10
May
08

Agenda Melayu

Kempen media Umno kencang dengan agenda dan survival Melayu. Tidak pula dipersoal kepada pimpinan Umno, sarjana upahan serta bala tentera BTN mengenai amanah setengah abad yang diserahkan kepada Umno untuk memelihara kepentingan Melayu!

Dalam perhimpunan 14 April di Kg Baru saya tegaskan pendirian KeADILan dan Pakatan Rakyat mempertahankan kemurnian semangat Perlembagaan Negara - menjadi Malaysia negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi berParlimen.

Maka selaras dengan prinsip sedemikian kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama Persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera tetap dipertahankan di samping jaminan memelihara hak kaum, bahasa dan agama lainnya.

Arakian gembar-gembur sekonyong-konyong kedudukan Melayu akan ranap tidak lebih dari pintasan singkat mengelak dari serangan masyarakat Melayu sendiri terhadap penguasa rakus dan rasuah yang memperalatkan isu Melayu dan DEB untuk memperkaya keluarga dan kroni!

Dan menyinggung khusus isu ekonomi saya syorkan ditelaah semula Agenda Ekonomi Malaysia. Saya yakin malahan kepentingan Melayu dan bumiputera akan lebih terjamin.

ANWAR IBRAHIM


93 Responses to “Agenda Melayu”


  1. 1 dILA May 10th, 2008 at 1:50 am

    Terima kasih atas kenyataan Dato’. sekarang media gila-gila mencari arsenal nak tembak pakatan rakyat. Mengenai isi Melayu/Sultan ni, mereka sanggup memutar2 cerita dan menggunakan undang2 rimba utk itu. before Raja petra dan sekarang Karpal pula diserang. Harap dato’ dapat membuat sesuatu utk memulihkan keadaan. PR cannot effort to lose Malay support at all. denagn utusan malaysia & berita harian dimanipulasi sedemikian rupa, takut melayu percaya dan akan kembali mengundi BN in next election. bak kata perpatak, penipuan itu kalau diulang-ulang, lama2 akan dipercayai orang.

    Dalam perkara lain, saya harap Dato’ dapat membuat sesuatu mengenai isu penutupan jalan di Bandar Mahkota Cheras. Melalui latest report, keadaan sangat2 membimbangkan dimana rakyat sekali lagi dibuli dan dibelasah polis yang menjadi perkakas pihak yg berkuasa (http://youtube.com/watch?v=AtSRluxGBIk). Penduduk juga telah melahirkan setidahpuas hatian mereka kepada Tan sri khalid mengenai perkara ini (lihat http://www.malaysiakini.com/news/82607) dan ketidaksudian beliau untuk melawat kawasan terbabit. Well..saya tidaklah tau sangat mengenai legallity of the whole thing but at lease what MB selangar can do it lease melawat kawasan terbabit untuk mendengar masalah penduduk first hand. I know MB is buzy but dalam keadaan sekarang, that what rakyat want the most -> to show that PR care. yes, other wakit rakyat dah pergi ke kawasan terbabit but if MB selangor or Dato’/ Datin Seri sendiri pergi, it going to show a lot more meaning & commitment to the people.

    Hope PR will consider this and may all the blessing to you. We are waiting for you to take over the government and to be our PM soon.

  2. 2 Mohd Fadly Nor Azman May 10th, 2008 at 2:00 am

    Assalamualaikum DSAI,

    Saban hari saya semakin jelak dengan agenda UMNO dan kemelayuannya. Mengapa acapkali diutarakan tentang pergelutan Melayu untuk terus hidup di Malaysia ini? Apa masihkah kita sebagai orang Melayu hidup dalam keadaan seperti sebelum merdeka dahulu? Pada pendapat saya, generasi Melayu sekarang sudah mempunyai pendidikan dan mata mereka terbuka luas. Boleh dikatakan generasi muda seperti saya sekarang sudah lali dan agak tersinggung setiap kali UMNO mengutarakan tentang Melayu, walhal saya sendiri Melayu jati. UMNO seolah-olah ingin menanamkan perasaan rendah diri kepada orang Melayu, dengan terus-terusan mengatakan yang hak kita bakal di rampas oleh bangsa lain. UMNO sebenarnya menyuntik perasaan paranoid kepada orang Melayu kita hingga mereka tenggelam dalam pergelutan dengan diri sendiri dan asyik mendambakan subsidi kerajaan. Cuba turun dan lihat generasi muda sekarang, jurang bangsa, kaum dan warna kulit hampir tiada lagi. Rakan-rakan sekerja saya yang berbangsa India dan Cina, tidak pernah menyatakan mereka cemburu dengan hak Melayu, dan saya tidak pernah pula mengatakan saya mempunyai “Ketuanan Melayu” terhadap mereka. Bahkan kami mesra dan senang sekali dipanggil dan diiktiraf sebagai rakyat Malaysia. Jangan pula dicampur adukkan agama dalam hal ini, kerana UMNO sendiri sukar mengamalkan garis panduan Islam dalam berkerajaan (tidak mahu mengungkit hal ini). Jadi siapakah yang bakal tergadai pada akhir cerita nanti? Adakah Melayu atau UMNO itu sendiri? Kerana UMNO,MIC dan MCA selalu melaungkan perpaduan tetapi fitrah penubuhan meraka adalah untuk memperjuangkan nasib bangsa masing-masing!

    Saya harap Barisan Rakyat jika berjaya membentuk kerajaan nanti, janganlah cuba meniru corak pemerintahan BN ini kerana ianya telah lapuk dan diwarisi daripada British (pecah dan perintah). Sebaiknya satukanlah rakyat Malaysia di bawah satu pemerintahan atau parti tanpa mengira bangsa, kaum, warna kulit dan agama. Bukankah kita semuanya rakyat di tanah tercinta ini? Apa yang termaktub sebagai hak istimewa orang Melayu sudah tidak boleh diganggu lagi, dan dipersetujui oleh bangsa lain kerana orang Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu. Jika ada yang berani menyentuh hak itu, maka golongan itulah yang menjadi petualang perpaduan di Malaysia. Kita humbankan sahaja ke Laut Cina Selatan.

    Terima Kasih DSAI.

  3. 3 sedih May 10th, 2008 at 2:03 am

    emmm,UMNO sebenarnya yang meniupkan api perkauman,menakut-nakutkan rakyat,,,tu yang jadi macam ni,,harap rakyat semua cerdik untuk menilaii…

  4. 4 Charlsen May 10th, 2008 at 2:48 am

    Saya yakin DSAI akan tolong mempertahankan hak hak semua rakyat di Malaysia tdk kira Melayu, Cina, India dan lain lain. Ketuanan Rakyat iaitu menjaga kepentingan Melayu dan disamping itu tidak abaikan Cina, India dan lain lain!!!

  5. 5 karim May 10th, 2008 at 3:01 am

    DSAI…..

    skarang ni dakyah tuduhan Yahudi makin lame makin kuat menular…
    mcm2 slide dh org buat…..
    dasyat2 woo…..

    mintak e-mail DSAI bleh..???

  6. 6 tharma May 10th, 2008 at 3:09 am

    UMNO tidak ada isu lain untuk diperbahaskan selain mengelirukan rakyat dengan mendakwa kononnya hanya merekalah pembela nasib Melayu…Mereka tidak berani bersuara dan memperjuangkan isu-isu berkaitan kebebasan bersuara, mempertingkatkan ekonomi negara, meningkatkan taraf pendidikan dan mewujudkan pemerintahan yang transparent…

    Hak seseorang hanya perlu dipertahankan jika kita tiada kemudahan yang mencukupi sebab kerajaan tidak mampu menyediakannya…Adalah lumrah dua budak bergaduh atas sebiji epal. Jika ibu bapa boleh memberi dua biji epal, tentulah dua budak itu akan gembira dan teruskan permainan mereka…Tetapi jika seorang daripada budak itu inginkan dua biji epal, maka itu namanya tamak…

    Sesungguhnya hak sesiapa pun tidak dapat dipertahankan jika kita asyik berbalah sesama sendiri dan masing-masing berasa egoistik bahawa dia lebih berkuasa dari yang lain…Akibatnya, ekonomi dan daya saing negara akan diperjudikan dan semua yang bertikam lidah mengenai haknya akan ditertawakan oleh rakyat seluruh dunia…

    Mengapakah kita tidak harus memberi keutamaan kepada pembangunan negara, terutamanya pada masa ini di mana persaingan antara negara antarabangsa menjadi semakin sengit?

    Jika ekonomi kukuh, bukan sahaja hak Melayu dapat dipertahankan malah dapat diperkukuhkan berlipat kali ganda di samping menjamin kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia!

  7. 7 Muhammad May 10th, 2008 at 4:42 am

    Assalamu alaikum DSAI,

    Apalah lagi yang boleh kita harapkan dari golongan si-bengong si-bengong UMNO termasuk pemimpin dan saki baki penyokong totok mereka kalangan graduan yang telah sudah lama berhenti dari membaca buku tetapi tetap setia menatap terbitan media cetak haprak mereka. Specie ini yang buntu minda akan terus menerus menyokong UMNO dan barisan najis (bn). DSAI cadanglah apapun dan mereka tetap kebingungan. Teruskanlah agenda DSAI untuk merampas kuasa dengan secepat mungkin dari mereka-mereka ini. 16th September agak terlalu lama sangat. They have overstayed their welcome. Kita perlu ingat perjuangan menentang puak2 ni bermula 50 tahun yang lampau. Dah cukup lama menunggu. DS jangan lagi rasa teragak-agak. Malaysia needs change and change must be done quickly now. Syabas DSAI for spearheading it. Rakyat Penang.

  8. 8 orang muda May 10th, 2008 at 4:59 am

    Jangan termakan isu perkauman yang dibangkitkan Umno

    Mohd Zamirul Mohd Dzaki
    Thu | May 08, 08 | 2:22:22 pm MYT
    BUKIT MERTAJAM, 8 Mei (Hrkh) - Orang Melayu khususnya di Pulau Pinang digesa jangan termakan dengan isu perkauman yang cuba dibangkitkan oleh UMNO setelah kekalahan teruk mereka dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu.
    Timbalan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Ustaz Yusni Mat Piah mengatakan demikian ketika menyampaikan ceramah di Pasti Al-Abrar, Cherok To`Kun baru-baru ini.
    Katanya, UMNO pada hari ini yang kuasanya semakin tergugat di samping mengalami krisis dalaman yang teruk cuba memainkan isu perkauman bagi meraih simpati orang Melayu di samping mahu mengalih perhatian rakyat tentang apa yang berlaku dalam UMNO itu sendiri.
    Umno yang pada hari ini semakin terhimpit dengan pelbagai masalah di samping krisis kepimpinan yang mereka sedang hadapi cuba bermodalkan isu ketuanan Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi meraih simpati rakyat, katanya.
    “Meraka cuba menggambarkan kuasa orang Melayu Pulau Pinang kini semakin terhakis di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat. Ini semua adalah bertujuan untuk menghilangkan keyakinan rakyat khususnya orang Melayu kepada kerajaan negeri sekarang.
    “Media massa juga dilihat terus menyerang negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dengan memainkan isu-isu bagi memburukkan pentadbiran di negeri-negeri berkenaan,” katanya.
    Selain itu katanya, kerajaan pusat pada hari ini dilihat seakan menganaktirikan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat dengan membatalkan beberapa perjanjian yang dibuat sebelum ini.
    “Semua ini bertujuan untuk melemahkan pentadbiran Pakatan Rakyat di samping mahu menghilangkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat,” katanya.
    Hakikatnya pentadbiran kerajaan negeri yang baru sekarang adalah lebih telus berbanding kerajaan negeri yang dulu.
    Ustaz Yusni Mat Piah menyarankan orang Melayu supaya bersatu di samping tidak menzalimi kaum-kaum lain untuk memastikan kejayaan dalam pemerintahan Pakatan Rakyat.
    Tegasnya lagi, kerajaan Pakatan Rakyat mahu menjalankan pentadbiran yang lebih telus dengan memastikan hak orang Melayu tidak terjejas di samping menjamin hak-hak kaum lain.
    Katanya, isu yang cuba dibangkitkan oleh Umno ini adalah gaya politik lapuk yang sememangnya menjadi budaya dalam Umno itu sendiri.
    Perkara ini katanya jelas menunjukkan yang Barisan Nasional dan Umno itu adalah sebuah parti perkauman yang wajar ditolak rakyat. - mns

  9. 9 flankerz May 10th, 2008 at 5:46 am

    Dengan agenda ‘memperkasakan’ Melayu, ada setengah orang dah buncit perutnya dengan duit-duit rakyat..semua projek-projek untuk rakyat dibantai oleh kroni serta sekutu sampai anak cucu mereka nanti pun dapat merasa hasil lendir mereka itu. Kita memang menyokong penuh idea DSAI yang lebih bernas dan lebih relevan untuk memelihara bangsa Melayu, disamping menjaga hak-hak kaum lain secara saksama dan ADIL.. Orang-orang UMNO sekarang dah kehabisan idea, sanggup menipu rakyat dengan mengatakan UMNO sahajalah satu-satunya parti yang memelihara Melayu, dan Karpal Singh dihentam habis-habisan atas alasan kurang ajar terhadap institusi Raja, namun mereka dah lupa orang mereka sendirilah yang menghina Sultan di Terengganu dengan membawa banner di hadapan istana ” Kami mahu deris, BINATANG!!!”. Jadi siapa yang lebih kurang ajar lagi? Sebenarnya idea Malaysia adalah sebuah negara ekonomi bebas adalah kurang tepat, kerana ekonomi dipegang oleh orang-orang eksekutif negara ( dengan cara kronisme, rasuah, pecah amanah)

  10. 10 Suaratani May 10th, 2008 at 6:50 am

    Assalamu’alaikum Warahmatullah Dato’ Seri.

