Archive for May 2nd, 2008

2 May 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

time-dsai-100.jpg

Artikel tersebut boleh dilayari di laman Time Magazine.

“During the 1990s, Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim and a group of U.S. Senators organized a forum to exchange views among East Asians and Americans. Asked at one session about the role of Islam in politics, Anwar replied, “I have no use for governments which call themselves Islamic and then deny basic rights to half their population.” (more…)

2 May 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Sebaik menerima berita penggeledahan rumah Pet dan rampasan komputer dan lain-lain, saya segera menghubunginya.

Pet ternyata tegas, tidak gentar dengan tekanan sedemikian. Beliau malah mual dengan tekanan berulangkali – tahanan dan rampasan dibawah regim Dr Mahathir dan berulang di era Abdullah.

Kebetulan ramai rakan yang menjangka serbuan polis setelah rencana beliau bersabit kes pembunuhan dan letupan Altantuya.

Sapertimana rayuan Shaaribu, yang dituntut hanya penyiasatan dan pendakwaan profesional, dan penghakiman bebas. Jangan dikusutkan dengan tekanan dan ugutan!

Kapada Pet dan Marina, kami akan mengikuti perkembangan berikutnya dengan jaminan bersama menegak keadilan.

ANWAR IBRAHIM

2 May 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Petang Isnin lalu, ayah kepada Altantuya, Profesor Shaaribu dari Universiti Mongolia berkunjung ke pejabat saya. Beliau memulakan dengan menyampaikan salam hormat dari Menteri Luar Mongolia, kenalan saya sejak menjawat Presiden Unesco dulu.

Saya rumuskan penyesalan yang dilafazkannya bersabit pembunuhan dan letupan kejam keatas anaknya.

1. Mengapakan kes sengaja dilengahkan?

2. Mengapa siasatan polis tidak rapi dan Dato Najib tidak disoalsiasat walaupun beliau pasti Altantuya adalah kenalan Najib dan pegawai kanan beliau didakwa terlibat?

3. Mempertikai kesungguhan jabatan peguam negara terutama manakala mereka mengumumkan awal lagi “tidak ada orang lain terlibat.”

4. Mempersoal pemilihan dan perjalanan mahkamah.

5. Kegagalan menyiasat pengakuan mengenai pembunuhan yang dilakukan komando berkenaan.

Prof. Shaaribu mendakwa mempunyai beberapa fakta dan maklumat lainnya, namun kesal kerana kes tersebut tidak dikendali secara bebas dan adil.

Saya memberi pengakuan akan terus memperjuangkan agar penyiasatan diteruskan dan perjalanan mahkamah bebas dan adil. Kita jua akan menambah ikhtiar untuk meringankan bebenan keluarga Shaaribu.

ANWAR IBRAHIM