02
May
08

Pertemuan dengan Ayah Altantuya

Petang Isnin lalu, ayah kepada Altantuya, Profesor Shaaribu dari Universiti Mongolia berkunjung ke pejabat saya. Beliau memulakan dengan menyampaikan salam hormat dari Menteri Luar Mongolia, kenalan saya sejak menjawat Presiden Unesco dulu.

Saya rumuskan penyesalan yang dilafazkannya bersabit pembunuhan dan letupan kejam keatas anaknya.

1. Mengapakan kes sengaja dilengahkan?

2. Mengapa siasatan polis tidak rapi dan Dato Najib tidak disoalsiasat walaupun beliau pasti Altantuya adalah kenalan Najib dan pegawai kanan beliau didakwa terlibat?

3. Mempertikai kesungguhan jabatan peguam negara terutama manakala mereka mengumumkan awal lagi “tidak ada orang lain terlibat.”

4. Mempersoal pemilihan dan perjalanan mahkamah.

5. Kegagalan menyiasat pengakuan mengenai pembunuhan yang dilakukan komando berkenaan.

Prof. Shaaribu mendakwa mempunyai beberapa fakta dan maklumat lainnya, namun kesal kerana kes tersebut tidak dikendali secara bebas dan adil.

Saya memberi pengakuan akan terus memperjuangkan agar penyiasatan diteruskan dan perjalanan mahkamah bebas dan adil. Kita jua akan menambah ikhtiar untuk meringankan bebenan keluarga Shaaribu.

ANWAR IBRAHIM


68 Responses to “Pertemuan dengan Ayah Altantuya”


  1. 1 CTim May 2nd, 2008 at 11:43 am

    Hi DSAI,

    Congratulation :) you have become TIME top 100 leaders & revolutionists.

    http://www.time.com/time/specials/2007/completelist/0,,1733748,00.html

  2. 2 fardk May 2nd, 2008 at 12:02 pm

    mengapa dsai di lihat seolah olah melepaskan dendam kesumat pd najib.sedangkan ds kena ingat sewaktu ds dibogelkan dimahkamah 10 tahun dulu,najib tidak memburuk-buruk kan ds.yg dok hentam ds siang malam adalah dr m,nazri aziz,ibrahim ali.tapi kenapa ds tak hentam 3 org tu sekarang ni.tapi asyik dok hentam najib hari2.kesian juga kat najib.dia pun ada jasa juga pada ds,malah 1 team dulu dlm team wawasan.najib tu dah blh dikira baik orgnya kerana dia tidak memburukan ds setiap kali ds hentam dia.dia buat “rileks” je.so lama2 org ramai akan timbul perasaan kesian pd dia dan org akan mula marah pd ds

  3. 3 wiraperdana May 2nd, 2008 at 12:02 pm

    TIKA DAN SAAT INI

    Tika dan saat ini
    Mereka merancang sesuatu
    Tika dan saat ini
    Mereka cuba menambah dosa yang tersedia tertimbun
    Tika dan saat ini
    Mereka masih mengaburi mata rakyat
    Tika dan saat ini
    Mereka menjadikan yg batil itu hak dan yg hak itu batil

    MAKA BENARLAH KITA BERADA DI AKHIR ZAMAN(KIAMAT DAH DEKAT)

    YANG MAARUF MENJADI MUNGKAR
    YANG MUNGKAR NAMPAK MACAM MAARUF

    BENDA YANG BAIK KITA NAMPAK JAHAT
    YANG JAHAT KITA NAMPAK BAIK

    FIRMANNYA
    “KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD) SIAPAKAH YANG MENCIPTAKAN KAMU DARI TIADA KEPADA ADA, DIBERIKAN PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN DAN HATI SUPAYA KAMU (MANUSIA) BERSYUKUR, TETAPI AMATLAH SEDIKIT MANUSIA YG BERSYUKUR” SURAH AL-MULK:23

  4. 4 Kapalai May 2nd, 2008 at 12:08 pm

    Polis geledah rumah dan rampas komputer RAJA PETRA KAMARUDIN? Apa dah jadi Datuk? Boleh komen sedikit…

  5. 5 Abu Ameen May 2nd, 2008 at 12:10 pm

    Mabrook DSAI atas kesungguhan dalam hal ini. Insya-Allah kami terus bersama menegakkan keadilan di bumi Malaysia. By the way, mabrook once again for being nominated as 100 most influential people in TIMES.

  6. 6 antimamak May 2nd, 2008 at 12:16 pm

    apabila syaitan menjlema jadi manusia ,
    maka hukum syaitan diperlaksanakan
    Makahmah dijadikan pentas sandiwara
    perundangan ditapak tangan
    Musnahnya kebenaran tebalik songsang diperputarkannya

    Apabilai manusia menjelma jadi syaitan,
    maka syaitan perundangan APi diperlaksanakan
    Ujar syaitan:
    “Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.
    Engkau ciptakan aku dari api
    dan menciptakannya dari lumpur.”
    Itu lah ISA (Ikut Suka Aku)

    Bukan lagi Syaitan bermain-main di tempat antara
    cerah dan gelap, sejuk dan panas.
    Perbicaraan dilaksanakan dimakamah
    correct! correct! correct!

    Apabila syaitan menjelma jadi pemimpin,
    manusia terpaksa menuruti sistem kehakiman syaitan
    Perundangan syaitan, yang dosa menjadi pahala
    Yang salah menjadi benar
    Terpupusnya hak hak peri kemanusiaan
    Terhancurnya kasih sayang
    Menaburi kebencian

  7. 7 MJ May 2nd, 2008 at 12:29 pm

    Go ANWAR GO!!!!!!!!! FIGHT FOR JUSTICE!!!!!!!!!

  8. 8 eddieputra May 2nd, 2008 at 12:37 pm

    Mahukan sistem kehakiman bebas?
    mahukan kebebasan media?
    Mahukan ISA,OSA,AUKU dan semua akta sekatan dihapuskan?

    Mahukan kestabilan ekonomi?
    Mahukan perpaduan kaum yang sebenar?

    kesemua ini dan banyak lagi merupakan satu “HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA”, AKAN TERTUNAI PADA TANGGAL 16 SEPT!

  9. 9 ans_ukm May 2nd, 2008 at 12:51 pm

    Salam DSAI

    Mengenai pembunuhan Altantuya, saya rasa keadilan yang sewajarnya hanya akan terserlah apabila DSAI mengambil alih PUTRAJAYA… Rakyat amat mengaharapkan agar perubahan tersebut disegerakan…

    Pemimpin lembik sprti Pak Lah x mampu untuk menyatakan ketegasan…
    Lihat sahaja parlimen pada hari pertama…

    Saya yakin keadaan akan bertukar tenang sekiranya DSAI berada dalam dewan rakyat sebagai wakil…

    Walaupun bermacam tuduhan yang dibuat oleh MML (mamak mudah lupa), agen zionis dsb.., saya tetap mengingati jasa DSAI yang banyak melaksanakan syiar Islam, seperti pemakaian tudung, bank islam, UIA, sistem pendidikan islam,

    Untuk itu, Doa saya akan terus bersama DSAI,

    Ayuh, kembalikan zaman kegemilangan Islam dalam konteks Malaysia…

    Wassalam,,

    Peneriak RE.. FOR.. MA.. SI..