    Perjuangan generasi Umno hari ini, tidak sehebat generasi lama.

  11. 11 hafiz May 10th, 2008 at 6:58 am

    UMNO cuba mengalihkan masalah dalamaannya kepada issue lain.sudah la!

  12. 12 mahasiswa May 10th, 2008 at 7:25 am

    Salam buat bangsaku… Masyarakat Melayu. Cukuplah kita tertipu selama ini dgn agenda ketuanan melayu, melayu glokal, keris melayu dll. maaf saya bukan tidak cintakan bangsa saya sendiri! tapi saya sudah bosan dgn isu2 ini semua!!!!!!!!!!!!!! ayuh kita bangun untuk Malaysia Baru. Cukuplah kita berteori dan beretorik, kononnya demi survival bangsa melayu, ketuanan melayu…. Saya anak muda melayu yg sedang menuntut sbg seorg doktor melayu, maaf saya katakan, saya tidak bangga menjadi melayu, tapi saya bangga menjadi muslim. Jangan lupa teras kekuatan kita bukan terletak pada keris! apatah lagi pada umno!!!!!.. kekuatan bangsa melayu terletak pada sejauhmana pegangan mereka terhadap ISLAM….. Cukup lah kita memperkatakan isu ini, mari kita sama-sama melayu, cina, india, iban dan kadazan, sama2 saling bantu-membantu, hidup harmonis dan saling menghormati, kita bergerak menuju MALAYSIA BARU………….

  13. 13 MatKreko May 10th, 2008 at 7:35 am

    Salaam DSAI,

    Melayu amnya telah diracun dgn propaganda umNO, secara berterusan sejak lama dulu, dari ceruk kampung sampailah ke menara gading. Menawarkan dan membuang racun ini memerlukan usaha yg digembeling ke tahap maksimum secara berterusan dari berbagai2 sudut dan arah. Tidak cukup hanya dgn sekali berceramah, atau penegasan pendirian tanpa sebarang usaha ke arah itu.

    Saya mencadangkan agar diadakan roadshow memberikan penerangan tentangnya. Terlalu banyak orang melayu amnya tidak memahami konsep keistimewaan bangsa melayu dalam perlembagaan - atau memang sengaja diputar-belitkan oleh “bangsa umNO” yang tak bermaruah itu, melalui propagandanya yang sengaja menjurus kepada ketuanan bangsa umNO sebagai survival bangsa melayu. Kerana itu, sokongan org melayu terhadap parti selain umNO tidaklah sehebat bangsa lain… out of fear for losing their rights.

    Dgn liputan media yg terhad, satu-satunya cara adalah dgn perjumpaan terus pemimpin2 dgn masyarakat. Masih ingat lagi di tahun2 70-an dahulu, bagaimana mereka melakukannya - pertunjukan wayang bergerak percuma di kampung2 yang diselit dgn ceramah dan penerangan. Yang penting ialah menarik minat masyarakat dan kemudian memberi penjelasan terhadap isu ini…

  14. 14 MR May 10th, 2008 at 7:59 am

    Dato Seri Anwar,

    Perjuangan agenda Melayu sudah tidak relevan. Ia adalah agenda perjuangan assabiyah jahiliah sewaktu Rasulullah diangkat menjadi Rasul dahulu. Perjuangan assabiyah qabilah ini diganti dengan perjuangan aqidah dan Islam. Inilah mengangkat martabat kaum Arab ke mercu kegemilangan. Mengapa perjuangan assabiyyah melayu ini tidak dihapuskan terus dari pemikiran ummat? Saya yakin dengan memertabatkan perjuangan Islam, kaum melayu akan jauh lebih maju berbanding dengan kaum lain memandangkan Melayu adalah suatu bangsa yang paling kuat Islamnya di Malaysia dan dunia amnya. Perjuangan memertabatkan Melayu yang diasaskan atas dasar assabiyyah akan merendahkan persepti terhadap bangsa Melayu yang jauh ketinggalan berbanding kaum lain lagi aspek ekonomi dan politik (di sektor swasta).

  15. 15 Laksamana Din May 10th, 2008 at 8:00 am

    Salam Dato Sri,

    Apakah “Agenda Melayu” ala Pakatan Rakyat? Adakah ia berdasarkan kepada manifesto Keadilan, tidak akan diutamakan atau berdasar pada Perlembagaan semata-mata? Ia patut diperjelaskan untuk kepentingan dan sokongan orang Melayu kepada Parti Keadilan.

    Salam

  16. 16 wanwma May 10th, 2008 at 8:39 am

    Agenda Melayu yang dicanangkan oleh Ummo hanyalah boneka untuk memperbodohkan rakyat!

  17. 17 jemir May 10th, 2008 at 8:40 am

    harap2, jgnlah sekadar retorik sj. hrp2 PKR bersungguh2.

  18. 18 negarawan May 10th, 2008 at 9:13 am

    YB DSAI,

    Sorry to digress, but PR need to assist to terminate the so-called Khidmat Negara program. No parents in their right mind will allow their precious children to risk their lives under shadowy and totally irresponsible circumstances. The brainchild of Najib only serves to enrichen UMNO contractors and UMNO cronies. The rate of deaths and life-threatening situations are totally unacceptable. The objectives spelled out by Najib for KN are totally ridiculous! Inter-racial harmony cannot be achieved through KN. It can only be achieved by fair and sincere government policies on the economy, education, and political rights. There is no easy short-cut. Let’s not be fooled by UMNO. May the souls of the many innocent lives who were lost in the meaningless KN program haunt Najib and all that all responsible. I will rather take legal action against the government rather than allow my children to risk their lives in the hands of incompetent and cruel KN personnel for meaningless reasons. We as parents should fight against this meanigless program and put a stop to it before more innocent lives are loss to the evil and selfish intentions of UMNO and BN.

  19. 19 peisheah May 10th, 2008 at 9:20 am

    Saya tak bimbang pun kedudukan Melayu di Malaysia ni. Malah saudara di Singapura pun hairan dengan propaganda UMNO.

    Kalau tak bersatu dengan kaum lain, negara yang rugi.

  20. 20 RIDWANTO UTM May 10th, 2008 at 9:35 am

    Salam sdr Anwar,
    Cepat2 masuk parlimen, jadi PM kemudian sdr buktikan keadilan AEM. Saya berharap sdr tidak tunduk pada mana2 tekanan apabila dasar AEM ini dilaksankan.Waima Melayu atau Cina dan India sekalipun, ekonomi kesemua kaum harus ditingkatkan.

  21. 21 anak mak May 10th, 2008 at 9:54 am

    teruskan perjuangan saudara anwar menyedarkan bangsa melayu agar cerdik dan celik politik. semoga dengan usaha-usaha ini, bangsa melayu akan sedar akan hak-hak mereka di atas negara mereka sendiri agar tidak mudah dimomokkan.

    insya’allah.

  22. 22 Malayamuda May 10th, 2008 at 9:55 am

    Datuk seri,

    Semua kaum ade hak di bumi Malaysia. Kite sokong agenda pakatan rakyat untuk menyatupadukan kaum2 di Malaysia supaya menjadi negara yang kuat dan hebat

  23. 23 ulam batar May 10th, 2008 at 10:17 am

    Agenda melayu seolah olah milik umno sepenuhnya, tapi umat melayu amat malang kerana bukan pucuk di cita ulam mendatang tetapi ulam yang mendatang mati pucuk. pucuk melayu telah mati kerana angkara umno yang durjana PTPTM tempat pelajar melayu berpaut untuk belajar pun di kenakan bunga ros mahu dipegang tetapi ada duri. umat melayu mahukan pucuk yang segar sebagai ulam untuk megisi ilmu minda pemuda melayu.bagai mana pelajar melayu dapat tumpukan sepenuhnya pelajaran sedangkan dibelakangnya terdapat bebanan yang tersedia untuk dipikul selepas tamat belajar peluang kerja belum pasti tetapi hutang menungu ini jelas along umno. apakah melayu lahir sahaja dipagari hutang secara berketurunan bapanya berutang dengan Felda untuk besarkan anak selepas tu anak pula berutang untuk belajar, maka umno mahu umat melayu hutang secara berantai atau bertali arus inikah Agenda melayu yang di petenkan oleh umno? inilah bila ilmu di komisalkan ilmu telah jadi bahan jualan apakan ini yang dimahu oleh umno? ilmu adalah milik sejagat ilmu bukan milik pihak tertentu atas tiket untuk buat wang oleh pihak tertentu saya perjelaskan dalam tulisan saya yang lepas yang pasti jika PTPTN buat untung 5 tahun berturut turut yang pasti ianya akan on PAR ke Bursa Malaysia dan yang pasti sebelum di IPO kan kuncu kuncu umno akan beli pada harga dibawah IPO untuk meraih untung atas angin termasuk keroni dan GLC ini budaya mereka buat wang untuk juak juak mereka.ini pernah belaku keatas KPB untuk anak pembesar umno jual semula kepada Petronas dangan tidak perpandukan semasa on PAR di BSKL ketika itu petronas beli dengan harga megarut bukan harga semasa KPB.

  24. 24 Azhar May 10th, 2008 at 10:19 am

    Agenda Melayu bukanlah sekadar retorik atau kata-kata yang sering dilaungkan baik di media massa ataupun diparlimen sahaja. Malah yang lebih penting ialah perlaksanaan dasar ataupun perlaksanaan apajua pelan untuk membangunkan org melayu. Saya adalah produk ilham DSAI semasa DSAI sebagai Menteri Pelajaran dan pada 16 Januari 1988, DSAI melancarkan projek khas di SM Sains Selangor Kuala Lumpur di mana idea DSAI untuk mengumpulkan pelajar miskin berbagai bangsa tetapi majoritinya org melayu dan diberi bantuan kewangan & pendidikan di sek berasrama penuh. Alhamdulillah, 16 Januari 2008, majoriti dari batch pertama projek khas keluar menjadi doktor, engineer, accountant, usahawan dll. Kalau dilihat generasi pertama keluarga ini adalah petani, nelayan dll tetapi hasil usaha dan idea DSAI, generasi kedua merupakan profesional melayu! Inilah contoh perlaksanaan yang kami tuntut dari kerajaan. Bentuk perlaksanaan yang akan menjadikan bangsa yang mampan. Memang ada dari kumpulan kami yang tercicir tetapi kita mesti lihat dari sudut kejayaan menukarkan majoriti generasi pertama yang miskin kepada profesional. Perlaksanaan dasar yang menguntungkan rakyat semua bangsa.

