Di celah kesibukan berunding dengan pimpinan KeADILan, Pas, DAP dan ahli-ahli Parlimen, sempat juga saya melayani permintaan rakan saya, Penerbit dan Pengarah filem Hindustan yang terkenal Akbar Khan.
Beliau mengirim fillem tersebut khas untuk tontonan saya sebelum diedar kepada khalayak nantinya. Saya membuat catatan ringkas buat beliau dan saya paparkan buat saudara-saudari.
Ha, ternyata kisah cinta, intrig istana, permulaan era keruntuhan empayar Moghul ini lebih hebat dari Sivaji the Boss!
Bravo! A splendid production and superb directing. Its amazing how you have been able to bring to life what would otherwise have been mere historical figures or “monuments”.
What I find brilliant is the manner you built up the emotional tension between Shah Jehan and Mumtaz that builds up and breaks into true passionate love. I am reminded of Ayn Rand’s classic dictum about the central importance of conflict and resolution to be followed continuously until catharsis. It may sound a tad dry in philosophy but in this case you have brought out with great dramatic effect.
I must say that you did justice to the grandeur of this epic story by sparring no effort in respect to the meticulous historical records,
the period costume, the magnificent props and the spectacular scenes.
I will no do justice if I fail to recognise the remarkable performance of Kabir Bedi and other main characters.
Naushad’s music is undoubtedly phenomenal. His composition is absolutely soothing to the mind and a great comfort to the soul. The haunting thematic refrain that is heard throughout produces the emotional sensation of serenity with intermittent bout of sadness.
Well dear friend, I am just an ordinary fan, with neither an expertise on movies nor qualifications as a critic! Frankly I enjoyed it immensely….. Once again, bravo!
ANWAR IBRAHIM









Salam Dato’ Seri,
Saya juga ada buat sebuah filem.
Tajuknya : “Apalah nasib engkau ni mangkok”
Dato’ Seri, YB Kak Wan, YB Nurul Izzah dan
semua peminat filem Malaysia boleh tonton
dan beri komen di panggung ini:
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Mohon Dato’ Seri beri laluan kepada
semua peminat filem Malaysia.
Salam takzim
Reply
Yes…Bro.Anwar…….with English translation…..even though I don’t know..what the heck you are talking about..only knowing….you love that movie. What movie?? I think..many will be seeing more Indian movies…..as when Anwar speaks…millions will follow.
Reply
Salam perjuangan DSAI.nampaknya saudara bukan sahaja mempunyai kenalan rapat dikalangan ahli politik tetapi turut melibatkan tokoh dalam industri hiburan.inilah ciri yang sepatutnya ada sebagai seorang pemimpin.harap melalui hubungan DSAI dengan tokoh-tokoh di luar negara tidak kira bidang apa akan dapat memperkukuhkan lagi kedudukan dalam perjuangan ke arah reformasi.
Semakin hari semakin banyak yang terpaksa dihadapi oleh DSAI dan rakan-rakan seperjuangan tetapi apa yang menyedihkan adalah pihak yang ingin ‘menjahanamkan’ dan memusuhi DSAI adalah dikalangan mereka yang sebangsa dengan saudara sendiri.secara peribadi saya merasakan bahawa saudara adalah pemimpin yang mudah mendekati dan didekati oleh rakyat.saya bukannya melobi kerana tidak ada apa-apa kepentingan cuma saya berharap misi dan visi DSAI dalam membangunkan negara tidak menjadi seperti angin yang bertiup sebentar dan berlalu begitu sahaja.
semoga terus sukses dalam perjuangan dan dirahmati oleh Dia Yang Maha Kuasa.kami rakyat malaysia dahagakan kepimpinan yang berwibawa dan berkredibiliti.
Reply
Aduhai DSAI:
Kini rakyat Malaysia telah fokus dalam hal RPK, yang agak begitu rancak, tegang, tetapi memandangkan DSAI dapat mengkhimati filem Taj Mahal..
