Ada teman akrab yang turut khuatir kerana saya tidak terserlah dipentas ceramah atau media. Ada kebenaran telahan tersebut. Maka saya akan teruskan dengan sidang media esok dan menetapkan jadual ceramah peringkat negeri mulai minggu depan inshaallah.
Sekadar penjelasan maka tepat diteka bahawa saya tertumpu memantapkan muafakat Pakatan Rakyat, mesyuarat memperkukuh jentera KeADILan dan memantau perjalanan kerajaan negeri PR. Saya juga giat atau ligat (loghat utara) mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen, sarjana, saudagar, aktivis, saling melontar idea dan menghimbau pandangan.
Sementara itu, Azizah ke Pulau Pinang dan Nurul Izzah ke Melaka dan Lembah Pantai. Maka saya memenuhi waktu menziarah jenazah ayah jiran di Kg Segambut, sahabat di Hospital Damansara, mengunjungi Tuan Guru, ke majlis kenduri perkahwinan dua anak Prof Razali Nawawi dan Kak Dah di Putrajaya. Selain itu saya melayani wakil-wakil rakyat tertentu.
ANWAR IBRAHIM
















Salam Dato Seri…
Saya berdoa, semoga transisi kuasa dr BN ke PR akan berlaku dalam masa terdekat ni. Utk pengetahuan Dato Seri, tak tau le saya, tapi dgn tak disangka-sangka saya seolah-olah menjadi bahan rujukan rakan-rakan. Jadi dgn senyap dan sunyi, mohon emailkan rentetan aktiviti ke arah peralihan kuasa ini. Mohon emailkan spt selalunya. Reformasi….RE..FOR…MA…SI!…
Salam Y. Bhg. Dato’ Seri
Tersiar beberapa tarikh tertentu mengenai penghijrahan YB BN ke PR. Ada berita mengatakan tarikh2 tertentu tersebut sengaja diwar-warkan oleh pihak BN. Untuk mengelakkan kekeliruan kepada rakyat, diharapkan Y. Bhg. Dato’ Seri dapat mengadakan Press Conference mengenai itu, demi mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap PR.
Wasalam
Assalamualaikum?
DSAI, perbanyakkan lagi kemasukkan pelabur2 asing ke 5 negeri pemerintahan Pakatan Rakyat supaya ekonomi negeri naik maka rakyat menikmati pertumbuhan ekonomi negeri atau rakyat berkembang. Saya harap tidak banyak karenah dari pemimpin2 dari Pakatan Rakyat semasa pelabur asing melabur disini.
DSAI, adakah benar hari rabu ini ada desas desus akan ada lompat parti?
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …TQ
Salam Dato seri,
Bila agak nya PR akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan? Tidak sabar rasa nye…
Terima kasih
memang nampak senyap je.. kenapa?
Salam DSAI,
Tindakan DS mendiamkan diri adalah satu tindakan yang bijak kerana membuatkan pihak musuh tidak dapat menjangka perancangan yang dibuat ibarat diam-diam ubi berisi.
Pada ketika ini mereka yang telah lama menghadapi krisis akhlak begitu gusar dengan perkembangan mutakhir aspirasi rakyat. Dapat dilihat pemimpin-pemimpin mereka masih begitu sombong mendabik dada yang perjuangan mereka sebagai tunggak kelangsungan Bangsa Melayu. Bak kata Ust Badrul Amin (dalam ceramahnya yang saya ikuti semalam)krisis yang kita hadapi masa kini menjadi lebih ketara akibat kerakusan pemimpin yang telah runtuh akhlak. Oleh itu harapan yang disandarkan kepada DS adalah untuk membentuk kepimpinan yang berlandaskan akhlak yang terpuji.
Wassalam.
Salam DSAI,
Di mana dana membeli bangunan PKR di Damansara diperoleh??
Satu kemusykilan tatkala PKR baru menjengah arena politik Malaysia,mampu pula PKR membeli sebuah bangunan di kawasan elit.
Kami Perlukan jawapan telus dan adil daripada PKR daripada dana yang begitu banyak diperoleh untuk membina bangunan ini.
Wassalam
Salam DSAI, berbagai tuduhan dilempar oleh mungkin kakiampu-kakiampu umno dilaman web Tranung Kite pasal konon DSAI dah ‘hulur’ kat pemimpin-pemimpin BN diSabah melalui towkey-towkey Cina untuk crossover to PR ! Minta DSAI bagi sikit komen pasal tu kerana kes ni tak boleh didiamkan saja ,btw saya asal dari Kg Makam kawan Allahyarham Pak Salim Hashim yang menentang kuat penyelewengan tanah wakaf Tuan Haji Kassim itu oleh umno Penang,mungkin DSAI ingat atau lupa pernah semasa hari terbuka Hari Raya dulu dirumah DSAI diCeruk Tokun dia dan saya menyampaikan satu envelope berkenaan kes tanah wakaf itu pada DSAI,kini dia telah pergi menemui Allah SWT,umno Penang masih merancang untuk kebas tanah wakaf itu ! wassalam
Dato’ Seri,
Bekas wakil rakyat GERAKAN DUN TERATAI kalau nak masuk keADILAN elok KIV dahulu.
Dia pernah kebas duit puluhan orang miskin yg perlukan rumah kos rendah dikawasannya.
