05
May
08

Respons kepada Pengunjung

Merujuk maklumbalas kepada Video: Anwar Kembali ke Parlimen

Saya mengiringi Azizah selaku ketua pembangkang ke Parlimen. Memang saya agak keberatan pada mulannya, namun saya rasa lega juga akhirnya.

Merujuk isu Islam dan Negara Islam, saya telah berulang kali jelaskan. Rumusan kenyataan atau temuramah saya dan Azizah harus dilihat dalam konteks hujah keseluruhannya.

Saiz songkok kecil? Ha nanti saya belek semula!

Kereta mewah berlebihan? Ya saya terbaca juga komentar wartawan Tempo. Mercedes ayah dan teman yang dipinjam telah dipulangkan. Van putih juga dikembalikan. Saya dinasihati menukar mobil atas alasan keselamatan, maka ada rakan yang sedia memberikan pinjaman kereta (mobil istilah Indonesia kerana kereta mungkin keretapi).

ANWAR IBRAHIM


65 Responses to “Respons kepada Pengunjung”


  1. 1 abd rahim kassim May 5th, 2008 at 1:59 pm

    Datuk Seri,

    Menyentuh komentar wartawan Tempo pasal kereta mewah, tersenyum saya teringat peristiwa 29 tahun lalu masa Datuk Seri jadi Presiden ABIM. Saya kritik Datuk Seri kerana pakai kereta Cetroen Pallas.

    Datuk Seri kata, kereta itu arwah Rani yang bagi pakai. Rasanya wartawan Tempo tu masih muda macam saya dulu juga…tengah semangat…

    Tak apa lah Datuk Seri, sikit sikit bergaya apa salahnya…..jangan berlebihan sudah…

  2. 2 monkeyHead May 5th, 2008 at 2:11 pm

    Salam DSAI & sahabat.

    yang penting patut didahulukan. pohon diusahakan / dipercepatkan pembersihan ke atas SPR. (bersama teman2 dlm pakatan).

    walau bagaimana rajinnya kita kerja, kuatnya kita berkempen, bekobar2nya semangat kita.. akan hilang sekelip mata, suara rakyat akan tetap dinafikan di saat2 akhir.
    Dato’ Seri, medan juang pemimpin2 di dewan rakyat, dewan negara, lobi2 hotel 5bintang. medan kami di bilik2 gerakan cawangan, di pondok2 panas, di barung2 SPR…
    segalanya hanya dapat diterjemahkan melalui peti2 undi dalam bilik darjah yang berserakan di seluruh negara Dato’ Seri…

    di tangan kami (pekerja2 parti/ petugas2 pilihanraya) cuma ada kitab2 perang lama (juga dikluarkan oleh SPR) .. yang dijadikan sandaran, itupun mereka sendiri pertikaikan asalkan kena pada selera mereka & tuan mereka.
    harimau kalau dah luka, makin ganaz lah dia.. harimau tua dah takde gigi makan pun kena guna blender skrg ni, tapi nampaknya timbalannya dah mula main peranan!

    …sementara kita punya kuasa yang sedikit ni…

    mH

  3. 3 thales May 5th, 2008 at 3:24 pm

    tuan tuan,

    sila rujuk tulisan Raja Petra Kamaruddin boleh jadi yang terakhir.

    Beliau mendapat panggilan dari Polis melalui Peguam nya.

    Beliau boleh jadi akan di tuduh di bawah Akta Hasutan atau beliau akan di kena tuduhan yang akan membenarkan beliau di Tahan di bawah Akta Keselatana Dalam Negeri [ISA].

    Warkah terakhir amat silu bagi sorang yang kami kenal dari bangku sekolah lagi.

    Ya Allah, tegak lah Keadilan mu.

  4. 4 anak_bugis May 5th, 2008 at 3:49 pm

    Dato’ Seri,
    Kalau saya kaya saya beli satu viva bagi Dato’ Seri pakai. Tp, apakan daya, saya pun tahan napaih nak bayaq viva saya bulan2. Tp, Dato’ Seri viva best wooo… Apa2 pun kita percaya pada rezeki kan Dato’ Seri….

  5. 5 Ali_Imran May 5th, 2008 at 3:54 pm

    salam

    roobis rahli…

    salam sejahtera DSAI dan seluruh rakyat yang cintakan keadilan ketelusan dan kebajikan…

    DSAI….sangat cantik dan elok jika DSAI tidak menunjuk nunjuk atau menampilkan gaya bermewahan di khalayak ramai…ini kerana boleh mengundang berbagai bagai fitnah dan tohmahan terhadap DSAI dan pimpinan PKR…..mereka yakni BE END akan memanipulasi isu ini dengan mengatakan DSAI cakap tidak serupa bikin…suruh rakyat berjimat cermat sedang pemimpin PKR di lihat dengan gaya hidup bermewahan….

    DSAI…..sangat elok dan amat di senangi jika semua pemimpin PKR bersederhana dlm semua aspek…berbelanja dan penampilan….biar pun lama atau tidak moden…tapi masih elok dan releven di gunakan….

    DSAI…..hasil tanaman manifesto PKR pada PRU 12 telah pun menampakkan hasilnya walaupun baru 2 bulan di tanam…syukur alhamdullillah….rakyat sudah mula mengecapi hasil tanaman PKR itu….marilah kita semua sama sama berusaha menjaga, membaja dan berdoa melindungi tanaman ini dari sebarang musuh yg dengki iri hati busuk hati yang ingin memusnahkannya…..

    amin amin ya robbal alamin….

  6. 6 anak mak May 5th, 2008 at 4:06 pm

    apa pandangan saudara berkenaan sidang parlimen sekarang. rasa-rasanya saudara tidak memberi sebarang ulasan. adakah saudara juga mengikuti sidang tersebut. mungkin masih terlalu awal buat kita ingin membuat ulasan tetapi peranan penting di pihak saudara amat dialu-alukan. saudara adalah simbol penyatuan rakyat sehingga terhasilnya pakatan rakyat. sudah pastinya rakyat ingin melihat hasilnya pengorbanan mereka.

    memang sukar untuk memenuhi segala kehendak pelbagai pihak tetapi kami juga praktikal sebab kami telah membuktikannya dalam pru dahulu. apa-apapun bekerjalah saudara, untuk rakyat kepada rakyat. memikul amanah bukan mudah hanya berpegang kepada tali allah, insya’allah kita akan selamat.

  7. 7 cokelat May 5th, 2008 at 4:26 pm

    Dato’ Seri dan Tan Sri Khalid,

    Kenapa Exco Selangor, YB Rodziah saling tak tumpah ikut perangai UMNO..???

    Pertama kali masuk meeting dgn Jab Masyarakat, terus bawak masuk 2 org consultant IT dan mengarahkan system IT jabatan itu akan ditukar baru.

    Kenapa YB Rodziah tak pernah lihat sistem lagi terus nak tukar?
    Kenapa tak tanya keberkesanan sistem itu berjalan ???
    Kenapa bawa masuk consultant itu dalam mesyuarat ??
    Kenapa tak tanya bajet mencukupi atau tidak ??
    Dimana ketelusan ???? Dimana keadilan untuk consultant yg lain ???
    Apa bukti keberkesanan sistem consultant berkenaan ???
    Kenapa?? Kenapa ???? Adakah ini perangai orang JIM..???