Penerbit dan Pengarah filem Hindustan yang terkenal Akbar Khan….nanti DSAI berpeluang menjadi PM , alangkah baiknya menjemput beliau datang melabur di Malaysia, menjadikan Malaysia sebagai Bollywood kedua di rantau ini.
Ramai juga bintang bintang melayu yang berbakat boleh tumpang `cari makan’ cerita perjuangan Hindraf 5 boleh diwayangkan berikutan konsep `Bollywood’. begitu juga pahit gelisah cerita DSAI, keadilan di` bollywoodkan’ sama sekali.
Cerita Mahafiraun, Mahazalim , cerita Pak Tidur, Pak rasuah, cerita perompak penyamun UMNO juga di`bollywood’ kan sama sekali, saya rasa cerita sedemikian mesti dapat sambutan yang mengemparkan !!
DSAI ,,, ingin menghindustanikan arena politik Malaysia sebagai simbol perpaduan tanpa konsep perkauman.
Reply
DSAI:
Berikut adalah sumber yang saya dapat dari Malaysia Today di mana Khairy menyatakan :
On political matters, Khairy pooh-poohed suggestions that he was in cahoots with PKR advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim and would lead Barisan Nasional MPs in crossing over to the Pakatan Rakyat.
“This belongs to the realm of fantasy,” he said.
Khasnya “This belongs to the realm of fantasy,”, apakah pendapat DSAI dan berikan komen tentang statement ini.
Jangan Jangan harapan rakyat terhadap DSAI terujud dalam alam impian !!
Reply
assalamu’alaikum ….
datuk seri … with all respect, i find your picture on the banner of the website really drab and “belia”. if you can, please take another picture standing at an angle to the camera, and not facing it straight on.
Reply
DATUK SERI, SAYA MINAT JUGA FILEM HINDUSTAN TANPA LAGU MELANKOLIK TU.BRAVO DATUK SERI..
Reply
Hai first time saya jumpa pemimpin yg berkemampuan dalam pelbagai bidang termasuk sastera!!!! nah bangsa melayu semua, InsyaAllah pemimpin ini akan memperjuangkan kembali bahasa dan sastera kita yg telah dilacurkan oleh pemimpin yg lantang membela ketuanan melayu!!!!
Reply
DATUK SERI ,BETUL KE KISAH 17 ABDUL NAK PINDAH RUMAH KECIL (Pakatan Rakyat)pada RABu Ni..dah selesa rumah Banglo Mewah….harap2 ada kejutan atau penafian yo-yo..
Reply
Assalamualaikum,
Dulunya sayalah antara penyokong kuat Dato Seri semasa zaman gerhana dahulu. Sayalah antara orang yang paling sedih dan keciwa bilamana Mahathir memecat Dato Seri dari jawatan TPM dan Timbalam Presiden UMNO. Saya banyak melakukan solat hajat supaya Dato Seri selamat dan orang paling gembira bila parti Keadilan menang di Pilihanraya kecil di Lunas. Saya banyak membeli CD ceramah, harakah, suara keadilan dan mengedarkan pula kepada rakan-rakan. Sayalah orang yang berdebat dengan rakan-rakan dan saudara dari UMNO mempertahankan Dato Seri. Saya juga telah memberi undi dan berjaya mempengaruhi keluarga untuk mengundi PAS dalam dua pilihanraya sebelum ini.
Tapi hari ini hati saya berdebar-debar bilamana membaca agendadaily akan berlaku perubahan pada hari Rabu ini kepada tampuk kepimpinan negara ura-ura kemasukan MP BN ke dalam Pakatan Rakyat.
Kalaulah benar apa yang diwar-warkan, banyak perkara kini bermain-main di kepala saya.