Begitu juga sdr. Jack yg bantu Nurul Izzah di Lembah Pantai, bekas DAP dan calon bebas pernah buat taik di Serdang ketika dahulu.
Benarkah Ketua Pemuda GERAKAN PJ SELATAN merangkap AJK PUSAT GERAKAN Legal bureau masuk keADILan???
Tak silap namanya Mr Lee. Masyarakat PJ UTARA cukup selesa dengan dia dan banyak membantu masalah penduduk disana. Tahniah !!!!!
saya akan terus memberikan sokongan padu kepada Dato’ Seri… REFORMASI !!!!
Itu belum jadi YB atau PM lagi…
Hari2 mendatang dijangka lebih sibuk,bak pepatah
“hari esok nak exam besar”lagaknya.
Saya harap kerehatan minda lebih perlu mendepani masalah besar lagi hebat
pasti berlaku..jeng-jeng.
Mari kita mantapkan gagasan Pakatan Rakyat serta memperkukuhkan jentera bagi menjana Agenda Perubahan.
Hentikanlah bicara soal jawatan , jangan jadikan seolah jawatan adalah jambatan memiliki habuan. Sebaliknya jadikan jawatan sebagi satu amanah perjuangan. Kita seharusnya,baik yang lama serta yang baru bersama memperkemaskan jentera bagi menghadapi Ketuanan Melayu UMNO! Harus diingat mereka masih “berkuasa” dan sedang merompak apa sahaja harta rakyat dengan saki-baki kuasa yang masih ada.
Kerakusan mereka dalam merompak harta rakyat jelas kerana mereka sedar Pakatan Rakyat serta seluruh Rakyat Marhein akan mengambil alih pentadbiran Malaysia beberapa bulan lagi. Cuma beberapa kerat tokoh UMNO yang cuba menongkat langit dengan melaungkan propaganda KETUANAN MELAYU demi mempertahankan kuasa bagi menyelamatkan kroni mereka.
Justeru itu mari kita bersama memperkasakan gagasan PAKATAN RAKYAT diseluruh peringkat supaya bersedia mengambil alih serta meneraju Negara yang tercinta ini InsyaAllah dalam waktu terdekat ini. Mari kita kembalikan “sang Rajawali Putera Rakyat” ke parlimen untuk mempertahankan hak dan keADILan rakyat! UMNO? mungkin kita harus mencari satu ruang kosong di Arkib mahupun Muzium bagi menempatkan UMNO selaku bahan tinggalan sejarah.
REFORMASI!
Kalau sudara terus ingin berceramah hati-hati bila berkalam. Nantinya kalau salah dituturi bisa jadi hasutan. Saya ulangi ….. HASUTAN.
Mau tidak mau harus ke Penjara lagi sudara nantinya. Kendera tentera Najibullah Khan itu usah dipandang enteng. Kalau pernah hebat tentera rejim Mahathir memenjarakan sudara maka lebih hebat lagi tentera Najibullah Khan itu. Di belakangi KGB Russia. Kamu hanya dilindungi CIA Amerika.
Sudaraku,
Lena semalaman di Penjara dahulunya usah diusangi lembayung petang. Kelak pelangi tidak lagi tujuh warnanya. Khairy budak ingusan itu takkan mampu melawan bala tentera Najibullah Khan di dalam. Kiranya pertaruhan mereka adalah uang yang berjuta, sesiapa sahaja bisa ambil upahan membunuh. Bukan sukar mana kerja menarik picu pistolan dihujung dahi wirawan.
Busuk baunya sebangkai lokap penjara itu amat menakutkan Petra yang sombong bingai. Lalu enggan duduk di dalam sebagai tahanan. Dan Najibullah Khan sedang mengosongkan lagi satu sel untuk mu diam di dalam.
Gengster yang kamu bela belum cukup gengster manapun. Ini dunia kongsi gelap tidak pernah mengerti perjalanan politik itu harus bagaimana rupanya. Nah, darah dan kekayaan dunia bisa sahaja jadi tukaran. Bila kekejaman bertakhta di otak manusia berahi, akan tejadi lagi episod hitam.
Dan kali ini putusannya bukan lagi lebam biji mata. Putusannya adalah mati dan kematian.
DS yang sunyi sepi…kami panas punggung baca berita akhbar sensasi setiap hari.
Dah nak hampir tu…dah hampir PR kuasai Kerajaan Malaysia.
Teruskan, kami menyokong!
FOR WHOM THE BELL TOLLS
Make his fight on the hill in the early day
Constant chill deep inside
Shouting gun, on they run through the endless gray
On they fight, for they’re right, yes, but who’s to say?
For a hill, men would kill. Why? They do not know
Stiffened wounds test their pride
Men of five, still alive through the raging glow
Gone insane from the pain that they surely know
For whom the bell tolls
Time marches on
For whom the bell tolls
Take a look to the sky just before you die
It’s the last time you will.
Blackened roar, massive roar, fills the crumbling sky
Shattered goal fills his soul with a ruthless cry
Stranger now are his eyes to this mystery
Hears the silence so loud
Crack of dawn, all is gone except the will to be
Now they see what will be, blinded eyes do see
For whom the bell tolls
Time marches on
For whom the bell tolls
Melayu akan pupus?
