02
May
08

Raja Petra

Sebaik menerima berita penggeledahan rumah Pet dan rampasan komputer dan lain-lain, saya segera menghubunginya.

Pet ternyata tegas, tidak gentar dengan tekanan sedemikian. Beliau malah mual dengan tekanan berulangkali - tahanan dan rampasan dibawah regim Dr Mahathir dan berulang di era Abdullah.

Kebetulan ramai rakan yang menjangka serbuan polis setelah rencana beliau bersabit kes pembunuhan dan letupan Altantuya.

Sapertimana rayuan Shaaribu, yang dituntut hanya penyiasatan dan pendakwaan profesional, dan penghakiman bebas. Jangan dikusutkan dengan tekanan dan ugutan!

Kapada Pet dan Marina, kami akan mengikuti perkembangan berikutnya dengan jaminan bersama menegak keadilan.

ANWAR IBRAHIM


77 Responses to “Raja Petra”


  1. 1 SUBASHCHANDRABOSE May 2nd, 2008 at 11:21 pm

    “Each time a man stands up for an ideal, or act to improve lot of others,or strike out against justice,he sends forth a tiny ripple of hope.Those ripples built a current that can sweep down the mightiest walls of oppression and resistance”
    - Robert F Kennedy
    Dedicated to YM RAJA PETRA

  2. 2 Ameen-Alrashid May 2nd, 2008 at 11:33 pm

    Salam DSAI, saya ada mengulas hal Raja Petra sebentar tadi dan juga isu Pengarah Jabatan Agama Perak. Mohon penjelasan Datuk Sri. Tentang apa yang berlaku keatas Raja Petra, memang benar kata Datuk Sri. AAB tiada bezanya dengan Mahathir. Semua pemimpin UMNO hanya penuh dengan retorika dan erotika! Siapa dikalangan mereka berani mengambil risiko seperti Datuk dan Raja Petra serta ramai lagi sahabat-sahabat dalam PR?

    Norman Rafiq sedang orkestrakan sesuatu dan arahan dibuat oleh anak tok guru mengaji! Benci dan meluat melihat perangai mereka berdua.Ah… tiada rasa hormat langsung dalam sanubari ini terhadap pemimpin UMNO. Waima, jika ada yang baik pun terpalit sama dengan kebusukan yang lain seperti yang digambarkan dalam novel ‘Shit’.

    Bangunlah rakyat Malaysia. Kesusahan hidup makin hari makin menjadi. Roti canai 3 suap dah habis. Harganya bukan main mahal. Buka mulut bercakap pun salah. kena tangkap.

  3. 3 antimamak May 3rd, 2008 at 12:23 am

    Syabas DSAI:
    RPK, beliau adalah bintang harapan negara, menegakkan keadilan, keberaniannya amat disanjungi!!

    PDRM ??? Saya mencadangkan pihak polis patutlah memperlajari undang undang sebelum mengambil tindaakan, kalaulah nak menyiasat patutlah memahami dan pastikan RPK telah melanggar seksyen apa? the Sedition Act?

    kalaulah under akta sedition, kenapa pula memerlukan Commercial Crime Division? adakah RPK talah melakukan commercial crime? dia cuma menulis article, memberikan pendapatnya kepada pembaca, Dapatkan pendapat RPK disah melakukan crime? Ini seakan akan PDRM telah menghasut RPK dan menyalahgunakan kuasa.

    Kalaulah hendak mengenakan RPK bawah Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998,dimana akta ini
    (1) A person who —

    (a) by means of any network facilities or network service or applications service knowingly —

    (i) makes, creates or solicits; and

    (ii) initiates the transmission of,

    any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person; or

    (b) initiates a communication using any applications service, whether continuously, repeatedly or otherwise, during which communication may or may not ensue, with or without disclosing his identity and with intent to annoy, abuse, threaten or harass any person at any number or electronic address,

    maklumlah PDRM hanya menjalankan soal siasat, membuat kajian undang undang tetapi tanpa memahami selok belok undang undang , mereka ingin hantarkan laporan kepada AG Guni Petai, supaya guni petai dapat membusukan jamban.

    Aduhai!! PDRM adalah bahan lucu yang senantiasa membuat dunia ketawa. Tanpa mereka dunia ini agak sunyi.

    Kemungkinan mereka bermotif untuk menghasut blogger jangan anti perompak berlesen! Mesti kembali menyokong UMNO. jangan anti ketuannan Melayu.

    Dimanakah letaknya kebebasan bersuara?? OOOOi PDRM?lihatlah persekitaran anda, kes merompak saku, membunuh,rempit polis rasuah, dadah, kehilangan kanak kanak, 11000000000000 macam … sedang menunggu anda jalankan siasatan, tetapi anda membiarkan sahaja, Tahukah anda salah satu fakta kekalahan BN adalah disebabkan oleh KAU !!

    sidee Reply:

    sokong DAP !! hanya DAP dapat bantu semua rakyat Malaysia ayuh !!

    sara Reply:

    jika anda seorang melayu yang memang nenek moyangnya juga melayu jati yang diahirkan di tanah melayu,mengapa harus menyokong DAP yakni kaum pndatang yang telah meragut hak dan biadap dgn bangsa melayu itu sendiri…yang harus pemimpin melayu kita lakukan ialah bersatu tak kira UMNO,PAS atau PKR.tak perlu begaduh sesama kita sedangkan bangsa lain bertepuk tangan.ini realiti yg harus kita hadapi..melayu perlu bangun dan bertindak..ketpikan ideologi politik utk kepentingan sendiri.percayalah tak lama lagi akan kita akan hancur spt Melaka kembali tp dlm bentuk berbeza

  4. 4 kerajaan.rakyat May 3rd, 2008 at 12:23 am

    Salam Dato’ Seri,

    Terima kasih dan tahniah atas keperihatinan yang Dato’ terhadap apa yang terjadi kepada YM Raja Petra.

    Sepertimana yang telah saya tulis dalam- http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

    Kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, semasa Dato’ dipenjarakan akibat kezaliman perdana menteri ketika itu, orang ini (RPK) adalah antara jutaan manusia yang telah dengan berani membela Dato’ Seri. Dato’ Seri terhutang budi kepadanya.

  5. 5 gengis khan May 3rd, 2008 at 12:24 am

    Nanpaknya kat malaysia ni Raja pun tak selamat dulu Raja perlis kemudia sultam terengganu dan sekarang Raja Patra indracyber sebuah daerah yang tiada sempadan seorang Raja yang miliki jutaan rakyat tampa negeri jajahan takluknya sedunia apa yang digelar raja Blogs. cyber rakyat cyber keramat. umno sekarang teruma cyber jika di ukur kita percaya umno pasti gagal meranduk arus cyber teknologi bukan tandingan umno sebab pemikiran para peminpin umno kelas ketiga jika para peminpin umno tak angkat berdera putih percayalah ia tempah ajal serpeti katak dilangar lori dengan kata lain mati katak. hai .. ahli umno para peminpin kamu cuba pertahankan sisa kuasa yang ada dan mereka tahu tetapi mereka cuba sedaya upaya untuk pertahankan sisa kuasa yang ada walau pun terpaksa berpatah arang ini jelas mereka tamak kuasa. ini yang patut tegah dan sangah.

  6. 6 MJ May 3rd, 2008 at 12:42 am

    LAWAN TETAP LAWAN!!!!!!!!!!

  7. 7 hafiz May 3rd, 2008 at 12:44 am

    RPK seorang yang berani dan tak gentar dengan ugutan. lawan tetap lawan!

  8. 8 Pakatan Rakyat all the way... May 3rd, 2008 at 1:16 am

    Press freedom we need! And to Pete, may the force be with you.

  9. 9 thales May 3rd, 2008 at 1:21 am

    Tuan tuan,

    sedia maklum bahawa Sultan Perak adalah bekas Lord President dan Raja nazrin adalah anaknya dan di didik untuk tahu apa makna itu “Natural Justice” ….

    “Natural Justice” termasuk memberi peluang kepada Penjawat Awam, apatah lagi sa orang Kaki tangan Kerajaan untuk membela diri di bawah peruntukan yang telah di tetapkan jika di tuduh melanggar disiplin kerja …

    Dalam hal ini Mahathir amat “pandai” di lantikkan Tribunal untuk memecat Tun Salleh Abas dan gunakan Makhamah untuk dakwah TPM nya.

    Semua nampak OK …. semua bermula dengan “niyyah”.

    [cuma dalam Swasta , SACK first, Industrial Tribunal afterwards ]

  10. 10 Standing as one to fight the wrongs May 3rd, 2008 at 1:21 am

    People who speak for human rights get detained either by police or ISA. 5 Hindraf Malaysian leaders ,RP …. i guess many more are coming. Or they may frame our PR’s MPs saying they steal this or vandalize to stop them from speaking and doing their jobs for the rakyat who vote them. Just like in Melaka. Those losers are so free to act,direct,produce all kinds of incidents to sabotage the name and works of busy winners. Our winners are so committed and busy till they lose weight like Lim Guan Eng, skin colour darken like Tan Sri Khalid and losers are making mouse traps.
    Sign.
    What is the different between our Malaysia govt and Myanmar military govt who detained Nobel peace prize winner Aung Sung Syu ki?

  11. 11 tariktelingasikit May 3rd, 2008 at 1:25 am

    saya baru sahaja balik dari kongres permuafakatan melayu di jb..saya pergi bukan lah kerana betul-betul mahu pergi kerana saya menjangkakan kongres itu akan hanya menjadi medan retorik para pemimpin melayu yang kononnya memperjuangkan melayu.saya pergi atas arahan pihak universiti saya…ternyata,apa yang dijangkakan tepat sama sekali..mereka tak habis-habis mengatakan bahawa org melayu sudah semakin kehilangan kuasa dan semakin hilang ketuanannya..saya ingin mengatakan disini,mengapa pada ketika ini baru hendak bising-bising seperti itu??kenapa tidak dibela nasib bangsa melayu ini betul-betul semasa mempunyai kuasa dahulu??mereka ini betul-betul memualkan..saya harap DSAI dapat terus menerajui negara ini.hanya DSAI yang dapat kembalikan maruah org melayu ketahap yang sepatutnya…HIDUP DSAI!!!