  10. 10 reynuka May 2nd, 2008 at 12:54 pm

    Syabas DSAI , kalau dapat dibuktikan ada pembabitan org kenamaan atau menteri , maka makin terbongkarlah segala semua kes2 yang terdahulu yang tiada penyelesaiannya… saya merasakan di dalam negara ini mmg ramai org yang teraniaya … kita harus trace perkara ini ke akar umbinya.. pelik semua kes high profile… mesti nak lengah2kan… mmg Malaysia kini x ubah mcam negara MAFIA !

  11. 11 Norhafidz May 2nd, 2008 at 1:44 pm

    teruskan perjuangan DSAI. Pastikan yang bersalah dihukum, sgt bersimpati dengan keadaan Profesor Shaaribu.

  12. 12 angkasawan nasa May 2nd, 2008 at 1:47 pm

    Kita rakyat malaysia berasa teramat malu dengan cara kita menangani beberapa kes makamah yang man ada sesuatu kes yang melibatkan terlalu ramai saksi dan terlalu panjang sedangkan masih banyak kes yang masih tertanguh jika ini rasminya sistem badan kehakiman negara mana kita nak letak muka, minggu lepas saya keluar negara melawat adik saya belajar disana seorang pegawai inmegresen negara tersebut perli saya setelah dia melihat pasport saya dia berkata any ex-gratia for me? kebetulan saya lupa memakai topeng muka, saya berasa muka saya setebal tilam dek menahan malu disebabkan kelakuan hodoh umno.dengan penuh rasa kemaluan saya berkata dengan terkedu, exxx-gratia (am pau) hanya untuk pada mereka yang telah terkoban diatas kesilapan tangan para peminpin umno. lalu dia berkata di negaranya ex-gratia hanya untuk para persara syarikat mendapat sagu hati pada yang telah berkhidmat dengan baik dalam sesuatu syarikat.bukan pada mereka yang menjadi mangsa kerakusan pihak tertentu.Jika tiada kata putus dalam kes alantuya saya cadangkan kerajaan bayar ex-gratia dengan segera tampa menungu selama 20 sebagai mana yang meninpa keatas yang di hormati Tun Salleh Abbas.Saya juga mencadangkan topeng muka dijual disemua balai berlepas atau pintu keluar negara kepada rakyat malaysia yang punya sifat kemaluan yang tinggi yang jenis duduk pun selepot jalan depan orang tua pun tunduk kan badan minta izin tumpang lalu atau yang mentua lalu belakang pun sedar.kebanyakan budaya orang melayu telah terhakin dek kerja umno nak kan sangat BI dalam sekolah mata pelajaran budaya pupus buku tata rakyat pupus langsung untuk pelajar sekolah umno mahu lahirkan rakyat buta adat dan budaya melahirkan bangsa yang bila buat salah just bayar!….. wang pada umno adalah segala galanya budaya adat dan agama di persetankan SAR dipinggirkan islam Hadari di promosikan bagai jenama barangan awas bala dan balasan allah amat pedih kepada mereka yang menduakan allah islam hadari meletakan dunia jauh kedepan berbanding akhirat sedangkan islam itu jelas perlu seimbang dunia dan akhirat islam itu cara hidup tetapi bukan megejar kemajuan dunia sehingga kita pingirkan SAR banyak sekolah SAR yang di anak tirikan olah UMNO.

  13. 13 ulam batar May 2nd, 2008 at 1:57 pm

    Yes !.. saya sokong dengan padu pandangan Saudara/Saudari angkasawan nasa dunia semakin sempit dan sendat tiada apa yang boleh ditutup begitu sahaja cyber merebak lebih hebat dari TB,Kusta dan HIV tetapi cyber bukan penyakit tetapi ubat pada mereka yang dahagakan maklumat tulus.

  14. 14 Standing as one to fight the wrongs May 2nd, 2008 at 2:03 pm

    It’s truly sad that a loving father has been fighting for his daughter’s justice in Malaysia’s FAILED Judiciary and law or inequality as a whole. Lets put ourselves in his or her family position , what will we feel and what can we do?
    This is not the only case around. How about the chinese boy ruthlessly murdered near the banglo’s swimming pool? His father too has come to Malaysia for numerous time to seek for his son’s justice. How much blood money is used to silent our corrupted police,judiciary and higher authorities?
    How about the early 90s case in which a fresh malay auditor who was murdered in Hong Kong? He was just doing his job professionally and become a white rat for others not to check the govt-linked co’s $$$. Is justice given to him as well?
    All these iceball problems have crippled our society till our police can’t even solve 2 children kidnapped cases. Is Shalini given justice?
    All these happened aren’t about religions,races. They all happen because our simple universal values like integrity,fairness,a good heart have all been politicized by our govt that selfishly protect their pockets and power.
    Are we really contented and happy to see 83000 dropouts each year and made them lead a meaningless life? Are justice given to them because of our systems’ failure?
    When are we going to be in the right track as a whole? Other countries are working towards globalization , are we in snail pace or backwards in term of personalities,mindset and human values? Are we so stupid to think that the world will wait for Malaysia like what we think that other races will wait for us with restictions imposed in the systems? Easily taken things lose its value and spirits just like why diamond is hard to get.

  15. 15 pondok tanjong May 2nd, 2008 at 2:21 pm

    prof Sharibu telah serahkn gambar yg heboh itu kpd pihak PKR…

    minggu depan azmin ali akan dedahkn di Parlimen..

    AKAN MELETUP SATU DUNIA BILA GAMBAR ITU DIDEDAHKN…

    tak percaya..tungguuuuu…

  16. 16 hairulallias May 2nd, 2008 at 2:36 pm

    Justice for all.

  17. 17 K-Anwar May 2nd, 2008 at 2:54 pm

    DSAI,

    Saya ingin Mintak tolong DS melalui Wakil Rakyat PR mempertahankan Subsidi diesel yang akan di buang oleh BN. Subsidi diesel amat penting, kerana:

    1) Ramai pengguna individu(bukan Komersial)seperti saya menukarkan kenderaan daripada petrol kepada Diesel seperti kereta(BMW dan Mercedes Siri Diesel), pickup-truck(Ranger, Triton, Hilux) dan SUV(Rexton, Fortuner, Land Rover, Everest) dengan harapan utk mendapat alternatif bahan api yang lebih murah.

    2) Engine Diesel Moden lebih bersih atau pun sama taraf kebersihan dengan engine perol

    3) Jika subsidi Diesel di buang, maka Inflasi terhadap semua barangan akan melambung kerana pengankutan komersial hampir kesemuanya mengunakan Diesel.

    Jika subsidi diesel di buang maka gaya hidup semua orang akan menjadi lebih mahal, menambahkan beban hidup yang kini sudah berat akibat faktor-faktor lain termasuk Kekurangan Makanan Global.

    Sekian.

    >> Saya harap Datuk Seri akan segera mengambil alih kerajaan Malaysia agar dapat menyelamatkan Malaysia.