  8. 8 zulnizam May 5th, 2008 at 4:30 pm

    kalau kita baik pada orang, pasti teman-teman membantu, mobil yang di beri tanda sayangnya kawan pada DSAI,

    Istilah kereta mewah berlebihan, suka bagi saya melihat di ruang garaj rumah-2 menteri, MP dan ADUN BN

  9. 9 Zamri Mohamad May 5th, 2008 at 4:31 pm

    Songkok kecil ada yang perasan juga ya. Saya pula menonton video itu semula. Mungin rambut itu ‘kembang’ sedikit menampakkan songkon itu kecil?

    DSAI, harap isu songkok kecil tidak menjadi isu hangat parlimen.

    Sekadar jenaka petang.

    Hahaha!

    ————————————————————————————————

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.motivasimindamu.blogspot.com

  10. 10 mamat May 5th, 2008 at 4:37 pm

    Salam DSAI,

    Diharap keselamatan DSAI akan sentiasa diperlihara Allah SWT. Dalam keadaan pemerintah yang desperado pada masa ini, sekecil-kecil peluang pun tidak akan dilepaskan asalkan survival mereka tetap terjamin.

    Wassalam.

  11. 11 budak ceruk tok kun May 5th, 2008 at 4:55 pm

    Assalamualaikum,

    Cantik dah penampilan DSAI. Dari dulu saya suka tiru cara penampilan pakaian DSAI terutama bila berbaju melayu. Tak ada lagi pemimpin kita yang segak bergaya kalau pakai baju Melayu macam DSAI. Tapi satu la DSAI, cara berhujah di Parlimen nampak kurang sikit nilai keintelektualannya ahli ahli parlimen PR kali ini. Mungkin masih baru kot. Tunggu panampilan DSAI di Parlimen, biarpun sebagai pembangkang. Kalau boleh DSAI jangan la tubuh kerajaan dengan kemasukan ahli-ahli yang lompat parti. Saya was-was dan ragu-ragu dengan kejujuran mereka ini. Orang yang pernah lompat ni, selalu asyik nak lompat saja. Kita tunggu p’raya lagi, kemenangan tetap kepada yang sabar. Insyaallah, itu baru kemenangan sejati.

  12. 12 tharma May 5th, 2008 at 5:03 pm

    Alahai, kenapelah orang Malaysia ni cemburu sangat bila DSAI naik mobil mewah? Memang DSAI berkemampuan dan DSAI tidak akan gunakan duit rakyat untuk beli kereta… tidak salah naik kereta mewah sedangkan semua rakyat Malaysia secara nalurinya ada hasrat untuk beli Mercedes dan banglo…Yang pentingnya perjungan DSAI adalah untuk menghapuskan kemiskinan dan semua rakyat Malaysia boleh menikmati kemajuan Malaysia…

    DSAI, jika kerajaan pusat bertindak menahan Raja Petra mereka akan malampaui batas…Kalau betullah Najib tak salah, buktikanlah di mahkamah dan Raja Petra dengan sendirinya akan memohon maaf kepada rakyat sekalian…

    Akhir kata saya pun ingin beli BMW 7 series…

  13. 13 krankenhaus May 5th, 2008 at 5:18 pm

    Salam DS,

    Saya mengikuti perkembangan DS sejak belajar diJerman sampai kini, 20 tahun. saya lihat jatuh bangun DS.saya nak lihat TV3 menyiarkan DS memasuki ofis putrajaya selepas angkat sumpah sebagai PM!. Harap masa tu Dr. Mahathir masih hidup…TV3 temubual DrM..live!.

    amin amin ya robbal alamin..

  14. 14 antimamak May 5th, 2008 at 6:13 pm

    Syabas DSAI:
    Alamak kereta pun boleh jadi soalan… buat pa apa wartawan yang menyoal soalan bodoh? itu hak kepunyaan orang, kenapa tidak menyoal JET PM ??? kalau lah DSAI pakai personal JET, tanyalah soalan bodoh , tiada siapa akan peduli.

    Silap silap DSAI naik teksi. naik bas dan naik mrt, maka maka mereka DSAI hanya lakonan pula, kenapa bangsa melayu suka korek korek korek cerita yang bukan bukan?? adakah ini budaya melayu? amat hairan !!

  15. 15 orang muda May 5th, 2008 at 6:19 pm

    Dato Sri, sekarang ini kedengaran bertubi2 serangan yang dilakukan oleh juak2 umno terhadap Dato Sri.Hari ini saja di parlimen wakil umno dari pasir salak dan batu pahat begitu lantang menghentam Dato Seri.Mereka ini semua semakin bimbang kerana pakatan rakyat sudah semakin hampir menguasai kerajaan persekutuan.Tindakan harus diambil segera dato seri…semua ahli pakatan rakyat tidak boleh merasa begitu selesa dengan kemenangan PRU 12 tempoh hari.Sebalik kita mesti terus menggempur UMNO dan BN.Apa pun diharapkan Dato Seri sentiasa menjaga keselamatan diri kerana juak2 umno sekarang mungkin boleh bertindak lebih daripada binatang demi untuk menjaga kedudukan mereka.

  16. 16 Datuk Halik Zaman May 5th, 2008 at 6:27 pm

    “SAMBAL BELACAN”

    Kelakar betul lah cara Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandekar menerajui dewan.Ada kah patut ‘point of order’ tidak dibenarkan dibuat oleh pembangkang dengan alasan mau menjimatkan masa. Tan Sri, alasan yang dibuat oleh Tan Sri itu tidak kukuh, kalau mau menjimatkan masa bagus jangan diadakan persidangan dewan.Lagi banyak masa terjimat.

    Saya tahu Tan Sri berpengalaman diDewan Negeri Sabah sebagai speaker tapi bezanya sekarang Tan Sri diperingkat Nasional, bukan diperingkat Negeri. Jangan cepat menggelabah Tan Sri bila kena kritik dari pembangkang.Flexible sikit bah.Jangan marahhhhhhhh.Kalau marahhhh, nanti saya tak buat lagu lagi bagi kamu popular macam dulu dulu.

    Cinpenzi dari Batangan itu, dulu dulu wakil kedai billiard, sekarang dah jadi wakil dewan.Ishkkk nyampah aku dibuatnya, berlagak macam Cinpenzi sesat. Kata orang Sabah, macam ‘ambuk’ bah dia tu.Kik kik kik

  17. 17 thaqif May 5th, 2008 at 6:32 pm

    DS

    SEMINAR DAN FORUM BAGI MEMPERKENALKAN ‘GOVERMENT IN WAITTING’

    Saya mencadangkan supaya kita mengadakan seminar dan forum secara besar-besaran keseluruh negara bagi memperkenalan dan megupas dasar kita terutama nya mengenai Agenda Ekonomi Malaysia.Ianya bagi menunjukan bahawa betapa seriousnya kita dlm perkara ini(PERTUKARAN KERAJAAN),disamping memberi kefahaman yg lebih mendalam kepada rakyat akan dasar kita,yg selama ini hanya di dengar oleh mereka didalam ceramah-ceramah p.raya.Kita juga mahu menarik dan ‘menyelamatkan’mereka yg cuba di perangkap oleh pihak Umno dgn acara ‘Pemaufakatan Melayu’nya.Semuga dgn seminar dan forum ini menambahkan lagi gerun musuh kita,meningkatkan lagi keyakinan rakyat terutamanya gulungan profesional dan memudahkan lagi para MP yg sedang bersiap-siap menyertai kita utk membuat keputusan.Kita alu-alukan saki baki Umno yg sedang bersandiwara dgn ‘Pemaufakatan dan Ketuanan Melayu ‘menghadihri majlis yg kita anjurkan dgn jemputan istemewa.Bakal Menteri Kewangan kita dan krunya patut benar diberi tugas membentangkan kertas kerja dalam seminar ini nanti.

