Archive for May 6th, 2008

6 May 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Rakyat dimungkiri lagi! Janji lunak PM Abdullah, Umno dan BN setelah dikejutkan dengan kebangkitan rakyat 8 Mac lalu ibarat madu yang disuntik racun.

Pet diugut kerana mempersoalkan kebuntuan penyiasatan dan proses keadilan kes pembunuhan kejam Altantuya.

Rakyat perlu berani menyuarakan hak. Penjenayah perlu dihukum! Demikian hujah Pet. Sekarang beliau meringkuk di Sg Buloh!

ANWAR IBRAHIM

6 May 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Mesyuarat MPT KeADILan minggu lalu menegaskan semula urutan keutamaan parti – menambah keahlian, memperkemas jentera parti, memantapkan muafakat Pakatan Rakyat dan kerajaan-kerajaan negeri PR serta meningkat khidmat kepada rakyat.

Isu keanggotaan parti dibahaskan dengan penekanan kepada latihan dan seminar buat anggota baru agar dihayati semangat perjuangan. Parti harus merangkul semua kalangan dan hasrat rakyat.

Menyentuh sedikit mengenai Allahyarham Rustam A Sani. Selain menyedekahkan Al-Fatihah dan bertafakur mengenang rakan-rakan yang pulang ke rahmatullah, saya menyentuh karya Rustam, khususnya Bercanda dengan Mahathir. Pimpinan parti di semua peringkat disarankan supaya menyemarakkan budaya membaca.

ANWAR IBRAHIM