  18. 18 CT Ong May 2nd, 2008 at 2:55 pm

    KUALA LUMPUR, May 2 — He is not in Parliament yet and is still putting finishing touches on a coherent Opposition in Malaysia but Time magazine have picked Datuk Seri Anwar Ibrahim as one of the 100 most influential people in the world for 2008.

    He shares the platform with the Dalai Lama, Hu Jintao, Vladimir Putin, Barack Obama, Hilary Clinton, George Clooney, Oprah Winfrey, Aung San Suu Kyi, Rupert Murdoch, Prince Alwaleed bin Talal and others.

    This is the fifth annual list of leaders, thinkers, heroes, scientists, sports stars drawn up by the US news magazine. The de facto leader of Pakatan Rakyat is one of a clutch of Asians who were listed in the leaders and revolutionaries category. The format calls for a prominent individual to write a short essay about each person on the top 100 list.

    Anwar’s citation was penned by Paul Wolfowitz, the former US Deputy Secretary of Defence. This is what he wrote:

    “During the 1990s, Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim and a group of US Senators organised a forum to exchange views among East Asians and Americans. Asked at one session about the role of Islam in politics, Anwar replied, ‘I have no use for governments which call themselves Islamic and then deny basic rights to half their population.’

    “This devout Muslim leader was an impressive and eloquent advocate of tolerance, democracy and human rights. So we were shocked by his arrest and trial in 1998 on charges of corruption and sodomy. I felt his real ‘crime’ had been to challenge Prime Minister Mahathir Mohamad, whose impressive record will be forever stained by his treatment of Anwar.

    “I joined Senator Sam Nunn and others to speak out in Anwar’s defence. When he was finally released from prison in 2004, US policy on Iraq was unpopular in Malaysia, and Anwar was harshly critical. It would have been easy for him to disown our friendship, but he is not that kind of person. He kept the channels of dialogue open, even while making clear our disagreements.

    “Anwar, 60, is back in the centre of Malaysian politics. The coalition led by his wife Wan Azizah has become the main Opposition bloc. His future role can be determined only by Malaysians. One can hope that they will embrace his brand of tolerance, valuing dialogue across political differences, and that this courageous leader will continue to play a leading role on the world stage.”

    This recognition for Anwar comes at a time when he is still trying to stabilise the alliance between the DAP, PKR and Pas, and find a place for himself in the new political landscape of Malaysia. He was barred from contesting the election on March 8 because his conviction for abuse of power.

    Over the years, Anwar has tried to fight off claims that he is a stooge of the United States and the West. That was one of the main planks in Tun Dr Mahathir Mohamad’s attack on Anwar after sacking him from government and Umno in 1998. More recently, Anwar has had to defend his ties with Wolfowitz, who resigned as the head of the World Bank in shame and is viewed as one of the hawks in the Bush administration which encouraged the US to invade Iraq in 2003.

    Still, Anwar’s inclusion in the top 100 list shows how far he has managed to rehabilitate his reputation since his conviction on sodomy was overturned by the Federal Court in 2004. In Malaysia, he has been touted as the prime minister-in-waiting and abroad Anwar has recaptured the media headlines.

    There is a clutch of individuals on the list who will raise eyebrows, including Baitullah Mahsud, the alleged mastermind of the Benazir Bhutto’s assassination.

    Time in its report said that he is known to be in his mid-30s and to lead thousands of militants, many of them Mehsud tribesmen, in Waziristan, a tribal region on Pakistan’s border with Afghanistan. In his first television interview, conducted by al-Jazeera last year, Mehsud said his ultimate aim is to attack New York City and London.

    DSAI,you make us proud.Congratulation!
    I am sure you are the only ONE qualified to be our next Prime Minister.

  19. 19 Standing as one to fight the wrongs May 2nd, 2008 at 3:03 pm

    Kami anak Malaysia bodoh kah? Dalam begitu banyak cara untuk membunuh seseorang , pembunuh tu pilih cara mengguna C4 yang diguna di perang dan pembunuh biasa tidak dapat guna punya. Allah ada mata bagi kami boleh melihat dengan ketara siapa pembunuh tu.

    Tahniah Datuk kerana digelar dalam Time’s top 100 leaders. Mungkin suatu hari nanti , Datuk menjadi anak bangsa Malaysia pertama yang mendapat Nobel peace prize yang saya ingat sukar ada orang boleh pecah rekod Datuk dalam seratus tahun. Perjuangan dan jasa baik Datuk akan dibalas dalam sejarah dunia dan dijadikan legenda yang disanjungi pada masa hadapan.

  20. 20 puteramelayu May 2nd, 2008 at 3:18 pm

    askum dsai..
    kes altntuya ni mmg dah mengarut lah ds,
    kes ni dah jadi kes songsang…
    patut pendakwa nak pastikan yang kene tuduh bersalah..
    tapi tgok2, pendakwa lak yang bertungkuslumus nak buat yang kene tuduh terlepas….
    letih jer…
    buat report jer kat mahkamah antara bangsa, biar dunia tuding kepala umno bn ni…tak serik2 dh kalah teruk….

    wssalam

  21. 21 thales May 2nd, 2008 at 3:18 pm

    Dear Mr Anwar Ibrahim,

    Now, you repeating, sort of , what Raja Petra Kamaruddin wrote in his Malaysia Toady.

    Please expect a visit by 9 or more members from the Dark Blue Shirts Brigade [ during the times of Mussolini they wore Black Shirts of the Fascists, and the National Socialist of Adolf Hitler wore Brown Shirts,, Stalin’s KGB would wear crisp Overcoats which were over-produced in their Factories manufacturing Synthetic fabrics].

    Please do tell us, what’s is becoming of our country.

    My, suggestion is that you don’t waste time go get a by-election, persuade those RIGHT THINKING BN MPs to cross-over [ actually, it is an exercise in Englightenment, Renaissance, or from Jahilliyyah to something far far better] ,……then,

    Pass a motion of No Confidence in His Majesty’s Parliament, the Agong then, reserves the right to call upon the person who has the Majority Vote of Confidence, by which time you may have won a by-election.

    Take your Oath and start running this country again.

    Now, if you fail to deliver we just simply kick the hell out of you fellas.

    So, what’s so difficult about that …. so tonite go pray istikharah and see what happens tomorrow morning.

    [well, don’t be surprised to see 9 Dark Blue Shirts fellows at your door !]

    Cheers.

  22. 22 Elias Hj Idris May 2nd, 2008 at 3:29 pm

    Kisah tragis ini telah pun saya novelkan. Saya sedar akan banyak fakta yang cuba diselewengkan, jadi siang-siang lagi saya nukilkan kisahnya.

    Hasil imaginasi itu saya mulakan pertemuannya di Albert Hall, London ketika seorang penyanyi tersohor mengadakan persembahan; membawa kisah itu ke Paris, bernikah, berbulan madu di sebuah ’smokehouse’ di kaki Gunung Matterhorn, menjadi orang hubungan dalam pembelian kapal selam, dan lahirnya seorang anak lelaki… yang menghadapi masalah ‘hidrosefalus’, iaitu kepala membesar dan berair.