  12. 12 md isa May 3rd, 2008 at 1:28 am

    Salam DSAI.

    Berkenaan dgn kes pet ni.Saya rasa tindakan kerajaan adalah berasas.
    Kalau betul tuduhan keatas DSNTR ada bukti,sebarkanlah seumpama kes vk linggam .Kalau tak ada bukti jangan gunakan isu ini utk dijadikan
    bahan political assination.berpolitiklah secara jujur.Janganlah sampai
    bukti tiada di ada2kan seperti dalam website tian chua.Janganlah memperbodohkan
    pengundi dgn gambar superimpose,dan di gimikkan dgn laporan polis.
    Inikah sikap DS terhadap memperjuangkan keadilan dan demokrasi.

  13. 13 jamilkucing May 3rd, 2008 at 2:13 am

    Assalamualaikum dato seri

    Makin hari makin pelik negara kita dan bangsa kita ni yaa. orang besar buat salah polis cuba tutup. tapi kalau orang kecil waah bukan main lagi die orang ya. kalau mat rempit tu siap terajang lagi kalau cuba lari, baru raja petra buat satu tulisan tentangs eorang pembesar seluruh anggota bahagian jenayah siber pergi rumah die geledah.dah seminggu jamil buat laporan polis terhadap pembuat sebuah blogspot dengan tujuan untuk menjatuhkan maruah jamil tapi sampais ekarang belum ada lagi pegawai polis menghubungi jamil untuk soal siasat. wahhh kalau pembesar walaupun ada bukti jahat mereka berperang untuk tutup. tapi rakyat biasa pergi mampos lah yek.

    Jamil nak tanya datos eri anwar la. andai kata kita menguasai malaysia apa yang perlu kita lakukan terhadap pasukan polis. bukan apa mereka polis sepatutnya mengikut undang-undang yang telah di buat. bukan mengikut arahan pemimpin . mereka boleh tangkat siapa sahaja tanpa memilih bulu.tapi polis yang ada sekarang tidak buat begitu. kalau mengikut undang-undangs eorang anggota bawahan pun boleh menangkap ketuanya jika ada bukti kesalahan. tapi anggota polis bawahan malaysia berani ke. just nak tahu la.

    Tolong ulas sikit dato seri anwar ibrahim.

  14. 14 monsterball May 3rd, 2008 at 2:35 am

    I always admire Raja Putra brave and interesting messages.
    He is a unique high quality blogger….miles apart from others.
    He was invited to speak in Brickfileds…before election…by keDAILan….and his speech must have carried few hundred more votes for Anwar’s daughter.
    So glad..to hear him …full of confidence…..defying the police…and walked off..a free man.
    This is a low class shameful act by the police….acting on Najib’s complaint..and Raja Putra defied them to arrest him..what happen…no reasons to do so..so RPK is free. If they have no reasons….why act to give Raja Putra…so much inconveniences? Police are playing politics…so clear.If ordinary Malaysians… complaint like hell…they will ignore us..never work at all. So police also have class distinctions? And there is no doubt…most police officers are racialists…and the all together….police dept…STINGS!!

  15. 15 kluangman May 3rd, 2008 at 3:31 am

    Saya ingin merujuk kembali catatan pada Nov 2006 seperti dibawah, dan kini DS telah berada di tampuk kuasa walaupun belum secara mutlaknya, mutlaknya ialah bertanding dan menang dulu hehehe…apapun tahniah di atas kejayaan setakat ini dan jangan lupa janji DS seperti dibawah.
    11
    Nov
    06Kluangman,Cabaran Sdr Disahut..
    post info
    By Anwar Ibrahim
    Categories: Demokrasi, KeADILan and Soal Jawab Setakat ini dato’ begitu popular sejak dulu hingga sekarang aetapi dalam masa yang sama saya juga tidak nampak dan tidak melihat adanya jasa dan sumbangan sebenar dato kepada ugama bangsa dan negara kecauli petah bercakap, sedangkan sebenarnya belum teruji.

    Kemungkinan disebabkan dato belum lagi berpeluang memegang tampok kuasa walaupun sebenarnya jika ingin berjasa tidaklah perlu menunggu untuk sampai memegang kuasa.

    Saya melihat lebih banyak kelemahan dari kekuatan yang ada pada dato, apakah komen dato dalam hal ini.

    Sehubungan dengan itu saya juga berpendapat tidaklah setanding untuk dato memberi pandangan yang berlebihan ke atas TDM mahupun paklah dan sebagainya dalam mentadbir negara kerana seperti yang saya katakan dato sebenarnya tidak teserlah langsung dalam mentabdir negara kecuali pandai berhujah sahaja. Berusahaaalah untuk memenangi pilihanraya terlebih dahulu sebelum menunjuk pandai dalam lain lain perkara.

    Salam dari bumi malaysia.

    sdr kluangman,

    Kita perlu berlapang dada dan menilai secara objektif dasar dan program yang dilaksanakan. Program pendidikan, perumahan rakyat,pembasmian kemiskinan, dasar pembangunan dll banyak diulas sudah.
    Mungkin ujian yang menimpa saya tak saberapa, tetapi saya sambut cabaran sdr untuk berusaha mentadbir dengan adil dan bijak.

  16. 16 Anak Reformasi May 3rd, 2008 at 5:53 am

    ASSALAMUALAIKUM DATUK SERI ANWAR IBRAHIM…..

    Sebagai seorang yang berjiwa SASTERA, saya harap DSAI dapat membincangkan satu SAJAK YANG BEGITU POPULAR DI WAKTU KETIKA DULU….

    KU CARI DAMAI ABADI - ABDULLAH AHMAD BADAWI.

    Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
    Untuk hidup kaya,
    Aku cari bukan wang berjuta-juta,
    Untuk hidup bergaya,

    - PAda pandangan saya, pada permulaan rangkap ini, penulis sajak membicarakan kesungguhan hidupnya yang berjuang dan mencari damai yang abadi dengan tidak berpaksikan kepada wang dan harta.

    Aku cari bukan kawan-kawan,
    Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
    Aku cari mana dia Al-Ghazali,
    Aku cari mana dia Al-Shafie,

    - PAda rangkap kedua sajak ini pula, Penulis sajak ini juga membicarakan dalam kehidupan beliau, beliau akan mendapat kedamaian abadi dengan tidak mencari kawan-kawan yang suka berpoya-poya, akan tetapi beliau mencari kawan-kawan yang menyerupai sifat AL-GHAZALI dan Al-AHAFIE…. akan tetapi, mengapa beliau tidak pedulikan ALTANTUYA?

    Kita bongkar rahsia kitab suci,
    Cari pedoman
    Kita bongkar rahsia sunnah nabi
    Cari panduan

    - Pada pandangan saya, rangkap ini cukup menarik apabila 2 WASIAT dan PUSAKA RASULULLAH S.A.W. diterima oleh penulis sajak ini dalam mencari kedamaian abadi, 2 PUSAKA ini menurut RASULULLAH, kita tidak akan tersesat selama-lamanya sekiranya kita berpandukan kepada AL-QUR’AN dan AL-SUNNAH, namun begitu, kitab suci apa yang penulis ini maksudkan? sebab AL-QUR’AN tidak pula menyatakan ISLAM HADHARI dan pergaulan bebas? SUNNAH NABI yang dimaksudkan penulis sajak ini juga keliru untuk kita katakan, apabila KEDAMAIAN ABADI yang dicari itu melalui apa?

    Aku hidup kerana Dia Rabbi
    Dialah teman
    Dialah wali
    Dia mencukupi
    Aku hidup bererti
    Menikmati damai abadi

    -Akhirnya, penulis sajak ini beria menyatakan, kedamai abadi akan menjadi miliknya kerana dia hanyalah ABDULLAH (HAMBA ALLAH) yang hidup semata-mata kerana ALLAH, dan hidup beliau adalah mengabdikan diri kepada ALLAH, yang mana ALLAH adalah segala-segalanya dan PENULIS SAJAK INI merasakan hidupnya bererti dengan berteman, dan berwalikan ALLAH S.W.T.

    P/S: Sekiranya, Penulis Sajak ini merujuk semula hasil sajak BELIAU ini, dan betul2 mengotakan MANIFESTO PERIBADI ini…. saya raser, MALAYSIA ini akan aman dan DAMAI ABADI!!!

    Harap DSAI dapat mengulas dengan lanjut… saya raser SAJAK ini boleh dikategorikan dalam antara 10 karya yang teragung dan mempunyai nilai spiritual yang tinggi….. IKHLAS saya katakan, SAYA SUKA SAJAK INI…. bukan PENULIS SAJAK ini….. TAPI, KALAULAH PEMIMPIN BOLEH MENJADIKAN SAJAK INI SEBAGAI MANIFESTO PERIBADI MEREKA…. saya bernai cap jari, RAKYAT AKAN SUKAKAN PEMIMPIN TERSEBUT!!! MANIFESTO mestilah kena tunai….

  17. 17 young reformis May 3rd, 2008 at 6:42 am

    Ketika saya membesar di Jelebu, di minggu akhir di setiap bulan Ramadan saya akan memasang lampu pelita di sekeliling kawasan rumah saya.