    Tidak mengapa kita mengeluarkan belanja yg besar sedikit bagai menjayakan seminar dan forum ini,tapi tidaklah bermewah melebihi kerajaan BN.

  18. 18 Naz May 5th, 2008 at 7:17 pm

    DSAI…

    DSAI adalah pemimpin yg sy kagumi sejak dr dulu. DSAI amat berani dan komited demi perjuangan menuntut keadilan. Dalam hati sy amat berharap semoga DSAI akan menjadi PM. Alangkah bertuah nya malaysia jika ia menjadi kenyataan. Cuma kini perkara yg memualkan sy mengenai pemimpin dan penyokong umno ialah mereka selalu menghebahkan konon kuasa melayu akan tergugat. hak keistimewaan melayu akan tercabar. sy sgt mual dan menyampah dgn kata mereka. Alasan mereka ialah DAP makin kuat maka sebab itu melayu akan terpinggir. Dalam BN sendiri ada MCA tapi mereka tak kata pulak melayu terpinggir. sy tak pikir melayu akan tergugat kerana jelas dalam perlembagaan hak org melayu terpelihara dan istimewa. Jadi apa yg puak2 ni nak bising sgt. sy yakin apabila pakatan rakyat memerintah malaysia hak melayu akan terjamin. Org bukan melayu pon beroleh sesuatu yg lebih baik. Sy yakin DSAI komited dengan ungkapan keramat DSAI iaitu ketuanan rakyat. Bangsa malaysia pasti peroleh taraf hidup dan keharmonian yg lebih baik. Saya harap pakatan rakyat segera lah memegang tampuk kuasa. Jgn lambat sgt. BN sekarang tak tentu arah.. hehehehe

  19. 19 mangkor May 5th, 2008 at 7:31 pm

    thales,

    Saya selaku penyinpan mohor besar majlis Blogs negara dengan perkenan, Ahli majlis akan megadakan mesyuarat berkenaan dengan Raja Pat, semoga semua pihak bersabar sehingga satu ketetapan yang akan dibuat kelak.

  20. 20 Ameen-AlRashid May 5th, 2008 at 7:33 pm

    Salam DSAI, saya berkesempatan mengikuti ceramah Datuk Husam Musa kelmarin. MashaAllah. Hebat petugas-petugas Pas dari unit amal mereka. Disiplin, kerjasama dan sumbangan keringat dan kederat mereka harus PKR contohi. Datuk, kita perlu menguatkan dan memperkasakan grass-root kita.

    Kempen-kempen keahlian memesti di percepatkan. Aktiviti-aktiviti amal dan kemasyarakatan di semua negeri Pakatan Rakyat mesti full-gear. Ceramah tidak harus berkisar tentang pilihanraya yang lepas. Kita harus menceritakan apa yang kita mahu buat dan mahu capai. Saya amat tertarik dengan seorang penulis barat. Katanya “we should not seek to be 1000 percent better than 1000 people but we should seek to be 1 percent better than 1000 people”. Hebat falsafahnya. Oleh itu, kita mesti mula ke arah itu. Perjuangan menawan baki negeri-negeri BN mesti mula sekarang. Dan caranya adalah mulakan kerja sekarang, kuatkan akar umbi. Tunjukkan kepada rakyat apa yang kita boleh buat. Biar perkara yang kita buat kecil. Kesannya tetap besar. Make full use of the opportunity we have. Turun ke kampung-kampung. Dekati permasalahan rakyat. Dengar suara hati mereka. Bantu apa yang termampu. Percayalah, dengan mendengar dan mendekati rakyat, hati mereka boleh dimenangi. Bila hati sudah dimenangi, perjuangan kita akan mereka sertai.

    Wassalam

  21. 21 ajaianne May 5th, 2008 at 7:47 pm

    A’kum Dato’ Seri,

    SEKIRANYA PERALIHAN KUASA KERAJAAN PUSAT BERJAYA KE PAKATAN RAKYAT,

    Salah satu permintaan saya ialah KAJI DAN TURUNKAN TARIF ELEKTRIK.. Sekarang ni mahal walhal berapa banyak rumah, kilang, kedai dan macam2 lagi aktiviti yang menggunakan dan membayar bil elektrik..

    Dato’ seri perlu mendapatkan sokongan rakyat nanti dengan serta-merta mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel.. Kurang 10 hari menurunkan kadar tol dan tarif bil elektrik…

    Jika Tarif elektrik diturunkan seluruh rakyat Malaysia akan merasai kenikmatannya dengan lebih cepat…

    Saya merayu Dato’ Seri ambil perhatian dan REPLY..

    Terima Kasih kerana mengambil perhatian cadangan saya ini…

  22. 22 Naz May 5th, 2008 at 7:53 pm

    sy nak mintak respon elias hj idris la…
    Elias ni sapa ek. penulis ke. Maaf la sy tak tau. sy kerap baca komen di blog DSAI ni. Antara komen yg saya suka baca komen saudara elias. Saudara ada blog sendiri ke. kalau ada saudara beritahu la sebab sy suka baca blog para reformis. Dah jadi tabiat sy tu. laman web reformasi dan blog pemimpin Pakatan rakyat mmg sy selalu jenguk. tu kadang jumpa blog yg tak update. hehe..

  23. 23 Student May 5th, 2008 at 8:23 pm

    “Undang-undang antilompat parti dikaji - PM”
    dipetik dari utusan malaysia 05/05/2008
    Datuk Seri nampaknya dia orang semua sudah naik takut sampai undang-undang ini pon mahu diubah. Minta komen sikit Datuk Seri

  24. 24 hisyam ib May 5th, 2008 at 8:38 pm

    Assalamualaikum WBH,

    DSAI,

    Mengapa perlu dijadikan isu berkereta mewah yang dinaiki DSAI. Sebagai seorang pemimpin yang berterampilan dan tokohnya sudah terbukti di peringkat Global, dan sebagai mantan TPM, ianya tidak salah kalau digunakan untuk keselesaaan, maklumlah seluruh negara perlu dijelajahi. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Mungkin DSAI tidak keberatan kalau rakyat ini menumpang. Ya tak?

    Yang rakyat tau, DSAI sedang ‘menempah Kapal Besar’ untuk membawa 30 tokoh ahli Parlimen menyeberang Laut China Selatan ke Parlimen. Bila Lagi agaknya? Tapi tak de le Red Carpet macam DSAI dapat pabila mengunjungi sahabat di AS.

    Jangan sebut ‘Marah’ pulak Mantan PM.

  25. 25 mangchik May 5th, 2008 at 8:52 pm

    Dear bro Anwar, Assalamu ‘alaikum.

    RPK is born on the 27th Sept. 1950(?). I believe the 27th Sept is significant to u. At the same time I am of the opinion RPK is writing his “will” (http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/7068/1/) almost similar to yr video clip shown by Astro prior your incaceration in 1998. Please take note and assist the bro n his famil the best u can. Wassalamu ‘alaikum.