    Saya ‘jelik’ pada lelaki yang gemar mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita. Dan di dalamnya saya nukilkan juga kisah seorang artis lahiran ALAM FANTASI yang putus tunang gara-gara tidak direstui kakaknya. Cuba bayangkan rasa kecewa ketika ‘putus cinta’ dari sudut seorang wanita, sedangkan dia tidak pun tau apa-apa?

    Saya lakarkan kisah itu sebagai tanda simpati terhadap seorang gadis anak peneroka.

    Inilah di antara contoh kebejatannya. Dan lahir sebuah novel tebal, 716 m.s.

    Taukah kita kenapa arwah Etontanya Seribunga dalam kisah itu diletupkan? Sebab di dalam perutnya sudah berisi ‘anak teman sendiri’. Cuma apa yang tidak dinukilkan ialah tentang peranan tersembunyi isteri Datuk Seri Norman Rafiq.

    Oleh kerana kesemua wang komisen berada dalam tangannya, jadi dia enggan membayarkan $1.85 juta yang dituntut. Dia berkeras sebab sakit hatinya itu….

    Pada novel ini, bukan setakat siswa aliran sastera yang membuat kajian, malah ia turut menarik minat pelajar-pelajar jurusan perubatan yang akan ke India. Daripada maklum balasnya, mereka terkedu, tetapi ‘enjoy’ sekali.

    Sejak Mac 2007 novel ini telah pun berada di pasaran.

    Kalau ada kesempatan ketemu, senaskah telah saya peruntukkan buat Dr Wan Azizah.

    Sdra Anwar, elok dibaca ‘ANAK PEREMPUAN KABARET’ (651 m.s.) sebab itu kisah seiras GRO yang melambak sekarang. Ikuti kisah sendu mereka yang terjebak… melahirkan anak lalu ditinggalkan lelaki miang dari kalangan orang yang besar pengaruhnya. Anak itu didapati kemudiannya adalah seorang model terkenal!

    Kedua-dua novel itu saya tulis dan terbitkan serentak; memakan masa cuma 6 bulan! Sebab, ia perlu disiapkan bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50. Hanya itu peranan yang dapat saya mainkan sebagai ‘orang kecil’ negara ini.

    p/s Episod Etontanya Seribunga ini jika dipecahkan pun tetap boleh hasilkan sebuah novel yang masih tebal juga. Kalau Prof. Shaariibu Setev faham Melayu boleh dihadiahkan. Ada part ‘dia’ menyiapkan sebuah filem dokumentari berkait dengan destinasi pelancongan di Mongolia bersempena dengan pembelian kapal terbang AIRBUS A320 oleh negaranya.

    Cuba sesiapa tanya betul tak Prof. Setev ada buat filem doku berkenaan!

  23. 23 edyes May 2nd, 2008 at 3:41 pm

    Salam Dato’ Seri,

    Berkenaan kes rumah RPK digeledah dan komputer ribanya dirampas, harap Dato Seri dapat berkata sesuatu mengenai hal ini.

    Dato Seri’, saya juga difahamkan beliau disoalsiasat atas akta menghasut. Adakah ini menjurus kepada ISA ?

    sekiranya raja bloggers ini masuk ISA, sudikah Dato Seri’ memperjuangkan kebebasanya..?

  24. 24 WinG May 2nd, 2008 at 3:56 pm

    Dear DSAI,

    the PDRM kacau Raja Petra bcoz he help to bring justice to this case… another case of PDRM misuse & abuse power… *sigh*

    there is no way PRDM will be reform under BN… they never learn & will never learn.. and we rakyat are really fed up & tired…

    pls form the federal govt asap…

  25. 25 Moderator the indie story... May 2nd, 2008 at 4:11 pm

    Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog. Minta laluan…

    ‘PARTI MELAYU SEMANGAT 46′ (Penghormatan buat UMNO LAMA)

    Masih ingat lagi pada Parti Melayu Semangat 46? Ia telah terkubur tanpa nisan. Telah mati dibunuh pada Mei 1996. Dibunuh oleh tangan pengasasnya sendiri demi ‘Perpaduan Orang Melayu’. Ku Li dengan sikap merendah diri telah mengisytiharkan sanggup untuk menjadi ‘Gurkha’ UMNO.

    Kebanyakkan generasi muda yang dilahirkan ditahun-tahun 80′an dan 90′an memang tidak berapa tahu tentang asal usul dan sejarah perjuangan parti nasionalis tulen ini. Besar kemungkinan hanya ingat-ingat lupa.

    Parti Melayu Semangat 46 ditubuhkan oleh Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah bersama-sama bantuan dan pengorbanan besar juak-juak politik disekelilingnya; akibat daripada tewasnya beliau ditangan Tun Dr. Mahathir semasa perebutan jawatan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 1987. Ku Li sebenarnya menang moral walaupun hanya tewas tipis dengan 43 undi.

    Pertembungan bersejarah yang menyaksikan UMNO terbahagi kepada 2 kem.

    Team A yang diterajui oleh Dr. Mahathir Mohammad, Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak, Sanusi Joned, Mohammad Rahmat dan lain-lain.

    Sementara Team B dikepalai oleh Musa Hitam dan Tengku Razaleigh, serta mandapat dokongan kuat dari Shahrir Samad, Abdullah Badawi, Ajib Ahmad, Rais Yatim, Harun Idris, Marina Yusuf, Othman Saat, Radzi Sheikh Ahmad dan banyak lagi.

    Selepas pertandingan sengit tahun 87, hanya Abdullah Haji Ahmad Badawi (Pak Lah) sahaja satu-satunya calon dari Team B yang dapat mengekalkan kerusi Naib Presiden UMNO.

    Sila baca artikel seterusnya di:

    theindiestory.blogspot.com

  26. 26 springmat May 2nd, 2008 at 4:27 pm

    sistem pelaksanaan keadilan di malaysia telah lama tercemar…sejak kerakusan MahaFiraun memecat Ketua Hakim Negara - Tun Salleh Abbas n the gang….

    Apa yang nyata, BN akan terus “menganjingkan” sistem keadilan di negara kita selagi mana mereka terus berkuasa…harap2 DASI dapat mempercepatkan tempoh “checkmate” ke atas kerajaan penjenayah … sudah tidak sabar menunggu tarikh 16 september

  27. 27 PENYOKONG PRIHATIN May 2nd, 2008 at 4:53 pm

    DATO SERI ,
    SEGERAKANLAH PERALIHAN KUASA SEKARANG
    BANYAK MASALAH DAPAT DISELESAIKAN
    DAN BANYAK MASALAH MENDATANG YANG PERLU PENYELESAIAN SEGERA DAN BETUL….