    Cahaya pelita ini tanda, nahu dan bahasa sebagai persediaan dari seorang kanak-kanak untuk menyambut malam Tujuh Likur atau malam kesampaian Lailatul Qadar. Satu malam yang paling suci lagi kudus berbanding dengan seribu malam yang lain.

    Mitos malam Lailatul Qadar mengajar saya sebagai kanak-kanak untuk menyimpan harapan, mimpi dan niat. Kami kanak-kanak cukup bijak untuk menyimpangsiurkan ajaran agama yang kami sendiri pun kurang arif.

    Kami cukup yakin bahawa pada malam Lailatul Qadar ini, ada suatu ketika apabila semua makhluk dan tumbuhan di bumi ini akan menyembah sujud kepada pencipta Yang Maha Esa.

    Malam yang mana satu? Hari apa? Jam berapa? Detik dan saat manakah Lailatul Qadar ini akan sampai tidak pernah diketahui. Malam ini menjadi satu misteri untuk kami kanak-kanak.

    Daripada apa yang disurahkan, malam kudus ini hanya akan ditemui oleh mereka yang warak, suci dan beriman. Tetapi untuk kami kanak-kanak – iman, suci dan warak bukan perhitungan.

    Saya menunggu kesampaian malam ini kerana saya memiliki seribu satu macam permintaan yang ingin saya sampaikan kepada Yang Maha Esa.

    Daripada surah orang tua-tua, malam Lailatul Qadar akan melawat satu kali sahaja kepada sesiapa yang bernasib baik. Kedatangannya mungkin dapat dilihat dan mungkin tidak dapat dirasai. Seperti ia sampai, malam ini juga akan pergi tanpa gendang dan nobat.

    Pernah saya mendengar riwayat bagaimana seorang lelaki warak ketika ingin mengambil air sembahyang telah meletakkan songkoknya di tepi perigi. Apabila selesai berwuduk, si Alim ini terperanjat besar apabila songkoknya telah tersangkut tinggi di pucuk kelapa.

    Fenomena ini berlaku kerana ketika si Alim ingin berwuduk, Lailatul Qadar telah sampai. Rupa-rupanya songkok itu telah diletakkan di atas daun kelapa sewaktu pokok sedang bersujud kepada Yang Maha Esa.

    Sayangnya Lailatul Qadar datang hanya sekali. Si Warak ini tidak membuat apa-apa permintaan.

    Apa yang saya surahkan tadi sekadar mitos pada zaman saya masih kanak-kanak. Apa yang ingin saya sambung di sini bukan mitos tetapi politik yang dieja dengan huruf K – realpolitik.

    Sesudah pilihanraya ke-12, Pakatan Rakyat telah ditubuhkan sebagai satu wadah untuk membawa politik baru. Pada awalnya ramai yang memiliki pendapat bahawa lima negeri yang telah dimenangi oleh Pakatan perlu dijadikan negeri contoh.

    Ertinya ada ketelusan, ada keterbukaan dan ada sistem pentadbiran yang menyebelahi kepada tuntutan rakyat. Tanpa amalan rasuah dan tanpa birokrasi menyusahkan, maka negeri-negeri ini akan makmur. Pada pilihanraya akan datang, lima negeri Pakatan akan menjadi contoh untuk membawa masuk negeri-negeri lain pula.

    Bodoh, pandangan bodoh ini tidak memiliki asas politik dan ekonomi.

    pas pkr dap pc barisan rakyat coalition 010408 01Pakatan Rakyat wajib mengambil kerajaan Persekutuan sekarang. Lailatul Qadar hanya datang sekali sahaja. Jika tidak diambil masa dan ketikanya sekarang, saat seumpama ini tidak akan berulang lagi. Jangan sampai songkok tersangkut di pucuk kelapa (tanpa sebarang niat!).

    Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang enggan dan tidak memahami apa itu konsep persekutuan atau federalisme. BN yang selama 50 tahun dulu telah memerintah tanpa mengambil endah dan menghormati konsep federalisme. Persekutuan Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia adalah negara federalisme yang membenarkan wujud dua kuasa serentak - kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

    Pemisahan ini jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan BN selama 50 telah meraban-raban ke hulu ke hilir dengan kuasa mereka tanpa sebarang halangan. Penyalahgunaan kuasa seperti ini wajib dijadikan sejarah.

    Pakatan Rakyat wajib mengambil kerajaan Persekutuan secepat mungkin untuk memberhentikan penyalahgunaan kuasa BN ini. Lailatul Qadar hanya datang sekali sahaja.

    Pakatan Rakyat hari ini sedang berhadapan dengan gerombolan BN yang telah kalah teruk. Kita tidak perlu membuka kitab Mao Zedong untuk memahami garis politik yang tepat - ketika musuh menyerang, kita berundur dan ketika musuh lemah, kita menyerang.

    BN kini sedang nazak. Saat inilah masa yang tepat untuk terus menyerang dan membungkus mereka untuk dimasukkan ke dalam tong sampah sejarah. Lailatul Qadar hanya datang sekali.

    Perhatikan apa tingkah laku gerombolan BN ketika mereka nazak. Perjanjian antara negeri-negeri Pakatan dengan Kementerian Pelancongan telah dilupuskan. Ketua-ketua kampung di Perak telah diberhentikan (oleh kuasa BN).

    Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung diubah suai. Fail dan maklumat negeri (dulu) telah dimusnahkan. Keadaan ini muncul ketika mereka nazak.

    Bayangkan jika mereka dapat bangun berjalan semula, pasti Pakatan Rakyat akan dipukul musnah.

    Lihat pula apa yang terjadi di Selangor - dana NGO Balkis pimpinan isteri Mohamad Khir Toyo telah dipindahkan seolah-olah dana ini harta datuk nenek moyang mereka yang dibawa dengan tongkang dari Jawa.

    Pemindahan ini tidak termasuk berapa banyak fail yang telah dikoyak-rabak dan dimusnahkan sebelum pentadbiran kerajaan baru Pakatan dapat memasuki pejabat kerajaan.

    anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 21Silalah jangan lupa, apa yang terjadi kepada stesen radio Selangor? Stesen radio menggunakan ruang pejabat hak milik kerajaan negeri - tiba-tiba stesen radio ini dipindahkan ke Angkasapuri.

    Apakah perkara ini dengan niat jahat atau dengan niat baik?

    Silalah jangan lupa, apa yang berlaku pada subuh 15 April 2008? Rumah Dr Wan Azizah Wan Ismail dan rumah menteri besar Selangor telah didatangi polis.

    Polis telah diarahkan untuk mengambil kenyataan daripada Dr Wan Azizah dan MB Selangor kerana malam sebelumnya Pakatan Rakyat telah mengadakan satu rapat raksasa di Kampung Baru yang dianggap ‘perhimpunan haram’.

    Dengan angkuhnya pihak polis enggan mengambil kenyataan Dr Wan Azizah dan MB Selangor di pejabat mereka. Polis mendesak mereka berbondong-bondong ke balai seolah-olah untuk dilihat umum sebagai orang jahat.

    Tindakan polis ini arahan siapa? Mereka langsung tiada niat untuk menghormati menteri besar dan ketua pembangkang.

    Bandingkan dengan kes raba-raba buntut pelayan yang pelakon utamanya JJ. Daripada laporan akhbar, kita diberitahu bahawa ketua polis yang sama telah menjalankan siasatan.

    Tetapi di mana kenyataan JJ ini diambil?

    Daripada akhbar kita hanya diberitahu bahawa “pihak polis telah menemui bekas menteri ini di satu tempat”.

    Satu tempat ini di mana? Kenapa JJ tidak diminta datang ke balai polis?

    Kenapa Dr Wan Azizah dan MB Selangor dipaksa datang? Walhal kes raba-raba buntut itu satu jenayah seksual yang amat berbahaya.

    Dua senario ini menjadi bukti bahawa pihak polis juga kini telah menjadi perkakas BN. Mereka ini akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan gerombolan Barisan Nasional.

    Kerana itu Pakatan Rakyat tidak akan selamat jika tidak mengambil kerajaan Persekutuan secepat mungkin. Lailatul Qadar datang hanya sekali. Jangan nanti tercengang-cengang apabila melihat songkok tersadai di atas pucuk kelapa.

    Saya yakin dalam masa jangka yang singkat gerombolan BN dan United Malays National Organisation akan melakukan pelbagai bentuk sabotaj.

    Berita telah mula keluar tentang dana persekutuan akan dikurangkan di lima negeri Pakatan Rakyat, walhal lima negeri inilah pembayar cukai terbanyak dan penjana ekonomi Malaysia.

    Menjadi satu kesilapan besar jika ada penyokong Pakatan Rakyat berasa takut untuk terus mara merampas dan mengambil pentadbiran persekutuan. Warga dan para penyokong Pakatan Rakyat wajib bersedia dan jangan takut dengan kemenangan.

    Jika gerombolan BN ini memahami dan menghayati konsep dan falsafah federalisme, maka tidak timbul saranan untuk merebut kerajaan Persekutuan. Tidak timbul tiupan sangkakala ini. Kerajaan dalam sistem demokrasi boleh beralih dan bertukar ganti.

    najib abdullah 100408Menjadi satu kesilapan politik besar jika para pemimpin Pakatan Rakyat cuba menunggu lama dan hanya melihat gerombolan BN yang telah tergelincir kuasa. Mereka yang tergelincir dan berkemungkinan hilang kuasa akan melakukan apa sahaja.

    Bayangkan berbilion-bilion ringgit dana yang selama ini mereka rompak dan agihkan kepada suku-sakat mereka.

    Tiba-tiba pengaliran dana ini dihentikan oleh Pakatan Rakyat!

    Bayangkan pula ratusan ribu hektar tanah yang tela diberikan oleh Mohamad Khir Toyo kepada para penyokongnya di Selangor. Bagaimana pula di Perak, di Negeri Sembilan, di Kedah dan di Pulau Pinang? Semua ini akan dikaji siasat.