  26. 26 peladang May 5th, 2008 at 9:03 pm

    Mahkamah benar permohonan Herald.

    Sedih saya melihat tajuk berita.Orang Melayu sibuk dengan kemufakatan Melayu sehingga sanggup berseminar 3 hari ttp urusan mempertahankan agamanya dilupakan. Saya berharap DSAI dapat menjadi kepala untuk perjuangan ini.Tidak pernah didengar di dunia permintaan nama Allah dalam kitab Injil (hanya ada GOD) dipohon guna kecuali di Malaysia.Adakah disebabkan leka berpolitik kita lupa untuk mempertahankan agama suci Allah dan agama dipijak akibat kelemahan kita.Wassallam.

    From: Perjuang ABIM Kuno

  27. 27 bumilangit May 5th, 2008 at 9:18 pm

    kalau boleh, semua pimpinan PR kena contoh DSAI. betul lah awak mampu, tapi tak sesuai sangat jika bawak kereta mewah masuk kampung yang tanahnya lecah.

    tapi kalau nak buat jugak, buatlah.. duit hangpa..

  28. 28 macanhitam May 5th, 2008 at 10:13 pm

    Dato seri,
    Tolong tolong promotekan grup Pakatan Rakyat kami di Facebook dialamat ini;
    http://www.facebook.com/group.php?gid=11627548644

    Grup kami dah mencecah 1370 orang dan pelbagai isu hangat telah dibahaskan di sana. Dato seri kalau kelapangan silalah jenguk grup tersebut dan menyrtaikan perbincangan.

    Terima kasih.

  29. 29 Anak Reformasi May 5th, 2008 at 10:14 pm

    Assalamualaikum…..

    Berkenaan dengan ISU NEGARA ISLAM… saya tertanya-tanya adakah Datin Sri Wan Azizah ada menyatakan NEGARA ISLAM YANG BERPANDUKAN AL-Qur’an dan AL-Sunnah tidak RELEVEN di MALAYSIA….

    Saya sebagai pendokong setia DATUK SERI ANWAR IBRAHIM amat mengalu-alukan DATUK SERI melampirkan apa yang DATU SERI ulas berkenaan dengan NEGARA ISLAM….

    P/S: Apa yang kami mahu adalah corak pentadbiran NEGARA yang mempunyai ACUAN daripada ALLAH S.W.T…… iaitu bersumberkan daripada AL-Qur’an dan Al-Sunnah, agar kita tidak tersesat selama-lamanya……

  30. 30 Jusoh May 5th, 2008 at 10:36 pm

    The issue of subsidising foreign vehicles is very dear to the heart of Malaysian.To make issue simple just allow them to refuel after Kota Tinggi,Kulai,Pontian or Air Hitam.Only then genuine tourists won’t be affected. Unlike the parasites who top up at night in Johor Baru & U-turn home.They aren’t tourist.Each top up is approx RM100 or $42 that mean every top up Malaysia subsidised them $58 or RM130. With a modified fuel gauge activated with a remote control device the parasites from Spore have foooled their ICA into believing that their vehicles are leaving Spore with 3/4 tank of fuel. You can get this remote control device in JB for RM260. Are we going to protect the interest of a few petrol stations owners in JB at the lost of a nation.This is why our policy has always failed as we’re protecting the interest of the business community and forgotten the interest of the majority.We benefit from tourist but not from those who refuel & U-turn,as its benefit pump station owners.

  31. 31 antimamk May 5th, 2008 at 10:49 pm

    Raja Petra Kamarudin has been ordered to surrender himself at the Jalan Duta magistrate court at 9:30 am tomorrow, Tuesday 6th May. He is expected to be charged for sedition.

    DSAI .. apakah tindakan yang seharusnya anda pastikan??
    Takkan nak membiarkan RPK masuk penjara??
    Kalau nak fight dimakamah, atau tungu puak katak lompat masuk PKR??
    cepatlah sikit,,, jangan tunggu lama lama
    nanti negara ini jadi police state !

  32. 32 jej May 5th, 2008 at 11:31 pm

    a samad said

    elegi pagi (khusus untuk rustam a. sani)

    dengan gelak seimbas ayahmu;
    dengan renung yang sangat menyukat,
    kautekuni peta negaramu,
    kaulimpah dharma wangi beradat.
    keluar dari bayang ayahmu,
    tegap sendiri seimbang gagah,
    kaurakami sejarah bangsamu
    sesyahdu qalbu seindah bahasa.
    setiap daun terpaksa gugur,
    tapi baktimu merimbun subur

  33. 33 Elias Hj Idris May 6th, 2008 at 12:23 am

    Sdra Anwar,

    Pada setiap komen tu, perlu dilihat juga keutamaannya.

    Kalau diikutkan sangat, nanti jadi seperti kisah atuk, cucu dengan keldai. ‘Last-last’nya mereka yang pi usung keldai itu.

    Dalam soal kereta, apa masalahnya dengan kereta mewah? Untuk perjalanan yang banyak dan jauh, keselesaan paling perlu. Kereta mahal menjanjikannya di samping keselamatan.

    Buat ’standard’ sekarang seseorang pemimpin itu perlu gunakan kereta macam tu. Kalau ada sahabat yang sedia pinjamkan, lagi baik. Tukar dua minggu sekali (atas dasar keselamatan juga).

    Bukanlah macam UMNO yang banyak dan kuat ‘mencuri’. Nampak berkereta mahal je, kita rasa loya.

    *****

    Satu lagi saya jelak dengan isu siaran langsung parlimen. Kadang-kadang nampak macam perangai dubuk berebut habuan. Bukan fasal gelagat ahli, tapi puncanya sebab speaker (yang dah dikawal dan dikepung) serta menterinya (yang nampak isyy… rendah sangat la ’standard’nya).

    Kemudian, pemimpin-pemimpin besar UMNO ni jelas nampak masih angkuh. Bingai pun ada.

  34. 34 mangkor May 6th, 2008 at 12:28 am

    Dengan ini selaku penyinpan mohor besar Majlis blogs Negara dengan hasil musyuarah dengan Ahli majlis bahawa dengan ini dan setelah dipersetujui oleh semua Ahli majlis bahawa sebaik sahaja makamah selesai memutuskan keatas R PAT maka detik itu gong serangan cyber keatas umno dan najib jatuh wajib keseluruh kabilah blog cyber.cyber rakyat cyber keramat.

  35. 35 kerajaan.rakyat May 6th, 2008 at 1:45 am

    Dollah Badawi suruh rakyat berjimat. Baca apa yang pernah ditulis oleh New Straits Times

    “Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi trying out a T-shirt after launching The Emperor’s New Clothes boutique at Pavilion. The T-shirt was given to him by the boutique owners - his daughter Nori Abdullah (right) and his son-in-law, Khairy Jamaluddin (left).”

    Dan bacalah seterusnya untuk nilaikan pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin BN.

    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2008/05/rakyat-berjimat-pemimpin-membazir.html

  36. 36 eddieputra May 6th, 2008 at 1:57 am

    pedulikan hal yang remeh-temeh,sebaiknya tumpukan kepada “agenda perubahan”.

    inilah masanya untuk rebut kerajaan persekutuan.

  37. 37 Wan Ishak May 6th, 2008 at 2:35 am

    Assalamualaikum, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sangat sangat saya sanjungi,

    Saya terasa amat sedih nya bila melihat kekecohan yang berlaku di pembukaan sessi Parliamen yang pertama itu. Saya sungguh berasa terkejut dengan kelakuan dan perlakuan semua Ahli Ahli Parliamen yang kami sebagai rakyat telah mengundi untuk mereka mewakili kami.