    TAHNIAH FOR “TIMES”
    DATO SERI NIE BUAT MEREKA MEREKA UMNO TU JEALOUS JE … HEHE

  28. 28 juliseman nuyeu May 2nd, 2008 at 5:10 pm

    salam.. Dato sri.

    saya adalah antara generasi baru di sarawak khususnya di kawasan saratok mengharap pihak Keadilan jangan mengulangi kesilapan meletakkan calon yang bukan penduduk tempatan..saya berasa teruja sangat dengan kemenangan pakatan rakyat amnya parti keadilan rakyat..saya berjanji akan menberi sokongan sepenuhnya pada parti keadialn di saratok for next state election. Even now Sarawak state election..i confident Keadilan can pull out the BN candidate at DUN Saratok..I dont trusts a man as call Peter Nyarok also SPDP party..SPDP cannot baring comunity for the more better life living..

  29. 29 REALITI May 2nd, 2008 at 5:18 pm

    Selagi BN tak jatuh dari pusat,selagi itulah rakyat skrg berada dalam keadaan amat kurang selesa dan ketakutan..setiap hari rakyat akan terus memikirkan,apa yg akan jadi kepada mereka,kos sara hidup yg semakin meningkat,beras dah naik harga dua kali tahun ni,tepung dan banyak lagi dan selagi Pakatan Rakyat tidak mengabil tampok pemerintahan pusat,selagi itulah juga rakyat tidak tahu kemana mahu mengadu kerana juga BN dan parti parti dalamnya skrg ini sedang sibuk bergaduh,berperang bertumbuk sesama mereka,tidak ada masa untuk layan rakyat.Kos sara hidup naik pun mereka tidak peduli,mereka apa susah,kalau takde duit,pakat perabih duit rakyat kat kerajaan pusat,yang menderitanya rakyat yg duduk di bawah.Jadi kami harap ler,Pakatan Rakyat dapat ambil pemerintahan pusat tanpa menunggu pilihanraya yang akan datang.Semakin lama semakin terseksa rakyat yg dok kat bawah ni.

  30. 30 tharma May 2nd, 2008 at 5:22 pm

    Hi DSAI

    As long as Najib is DPM he will not allow the case to be conducted fairly…We can still remember how you were treated when you were alleged with so many dubious cases but Najib seems to be above the law…And Raja Petra is being interrogated at the moment I’m writing this comment for sedition. The only method to solve this is by the intervention of external independent judiciary…I wished I would f studied law then engineering…

  31. 31 Petaling May 2nd, 2008 at 5:51 pm

    fardk,

    menyanggah kenyataan anda… Lihat sendiri riaksi orang ramai & blogger terhadap tindakan siasatan polis terhadap Raja Petra; dan

    anda boleh saksikan sendiri tindakan tersebut menjadi ketakutan Najib dan Barua Najib (BN) dengan tindakan komen Raja Petra.

  32. 32 Petaling May 2nd, 2008 at 5:56 pm

    Datuk Seri,

    Saya mohon USUL TERGEMPAR di Dewan Rakyat diambil berat.

    Tentang: MENGAPA PERLU NAJIB MELATAH JIKALAU KALAU TIDAK BENAR! Beyond Trail About Mogolian Murder.

    Untuk Najib Jawab di Dewan Rakyat tentang kaitan kes berkenaan DENGAN KADAR SEGERA.

  33. 33 Dr.Rose May 2nd, 2008 at 6:38 pm

    DSAI,

    Heartiest congrats on your selection as one of the world’s most influential leaders by TIMES. Looking forward to your leadership of this country soon

  34. 34 milkofmal May 2nd, 2008 at 7:02 pm

    Anwar Ibrahim,

    If you hear our cries, please make the move to take Government before this country is turned into a Police State. Barisan is still in denial and is using every undemocratic means to silence Freedom of Speech though PDRM. The only way to stop them is now not before True Malaysians like Raja Petra is punished for speaking the TRUTH.

    CRY FROM THE HEART!!!

    JUSTICE FOR TRUE MALAYSIANS!!!!!

    PR is time for you to step foward if you have the number t form the Federal government. This type of injustice is still happening in my country Malaysia. I am really ashame of the Malasian government it is at the highest how much I HATE HATE HATE the current government. Rakyat are you guys going to bend over take this over and over again. Do you think 50 years is not enough?

    Time to strike fear to these useless people that give the PDRM a freaking bad name…

  35. 35 Ahmad Ramly May 2nd, 2008 at 7:12 pm

    Salam Datuk Seri,
    Saya berharap sangat Datuk Seri akan menjadi PM Malaysia satu hari nanti. Harapan saya adalah pada PRU-13 nanti bukan sekarang kerana saya percaya MP BN di sana bukan “bersih” sangat. Risau saya jika kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat terpaksa akur dengan sebarang tuntutan yang bersifat merugikan rakyat oleh mereka dengan alasan merekalah yang menjadikan satu kerajaan selain BN menjadi kenyataan. Walau apapun kemelut politik dan ekonomi Malaysia sekarang, saya percaya rakyat Malaysia masih mampu bersabar dan mengharungi keadaan ini. Apa yang saya tekankan ialah, wakil rakyat dan ahli parlimen mestilah mereka yang belum lagi terpalit dengan kebejatan yang dilakukan pada waktu lepas. Saya amat takut jika mereka yang mahu lompat bukan kerana cintakan negara, tapi sekadar untuk mengaut keuntungan peribadi, di mana salah satunya adalah “the power to bargain”. Biarlah pada PRU 13 nanti, mereka yang mewakili PR adalah mereka yang betul-betul ikhlas kepada perjuangan rakyat Malaysia.

    Selain daripada itu, Datuk Seri masih mempertahankan Paul Wolfowitz. Masalah saya bukan kerana Paul Wolfowitz adalah Yahudi atau orang Amerika. Masalah saya adalah Paul Wolfowitz dengan terang-terang meng’halal’kan peperangan di Iraq dengan bukti perisikan yang dipesongkan atau tidak wujud. Saya memahami Datuk Seri melihat persahabatan Datuk Seri tidak lebih dari persahabatan antara seorang manusia dengan manusia lain. Dan Datuk Seri sendiri menentang peperangan di Iraq. Berdasarkan bukti yang dipesongkan untuk peperangan di Iraq dan beberapa perkara lain oleh Paul Wolfowitz, saya berpendapat dia bukanlah seorang yang memiliki etika dan jauh sekali mengamalkan ‘moral relativism’. Bagaimanakah conscience Datuk Seri kerana berkawan dengan seorang yang sedemikian? Bagaimana pula prinsip Datuk Seri yang memiliki kenalan peribadi dengan seorang yang ‘morally questionable’?. Sukar untuk saya pertahankan Datuk Seri dengan benak saya yang masih lagi celaru dengan isu ini. Apakah rasional Datuk Seri? Wassalam.

  36. 36 milkofmal May 2nd, 2008 at 7:28 pm

    written by Malaysiaku, May 02, 2008 | 13:36:58
    What about the seditious actions of the UMNOputras in their UMNO assemblies? No action was ever taken against those that even broadcasted their racial slurs live.

    written by Malaysiaku, May 02, 2008 | 13:35:04
    What is wrong with what RPK reported? Any man will feel that justice should be done against the murderers of the Mongolian woman.

    I hope the world is watching what the Govt is doing to suppress democracy. My support is with RPK.

    written by drrafick, May 02, 2008 | 14:54:22
    Only one person can solve this? I remember Anwar Ibrahim speech on you tube where he said that there is a photo http://www.youtube.com/watch?v=Lu74CQn7M-U. I suggest Anwar or whoever that has the photos to release the photos on the internet.