Saudara Anwar,
Mungkin saya sedikit garang menajukkan karangan ini sebegitu. Adalah saya merujuk dan meninjau hati rakyat Malaysia pada PRU12 yang baru lewat. Akhirnya luah juga sedikit. Baru sedikit. Ianya belum boleh dipanggil tsunami. Itu baru badai sahaja. Cuma sedikit menghempas. Macam air bah pastilah pantai berubah.
Sebahagian Melayu rasa dihambat. Ada yang dirembat. Terduduk dan tersungkur. Manakala yang dulu lelah, hilang penatnya, menanti saat-saat sebegini. Rasa manis. Sungguh manis. Enak dan nak lagi.
Malaysia sedang meniti ke lembah baru. Melalui suatu terowong tranformasi sosial. Membentuk era nu-sosialis. Kerajaan pro-rakyat. Perlembagaan ambilan-Westminster diusik rangka asal menjadi suatu yang baru. Gagasan Perlembagaan Pro-Rakyat mula diperjuangkan.
Kursani Melayu dileburkan menjadi Malaysia agar semua Cina, India dan bumiputera menjadi sama dan satu. Namanya Malaysia. Asia yang diterasi Melayu. Berakhirnya raja di Kerajaan Melayu. Manakala benua China dikomuniskan maka hilang semua raja di benua sana. Dan benua India direpublikkan mengakhirkan juga sistem beraja di sana. Di Turki, Afghani dan Iran. Hanya ditinggalkannya di Semenanjung dengan banyaknya manakala di benua Siam hanya satu. Asia Kecil adalah kelompok yang berbeza.
Malaysia akan jadi ketua di Timur suatu hari nanti. Itulah yang dinamakan Kebangkitan Asia. Singapura untuk Israel, Guam untuk USA, Hong Kong untuk UK dan Macao untuk Portugis hanyalah alat kawalan jauh yang akan memantau Kuasa Timur ini dari dekat.
Namun Malaysia akan menjadi ahli Pihak Berikat. Yang akan kita tentang pula ialah Pihak Paksi yang akan dianggotai mungkin Portugis di Eropah, India di Asia, Mexico di Amerika dan Nigeria di Zon Tengah. Timor Leste adalah satu lagi stesen Portugis di Asia.
Bagi Itali, Perancis German, Sepanyol dan Rusia mereka hanya menjadi puak-puak penengah. Begitu juga China, Jepun dan Korea di Asia. Sudah pasti juga Rusia, China dan Korea Utara berpihak dengan Cuba atau pihak Paksi.
Itali, Perancis, German dan Sepanyol lebih suka jadi penengah sejati. Sekali-sekali Sepanyol akan pro paksi juga kerana Portugis. German lebih gemar jadi hakim. Itali lebih gemar jadi tempat orang bertelanjang, manakala Perancis ingin benjadi juara kota budaya.
Arab semua di mana? Mereka akan menjadi peraih-peraih untung melalui jualan minyaknya di dalam persengketaan dunia ini. Dan bila tamat sahaja sengketa maka Arab akan jadi yang terkaya.
Ianya bukanlah peperangan senjata lagi. Peperangan ini adalah peperangan maklumat dan teknologi maklumat dan komunikasi itu sendiri.
Globalisasi menjadikan benua ini nyah-sempadan-geografi. Tiada lagi benua-benua. Hanya ada satu-satunya kawasan global. Dunia baru. Malaysia adalah ibukota (hub maklumat) Timur. Bersaing dengan India. India meskipun lebih gergasi tetapi tewas kepada Malaysia kerdil kerana India hanyalah wajah Asia Selatan berbanding Malaysia punya juga wajah ala manusia sepet kulit putih kuning.
Sudah banyak keterhebatan dicipta oleh manusia Malaysia. Keterbilangan kata pemimpin masa kini. Hasil tangan-tangan penjajah. Atas nama Melayu kununnya. Atas nama Islam perinya. Atas nama Malaysia gagasnya. Kita dibuai dalam kelambu mimpi. Congak kepala kita adalah formula ciptaan mereka tanpa kita sedar. Namun demikian, kenapa harus menggila kita perjuangkan asas Melayu itu? Siapakah kita sebelum namanya kita ini Melayu?
Assalamualaikum DSAI,
Wah, penuh sungguh kalendar saudara. Saya mengucapkan selamat berbakti kepada rakyat dan jangan sesekali berputus asa dalam memperjuangkan kebaikkan. Ada masa terluang boleh kita makan di Restoran Pokok Buluh di Cerok Tok’Kun. Selamat Maju Jaya!
Dato Seri memang sepi seketika sekarang ini. mungkin dato seri akan war-warkan sesuatu yang menarik dalam minggu ini ye?
To YAB DSAI,
Saya minta jasa baik supaya menasihati Karpal yang sungguh angkuh terhadap orang Melayu dan biadap, yang semua rakyat Malaysia tau bahawa bumi ini adalah tanah orang Melayu, kalau saya diberi kuasa saya haramkan Karpal menjejak bumi Malaysia. Saya harap YAB DSAI, dapat membantu orang melayu.
Yang menyokong YAB DSAI,
mentadak Reply:
February 7th, 2009 at 12:17 am
Karpal boleh tolong saman seklai tak yamg tutup tadika2 tu.