    Setidak tidak nya mereka tidak mensia siakan amanah yang kami telah berikan dengan perlakuan yang sangat memalukan itu. Kita patut tidak mengambil endah dengan perlakuan yang di tunjuk oleh wakil BN kerana mereka sememang nya tidak pernah menunjukkan sikap bertanggung jawab atau tokoh sebagai Ahli parliamen di masa masa yang lampau dan juga masa terkini. Jadi sebagai Ahli Parliamen yang berwibawa kita patut menunjukkan sikap dan contoh yang baik supaya Ahli Parliamen BN boleh mencontohi. Ini pula kita sama berdansa mengikut rentak Ahli Ahli Parliamen BN yang tidak berwibawa itu.

    Pengetua Dewan Rakyat yang baru di lantik itu memanglah jelas menunjuk caliber saorang yang tiada pengalaman tetapi tidak sepatut nya Ahli Ahli Parliamen Pakatan yang banyak pengalaman itu ikut rentak yang sama. Sepatutnya mereka mesti cuba mengajar pengetua untuk menjalankan sessi dengan licin dan cepat supaya semua perbahasan dapat berjalan dengan lancar dan kerja kerja untuk rakyat akan dapat di selesaikan dengan sempurna nya. Pengetua yang kurang pengalaman itu nampak sangat nak cuba menunjuk beliau berkuasa tetapi Ahli Ahli kita saperti LKS, KS, GD dan lain lain patut pula menegur dengan cara diplomasi bukan menghentam. Dengan cara itu pengetua dengan sendiri akan berasa segan dan malu dan akan menghormati Ahli Ahli Parliamen pakatan kita.

    Dengan teguran teguran di atas itu saya berharap sangat supaya DSAI dapat memberi sepatah kata dua kapada Ahli Ahli Parliamen Pakatan kita agar kita sebagai rakyat tidak merasa menyesal memberi kuasa kapada Ahli Ahli Parliamen itu.

    In this respect we must always look up to the West to learn how they conduct their parliamentary session. They look so dignified as parliamentarians. We do not want to be compared with Taiwan or South Korea for their poor Parliamentary behaviour.

    Thank you.

    Wan

  38. 38 Penyimpan Fail May 6th, 2008 at 3:06 am

    Bila ada yang menegur Anwar dengan ‘kereta mewah’ yang silih berganti, mengapa kita perlu mengambil orang lain sebagai alasan untuk kita menjustifikasikan perbuatan kita?? Apakah orang lain ‘membazir’ maka kita pun kena ‘membazir’?? Apakah orang lain lebih jahat maka tak salah kalau kita ‘jahat sikit’?? Itukah sikap dan pemikiran orang yang waras dan warak?? Apa perlunya kita membandingkan dollah dengan globle xpressnya?? Mengapa tidak dibandingkan dengan Donald Trump atau Bill Gates??

    Sedangkan terlihat/terbukti bahawa kereta mewah itu dipinjamkan oleh “teman teman” selain merc milik MR IOI .. Siapakah teman teman yang bermurah hati itu?? Mahu saya mengenali mereka untuk meminjam motosikalnya (kalau ada!) Atau bolehkah Ezam atau Gobala, atau Tien Chua atau pun Hisyamuddin Rais(pejalan kaki yg setia) mendapat pinjaman kereta mewah dari mereka?? Atau hanya untuk Anwar sahaja kerana ada udang disebalik batu, ada ubi ada batas, ada hari minta balas??!! Apakah pengalaman menjadikan Nallakarupan sebagai ‘teman’ suatu masa dahulu masih tidak mendatangkan pengajaran dan iktibar?? Sehingga Anwar terpaksa menjadi ‘tikus’ kerana Nalla memiliki banyak ‘rahsia’ yang masih belum dikeluarkan dari dalam ‘kotak-kotak’, akan menjadi bahan ‘blackmail’nya terhadap Anwar?? Lihat apa kata ‘rakan tennis itu tentang anwar dalam U tube …

    Menukar kereta untuk keselamatan?? Selamatkah kalau berkonvoi dengan kereta kereta mewah ‘kaki sibuk’ yang terdiri dari pembodek dan pengampu yang mengekori ke mana sahaja Anwar pergi?? dengan kelajuan yang ‘luar biasa’, terkejar kejar dan terlumba lumba untuk dekat dengan kereta Anwar??? Diiringi juga oleh mat motor yang handle motornya melepasi kepalanya sendiri, bertopikan helmet ‘askar Nazi’ tercengkong macam mentadak mentadu di atas ‘flying machine’ yang menderam bagaikan halilantar?? Tidakkah anda saksikan ‘tomahan’ ini selepas tamatnya acara Black 14 tempoh hari bagaimana Anwar belepas balik dari Kelab Sultan Sulaiman malam itu?? Nampak macam gah sedang orang ramai menjuihkan bibir dan melihat dengan mata ‘berbulu’ ..

    Selamatkah kalau Nurul Izzah ‘dilarikan’ dengan Mertcedes dengan kelajuan melebihi 200km/h meluncur dia atas lebuhraya PLUS Seremban Kuala Lumpur??? sedangkan ‘lead vehicle’nya berjenama Mivy terberit berit mengejarnya dari belakang sambil lampu kuning ‘lip lap’nya yang tersangkut di atas bumbung, gagal mengawal keselamatan idolanya !!!

  39. 39 dreadloxking May 6th, 2008 at 4:07 am

    cam x caya je Dato’ Seri kena pinjam keta…bior betulll

  40. 40 monsterball May 6th, 2008 at 5:21 am

    Again only in Bahasa…no English translation….limiting so many not well educated in Bahasa..not to comment. One may say…all Malaysians…..must be well educated in Bahasa…..before anything else. Comparing to much more Malays..that cannot read Bahass themselves….we are better educated.
    Anwar said …it should be addressed as “Malaysian Language”….like before. It was purposely omitted by UMNO people…calling it Bahasa Melayu. Day in day out…UMNO love to program Malays…how powerful they are…and must not let other races….talk as equals.

  41. 41 monsterball May 6th, 2008 at 5:53 am

    I read through some English comments and got the gist of what this post is all about.
    Our government is famous to cover up their mismanagements…or lack of good managements…..with a stupid short sighted and idiotic law. How many times we have seen this …happening .over and over again..using an idiotic excuse….depriving greater benefits to all other businesses.
    Getting permanent solutions to problems…are near impossible by crooks….who love to rojak the country. Some purposely…because they are smart crooks..and some..just so..because they are idiots..not smart at all.
    Leaders with commonsense is the magic word. This means….certain level of intelligence….plus right attitudes… non corrupted officers. Without these basic qualifications……nothing will be right.
    So year in year out…hundreds of millions of RM lost…due to unproductive work… due to their short sightedness.. leading to…loosing opportunities to make more money by Malaysians traders….big and small.. Worst of all….due to a bunch that never want to learn from others…..pointing out their faults. They always use every and anything…from opposition criticisms…..to battle them. They shut off good ideas by oppositions…from all media of informations……voiding…being expose…how stupid and corrupted they are. That system works well for UMNO..all these years. That’s why they can never progress. We have enough of these braggarts and weird people.
    Now lets see…..People’s Party….give us better results and better attitudes.
    We are waiting patiently.