    Dan mereka sedar jika mereka tidak menyerang Pakatan Rakyat, mereka semua akan dibawa ke mahkamah. Tetapi buat masa ini, kerana mereka sedang bergaduh sesama sendiri, maka tenaga dan daya usaha mereka belum sempat dihadapkan kepada Pakatan Rakyat.

    Justeru, apabila musuh lemah, kita menyerang. Jangan tunggu mereka kuat. Lailatul Qadar hanya datang sekali.

    Pakatan Rakyat wajib belajar daripada apa yang telah terjadi di Terengganu. Apabila Haji Abdul Hadi Awang telah menemui ratusan ribu duit tunai dalam laci Wan Mokhtar Wan Ahmad pada malam kemenangan di Terengganu pada 1999, tidak ada apa-apa tindakan diambil - ini kesilapan besar.

    Apabila musuh jatuh, itulah masanya kita menerkam. Apabila musuh lemah, itulah masanya kita menyerang. Dalam politik, kita mesti berani mencekik leher seteru politik kita. Jika tidak, musuh ini akan menyusun untuk bangun dan melawan kembali.

    Rakyat sedang menunggu untuk merebut kemenangan. Kerajaan Persekutuan wajib diambil secepat mungkin. Saat dan masanya untuk bertindak ialah sekarang! Jangan biarkan saat itu beredar.

    Malam Lailatul Qadar hanya datang sekali. Lima tahun dari hari ini, jangan ternganga dan tercengang kerana songkok tersangkut di atas pucuk kelapa.

  18. 18 Ahmad Ramly May 3rd, 2008 at 7:37 am

    Salam Datuk Seri,
    Moga Datuk Seri dapat menyampaikan salam saya kepada Raja Petra. Saya dan ramai lagi di luar memberi sokongan kepada perjuangan ke arah Malaysia yang lebih makmur. Jangan gentar dengan ugutan kosong yang hanya akan kena pada muka mereka balik. Saya dan ramai rakyat Malaysia di luar yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Raja Petra dan semua pejuang reformasi. Semakin hari, semakin benci saya kepada pemerintah yang jelas hanya ingin memporak perandakan rakyat sendiri.

  19. 19 Datuk Halik Zaman May 3rd, 2008 at 9:00 am

    Dato Seri Anwar

    U.P. Raja Petra

    Dalam tahun 2006 hati saya terdetik nak menjadi ahli PKR. Saya dalam kebingungan pada siapa saya mesti kontek?.

    Ada kawan memberi tahu saya, kontek Raja Petra sebab beliau rapat dengan Dato Seri Anwar.

    Saya telefon Raja Petra hasrat saya untuk menyertai PKR. Katanya beliau tidak lagi aktif dalam politik dan dengan murah hati beliau memberi saya no H/P Dato Kamarul Bahrin SUA PKR.(Saya tidak tahu Yang Teramat Mulia Raja Petra masih ingat atau tidak.

    Kerana perkenalan melalui ’suara telefon’ 2 minit itu, saya turut simpati kepada Raja Petra, dengan ucapan bersabar lah. Hadapi semuanya dengan tenang.

  20. 20 GrandPa May 3rd, 2008 at 9:27 am

    Assalaamu’alaikom Saudara Dato’ Seri.
    Polis Raja Di Malaysia (PRDM) bertindak lagi. Sama ada dibawah Mahathir atau dibawah Badawi, sama saja. Saya sarankan bahawa apabila Pakatan Rakyat meneraju kerajaan Malaysia kesemua undang-undang yang menyekat pergerakkan masyarakat madani di hapuskan. ISA, OSA dan akta polis bagi menyekat perhimpunan aman, di hapuskan. Saya menungu masa dan ketika itu. InshaAllah.

  21. 21 nirman May 3rd, 2008 at 9:52 am

    Jahat betul la diorang tu. Bila nak tukar kerajaan nie Datuk Seri? Tak sabar lagi la saya…

  22. 22 syamsulariff.com May 3rd, 2008 at 12:20 pm

    penggeledahan & rampasan? hm..

  23. 23 edyes May 3rd, 2008 at 12:56 pm

    Salam Dato’ Seri,

    Saya meluangkan masa untuk menonton Buletin Utama TV3 bagi kes Raja Petra. Namun berita tersebut berlainan daripada apa yang disampaikan oleh Raja Petra sendiri kepada rakan-rakan yang hadir ke Bukit Aman bersama beliau.

    Pada permulaanya, Raja Petra diarah untuk hadir ke Bukit Aman pada keesokkan harinya iaitu hari ini jam 11 pagi. Tetapi, berkemungkinan bagi mengelakkan sebarang bentuk rusuhan, pihak polis mengarahkan pula Raja Petra melapor diri pada hari yang sama rumahnya digeledah dan komputer ribanya dirampas.

    Raja Petra diarahkan hadir di bahagian jenayah siber di Bukit Perdana jam 4 petang dan dibebaskan lebih dua jam kemudian, kira-kira 6.20 petang.

    Menurut Rocky Bru, Raja Petra menjelaskan bahawa pihak polis masih lagi ‘menyita’ laptop dan desktopnya. Juga difahamkan, pihak polis melakukan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan.

    Saya berpendapat, kerajaan dikatakan bakal menghadapi penentangan yang hebat dari para bloggers, aktivis kebebasan dan pecinta keadilan jika menahan Raja Bloggers ini ke ISA. Semua ini boleh berlaku gara-gara melibatkan Timbalan Perdana Menteri dalam kes Alhantuya dan ia merupakan alasan yang sangat kukuh untuk menyumbat Raja Petra ke ISA.

    Berikut adalah kata-kata Raja Petra sejurus keluar dari Balai Polis.

    “For two hours they tried to make me make a statement. I refused. They threatened to charge me for refusing to make a statement. I told them, go ahead and arrest me or release me right now. And i told them that if they let me walk, I don’t want to see their faces again.”

    Raja Petra tidak tunduk dengan anjing kerajaan. Kami para bloggers bersama Raja Petra.

  24. 24 For a better Malaysia May 3rd, 2008 at 1:35 pm

    This UMNO-BN government must go now!

    Leave Raja Petra alone.

  25. 25 Suhaimi May 3rd, 2008 at 2:02 pm

    bila datuk seri nak buat lagi ambil duit imf untuk selamatkan ekonomi malaysia dan bila lagi datuk seri nak suruh kawan datuk seri paul tulis untuk times artikel kononnya datuk seri orang paling berpengaruh dalam malaysia. bagus jugak ada sahabat dari negara menyerang iraq kan..?

  26. 26 anak mak May 3rd, 2008 at 2:14 pm

    apa pandangan saudara, sejak akhir-akhir ini telah ramai ahli-ahli politik umno yang telah berani berkomunikasi di ruangan siber. mungkin agaknya mereka ingin mengikut jejak langkah saudara sebelum pru dahulu. walau bagaimanapun, tahniah dan selamat datang buat mereka. senang sikit untuk rakyat berbicara.

  27. 27 rakyat biasa May 3rd, 2008 at 3:23 pm

    siasatlah dulu. kalau salah buktikan di mahkamah.

    kita kena yakin juga dengan pandangan pihak berkuasa.

  28. 28 samarkand May 3rd, 2008 at 3:43 pm

    Assalamualaikum WBH..

    DSAI,

    Sememangnya begitu..bagi yang dah paham,maka pahamlah..jangan tak reti-reti macam suhaimi bangang tu.Harap semua pendokong-pendokong REFORMASI bersabar,sebab itu adalah PROVOKASI mereka untuk membuatkan penyokong-penyokong PR naik minyak(marah le)..sudah saya katakan mereka tak akan duduk diam,segalanya akan digerakkan..sudah menjadi polisi mereka PECAH DAN PERINTAH.Biarlah mereka meneruskan dasar Yahudi itu.

    Harap Raja Petra bersabar,sememang beliau memang seorang yang tabah dan kental.

    TAKBIR,

    REFORMASI,

    MAKKAL SAKHTI,

    HIDUP PR..TAWAN LAGI BAKI NEGERI DI BAWAH BE END DAN AMENO.

  29. 29 Noh May 3rd, 2008 at 4:18 pm

    md isa,

    Nak sebarkan bukti apa ke bendanya. Awal2 lagi Pendawa dan Pembela bersekongkol bersetuju tidak releven dan jangan diteruskan apabila nama Najib disebut oleh saksi terdapat difoto tu.

  30. 30 cokelat May 3rd, 2008 at 5:28 pm

    Dato’ Seri yg kami sayangi….

    Petang semalam di bumi kenyalang, perginya menemui tuhan pahlawan sejati keADILan sdr Daniel Gerinang. Dengarnya beliau meninggal dunia ketika berjoging.

    Untuk pengetahuan Dato’ Seri, tanpa sdr Daniel Gerinang….tiadalah keADILan…!!!!

    Nama beliau adalah senonim dgn Parti keADIlan. Berjuang sejak zaman Reformasi hingga hari ini. Orang pertama Dayak yang menggerak parti hingga ke pendalaman SARAWAK. Hari ini bukti ramai pimpinan DAyak dalam keADILan.

    Macam dia tahu umurnya tidak lama kerana bimbang masalah kewangan. Dan beliau kata nak beli keranda pun duit tak ada.

    Walaupun karektornya saling tak tumpah macam Gobala Krishnan…… tapi….karektor beginilah yang mempunyai daya tahan yang kekal lama walaupun seketika… pernah diracuni oleh Ruslan Kasim ….

    Akhirnya satu bendera keADILan sudah berkibar di Dewan Undangan Negeri SARAWAK.

