Saya ditegur kerana tidak memuatkan berita mendiang Daniel yang meninggalkan kita hampir dua minggu lalu.
Azizah cuba menghubungi keluarga beliau dan menyampaikan sumbangan bagi pihak keluarga dan KeADILan. Dalam mesyuarat MPT minggu lalu kita turut bertafakur mengenangkan pengorbanan beliau selaku pejuang reformasi sejak 1998 lagi.
Secara peribadi saya kurang mengenalinya kerana meringkuk di penjara ketika itu.
Maafkan saya kerana tidak memuatkan kisah rakan dan pejuang Daniel. Takziah buat keluarga.
ANWAR IBRAHIM
