  25. 25 tak suka May 10th, 2008 at 10:21 am

    saya memang tak suka pada sesetengah institusi raja-raja dimalaysia. kenapa begitu sensetif sangat bila ada suara rakyat dan pemimpin yang mempertikaikan sesuatu yang tidak kena pada mereka ini. bila dipertikaikan saja terus nak perbesarkan dan nak heboh-hebohkan. ingat sikit khulafa ar-rashidin, khalifah-khalifah islam dahulu depa nie nak rakyat kritik mereka apa yang tak kena supaya depa boleh betul kesilapan depa. contoh umar al-khattab dikritik dan dipertikai oleh ibu kepada yang tiada makanan dan dia boleh terima. terus terang saya cakap, walaupun raja-raja di malaysia nie dianggap sebagai ketua agama islam untuk setiap negeri, kalau isteri tak pakai tudung jangan la dok belagak sangat. saya cakap atas apa yang saya lihat. terus terang saya cakap saya tak nampak kepentingan raja di malysia nie. dan tak ada sumbangan apa yang ada pada mereka nie untuk islam. maaf la saya cakap semua nie apa yang ada dalam hati saya. saya setuju apa yang dilakukan oleh karpal sigh. dia ada hak nak bersuara. ingat sikit kepada raja-raja, walau tinggi mana sekalipun kedudukan kita didunia ini kita semua tetap makhaluk dan hamba ALLAA yang lemah dan hina. ingatlah bila dah ada pangkat dan kedudukan tu. itu satu tanggung jawab yang akan dipersoal olehb ALLAH pada hari akhirat nanti.

  26. 26 personasatria May 10th, 2008 at 10:24 am

    Siapa pengkhianat Melayu
    AMNO dan BE END

    Siapa yg mentalqinkan Bahasa Melayu?
    AMNO dan BE END

    Siapa yg hina Sultan dgn ‘NATANG’?
    AMNO dan BE END

    Siapa yg kaya dan semakin kaya?
    AMNO dan BE END

    Siapa yg menghina Rasullullah dgn pisau cukur?
    AMNO dan BE END

    Siapa yg menentang undang-undang Islam?
    AMNO dan BE END

    Siapa yg melagakan/provok isu perkauman?
    AMNO dan BE END

    Siapa yg raba bontot orang?
    AMNO dan BE END

    Siapa yg lantik suku-sakat dlm PBT?
    AMNO dan BE END

    Siapa yg kaut keuntungan dari BABI?
    AMNO dan BE END

    Siapa yg kuasai saham GLC?
    AMNO dan BE END

    Siapa yang menindas sesama bangsa dan agama?
    AMNO dan BE END

  27. 27 antimamak May 10th, 2008 at 10:43 am

    Syabas DSAI
    1) Hapuskan DEB dan ujudkan dasar ekonomi rakyat
    2) hak keistimewaan orang Malaysia dan bangsa Malayis dipertahankan. ( kenapa hendak ikut konsep UMNO yang selalu memainkan konsep perkauman???
    3)Bukan kesemua Melayu perlukan bantuan, tetapi bantuan patut disalurkan kepada Melayu yang dibawah para kemiskinan。
    4)Konsep membasikan kemiskinan patut dikendali dengan kemas, mengelakkan UMNOPUTRAA menyalahgunakan kuasanya.
    5)hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera tetap dipertahankan - institusi Raja juga patut memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Hak Melayu dipertahankan, tetapi Hak Umnomelayu dibasmikan. mengelakkan mereka melakukan kebuasan!!
    6) Menganakan revolusi mental yang progressif terhadap pembangunan dan kemajuan negara. Memupuk semangat cintakan Malaysia, memberikan hak kesaksamaan kepada semua kaum Malaysia. tanpa megira bangsa dan agama.

    sokong !! DSAI
    DSAI boleh melakukan apa saja, sekiranya gagal memlaksakannya , maka rakyat berhak menolak Pakatan Rakyat,meruntuhkan parti keadilan sekaligus. Hak rakyat tetap milikan hak rakyat!!!

  28. 28 anak mak May 10th, 2008 at 10:47 am

    saudara anwar seharusnya memberi pandangan tentang isu karpal singh. saya setuju dengan pendapat nik aziz secara peadaban melayu ianya dianggap kurang manis. seharusnya beliau menjaga tertibnya.

    harus diingatkan, pakatan rakyat sekarang adalah hasil sokongan dari rakyat dan yang pastinya rakyat yang berhak untuk menjadi hakim. mungkin agak kasar bunyinya, kuasa politik di negara ini masih dikuasai oleh melayu. paling mudah untuk kita mengakui hakikat ini adalah, jika kita katakan 100% bangsa cina, india dan lain-lain dan sedikit melayu mengundi pakatan rakyat tetapi barisan nasional masih lagi menguasai parlimen.

    seharusnya, karpal singh membiarkan kerajaan negeri menyelesaikan masalah mereka terlebih dahulu sebab mereka lebih memahami tetapi apa yang berlaku sekarang adalah beliau berusaha untuk menjadi juara.

    semoga apa yang berlaku sekarang ini dapat menjadi pengajaran buat kita semua. tahniah buat uncle lim, walau agak sukar untuk berucap dalam bahasa melayu tetapi amat mudah untuk memahami apa yang beliau sampaikan. beliau nampak sedaya upaya untuk menyampaikan tanpa lari dari tajuk perbincangan walau banyak gangguan.

  29. 29 ahmadjek May 10th, 2008 at 10:51 am

    Tak yah cakap banyak. Baca pandangan yang bernas ni:

    http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/7154/84/

  30. 30 MR.FREEDOM May 10th, 2008 at 11:13 am

    Salam DSAI.
    Sememangnya MEDIA UMNO tidak kenal erti serik dan tak pernah tahu demokrasi pengamal media.
    Mereka ini semakin kendur, nadi semakin tidak menentu, menantu pun dah semakin kaku.
    Kaku sehingga tak melawan di parlimen.

    Media dan sebahagian besar pemimpin UMNO hari ini tak ubah seperti apa yang ALLAH S.W.T nyatakan dalam AL-QURAN:

    Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al-Baqarah 2:120)

    Mereka mahu memaksa kita mengikut hawa nafsu mereka sedang kita pula berhempas-pulas menentang.
    Penentangan ini tidak akan berakhir sehingga mereka sedar akan kejahilan mereka sendiri.

    Apa sahaja yang DSAI bawakan, mereka tidak akan teliti dahulu.Sebaliknya terus menyerang membabi buta.Sebahagian masalah dan sikap media UMNO pernah saya sorotkan dilaman blog saya
    ( http://hotmalaysia.blogspot.com/search/label/DEB DAN ABC?max-results=100 ).
    Minta dengan izin, saya pautkan disini untuk kita bersama melihat kedudukan hulu’BALANG’ UMNO selama ini.

  31. 31 Ahmad Ramly May 10th, 2008 at 11:17 am

    Salam Datuk Seri,
    Nampak tua sket sejak dari 8 Mac arituh. Jaga kesihatan baik2 ye. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan datuk seri. Saya tak risau agenda DS. Saya kesian tengok DS kene repeat lagi benda yang DS dah sebut berpuluh-puluh kali. Kenapa la diorg tak buat research diorg sendiri sebelum cakap merepek? Saya rasa, diorg tak nak terima lah. Tak perlulah nk convincekn diorg lagi. Lebih baik gunakan tenaga DS untuk fikir, mcm mana nak buktikan kt org lain yang negeri PR akan lebih mantap dari negeri diorg. Wassalam.

  32. 32 Anak Reformasi May 10th, 2008 at 11:17 am

    Assalamualaikum Datuk Seri,

    Saya ada mendengar CELOTEH geng2 UMNO menyatakan DASAR EKONOMI BARU dan AGENDA EKNOMI MALAYSIA di bahaskan mengenai DASAR dan AGENDA….. sebab, apa yang mereka katakan DASAR lebih utuh dan kukuh melebihi AGENDA…… apa2pun, isi dalam AGENDA EKONOMI MALAYSIA lebih bermakna kepada RAKYAT MALAYSIA.

    Saya rasa, AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG patut mengusulkan dan mengambil peluang tatkala UMNO mengutarakan tentang KETUANAN MELAYU…. Saya rasa, PAKATAN RAKYAT perlu mengambil peluang ini dalam merayu kepada UMNO supaya memberi peruntukan seperti biasa kepada kerajaan di negeri-negeri PAKATAN RAKYAT sebagaimana di beri kepada kerajaan dahulu dan tanpa diskriminasi, hal ini dapat ditonjolkan kepada RAKYAT MALAYSIA berkenaan dengan laungan KETUANAN MELAYU daripada UMNO adalah retorik semata-mata ataupun ianya berdasarkan daripada hati yang tulus ikhlas. Contoh juga boleh diberi kepada KERAJAAN DI NEGERI KELANTAN dan KES AZALINA yang telah menyekat peruntukan wang perlancongan di negeri2 PAKATAN RAKYAT.

    Akhirnya, saya sedang menyiapkan satu proposal dan telah hampir siap dilaksanakan berkenaan dengan projek yang saya namakan sebagai NUR MUHAMMAD VILLA yang saya rasa patut dilaksanakan di SELANGOR. Dalam proposal tersebut, saya menjelaskan perlaksanaan PROJEK TERSEBUT yang patut dilaksanakan oleh KERAJAAN NEGERI SELANGOR, saya sekadar memberi cadangan dan tidak mahu apa2 PUBLISITI, apa yang saya buat adalah demi negara MALAYSIA, Agama ISLAM dan BANGSA Melayu yang dicintai…… Saya harap, Datuk Seri dapat memberikan e-mail Datuk Seri kepada saya supaya memudahkan saya melampirkan proposal tersebut (sekiranya sukar, Datuk Seri boleh menghantar e-mail Datuk Seri kepada e-mail saya, syahamin@yahoo.com) - Kalau boleh tak perlulah paparkan e-mail saya ini.

    P/S: Saya mencadangkan satu perlaksanaan kawasan yang berupa ala AL-Arqam tetapi, ianya dikomersialkan dan ianya saya rasakan sangat interesting (tak tahulah, kalau saya perasan bagus, hehe)…… Projek ini adalah untuk memeberi kemudahan kepada Masyarakat Islam di Malaysia di semua peringkat umur dan ianya dijalankan dengan betul2 dan mempunyai pentadbiran yang cekap dan berpusatkan MASJID NUR MUHAMMAD. InsyaALLAH, bagus projek nih.

    sekian, terima kasih.

    Anakmu. hehe…. Anak Reformasi.. kehkehkeh.

  33. 33 nirman May 10th, 2008 at 11:37 am

    Assalamualaikum DSAI…

    Semalam isteri saya telah membeli senaskah Majalah NONA. Ada gambar DSAI dan Nurul Izzah. Terharu saya melihat gambar Datuk Seri di depan majalah. Amat tidak disangkakan. Tapi saya amat gembira sehingga mengalirkan air mata…

  34. 34 dr rem May 10th, 2008 at 11:58 am

    Assalamualaikum sdr DSAI. Terima kasih kerana membuat kenyataan yang dinantikan ini.Inilah harapan Malaysia kepada satu agenda yang akan memacu negara ini untuk menghadapi cabaran semasa dan akan datang. Bukan mudah untuk masyarakat melayu untuk menyerap unsur luaran kedalam budaya mereka. Meskipun secara zahirnya kita boleh menerima perubahan-perubahan bersifat kontemprori namun didalam jati diri mereka unsur melayu tulin tetap utuh. Begitu jugalah dengan suku bangsa yang lain mereka juga sukar untuk menerima dan menyerap budaya orang lain. Jika kita menyusuri kembali sejarah peradapaban dunia kita tentu sahaja menyaksikan pertembungan budaya berasaskan suku kaum adalah faktor utama yang mendorong kepada penubuhan negara-negara berdaulat. Bangsa Malaysia yang diimpikan itu Insyallah akan wujud apabila pertembungan budaya ini reda secara perlahan2 dan sampai masanya ia bukan lagi isu pokok dalam hidup kita.