  42. 42 yang bertanya May 6th, 2008 at 8:17 am

    SALAM DSAI,

    Mohon komentar DS berkenaan kenyataan Karpal Singh tentang campur tangan DYMM Sultan Perak dalam pelantikan kakitangan awam di negeri Perak. Terima kasih DS.

  43. 43 anak kmpg lindungan May 6th, 2008 at 11:45 am

    salam………….. saya ada dua soalan utk dato sri, yg pertama, mengapa kerajaan pkr selangor yang diterajui oleh tan sri khalid ibrahim membatalkan pembinaan masjid dikampung lindungan. sedangkan masjid yang sedia ada tak cukap utk menampung jemaah pada hari jumaat. saya harap dato sri dpt membantu selesaikan masaalah ini. kerana ramai pemuda dan pemudi BERSUMPAH jika masjid ini tidak dibina mereka akan MENGHARAMKAN diri mereka dari menyokong pkr. soalan kedua pula, benarkah ahli parlimen kelana jaya akan meletak jawatan dan dato sri akan bertanding menggantikannya, mengapakah terlalu awal. dalam masa yang sama patut juga ahli parlimen tu letak jawatan, ckp bahasa melayu pun tak reti, bila jumpa pemuda langsung x bertegur sapa, adakah orang seperti ni patut menjadi wakil rakyat kami, kami harap dato sri dpt memberi jawapan yang adil

  44. 44 KABUTZALWAYZ May 6th, 2008 at 12:00 pm

    eddieputra,
    Yang hendak sangat Kerajaan Pusat kenapa?
    Kemaruk sangat kuasa pemimpin PR ni?
    Sedangkan manifesto pilihan raya pun masih belum dilaksanakan..
    Bullsh*t !!!

    Wan Ishak,
    Kau tengok tak waktu perbahasan Dewan Rakyat masa tu..
    Siapa yang mula-mula menunjukkan sikap bodoh dan terlalu pandai?
    Satu lagi, Dewan Rakyat bukan sekoolah yang ada pengetua..
    Yang Di Pertua..
    kau pun sama bodoh macam orang yang dalam Pakatan Rakyat !!!

    Kepada Pakatan Rakyat,
    buat isu bila Pak Lah pentingkan kroni,
    tapi yang bertanding waktu pilihan raya lepas, tengoklah kroni yang ada..
    Karpal Singh deng 2 anaknya bertanding..

    Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng ditambah isteri Lim Guan Eng di Melaka..

    Kroni Anwar pun ada..
    Isterinya Wan Azizah tambah dengan Nurul Izzah…

    KRONI !!!

  45. 45 AnakMudaParlimenBatu May 6th, 2008 at 12:23 pm

    Selama beberapa tahun DSAI tidak masuk ke Parlimen tetapi kenyatan DSAI, kalau sudah masuk dan tidak akan keluar membuatkan saya rasa kita semakin dekat menakluk Malaysia dan akan tukarkan kerusi ketua pembangkang ke Pak Lelah. Tapi, mungkin saya ini tidak sabar lantas saya bertanya kepada diri sendiri bilakah DSAI akan bertindak, bila DSAI akan bertanding, tetapi jauh dilubuk hati saya, saya dan rakan-rakan AIC akan memperjuangkan perjuangan yang selama ini ternampak demi untuk rakyat malaysia.

    Rakan2 sekalian lawatilah blog saya di
    http://khairilazuar.wordpress.com
    berilah komen pada artikel yang saya tulis

  46. 46 Datuk Halik Zaman May 6th, 2008 at 1:23 pm

    KABUTZALWAYS

    Kalau pengundi dapat terima mereka jadi wakil rakyat, tak kisah lah. Itu bukan kroni namanya.

    Kalau kroni macam KariJamal, semua bisnes pakat pakat menantu sendiri dapat,hah itu baru kroni.

    Macam orang BN semua projek proxy dapat, itu yang kroni dan ini yang rakyat marah. Ishkkk nyampah lah kau KABUTZALWAYS.

    Tak malu ker Kabut, masuk blog orang, nak marah marah pulakkk. Marah rakyat lah yang pilih mereka.

  47. 47 rakyat biasa May 6th, 2008 at 1:29 pm

    apa siasatan mengenai kes arwah salman ?

  48. 48 Mana Sikana May 6th, 2008 at 1:30 pm

    DSAI

    Lepas ni tumpang motor saya je la. Kriss biru.
    Itu pun kalau DSAI sudi dgn saya haha

  49. 49 Elias Hj Idris May 6th, 2008 at 1:38 pm

    Berhubung dengan kemelut pertukaran Pengarah JAIP di Perak itu, sekadar menterjemahkan peri busuknya ‘jarum’ mereka yang mendominasi negeri terkaya dengan bijih timah itu. Peranan utama dimainkan oleh muftinya, yang rapat dengan baginda tuanku dan menjadi penasihat baginda.

    Muftinya itu juga seorang yang rapat dengan tokoh-tokoh UMNO negeri. Kalau tidak masakan PAS pernah diminta bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan negeri selepas PRU12! (Ini jugalah yang berlaku di Selangor). Semuanya dibuat atas nama ‘perpaduan Melayu’.

    Sedangkan pada hakikatnya, ketika berkuasa dulu UMNO lupa diri dan lupa bangsanya. Kalau tidak masakan setelah 50 tahun memerintah negara, Melayu yang menjadi tunggak masih 8.3% miskin (India pun setakat 2.9% saja).

    Pada awal perlantikan mufti yang ada ni (sekitar awal 1970an), arwah ayah angkat saya pernah labelkan beliau sebagai mufti ‘rugged’. Sebab banyak pendekatan mufti yang cenderung kepada ‘kepentingan’ pihak-pihak tertentu (jauh berbeza dengan Dato’ Ishak Baharom).

    Kenapa Pengarah JAIP itu begitu ditekankan sebagai ’seorang’ Setiausaha MAIP?. Sebab mufti ini bosnya.

    Inilah bentuk kesukaran yang bakal dialami oleh Kerajaan PAS Perak pada masa-masa mendatang. Lagipun dulu saya biasa bergaul dengan kerabat Perak dan juga orang besar-besar negeri. Jadi, saya faham sangat feel dan sikap mereka. Feudalismenya tebal sekali.

    Ayah angkat saya itu pun Orang Besar Negeri, terlalu banyak jasanya sehingga dia TIDAK pernah kaya-raya (seperti mereka yang ada pada hari ini). Dia banyak berbakti sementelah hasil bijihnya melangkau 5 tan seminggu (harga sekarang: USD20,000/tan), tetapi dia tidak dipedulikan pada saat-saat akhir hayatnya.

    Ia nasib yang sering menimpa pemimpin UMNO!

    Itu sebab dalam pemerintahannya, Saidina Umar Ibn Khattab sering berlaku keras dalam tindak-tanduk beliau. Puncanya, golongan-golongan seperti ini sudah ada sejak zaman berzaman.

    Apatah pula di zaman ini, orang Islam begitu nipis kefahamannya terhadap istilah “munafiq”.

    Kepada YB Nizar,

    Saya ucapkan syabas, sabar dan berhikmah. InsyaAllah Tuhan akan permudahkan kerja YB.

    *****

    Sdra Naz,

    Terima kasih di atas ingatan itu.