    Saya menyeru kepada semua insan membantu isteri mendiang- Seli Daring no. Ac 111113345548 (Maybank) Hp 019 8916060. (tangisan seli terpanggil untuk menulis diblog Dato’ Seri..)

  31. 31 cokelat May 3rd, 2008 at 5:32 pm

    menurut sumber yang dipercayai hajat mendiang Daniel Gerinang untuk berjumpa dengan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak kesampaian…

    Saya mintak Tan Sri khalid dapat menghubungi isteri mendiang untuk ucapan takziah dan bantuan sekadar yang patut bagi meringankan beban terutama anak-anak yang masih kecil…..

  32. 32 Datuk Halik Zaman May 3rd, 2008 at 5:47 pm

    Suhaimi

    Awak fikir apa yang Tuan Tuan Melayu awak buat semua betul? Tulisan awak macam jeles jer nampak.

    Itu lah dari awal awal lagi awak tidak ’sedar sedar’ nak rompak harta Negara dah nak habis wang negara untuk kamu dan ‘Tuan Tuan Melayu’ kebas. Bila PR buang ‘Tuan Tuan Melayu’ dari berkuasa,hari ini baru kamu ingat ‘ketuanan Melayu’. Baru nak bincang ‘ketuanan Melayu’.

    Kenapa dulu sebelum PRU12 UMNO tidak sentuh pun ketuanan Melayu? Dah kalah 5 Negeri baru nak sebut ketuanan Melayu? Baru nak salahkan Dato Seri Anwar.Pirahhhh mabuk!!

    sang setia Reply:

    sbar masa untuk kita bergembira akan sampai jua, hidup PR

  33. 33 mongolian May 3rd, 2008 at 6:34 pm

    Ketuanan melayu adalah milik umno siapa tuan melainkan para peminpin umno mereka lah memiliki segala kemewahan miliki AP,Permit,Saham,Tanah kurnia,Lot Ternak kerang,satu keluarga umno boleh miliki lesen kelas F dari nenek sampai cucu bila bicara soal ketuanan melayu ianya nanpak berat sebelah rakyat biasa melukut ditepi gantang disini siapa tuan umno atau melayu bawahan.dari sini ujudnya melayu sembah melayu ini kah yang dikatakan umno perjuankan melayu? apa yang dibentangkan pada kongres pemufakatan melayu adalah wak asal balik hasil dapat hujung pangkal lesap persoalannya mereka berkata melayu tidak boleh berharap pada parti politik sedangkan kenapa mereka bersidang di negeri sarang tempat umno menetas (Johor) kenapa tidak di KB kelantan atau Selangor,kedah,perak,penang jelas disini kongres itu bertapak pada umno, umnokan parti politik ini yang dikata berkokok tetapi bontot penuh tahi ayam. kongres itu jelas unjuran umno umno gelisah bila melayu tidak sokong umno sebab mereka dabik dada umno parti melayu terbesar didunia padahal umat melayu di malaysia sudah tahu temelang umno.kalau kelas F mesti berdarah umno apa hinanya melayu yang bukan berdarah umno mereka juga manusia mahu makan dan pakai.bukan umno tak dapat projet apa malaysia ini milik mutlak umno ke? disini menbuat rakyat jelak dengan umno. umno mahu melayu bersatu setelah mereka tidak diterima oleh rakyat sebelum PRU12 umno bermegah dengan kuasa yang ada malah yang buncit pun dada yang kedepan ini lah umno yang derhaka kepada umat melayu, sumpak rakyat telah termakan ini baru langkah pertama rakyat ingat umno. rakyat bukan buta dan tuli mereka akan pastikan jenazah umno diusung ke rumah penbakaran supaya matinya tidak bernesan abunya dibuang sebagi mana menbuang sisa toksid tiada lagi air mawar bagi umno, rakyat begitu hajab di bawah payung umno kerana sering basah dek hujan dan panas dek suria.

  34. 34 adlinaamani May 3rd, 2008 at 6:55 pm

    i agreed with young reformist … lailatul qadar itu cuma sekali …saya tidak boleh bayangkan 5 tahun lagi saya terpaksa terima hakikat duduk semula di bawah dacing …cukup 2004 dulu kita kalah teruk ….jangan diulangi untuk kali ke dua ….

  35. 35 pejuang rakyat May 3rd, 2008 at 8:45 pm

    “Ternyata sentuhan DSAI dalam PRU- 12 berjaya meranapkan BN di beberapa buah negeri. Ini realiti yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Jika tidak kerana usaha beliau menyelaraskan pakatan pembangkang dan masing-masing dibiar menyertai pilihan raya seperti mana yang lepas, tidak mungkin BN dapat ditewaskan seteruk itu.

    Hakikatnya, bukan mudah memujuk DAP dan PAS untuk menerima konsep muafakat ‘satu lawan satu’ bagi menghadapi BN yang memang perkasa itu jika tidak kerana peranan yang dimainkan oleh DSAI. Ini adalah kerana selain dari perbezaan dasar yang jaraknya langit dan bumi bagi kedua parti tersebut, masing-masing mempunyai penyokong di peringkat agar umbi yang fanatik terhadap parti mereka dan agak sukar untuk dijinakkan.

    Kini, miski pun ramai yang mengkagumi kejayaan DSAI termasuk pemerhati luar, tetapi tidak kurang juga yang cemburu dan dengki terhadapnya. Sebab itu terdapat usaha-usaha untuk memburukkan persepsi terhadap beliau yang bukan sahaja datang dari musuhnya, malahan datang dari kalangan pembangkang sendiri yang bersama-sama berjuang menumbangkan BN dalam PRU baru-baru ini.

    Mereka menggunakan berbagai cara dan strategi termasuk menggunakan laman blog untuk menghentam DSAI. Tindakan tersebut sebenarnya menabur bibit keraguan dalam minda rakyat agar keyakinan mereka terhadap karisma DSAI akan terhakis sedikit demi sedikit. Jika anda rajin, cuba perhatikan tulisan-tulisan yang dimuat pada laman blog yang meremehkan ketokohan beliau dan sekali gus lupa terhadap peranan beliau sebelum ini.

    Agak menyedihkan, ada yang mula mempertikaikan kelayakan DSAI untuk merebut tampuk pemerintahan negara dengan alasan beliau meneruskan dasar sekular, tidak Islamik, membunuh nasib masa depan Melayu, agen Yahudi dan sebagainya. Sebaliknya mereka menyarankan jawatan utama itu layak diberi kepada tokoh sanjungan mereka yang dianggap lebih berwibawa berbanding dengan DSAI. Soalnya, kenapa perbincangan ini baru ditimbul sekarang dan tidak sebelum pilihan raya? Tidakkah terlalu awal membincang sesuatu yang masih belum tiba masanya?

    Janganlah hendaknya terjadi seperti kisah dua beradik yang tamak harta. Mereka sanggup berkelahi dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri kerana berebut harta pesaka, padahal waktu kejadian berlaku, harta yang diimpikan itu masih dalam penguasaan bapanya yang merupakan seorang jutawan tersohor. Akhirnya setelah bapa mereka meninggal dunia sepuluh tahun kemudian, harta tersebut jatuh kepada baitulmal kerana tiada lagi waris yang berhak ke atas harta pesaka tersebut. Ini suatu peristiwa malang yang patut dijadikan iktibar.

    Kita percaya DSAI tidak mudah kecewa dan lemah semangat dengan serangan ke atas peribadinya menerusi blog kerana beliau lebih matang serta tahu sepak terajang dalam perjuangan. Demikian juga penyokong-penyokong beliau diharap tidak terkilan dengan serangan tersebut kerana ianya pasti dilakukan oleh orang yang mencemburui kejayaan DSAI.

    Bagi DSAI, serangan menerusi penulisan adalah terlalu kerdil buat dirinya lantaran beliau pernah berdepan dengan fitnah terbesar yang menggemparkan negara. Mana ada seorang pemimpin negara di abad ini yang mengalami ujian yang cukup hebat seperti DSAI.

    Beliau ditangkap, dicedera oleh Ketua Polis Negara sampai sepauh mati, dimalukan menerusi tuduhan seksual di luar tabii dengan pendedahan tanpa tapisan tentang perilaku yang tak bermoral itu menerusi semua saluran informasi milik negara dan swasta yang pro kerajaan, diracun dengan racun arsenik semasa dalam tahanan, menanggung penderitaan sakit yang boleh membawa lumpuh tanpa dibenar menjalani rawatan pakar di luar negara dan banyak lagi.

    Untuk melengkapkan kezaliman ke atas dirinya oleh sang penguasa yang dianggap gila kuasa, pertuduhan dirancang dengan sedemikian rupa di bawah kendalian pihak berkuasa dan fakta tuduhan boleh dipinda dari semasa ke semasa bagi mewajarkan kes tersebut dirujuk ke mahkamah. Kemudian, beliau dibicarakan dalam mahkamah di bawah kendalian hakim yang penuh kontraversi sehingga akhirnya hukuman dijatuhkan sebagai tanda beliau seorang penjenayah yang benar melakukan kejahatan yang patut menerima hukuman.

    Rakyat dan pemimpin seluruh dunia memerhatikan apa yang berlaku di Malaysia ketika itu dengan penuh sangsi. Sementara pemimpin dan penyokong UMNO menyaksikan penzaliman ke atas DSAI dengan penuh ketakutan, seolah-olah mereka sedang menyaksi kerbau yang sedang dibaham harimau tanpa seorang pun berani menghalang. Walau pun mereka tahu DSAI menjadi mangsa kekejaman, namun mereka lebih rela mengambil sikap membisu dan membutakan mata, demi untuk menyelamatkan diri.