    Didalam keinginan menubuhkan negara berdaulat yang berasaskan kaum itu manusia juga mesti tunduk kepada keinginan nalurinya untuk mencari tujuan sebenar pencapaian kehidupan duniawi yang pasti akan diakhiri dengan kematian. Semua orang cuba mentafsirkan kehidupan selepas mati ini mengikut kepercayaan ugama kerana ilmu mengenaainya melampaui garis kemampuan daya fikir insaniah.Ugama yang dibawa oleh Adam a.s diakhiri oleh Muhammad S.A.W yang menyembah Allah tetap utuh sehingga sekarang namun sifat manusia yang cepat lupa telah melahirkan berbagai2 aliran dan tafsiran kepercayaan(belief)hingga melahirkan beberapa ugama baru. Perjuangan menyeru insan untuk kembali menyembah Allah berterusan hingga keakhir zaman dalam bentuk yang berbeda cara. Islam yang dilengkapi dengan satu sistem menyeluruh memberi peluang kepada insan untuk kembali kepada cara yang dibawa oleh para rasul dan nabi untuk menyelamatkan manusia dan meneruskan kejayaan duniawi ini kepada satu kejayaan dialam sesudah mati. Itulah Islam. La ikrahafiddin (tak ada paksaan terhadap agama) itu jaminan islam kepada mereka2 yg tidak yakin terhadap cara Islam.

    (DiMalaysia kedaulatannya berteraskan budaya Melayu yang merupakan dominasi kaum ketika perlembagaan dimaktubkan. Didalam kontek Islam pula Pemerintahan Melayu mengamalkan agama Islam didalam ruang lingkup budayanya ini juga dimaktubkan. Semua orang telah terima untuk menjamin equilibrium penubuhan negara berdaulat Malaysia).

    Jangan ganggu equilibrium ini seperti yang terjadi ketika 13 may 1969 dahulu. Orang Melayu, orang cina, orang India, orang Sikh dll. jangan pertikai lagi isu ini.

    apa yang mesti dilakukan cohesion ini diperkuatkan. Hak2 org melayu dipertahan, orang bukan melayu jangan diabaikan Islam dipertahan, kebebasan beragama diteruskan, kemiskinan tidak menurut suku kaum dibanteras, keadilan diperkukuhkan, pembangunan negara dipergiatkan malah dipacukan lagi, tahap pencapaain ilmu di tingkatkan, nilai kehidupan, nilai bersosial, keharmonian dan kejiranan disemarakkan, kekuatan ketententeraan dan keselamatan diperbaiki dan ditingkatkan, dan sistem pentadbiran dipercekapkan lagi. DEB hanyalah satu cara yang diformulate menghadapi satu era perbedaan ekonomi kaum, ianya perlu dilanjutkan dalam format baru yang lebih baik kepada semua warganegara. Hak keistimewaan bumiputera dipertingkatkan pencapaiannya dan hendaklah lebih realistik bukan dari aspek memperolehi tender2 kerajaan sahaja yang pada akhirnya bukan dilaksanakan oleh orang bumiputera. Malah lebih penting ialah penubuhan channel dan rangkaian yANG kemas bagi memastikan penglibatan orang bumiputera dalam projek2 yang diperolehi. Sepatutnya isu DEB ini kaum lain harus bersyukur kerana merekalah yang lebih mendapat faedah wlaupun diatas kertas tidak dapat dinyatakan tapi itulah hakikatnya. Pada zahirnya dipamirkan faedah2 DEB hanya menjurus kepada orang2 bumiputera tetapi sebaliknya kekayaan itu akhirnya jatuh ketangan bukan bumiputera juga. Peluang2 pendidikan pada zahirnya tertumpu kepada bumiputera tetapi pada hakikatnya bercambah2 institusi pendidikan bukan bumiputera menjadi centre of attraction kepada pelajar2 negara ini dan merupakan peluang perniagaan yang bukan sedikit kepada mereka. Orang melayu baik, kita tidak banyak bersuara tentang ini. We feel we are comfortable enough dengan DEB maka dengan itu budaya DEB ini perlu diganti dengan sesuatu yang lebih bermakna supaya Melayu lebih kompetetif dan tidak menjadi second class citizen dalam mempertahankan hak2 mereka.

  35. 35 crepe_0712 May 10th, 2008 at 12:20 pm

    SALAM PERJUANGAN…..
    UMNO KINI SEDANG MELALUI ERA KEMUSNAHAN…SAAT YANG SEGENTING BEGINI,PEMIMPIN2 UMNO CUBA DENGAN SEDAYA UPAYA UNTUK BERNAFAS BIARPUN DALAM KELEMASAN….DIGUNA SEGALA APA YANG ADA,UNTUK MENAGIH DAN MERAIH SIMPATI DARI RAKYAT UNTUK TERUS MENCARI KUASA,UNTUK TERUS MENGHANCURKAN RAKYAT DAN NEGARA,DENGAN CARA SILAP MATA MEREKA…
    MENGAPA BARU KINI MEREKA BEGITU GAGAH BAGAI PENDEKAR(BIARPUN DISEBALIKNYA BACUL DAN KECUT)MENYENTUH TENTANG BANGSA MELAYU,SEKONYONG2 MELAUNG2KAN TENTANG PERPADUAN MELAYU,AGENDA DAN SURVIVAL MELAYU …APA YANG TAK KENA DENGAN ORANG2 MELAYU KINI,SEHINGGA BEGITU RESAH DAN GELISAHNYA PEMIMPIN2 UMNO,HINGGA TAK SEMENA2 JADI RIBUT,BAGAIKAN SEDANG MERACAU,PEMIKIRAN MEREKA KINI SUDAH KACAU…APAKAH PEMIKIRAN MEREKA KINI SUDAH TIDAK STABIL LAGI,ATAU SUDAH SASAUKAH MEREKA2 INI…APAKAH KERANA BERDUYUN2 DAN BERBONDONG2 MASYARAKAT MELAYU MENINGGALKAN UMNO,BERALEH ARAH KEPADA PAKATAN RAKYAT,YANG MEMBUATKAN JIWA2 MEREKA SAKIT…LALU,MEREKA MULA MEREKACIPTA DAN MENGELUARKAN SEGALA IDEA SERTA PENDAPAT2 YANG LAHIR DARI AKAL DAN JIWA YANG KIAN NAZAK DAN KRONIK UNTUK MEMPERTAHANKAN SEGALA KESALAHAN DAN KEBURUKAN MEREKA,DENGAN LAUNGAN PERPADUAN MELAYU DAN SURVIVAL MELAYU..DENGAN HARAPAN YANG AMAT BESAR DAN TINGGI SUPAYA ORANG2 MELAYU AKAN TERUS TERPENGARUH SAPERTI WAKTU PURBAKALA DULU…DIKERAH SEGALA MEDIA MILIK MEREKA UNTUK MEMPENGARUHI ORANG2 MELAYU..MEDIA2YANG SEMEMANGNYA MENJADI KUDA TUNGGANGAN PEMIMPIN2 YANG SEMAKIN GILA…
    NAMUN, MALANG SERIBU KALI MALANG,MEREKA INGAT ORANG2 MELAYU MUDAH LUPA…RUPA2NYA YANG LUPA ADALAH PEMIMPIN2 UMNO,MEREKA LUPA YANG MEREKA KINI,MELAUNG2KAN AGENDA,SURVIVAL DAN PERPADUAN MELAYU YANG TERHASIL DARI PEMIKIRAN DAN JIWA MEREKA YANG KIAN TENAT…MEREKA LUPA YANG MENGKHIANATI BANGSA MELAYU,BAHASA MELAYU,BUDAYA MELAYU,ADAT2 MELAYU,EKONOMI MELAYU,RAJA2 MELAYU DAN KINI DAH ADA PULA ISLAM HADHARI ADALAH PEMIMPIN2 UMNO…INIKAH PEMIMPIN2 UMNO YANG HARUS ORANG2 MELAYU PERCAYA UNTUK MELAUNG2KAN TENTANG AGENDA,SURVIVAL DAN PERPADUAN MELAYU…APABILA BANGSA MELAYU SUDAH TIDAK PERCAYA LAGI DENGAN UMNO MAKA DENGAN TIBA2 PEMIMPIN2 YANG DAH NAK BEKU KINI BANGKIT UNTUK MENJADI JAGUH,BERLARI KEHULU KEHILIR,MELALAK2 TENTANG BANGSA MELAYU,LALU DIIKUTI OLIH KADAM2 YANG BEBAL…KALAU PEMIMPIN YANG BEBAL MEMANG PATUTLAH,DAH BANYAK SANGAT KEMUNGKARAN..TAPI YANG KADAM2 PUN TURUT IKUT JADI BEBAL APA KE HEY NYE…
    DIPERTAHANKAN BERMATI2AN DASAR EKONOMI BARU..KONONYA DASAR ITU LAH YANG BANYAK MEMBANTU ORANG2 MELAYU…MEMANG DASAR ITU LAH YANG MENJADI LUBUK BAGI PEMIMPIN2 UMNO DAN KELUARGA SERTA KRONI2 MEREKA…DASAR YANG MENJADIKAN ORANG2 MELAYU BAWAHAN MENDERITA,SENGSARA DAN HANYA TERKEDIP2 DAN MELELEH AIRLIUR MELIHAT PEMIMPIN2 BERGUMBIRA MENGUMPUL HARTA KEKAYAAN…KALAU TAK PERCAYA,LIHATLAH RUMAH SERTA HARTA2 SETIAP WAKIL RAKYAT UMNO…INILAH YANG BERIA2 NAK PERTAHANKAN DASAR EKONOMI BARU…
    ORANG2 MELAYU DAH TAK PERLUKAN PEMIMPIN2 UMNO UNTUK MENJAGA DAN MEMBELA ORANG2 MELAYU…SEMUANYA PEMBOHONG…ORANG2 MELAYU SERTA TANAH AIR INI AKAN HANCUR LEBUR JIKA UMNO MASIH LAGI BERKUASA…
    PADA SEMUA AHLI2 UMNO YANG DIBAWAH TU,TINGGALKAN LAH UMNO…MARILAH SAMA2 KITA BERJUANG UNTUK MENGANGKAT MARUAH BANGSA MELAYU DAN RAKYAT SELURUHNYA,DIDALAM PAKATAN RAKYAT..DEMI UNTUK MASA DEPAN ANAK CUCU KITA SEMUA…MARILAH KITA SAMA2 MENEGAKAN KEBENARAN DAN KEADILAN SERTA MENENTANG SEGALA KEMUNGKARAN SEPERTI PERASUAH2 DAN PEROMPAK2 YANG BERTOPENGKAN KUASA…MEREKA MENGGUNAKAN ORANG2 MELAYU UNTUK TERUS BERKUASA DAN SETERUSNYA MEROMPAK HASIL NEGARA..UNTUK KEPENTINGAN MEREKA DAN KELUARGA MEREKA….INSAFLAH SEBELUM TERLAMBAT.

  36. 36 awangkedah May 10th, 2008 at 12:28 pm

    Tahniah kepada DSAI!

    Saya berkeyakinan yang DSAI akan menjadi Next PM kalau tak sept nanti mungkin dimasa depan kerana Malaysia tak punya lagi pemimpin yang berkemampuan dan yang dihormati oleh dunia untuk melonjak malaysia kedepan.

    Sebagai anak melayu saya ingin DSAI melakarkan satu janji yang khusus untuk orang melayu selaras dengan hak-hak keistimewaan yang ada pada perlembagaan. Janji- janji tersebut mestilah dipersetujui oleh lain-lian komponen Pakatan Rakyat.
    Umno telah melahirkan ramai golongan pertengahan Melayu seperti Doktor,Jurutera , Peguam dan lain-lain walaupun mereka ternyata korap. Orang melayu saya rasa takut hilang keistemewaan kerana hanya segelintir sahaja dari mereka yang mampu bersaing dalam berbagai bidang.

    Mengenai Agenda Ekonomi Malaysia saya tidak nampak secara jelas bagaimana layanan PR nanti terhadap orang melayu.Walaupun rakyat memahami PR bukan parti perkauman, tetapi rata-rata orang melayu ingin tahu apakah rencana pembelaan orang melayu oleh PR secara jelas dan konkrit supaya mereka yakin dan yakin dan yakin…

    Sekiranya DSAI dapat membuat JANJI KERAMAT bagi orang melayu saya yakin DSAI akan disokong oleh setiap melayu diserata pelusuk negeri.
    Saya harap DSAI dapat menjawab persoalan yang getir ini.
    Tahniah!