1. Siapakah yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri
2. Adakah Dr. Tan dari DAP akan menjadi speaker
3. Adakah Menteri Kewangan Malaysia dari DAP.
4. Kabinet Malaysia kelak. orang bukan melayu sama ramai dengan orang melayu. kalau
kita melihat pola exco di Perak dan Selangor, situasi ini akan menjedi realiti.
Soalnya bangga kita orang Melayu.
5. Melihat kepada kerajaan Selangor dan Perak yang kini tidak ada bezanya dengan
kerajaan terdahulu, pusat-pusat maksiat, pusat perjudian masih seperti dahulu
6. Bagaimana pelaksanaan Islam dan Hudud di malaysia Kelak kerana hari ini PAS dan
DAP masih bertegang urat.
7. Siapakah yang mrngetuai Pakatan Rakyat. Isu ini telah menjadi buah mulut komponen
Pakatan Rakyat bilamana PAS mengatakan PAS yang patut mengetuai, DAP tidak
bersetuju.
Reply
asssalamualikom
Dato
apa peranan dato sri tentang parti KEADILAN?sy difahamkan bahawa DATO SRI belom menjadi ahli parti KEADILAN?
Reply
Dear DSAI,
I understand that the Pakatan Rakyat will take over the government fr BN soon…..The question is….hw long do v we hv to wait?…………..
Reply
Assalammualaikum.
Saya kagum dengan review Dato’ Seri terhadap filem tersebut. Nampak seperti Dato’ Seri seorang yang expert dalam bidang filem. Harap-harap filem Malaysia nanti akan berkembang dengan hebat setanding negara-negara dunia lain di bawah pemerintahan Dato’ Seri.
Reply
Salaam DSAI,
I marvel at your comment about your friend’s Taj Mahal. You have displayed that you are not merely a politician but a wholesome human who enjoys life and literature. Literature to be enjoyed at its best, calls for knowledge of the language. Whatever language it may be, Malay, Arabic, Hindustani, Tamil etc.
In enjoying literature, one should relate it to the CREATOR. HE loves beauty for HE is beautiful. Drama, novels, short stories and poems are genres of literature which crosses the boundaries of race culture and religion. Literature need not be obscene. People should enjoy Iranian dramas and movies. They don’t have characters dressed in an obscene way or kissing to make the plot lively but Iranian dramas and movies are great.
Life is not always politics; however, to enjoy life at its best, we need good politics, good politicians and good governance. To achieve these, and to give the people of this country a better life in terms of living cost, better security, openness in saying what we feel is right and otherwise, we need you to expedite your move to become the PM.
Salaam
Reply
Salam Dato’ Seri,
Adakah filem yg Dato’ Seri saksikan itu boleh kita kaitkan dgn
pemerintahan UMNO BN yg juga akan tumbang 1 hari nanti?
Saya selaku rakyat Malaysia berharap Dato’ Seri akan memimpin Pakatan Rakyat dlm
masa terdekat krn sudah muak dgn UMNO BN yg menindas rakyat.
Saya masih ingat lagi kata-kata Dato’ Seri bahawa jika masuk ke
Parlimen, Dato’ Seri akan terus berada di dlmnya.
Reformasi,reformasi,reformasi. Takbir,takbir,takbir.
Reply
BERBALIK SOAL FILEM: adakah nanti jika Dato’ Seri menjadi PM,
filem-filem yang berpengangan tangan, peluk peluk, remaja liar,
dan lain lain yang bertentangan dengan AQIDAH ISLAM akan diharamkan?
Reply
BERBALIK SOAL HIBURAN: adakah disko disko, pusat hiburan maksiat
seperti karaoke, tempat judi, persetubuhan haram akan diharamkan?
Ingat Dato’ Seri; tanggungjawap pemimpin itu, di dunia dan akhirat!
Sebagai bakal PM (InsyaAllah), Dato’ Seri perlu memikirkan semua itu.
Nenek Moyang (Melayu) kita telah meninggalkan PUSAKA yang perlu dipelihara.