    Terdapat segelintir rakan setia yang bersimpati dan cuba membela keadilan DSAI, namun dengan senang mereka disumbat ke dalam penjara atas berbagai tuduhan yang memungkinkan mereka disabitkan kesalahan. Ini senario yang wujud di Malaysia pada akhir tahun 90 an, seolah-olah negara berada di zaman otokrasi pemerintahan Athen di abad sebelum Masehi.

    Ternyata DSAI telah lulus ujian besar bermula dari tarikh beliau disingkir dari jawatan penting negara pada tahun 1998 hingga dibebas dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004. Beliau lulus dengan cemerlang peringkat master, di mana ilmu politik dan ketatanegaraan yang dialaminya itu cukup layak untuk ke jawatan tertinggi negara sebagaimana pemimpin besar dunia seperti Nelson Mandela dan lain-lain tokoh negarawan yang pernah merengkok dalam penjara sebelum dinobat oleh rakyat sebagai penguasa tertinggi negara.

    Namun, akibat irihati atas kelulusan tersebut dan mungkin dengki dengan kejayaan menyatukan beberapa parti pembangkang yang kini menguasai lima negeri, ada yang cuba memadamkan imej beliau di mata rakyat dengan harapan kebangkitanya terbantut dan kelantangan suara reformasinya terus lenyap. Usaha tersebut tentunya dilakukan oleh musuh beliau yang kadang-kadang meyamar sebagai penyokong parti pembagkang.

    Walau apa pun, penyokong dan pendokong PR tidak wajar bertindak mengeruhkan suasana dan membiarkan diri mereka diperalat oleh tali barut BN tanpa mereka sedari. Mereka tidak harus menggunakan kebebasan berkarya semata-mata untuk menghentam tokoh karisma tanpa mempedulikan implikasinya kepada PR serta barisan pimpinan atasannya yang sentiasa bekerja keras bagi mengukuh dan memantapkan perkungsian PR yang masih terlalu rapuh itu.

    Sebaliknya para menyokong PR seeloknya membentuk muafakat di peringkat akar umbi yang lebih dinamik bagi mempertahankan momentum PR agar tidak mudah dimusnahkan oleh musuh bersama mereka. Mereka harus sedar jika benteng PR berjaya dirobohhan dalam jangka masa terdekat ini, maka keupayaan untuk bangkit kembali hanya tinggal angan-angan sahaja. Percayalah.

    Wallahu a’lam.

  36. 36 Suhaimi May 3rd, 2008 at 9:34 pm

    saya tidak mengatakan ketuanan melayu itu satu benda yang saya katakan dan saya tidak katakan bahawa saya penyokong umno atau pkr atau mana mana parti politik. saya juga kagum dengan DSAI dengan dasar alternatif tentang minyak dan hasrat beliau hapuskan kroni, rasuah dan rompak harta negara oleh kerajaan sekarang. tapi saya harap DSAi hanya tidak guna media barat sebagai tmpat utk permainan politik. jgn jadikan Barat dalam campur tangna politik kita. nanti orang juga pandang tidak kena tempatnya

  37. 37 Atan May 3rd, 2008 at 10:05 pm

    Aku dari dulu sampai sekarang pelik dengan sikap polis.
    Apa la nak jadi dengan tanahair tercinta ni kalau takde Pakatan Rakyat.
    Memang aku azamkan pangkah PR for next election. Long live PR

  38. 38 PJUTara May 3rd, 2008 at 10:11 pm

    Dear Anwar,

    When are we going to take over the goverment? I can’t wait to see PKR rights the wrongs.

    It is NOW or NEVER.

  39. 39 sam_marine2005 May 3rd, 2008 at 11:10 pm

    Hi D.S. Mr. Anwar Ibrahim,

    here are my my 2 cents worth after reading your blog for many times,

    Puting it in a laymans term,

    BN goverment MUST be abolish, so is the ISA and OSA.

    As an old saying that has been ringing in peoples mind today is that, a true politician leader is the one who has been gone to prison or being detained in some way in an unjustifiable manner. Then and only then they can be in office. Have a second or two to think about the above statement and look at successfull leaders of Malaysia today, who has not been in jail before.

    So to rap things up, its a bullshit that people say the PM post follows the RAHMAN law.

    “Mansui DSAI”

  40. 40 monsterball May 3rd, 2008 at 11:11 pm

    Dear Bro.Anwar’
    Please put out your messages with English translations too.
    Alot of Malaysians can read a little….but not that good in Bahasa. Spoken…no problem….every body understands everyone.
    Don’t forget..it is not the blog owners that open the eyes and ears of voters. It is the millions of messages by bloggers…that do not own a blog…being identified as commentators….actually are the most energetic bloggers in Malaysia..like me…exposing all…day and night…so that readers are not being brainwashed by pro government bloggers. Check it out….all these 3 years…who exposed Mahathir nonsense most…it’s yours truly…monsterball..without fear nor favor. It is the song…that attracts listeners…..not the conductors. Songs are bloggers/visitors/comemtators. Conductors are blog owners…comprente???
    Many are like me…cannot read Bahasa very well…and hope…you will think of the hundreds of thousands Indians and Chinese…voting for People’s Party….not good in Bahasa. NO!!..you need not add a Tamil translation in. Indians have done their excellent job…let them concentrate on the 5 arrested. Yes…we feel and pray for the 5 HEROES too…..until they are all released.!!

  41. 41 Kuan May 3rd, 2008 at 11:12 pm

    ku cari damai di hati

    yang kucari
    pemimpin yang boleh diharap
    yang kucari
    pemimpin yang adil
    adil untuk rakyat malaysia
    yang nak kutendang
    pemimpin korup dan bangsa-bangsaan
    ku cari damai di hati
    ku sandarkan Pakatan Rakyat

    Malaysia menuju kemunduran dan ketidaktentuan
    bertindaklah sebelum parah

  42. 42 antimamak May 3rd, 2008 at 11:14 pm

    Kawan kawan ..brother brother
    Kita patut memberikan sokongan kepada RPK dengan penuh semangat, memberikan tepukan gemeruh sambil memberikan penghormatan yang paling ikhlas.

    Tangkap , tangkap RPK, rompak komputernya tanpa memberikan apa apa alasan yang kukuh, menghasut RPL melanggari undang undang, perbuatan uniform biru ini ingin menukarkan Malaysia menjadi POLICE STATE. Menyalahgunakan kuasa dan membatasi keperlakuan hak asasi manusia, inilah namanya penindasan, memang rakyat tidak dapat terima fakta ini,

    Ramai lagi, rakyat malaysia yang dianayai oleh polis, sesetengah dari mereka dipaksa menandatanagi statement, mengaku salah dihapan polis, sesetengah dari mereka dipukul, diseksa, didera sehingga masuk hospital, tetapi setakat manakah pihak kerajaan mengambil prihatin tentang kes begini??

    Apakah perbezaannya samseng tepi jalan dengan samseng beruniform biru?? perbezaan nya cuma mereka diiktirafkan oleh kerajaan. Malangnya Pihak kerajaan menggunakan mereka untuk menindas golongan yang ingkar dan bangkang keatas mereka sehingga rakyat kehilangan mulut untuk bersuara.

    Selagi polis menyalahgunakan kuasa, selagi rakyat akan bersatu , merobohkan UMNO dan menghapuskan kuasa mereka pada pilihanraya akan datang. Inilah hukum karma yang akan terima padahnya syabas . syabas RPK

  43. 43 sedih May 3rd, 2008 at 11:26 pm

    suhaimiii…dah media malaysia cam sampah…guna r media luar,cuba bg anwar kuar buletin utama klu berani,,,siarkan ucapan die…

  44. 44 macanhitam May 3rd, 2008 at 11:40 pm

    dato seri,
    tolonglah janji kepada kami, di pihak rakyat yg PDRM akan dirombak. PDRM sudah semakin parah dari hari ke hari disebabkan tugas mereka sekarang sudah menyongsang dari tujuan sebenar kerana telah dipergunakan oleh mereka yang korup untuk membuat kerja picisan yang tidak sepadan dengan tugas sebenar mereka.

    harap perkara ini diberi sepenuh perhatian sekiranya pakatan rakyat berjaya membentuk kerajaan kelak.

  45. 45 hanif amran May 4th, 2008 at 12:21 am

    salam DSAI..

    bagi saya permuafakatan melayu dgn memanggil pimpinan pemuda dari pkr dan pas oleh juak2 ameno hanyalah merupakan retorik semata..sepatutnya pihak pembangkang kena ingat pas dulu pernah kena tipu ngn emeno-be end dulu..org islam xkan dipatuk dua kali di lubang yang saman..bkankah begitu dato??

    harap2 DSAI nasihat pimpinan pemuda dari pkr n pas spy jgn termakan dgn penipuan ameno-be end ni..

    da kpd RPK spy teruskn perjuangan..kami sentiasa berada bersama RPK.

    REFORMASI!!!
    TAKBIIIR!!!!

  46. 46 monkeyHead May 4th, 2008 at 1:24 am

    Anak Reformasi, #16:

    Tu namanya hipokrit = munafik. Boleh jadi imam kita semua ke orang macam tu?

    mH

  47. 47 monkeyHead May 4th, 2008 at 1:26 am

    Atan, #37:

    Mat Sabu kata PDRM dah jadi PRDM (Polis Raja Di Malaysia)
    Apa nak heran…

    mH

  48. 48 Cikgu Din Sakura May 4th, 2008 at 12:26 pm

    Atan,
    Apalah nak dipelikkan sangat perangai polis ni. Kawan atuk baru je pencen daripada polis (prebet jer). Ada ke dia tanya atuk, “PKR ni, perjuangan dia orang betul ke?, Anwar Ibrahim ni betul ke tak bersalah?”. Tertonjol biji mata atuk mendengarnya. Soalan dari soorang yang betul bentul dan ignorant. Atuk agak hampir sumer polis dah dibrainwash begitu. Tak boleh pikir sendiri. Lebih-lebih pegawai bawahan yang menurut arahan membuta tuli. Tak celik lansung. Dan yang pegawai berpangkat plak ada agenda mereka sendiri. Sumer nak menjadi IGP May 13.