  37. 37 crepe_0712 May 10th, 2008 at 12:53 pm

    SALAM PERJUANGAN….
    PEMIMPIN2 UMNO HANYA AKAN MEMALUKAN RAJA2 MELAYU DAN BANGSA MELAYU,DENGAN HENTAMAN HEBAT TERHADAP YB KARPAL SINGH DAN JUGA MEMBUAT 9 LAPURAN POLIS…APAKAH PEMIMPIN2 UMNO CUKUP BIJAK ATAU PUN TERLALU BEBAL,DIDALAM KEPUTUSANYA..ATAU,AKAN MENJERAT DIRI DAN MEMALUKAN RAJA2 MELAYU DAN ORANG2 MELAYU…BIJAKKAH PEMIMPIN2 UMNO DIDALAM HAL PERUNDANGAN, YANG BEGITU GHAIRAH UNTUK MENGHENTAM KARPAL SINGH LALU MEMBUAT 9 LAPURAN POLIS…KITA TUNGGU DAN LIHAT AKSI2 DAN GELAGAT PEMIMPIN2 UMNO SETERUSNYA…SIAPA YANG TERKENA,SIAPA YANG BIJAK DAN SIAPA BEBAL.

  38. 38 abd rahim kassim May 10th, 2008 at 1:09 pm

    Salam buat Datuk Seri,

    Menyentuh tentang survival Melayu, saya tidak hairan kalau pemimpin UMNO dan jauk-juaknya memainkan isu ini. Sememang sejak dari dulu, itulah modal pemimpin UMNO ini untuk memenangi hati orang Melayu, sedangkan hakikatnya merekalah “anasir perosak” yang hidup dalam masyarakat Melayu.

    Tetapi Selepas PRU 12 kita lihat ada kalangan ilmuan dan sarjana upahan (kesat sikit bahasa itu Datuk Seri)kita lihat beria-ia benar bercakap soal survival Melayu. Terganggu benar mereka ini bila UMNO kehilangan banyak negeri dan kerusi di parlimen.

    Tetapi tidakkah terguris hati mereka bila melihat orang-orang Melayu di Kelantan dan Terangganu ditindas dan dirampas hasil negeri mereka oleh kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh parti Melayu UMNO.

    MCA dan MIC tidak akan berani menyuarakan supaya royalti minyak Terangganu dirampas semasa pemerintahan PAS, yang jelas dipimpin oleh orang-orang Melayu. Siapakah durjana yang sanggup berbuat demikian kalau tidak dari kalangan pemimpin UMNO.

    Bila DSAI disingkirkan dari UMNO dan kerajaan, berapa ramaikah usahawan-usahawan Melayu (yang dikatakan orang Anwar)yang baru meningkat naik ditindas dan ditekan. Ada sebahagiannya terpaksa tutup kedai dan sebahagian lagi bangkrup, gara-gara sikap balas dendam.

    Siapakah yang mencadangkan supaya usahawan-usahawan ini ditekan dan tidak diberikan projek oleh kerajaan. Bukankah dari arahan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri; yang kononnya berjuang untuk kepentingan ekonomi orang-orang Melayu.

    Sudah berapa kali usahawan-usahawan Melayu yang baru merangkak naik “dibunuh” ditengah jalan, akibat sengketa pemimpin politik. Orang-orang Dato Musa, orang-orang Tengku Razaleigh, orang-orang DSAI dan yang akhir-akhir ini orang-orang Tun Mahathir.(orang-orang Tun Mahathir sempat jadi kaya raya)

    Apakah selama perkara ini berlaku, para ilmuan dan sarjana yang bercakap sekarang ini, tidak nampak perpecahan orang-orang Melayu yang telah banyak merugikan bangsa.

    Jadi, para ilmuan dan sarjana Melayu, janganlah jadi “sarjana upahan” sepertimana kata DSAI. Apalah sangat dengan reja-reja (sisa) yang diberikan oleh penguasa, kalau mahu dibandingkan dengan perjuangan yang ikhlas.

  39. 39 criticalthinker May 10th, 2008 at 1:51 pm

    Askum DSAI,
    Setelah sy baca Agenda Ekonomi Malaysia tu,sy dapati semua tu sgt informatif..selama2 ni sy x tahu lgsg semua2 hal yg ditutup oleh media dan kerajaan barisan najis(BN)tu..x sgka ekonomi negara kita dh ketinggalan teruk..sgt3 teruk..sy tabik DSAI kerana memberikan fakta2 yg sgt menarik dan betul..sy akn sebarkan@bgtau kwn2,family artikel Agenda Ekonomi Malaysia yg DSAI tulis tu supaya diorg fhm ape yg berlaku kt malaysia skang,sy doakan DSAI akn cepat2 jd PM supaya DSAI dpt bersihkan segala kemungkaran,kebodohan,keangkuhan,ketololan barisan Najis especially dollah “kaki tidur” badawi tu..malu nk ngaku diri sy org penang skang selagi kaki tidur tu pgg power lg,so sy tgh tggu DSAI jd PM br sy ngaku balik sy org penang!hehe

  40. 40 Ajis Lajim May 10th, 2008 at 2:05 pm

    Dato Seri,
    Saya rasa jijik bila baca akhbar menyatakan Pak Dolah mengarahkan Pak Denan buat laporan polis tentang YB Karpal. Apakejadahnya mereka tu?
    Dulu mereka yang menghina/derhaka terhadap raja-raja melayu.
    Sudah la kau orang-orang aMENO! Korang dah tak relevan dengan bangsa melayu.
    Pi tolong orang susah daripada menyusahkan orang!
    Beng Ngong punya Be End!

  41. 41 Abu Ameen May 10th, 2008 at 2:33 pm

    Assalamualaikum DSAI,

    Any comments on Royal Panel Inquiry findings on Lingam video, i.e. CJ Fairuz is the person talking to Lingam? http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/5/10/nation/21213763&sec=nation

  42. 42 Naz May 10th, 2008 at 2:59 pm

    Sama-salah kita tengok apa yang akan terjadi ke atas negara kita di masa akan datang. semua orang bijak dan bijaklah memilih pemimpin. Bolehlah melawati blog saya yang tak seberapa mengikut pendapat saya dan saya harapkan agar ada insan sudi berkongsi bersama. Malaysia tetap Malaysia.

  43. 43 laskamana benten May 10th, 2008 at 3:10 pm

    Biar saya kata Melayu ada banyak, tapi yang banyak cakap sekali melayu UMNO! Siapa mereka ini? Kalau betul melayu UMNO hendak membantu melayu, kenapa bila kecundang aja baru melolong, sebelum ini buat apa? sekarang ini orang melayu dah pandai dan tahu mana baik dan buruk. Melayu UMNO tolong siapkan kubur dan kuburkan aja UMNO tu.

  44. 44 PENCINTA KEADILAN May 10th, 2008 at 4:06 pm

    Tiba-tiba negara digemparkan dengan teriakan para hulubalang. Masing-masing
    menghunus keris dan menjulang-julangnya ke udara. Rakyat menjadi gamam. Apa
    pula gerangan isunya hingga para hulubalang itu menjadi gempar dan mengamuk
    tidak tentu haluan.

    Baru sebulan lalu, para hulubalang di negeri sebelah Timur berdemonstrasi di
    hadapan istana. Membuka langkah menghantar memorandum tidak berpuas hati
    dengan Majlis Pemangku Raja. Watikah bantahan dihantar mempersoalkan
    tindakan majlis melantik bendahara negeri yang tidak diperkenan parti para
    hulubalang.

    Di masa yang sama, puluhan perajurit memegang kain pemidang bertulis “Kami
    mahu Deris binatang!”, “Kami sokong Deris sebagai bendahara”, “Kami tak mahu
    Md Said”. Banyak lagi kain pemidang yang ditayangkan di hadapan istana.
    Semuanya berunsur menghina dan menderhakai istana.

    Selepas menghantar memorandum bantahan, para hulubalang itu bergerak ke
    kediaman rasmi bendahara dan membuat pengumuman penting.

    Antaranya, jurucakap hulubalang mahu calon yang dipersetujui Yang Dipertua
    parti hulubalang diangkat sebagai bendahara. Jika calon lain diangkat
    istana, maka para hulubalang akan memberontak dan paling kurang pun
    meletakkan jawatan.

    Begitulah tekad hulubalang. Apabila dingatkan sang warta bahawa hasrat para
    hulubalang untuk meletakkan jawatan akan menyebabkan mereka kehilangan
    jawatan itu buat seumur hidup, maka jurucakap para hulubalang penderhaka itu
    pun dengan gugup gagapnya berkata: “Errr… kami akan mengkaji semula hasrat
    kami itu, kami acah-acah aja…”

    Kesudahan ceriteranya, hasrat para hulubalang itu tidak kesampaian, dan
    calon yang dipilih Majlis Pemangku Raja terus kekal sebagai bendahara.

    Di sebuah negeri di utara Semenanjung, gegak gempita pemilihan bendahara
    juga berlaku. Calon daripada parti hulubalang mengamuk sakan kerana jawatan
    yang sepatutnya dianugerahkan kepadanya diberikan kepada orang lain.

    Maka hulubalang itupun menghunuskan kerisnya ke udara mahu Yang Dipertua
    parti hulubalang bertegas melantiknya ke jawatan itu.

    Watikah perlantikan telah diterima dan istana tiada hak mengetepikan watikah
    daripada parti hulubalang, jelasnya kepada sekumpulan sang warta.

    Maka gegak gempita lah seluruh negara. Yang pekak datang bertanya. Yang bisu
    ternganga-nganga. Yang cacat datang bertongkat. Yang lumpuh berkerusi roda.
    Yang jahil menggeleng tak tahu apa-apa.

    Akhirnya calon istana dipilih jua dan si hulubalang terpaksa menumpang rumah
    abang kakak kerana hilang tempat berteduh, setelah rumah rasmi diambil alih
    bendahara baru.

    Tiba-tiba para hulubalang berbuat bising lagi. Kali ini angkara seorang bai
    tua berkerusi roda yang didakwa menghina istana. Bai itu dianggap biadap dan
    tak tahu adat Melayu kerana mempersoalkan titah Raja.

    Ada seorang Melayu DKK yang punyai ilmu undang-undang menyifatkan si bai
    boleh didakwa kerana menghasut. Ada seorang Hulubalang Melayu DKA menuduh si
    bai sebagai biadap dan mencabar kedaulatan sultan. Maka si bai dianggap
    sombong dan bongkak setelah menang dalam pemilihan umum lalu.

    “Parti hulubalang tidak pernah mempertikaikan titah istana. Kalau kita tak
    setuju pada istana, kita pergi menghadap sultan dan beritahu secara
    berbahasa,” kata hulubalang Melayu DKA kononnya.

    Ramai pemimpin Melayu tulen parti hulubalang turut masuk campur. Ada yang
    sanggup mempertahankan istana dari kebiadapan si bai walaupun mereka tahu si
    bai hanyalah seorang tua yang lumpuh berkerusi roda.

    Ada juga pemimpin pelajar penyokong parti hulubalang yang memberikan tarikh
    lupus kepada si bai untuk menarik balik kenyataannya. Jika tidak keris
    mereka akan bermandi darah.

    Begitulah gegak gempitanya parti hulubalang “mempertahankan kedaulatan
    istana” yang konon-kononnya kini tidak selamat kerana dicabar si bai
    berkerusi roda.

    Komen paling keras datangnya daripada mantan Yang Dipertua parti hulubalang.
    Hulubalang tua itu menakutkan rakyat tentang gambaran sebenar masa depan
    rakyat jika parti-parti sekutu si bai tua diberi mandat besar oleh rakyat
    untuk menerajui negara.

    Ada cubaan untuk mengaitkan parti muslim, sekutu parti si bai dalam kancah
    isu penderhakaan itu.

    Bagaimanapun dua pemimpin kanan parti muslim dilaporkan sang warta mengambil
    pendekatan berhati-hati dengan tidak memberikan sebarang ulasan berhubung
    isu itu.

    Ialah. Sikap pemimpin parti muslim itu difahami kerana sang warta mahir
    dalam kepandaiannya memutarbelitkan kenyataan pemimpin parti lawan parti
    hulubalang.

    Seorang pemimpin Melayu tulen pernah dianggap murtad dan menggadai agama
    kerana memakai sigah kaum kadazan yang berlambang salib. Hasilnya, parti
    pemimpin Melayu tulen itu kalah teruk dalam pemilihan umum.

    Bagaimanapun kemajuan teknologi siber menjadikan rakyat benar-benar celik
    isu.

