kecuali bangsa Yahudi sahaja. Orang Melayu ada Malaysia itupun sudah ditukar nama sepatutnya Tanah Melayu. Saya bukan bercakap atas dasar perkauman kerana Allah telah memberi Tanah Melayu kepada orang-orang Melayu. Tentang orang Cina dan India mereka juga ada hak ke atas negara ini tetapi di masa yang sama mereka harus sedar mereka adalah kaum yang pendatang yang datang ke Tanah Melayu mencari rezeki.Mereka tidak boleh menuntut yang tidak sepatutnya jika mereka hendak menuntut yang lebih-lebih sepatutnya mereka balik ke India / China kerana disana sudah ada segala-galanya.

    Saya cuba meghayati tulisan Tok Rush, komen yang dibalas hanya menyentuh pasal babi, tetapi tidak pasal kenyataan Menteri Besdar Perak, hudud dan kaum bukan Melayu yang semakin ramai dalam kerajan pakatan.

    Reply

  30. 30 muslim May 22nd, 2008 at 10:36 pm

    (ini sudah lebih)

    Sumber:http://blog.limkitsiang.com

    In Malaysia, there is an income tax. Money paid to “zakat” or the obligatory alm Muslims must give to the poor reduces the tax to be paid while money paid to other religions under similar circumstances is not given similar treatment:

    it reduces tax only if the particular beneficiary has obtained such status from the government, which is difficult in practice. even then, if money is donated to a non-Muslim religion it is only deducted from the income on which the amount of tax is based, while zakat is deducted from the amount of tax itself. For example, suppose a person earning RM 50,000 owes a tax of RM 3,000, and donates RM 1,000 to his religion. If he were non-Muslim he would then adjust his assessed income to RM 49,000. If he were Muslim then he would only have to pay RM 2,000 as the RM 1,000 would be deducted from the amount owed.

    Did you know that? Wow, that way I can avoid paying all tax, by giving to charities! I always felt that this country is run by taxes paid by non-muslims. This shows its true.

    So the salaries paid to the mainly muslim government servants comes from taxes paid by chinese companies such as Genting (gambling profits), and others. The chinese restaurants and businesses that sell pork etc also pay taxes which ends up paying the muslim civil servants.

    Taxed profits of companies that dont make money the Islamic way, also ends up being used to pay all salaries.

    Wow….wonder if all that tax income is considered as kosher to be used for paying muslim salaries?

    Reply

  31. 31 jadi saje May 26th, 2008 at 1:22 pm

    tok rush n sealiran n senasib

    terus terusan mengkritik pemimpin kita sendiri
    demi kebaikan kita bersama
    tapi lagi bagus corongkan suara dan kritik itu terus pada orangnya
    atau di perjumpaan sesama kita
    kita mesti membina dengan sesungguhnya
    dan mereka mesti mendengar dan memperbaiki apa yang cacat dan kurang !!!

    Reply

  32. 32 amhaz May 28th, 2008 at 12:29 am

    Assalamu’alaikum Bang Anwar.
    Adik ucapkan tahniah dan syabbas kepada Bang Anwar yang telah membawa Pakatan Rakyat mendominasi perpolitikan di Malaysia. Adik adalah jatidiri Melayu Lingga Kepulauan Riau yang bermukim di Tanjungpinang Pulau Bintan.Sememangnyalah seorang jatidiri Melayu sebagai hamba Allah yang telah mengenal dirinya untuk selalu menjadi rakyat pemberani dalam menegakan amar ma’ruf nahi mungkar, walaupun harus berhadapan kepada pimpinan zalim (Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah).Kehadiran Bang Anwar dalam 100 tahun Kebangkitan Nasional adalah jejak sejarah Nusantara (pada waktu itu belum ada NKRI dan Malaysia)yang berjuang melawan pimpinan penjajah.Saat sekarang rakyat berjuang melawan pemimpin kezaliman kebijakan yang egois, arogan dan tidak memiliki hati nurani (karakter pimpinan penjajah). Negara Indonesia ini sengsara oleh hukuman Allah SWT, dikarenakan oleh Pemimpin yang selalu menindas rakyatnya (rakyat menjadi miskin dan fakir dan akhirnya kafir dan kriminal) sehingga terjadi kesenjangan sosial dan perusakan aqidah, marwah juga alam semestanya.Jadi pesan Adik secepatnyalah Bang Anwar menuju PM Malaysia yang bijaksana, memikirkan kepentingan rakyatnya. dan selalulah berpatokan pada hati nurani sebagai hamba ALlah yang sholeh. Sekali lagi Tahniah.
    Wassalamu’alaikum dari amhaz

    Reply

  33. 33 Yanis Mochamad May 28th, 2008 at 1:17 pm

    Assalamu’alaikum Wr. Wb. Dari Anak Muda Mbatu, Indonesia (Panitia Kebangkitan Nasional Ke II 2008-2108) kepada seluruh Masyarakat Malaysia yang menginginkan Perubahan.

    Terimakasih atas kedatangan Dato’ Sri Anwar Ibrahim , Hasmi Hasim dan Khalid jaafar ke Mbatu,

    Pesan dari Mbatu, Bahwa Perjuangan menuju Perubahan Harus Tetap dikobarkan, semoga kita dapat saling meng-inspirasi satu sama lain, karena pada hakekatnya baik Perjuangan DSAI di Malaysia maupun Anak Muda di mBatu,Indonesi pada umumnya, adalah membuat Perubahan dengan merebut titik tertingi dan puncak dari perjuangan itu adalah memberi jalan dan merelakan generasi berikutnya untuk memperjuangkan perubahan dan mencapai titik tertinggi pula.

    Semoga Perjumpaan kita dikota mBatu, kelak akan tercatat dalam sejarah yang membuat Jejak-jejak Antara mBatu dan Malaysia.

    Terimakasih
    Wassalam.
    Yanis (Panitia Kebangkitan Nasional Ke II 2008-2108)

    Reply

  34. 34 Hasmi Hashim May 28th, 2008 at 2:52 pm

    Salam, Yanis.

    Terima kaseh yang tidak terhingga dengan penyusun acara meriah, sambutan hangat dan kerjasama erat. Salam kepada semua teman-teman panitia.

    Hasmi Hashim,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA.

    Reply

  35. 35 Toh Rush May 29th, 2008 at 4:03 pm

    Thank Tou for Jadi Saje
    Sesungguhnya anda matang dalamn perkiraan politik

    Reply

Leave a Reply