Kepada: Semua Sidang Pengarang
PER: JANGAN BELOKKAN KENYATAAN OLEH KARPAL SINGH
Ahli Parlimen Kelang, Charles Santiago meminta agar UMNO, Perdana Menteri dan akhbar-akbar tempatan berbahasa Melayu berhenti membelokkan kenyataan Karpal Singh menjadi isu yang berbau perkauman.
Semua rakyat Malaysia tak kira kaum mahupun kepercayaan melihat Raja-raja Melayu sebagai lambang kedaulatan dan menginginkan raja berperlembagaan kita berfungsi dengan sihat. Beliau dengan kuat mengutuk kata-kata berbau hasutan bahawa orang bukan Melayu tidak hormat kepada Raja-raja. Sama ada orang ramai bersetuju dengan pandangan Karpal ataupun tidak, kebebasan beliau untuk bersuara dan ruang untuk perdebatan secara demokratik harus dilindungi.
Beliau mengingatkan BN bahawa kenyataan Peguam Negara Abdul Gani Patail hanya dua bulan yang lalu bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk menentukan Menteri Besar Terengganu mirip pandangan Karpal.
Apakah Peguam Negara – dan Perdana Menteri yang memiliki perspektif yang sama – patut disabitkan dengan tuduhan hasutan dan pengkhianatan juga? Charles sebaliknya mendesak agar UMNO dan Perdana Menteri melihat kewajaran hujah Karpal dan segara memberhentikan cubaan untuk mengaut keuntungan politik dengan membelokkan perhatian rakyat daripada isu-isu yang lebih penting serta krisis yang kian membara di dalam UMNO.
Kenyataan Karpal tidak mempersoalkan hak istimewa Sultan sebagai ketua agama di Perak. Beliau hanya mengemukakan hujah bahawa Sultan Azlan Shah tidak mempunyai jurisdiksi atas perpindahan Pengarah Jabatan Agama Negeri Datuk Jamry Sury.
Kenyataan Karpal selari dengan apa yang telah ditetapkan dalam perlembagaan. Walaupun Sultan Azlan Shah adalah Ketua Agama Islam di negeri DYMM, kuasa untuk memindahkan seorang pegawai awam negeri terletak dengan Setiausaha Negeri, yang menurut arahan daripada Menteri Besar Perak.
Karpal Singh juga telah mengemukakan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan dan Lain-lain lawan Loot Ting Yee. Di sini, mahkamah tersebut telah memerintah “sama ada seorang pegawai awam harus dipindahkan, dan jika demikian, di mana dan bilakah perpindahan itu akan berlaku adalah perkara yang diputuskan oleh kerajaan pemerintah.
“Adinda cadangkan agar kekanda menyerahkan segala kekayaan ayahanda ini kepada adinda dan kanda jangan ambil satu sen pun. Inilah yang dikatakan Demokrasi…”
“Demokrasi Apa?
“Demokrasi Terpimpin…”
“Demokrasi Terpimpin kepala hotak engkau”
Dilahirkan bukan sahaja dari sebuah keluarga UMNO, tetapi dilahirkan dalam sebuah masyarakat UMNO yang ketika itu celik hanya pada satu parti. Pada ketika itu juga, tiadalah lain yang lebih releven melainkan yang ter’releven’ sekali.
Tiadalah dalam akal fikiran ini bahwa parti lain layak memerintah bahkan menafikan dua pertiga majoriti itu tiada dalam kamus hidup ini. Umpama tiada harapan langsung kerana semua jalan ditutup rapat, hanya ‘mereka’ sahaja yang benar dalam semua hal.
Tetapi, secara optimisnya, buat pertama kali dalam sejarah, UMNO dan BN akan jadi pembangkang. Tidakkah itu sesuatu yang baru bagi kita? yang kita nak lihat selama ini? Agar mereka sadar bahwa mereka tidak lagi relevan. Agar mereka tahu bahwasanya tindak tanduk mereka ini tidak mendapat sokongan lagi.
Mengapa perlu kerajaan ini ditukar? kerana kita harus membuktikan bahawa demokrasi itu ujud di dalam masyarakat kita, di dalam organisasi negara kita.
Wahai rakyat jelata yang bijak bistari. Kita perlu menukar kerajaan. kita sudah menjadi rakyat yang lebih matang, lebih celik dan lebih bijak. Apa salahnya menukar kerajaan kerna itulah yang dinamakan proses demokrasi. Kuasa rakyat seharusnya tidak dipandang enteng.
Kita harus mempraktikkan erti demokrasi.
Demokrasi bukan bermaksud demokrasi terpimpin Tiga Abdul. Bukan juga demokrasi terpimpin Tiga ‘K ‘ AAB. Demokrasi pada saya ialah pilihan ramai. Demokrasi ialah suara ramai untuk orang ramai, dan bukan untuk beberapa kerat orang sahaja.
Dalam keadaan kebebasan bersuara itu dihapuskan, ISA berkuatkuasa, media arus perdana lantang menghentam satu pihak tanpa memberi peluang kepada ‘defendan’ untuk membela diri, rakyat ditindas, yang kaya semakin kaya, ahli parlimen ‘raba’ dibela, ahli parlimen berjiwa rakyat dibelasah, disembur, digari, dihina. Jadi, di manakah demokrasi ? Salah kah kita mencari demokrasi yang telah hilang?
Ayuh, berfikirlah dengan logik akal. Kita mampu menghadapi satu lagi Tsunami. Mungkin bukan untuk kita, tetapi untuk anak2 kita. Agar mereka tidak merempat di tanah pusaka di atas ‘kebutaan’ kita selama 50tahun ini.