    Dalam hingar bingar sang hulubalang menghunus keris dan menjulangnya ke
    udara kerana kononnya mahu membela istana; hamba rakyat tertanya-tanya.

    Bagaimana mungkin hulubalang yang berpakat mengurangkan kuasa para sultan
    ketika mereka di puncak kuasa boleh dipercayai untuk membela istana?

    Bagaimana mungkin perajurit-perajurit hulubalang yang menghina istana dan
    sultan dengan lafaz kata “binatang” boleh lebih dibela dan diberi muka
    berbanding seorang bai tua yang hanya mahukan penjelasan tentang batas kuasa
    istana?

    Bagaimana mungkin penghulu hulubalang yang menghunus keris mahu mengamuk ke
    saentero negeri kerana tidak dipilih sebagai bendahara, tiba-tiba mahu
    mendabik dada sebagai pembela istana?

    Bagaimana mungkin hulubalang yang membawa lari puteri raja untuk dinikahinya
    di seberang negeri, kemudian diceraikan sesuka hati, mampu memelihara maruah
    istana dan raja negeri?

    Bagaimana mungkin parti penderhaka boleh menjadi pelindung institusi
    raja-raja?

    Maka si pekak, si bisu, si lumpuh dan si jahil yang pada mulanya geram
    menatap Utusan Warta, mencampak akhbar itu jauh-jauh dan berkata: “Kita
    tertipu lagi rupanya. Mana mungkin si penderhaka boleh jadi Sang Setia!”

    Maka mereka pun pulang ke rumah membuka TV dan menonton rancangan “akademik
    fantasia” dan “jom buat-buat heboh”.

  45. 45 Keturunan Umno May 10th, 2008 at 5:37 pm

    Assamulaikum DSAI

    Agak lama saya tidak beri komen.
    Kali ini saya nak bangkitkan dua perkara.

    1. Barang keperluan terus naik, rakyat kian resah

    Dalam pada Datuk Seri menyatakan keyakinan 16 september akan ada tsunami politik kedua barang keperluan terus mencanak naik.
    Saya mengharapkan para pemimpin Pakatan Rakyat dapat mengemukakan secara bertulis dokumen strategik yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam menangani kenaikan harga barang keperluan harian.Jika sebelum pilihan raya ada Agenda Ekonomi Baru, yang boleh dibaca, diteliti dan dianalisis oleh rakyat. Saya sangat mengharap dalam keadaan yang mencemaskan perut rakyat pada masa ini ada juga strategi bertulis menanganinya. Tujuannya supaya rakyat jelas hala tuju Pakatan Rakyat dalam menangani permasalahan rakyat masa ini yang mencemaskan. Dengan itu, rakyat akan bertambah yakin menanti ambang selewat-lewatnya 16 September.

    2. Suara-suara akar umbi di negeri kubu UMNO

    Asas pemikirannya masih kebal perkauman.
    Pada satu ketika menyatakan boleh menerima jika yang memerintah Melayu… ya PAS, PKR - yang melayulah tu maksud mereka.
    Tapi malangnnya DAP kuat. Katanya PAS ditunggani oleh DAP - maka mereka simpulkan Ketunan Melayu tergugat.

    Saya sanggah ketunan melayu apa kalau anak kau orang belajar matematik dan sains dalam bgahasa orang putih. Kat rumah kalau anak kau orang tanya matematik dalam bahasa Inggris kau orang terangkan dalam bahasa apa ya? Atau kau orang kata kat anak kau orang tanyalah cikgu sebab ayah, ibu kau dulu belajar dalam bahasa Melayu, aku tak faham cakap orang putih.

    Dialog itu macam kita sekolah dulu, tanya ibu ayah kita, mereka kata mereka tak bersekolah.

    Maknya anak kita sekarang ini mengundur 30 tahun kebelakang.
    ternganga lah mereka yang bercakap ketuanan melayu tergugat.

    Apa pun gambaran di warung kopi kampung kubu UMNO ini, tempat asal sayalah tu, perlu diberikan perhatian oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Supaya rumusan terbaik dapat dihasilkan bagi mematahkan hujah puak-puak tersebut 100%. Bagi menjamin kemenangan mutlak PR dalam PRU 13.

    Sekali lagi kesempatan saya ngobrol di warung itu, saya akan provof konco-konco itu dengan se…. se….selewat-lewatnya 16 September. Insa allah saya akan tulis respon mereka.

    ketemu menih. Wassalam

  46. 46 Suara1undi May 10th, 2008 at 5:59 pm

    Ingin saya nyatakan disini, saya sungguh sedih dan kecewa PR menggunakan istilah suara rakyat, hak rakyat, bangsa Malaysia, hak samarata dan sebagainya sebagai umpan untuk memancing sokongan dari semua kaum dalam mengejar cita-cita pemimpinnya. Setiapkali istilah ini digunakan maka setiap kali hak orang Melayu, Kuasa Sultan dan Islam akan dikikiskan juga. ITU ADALAH HAKIKAT, adakah anda fikir PR mampu menangkis keinginan rakus DAP?? Apa yang PR fikir dan lakukan adalah bukan untuk memenangi sokongan Melayu tetapi sokongan Cina dan India.
    Malah, kalaulah DSAI menjadi PM dengan sokongan ahli lompat parti…maka kerajaan yang dibina itu adalah KERAJAAN PECAH AMANAH… kerana ahli yang melompat itu, tidak kira atas apa alasan jua, dia telah pecah amanah ke atas undi yang diberikan kepadanya… Bagaimana mahu memerangi masalah pecah amanah kalau kerajaan itu sendiri memang pecah amanah. Saya ingin pesan kepada DSAI, kalau PR mahu bina kerajaan sekalipun, binalah atas dasar demokrasi yang anda perjuangkan…maka anda perlu ada prinsip dan prinsip anda perlu dipegang. Bukan dengan omongon manis yang menjejeskan air liur.
    Nak jadi PM pun tunggulah PRU-13. Jangan ghairah sangat, tak boleh sabar, satu takuk aje lagi.
    Adalah lebih baik, buktikan kemampuan anda menerajui 5 negeri yang ada tu..jangan sibuk nak buktikan orang ini salah… Jangan sibuk mencipta alasan di atas kegagalan anda nanti.

  47. 47 vivek May 10th, 2008 at 6:43 pm

    dear DSAI is this rally legalized….why double standard………

    http://www.youtube.com/watch?v=zkRag7hlW_I
    why no tear gas….no FRU…….
    when PR is gonna take over….waiting eagerly and angrily……

  48. 48 Slyderrose May 10th, 2008 at 7:24 pm

    DSAI Salam,

    Itu biasale kalau umno memburukkan PR atau terutamanya PKR, dengan memainkan isu ketuanan melayu. Orang dah tersepit cuba mencari jalan untuk mendapat sokongkan melayu. Orang melayu sejak dari dulu lagi telah dibrainwashed dengan ketuanan melayu dan hak-hak melayu walaupun ini telah termaktub dalam perlembagaan. Umno cuba menakut-nakut orang melayu untuk meraih simpati. Orang melayu yg sempit fikiran akan cepat melatah dan menyokong umno. Sedar ke kepimpinan melayu umno ini yg merosakkan orang melayu sendiri dengan sikap bongkak, rasuah, ketidakkan adilan pada kaum lain dan juga jugak orang melayu sendiri. Imej mereka buruk sekali. Tapi kenapa orang melayu yg tak dapat melihat ini sendiri?. Kepimpinan umno melayu yg bercakap pasal islam TETAPI tidak mencerminkan keperibadian sebagai orang islam sejati. Ketidakadilan pada orang bukan islam, adakah tuntutan islam. Jauh menyimpang dari islam. Pemimpim umno rasuah kenapa disokong. Pemimpim umno zalim pada orang mealyu sendiri, kenapa nak disokong jugak??, contoh duit royalti minyak zaman PAS di Trengganu kenapa ditarik? PAS kan orang melayu islam, kenapa dizalimi?. Begitu jugak di Kelantan, federal grants. kenapa dilambat-lambatkan?. Nak cekik orang melayu islam sendiri?. Adil ke nie?. Cara islam ke nie?

    Kerajaan PR baru memerintah tak sampai 100 hari dok sibuk fitnah PR tak laksana manifesto pilihanraya. Cukup cetek fikiran orang umno dan dangkal otak mereka semua. Nampak sangat kebodohan mereka untuk meraih sokongkan orang ramai yg sezaman dengan mereka ini. Apa BN buat selama 50 tahun memerintah?. Mana menifesto BN/ umno nak memhapus rasuah senjak 2004 lagi. Buat tak??. macam-macam lagi janji umno setiap PRU tapi most them tinggal janji aje/ Perangai peimpim umno tak mencerminkan sikap seorang islam. Kenapa bengap sangat sampai sekarang percaya dan menyokong mereka?

    DSAI, pasal Agenda Ekonomi Baru, Dato Seri kena buat roadshow ke seluruh malaysia. Terangkan pada rakyat dan flyers mesti disebarkan tentang pasal ini dan pandangan PR/ DSAI snediri pasal kedudukan orang melayu seperti teraktub dalam perlembagaan. Kalau bolih DSAI buat press conference, panggil semua wartawan. Biar benda dibuat selalu untuk counter propaganda umno/ BN dalam MSM.

    DSAI, pasal Karpal Singh, ini satu isu yg berat yg dimainkan olih umno keparat itu. Tolong beritahu karpal kena jaga mulut sikit kalau bercakap pasal sultan atau islam. Minta pandangan DSAI atau kepimpinan PAS/ PKR dalam isu ini sebelum membuka mulut. Di samping itu PKR atau DAP terutamanya cubalah pro active sikit dengan menunjukkan kesetiaan pada raja/ sultan. kalau DAP buat report polis pasal umno menghina sultan/ agong tempohari. Baru kelas!

  49. 49 mamat May 10th, 2008 at 7:32 pm

    Salam DSAI,

    Setelah lebih 50 tahun negara merdeka, kita sebenarnya masih dijajah dengan kaedah yang berbeza. Kemerdekaan yang hakiki semestinya seluruh rakyat tidak kira daripada apa kaum pun asalkan Rakyat Malaysia, mempuanyai minda yang bebas dan bijak mencorakkan hala tuju negara.

    Mereka yang masih protektif dan defensif terhadap ketuanan Melayu sebenarnya mindanya masih terjajah. Kita telah bergerak maju secara multiracial sejak sekian lama sepatutnya mengakui kita Rakyat Malaysia berusaha demi kelangsungan Malaysia. Istilah Tanah Melayu tak perlu dicanangkan lagi jika kita mahu terus maju. Dalam suasana pelbagai kaum, kita saling memerlukan antara satu sama lain asalkan kita semua mahu hormat-menghormati terhadap fahaman, budaya dan bahasa sesama sendiri.

    Wassalam.

  50. 50 shinoda May 10th, 2008 at 8:35 pm

    salam,

    UMNO sekarang sedang giat memainkan isu ketuanan melayu di kalangan org melayu. Umno dakwa PKR adalah pengkhianat melayu @ si kitol kerana bersekongkol dengan DAP yang memperjuangkan agenda Malaysia-Malaysian.Peristiwa 13 Mei 1969 diulang dan dimainkan oleh pemimpin UMNO untuk menakutkan org melayu. Saya secara peribadi juga amat khuatir dengan permainan ini, kerana saya sendiri pernah berhujah dengan ahli DAP yang mahu menjadikan malaysia spt singapura. Saya percaya orang melayu akan ranap kalau kuasa pemerintahan jatuh ke tangan org cina. Bukan saya bersifat perkauman, tapi agenda perjuangan DAP itu sendiri menakutkan org melayu, walhal org cina menguasai ekonomi negara ini dan bayangkan nasib org melayu jika hilang tampuk pemerintahan.

    saya syorkan,

    1. Pakatan Rakyat perbanyakkan ceramah, seminar dan forum terutamanya di negeri - negeri di kuasai PR. PR perlu bekerja dari sekarang utk menghadapi PRU akan datang.

