15
May
08

Peluncuran dan bedah buku Amien Rais

2789878p.jpg

KOMPAS/PRIYOMBODO / Kompas Images
Mantan Ketua MPR M Amien Rais (tengah) meluncurkan buku karyanya berjudul Selamatkan Indonesia di Balai Pertemuan Wisma Serbaguna Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta, Selasa (13/5). Acara tersebut dihadiri para undangan antara lain Ketua Umum DPP Partai Amanat Nasional Soetrisno Bachir dan mantan Wakil Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim (kanan).

Sahabat lama saya Amien Rais mengundang saya ke Jakarta sempena peluncuran buku Selamatkan Indonesia dan mengimbas kembali setelah 10 tahun Reformasi.

Acara di gedung Sukarno menyaksikan penyertaan ramai tokoh termasuk Din Syemsuddin ketua Muhammadiyah, AM Fatwa, pimpinan Partai Amanat Nasional dan lain-lain. Saya diminta menyampaikan pidato khas: umat Islam dan tantangan neoliberalisme.

Saya menekankan di antara lain keperluan menjana perubahan melalui wacana terbuka. Serangan kita terhadap keangkuhan kuasa Amerika, penaklukan Iraq, serangan ke atas Afghanistan dan kegagalan merumuskan masalah penderitaan rakyat Palestin di bawah regim zionis Israel harus tegas dan tuntas.

Namun bantahan tersebut tidak harus mebatas kita meneruskan waca dalam isu dasar termasuk ekonomi. Negara perlu memacu ekonomi dengan menarik pelaburan (investasi) meskipun kepentingan negara dan kemerataan ekonomi dijamin.

ANWAR IBRAHIM


39 Responses to “Peluncuran dan bedah buku Amien Rais”


  1. 1 kerajaan.rakyat May 15th, 2008 at 12:18 pm

    Salam Dato dan semua pembaca.

    “Pusat korupsi itu di istana. Saya tentunya tidak ngomong sembarangan. Kalau mau buktinya, baca buku merah ini,” ujar Amien Rais.

    Dengan izin, sila ke:

    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

    Reply

  2. 2 wiraperdana May 15th, 2008 at 1:50 pm

    AWAN MENGIKUTI ORANG YANG BERTAUBAT

    Diriwayatkan bahwa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, “Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah.”
    Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, “Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak.”

    Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahwa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi heran melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, “Janganlah heran terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ.”

    DIPETIK DARI 1001 KISAH TELADAN

    Reply

  3. 3 wiraperdana May 15th, 2008 at 1:52 pm

    KAMAR-KAMAR DI SYURGA
    Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahwa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.
    “Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?” tanya para sahabat.
    “Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya.”

    “Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya’ dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap.” Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

    DIPETIK DARI 1001 KISAH TELADAN

    Reply

  4. 4 mohdal67 May 15th, 2008 at 2:48 pm

    DS,adakah anda berminat kearah Pembentukan MalasiaRaya SEMULA….???

    Reply

  5. 5 Datuk Halik Zaman May 15th, 2008 at 3:27 pm

    Dari kaca mata Halik Zaman

    U.P. Dato Seri Anwar Ibrahim
    (Maaf terkeluar dari tajuk)

    Masanya sudah berlalu untuk kita teruskan menulis tulisan ‘kutuk mengutuk’ dengan UMNO/BN atau Tun Mahathir. Biarkan pemimpin pemimpin UMNO yang desperado itu mengutuk DSAI atau PKR atau PR. Keterlaluan mereka mengutuk maka simpati pengundi mengundang lagi kepada DSAI dan PKR.

    Masalah PKR di Sabah, Sarawak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis adalah ‘keyakinan rakyat’ terhadap halatuju PKR dan halatuju PR. Dimana PRU12 majoriti pengundi belum tahu lagi maka mereka belum ‘yakin lagi’ kerana itu PKR@PR kalah dinegeri negeri tersebut.(Sepatutnya PR sudah boleh menubuhkan Kerajaan Pusat PR).

    Tugas utama semua Ketua Ketua Bahagian PKR di Negeri-Negeri yang kalah seperti diatas ialah kurang berkerja memperbaiki kelemahan. Hari ini kalau boleh jika perlu ‘overhaul’ bahagian bahagian tersebut. Cari formula baru yang dapat diterima oleh ‘grassroot’.(Ini sudah saya lakukan dalam PKR Bahagian Sepanggar Kota Kinabalu. (4 hari saya tidak hantar posting sebab menyahut desakan Dato Seri Anwar yang beliau tulis dalam blog-nya baru baru ini).

    Kefahaman saya, “Jangan keterlaluan kutuk mengutuk dalam blog ini, nanti grassroot simpati, yang penting perbaiki kelemahan bahagian-bahagian kita dan berkerja keras untuk menambahkan keahlian parti.”

    “Kebanyakannya tapi bukan semua, pemimpin pemimpin Negeri masih ada lagi bercakaran merebut-rebut kuasa dalam parti. Budaya tahun 2007 untuk jatuh menjatuh Ketua Bahagian masih tebal lagi di fikiran pemimpin pemimpin PKR di Sabah. Nafsu ‘Siapa Besar’ masih tebal di Sabah, yang harus Dato Seri tegur secara sindiran.”

    Dato Seri Anwar Ibrahim, please do something for Sabah.Saya tahu Dato Seri boleh.
    HZ.

    Reply

  6. 6 Yusoff Puteh May 15th, 2008 at 4:21 pm

    Assalamualaikum Dato Seri,
    Sebagai jalan terakhir setelah cubaan beberapa kali meminta pertolongan dari harakahdaily dan tranungkie untuk mensahihkan program Pakatan Rakyat bersama YB Hj Muhammad Sabu di Ireland Sabtu ini tidak dilayan, saya ingin meminta jasa baik Dato Seri untuk berhubung terus dengan YB Muhammad Sabu sendiri samada beliau benar-benar datang ke Ireland ataupun tidak.