    This will get RPK of the hook.

    written by RitchieLow, May 02, 2008 | 15:01:29
    This is the last straw, any little credibility left with the PDRM, whatever unit goes down the drain with this news. 2 million readers of MT will have no respect whatsoever for Malaysia’s justice system. We are like a police state, remember Terminator, no not in the future; it is here.

  37. 37 slyderrose May 2nd, 2008 at 7:35 pm

    fardk,

    bengong engkau nie. Bapak Altantuya datang jumpa DSAI, so DSAI berilah komen beliau kat sini. seperti komen DSAI, banyak yg tak kena dalam kes altantuya nie. Sendiri kena fikir le.

  38. 38 hasbuang May 2nd, 2008 at 7:40 pm

    Dato`Sri,
    Tahniah 2 become TOP 100 TIME LEADERSHIP.
    Saya masih tak pasti apa betulkah PR akan dapat
    majoriti mudah diparlimen dan bila PR akan dapat
    memerintah malaysia dan tunaikan menifesto yang
    telah dijanjikan.
    RE-FOR-MA-SI

  39. 39 Tambak BUNGA May 2nd, 2008 at 7:45 pm

    Ya keseluruhannya kita bersetuju bahawa kes-kes jenayah berat seperti itu mesti diperjuangkan. Tegakkan keadilan untuk mengembalikan maruah kehakiman yang telah terjejas. Bukan hanya kes Altantuya sahaja malah banyak yang lain lagi.
    Terbaru ialah penggeledahan rumah Raja PETRA menambahkan lagi kesangsian kita mengenai kes Altantuya. Persoalannya mengapa dan kenapa beliau harus dibunuh dengan kejam? Apa motif yang tersurat lagi tersirat sehinggakan terjadi pembunuhan KEJAM lalu menggemparkan masyarakat dunia?
    Timbul bermacam-macam persoalan lagi dibenak kita.. bagaimana bom yang dibawah milik Kementerian Pertahanan boleh dibawa keluar? Oleh itu eloklah kita renungkan sepotong ayat Al Quran yang bermksud ” JANGANLAH KAMU CENDERUNG HTI PEPADA ORANG YANG ZALIM, KELAK KAMU AKAN DISAMBAR OLEH API NERAKA!”

  40. 40 hasbuang May 2nd, 2008 at 7:47 pm

    Dato`Sri

    Bila lagi PR akan dapat majoriti mudah di Parlimen dan Dato`Sri akan jadi PM.

  41. 41 barry May 2nd, 2008 at 8:26 pm

    Datuk Seri,

    Please don’t allow this ridiculous situation to perpetuate. We are talking about a very highly publicised international case here involving first degree most foul. Right up the very top of our beloved nation. Please make your move soon, and take up your responsibility to lead this nation. Not for your own glory (not now at least) but for the sake of this country, before it is overrun with anarchy.

    Mampu kah kita membiarkan keadaan ini menjadikan negara kita sebagai negara yang dikuasai oleh undang-undang hutan? Apakah pandangan dunia terhadap Malaysia yang menjadi tumpuan dunia oleh sebab kebunuhan yang begitu kejam sekali?

  42. 42 thanaif May 2nd, 2008 at 8:34 pm

    Kes ini mempengaruhi untuk marhaen melihat apakah prinsip-prinsip sebuah kerajaan yang baik yang dihasilkan oleh demokrasi yang di alaf baru ini bertemakan globlalisasi yang menjustifikasikan hubungan dua hala atas pembinaan permuafakatan sebagai asas keadilan.
    Bagaimanakah sistem yang mengadili hak-hak suara marhaen dipelihara?

  43. 43 malim kundang May 2nd, 2008 at 8:54 pm

    salam DSAI,
    melihat situasi sekarang dimana terdapat ahli majlis agama negeri daripada pakatan rakyat yang diarahkan berhenti menunjukkan percanggahan pendapat antara pemimpin negeri dan sultan. situasi ini tidak ubah seperti pemimpin umno. saya harap akan mendapat penjelasan daripada dato seri mengenai perkara ini.
    sekian salam

  44. 44 Abang Aziz May 2nd, 2008 at 8:59 pm

    Alhamdulillah,tidak kira apa bangsa,agama dan fahaman politik,keadilan mesti di tegakkan kerana menegakkan keadilan itu tuntutan tuhan pada kita semua.

    Lori Untuk Di Sewa (Lengkap Dengan Pekerja)
    24 jam sehari dan Tujuh Hari Seminggu
    Hubungi Abang Aziz:016-5959860

  45. 45 kerajaan.rakyat May 2nd, 2008 at 9:04 pm

    Salam semua,

    Setelah membaca tulisan ini saya terlalu yakin ada yang tak berapa nak betul dengan si Najib ni. Lebih menguatkan lagi kesangsian saya terhadap Najib bila saya baca cerita ini dan surat ini.

    Apa yang amat memalukan rakyat Malaysia ialah perbuatan-perbuatan seperti yang dilaporkan oleh akhbar online disini

    Sebagai rakyat yang selalu tertipu dengan berita yang dihidangkan oleh akhbar arus perdana milik kerajaan BN maka pilihan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia ialah dengan membaca berita dan laporan yang terdapat di blog-blog di internet.

    Dengan izin sila baca seterusnya di:

    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

  46. 46 antimamak May 2nd, 2008 at 9:24 pm

    Saya mengesyorkan,
    hukuman gantung dibubarkan
    Hukuman penjara seumur hidup juga dihapuskan
    Hukuman hudud tidak perlu dilaksanakan

    Mahkamah patut mengjalankan `Hukuman Mengebom’
    Supaya membuktikan kepada negara negara lain
    Undang undang `Malaysia Boleh‘ agak luar biasa,
    Dapat diperlaksanakan dengan sokongan kuasa rakyat.

    “Ia itu mengikat pembunuh pembunuh Altantuya kekawasan hutan
    Dan memanggil pakar pengebom menggunakan c4 untuk meletup, mengebom pembunuh pembunuh Altantuya sehingga menjadi debu, melalui cara inilah hanya dapat memulangkan suatu keadilan kepada Altantuya !

  47. 47 KCLeong May 2nd, 2008 at 9:27 pm

    Hi all,
    I really do not agree with you fardk.
    I suggest you to open your eyes wider so, you will see who is the real enemies to rakyat.
    Politicians can’t be so coward in expressing what they thing is right.

    DSAI fights for rakyat rights.

    Just my 5 sen word,
    KCL

  48. 48 Commentator May 2nd, 2008 at 10:45 pm

    Hi Anwar,

    I can remember yourself telling a class of primary students in Kedah way back in the the 1980’s that you will be the next prime minister of Malaysia. Hope my memory does not fail me though since I am one of the students ( I think standard one). I wish you the best that you achieve your goal.