    Saya cuma penulis biasa-biasa je. Saya tak bergiat dalam Gapena atau PENA. Saya dah daftar lebih 10 tahun lalu, bayar yuran keahlian (boleh tahan juga), tapi mereka tak pernah hantar apa-apa pun. Surat pengesahan takde inikan pula jemputan!

    Sebab penerajunya terdiri daripada kalangan mereka yang taksub dengan “Perpaduan Melayu”, sedangkan saya lebih kepada kezuhudan Islam. Ada beza kan!

    Saya tak minat bersayembara atau ke sana-sini membaca puisi (boleh masuk surat khabar!). Jadi, pembaca budiman tidak begitu kenali saya. Ada juga sesekali keluar kat surat khabar, tapi orang pun tak perasan! Namun ramai juga kalangan pelajar universiti yang buat kajian. Peajar aliran perubatan yang nak ke India pun turut menyelongkar hasil karya dan corak pemikiran saya.

    Namun, alhamdulillah saya punya pengikut yang boleh dikatakan ramai juga. Ada 2-3 novel saya yang sudah mencecah lebih 8 kali cetakan. Ada yang 4 kali juga. Terbaru saya terbitkan sendiri 2 novel tebal serentak bersempena 50 tahun kemerdekaan yang dihasilkan dalam tempoh enam bulan!

    Kerajaan Negeri Perak pernah beri hadiah “Novelis Perak” pada 1995 selepas saya hasilkan novel tebal “PILIHAN KEDUA” (651 m.s.). Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan pernah beri anugerah “Cereka Terbaik” 1994, yang terlalu teknikal sedangkan maksudnya sebenar ialah novel terbaik kepada “KEHILANGAN” (554 m.s.).

    Laman blog; ada sahabat yang nak ajarkan saya membinanya sendiri, tapi saya masih belum berkesempatan. Jika diizinkan Tuhan, saya akan buat juga untuk barisan novel saya di samping buku-buku analisa dan ‘terjahan’ politik.

    “FISHES OF KENYIR” yang berkulit tebal dan berjaket untuk Kerajaan Terengganu dulu pun hasil tulisan saya. Ia dihantar ke cawangan-cawangan TDC seluruh dunia, kononnya untuk tujuan promosi.

  50. 50 bullet May 6th, 2008 at 1:41 pm

    salam DS :)

    “JANJI TINGGAL JANJI”

    petikan dr senyum kambing utusan meloya bertarikh 6hb mei, kewibawaan TSKI amat mengecewakn saye dan rakan2 di shah alam!!!!mule tfikir adelah lbh baik jike DS lantik pakar motivasi dato hasan ali menjadi MB, mungkin beliau lbh memahami dan mesre rakyat….compare dgn ahli koparat!!!!kalu ustaz di kedah, khalifah di penang dh pong sedikit2 memberi kesukaan kpd rakyat tp MB sgor maseh bermain dgn matematik dan kunci kire-kire, ape kejadahnyer nii…janji2 kalu tak dpt semua dpt sedikit2 pong kami terima, munafik la ko TSKI…janji tak dikota @$%%# jgn simpan penyakit BN…musim pilihanraye baru nak laksana manisfesto pilihanraye lepas!!!

    p/s : kalu DS dpt menjd PM nnt…..tertunaikah 5 JANJI ANWAR tuu.??? >_<

  51. 51 bumilangit May 6th, 2008 at 1:48 pm

    aduhh…

    aku ingat beruk-beruk upahan umno ni dah insaf dan cari kerja lain untuk mendapatkan rezeki yang halal.

    nyata aku silap

  52. 52 bumilangit May 6th, 2008 at 1:50 pm

    owh, saya tarik balik perkataan beruk itu tadi kerana haiwan itu tidak bersalah dan saya cintakan haiwan.

    maaf ye beruk…

  53. 53 U-HAH May 6th, 2008 at 2:33 pm

    Salam DSAI,

    tolong la cepatkan ambil alih kuasa tu…tak tahan dah ni, harga beras dah naik, minyak tengah mendidih tu nak naik…mana tahan… gaji bukan besar sangat ni…

  54. 54 hafiz May 6th, 2008 at 2:39 pm

    lambat pula komen saya kali ini, biasanya saya antara yang awal pos komen

    saya pun perasan songkok DS tapi tak mengapa lah sebab semangat juang DS yang tinggi itu lebih penting

  55. 55 burn in hell May 6th, 2008 at 2:44 pm

    FREEDOM TO RPK, FREEDOM TO RAKYAT!
    FREEDOM TO RPK, FREEDOM TO RAKYAT!
    FREEDOM TO RPK, FREEDOM TO RAKYAT!
    FREEDOM TO RPK, FREEDOM TO RAKYAT!
    FREEDOM TO RPK, FREEDOM TO RAKYAT!
    FREEDOM TO RPK, FREEDOM TO RAKYAT!

    ALTANTUYA MURDERER WILL BE BURN IN HELL!!!!!

  56. 56 andak May 6th, 2008 at 3:00 pm

    Ni satu lagi mangkuk ayun yang tak ada kesedaran dalam diri. Tak nampak ke bagaimana kroni Be-End telah menghancurkan ekonomi negara kita ni!!! Saya orang yang kurang cenderung dengan masalah politik negara tetapi saya rasa bangga apabila anak2 Malaysia berani berubah untuk masa depan negara. 50 tahun kita sanggup dan sabar dijajah dek penyagak2 Be-End tak kan 5 tahun tak boleh sabar untuk lihat perubahan. Berilah peluang, kita sama-sama saksikan. Andaikata, 5 tahun ini setanding dengan 50 tahun yang dahulu, bermakna akan berlaku 10X ganda kebaikan dan kemajuan bakal kita lihat 50 tahun akan datang…..don’t be angry…..
    Bagi saya, bukan masalah siapa yang bertanding tapi apa matlamat mereka. Jika untuk kepentingan peribadi dan keluarga, yang ni patut kita sanggah. Harap2 PKR tak semacam itulah. Jika berlandaskan menifesto dan ucapan-ucapan yang dibuat, alhamdulillah. Saya pun sokong. Cuma harap jangan terpedaya dengan tipu muslihat balaci2 UMNO yang bertukar angin…musuh dalam selimut @ gunting dalam lipatan…khususnya di Selangor Darul Ehsan (harap Tan Sri Khalid tolong beri perhatian lebih). Apa yang berlaku sebulan dua ini, agak mengecewakan. Ada balaci UMNO yang cuba sponsor individu tertentu dan pakat untuk dilantik sebagai ketua pemuda kawasan. Klu setakat sponsor tapak, pejabat dah boleh pegang jawatan dalam parti, lebih baik lupakan lah. PKR x perlukan manusia seperti ini…

  57. 57 ZZzzjebat May 6th, 2008 at 3:20 pm

    Salam DSAI,….

    Mantapkanlagi pakatan rakyat….untuk rakyat…..moga cepat masuk Dewan rakyat… setelah jadi WAKIL RAKYAT….amiiin….

  58. 58 amer May 6th, 2008 at 3:42 pm

    Dakwat: Laporan polis berasas khabar angin
    Beh Lih Yi | May 6, 08 2:49pm
    Keputusan kontroversi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membatalkan penggunakan dakwat beberapa hari sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat berasaskan khabar angin, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

    Pendedahan yang mengejut itu terkandung dalam jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kepada soalan ahli parlimen DAP dari Batu Gajah, Fong Po Kuan.