    2. Media PR perlu diwujudkan segera bagi menangani isu-isu mainan BN/UMNO. Kerajaan negeri PR sedia ada beri peruntukan bantuan kewangan untuk menaja akhbar-akhbar seperti Harakah, Suara Keadilan dll dan ianya diedarkan kepada semua peringkat masyarakat

  51. 51 Slyderrose May 10th, 2008 at 8:36 pm

    Kenapa orang melayu tak bolih bersaing dengan bangsa lain? Kenapa sampai sekarang orang melayu masih terpinggir? Orang melayu macam mana masih terpinggir?. kepimpinan umnoputras ramai yg kaya raya. Salah sapa melayu terpinggir sampai sekarang?. Salah cina ke, salah india ke, salah kadazan ke, iban atau orang asli ke?. Atau salah orang indon yg ramai di Malaysia ini? Dah 50 tahun umno memerintah masih lagi melayu ketinggalan dengan kaum lain. Salah PKR, salah PAS atau DAP?. sapa yg mempunyai kuasa selama ini?. Tak buat kerja ke pemimpin umno melayu selama ini? atau dok fikir macam nak penuhkan kantungkan masing sampai lupa agenda melayu yg sebenarnya. Samapi bila melayu mesti bertongkat?. Bodoh sangat ke melayu ini?.

    Sekarang dok heboh pasal ketuanan melayu? Sampai bila ini melayu bolih berdiri gagah dengan sendiri mengalahkan kaum lain dari segi ekonomi dll. Bolih ke umno membantu? bertongkatkan umno?. Dah terbukti 50 tahun gagal. Apa bolih percaya lagi ke?? Bangkit lah melayu lupakan umno. Berdiri dengan sendiri bersaing dengan kaum lain dengan kerja kuat dan tingkatkan jadi diri. umno dah gagal. tak guna langsung. terbukti tak bolih diharap. Yg kaya kepimpinan umno dan kroni dari MCA dan MIC.

  52. 52 rakyat May 10th, 2008 at 8:59 pm

    tolong komen artikel dr blog ni.
    adakah benar?harap semua leader kt malaysia jd pemimpin yg sentiasa ingatkan tuhan bukan kerana kuasa.harap DSAI pun tergolong dalam pemimpin yg zuhud dan benar.
    http://rymza.blogdrive.com/archive/493.html

  53. 53 antimamak May 10th, 2008 at 9:27 pm

    Kenapa kebelakangan ini, Umno mengungkit ungkit kan Hak Melayu ???

    1) Iaitu menggunakan suatu strategi untuk menyatupadukan melayu. memang mereka ketahui akibat dari tsunami 2008, temparan hebat hingga terbigung, lalu menggunakan perpaduan melayu sebagai isu.

    2) Menurut Tun Mamak, dengan kata roti canai mengibaratkan masa depa UMNO, BN tidak cemerlang lagi , Mamak tua ini takut UMNO akan hilang dibumi Malaysia.

    3)Cuba bayangkan, sekiranya DSAI dapat menjadi PM pada masa akan datang, saya rasa penjara penjara di Malaysia akan penuh sesak, dimana penjara dipenuhi oleh anggota anggota UMNO…. dengan itu saya syorkan sekiranya DSAI menjadi PM, projek corridor penjara harus dilancarkan dengan segera.

    4)Umno telah korek lubang , hanya tunggu masa kebumikan diri, Umno telah ikat boom dibadan, hanya tunggu masa untuk meletup diri. dengan itu mereka memainkan peranan untuk dapat simpati dari Bangsa Melayu sendiri, mereka percayai hanya Melayu lah penyelamat mereka, tapi mereka telah lupa DSAI, anggota PAS juga berbangsa Melayu.

  54. 54 semi May 10th, 2008 at 9:44 pm

    saya berbangsa melayu dan beragama islam.dari kecil diasuh dan dibesarkan dengan agama dan semangat melayu. tapi dek kerana isu-isu kebelakangan ini dan pengalaman saya lebih dari 20 tahun sebagai ahli umno saya menjadi semakin benci dan reramat benci dengan sikap pemimpin-pemimpin umno baik peringkat jkkk,yb hatta sebahagian para menteri yang saya tahu bahawa banyak perkara yang mereka lakukan adalah tidak ikhlas, ada kepentingan ,pengalaman saya dan sekarang kami kebanyakan ahli umno dah muak dan sangat benci dengan umno sekarang.jangan marahkan kami kerana ini semua adalah dari tindakan kamu sendiri,maaf dah ramai diantara kami dah mula mengucapkan selamat tinggal kepada umno yang banyak merosakkan bangsa dan agama sendiri.

  55. 55 kuan May 10th, 2008 at 9:57 pm

    isu melayu hanya ditimbulkan bila tersepit dan banyaklah kupasan tentangnya diutarakan wal hal
    mereka begitu takut untuk berdepan dengan persaingan dan pemimpin umno sangat takut untuk kembali hidup dalam kesederhanaan. Di sebalik semua isu ini adalah hanya kerana mereka telah menipu, membuncit perut ,membina empayar secara tak bermoral dan bermaruah takut sekali jika diketahui umum. Yang jelas , kita pernah memberi kepercayaan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini dan masanya untuk memperbaiki pilihan.

  56. 56 hadi May 10th, 2008 at 10:20 pm

    Salam DSAI. KETUANAN MELAYU….. Menteri2 berbangsa apa di malaysia yang kaki rasuah. Pegawai2 kerajaan berbangsa apa di malaysia yang kaki rasuah. Umat islam berbangsa apa dimalaysia yang kaki rasuah. Itulah jawapan nya untok KETUANAN MELAYU UMNO yang telah tergadai.

  57. 57 man May 10th, 2008 at 10:21 pm

    Setiap kali UMNO bercakap pasal ketuanan Melayu setiap kali tu la aku rasa nak termuntah.
    Sebangsat-bangsat yahudi bangsat lagi Melayu UMNO drpd yahudi. Yahudi tak zalimi bangsa dia sendiri..tapi Melayu UMNO bangsa sendiri dipijak2 sampai mampus.

  58. 58 SemangatMelayu May 10th, 2008 at 10:39 pm

    Memang dasar UMNO dah tersepit dan nak reput baru nak minta tolong orang Melayu.
    Baru nak ajak orang Melayu bersatu atas dasar assabiyah.
    Dah tak ada apa lagi yang tinggal. Banyak sangat yang dah tergadai…

    Bahasa Melayu, tanah orang Melayu, akhlak budak Melayu, ekonomi Melayu, dll,
    dah teruk sangat.

    Semuanya angkara pemimpin UMNO. Rakyat dah tak percaya. Semua dah beralih pada
    Pakatan Rakyat yang akan menjadikan Islam sebagai teras perjuangan. Hanya kembali
    kapada ajaran Islam saja boleh menyelamatkan orang Melayu dan negara Malaysia yang
    berbilang kaum.

  59. 59 La Bahri May 10th, 2008 at 11:21 pm

    Assalamualaikum.

    Pada saya siapa saja yang menghina Sultan dan raja-raja MELAYU yang menjadi lambang agama ISLAM di Malaysia, sama ada UMNO, DAP, PKR atau siapa saja hatta PAS sekalipun patut dihukum, kalau mereka terlepas dari hukuman mahkamah (undang-undang), rakyat akan menghukum mereka dalam pilihanraya. Sebab itu, secara peribadi saya tidak pernah mengundi wakil rakyat mengikut partinya, tetapi saya mengundi mengikut calon. Saya tentu sekali tidak akan mengundi calon ‘tunggul kayu’ sama ada dari UMNO-BN atau PKR-PR atau calon bebas. Kelayakan utama calon yang menjadi pilihan saya ialah tentu saja yang mempunyai kalimah syahadah yang serupa dengan saya, ikhlas, menghormati fahaman dan budaya negara Malaysia, tidak bercakap tanpa memperdulikan sensiviti bangsa lain dengan alasan bercakap berlandaskan undang-undang. Ini kerana undang-undang boleh digubal dan dipinda malah dimansuhkan tetapi sensiviti masyarakat adalah sesuatu yang semulajadi.
    Saya juga kesal dan kecewa dengan sikap MP yang begitu angkuh dan biadap terhadap Sultan dan Raja Melayu, mereka lupa bahawa negara ini dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. (Memek muka seseorang daripada mereka mengingatkan saya kepada Salman Rushdie, sikap dan keangkuhannya berbicara juga saling tak tumpah, tidak mustahil jiwa dan hatinyapun serupa). HARAP CIKGU/DATUK SERI BERHATI-HATI, SAYA TAHU CIKGU DSAI LEBIH ARIF HAL-HAL BEGINI, BUKANKAH ORANG ISLAM SENANTIASA CUBA DIHANCURKAN DARI DALAM, MAKNANYA MUSUH DALAM SELIMUT LEBIH BERBAHAYA. Saya bukannya hendak memainkan sentimen kemelayuan, namun jangan pula sampai kita biarkan orang lain bersikap biadap terhadap institusi yang begitu disanjung tinggi oleh masyarakat majoriti negara ini hanya kerana kononya mereka satu haluan (satu gabungan parti) dengan kita. Wallahualam.

  60. 60 jangan gila kuasa May 10th, 2008 at 11:43 pm

    kau orang semua memang tak sedar diri…

    umno memang aku tak suka dari lagi…tapi kalu pakatan rakyat bersubahat dan sanggup mengiyakan apa sahaja yang dap buat…bukan semua pembenci umno akan setuju dan menyokong pr…

    renung2 kanlah sahabat semua…melayu tetap melayu…kau orang ingat cina-cina di luar sana setia ke pada kita…salam

  61. 61 mongolian May 11th, 2008 at 12:10 am

    Khidmat Negara menuju kearah gersang.

    Sejak dilancarkan banyak yang telah terkorban bukan terkorban kerana Pertahankan negara tetapi terkorban angkara kelemahan pengurusan umno keatas KN ini kerana KN adalah Agenda melayu umno semua urusan KN milik unmo sampai tender makan KN pun milik umno bila ada perserta mati kerana makanan semuapihak salah kan ibu bapa kerana kesihatan anak mereka selama ini perserta tak sakit pun bila masuk PN jatuh sakit mana tak semua nak untung tendar sudah jadi sistem pramid maka yang terbawah sudah kurang untung maka buak makan asal ada sahaja tempat kotor pun pejam mata jalan terbaik KN perlu di buburkan terus banyak buruk dari baiknya ianya dicipta untuk laluan buat wang untuk keroni tujuan asal nya telah kita lihat Perserta yang telah keluar hanya tin kosong bila masuk diberi peluang guna M16 tetapi bila pulang main mercun pun takut disini jelas satu pembaziran wang negara pada setiap tahun hasilnya tiada mutu langsung lagi baik masukan mereka latihan kemahiran kimpalan,kek dan pestery,megenal auto part distributor dan banyak lagi kemahiran yang perlu didedahkan kepada mereka diperingkat awal sekiranya mereka tergelincir dalam pelajaran mereka boleh cari makan kerana asas telah ada ilmu tercampak kemana pun hidup.kalau ada ilmu M16 umno nak suruh mereka buat apa nak suruh mereka jadi tentera upahan ke atau berjuang dengan hisbullah? para peminpin umno telah hilang hala tuju untuk menbentuk siasah dan menbangunkan diri rakyat malaysia mereka lebih utamakan poket mereka mereka persetankan mereka yang terkorban .

  62. 62 kerajaan.rakyat May 11th, 2008 at 12:16 am

    Kepada,
    YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,
    Perdana Menteri Malaysia.

    Y.A.B. Datuk Seri,

    Saya, Mohd Sofi Yassin, rakyat Malaysia bermastautin di negeri Selangor dengan ini merakamkan rasa kecewa dan hampa yang teramat terhadap kecelaruan dan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Malaysia yang diterajui oleh YAB Datuk Seri.

    Sebagai rakyat Malaysia, Melayu dan beragama Islam, saya dengan penuh keinsafan dan rasa tanggungjawab mengatakan di sini bahawa terdapat banyak perkara yang amat bertentangan dengan prinsip Rukun Negara dan kedaulatan Negara yang telah YAB dan parti pemerintah di bawah pimpinan YAB telah lakukan.

    Di antara kekecewaan saya ialah:

    1. Kenapa berlaku pendakwaan terpilih yang keterlaluan dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional / UMNO sejak dari dulu hingga sekarang, dan tiada usaha oleh YAB Datuk Seri untuk mengembalikan kedaulatan perlembagaan?