Kita perlu lebih arif memikirkan semua itu. Saya secara jujurnya, amat
gusar dengan PAS, perjuangan dan “prosedur”nya sekarang agak “longgar”.
BERBALIK SOAL FILEM LAGI: Haruskah kita juga mengharamkan filem dari
Hollywood atau Bollywood? Unsur-unsur bercumbuan, seks,
keganasan dsb amat jelas.
Reply
saya setuju dengan monsterball bahawa selepas ini ramai lagi yang akan tertarik dengan filem bollywood kerana DSAI sendiri yang ‘mempublisitikan’.sesuatu yang menarik untuk diber perhatian.
sama-samalah kita menanti perubahan drastik yang bakal dibawa olehDSAI.selamat maju jaya semua.
http://egimbb.blogspot.com
Reply
saudara free thinker, AlQuran telah mengajar kita bahwa
zaman atau masa adalah sebahgian dari rawatan,
dan untuk merawat penyakit yang sangat teruk ditinggalkan BN dan
United Malay Natioanl Org ini bukan mudah,
ia perlukan masa dan kebijaksaan.
Bukankah dalam alQuran Allah bkn saja menyuruh NabiNya menyampaikan ajaran alQuran,
tapi menyryhnya juga memahamkanmaksudnya dengan betul serta dan melaksakannya dengan bijak
agar generasi yang yang bakal memimpin dunia nanti trdiri dari mereka yang berhati suci dan berakal betul. beratus ratus kali Allah perintahkan rasulnya agar bersabar dab jangan gopoh?
hati ini soalan buat saudara
Reply
SALAM-PERJUANGAN…… KADANGKALA AKU PERHATIKAN PENGUNJUNG2 DIBLOG INI MASIH ADA YANG LEMAH DAYA PEMIKIRAN…BILA MENDENGAR BERITA DARI ARUS PERDANA ATAU DARI BERITA2 YANG ANTI PAKATAN RAKYAT,BERNIAT JAHAT UNTUK MEMBURUK2AN PAKATAN RAKYAT,JIWA JADI GOYAH DAN MUDAH TERPENGARUH,LALU,BERBAGAI2 PRASANGKA DAN CURIGA BERSARANG DIKEPALA…AKHIRNYA,KEBANYAKAN TULISANYA SEAKAN2 SANGSI DENGAN KEUPAYAAN,KETELUSAN,KEWIBAWAAN DAN KESUNGGUHAN PEMIMPIN2 PAKATAN RAKYAT UNTUK MENERAJU SERTA MEMBANGUNKAN NEGARA DAN RAKYAT…SEHARUSNYA KITA SAMA2 MEMBERI SOKONGAN SERTA KERJASAMA SEPENUHNYA,AGAR SEGALA APA YANG DIRANCANG AKAN PEROLEH KEJAYAAN…PEMIMPIN2 PAKATAN RAKYAT AKAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN DENGAN ADIL DAN TELUS…KENAPA MASIH ADA LAGI YANG MERAGUI TENTANG NEGERI2 YANG DIPERINTAH OLIH PAKATAN RAKYAT…KENAPA HARUS TAKUT DENGAN KURANGNYA PEMIMPIN2 MELAYU MEMEGANG JAWATAN EXCO..KITA HARUS ADIL DALAM PENGAGIHAN JAWATAN MENGIKUT BILANGAN KEMENANGAN YANG DIPEROLEHI PADA PRU12 HINGGA DAPAT MEMBENTUK KERAJAAN…APA YANG PENTING ADALAH MEREKA HARUS BERSEDIA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB YANG DIBERI DENGAN PENUH AMANAH,ADIL,TELUS DAN BERSIH DARI GEJALA2 YANG NEGATIF…CARILAH MAKLUMAT2 YANG BENAR ,AGAR DIRI TIDAK MUDAH DIPENGARUHI OLEH BERITA2 YANG HANYA INGIN MEMBURUK2AN PAKATAN RAKYAT….TENTANG PAKATAN RAKYAT YANG AKAN MENGAMBIL ALIH PEMERINTAHAN NEGARA..SIAPA YANG TIDAK PERCAYA ITU HAK MEREKA..TAPI,SEKURANG2NYA MEREKA SUDAH MENDENGAR APA YANG DSAI KATAKAN…TAKUT NANTI KATA DSAI TAK BAGITAHU PULAK…NANTI MENYESAL TAK BERKESUDAHAN…HUWAAAA…
Reply
Ramai betul keparat UMNO yg suka menokok2 tambah kerana benci mereka terhadap DSAI. Semua orang tahu DSAI mmg ligat & sangat aktif berkerja utk memperjuang agenda PKR dan rakyat Malaysia. Sekali DSAI menonton filem utk melayani permintaan rakannya, terus dikatakan DSAI gemar berhibur, malas dan langsung tidak peka terhadap rakyat.