  49. 49 Ameen-Alrashid May 2nd, 2008 at 11:02 pm

    Salam Datuk Sri,

    Pertamanya tahniah atas pemilihan Time. Keduanya, saya amat dukacita atas apa yang berlaku di Perak berkenaan kes penukaran Pengarah jabatan Agama Islam Perak oleh YAB Menteri Besar Perak. Saya tiada keraguan sekelumat pun atas tindakan MB Perak itu. Cuma saya tidak faham apa yang membawa komen Kebawah Duli Tuanku Sultan Perak mengarahkan arahan pertukaran itu dibatalkan serta merta. TV 3 telah memaparkan berbagai komen Tuanku Sultan Perak dalam isu itu.

    Saya tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Cuma jika benar MB Perak tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan terlebih dahulu dalam hal ini, maka wajarlah tindakan Sultan.

    Saya memohon sangat-sangat penjelasan DSAI dalam perkara ini demi mencerminkan keadaan sebenar for the benefit of the PR supporters. Kita takut ada isu yang dimanipulasi. Atau jika tiada isu yang dimanipulasi, kita takut tindakan MB Perak (jika benar)tidak ikut kelaziman mungkin akan memberi kesan terhadap pemeritahan.

    Jika saya Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, saya tidak terima kembali jawatan itu kerana saya sudah tiada ‘face’. Pergi sahajalah kejawatan lain kerana awak bukan diturunkan pangkat pun. Jika UMNO yang buat pertukaran seperti ini, sudah pastinya ‘non issue’. Harap DSAI dapat memberikan penjelasan dalam hal ini.

    Yang akhir sekali, kisah Raja Petra. Sekali lagi apa yang berlaku kepa YAB Lim Guan Eng dalam kes di Melaka dalam mempertahankan seorang gadis Melayu bermain di kepala saya.Penulisan saudara Elias Hj Idris cukup jelas menggambarkan plot ‘busuk’ dalam cerita ini.Tak tahulah bagaimana watak Norman Rafiq itu boleh lena.

    Rakyat Malaysia nak tunggu keadaan bertukar macam Indonesia kut baru nak tukar kerajaan? Moga DSAI segeralah mengambil alih pemerintahan negera ini agar segala kebobrokan ini berakhir.

  50. 50 kuda kepang STC May 2nd, 2008 at 11:19 pm

    Terima kasih kepada Pondok tanjung, jika benar apa yang dikata kami mahu VCD bukan setakat gambar biar dia sebaris dengan Chau So Lek. dan dia buat sidang akhbar dengan ayat yang sama ’saya lah orang nya’.Tapi dengan gambar pun sudah memadai kalu umno nak tutup juga. kita masukkan dalam cyber biar mata rakyat hakimkan sebagai mana mereka hakimkan umno pada PRU12 lalu.kita percaya ayah alantuya telah copies dengan banyak. sekarang bagai mana nak tutup kan bangkai gajah zaman cyber ini bangkai semut pun tak boleh di tutup ini kan pula jasat manusia berbangsa mongolia.jika gambat ini keluar maka gerhanalah kerjaya politik anu maka sipolan meranalah jasad.walau pun tupai memang pandai melompat tetapi tanah setia menanti.jerat mana yang lupakan pelanduk.yes!.. pelanduk telah kena jerat cuma untuk dilapah untuk hidangang rakya. rakyat memang lapar kan pelanduk liar.sangupkah kita biarkan air liur rakyat meleleh dan melejih ke bumi sejak sekian lama.

  51. 51 Mahendra May 2nd, 2008 at 11:34 pm

    The PKR is on the right track to take over the Govenment under your premiership as they Rakyat are feeling the Democratic Change that is taking place as the 5 States
    are doing their job to the best interest of the Rakyat.

    The Direct Telecast of the Parliamentary Debates must be continued as Pak Lah has always been talking about transparency. Just because a slight argument took place on the lst. day of the telecast, it should not be taken as an excuse by the BN Govt. to discontinue the telcast. The BN has to accept facts and answer the opposition in Parliament as the Rakyat is closely monitoring the essence of the debate. If there is any sabotaj to bring the downfall of the BR by not giving in to
    develepment projects for the good of the Rakyat,especially in the 5 oppostion states,then BN has to be prepared for the coming 13th.General Election.

    The Opposition MP’s with their facts should bravely and in a polished manner present
    their case for the BN Ministers to answer. If they fail to give a proper reply to the questions raised, the Rakyat would know what to do in the coming 13th.General
    Election.

    So DSAI keep up your Leadership and plan your strategy to be the next PM.

  52. 52 kamil May 3rd, 2008 at 12:34 am

    To “fardk”,

    Anda tak perlu gusar atau kalut tak tentu arah. Saya yakin DSAI tiada niat buruk ke atas Najib.
    Ini bukan masalah “dendam kesumat” atau apa saja yang lahir dari hati “busuk” saudara. Ini adalah masalah keadilan dan mencari kebenaran demi membantu mereka yang teraniaya.

    Jika saudara seorang yang bijak, sudah tentu saudara memahami maksud DSAI yang hanya memberi “rumusan” hasil dari perbincangan beliau dengan Prof Shaaribu. Ini bermakna ia bukan dari DSAI tetapi dari luahan perasaan Prof Shaaribu sendiri. Moga saudara menjadi lebih bijak selepas ini ok !

  53. 53 md isa May 3rd, 2008 at 2:14 am

    Dalam pertemuan DSAI dengan shariibu ada x beliau mengemukan bukti yg mendiang adalah kenalan DSNTR.Apakah perkara yg bapa mendiang yakin bahawa anaknya ada hubungan atau kenalan DSNTR.Adakah DSAI menerima bulat2 apa yg dikatakan oleh bapa mendiang.Saya bukan tidak simpati kepada bapa mendiang,tetapi cara beliau menyalahkan pihak perundangan dan kerajaan malaysia itu yg saya tak setuju.Adalah biadap pergi kenegara orang dan mempertikaikan ketelusan kerajaan negara itu tanpa bukti.Ada cerita mengatakan ada gambar DSNTR bersama mendiang ada dlm tangan dr shariibu.Kalau dakwaan ini benar kenapa tak di dedahkan.Dan DSAI janganlah menjadi
    batu api dalam kes ini yg sekian lama dsai telah gunakan utk kepentingan politik peribadi DSAI menghentam DSNTR.Begitu juga penulis2 diatas yg ber iya2 mempertahankan DSAI sy cabar. Mana buktinya yg DSNTR terlibat dengan kes ini.Jangan kerana memuja pimpinan anda maruah negara pun dilacurkan.SHAME ON YOU…..Kepada pondok tanjong, harap2 jangan gambar superimpose tian chua sudahlah.Persoalan dlm kepala saya kalau betul gambar itu genuine knapa tak dari awal kes ia didedahkan.Ini adalah kerana kalau lambat2 ada persepsi yg mempertikaikan ketulenannya.Munkin superimpose yg lebih canggih dari versi tian chua.

  54. 54 Sia May 3rd, 2008 at 6:10 am

    Keep up the good work. You have my cyber-support in this issue.