    2. Ketegasan yang cuba YAB paparkan terhadap kes YB Karpal Singh dalam isu berkaitan ke bawah DYMM Sultan Perak, jelas menampakkan ketidakjujuran dan pendakwaan terpilih YAB dalam melayani permasalahan rakyat khususnya dalam urusan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

    3. Saya hanya akan bersetuju dengan ketegasan YAB jika tindakan dan siasatan yang sama dilakukan terhadap kesemua wakil rakyat Barisan Nasional di negeri Terengganu dan Perlis yang telah dengan jelas, angkuh, sombong dan bongkak mempertikaikan hak serta kedaulatan Sultan Terengganu dan Raja Perlis pada akhir bulan Mac dan April 2008 yang lalu?

    4. Sementara dalam kes berkaitan pendakwaan dan penahanan YM. Raja Petra Kamaruddin, di mana kewajarannya tindakan tersebut dilakukan? Bukankah kita berada dalam sebuah negara merdeka dan berdaulat, mempunyai undang-undang yang membenarkan YAB Dato’ Seri Najib mengambil tindakan secara berhemah, terhormat dan secara peribadi?. Sekiranya Dato’ Seri Najib merasakan dia difitnah, maka seharusnya beliaulah yang menyaman YM. Raja Petra. Kenapa mesti undang-undang yang mencengkam kebebasan rakyat yang digunakan oleh pemerintahan Barisan Nasional?

    YAB Datuk Seri,

    Saya sebagai rakyat Malaysia yang mengasihi pemimpin yang jujur, ikhlas, berilmu, dan bertanggungjawab ingin mencernakan dan meleraikan tanggapan saya dan rakyat Malaysia terbanyak terhadap beberapa keraguan berikut:

    1. Semasa musim piliharaya umum ke 12 yang lalu, rakyat Malaysia telah dimaklumkan bahawa menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dengan sedar, dan Datuk Seri juga menyedarinya telah mencampuri urusan pentadbiran negara sedangkan beliau atas sifat sebagai menantu Perdana Menteri tidak berhak melakukannya. Pertanyaan saya, apakah benar perkara ini? Kalau tidak benar, kenapakah majoriti rakyat Malaysia termasuk ahli UMNO sendiri mengakuinya? Bukankah ini perbuatan orang yang tidak amanah?

    2. Saya dengan penuh kesedaran telah melihat beberapa gambar YAB Datuk Seri dalam keadaan dan kelakuan yang dapat saya takrifkan sebagai biadap, keterlaluan, tidak sopan dan amat menghina kesusilaan budaya masyarakat Melayu dan Agama Islam. Soalan saya apakah benar itu perbuatan Datuk Seri? Sekiranya benar itu perbuatan Datuk Seri, maka saya dengan penuh hormat berdasarkan hak saya sebagai rakyat Malaysia mencadangkan agar Datuk Seri memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas kebiadapan Datuk Seri.

    Sekian dan semoga Datuk Seri diberi pertunjuk daripada ALLAH SWT.

    Ikhlas daripada

    Mohd Sofi Yassin.
    Rakyat Malaysia.
    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

  63. 63 civic May 11th, 2008 at 12:38 am

    Dato Seri,
    Cepat la masuk Parlimen,mai kita tengok mahadet kutty mengelabah!la ni dia pun dah tak senang duduk,sat cakap najib,sat kuli..last2 Dato Seri…

    Wasalam,

    Yang Benar,
    mamak bangali

  64. 64 najwan halimi May 11th, 2008 at 1:10 am

    Salam.

    Datuk Seri nampak muda & kacak dalam majalah Nona edisi terkini. Apa rahsianya? Jangan main-main, muka hadapan tu! Saya kira Datuk Seri satu-satunya tokoh politik lelaki yang diberi penghormatan menghiasi kulit depan sebuah majalah wanita seperti Nona.

  65. 65 Noh May 11th, 2008 at 1:57 am

    Kepada MP2 PR,

    Cepat2lah usahakan Kerajaan PR. Umno semakin melalut dan mabuk dilanda ribut PRU12. Naik meluat kami dibuatnya. Umno belum kalah sepenuhnya, ibarat baru ditalak 1 dah menjadi gila talak sekarang. Umno memainkan berbagai isu; terkini ketuanan Melayu, isu raja2 Melayu. Kena ingat kuasa maseh berada pada Umno dan berbagai kemungkinan boleh dirangka dan diciptanya. Tak heran kita che det dengan operasi lalang dulu demi survival umno. Desparado tidak perduli dengan tindakannya. Bantulah DSAI dengan segala kemungkinan untuk diubah kapada kerajaan PR. Jerat tak lupakan pelanduk, hanya pelanduk terkinja-kinja tak sedar jerat digerakan menujunya.

  66. 66 Resah May 11th, 2008 at 2:33 am

    Terima kasih semua.

    Selaku bukan melayu, memangkah bulan apabila berhadapan dgn keris pada bulan Mac lepas adalah sukar sama sekali. It takes real courage org putih cakap.

    Setelah membaca komen saudara dan saudari sekalian, barulah terasa negara ini mempunyai peluang cerah untuk gemilang kembali di mata dunia.

    Baru sahaja semalam saya terasa terpingkir, hambar serta kecewa bagaikan pengemis yg merempat di bumi sendiri. Seolah2 di bumi Malaysia ini cuma orang Melayu sahaja yg miskin dan non-malay semuanya kaya-raya.

    Kekecewaan saya memuncak apabila melihat parti pemerintah yg berselindung di sebalik keris mula bertindak ganas dan di luar batasan. Mereka lebih berminat menunjukkan belang dan menagih publisiti murahan daripada mentadbirkan negara yg ekonominya semakin malap.

    Masa dan tenaga yg digunakan untuk membuat laporan polis(sampai 4 laporan) untuk satu kes yg sama menunjukkan keingingan mereka untuk mendapat publisiti murahan secara terang-terangan. Apakah tidak ada kerja lain lagi yang boleh dibuat?

    Mungkin rakyat akan menyokong mereka jika laporan polis dibuat ke atas Grand Saga atau Bernas. Mengapa tidak dicurahkan tenaga dan masa untuk menyelesaikan kesengsaraan dan keperitan rakyat yg semakin memuncak?

    Negara ini akan musnah di bawah kepimpinan yg cuba memanipulasikan fakta dan menyalahgunakan kuasa sewenang-wenangnya untuk kepentingan parti serta diri sendiri. Akhirnya yang menanggung kesengsaraan bukanlah jutawan2 umno, tapi rakyat biasa berbilang bangsa.

    DSAI, tolonglah percepatkan penubuhan kerajaan baru Malaysia. Andalah satu-satunya harapan rakyat Malaysia untuk bernafas lega dan hidup sejahtera.

    Tidak kira sesiapa pun ygng memegang jawatana #1, rakyat Malaysia sudah hilang kepercayaan kepada kepmimpinan kerajaan sekarang. Ini bukan lagi soal siapa jadi Perdana Menteri, ini soal bila kerajaan bertukar tangan demi kepentingan rakyat Malaysia.

    Soal siapa salah dalam parti UMNO tidak wujud. Sama juga parti komponen lain seperti MCA atau MIC. Ini masa untuk mentadbir negara secara telus dan bukannya membalas dendam secara membabi buta. Kita mahu kerajaan yang mempunyai visi serta wawasan yg luas lagi terbuka demi kemajuan negara dikancah globalisasi.

  67. 67 Cina/Melayu May 11th, 2008 at 2:57 am

    kepada “jangan gila kuasa”:

    mmg benar melayu tetap melayu, cina juga tetap cina.

    betulkah sebab bangsa2 lain terutama cina maka org2 melayu jadi susah?

    betulkah cuma melayu saja yg miskin dan bangsa lain kaya-raya?

    betulkah melayu kini hilang ketuanan maka hidupnya susah tertekan(atau hak anda sebenarnya ditelan jutawan2 melayu dan umno yg berselindung di sebalik DEB)?

    dalam dunia ekonomi skrg, tidak ada lagi tempat untuk pemikiran sempit yg akhirnya akan mangakibatkan kemusnahan negara

    kini kita hidup dalam dunia yang saling bergantung(interdependent) tanpa mengira bangsa atau negara… tanpa beras thailand, mungkin kita terpaksa baratur untuk mendapatkan beras seperti apa yg berlaku di filipina

    tolonglah renungkan “jangan gila kuasa”.

    kerana wujudnya pemikiran kolot sebeginilah maka kita dipermainkan, dimanipulasi dan dikotak-katikkan oleh individu2 yg berselindung di sebalik nama melayu.

  68. 68 Ajeem May 11th, 2008 at 4:46 am

    Salam DSAI.adakah penderhaka kepada raja dan rakyat layak membela nasib bangsa melayu khususnya?UMNO yang diketuai oleh Pak Lah tidak layak bercakap tentang agenda melayu.jika apa yang dilakukan oleh UMNO dalam isu perlantikan MB dilakukan oleh PR sudah tentu hingga sekarang isu tersebut belum reda dan PR akan dibelasah teruk,dihina,dimaki dan macam-macam lagi perkara negatif akan dilemparkan.

    rakyat malaysia semuanya patut menolak pemimpin yang membolot harta negara untuk kepentingan sendiri.mereka tak layak menjadi pemimpin.PR harus berusaha gigih agar terus mendapat sokongan dan tempat dihati rakyat hinggalah PR layak memerintah negara.teruskan perjuangan ke arah reformasi.

    http://egimbb.blogspot.com

  69. 69 dreadloxking May 11th, 2008 at 7:49 am

    Dato’ Seri Anwar,

    Saya minta supaya Dato’ Seri lihat dengan segera insiden yang berlaku di Bandar Mahkota Cheras pada 8 Mei yang lalu, minta dengan segera adakan penjelasan dari pihak pentadbiran kerajaan negeri. Saya sangat bimbang apabila melihat video insiden tersebut. Polis-polis kebanyakannya adalah Melayu,apabila mereka menahan penduduk yang ada di situ yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Cina,saya bimbang nanti ada sesuatu yang buruk akan berlaku.

    Dato’ Seri,segera bertindak! Terima kasih.

    Oleh : Dreadloxking

  70. 70 antimamak May 11th, 2008 at 11:07 am

    Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali hari ini mempersoalkan sikap membisu sesetengah wakli rakyat Melayu dalam Parti Keadilan Rayat berhubung isu ketuanan Melayu dan mengenai tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak.

    “Mungkin mereka takut untuk sentuh isu itu kerana sudah berpakat (bahawa) dalam Pakatan (Rakyat), (apa saja) benda buruk pun (melibatkan mereka), kena pertahankan walaupun tidak setuju, kalau tak mahu berpecah belah.

    “Apapun, mereka perlu juga beritahu apa pendirian mereka dalam soal ini kerana rakyat nak tahu.

    Kalau tak jawab nanti rakyat buat macammacam tafsiran,” katanya pada sidang akhbar di sini.

    Ibrahim, seorang anggota Bebas, mengingatkan wakil rakyat pembangkang yang cenderung menyentuh isu ketuanan Melayu dan mempertikaikan institusi beraja agar tidak keterlaluan dan melampaui batas.

    “Saya lihat sekarang ini ramai yang sudah melampau dalam menyentuh ketuanan Melayu, sentuh kuasa rajaraja,” katanya.

    Mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ibrahim yang pernah dua kali ditahan mengikut undang-undang itu, berkata ia tidak wajar dimansuh sebaliknya perlu ditambah baik.

    Katanya akta itu perlu diteruskan kerana ia boleh mencegah keadaan gawat daripada berlaku.

    “ISA digubal oleh Dewan Rakyat bagi tujuan menyekat manamana individu yang ada niat untuk huru-harakan negara. Kita nak cegah huru-hara daripada berlaku, akta itu perlu ada tetapi ia perlu diubahsuai mengikut perkembangan semasa,” katanya.

    Ibrahim berkata pembangkang tidak sepatutnya terlalu ‘besar kepala’ dan menganggap kemenangan besar pada pilihan raya umum 8 Mac lepas adalah kerana rakyat mahukan dan akan menyokong setiap apa yang dilakukan mereka.
    “Kemenangan yang rakyat beri baru ini bukan kerana rakyat mahukan pembangkang. Pembangkang banyak menang kerana Barisan Nasional banyak sangat isu,” katanya
    http://www.m