Archive for May 10th, 2008

10 May 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Kempen media Umno kencang dengan agenda dan survival Melayu. Tidak pula dipersoal kepada pimpinan Umno, sarjana upahan serta bala tentera BTN mengenai amanah setengah abad yang diserahkan kepada Umno untuk memelihara kepentingan Melayu!

Dalam perhimpunan 14 April di Kg Baru saya tegaskan pendirian KeADILan dan Pakatan Rakyat mempertahankan kemurnian semangat Perlembagaan Negara – menjadi Malaysia negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi berParlimen.

Maka selaras dengan prinsip sedemikian kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama Persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera tetap dipertahankan di samping jaminan memelihara hak kaum, bahasa dan agama lainnya.

Arakian gembar-gembur sekonyong-konyong kedudukan Melayu akan ranap tidak lebih dari pintasan singkat mengelak dari serangan masyarakat Melayu sendiri terhadap penguasa rakus dan rasuah yang memperalatkan isu Melayu dan DEB untuk memperkaya keluarga dan kroni!

Dan menyinggung khusus isu ekonomi saya syorkan ditelaah semula Agenda Ekonomi Malaysia. Saya yakin malahan kepentingan Melayu dan bumiputera akan lebih terjamin.

ANWAR IBRAHIM

10 May 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Tatkala saya mengumumkan KeADILan melancarkan Tabung Bangunan Parti, ada pihak yang kelihatan cuba mempertikaikan keupayaan kewangan KeADILan membiayai kos sewa-beli bangunan tersebut.

Ya, pindah bulan depan untuk lantai pertama sahaja! Ongkos masih belum mencukupi. Bayaran permulaan RM185 ribu selesai dibayar.

Selainnya menurut Bendahari Agung YB William Leong, akan diurus menurut kaedah sewa beli. Maka sebaik langsai bayaran, selesailah isu hakmilik.

Kita wajar melancarkan kempen derma minima RM10 setiap anggota dan penyokong.

ANWAR IBRAHIM