    Untuk pengetahuan Dato Seri, setelah kami rakyat Malaysia yang bermastautin di Ireland dan Dublin khususnya telah berjaya menganjurkan program Majlis Kesyukuran Kemenangan Pakatan Rakyat tempoh hari, ramai di antara kami yang dahulunya memang kuat menyokong Kelab Umno Ireland telah beralih angin ke Pakatan Rakyat. Tetapi tidak semua yang beralih angin secara ikhlas.

    Sejak seminggu yang lalu, satu pengumuman mengenai Program Pakatan Rakyat bersama YB Muhammad Sabu telah disebarkan ke seluruh UK dan Ireland. Tetapi, ia dibuat secara tidak ikhlas. Tidak ada nama penganjur yang terlibat dan tidak ada langsung pengenalan diri dan no telefon diberi. Kami cuba menghubungi blog Pakatan Rakyat Ireland kononnya tetapi masih gagal.

    Majoriti masyarakat Malaysia di Dublin khususnya adalah penyokong Pakatan Rakyat dan sememmang nya kami menanti program seperti ini. Tetapi disebabkan ianya masih menjadi tanda tanya kami masih merasa sangsi akan program tersebut. Macam-macam boleh berlaku di alam siber. Yang penting untuk mensahihkan program ini kerana ramai penyokong Pakatan Rakyat dari seluruh pelusuk Eropah bercadang akan datang ke Dublin. Tetapi kami sendiri tidak tahu hujung pangkal program tersebut.

    Di harap Dato Seri dapat menghubungi YB Haji Muhammad Sabu sendiri dan sahihkan program ini. Kerjasama Dato Seri amatlah kami hargai.

    Sekian

    Reply

  7. 7 eddieputra May 15th, 2008 at 4:54 pm

    salam perubahan

    sila layari: http//eddieputra03.blogspot.com/

    Reply

  8. 8 wan nasru ahmad May 15th, 2008 at 6:07 pm

    asm, maaf jua saya pohonkan kerana tidak tahu cara bagaimana untuk meluahkan rasa kepada saudara.maknanya saya lari daripada tajuk.

    amat mengecewakan saya kerana cerita kononnya 17 MP akan berhijrah ke PKR semalam (14-Mei).saya teruja untuk melihat perubahan kuasa dalam negara kita. saya bimbang jika terlalu yakin akibatnya jadi hangat-hangat taik ayam sahaja.

    kenapa saya teruja…1.masalah beban kehidupan yang ketara.harga beras, harga tong gas, harga minyak dll bukan satu mainan buat rakyat. 2.masalah pendidikan.tiada perpaduan dalam soal pendidikan pada asasnya.sukatan pelajaran,cara pembelajaran,bahasa ajaran dll. 3.masalah bahasa.cukup menyakitkan hati bila nama sahaja rakyat malaysia tetapi tidak fasih berbahasa malaysia. bahasa cina dan india adalah hak mereka tetapi terlalu ketara penggunaannya hinggakan saya dan rakan2 yang tidak tahu berbahasa lain selain bahasa malaysia terasing dinegara sendiri.

    itu baru 3 perkara sedangkan banyak lagi permasalahan yang perlu diambil kira. tol, subsidi, isu murtad dll

    bercakap isu murtad, apa pandangan pkr dalam soal kebebasan beragama.

    bersekongkol dengan dap tidak bermakna harus menurut apa sahaja yang mereka lakukan hanya kerana bimbang hilang kuasa dan kerjasama. agama islam bukan agama mainan yang boleh digadai.

    mana prinsip kita. mana akidah kita. apa erti terpenjara 6 tahun, kiranya saudara akhirnya jadi pak turut.bina kekuatan dalam siasah perjuangan.

    ‘wammakaru wamakarallah wallah hukhairu makirin’

    Reply

  9. 9 MelayuInsaf May 15th, 2008 at 6:45 pm

    Reformasi minda dan pemikiran rakyat amatlah penting. Reformasi mampu
    mendidik rakyat memerdekakan diri daripada penghambaan kepada manusia. Pada
    Allah sajalah diserahkan segala-galanya. UMNO tidak mampu memerdekakan jiwa rakyat.

    Hanya perjuangan yang berteraskan Islam menjamin kesejahteraan Rakyat.

    Reply

  10. 10 kerajaan.rakyat May 15th, 2008 at 7:39 pm

    Pandangan Datuk Halik Zaman

    Masalah PKR di Sabah, Sarawak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis adalah ‘keyakinan rakyat’ terhadap halatuju PKR dan halatuju PR. Dimana PRU12 majoriti pengundi belum tahu lagi maka mereka belum ‘yakin lagi’ kerana itu PKR@PR kalah dinegeri negeri tersebut.(Sepatutnya PR sudah boleh menubuhkan Kerajaan Pusat PR).

    …. Saya setuju bab ini,,

    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

    Reply

  11. 11 Hakim May 15th, 2008 at 8:37 pm

    As’kum
    Kebangkitan reformasi yang berlaku di indonesia juga banyak membangkitkan kuasa rakyat ketika reformasi 1998 di malaysia berlaku.
    Amien Rais dalam diam berisi…Anwar Ibrahim dalam diam…syyhhhh

    Reply

  12. 12 AnakMudaParlimenBatu May 15th, 2008 at 9:10 pm

    Semoga DSAI dapat menggeluarkan buku sebegitu untuk kembalikan nostalagia reformasi malaysia semenjak pemecatan DSAI ….. semoga DSAI dapat menjalankan hubungan yang akrab dengan kerajaan Indonesia ….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis… ada artikel baru aku tulis ….

    Reply

  13. 13 sadli May 15th, 2008 at 9:28 pm

    Salam Datuk Seri,
    Nampaknya Mukhriz pun tak habis2 mengutuk Datuk Seri dengan cerita dongeng ajen yahudi. Hanya membaca sambil tersenyum dengan telatah Mukhriz.