  55. 55 m1ng1e3 May 3rd, 2008 at 9:17 am

    Apa cerita ‘Korek….Korek….Korek…..
    Sudah senyap pun. Saya kira Penyiasatan itu telah selseai dilaksanakan. Kemana pergi hasil Laporan Penyiasatan Suruhanjaya tersebut? Adakah hasil penyiasatan itu diumumkan untuk perhatian Rakyat Jelata Malaysia? Minta diuar-uarkan semula, kerana ada pihak-pihak tertentu sudah lupa akan hal sedemikian.

  56. 56 mongkor May 3rd, 2008 at 6:48 pm

    fardk,

    yang you kesian sangat dengan najib tu kenapa you nanpak meka dia kesiang aja you pernah ke lihat muka dia bila berbicara dengan Ananda Krishana amboi ketawa terbahak bahak di tempat tersebut.mata rakyat dimana mana. kalau you tak caya mata rkyat dimana mana masakan VCD cho so lek boleh dirakam.

  57. 57 fariq May 3rd, 2008 at 9:04 pm

    wahai saudara frdk, dsai bukan hantam najib,cuma dsai mahu najib disiasat,dalam politik hentam menghentam itu adalah lumrah,kalau tak mahu kene hentam jangan masuk politik,lebih baik duduk masjik berzikir,najib tak berani nak lawan balik sebab dia mungkin terlibat.kalau najib betul berani samanlah anwar.anyway najib tak layak jadi pm,dia tak ada karisma,walaupun saya tidak setuju dengan mahathir,tapi mahathir ada karisma,cuma yang boleh menyaingi mahathir setakat in adalah anwar,sebab itu mahathir cukup takut dengan anwar sewaktu anwar dalam umno,populariti anwar tidak boleh disekat lagi.lantas mahathir yang tamak kuasa membuat konspirasi menjatuhkan anwar dan masukkan dia dalam penjara,kalau tidak dah lama BN kalah teruk

  58. 58 lee May 3rd, 2008 at 9:20 pm

    The whole World is watching Malaysia on the ALTANTUYA case. Who wanted her dead ? How much commission in million ringgit was taken by who? Was Najib Tun Razak Bodyguards involve in the C4 blow up of Altantuya……can Malaysia Citizens accept a ’suspect’ in this case as future PM ? Why Police don’t investigate Najib’s role in this case ?
    Terima Kasih Datuk Seri Anwar for wanting to know the TRUTH…..you are the Leader fit to lead Malaysia as our Prime Minister. Hidup Keadilan ! Hidup Rakyat!

  59. 59 june May 4th, 2008 at 3:39 pm

    hell shall await these damned political monkeys!

  60. 60 Pulai Bistari May 4th, 2008 at 7:51 pm

    sumbangan pembangunan surau diperlukan segera. please orang2 kaya, jariah tuan diperlukan.. maklumat lanjut, http://pulaibistari.blogspot.com

    Jawatankuasa dah tak percaya dengan janji YB UMNO, sebelum pilihanraya janji nak bagi sikit peruntukan, tapi habuk pun tarak.. Harap2 YB2 PR ada yang bermurah hati..

  61. 61 Elias Hj Idris May 5th, 2008 at 9:03 am

    Dalam hal Najib, kita bukan bicarakan soal dendam, fitnah atau dengki.

    Diandaikan, jika ada seorang pencuri yang masuk kampung, adakah kita mesti diamkan kerana takut dikatakan fitnah. Gitu!

    Najib bakal menjadi teraju negara. Apa nasib kita di mata dunia nanti apabila berketuakan sesesorang yang diragui dalam ‘terlalu’ banyak hal misteri.

    Alangkan tuduhan Anwar pun dia tak mampu jawab, inikan bila seluruh dunia berpandangan serong terhadap negara. Mereka yang kaya, okey la… boleh terus hidup dan enjoy.

    Kita rakyat biasa ni, camne jika negara di’kuarantin’ dek dunia? Kita dipencilkan macam Myanmar.
    Rakyat jadi bahan belasahan macam Palestin.

    Sesungguhnya, orang lupa betapa jahat isterinya itu….

  62. 62 mountdweller May 6th, 2008 at 9:28 am

    saudara/i fardk, saya rasekan anda bermasalah untuk memahami perjuangan ds anwar atau mungkin fardk adalah seorang pendendam! bagi dsai bukan mendendami ds Najib. apa yang saya nampak adaalah “keadilan” tidak kira siapa yangv terlibat. keadilan mesti ditegakkan. dsai yang merupakan seorang politikus dan pejuang keadilan terpaksa ungkit dan pamirkan kepincangan dan ketidak adilan yang berlaku tidak kira pada siapa atau siapa yang terlibat. adilkah kalau anak saudara/i dibunuh kejam tanpa mendapat keadilan yang sewajarnya? wajarkah wang rakyat dibazirkan untuk membayar komisen sehingga setengah juta RM atas nama pembelian peralatan perang?. saya rase saudara sebenarnya buta hati atau penyokong umno totok yang kering jiwa!

  63. 63 mountdweller May 6th, 2008 at 9:31 am

    komisen yang saya maksudkan adalah “RM setengah ribu juta” bukan setengah juta

  64. 64 MR.FREEDOM May 7th, 2008 at 4:56 pm

    Ini bkn soal hanya menyerang D.Najib.
    Tetapi soal permintaan bapa altantuya dan lantaran dari beberapa bukti mengenai D.Najib.
    Bukan mahu menyerang membabi-buta.Bukan juga mahu pastikan orang tertentu disumbat ke ‘dalam’.
    Tetapi Kita sebagai rakyat Malaysia, perlu ambil perhatian serius kerana kes ini di’zoom’ dari luar.

  65. 65 hamsa Jun 25th, 2008 at 8:09 am

    bagi saya setelah era mahathir pandai *** sebagai PM, hanya anwar yang layak jadi PM negara kita untuk membawa malaysia ke arah kecemerlangan. maka itu seluruh rakyat yang berakal sihat wajar menyokong beliau mengambil alih pemerintahan negara.

  66. 66 hamsa Jun 25th, 2008 at 8:15 am

    saya telah menjadi ahli umno sejak tahun 1980 dan menyaksikan anwar juga masuk umno. bari rakan2 dalam umno yang tidak dipengaruhi kepentingan diri pasti melihat dinamisme umno setelah anwar berada dalam umno. ini bererti anwar memang seorang tokoh melayu yang mampu membawa perubahan dalam mana2 organisasi yang diceburinya.

  67. 67 hamsa Jun 25th, 2008 at 8:23 am

    sebagai ahli umno saya melihat anwar merupakan seorang tokoh yang mampu membawa perubahan. saya rasa bagi rakan2 dalam umno yang tidak terlalu mementingkan perjuangan untuk perut pasti mengakui hal ini. maka itu kita perlu menyokong anwar sebagai PM untuk membawa malaysia ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang. Pak Lah terlalu lemah untuk tujuan itu! Buktinya? Kalau untuk meminta isteri pakai tudung pun tak mampu, apa yang boleh diharapkan lagi…..

  1. 1 Siapa lagi selepas Raja Petra? « Amin Iskandar @ Black Pingback on May 5th, 2008 at 1:23 pm

Leave a Reply




Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

DSAI Menerangkan Dasar Harga Petrol Alternatif

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031