Bukankah sehari ada 24 jam? Pemimpin2 negara, jutawan2, ahli2 perniagaan, pendakwah2 dan lain2 org yg paling kuat bekerja pun biasanya bekerja 12 jam sehari, tidur 4-6 jam dan 6 jam lg utk makan, ibadah, bersenam dan berehat. Apa salahkah DSAI menonton satu filem dlm waktu rehatnya? Cuba namakan org yg anda rasa plg kuat bekerja di dunia ini..Adakah org itu langsung tidak pernah berehat walaupun 2 jam seminggu? Mustahil!!
Inilah keparat UMNO yg hatinya penuh karat. Sentiasa memandang DSAI dari sudut negatif semata2 seyang mereka terhadap Pak Lah, Khairy, Najib, Nazri dan lain2.
Reply
Alangkah baiknya sekiranya director filem ni Akbar Khan dapat menghasilkan
sebuah filem “Anwar DPM yang dizalimi” didalam 10 bahasa, menceritakan tentang kejadian
daripada 2 Sept 1998 hingga sekarang, pastinya meletup dan menang award, filem terbaik.
Perlakonnya mestilah yang hebat. Lagunya mestilah mendayu-dayu.
Phir Bil Hindustani lakonan Shhrukh Khan adalah satu filem yang hebat menunjukan
bagaimana politik jadi begitu tidak adil dan boleh dibeli, Polis,Hakim, DO dan
semua agensi kerajaan . Wassalam.
Reply
assalamualaikum DSAI…
di parlimen sekarang kecoh pasal karpal singh yg dikatakan mempertikai kedudukan raja melayu…
saya cuba juga mencari-mencari di dalam blog dato’ seri ini kalau-kalau ada ulasan mengenai karpal singh…tetapi alangkah dukacitanya kerana saya gagal menjumpai sebarang komen dato’ seri mengenai hal ini…mengapa dato’ seri??? mengapa membisu??? kemana pergi kelantangan dato’ seri di dalam berbicara…isu ini isu serius…tetapi seolah2 dato’ seri langsung tidak mempedulikannya…kisah taj mahal ada pula…kisah karpal singh entah kemane…saya harap dato’ seri dapat membuat ulasan mengenai pendirian dato’ seri sendiri serta PKR, PAS dan pakatan rakyat mengenai isu karpal singh…terima kasih.
Reply
DSAI
Hindi movies of those days are superb. The songs, lyrics and music have inspired people all around the world. It’s the magic of Indian music that has made Indian movies and songs popular. The identity that has not changed much. Unfortunately, we cannot say the same with our local music. From afar you hear; you know that it is Indian music. You are a fan of Indian music, I understand. I remember when Asha Bhonsle visited the country – when you were the DPM – you invited her to your office. Anyway, let TAJ MAHAL become an inspiration to all of us what true love is – the love for humanity based on the principle of JUSTICE.
Reply