    Reply

  14. 14 ulam batar May 15th, 2008 at 9:56 pm

    Malaysia dan indonesia bukan sahaja serumpun dan nusantara bahkan lebih dari itu ikatan kita yang seberkas ini umpama nadi dan jasad bisa mana kita pisahkan melaikan kehendak allah harapan kita buku ini akan berada dipasaran dalm masa terdekat ini untuk santapan minda kita seantero nusantara raya. jika tun mamat mahadir dengar ikatan melayu kian kukuh dia kian resah dan racauwannya merkah merah ianya umpama nazi yang kemaruk jajahan dia binbang melayu akan hilang hapraknya dan timbul segak untuk memajukan umat melayu dinusantara raya ini.keseluruhan umat melayu di nusantara raya ini adalah diangarkan hampir 300 juta orang. punya adat resam dan bahasa yang indah tapi malang teramat malang menteri umno desak murid malaysia guna BI untuk belajar bahasa melayu yang dipertuturkan hampir 300 juta penduduk dunia di perkecilkan oleh peminpin melayu yang bergelar dari parti umno. persoalannya mahukah bangsa kita hilang bahasanya dan bahasa melayu diantara bahasa yang akan pupus di muka bumi ini siapakah yang merancang kearah itu pastinya Tun Mamat Mahadir bapa penhancur bahasa melayu dialah yang megarahkan BI digunakan di sekolah untuk murid murid melayu. teknologi russia hantar angkasawan keangkasa guna bahasa ibunda mereka begitu juga negara cina angkasawan cina keangkasa megunakan teknologi yang berbahasa cina selamat pun angkasawan mereka pulang kebumi padi kita bahasa bukan penhalang untuk maju tetapi tekat dan usaha jepun dan korea serta beberapa Negara masih mengunakan bahasa ibunda mereka adalah peneraju teknologi dunia. harapan kita buku merah ini tidak di cetak dalam BI sebagai bantahan kita terhadap penentang bahasa melayu Tun Mamat Mahadir Hi.. Tun dan Hissammudin u kena ingat ‘bahasa itu jiwa bangsa’ jika bahasa itu tempang maka binasa lah bangsa melayu.

    Sk Pengarah DBP
    Sk KSU K.Pelajaran malaysia
    Sk Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
    Sk Gapena

    Reply

  15. 15 ibn bakar May 15th, 2008 at 10:37 pm

    Respon kepada Halik zaman.
    Benar apa kata Datuk, negeri-negeri yang masih kebal kubu BN perlukan overhaul. Tapi perlu sedar, Johor tempat asal UMNO, biarlah terus kekal BN supaya ia merasai bagaimana sukar dan sengsara menjadi negeri pembangkang seperti mana Kelantan pernah rasa. Baru mereka tahu dan insaf atas segala kerja-kerja jahat yang telah mereka lakukan. kalaupun UMNO akan lenyap, biarlah ianya lenyap di negeri ia dilahirkan. Biarlah ia kembali kepada asal.Usianya pun makin tua, dah 62 tahun.biarlah ia mati kerana sakit tua setelah terbiar dan terlantar keseorangan.
    Mengenai bahagian-bahagian, sebelum ini memang payah nak cari individu berkaliber menyertai PKR.Tapi selepas PRU 12 dah mula ramai yang berminat nak join kita. Kita sambut tapi harus waspada. Selama ini bukan tak ada Jawatankuasa di bahagian-bahagian, tapi mereka terpaksa bergerak dalam segala kepayahan terutama di Johor. kalau dapat tubuh bahagian di kawasan kubu kuat UMNO, itu dah dikira hebat….’champion bah’ kata orang Sabah.
    Lain lah Datuk, pernah jadi pemimpin Sabah sewaktu Berjaya dulu kan? Datuk pernah terbitkan keset………masa kempen pilihanraya Sabah dulu! Saya pernah bertugas di Sabah sekitar 1980 – 1986. Masa itu Datuk Ketua Penerangan kalau saya tak silap.

    Reply

  16. 16 Ameen-Al Rashid May 15th, 2008 at 11:03 pm

    For dear friends of PR, read this great piece by YM Raja Petra.
    Raja, I cannot but agree more to what you have written. God Bless you.

    NO HOLDS BARRED

    Raja Petra Kamarudin

    ‘Karpal disrespectful to Islam’

    IPOH: Insulting the Malay rulers is tantamount to being disrespectful to Islam, said Perak Mufti Datuk Seri Harussani Zakaria.

    He said this was because the Federal Constitution had stated that the sultans, or rulers, and the King are the heads of Islamic affairs.

    “DAP chairman Karpal Singh, in questioning the authority of the Sultan of Perak Sultan Azlan Shah, was disrespectful to the Federal Constitution.

    “As a citizen of the country, Karpal had been disloyal to the rulers and hurt the feelings of the Malays,” he said.

    Harussani said although the Bukit Gelugor Member of Parliament had a right to talk about laws, the Sultan had the power over religious matters and it was a sensitive issue to the Malays.

    “The various ethnic groups in Malaysia live in peace and harmony and the action by Karpal would only anger the rakyat,” he said. (The New Straits Times)

    *************************************************

    Govt decides to retain ISA without any amendment

    The government reiterated Wednesday that the Internal Security Act (ISA) has to be retained, not for any political purpose but as a preventive measure to curb and handle activities threatening national security.

    Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said that as such the government had decided to retain the ISA in toto without any change despite pressure from certain quarters including the Opposition.

    “Malaysia is a cosmopolitan country comprising various races, religions and cultures, and this law has to be retained to thwart any threat before it emerges. As such, for the moment, the government has no plan to abolish the ISA,” he said when winding up debate for his ministry on the motion of thanks for the royal address in the Dewan Rakyat.

    Records show that the ISA had been used to contain threats posed by militant terrorism, falsification of Malaysian travel documents, smuggling by illegal immigrants, spying by foreign agents operating in Malaysia, and racial extremism.

    Syed Hamid said detention under the ISA was not aimed at penalising but to rehabilitate the detainee.

    He also said that the ISA was not a draconian law because it did not deny the detainee his or her fundamental rights.

    Syed Hamid said the ISA had helped the country thwart activities threatening national security, which enabled the people to enjoy peace, economic growth and intensive development. (Bernama)

    *************************************************

    It is reported that when Abu Bakar took over as the First Caliph of Islam soon after Prophet Muhammad’s death (S.A.W.), he was asked: how would the people of Medina be assured that he would be a just and righteous leader? It is further reported that in reply to this question, Abu Bakar removed his sword from his person and placed it before him on the floor and then said that if he ever deviated one iota from his duty then they were to take his own sword and end his life.

    That was the example of Abu Bakar, the First Caliph of Islam whom Muslims believe was one of the four ‘Rightly-Guided’ Caliphs. And if Abu Bakar is believed to be Rightly-Guided then surely he knows what he is talking about and it can only be God and no other that had guided him. Would Abu Bakar then be wrong in what he said and could he have instead been Wrongly-Guided? No, no Muslim would ever believe Abu Bakar had been Wrongly-Guided. They will swear with their life that Abu Bakar had been Rightly-Guided and that it was no less than God that had guided him.

    Abu Bakar was one of the Companions of the Prophet. Muslims believe he can do no wrong and that he had already been assured a place in heaven even before he died. Yet Abu Bakar not only asked the people of Medina to take him to task if he erred. He asked them to take his life with his own sword, the Sword of Islam. Can anyone lesser than Abu Bakar be expected to do less than this? If Abu Bakar should be killed with his own sword if he did not rule justly and righteously, should any lesser fate befall those lesser than Abu Bakar?

    This is not what I say. This is what Islam says. And would Islam lie? Would Islam mislead us? Would the Holy Scriptures be in gross error? Abu Bakar should be killed if he was not just and righteous. Abu Bakar is not infallible. Abu Bakar is not perfect. Abu Bakar is only human. And as a mere mortal, as one who can easily err, Abu Bakar wants to suffer execution by his own sword. That is what is expected of a Ruler of the Muslim faith. And would anyone lesser than Abu Bakar be above this First Caliph of Islam?

    No, Karpal Singh was not disrespectful to Islam. Karpal Singh is as ‘Islamic’ as they come. Karpal Singh has done what 15 million Malay Muslims would not do. Karpal Singh has done what 15 million Malay Muslims should have done. Karpal Singh did what the First Caliph of Islam, Abu Bakar, said that God had Rightly-Guided him to do.

    Yes, religion comes under the Rulers. The State Mufti is appointed by the Ruler. The State Director of the Religious Department is appointed by the Ruler. But not all men of the cloth are the example of Abu Bakar. Not all Rulers are the epitome of the Four Rightly-Guided Caliphs of Islam. There are amongst them some with the scruples of the scum of the earth.

    Some Directors of the State Religious Departments are crooks and scoundrels. RM200 million has disappeared from the Selangor State Religious Department. RM200 million in zakat money collected by the previous government has gone missing. RM200 million in money that Muslims paid in the name of God has passed into the hands of the devil.

    Oh how I wish Malaysia practiced the Islamic law of Hudud. How I wish we could cut off both their hands for the crime of stealing RM200 million that Muslims paid in the name of God. No, hand cutting is not enough. Theirs heads should be removed from their shoulders and their bodies left to rot in the sun as an example that anyone who ‘steals from God’ should not be allowed to continue with their miserable lives.

    No, taking Rulers to task is not disrespectful to Islam. Taking Rulers to task is the greatest respect one can give Islam. And it needed a man like Karpal Singh to do the Islamic thing. I am a Malay. I am not hurt by what Karpal Singh did. I am happy with what he did. The Directors of the State Religious Departments are not saints. Some have the characteristics of the devil. They must be removed. They steal from God. They should be punished according to the Islamic law of Hudud. Unfortunately this can’t be done.

    Now they want to retain the Internal Security Act without any amendments. Who in Parliament voted in favour of this? This goes against Islam. This defies Islam. Islam forbids this. These Parliamentarians who voted in favour of the Internal Security Act are enemies of Islam. These Parliamentarians who voted in favour of the Internal Security Act are the enemies of God. But I will not declare their blood as halal. If I do that then I can be punished under a ‘kafir’ British law called the Sedition Act. But this is not God’s law. This is man’s law. This is a law that allows Rulers to defy God and allows Rulers to violate God’s law.

    To insult or defy Rulers goes against Islam, say the men of the cloth. Is this so? Well, then Rosmah, the wife of the Deputy Prime Minister, has committed a serious crime and should be punished. Rosmah phoned His Highness the Sultan of Selangor and scolded him. Rosmah spoke to His Highness the way you would scold a dog that shit on your new carpet.

    Rosmah is angry that Raja Petra Bin Raja Kamarudin wrote an article called Let’s send the Altantuya murderers to hell. And Rosmah phoned His Highness the Sultan of Selangor and shouted at him. That is worse than what Karpal Singh did.

    Rosmah wants to become the ‘First Lady’ of Malaysia even though the First Lady is the Agong’s consort. But Rosmah has committed treason against the Ruler. 200 years ago Rosmah would have been put to death. Today she will be rewarded with a RM100 million budget to renovate the Prime Minister’s residence in Putrajaya when her husband becomes Prime Minister.

    And Raja Petra Bin Raja Kamarudin now challenges Rosmah for her to deny this allegation. Or maybe she would like to make a police report instead. That is what they normally do anyway when they are not able to reply. Porah Rosmah. Please don’t phone my cousin His Highness the Sultan of Selangor. Please don’t shout at my cousin His Highness the Sultan of Selangor. The Perak Mufti said that if you do that then you are disrespectful to Islam. You are only the wife of the Deputy Prime Minister who shall never become the Prime Minister of Malaysia. This quarrel is between you and me. Leave my cousin His Highness the Sultan of Selangor out of it.

    Reply

  17. 17 Suhirman Sukri May 15th, 2008 at 11:29 pm

    Salam DSAI…..

    Malaysia perlu dibedah secepat mungkin kerana semakin tenat dan nazak dengan rendahnya moral pemimpin tertinggi negara(macam-macam isu lagi lah…malas saya nak cakap.Semua orang dah tau kn!!!)..Semakin lewat pembedahan itu, maka semakin risau ahli keluarga pesakit tersebut..Bukan tidur tak nyenyak, makan tak lalu. Tetapi semakin risau sampai bila keadaan nazak ini boleh bertahan..Menyusahkan, bukan menyenangkan semua..Membebankan, bukan meringankan..

    Saya selalu berdoa dan berharap semoga Allah menghadirkan pemimipin-pemimpin yang adil dan saksama kepada Malaysia tercinta ini…Semoga DSAI menjadi sebahagian daripada apa yang saya doakan diatas..Amin…Dan saya berharap agar saya dapat menjadi sebahagian deripada kehidupan yang adil dan saksama itu nanti..Insya Allah….

    Teringat kata-kata Dr. Hamka mengenai bedah-bedah ini..hehe..Lebih kuranglah maksudnya: “Apabila sesuatu keadaan itu tidak berubah dalam jangka masa yang begitu lama, maka situasi itu dikatakan menjadi sejarah yang membeku..Sejarah membeku ini hanya dapat dipecahkan dan dileburkan oleh kegilaan kepemudaan melalui satu tahap atau fasa revolusi terancang, mungkin juga kekerasan dan keganasan. Apabila revolusi dan reformasi ini berjaya, maka revolusi seterusnya akan dipelopori dan diambil alih oleh pemikiran yang matang…( maksudnya hanya golongan muda yang mampu membawa gerakan revolusi reformasi ini untuk merubah keadaan atau sesuatu situasi)

    DSAI pernah berjuang seperti di atas. Saya harap DSAI dapat melakukannya sekali lagi dalam masa terdekat ini..Amin..Dan saya juga berharap menjadi sebahagian daripada kegilaan kepemudaan yang akan mengubah sejarah yang membeku di daerah tercinta saya, Kinabatangan…Amin….

    Selamat berjuang DSAI…

    Ada masa datanglah melawat blog saya…
    http://www.magik-7.blogspot.com

    Terima kasih atas segalanya….

    Reply

  18. 18 taraknama May 16th, 2008 at 1:25 am

    maaf jika ini terkeluar dari tajuk..
    namun dua tiga hari nie sebok pasal ucapan mukriz nie…
    jika tak keberatan dato sri tolong ulas sikt…
    ——————————————————–

    Antara kenyataan mukhriz mahathir dalam parlimen sewaktu mengulas titah Agong..

    Oleh Anak langkawi

    Tan Sri Yang Di Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai apa yang telah dikatakan oleh YB dari Gombak yang telah menyatakan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim adalah insan yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya tertanya-tanya mengenai tiga perkara yang telah dilaporkan dalam media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan.

    Yang pertama mengenai artikel dalam majalah TIME dalam edisinya bertajuk “The 2008 TIME 100″. Laporan mengenai Dato Seri Anwar ditulis oleh rakan karibnya, Paul Wolfowitz – bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat merangkap ketua strategist Perang Iraq untuk George W. Bush. Mengapa harus Dato Seri Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih 1 juta rakyat Iraq ini?

    Yang keduanya mengenai artikel dalam akhbar Israel, iaitu Jerusalem Post, yang menggambarkan Dato Seri Anwar sebagai “Malaysia’s Future Prime Minister” seperti yang telah disebut oleh YB dari Gombak dalam dewan yang mulia ini. Adakah ini bukti bahawa Israel juga setuju Dato Seri Anwar menjadi perdana menteri Malaysia? Dan kalau setuju, mengapa?

    Yang ketiganya ialah mengenai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang bernama Foundation of the Future. NGO ini menerima dana sebanyak US$35juta dari Jabatan Negara atau State Department, kerajaan Amerika Syarikat, US$10 juta dari Bahrain dan US$11 juta dari lain lain sumber yang tidak diketahui. Pengerusi Foundation of the Future ialah tak lain tak bukan Dato Seri Anwar Ibrahim, insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia. Di NGO ini jugalah, Dato Seri Anwar mengambil kerja Shaha Riza, teman wanita Paul Wolfowitz yang telah mencetuskan kontroversi di Bank Dunia tempohari.

    Soalnya, adakah Dato Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam organisasi yang diragui latarbelakangnya, dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman Neo Conservative yang membunuh rakyat Islam di Iraq, Paul Wolfowitz, hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini?

    Reply

  19. 19 anonyme May 16th, 2008 at 2:00 am
  20. 20 monsterball May 16th, 2008 at 3:47 am

    Amien Rias is a real freedom fighter..for his country..well loved and respected by majority Indonesians.
    He is the master mind of Reformasi there…with successful results….as we can see right now.
    Indonesia is a much more democratic and practical country than …tiny Malaysia.
    One has to travel all over Indonesia….to admire how well developed …Indonesia is. I go there three times a years….and somewhat feel shameful for our sickening country….talk so much…built big big this or that..yet…it is from the ground..you can see the differences.
    We are behind Indonesia…in everything…right now.
    Truly …Indonesian government loves their people more than our UMNO hypocrites.
    Gone are the big time crooks and the dictator. Birds of the same feather always flock together….and Mahathir love the late Soeharto like his long lost brother …openly….and Amien Rias is the man…that exposed and confronted Soeharto for massive corruptions. Soeharto stepped down….to avoid blood shed…..and his son ..Tommy was exposed and jailed for corruptions. So fast …so simple..when truths are not hidden by corrupted Judicial people too.
    Are we not ashame of our so call…..clean UMNO government?
    In Malaysia….it is always protecting UMNO crooks………like Mahathir and his sons.
    Only ending UMNO government….can we really see many truths.
    People’s Party maybe strong…..but UMNO till holds the power to hide evil doers. They do that….to save each other skins. That’s how bad Malaysia is compared to Indonesia….plus plenty more sickening race and religion politics..to always divide and rule.
    I will not be surprise…..Anwar…..hero worship Amien Rias….who can be President of Indonesia…if he wants to….but he chooses to be the real freedom fighter..for his country.

    Reply

  21. 21 nirman May 16th, 2008 at 8:48 am

    Sekarang kita buat apa yang patut…

    Reply

  22. 22 panglima May 16th, 2008 at 9:35 am

    -SELAMAT HARI GURU-

    Reply

  23. 23 mohdal67 May 16th, 2008 at 9:46 am

    BPR…adakan siasatan keatas salah satu parti dalam PR dalam kes beli calun LOMPAT-
    MELOMPAT .Adakah DS ambil tindakan lebih defensif utk meredakan (menyekat) kekalutan ini..

    Reply

  24. 24 rms May 16th, 2008 at 10:00 am

    salam DS,saya ingin menarik perhatian DS kpd senario yg berlaka sekarang di peringkat akar umbi.Buat masa ini ramai berebut2 borang PKR kerana ingin menubuhkan cawangan di tempat masing2.Saya sendiri mula2 tak faham kenapa mereka tak berapa nak masuk PAS walaupun ada.Rupa2nya mereka hendakkan jawatan yg akan di kosongkan oleh BN yg tlh kalah di Selangor ini.Saya sgt berharap agar DS fikirkan cara tarbiah yg berkesan utk ahli2 baru PKR supaya mereka tak bawa masuk penyakit2 yg mereka hidap semasa dlm UMNO.Bagi PAS ahli baru kena join usrah dan di tarbiah dulu.Saya takut bahawa mereka ini lah yg akan membawa kpd kehancuran masa depan PKR sendiri jika virus ini tidak di kekang sekarang.Nasihat kan pimpinan PKR di peringkat kawasan yg sejak dulu ahli PAS sentiasa berdiri kukuh bersama2 mereka.Apabila nak di beri jawatan,ahli PAS di tolak tepi.Ini berlaku.Saya tahu ahli PAS memang tak akan melobi utk jawatan.Mereka hanya akan berkhidmat atas arahan pimpinan tapi ahli2 PKR yg baru berebut2 utk di beri jawatan.Padahal mereka inilah ahli UMNO yg hanya salin baju utk jawatan.Saya harap DS terangkan kpd pimpinan kawasan PKR yg bekerja selama ini adalah ahli PAS yg setia dan sentiasa bersedia dalam menentang kemungkaran.Jangan ada ahli PKR sendiri yg akan menghancurkan PKR di masa depan.Wa’allahualam.

    Reply

  25. 25 salam May 16th, 2008 at 10:01 am

    (maaf lari dari tajuk)

    saya selaku pengundi muda dari kalangan ratusan ribu mahasiswa berpandangan bahawa isu penduduk cheras dan grand saga harus lah di utamakan. ini berkaitan dengan sensitiviti dan sentimen rakyat yang sudah lama membuku segala pahit berkenaan blok konkrit yang menyusahkan mereka.

    General election baru-baru ini dilihat sebagai platform yang baik untuk mereka bertindak. (“ini lah masanya untuk bertindak” kata penduduk setempat). Tetapi respon yang didapati dari pihak pemerintahan amat mengecewakan kami. seharusnya MB Khalid Ibrahim mengambil peluang ini untuk membuktikan sesuatu kepada rakyat.

    Kami tahu tentang betapa berat dan payahnya untuk kerajaan setahun jagung untuk mengkoordinasi sistem pemerintahan yang lebih bagus daripada kerajaan lama. Tapi tidakkah DSAI melihat ini sebagai sesuatu yang mengecewakan rakyat?

    Kami harapkan respon yang lebih dari kedatangan FRU, pancutan air dan balingan batu sebagai balasan kepada rakyat yang teraniaya.

    Kami sudah muak dengan isu-isu remeh temeh, dengan kenyataan karpal, sakat-menyakat di dalam parlimen, ketuanan melayu yang tidak pernah kami rasakan atau agungkan dan juga isu-isu lama yang di ungkit kembali dengan harapan dapat memburuk-burukkan atau membalas dendam atau dengan kata lebih manis-untuk menegakkan keadilan! Apa yang cuba dibuktikan kepada rakyat sebenarnya?

    Buatlah sesuatu supaya pakatan rakyat tidak hanya berpegang kepada isu-isu lama yang terjadi semasa golongan seperti kami tidak lahir lagi!!

    ayuh bangkitlah menjadi wira rakyat!!
    Kami amat nanti-nantikan respon yang lebih bertanggungjawab dari pihak yang berkenaan.
    maaflah kerana tidak tertanggung lagi hati ini melihat anak di parlimen di agungkan tetapi yang di kendong keciciran.

    regards.

    Reply

  26. 26 Iskandar Dzulkarnain May 16th, 2008 at 11:03 am

    Sukarnya Mengisi Kemenangan,
    Yg Bhg Dato Sri’,
    Mencapai kemenangan itu sukar, tetapi lebih sukar lagi mengisi kemenangan. Itulah yang dialami oleh PKR terutamanya di Bandar Tun Razak. Amat sukar untuk mendapatkan kemenangan dan kami perlu bekerja kuat dalam keadaan serba kekurangan. Satu-satunya kelebihan adalah kerana nama calon kuat. Tetapi itu tidak memadai, Tan Sri Khalil bukan seorang yang pemurah lagi kami di BTR harus terpaksa bekerja untuk mencari dana untuk menampung pelbagai kos. Bayangkan bagi Parlimen P124 dengan pengundi seramai 70,000 Tan Sri hanya sekadar memberikan kira-kira RM 40,000. Maknanya kos oleh Tan Sri adalah 57 sen untuk seorang pengundi. Tetapi demi perjuangan kami lakukan.

    Lebih sukar lagi setelah menang. Rakyat di BTR meminta bantuan, sokongan dan macam-macam tetapi kami tak berduit. Nak mulakan Pejabat Khidmat Masyarakat pun kami tak mampu. Kami sekadar mampu mendengar masalah mereka, dan tak mampu untuk menolong. Kini keadaan semakin mendesak. Rakyat sudah semakin mengata. MP yg lama ada 6 pejabat khidmat masyarakat, PKR masih dgn pejabat PKR sahaja dan tidak dapat membantu. Tan Sri Khalid? Beliau tidak berbuat apa2 di BTR sekadar datang seminggu sekali atau 2 minggu sekali untuk diraikan. Beliau sekadar datang sebagai VIP tetapi tidak menyelesaikan masalah rakyat di BTR. Kini kami di PKR< nak bayar gaji Setiausaha Kerja pun sukar. Tan Sri tidak memberikan sebarang belanja, tidak membuat sebarang program, tidak membuka pejabat khidmat masyarakat dan tidak langsung adakan program utk penduduk di BTR. Malah di Parlimen beliau tidak bercakap untuk BTR sekadar mempertahankan tindakan air percuma di Selangor. Itu mmg baik tetapi bagaimana peranan beliau sebagai MP BTR.

    Dato Sri’,
    Kami penyokong kuat reformasi dan PKR. Walaupun begitu kami tidak akan dapat bertahan tanpa sokongan dan kerjasama Tan Sri Khalid. Beliau harus bekerja untuk BTR bukan lagi terus-terus diraikan. Kami khuatir akan kalah dalam pilihan raya seterusnya kalau Tan Sri masih lagi dengan sikap diraikan.

    Terima kasih.

    Reply

  27. 27 mamat May 16th, 2008 at 11:29 am

    Salam,

    Saya sangat bersetuju dengan pandangan Datuk Halik Zaman (posting 5). Kita biarkan mereka dengan igauan ngeri sehingga pekong dalaman juga diketahui umum. Yang penting buat masa ini pendokong PR bekerja keras untuk membuktikan kepada rakyat yang aspirasi PR bukan omong kosong.

    Wassalam

    Reply

  28. 28 UnKNOWN(UMNO) May 16th, 2008 at 12:45 pm

    pasal pe takleh beli wakil rakyat pulak ? ala macam beli pemain bola EPL la… mesti la best offer…

    Reply

  29. 29 monsterball May 16th, 2008 at 7:13 pm

    nirman….sekarang kita buat2 apa pun tak boleh patut….sebab UMNO is still in control.
    Serarang…mereka loyal Malaysians… pukat mata2…janyang takot UMNO…hentam dia kuat2….kalua dia chakap bohong…sampai 13th election….antai UMNO… pergi tong sampah.

    Reply

  30. 30 Khairul Anwar May 17th, 2008 at 2:21 am

    HARAP PAKATAN RAKYAT TIDAK MELATAH DENGAN JANJI-JANJI DILUAR KEMAMPUAN..PERLU SEDAR SETIAP JANJI-JANJI PR AKAN DINILAI WALAU SEBESAR KUMAN PUN..JIKA SEDIKIT SAHAJE KELALAIAN BURUK PADAHNYA…LANGKAH UTAMA APABILA MENGAMBIL ALIH KERAJAAN IALAH MEMBERSIHKAN SEGALA AMALAN RASUAH DALAM PENTADBIRAN..CARI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN YANG BETUL2 PROFESIONAL..KUKUHKAN DAHULU PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI BARU LAH TUNAIKAN JANJI2 MANIFESTOR SECARA BERPERINGKAT…TU YANG SEBAIKNYA,,,,, WASSALAN…

    Reply

  31. 31 angkasawan nasa May 17th, 2008 at 9:36 am

    Iskandar Dzulkarnain,

    PKR bukan parti pencetak wang kita tidak sebaya dan berbeza budaya berbanding UMNO pihak bahagian perlu berusaha berdiri diatas kaki sendiri PKR bukan parti keronian pihak bahagian perlu mencari sumber kewangan dangan cara tersendiri disitu pusat akan menilai sejauh mana keupayaan AJK sesebuah bahagian anda semua perlu lalui apayang dipangil masa duga yang agak panjang untuk dapat melahirkan mereka mereka yang terbaik dan bermutu sahaja melepasi kehendak parti.semua bahagian sekarang sedang melalui masa demo ini. ujian ini saya akui amat getir untuk semua bahagian PKR. PKR mahu melahirkan bakal para peminpin yang terbaik dan boleh berdikari dari semua sudut. supaya tidak ada bakal peminpin PKR yang laparkan AP,Permit, dan lain lain bila memerintah rakyat juga akan dilatih berdikari supaya tidak melahirkan rakyat yang separa peminta sedekah kita perlu melahirkan rakyat yang berdaya saing dan berdaya tahan kita tidak mahu melahirkan rakyat yang lembik dan lemah dalam era mehadapi globalisasi. kekuatan negara untuk meningkah arus globalasasi bukan sahaja terletak pada pemerinta tetapi kepada rakyat juga sebagai tulang belakang negara.

    Reply

  32. 32 kuda kepang STC May 17th, 2008 at 9:41 am

    saya juga amat bersetuju dengan pandangan saudara angkasawan nasa PKR bukan UMNO unno melahirkan bakal peminpin mereka yang cukup berbaza. PKR dan umno bezanya diantara Pluto dan Matahari sebab itu angkasawan nasa tahu jarak diantara kedua planet ini.

    Reply

  33. 33 Robert Manurung May 17th, 2008 at 10:46 am

    Wah, sayang sekali aku tidak tahu acara itu Pak Anwar; sekiranya tahu akan kuusakan datang untuk sekadar bersalaman dengan Pak Anwar.

    FYI : Koran Tempo edisi Kamis (15/5) memuat wawancara dengan Pak Anwar, disajikan dalam bentuk tanya-jawab. Sangat bermanfaat buat orang Indonesia untuk mengetahui dan memahami dinamika politik Malaysia terkini.

    Berikut ini aku mohon izin menitipkan link artikelku, sebuah esai ringan, agar dapat dibaca rekan-rekan blogger Malaysia.

    http://ayomerdeka.wordpress.com/2008/05/17/kisah-anwar-ibrahim-mirip-film-india/

    Terima kasih

    Salam Reformasi
    RM-jakarta

    Reply

  34. 34 nizam May 20th, 2008 at 11:24 am

    Dalam buku Tauhid sosial Pak Amien memperkokoh sosok dirinya yang amat peduli akan nasib jutaan bangsa Indonesia yang diterpa jutaan masalah terutama korupsi. Disisi yang lain Pak Amien seorang pengkagum pemikiran ekonomi Tun Mahathir.

    Reply

  35. 35 nizam May 20th, 2008 at 11:28 am

    Pak Amien juga pernah menyuarakan kebimbangannya akan situasi korupsi dinegara membangun yang pada penglihatanya sudah menjadi satu “worldview” dalam kehidupan pemimpin dan rakyat.

    Reply

  36. 36 jadi saje May 26th, 2008 at 1:12 pm

    u.p. salam n Iskandar Dzulkarnain ,

    nak jadi pemimpin , mp , adun yang betul berjuang dan berjiwa dan bekerja utk rakyat
    mmg susah , cakapnya mmg senang , nak jadi keparat penyapu sana sini senang dan seronok .

    apapun teguran korang dan kritik sangat dialu alukan

    malah kini kita stop dulu kritik haprak penyangak semua tu

    tapi kita kritik dulu calon kita yang menang

    kita mesti bersama-sama membina melahirkan pemimpin yang betul betul pejuang rakyat
    bukan main cakap sudah sampai level umar bin abdul aziz

    dan dato seri Anwar WAJIB memberi perhatian kepada perkara ini
    dan kami akan terus terusan menyokong dan membantu dan bersama berjuang !!!!

    Reply

  37. 37 Tasrul Gani May 29th, 2008 at 8:25 pm

    Gara-gara ide negara federal pak Amien Rais ini, NEGARA TERGADAI!!! Pilkada dimana-mana emang tidak pakai uang, dari mana asal uang itu, daerah telah tergadai juga Pak Amin, itu dosa Anda juga. Dgn konsep federal yg jadi otonomi skrg, ndak pernah sempat indonesia ini RUKUN dan Bersatu. Masak visi pemimpin begini mo diikuti. Bapak Reformasi = Amin Rais, ah telat pak Amin ngomong soal ekses MNC, mahasiswa Pak Amin sudah sejak 1996, malah dipukuli, ndak dibela tuh dulu. maaf ya….

    Reply

  38. 38 EasyJazzy Aug 20th, 2008 at 3:55 am

    Negara tergadai hanya dikarenakan sebuah pemikiran ? Ahh..andai ini hanya mengada-ada saja Tasrul Gani. Negara tergadai itu karena pemerintah tidak becus mengurusnya, karena semata2 tidak becus maka wacana negara federal perlu dikembangkan. Sudah saatnya daerah menghidupi dirinya sendiri supaya seluruh PAD tidak tersedot ke pusat. Hanya orang bodoh yg menolaknya. Tolong Tasrul Gani, bicaralah secara intelektual bukan secara emosional dan omong kosong belaka.

    Reply

  39. 39 Diana Feb 8th, 2010 at 9:22 pm

    Tidak usah dihiraukan Tasrul Gani. Saya juga tidak selalu setuju dengan Amien Rais, tetapi memang tanpa kepemimpinan Amien Rais gerakan reformasi di Indonesia akan gagal. Memang pantas dia dijuluki Bapak Reformasi. Gus Dur, Megawati baru ikut kemudian, setelah Amien berhasil mengajak ribuan orang turun ke jalan walaupun diancam akan ditembak oleh tentara Suharto.

    Melihat foto di atas sedih hati saya. Dua tokoh reformasi dan oposisi, Amien dan Anwar, yang nasibnya berbeda. Amien bisa retire dengan tenang sambil bebas mengkritik, Anwar masih terancam kehilangan kebebasannya dengan Fitnah 2. Amien dan Gus Dur memang pemimpin dua organisasi Islam terbesar di Indonesia. Tapi mereka berhasil menggerakkan semua orang menjatuhkan Suharto karena mereka tidak berjuang untuk orang Islam atau orang Jawa saja. Mereka tahu korupsi, kemiskinan dan penindasan adalah musuh bersama. Dan bahwa sebagian besar orang Indonesia tidak suka politik ras dan agama.

    Saya lihat Pak Anwar Ibrahim pun menyadari kalau mau bersatu sebagai bangsa, ras dan agama jangan dipertentangkan. Tapi kalau melihat media di Malaysia, terutama mainstream media, tampaknya masih banyak orang yang harus diyakinkan oleh Pak Anwar. Perjalanan masih panjang. Kalau mau reformasi, semua orang harus turun ke jalan. Semoga perjuangan Pak Anwar berhasil. Salam reformasi dari Jakarta.

    Reply

Leave a Reply