  49. 49 Alpa May 4th, 2008 at 1:34 pm

    Assalamualaikum DSAI,
    Inilah legasi yang diturunnkan oleh mamak kedah ke anak mas masa nak melantik jadi PM. Harap dengan peralihan kuasa setidak-tidaknuya dapat ditegakkan keadilan dibumi yang makmur ini. Sekarang ini saya sebagai rakayat Malaysia naik muak dengan isu ketuannan melayu masa berkuasa penuh lupa diri, sekarang dapat majoriti mudah baru nak bercakap pasal ketuannan porah……inilah politik UMNO dah tersepit baru nak buat. Kalau cakap pasal kebebasan media jangan jadi macam Harakah…elok isu Sultan Perak tak nak melapurkan jangan jadi media UMNO yang baik saja ditonjolkan yang tak elok simpan bawah carpet…ini mencerminkan ketelusan walaupun dari segi media.

    Wassalam

    sidee Reply:

    sokong DAP !! Yg pasti, hanya DAP dapat bantu semua rakyat Malaysia dan bangsa Melayu

  50. 50 Nana Muscow May 4th, 2008 at 2:48 pm

    Salam DSAI,

    Saya harap tidak terlalu lewat untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan PRU 12 tempoh hari. Dan selamat pulang ke Parliamen dan Arena Politic secara rasmi. Saya salah seorang pengikut pergolakan politic negara sejak awal lagi. Dari apa yang telah saya alami keadilan sudah tidak wujud dalam pemerintahan negara ini. Setelah PRU pihak pemerintah bergelodak dan membuat pelbagai tindakan yang melatah dan agak mengaibkan ( jelas tidak professional). Tindakan dibuat hasil dari perasaan tergugat. Namun tidak satu pun antara mereka yang jelas insaf dan sedar akan kesilapan mereka malah terang terangan mereka lebih memalukan diri sendiri dengan menggunakan alat sebaran am sebagai pameran kekecewaan dan kelemahan mereka.

    Atas apa yang telah diamanatkan dan janjikan oleh tuan kepada para penggundi, inilah masa untuk tuan membuktikan kepada rakyat semua memandangkan rakyat semua dah lemas dalam rona politik polimik yang kotor, berat sebelah, korup dan power abusive juga erogant.

    Semuga kita berjaya mengecapkan kejayaan kearah Malaysia yang lebih makmur.

    Nana

  51. 51 wiraanwar May 4th, 2008 at 9:51 pm

    BILA LA NAK TUKAR KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NI DATUK SERI?KAMI PENAT DAH ENUNGGU..TAKKAN LAH NAK TUKAR BILA MALAYSIA NI DAH HANCUR NANTI..

  52. 52 Elias Hj Idris May 5th, 2008 at 8:48 am

    Spesis usung tilam kan masih ada kat atas sana tu….

    Para bloggers,

    Anda semua kena bersatu dan bongkar segala yang berkait dengan skandal Najib-Altantuya;

    Rosmah tu adalah ‘culpirt’ besarnya. Itu yang saya nak beritau.

    Nak cerita lebih nanti dikatakan ganggu ’siasatan’ lak.

  53. 53 Jebat May 5th, 2008 at 10:10 am

    Komentar-komentar yang dihantar banyak menyatakan soal DSAI terhutang budi kepada rakyat dan oleh itu DSAI mestilah bla bla bla…,

    Dipenjarakan(dalam ertikata perbicaraan ala Malaysia) atau tidak DSAI sebenarnya mempunyai pilihan.

    Tetapi memilih untuk dipenjarakan kerana prihatinnya terhadap nasib rakyat.

    Bagaimana pula rakyat(khususnya komentar-komentar yang menanyakan soal terhutang budi)adakah mereka terhutang budi dengan pengorbanan DSAI untuk mereka!.

    Sangupkah:-
    1. mereka kehilangan pekerjaan yang imbuhannya ribuan sebulan;
    2. mereka berpisah dengan keluarga(isteri & anak);
    3. mereka tinggal bersendirian disel yang keluasannya hanya lebih kurang 24 kaki persegi berbanding 1,500 kaki persegi keatas;
    4. mereka tidak dapat bersama-sama semasa pemergian ibu yang dikasihi dan lain-lain lagi.

    Adakah mereka mempunyai pilihan pemimpin yang lebih berkeliber selain DSAI buat masa ini?.

    Apakah pilihan mereka yang ada sekarang?.

    Rakyat Melayu(khususnya diPulau Pinang)riuh Pulau Pinang diperintah oleh Parti Cina (DAP) tetapi mereka tak riuh semasa dibawah pemerintahan Parti Gerakan(Cina).Tetapi mereka tidak pula riuh untuk tidak berusaha untuk memenangkan PAS(Parti Islam Semalaysia). Malah mereka sedia maklum selama 18 tahun PAS memerintah Kelantan pernah tak kedengaran exco-exco mereka ditahan sebab rasuah dan lain-lain perkara yang tak meyenangkan untuk didengar, tidak seperti UMNO,MCA & MIC penuh dengan kisah-kisah pemimpin itu rasuah, pemimpin ini terbabit dengan pembunuhan dan lain-lain lagi TAPI peliknya masih mahukan mereka lagi.

    Sebenarnya orang Melayu tidak berpecah kecuali perpecahan dalaman UMNO, inilah sebenarnya yang sangat-sangat ditakuti oleh orang melayu UMNO. Mereka akan hilang segala-galanya yang selama ini dinikmati hasil pemberian orang melayu(rakyat) kepada mereka.

    Maka marilah kita menumpukan agenda yang lebih penting daripada menumpukan isu yang remeh temeh dan merugikan.

    Jangan kita(Melayu) asyik menyalahkan bangsa lain disebabkan kelalaian bangsa kita sendiri, mandat selama 50 tahun telah diberi untuk mewakili bangsa kita takkan nak cakap pasal ketuanan Melayu sekarang, apa dah jadi dengan bahasa jawi,apa dah jadi dengan sekolah agama, surau diroboh tetapi lesen judi dikeluarkan.

  54. 54 Cikgu Bedah May 5th, 2008 at 11:38 am

    Salaam DSAI
    Mohon penjelasan DSAI tentang apa yang terjadi pada blog RPK. Pada 1125 pagi tadi laman blog RPK menyatakan “the site is temporarily unavailable” walhal pada pukul 930 pagi tadi juga saya tiada masalah mengakses laman blog beliau.
    Semoga RPK dan keluarga dalam lindungan Allah.

    DSAI, kami tak sabar untuk menempa era Malaysia BARU dengan PR!
    Cukup, cukuplah dengan dosa korupsi, opresi, obsesi, mabuk wang ringgit BN.
    Kami mahu bangga menjadi rakyat Malaysia yang BERSIH.
    Please hasten the formation of the new, clean government, ya Allah!

  55. 55 Cikgu Bedah May 5th, 2008 at 1:31 pm

    Salaam
    I’ve checked Malaysia Today again and thankfully it’s business as usual.
    I really thought the powers-that-be had shut down the blog this morning.
    Phew!

  56. 56 Justice_Bao May 5th, 2008 at 10:51 pm

    ************************************

    HELLO !!!!!!!!

    Raja Petra has been ordered to surrender himself at the Jalan Duta magistrate’s court at 9.30 am tomorrow to be charged with sedition.

    Hello !!

  57. 57 PeoplesPower May 6th, 2008 at 12:42 am

    RPK…RPK…RPK…RPK…i hope someone will lead this chant tomorrow.

    Together with you, sir dsai, he had played his part too, he had done his part and he is a major factor. I personally hope something within moral should be done besides financial support.

  58. 58 dammit May 6th, 2008 at 2:02 am

    saya bukan orang melayu…tapi saya akan tetap menyokong pendirian orang ini tanpa mengira kaum dan latar belakangnya.

  59. 59 jay May 6th, 2008 at 2:28 pm

    saya juga bukan orang Melayu tetapi kezaliman tidak mengira bangsa, kaum dan agama. Hidup RPK. V support u. Don’t 4get to pray 5 x a day as yur religion tought u.

  60. 60 arce May 6th, 2008 at 9:10 pm

    salam buat semua…..aku berjanji insyaallah…aku haramkan diriku anak dan cucu cicit ku jadi POLIS…biar la keje cikgu ke ustaz dan yang ade pendapatan tetap dari keje POLIS

  61. 61 embassyparis May 7th, 2008 at 1:37 am

    DSAI,
    Saya antara pegawai yang berada di Paris pada bulan May 2005 ketika Najib, Razak Baginda, Rosmah dan ’seorang wanita cina’(yang dicetak sebagai kawan pada Razak Baginda) datang melawat. Semua pegawai kedutaan dan pegawai-pgawai badan kerajaan lain memang mengakui hakikat ini ( mereka memang mengecam wanita it sebagai Altantuya). Saya sanggup meneynaraikan semua pegawai yang berada di sini ketika itu dan cara menghubungi mereka (saya akan emelkan secara peribadi). Kita cuma perlu SEORANG INSAN YANG BERANI memberi bukti (dokumen, whatever paper, gambar )- saya 100% pasti kesemua mereka bersama ahli keluarga (anak Najib di England turut serta) dan MP-MP seramai 12 orang kalau tak silap saya, pergi ke Disneyland Paris. selepas tu pergi shopping sampaikan Rosmah sampai lewat untuk majlis bersama rakyat Malaysia (penat berbelanja sampai 42,000 euro - duit rakyat Malaysia). DSAI saya pasti hanya DS sahaja yang boleh membawa keadilan kepada rakyat Malaysia.cuma SATU bukti cukup DS… Tak rasa berdosakah si Najib ini? Bayangkan kalau yang diletup itu ialah anak perempuannya? Malang sungguh saya kerana ini sahaja maklumat yang dapat diberi dan malang sekali saya tidak dapat menmpilkan diri secara terbuka disebabkan komitmen keluarga. Saya janji DS saya akan senaraikan semua nama pegawai& kakitangan yang berada di sini ketika itu…. datuk kena pandai dapatkan maklumat daripada mereka. Sejauh yang saya tahu ramai yang memang benci dengan kerajaan BN rasuah ini… cuma apakan daya…

  62. 62 melayu May 8th, 2008 at 9:13 am

    Assalammualaikum Dato Seri,

    Harap Dato Seri buat kempen besar besaran untuk selamatkan RPK. Sekarang ni dia di simpan dalam penjara tanpa siapa boleh jumpa. masyaAllah, apa nak jadi dengan UMNO.