Kita sebagai rakyat tidak mahu lagi ditipu dengan janji2 manis sebuah kerajaan. Cukuplah 50 tahun mereka merompak hasil kekayaan bumi kita. Cukuplah. Enought is enought.
Biarlah hidup kita ini lebih bermakna. Jadikan zaman hidup kitalah yang menumbangkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Jadikanlah sejarah hidup kita adalah sejarah yang mempamirkan sebuah perjuangan menegakkan kebenaran dikala jatuhnya era pemerintahan bani UMNO.
Akhir kata, adalah harus bagi kita untuk lebih berjaga-jaga, bersiap sedia dari apa jua kemungkinan. Kerna di saat gersang, di saat ada pihak yang amat terdesak, segala kemungkinan boleh berlaku. Mungkin juga sekali lagi DSAI didakwa atas tuduhan liwat? siapa tahu? adakah hamba mengarut?
Segalanya mungkin !!
EDYES
salam DSAI,
keghairahan DSAI memenuhi kehendak setiap kepeluang harus di puji dan di sanjung tinggi,ini yang saya maksudkan pada komenta saya yang lalu….tentang pemantauan ahli-ahli MP & DUN…
saya begitu tertarik dengan pengumunan dollah badawi bagi memenuhi tuntutan cuepac..sayang-sayang ditelan pahit dibuang sayang..makin ramailah golongan-golongan lemah minda mentadbir agensi kerajaan…makin malanglah graduan lulusan PENGAJIAN TINGGI ala UMNO…TIDAK ADA LAGI orang-orang MUDA yang dikasihi dan akan ramailah golongan-golongan TUA tidak dihormati..
PRM: Lawan Karpal dengan hujah
“Dalam hal ini, maka kritikan Karpal terhadap tindakan Sultan Perak tidak semestinya tepat. Karpal mungkin silap dari segi perundangan tetapi adakah dia menghina Sultan?” soalnya.
May 10, 08 11:04am
Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat bahawa isu kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai Sultan Perak dan teks ucapan Yang di-Pertuan Agong perlu ditangani secara bijaksana.
Presidennya, Hassan Abdul Karim berkata, ia boleh dilakukan dengan tampil berhujah secara rasional, berdasarkan undang-undang dan fakta sejarah, bukannya menekan dan menutup mulut Karpal dengan membuat laporan polis supaya tindakan diambil terhadapnya di bawah Akta Hasutan.
“Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Cepat atau lambat, Malaysia akan berdepan dengan isu-isu perundangan seperti yang dibangkitkan oleh Karpal,” katanya dalam satu kenyataan.
“Apa faedah yang Malaysia dapat sekiranya Karpal didakwa di bawah Akta Hasutan dan kemudiannya, jika didapati bersalah, dicampak ke penjara, sedangkan isu yang beliau bangkitkan tidak dijawab dan diberi penyelesaian?” soalnya.
Katanya, PRM berpendapat bahawa apa yang dibuat oleh Karpal dan cara ia dilakukan, tidak semestinya betul dan apa yang beliau cakap tidak semestinya benar.
“(Bagaimanapun), kita jangan takut membicarakan isu-isu yang Karpal luahkan dan kerana itu mahu segera mulut Karpal ditutup dengan ancaman Akta Hasutan.
“PRM percaya, sudah sampai masanya kita memikirkan dengan serius tentang keperluan menubuhkan Mahkamah Perlembagaan di Malaysia,” tambahnya.
Katanya, isu yang Karpal bangkitkan tentang apa yang berlaku antara Istana Perak dan menteri besarnya, berhubung pertukaran dan perlantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) adalah isu perundangan membabitkan bidangkuasa kerajaan negeri dan Sultan.
Rujuk pada perlembagaan
“Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia perlu dirujuk. Tidak cukup itu, amalan konvensyen perundangan yang digunapakai selama ini, juga perlu diteliti,” kata Hassan.
Menurutnya, Karpal perlu diperingatkan bahawa negeri ini bukan negara demokrasi ala Amerika atau Perancis yang tidak beraja.
“Di Malaysia masih ada raja. Ada sembilan Raja-Raja Melayu di 13 negeri dalam Persekutuan Malaysia. Raja-Raja itu juga ada kuasa-kuasa yang tersurat dan juga tersirat dalam Perlembagaan negeri masing-masing dan juga Perlembagaan Persekutuan.
“Kerajaan Persekutuan adalah atas nama Kerajaan Yang di-Pertuan Agong, manakala kerajaan negeri Perak adalah atas nama Kerajaan Sultan Perak.
“Dalam hal ini, maka kritikan Karpal terhadap tindakan Sultan Perak tidak semestinya tepat. Karpal mungkin silap dari segi perundangan tetapi adakah dia menghina Sultan?” soalnya.
PRM, tegas Hassan, percaya bahawa pihak-pihak tertentu tidak wajar dengan cepat menuduh seseorang itu menghina Sultan.
“Jika tanpa niat jahat tetapi demi kepentingan umum, seseorang itu perlu mempersoalkan sesuatu tindakan Sultan dari segi perundangan, maka ia tidak patut dianggap menghasut atau menghina.
“Kita perlu ingat, dalam semangat demokrasi, kita rakyat Malaysia mahu maju ke depan membebaskan diri kita dari belenggu sistem feudalisme. PRM menghormati sistem kenegeraan Malaysia waktu ini yang bersifat dualisme iaitu Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
Laporan polis
“Raja Berperlembagaan berbeza dengan sistem raja mutlak. Justeru itu, PRM membantah tindakan Umno dan pihak-pihak tertentu yang cuba menggunakan Akta Hasutan atau ISA untuk menakut-nakutkan rakyat supaya jangan menyentuh bidangkuasa istana,” katanya.
Hassan berkata, PRM berpendapat, pihak-pihak seperti Umno yang mahu mempertahankan status quo yang ada sekarang, supaya jangan menghabiskan masa membuat laporan polis terhadap Karpal.
Sebaliknya, tegas beliau, mereka boleh menjawab hujah Karpal dengan mengingatkan pengerusi DAP itu bahawa Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Malaya, dulunya dipanggil Tanah Melayu.
“Selepas 1957, ia digelar Persekutuan Tanah Melayu. Fakta sejarah menunjukkan sembilan negeri di Semenanjung yang masih ada Sultan dan Raja, tidak pernah terjajah secara terus di bawah Inggeris atau Jepun atau Belanda ataupun Portugis.
“Sebab itulah Sultan dan Raja-Raja Melayu masih ada kuasa hingga sekarang dan diiktiraf serta diperakui oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Oleh itu, katanya, Karpal tidak boleh mencabut kuasa yang ada pada Sultan dan Raja kalau rakyat Melayu masih mahukan Sultan dan Raja mereka terus berkuasa seperti yang ada sekarang.
“Hujah Karpal Singh sebenarnya boleh dikalahkan di Mahkamah Perlembagaan (jika ada) atau dalam pentas pendebatan perundangan pada bila-bila masa.
“Tidak perlu Akta Hasutan atau ISA digunakan untuk menutup mulut pengerusi DAP itu yang kelihatannya agak celupar dan biadap pada sesetengah orang. Hadapilah isu yang Karpal timbulkan dengan berani,” tegas Hassan.
Kadang kadang diam itu ada juga baiknya daripada terlalu banyak bercakap,satu lagi hal keselamatan DSAI juga harus diutamakan,saya merasa seriau juga pada malam 14 april tempohari bila pihak polis datang menyerbu kedepan ketika DSAI sedang berucap,seribu kemungkinan boleh berlaku andai mereka datang dalam gaya sebagaimana di rumah DSAI pada 1998 dulu.
sekali sekala teringin juga mendengar ucapan DSAI dalam ceramah yang dihadiri puluhan ribu manusia.Bukan ape,untuk mengimarahkan semangat juang juga adanya…
salam DSAI…
saya mendoakan moga DSAI dipanjangkan umur dan diberi kekuatan utk menempuh perjuangan.
Salam Reformasi,
Didalam senyap dan sepi ini marilah kita bersama-sama memikirkan bagaimanakah cara kita untuk memperhebatkan lagi jentera-jentera Parti yang bertunjangkan Pakatan Rakyat. Dengan kemasukan beramai-ramai ahli Ameno atau BeEnd, kita memerlukan beberapa badan baru untuk menjadikan pakatan rakyat sebagai satu-satunya wadah perjuangan Rakyat Malaysia.
Sehubungan dengan itu eloklah juga kita melihat kedepan dan jangan berikan peluang kepada musuh kita untuk melihat kelemahan kita(Ingat prinsip Sun Tzu), kalau mereka dapat menghidu pun, pastikan kita dah dapat merencanakan dan telah bersedia.
Mengenai isu bangunan baru Keadilan di Damansara serta isu ahli parlimen BeEnd menyeberang ke Pakatan Rakyat kerana telah disuap dengan duit orang-orang tertentu, janganlah kita terlampau memikirkan sangat.Dalam diam, kita harus yakin apa yang digembar-gemburkan oleh Ameno adalah fitnah belaka. Tidak cukup dengan itu pihak Ameno juga sibuk menyebar khabar angin mengenai tarikh ahli parlimen BeEnd menyeberang ke pakatan rakyat.
Kita tunggu penjelasan DSAI mengenai isu-isu panas ini.
Dare to fail, Dare to success.
ACAI-88
Kita jangan mudah melatah dalam soal Kapral, bila u kata tanah ini milik orang melayu itu satu kesilapan yang mundur. tanah milik sejagat di kurniakan olah allah kepada kalifahnya di atas muka bumi ini. kita jangan mudah terikut gejala umno terlalu mudah haramkan orang, pendatang haram hidup bebas dinegara ini dalam masa yang sama kita haramkan pula warga negara kita sendiri kita sekarang sedang menuju hub halal tetapi kita bermain dilidah isu haram apa ke jadahnya kata NTV7.
Ini isu yang begitu hapak dibawa oleh umno halal dan haram bergantung ikut sempadan UMNO dan PR contohnya babi di melaka seolah olah halal tak disentuh langsung tetapi babi di selangor haram di dedahkan di media. sebab itu kita agak keliru dengan istilah halal haram oleh umno, oleh kerana u sebut haram keatas kapral saya bertanya datang dari umno atau PR.kita dimalaysia kata kapral haram tetapi di hutan belantara amazon dia halal oleh suku kaum asli di sana.oleh itu bukan semua pihak setuju kata kapral itu haram oleh itu jangan mudah kita menarafkan seseorang itu halal atau haram kita bukan umno.
SENYAP DAN SUNYI
tak pa…Asalkan MENYENGAT DAN LAGU RAKYAT BERBUNYI
Cadangkan tempat ceramah peringkat negeri selangor diadakan di Stadium Bandar Baru Salak Tinggi Sepang…15km dari KLIA
SALAM.
Senyap ada makna tu….
Biar senyap kerja jalan…..Kalau kecoh kerja tak jalan tak guna…
Salam semua,
Alhamdulilah, tumpukan usaha Dato’ Seri untuk perteguhkan jentera pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Disamping itu kami juga mengharapkan usaha perbincangan dengan beberapa ahli parlimen akan beroleh kejayaan.
Masalah orang Melayu terbanyak semakin susah, miskin dan terpinggir, malahan seperti merempat di negara sendiri sebenarnya bukanlah hal yang diperjuangkan oleh UMNO pimpinan Abdullah Badawi.
Kecelaruan UMNO dan BN banyak tertulis di:
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
dear MarkMyWord, #13:
demo ugut sapo ni? gedebe setaro mano?
mH
askum dsai yang dikasihi
kami rakyat marhain ni makin terasa himpitan kepayahan hidup sejak akhir2 ni
harga barang makin tak keruan, suasana politik pun belum menjanjikan sesuatu yang benar2 mantap. Rasanya kalau tak de sesuatu dilakukan dalam masa terdekat ni, rakyat akan rasa kecewa dan patah hati….
semangat perubahan dalam pr 12 makin lama makin menghilang….skrg pun dah dengar desas desus..rakyat ckp…tukar kerajaan pun sama jer…harap ds ambil perhatian keluhan rakyat bawahan ni.
wassalam
Assalamualaikum DSAI,
Minta agar MP PR timbulkan mengenai syarat simpanan SSPN sebanyak RM500 (untuk keluarga pendapatan RM2000) sebagai syarat kelayakan untuk memohon pinjaman PTPTN berkuatkuasa tahun ini. Perkara ini pasti akan menimbulkan bebab kewangan kepada anak keluarga berpendapatan sederhana yang akan melanjutkan pelajran di IPTA dan IPTS sesi Julai nanti. Nak pinjam duit pun untuk belajar pun mesti ada duit dalam akaun dulu, macam mana ? Pinjam kat Bank pun tak ada syarat macam ni.
HARAP DAPAT PERHATIAN SEGERA DARI MP-MP PR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Assalamualaikum DSAI,
Minta agar MP PR timbulkan mengenai syarat simpanan SSPN sebanyak RM500 (untuk keluarga pendapatan RM2000) sebagai syarat kelayakan untuk memohon pinjaman PTPTN berkuatkuasa tahun ini. Perkara ini pasti akan menimbulkan bebab kewangan kepada anak keluarga berpendapatan sederhana yang akan melanjutkan pelajran di IPTA dan IPTS sesi Julai nanti. Nak pinjam duit pun untuk belajar pun mesti ada duit dalam akaun dulu, macam mana ? Pinjam kat Bank pun tak ada syarat macam ni.
HARAP DAPAT PERHATIAN SEGERA DARI MP-MP PR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Assalamualaikum DSAI,
Minta agar MP PR timbulkan mengenai syarat simpanan SSPN sebanyak RM500 (untuk keluarga pendapatan kurang dari RM2000) dan RM3000 (untuk pendapatan keluarga lebih dari RM2000) sebagai syarat kelayakan untuk memohon pinjaman PTPTN berkuatkuasa tahun ini. Perkara ini pasti akan menimbulkan bebab kewangan kepada anak keluarga berpendapatan sederhana yang akan melanjutkan pelajran di IPTA dan IPTS sesi Julai nanti. Nak pinjam duit pun untuk belajar pun mesti ada duit dalam akaun dulu, macam mana ? Pinjam kat Bank pun tak ada syarat macam ni.
HARAP DAPAT PERHATIAN SEGERA DARI MP-MP PR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
DSAI,
Teruskan perjuangan untuk menegakkan keadilan.
Rakyat dah jemu dengan penyelewengan UMNO lebih 50 tahun.
Cakap ye nak berjuang dan membela Melayu, tapi… menipu.
Jadikan Islam sebagai teras perjuangan. Semoga diberkati ALLah SWT.
DS,
CERAMAH UMUM - SEKARANG JADIkannya TUGAS AHLI PARLIMEN KITA PULA.
Pada pandangan saya DS tidaklah perlu lagi memenatkan diri dan bertungukus lumus,menghadhiri ceramah umum dimerata negeri.Pada masa sekarang rakyat tidak perlu lagi dibangkitkan semangat dgn api ucapan DS ,tapi adalah lebih baik dan memadai meraka diberi penerangan mengenai perkembangan semasa oleh para MP Pakatan Rakyat.Kemudian,kita galakan mereka utk berkerja keras utk meningkatkan ekonomi dan meninggikan ilmu,bagi merialisasikan wawasan kita.
Saya tetap berpandangan bahawa penerangan mengenai Agenda Ekonomi Malaysia perlu di teruskan secara bersungguh-sungguh.Orang Melayu masih terkial-kial pemahamannya dlm soal ini,dan mereka masih mempunyai mentaliti subsidi seperti penyokong Umno,walau pun mereka adalah penyokong PKR.Jangan nanti apabila kita memerentah,keadaan mereka terutamanya org Melayu masih di takuk lama,menunggu subsidi,tidak bersedia memasuki gelanggang utk bersaing,walau pun peluang sudah terbuka luas hasil dari dasar ekonomi terbuka kita.Jadi disini rasanya peranan DS lebih diperlukan sekarang bagi memperkasakan ekonomi rakyat.
Tunggu saja lah asalkan bn lingkup tahun ini juga.
Isu Karpal tu saya rasa, penjelasan harus diberi kepada karpal bukannya menghukum dan mengajak kita untuk tersasar daripada apa yang disuarakannya. Sememangnya manusia daripada keturunan darah daging umno akan memulakan gerak ( tipudaya mereka ) dengan mengaitkan sesuatu isu itu dengan melayu /bangsa. Dalam keadaan lemah , strategi inilah yang diguna pakai dulu kini dan sepanjang masa ( dalam masa sama pemimpinnya melevel melayu yang terpedaya itu adalah melayu mudah lupa ).
Jangan lupa sejarah penghinaan dan ejekan umno kepada raja-raja hinggakan setiap malam kita disajikan dengan siaran yang memerangkap kita untuk menyokong mereka 100%. Akhirnya tidak ada siapa mampu menghalang mereka membolot segalanya. Itulah umno yang pernah menjanjikan sabah maju dalam 100 hari dan terengganu dapat melihat pembangunan yang tidak pernah mereka lihat ( pembangunan itu mungkin masih tersimpan dalam khayalan pm sorang-sorang ). Sudahlahhhh jemu , jemu,jemu,jemu,jemu dan mungkin pemimpin bn kami di sabah sahaja tak jemu-jemu dengan pembangunan air liur sejak dahulu hingga mati.
UBAH DAH PARAH DAH
UBAH ANDAI ADA MARUAH
Kenapa Teresa Kok bermati-matian membela tahanan wanita warga China yang dibogelkan kononnya. Setelah disiasat maka terbuktilah wanita tersebut orang tempatan. Kes ini membuktikan Teresa Kok memperjuangkan keadilan untuk satu kaum saja iaitu kaum Cina tak kira dari apa2 negara sekalipun asalkan berwajah Cina. Mengapa tidak membela nasib wanita Indonesia yang dianiaya oleh majikan2 Cina. Nampak sangat Teresa Kok memperjuangkan keadilan berdasarkan kaum semata. Apakah keadilan semata2 untuk kaum Cina saja..???….dan kaum-kaum lain dikesamingkan..???….Dasar racist…
KAMI ANAK MUDA UNDERGROUND MENOLAK POLITIK PERKAUMAN… POLITIK PERKAUMAN YANG DI BAWA UMNO SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI…
Selagi DAP masih bermaharajalela dalam PR..sampai bila2 aku tak hingin nak sokong PR…biar putih tulang jangan putih mata. Biar darah tumpah ke bumi jangan sekali2 maruah agama, bangsa dan negara tergadai….
Md Faizal May 12th, 2008 at 8:20 am
Salam Dato seri,
Bila agak nya PR akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan? Tidak sabar rasa nye…
Terima kasih
Ko nie BODOH Faizal , ko ingat nak perintah negara ini mcm perintah negeri. ANWAR IBRAHIM pun main jubo ,,, haaaaaaaaa nanti ko suruh anwar bersumpah dengan nama ALLAH adakah dia berani? Tak berani punya tunggu video ANWAR main jubo tak lama lagi
Saya menyokong Langkasuka, jangan jadikan DAP bermaharajalela.Usah sokong Karpal Singh .Tak juga sokong BN.
Kalau Keadilan nak terus maju . Jangan buat pakatan dengan mana jua parti.
Selagi PKR DAP aku takan mengundi!
apa dato seri dah buat….. pecahkan orangorang melayu (ISLAM) apanak tunggu orang kafir perinta Malaysia ka. siapa nak bela orang melayu (ISLAM) jangan fikir nak hidup senang satu keluarga je, ramai orang melayu (ISLAM)yang susah apa dah buat. INGAT AKHIRAT LA……..
KESIAN MELAYU TERUS JADI MACAM BOLA DI BUAT OLEH DATO SERI
Assalamuailakaum
Bila Dato Seri Nak Mai ceramah Di Belah Utara Lama Dah Tak mai Ni Lapas PR12……..
apa la hang ni jawa5508 bg komen cam tak pakai akal , tu la kalau pikiaq guna otak , pikiaq guna akal la , sempit sungguh pemikiran hang ni
KORANG YANG KOMEN2 BUKAN2 NIE SEMUA ORANG2 BODOH DAN X DA OTAK . CAKAP X PERNAH PIKIR DAN SELIDIK2 . TOLONG LAA KALO KORANG NIE DIE HARD UMNO JGN LAA MASOK BLOG NIE PASTU NAK HENTAM MEMBABI BUTA . BUAT MALU DIRI SENDIRI LAA . PLZ LAA LAIN KALI CKP PAKAI OTAK JGN PAKAI KEPALA LUTUT
ini komen bebas ke tak.. kalau bebas, kenapa “peng_u” pertikaikan komen orang lain… saya nak komen pun dah tak berani.. tak demokrasi la blog ini..