    Pada 4 Mac lalu, SPR memutuskan pada saat-saat akhir pembatalan penggunaan dakwat tersebut - yang selama ini dituntut oleh badan-badan yang memperjuangkan reformasi pilihanraya bagi mengelak penyelewengan - atas alasan ketenteraman awam dan isu-isu keselamatan.

    SPR menggunakan alasan itu berdasarkan laporan polis yang mendakwa, ada pihak-pihak tertentu telah membeli dakwat tersebut dari luar negeri, dengan niat untuk mencetuskan kekeliruan dan syak wasangsa mengenai status pengundi.

    Bagaimanapun, menurut jawapan kepada ahli parlimen Batu Gajah itu, Syed Hamid berkata, siasatan polis tidak menemui sebarang bukti di sebalik dakwaan tersebut selepas tiga kertas siasatan dibuka.

    “Setelah laporan tersebut diteliti, dan pihak polis telah menemubual pengadu serta saksi-saksi, didapati tiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari negara Thailand. Ini kerana tidak ada seorang saksipun yang pernah melihat dakwat tersebut.

    “Daripada keterangan saksi, tiada sebarang individu, sindiket atau pihak-pihak tertentu yang dikenalpasti terlibat dalam kegiatan ini. Keterangan pengadu dan saksi adalah merupakan khabar angin dan tiada sebarang individu yang dicam atau dikenali secara positif,” kata Syed Hamid lagi.

    Berikutan itu, tegas Syed Hamid, tiga kertas siasatan yang dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 14 dan 21 Mac, kemudiannya di klasifikasikan sebagai ‘tiada tindakan lanjut’.

    Syed Hamid juga berkata, pengadu membuat aduan polis kerana mereka bimbang dakwat tersebut boleh dibeli dengan mudah di Thailand dan akan disalahgunakan sewaktu pilihanraya umum 8 Mac lalu.

  59. 59 mujahidinreformasi May 7th, 2008 at 7:50 am

    Salam,

    Tatkala membaca komen cokelat dan ameen al-rashid, cukup jelas, gerakan yang paling berjaya setakat ini antara banyak2 gerakan di Malaysia adalah PAS.

    Walaupun mungkin dahulunya PAS punya ahli yang fanatik, namun sekitar era baru ini, nampak jelas ahli-ahli PAS begitu berdisiplin dan kuat dengan tarbiyahnya di akar umbi.

    Kalau kita tengok kat kelate dan kedah tu yang raikan kejayaan PAS di KB atau ALoq Setar semua geng2 mat rempit yang mungkin tidak punya kekuatan dari segi tarbiyahnya di peringkat akar umbi. Tapi jelasnya mereka tidak dipinggirkan dalam arus perjuangan.

    PKR,DAP dan UMNO perlu belajar daripada PAS mana yang baik dan tolak mana yang kurang baik, baru boleh membentuk sebuah kerajaan yang baik.

    Ingatlah pada hadis Rasulullah yang antara maksudnya, Kebatilan yang tersusun dapat mengalahkan Kebenaran yang tidak tersusun.Jangan ada agenda kroni dalam PKR kalau nak kuat seperti PAS.

    Jika tidak mampu untuk menjadi tersusun dek kerana masing2 berebutkan jawatan , saya sarankan semua ahli PKR baik yang Islamnya mahupun non-muslim untuk berhijrah ke dalam PAS.Itulah yang terbaik untuk kita melawan Barisan Nasional.Tapi ini semua mungkin akan berlaku 10 tahun akan datang,namun, saya tetap optimis ia akan berlaku memandangkan bercambahnya Kelab penyokong PAS di sarata Malaysia.

    Wassalam

  60. 60 Hornbill Freedom May 7th, 2008 at 11:53 pm

    DSAI..saya adalah orang sarawak dimana majoritinya BN berkuasa..Susahnya hidup kami hanya tuhan yang tahu.Berpuluh Tahun saya sudah hidup tetapi wakil rakyat sendiri saya tak pernah tengok muka dia.yang saya tengok hanyalah gambar dalam poster masa pilihan raya.Saya rsa bebesar hati seandainya keadilan belayar ke sarawak dan berlabuh di sana.Saya adalah orang iban dan saya ingin sangat melihat perubahan pimpinan di sana.DSAI datanglah ke sarwak dan berceramah lah disana untuk menyedarkan orang2 sebangsa saya.U r my last hope…Long live Keadilan

  61. 61 abu basyir May 8th, 2008 at 11:37 pm

    Assalamualaikum wbt

    Ada ke sesiapa antara tuan-tuan boleh memberi komen yang agak relevan dengan kenyataan “… kalau nak naik ke angkasa lepas fee nya hanya USD 200,000..iaitu nak jadi pelancong angkasalepas … yang Kerajaan belanja RM 100 juta untuk hantar Sheikh Muzaffar.. tu apa kejadahnya? ada apa-apa muslihat pemenuhan kantung individu?..”

  62. 62 Meluat Rasuah May 9th, 2008 at 8:00 pm

    Why dont you start an investigation into the Malaysian companies that are involved in logging in Indonesia and why dont you name and shame those involved especially corrupt minister, hope to see something done about this and i know you have your plate full with other issues that the Barisan have caused.

  63. 63 Leow Kong Keong May 9th, 2008 at 8:29 pm

    Apakah pandangan Datuk Seri dengan isu diantara penduduk Bandar Mahkota Cheras dengan Syarikat Grand Saga. Dengan Sekian lama hal ini berterusan tanpa komen dari Datuk Seri atau pihak Keadilan. Oleh kerana Negeri Selangor diperintah oleh Mentri Besar dari Keadilan, tuntuan rakyat dari bandar Mahkota Cheras mesti diberi pandangan dan pertolongan daripada Keadilan. Saya rasa sungguh kecewa sekali dengan cara berdiam diri dari pihak Keadilan walaupun polis dan FRU telah menggunakan kekasaran yang terlebih terhadap kami. Saya, dengan ikhlas, harap Datuk Seri akan memberi pandangan dan mengambil tindakan terhadap tindakan “gangster” daripada Grand Saga,Polis dan FRU.

    Terima Kasih

  64. 64 revolusi May 12th, 2008 at 11:56 am

    KABUTZALWAYS…masuk blog nk tnjjuk hero ker..??

  65. 65 x Aug 25th, 2008 at 2:28 pm

    Salam semua..

    Juz nak state kan sumting kt sini..
    kita ni “MALAY”..
    ada berapa kerat je “MALAY” kt dunia ni..
    kalau kumpul-kumpul xleh penuh pun satu semenanjung MALAYSIA…
    why kita nk bertekak sesama kita…
    tulis 4 juta words pun xcukup..
    “Orang Lain” cuma tengok and laughing their heart out…
    patut kita BERSATU…

    sincere rgrds..
    x

Leave a Reply




Sumbangan Kempen Permatang Pauh

Galeri Flickr

DSAI masuk Parlimen Malaysia DSAI masuk Parlimen Malaysia DSAI masuk Parlimen Malaysia DSAI masuk Parlimen Malaysia DSAI masuk Parlimen Malaysia DSAI masuk Parlimen Malaysia DSAI masuk Parlimen Malaysia DSAI masuk Parlimen Malaysia 

Poster Kempen

Get the Flash Player to see the slideshow.

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031