  63. 63 melayu May 8th, 2008 at 9:32 am

    Saya cadangkan DSAI buat kempen

    1) Selamatkan RPK - jangan sampai RPK kene tindas teruk teruk macam DSAI kene dulu. Sekarang ni pun dah berlaku perkara pelik bila RPK tidak dibenarkan dilihat oleh isteri sendiri (masyaAllah).

    2) Kempen haspuskan perkataan “Subsidi kerajaan kepada rakyat”. Saya sangat sakit hati bila akhbar BN guna perkataan ini. Sampai bila mereka nak bodohkan rakyat Malaysia dengan perkataan ni? Rakyat tak pernah dapat subsidi dari kerajaan sebab kerajaanlah yang dapat subsidi dari rakyat untuk mengaut hasil bumi rakyat. Hasil bumi rakyat diberi kepada rakyat, adakah itu subsidi?

    3) Kempen kembalikan semula hak rakyat kepada rakyat, bukan hak rakyat kepada Petronas dan seterusnya kroni BN. Keuntungan petronas sepatutnya dikembalikan kepada rakyat!

  64. 64 melayu May 8th, 2008 at 10:17 am

    Saya ada cadangan lagi. Saya amat benci pada akhbar BN seperti utusan, bharian. Tetapi, kadangkala terpaksa jugak singgah di laman web mereka untuk dapatkan berita2 terkini mengenai Malaysia dan luar negara.

    Jadi alangkah baiknya jika kita ada alternatif akhbar lain yang menyajikan berita2 bukan berunsur politik ini kepada pembaca yang benci kepada akhbar BN? Harakah ada, tetapi boleh katakan 100% berita mengenai politik (Malaysiakini pun lebih kurang…), kamu mahukan sebuah akhbar yang menyajikan berita tidak berunsurkan politik mengenai Malaysia dan luar negara. Jika susah nak dapatkan permit untuk terbitkan akhbar bercetak, buat akhbar online je dulu. Boleh tak agaknya? atau kos nya mahal sangat sampai tak mampu untuk di tanggung? Saya rasa akhbar seperti ini amat diperlukan oleh golongan cerdik Melayu yang dah meluat baca propaganda umno dalam akhbar BN yang diletak di muka depan. Bukak2 aje…asyik2 nampak muka paklah yang sangat dibenci dan kata kata hasutan mereka. Taknak tengok pun terpaksa tengok sebab akbbar tu aje berita pasal mahkamah, dalam negeri, sukan, luar negara etc… sekarang ni pulak, hari hari mereka letak di muka depan pasal kenaikan harga minyak (konon untuk cover kenaikan harga minyak dalam negara yang tak sepatutnya berlaku).

  65. 65 qibpuc May 12th, 2008 at 4:36 pm

    cadangan aku adalah:

    1. BN sekarang dah cam nak cari pasal je.

  66. 66 qibpuc May 12th, 2008 at 4:42 pm

    Aku harap bila 4 thn nanti BN kalah pulak.Aku 99% benci kat BN.orang BN yang tak de buat salah tu takpe lah.

  67. 67 pemerhati Jul 17th, 2008 at 2:53 pm

    Malaysia akan terus terjunam ke dalam kehancuran selagi wujud Polis Dihamba Mahathir.

  68. 68 jejaka Jul 24th, 2008 at 10:04 pm

    suhaimi

    pakai otak kepala lutut, bila ada membuat diplomatik dikata tali barut asing, habis tu apa guna wujud kementerian luar negeri ?

    sidee Reply:

    sokong DAP !! hanya DAP dapat bantu semua rakyat Malaysia dan bangsa Melayu

  69. 69 anak malaysia Aug 29th, 2008 at 9:44 am

    Buat semua,

    Tiada seorang pun yang tidak pernah membuat kesalahan. Tidak kiralah samada orang itu datangnya dari UMNO, MIC, MCA, DAP, PAS, PKR atau lain - lain parti politik. Bagi pendapat saya bukan parti yang harus ditukar tetapi pemimpin yang sudah tidak berkelayakan atau yang sudah terpesong tujuan penglibatan beliau di dalam politik yang harus ditukar. Penyelewangan dan perbalahan tetap berlaku di dalam semua parti politik. Cuma kesilapan parti kerajaan terutamanya UMNO, ialah membesarkan masalah dalaman mereka sehingga ianya menjadi santapan umum dan secara tidak langsung menjatuhkan maruah mereka sendiri. Siapa pun yang mengambil alih tampok pemerintahan adalah tidak penting. Yang penting, orang itu mestilah tau dasar perjuangan beliau dan yang paling utama Nawaitunya. Secara peribadi, saya rasakan DSAI adalah calon yang sesuai untuk menjadi PM akan datang. Beliau adalah pemimpin yang mempunyai kredibiliti. Saya bukan hendak meyamakan beliau dengan Tun Mahathir tetapi saya nampak beliau dapat membawa MAlaysia ke mata dunia luar sepertimana Tun lakukan dahulu. Mungkin beliau tidak sehebat Tun di dalam memajukan Malaysia di peringkat awal tetapi saya yakin sekiranya beliau ikhlas, jujur dan tulus, tidak mustahil beliau akan menjadi lebih hebat dan sekaligus dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan. Yang lebih penting, kita perlu mengembalikan perpaduan kaum Melayu sendiri. Apakah saudara semua rasa bangsa lain tidak memperdulikan perpecahan bangsa kita? Percayalah, sebenarnya mereka (tidak kira dari parti politik manapun) sedang mentertawakan kita. Mereka sedang bersorak kerana bagi mereka perpecahan kita adalah kemenangan terbesar mereka. Mereka tidak perlu untuk bekerja keras untuk menang di dalam mana-mana pilihanraya bagi meraikan kejayaan mereka. Mereka hanya perlu menunggu perpecahan kita. Jangan sampai akhirnya mereka berkuasa akibat perpecahan kita. MEreka kini memang berkuasa dari segi ekonomi, mahukah kita melihat mereka berkuasa dari segi politik. JAngan ingat kita kuat dengan hak keistimewaan kaum Melayu yang kita ada sekarang kerana hak itulah yang membuatkan kita jatuh sebenarnya kerana kita terlalu asyik dan alpa. Saya tidak meyokong mana-mana pihak. Saya hanya mahukan yang terbaik untuk kita semua. Buat DSAI, sekiranya anda rasa anda layak untuk menerajui negara kita, teruskan perjuangan anda. Lakukanlah dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan ketelusan. Jangan pula nanti bila dah berkuasa, back to square one. Bak kata orang belah kita (utara), pi mai pi mai duk tang tu jugak. JAnji ke mana, niat ke mana, yang penting poket sendiri. Diharap saudara tidak akan melakukan begitu. Buat semua penyokong parti politik, berjuanglah dengan rasional. Jangan ikut kata hati, tetapi ikutlah akal yang waras. Jangan terlalu ekstrem. Nanti ramai pula yang tersadai di hospital akibat serangan jantung. Berjuanglah tanpa keganasan…… Semoga kita dapat hidup aman dan damai sepertimana yang tidak terdapat di kebanyakkan negara di luar sana. Maaf, sekiranya anda semua kecewa dengan tulisan ini, kerana tulisan ini tidak menggambarkan sokongan kepada mana - mana pihak.

  70. 70 bapakko Sep 24th, 2008 at 8:27 am

    Apa yg dikatakan oleh Anak Malaysia tu adalah REALITI. Bukan terjadi di Negara kita Malaysia saja malah di Serata DUNIA. Pokoknya NAWAITU kita. BERPOLITIK memang baik tapi cara pembawaan individu itu sendiri yg membuat ianya seperti menanam sepohon pokok buah, kita jaga dengan baik sehingga mengeluarkan hasilnya & hasilnya kita kongsi/rasai bersama & bukannya untuk kita MAKAN seorang.

    Ayuh semua bangsa ku marilah kita kembali BERSATU kita xnak kejadian di PALESTIN berlaku di MALAYSIA. Bak pepatah Melayu dulu, AYAM menang Kampung TERGADAI. Ayam bermaksud pemimpin Melayu ( BONEKA )& Kampung bermaksud BANGSA MELAYU …. ANAK KECIL MAIN API ……. terbakar ….

    Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Hari Lebaran.

  1. 1 Siapa lagi selepas Raja Petra? « Amin Iskandar @ Black Pingback on May 5th, 2008 at 3:54 pm
  2. 2 RPK charged with sedition, refused to post bail Pingback on May 6th, 2008 at 1:55 pm

Leave a Reply




Galeri Flickr

website-promo Anwar Ibrahim at CLSA Conference Anwar Ibrahim at CLSA Conference Anwar Ibrahim at CLSA Conference Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08 

Poster Kempen

Get the Flash Player to see the slideshow.

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners