Majlis pelancaran dua buku Allahyarham Rustam A Sani di Perpustakaan Selangor menyentuh perasaan kami, sayu setelah kehilangan sahabat, rakan pejuang dan pemikir bangsa yang disegani. Terbayang kepiluan di wajah Rohani dan anak-anak. Namun merasa kagum dengan kecekalan mereka, serta kepetahan perbicaraan kedua anaknya.
Fikiran saya melayang mengenangkan jaguh dan pejuang yang telah kembali ke alam baqa’ - Almarhum-almarhum Ustaz Fadhil Nor, Ustaz Niamat Yusuf, Sheikh Azmi Ahmad, Usman Awang, A Razak Ahmad, Pak Lang M Zaki A Rashid, Umar Tan dan lain-lain.
Sorotan Sdr Syed Husin Ali, guru dan rakan lama Allahyarham Rustam dan ayahnya Ahmad Boestamam saya kira padat. Beliau menyinggung perawakan Allahyarham dan pengorbanannya dalam perjuangan bersama PRM dan KeADILan hinggalah merangka manifesto KeADILan dalam PRU lalu. Sentuhan halus dengan bahasa dan puisi pendek yang memukau daripada Sasterawan Negara A Samad Said, penampilan Allahyarham sebagai sarjana wibawa dan prihatin oleh Prof Clive Kessler, serta penglibatannya dalam aktiviti Kelab Sosialis dan aktiviti demonstrasi.
Saya diundang Allahyarham beberapa minggu sebelumnya untuk melancarkan buku. Namun saya sempat menukil pengalaman bersamanya, teguran yang diterima termasuk terhadap menteri yang melancarkan buku yang tidak dibaca, apa lagi dihadam. Maka untuk berlaku adil kapada pemikir bangsa tersebut, saya turut mengupas karya Allahyarham, kegelisahannya lantaran merosotnya mutu pendidikan negara, tekadnya mempertahankan mutu penguasaan dan pembakuan bahasa. Pokoknya beliau mencabar minda dan meransang wacana segar terutama dalam iklim politik yang membelenggu pemikiran.
Kesempatan singkat bersama A Samad Said, A Bakar Hamid, Hassan Ahmad, Syed Ahmad Jamal, saya menfaatkan untuk menyentuh inisiatif lanjut memperhebat wacana mengenai isu bahasa, budaya dan ekonomi.
ANWAR IBRAHIM
















Datuk Seri,
Kenapa tidak disinggung syarah Isham Rais ttg Rustam? Hehe!
Asskm Dato Seri
Tu la dato seri ,yang jamil selalu tengok kan. bila seseorang tu dah meninggal dunia barula pemimpin,akhbar buat cerita atau keluarkan nama orang tu banyak-banyak. dulu akhbar siap kutuk aruah sdr rustam sani. pasal dia belah kiat. tapi bila aruah telah pergi setiap akhbar memuja ,memuji dan menggangkat. . sampai bilakan perkara ini akan berhenti.maaf kalau saya cakap sekarang datos eri di kutuk,di hina,di caci ,cuba bila dato seri telah tiada nanti sapa yang umur panjang di izinkan allah lihatlah sendiri. mesti ada nama bangunan atau jalan nama datos eri anwar. kenapa waktu seseorang yang berjasa itu hidup mereka tak membuatnya.
Heran heran sifat pemimpin berbangsa melayu.
jamilkucing
Dato Sri, menyentuh aspek pendidikan mutu pengajian tinggi di Malaysia memang begitu menjunam sekali. Lambakan graduan yang dilahirkan gagal untuk mendapatkan pekerjaan. Di Iran masalah untuk mendapatkan kerja oleh golongan berpendidikan tinggi baru tidak sampai setahun melanda negara mereka. Namun dengan pantas golongan berpendidikan tinggi yang gagal mendapatkan pekerjaan tersebut bangun menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan dengan pelbagai cara termasuk demostrasi jalanan. Natijahnya kerajaan mereka mengambil langkah segera bagi menjamin peluang pekerjaan kepada rakyat mereka.
Namun keadaannya berbeza di Malaysia. Masalah graduan menganggur mula wujud sejak tahun 1999 hingga kini iaitu sudah hampir sepuluh tahun masalah pengangguran ini menghantui golongan siswazah. Namun tidak ada sekalipun dalam tempoh ini golongan itu yakni golongan siswazah yang tidak berjaya mendapatkan pekerjaan bangkit dengan lantang menyuarakan masalah ini. Adakah ini menunjukkan golongan yang berpendidikan tinggi di Malaysia tidak berani atau penakut untuk bangun membela nasib diri mereka sendiri jika ini benar lantas bagaimana mereka mahu membela nasib rakyat disekeliling mereka sedangkan mereka sendiri tidak berani membela akan nasib diri sendiri. Hal ini menunjukkan mahasisawa yang berperanan sebagai agen perubahan kepada masyarakat di luar sudah hilang fungsi kerana nasib mereka sendiri tidak membela dan terbela.
Lebih menyedihkan dan amat tidak adil sekali, apabila masalah graduan menganggur ini dibangkitkan atau diajukan kepada pihak yang berkenaan lantas mahasiswa itu sendiri akan dipersalahkan oleh kerajaan dengan alasan seperti graduan kini tidak mempunyai nilai mahasiswa atau ciri mahasiswa, tidak peka dengan isu semasa, tiada kemahiran komunikasi, terlalu memilih kerja dan lain-lain lagi. Tindakan pihak kerajaan ini seolah membaling batu dan menyorok tangan, alih-alihnya mahasiswa itu sendiri yang menjadi mangsa.
Mereka hanya tahu menyuruh golongan graduan bekerja sebagai nelayan, menoreh getah, menanam pisang sedangkan jawatan - jawatan patut dan layak diisi oleh golongan graduan diperuntukan khas untuk anak kawan mereka,anak mereka,saudara mereka,adik beradik mereka dan kroni2 dan nepotisme yang lain.Dengan kata lain kalau tidak ada “kabel” jangan harap la untuk mendapat sesuatu jawatan.
Harap dato Seri Anwar dapat mengulas perkara ini dengan detail dan cuba memainkan isu atau masalah ini dalam usaha membangkitkan kesedaran dalam kalangan siswazah agar mereka berani bangun menyuarakan isi hati mereka. Jika Pakatan Rakyat berjaya menghimpunkan ratusan ribu golongan siswazah menganggur seperti dalam perhimpunan “Bersih” yang lalu bagi menyuarakan pandangan mereka secara terbuka dalam sebuah negara demokrasi ini kesannya mungkin agak signifikan dan nasib golongan graduan mungkin akan lebih diambil berat.
Assalamu’alaikum Dato’ Seri,
Ingatkah lagi DS dengan perlaksanaan Bahasa Baku suatu ketika dahulu?. Setelah DS keluar daripada kerajaan perlaksanaannya dimundurkan semula, pada hal ianya satu langkah yang bijak sebagai bahasa pertuturan seluruh negara. Apatah lagi sebahagian besar daripada kami di Sabah ini tidak dapat memahami berbagai dialek di semenanjung. Oleh itu jika PR memerintah nanti perkara ini harus dilaksanakan semula.
Assalamualaikum Dsto Seri’
Saya ingin cadangkan setelah Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan, untuk mengenang jasa para reformis, pejuang bangsa adalah baiknya disemadikan nama mereka pada nama jalan.. sekian terima kasih.. Takbirr!!!
PILUNYA MASIH TERASA
(Puisi untuk Allahyarham Rustam Sani)
Kau sudah pergi jauh sasterawanku
Kau pergi meninggalkan segala
Tapi jasa dan baktimu masih ada
Meskipun pilunya terasa di dada
Sasterawanku
Sudah begitu penat kau harungi dunia ini
Pemergianmu sukar dicari ganti
Usahamu meledak bak gunung berapi
Karyamu terus mewangi bagai pewaris insan sastera !
Kau langkahi dibara api
Meskipun tanganmu menggenggam duri
Kau harungi dengan tabah hati
Kini kau pergi sepanjang hari
Dua buku mu jadi pengganti !
Pergi lah beristirehat sasterawanku
Ilham mu bagaikan suluh jenerasimu
Ilmu mu bagai penyubur ditanah gersang
Bila hati budi mu dikenang orang
Nama mu terpacak bagai bendera kemenangan!!
Al- Fatihah
DHzaman
18-4-08
Jangan mudah terpedaya dengan bekas menteri Besar Selangor yang telah memindahkan wang BALKIS ke dalam akaun lain. Buat laporan polis dan minta PDRM siasat dengan telus dan adil. PDRM bukan boleh dipercayai lagi.
seorang demi seorang pejuang besar yang bersama-sama berdiri dalam agenda perubahan pergi bertemu illahi. sebagai manusia biasa, tidak kesemuanya prinsip perjuangan mereka itu diterima pakai tetapi banyak yang boleh dijadikan bahagian kajian dan rujukkan.
apakah sumbangan dan sokongan kita, agar prinsip ini terus segar buat generasi yang akan datang.
Mari kita doakan….
Semoga Allah Subhana huwa ta’ala mencucuri rahmat dan belas kasihanNya keatas roh Pak Rustam dan memberi kesabaran yang tinggi serta istiqamah kepada Keluarga Beliau yang menerima ujian ini…
Sesungguhnya Jasa dan fikiran-fikiran Allahyarham tetap disegar dalam kenangan dan ingatan kita.
Amin..Ya Rabbul A’lamin.
Salam Datuk Seri,
Al-Fatihah kepada semua pejuang tulen yg telah kembali ke Rahmatullah. Al Fatihah.
Disini saya juga ingin mengambil kesempatan utk memberikan sedikit idea utk dipertimbangkan oleh Datuk Seri bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menghindar rasuah di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.
================================================================================================
Cara pemilihan Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian seterusnya Calon DUN atau MP.
================================================================================================
Fasa Pertama - Kaedah Peperiksaan.
a) Jawatan seperti Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, dll “HENDAKLAH” terbuka kepada setiap ahli biasa di cawangan masing-masing yg ingin merebut jawatan tersebut, (peluang sama rata yg adil).
b) Mereka ini hendaklah menduduki “Peperiksaan” yg bakal menguji tahap pengetahuan mereka.
c) Mereka yg mendapat “markah” tertinggi akan “disenaraipendekkan” utk ke “UJIAN” fasa yg kedua.
d) Markah akan dikumpul dan direkod.
================================================================================================
Fasa Kedua - Kaedah Pengucapan Awam @ Public Speaking
a) Setiap calon yg telah berjaya di Fasa Pertama akan melalui “UJIAN” di Fasa Kedua iaitu - Pengucapan Awam.
b) Setiap Calon akan dinilai melalui Ucapan.
c) Calon juga akan disoal secara spontan bagi menguji tahap kecerdikan, kepimpinan dan pengetahuan.
d) Markah akan dikumpul dan direkod.
================================================================================================
Fasa Ketiga - Pemilihan Akhir.
a) Setiap markah yg telah dikumpul dan direkod akan dijumlahkan.
b) Calon yg mendapat “Markah Tertinggi” secara “Automatik” akan mendapat Jawatan Ketua Cawangan atau Ketua Bahagian.
c) Calon yg mendapat “Markah kedua tertinggi” secara “Automatik” juga akan mendapat Jawatan Timbalan Ketua Cawangan atau Ketua Bahagian.
================================================================================================
Akhirnya mereka inilah yg akan mewakili rakyat dan akan dipilih menjadi Calon PKR pada mana-mana Pilihanraya.
================================================================================================
Kebaikan:-
1) Tiada unsur rasuah.
2) Tiada poltik wang dlm perebutan jawatan.
3) Dapat memilih calon yg benar-benar layak.
4) Tiada unsur lobi melobi.
5) Adil dan Saksama.
P/S: Peperiksaan akan dikendalikan oleh Biro Peperiksaan, Majlis Tertinggi PKR.
================================================================================================
Menghindar Rasuah daripada berlaku di kalangan Pemimpin.
================================================================================================
1. Naikkan “Gaji” setiap Yang Berhormat.
2. Berikan “Keistimewaan-Keistimewaan” yg rasional semasa menjadi YB.
3. Berikan 30 ekar tanah yg sudah siap ditanami dgn Pokok Kelapa Sawit setelah khidmat mereka sebagai YB telah tamat.
Sekiranya, mereka di dapati melakukan rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan:-
1. Hadapkan ke Mahkamah, biar Mahkamah yg jatuhkan hukuman.
2. Segala “Keistimewaan-Keistimewaan” di tarik balik dan perlu dibayar semula.
3) 30 ekar tanah yg diberikan tersebut akan ditarik balik.
================================================================================================
Inilah “pembaharuan” dan “harapan baru” seluruh rakyat Malaysia. InsyaAllah hasil daripadanya negara Malaysia akan terus Maju dan rakyat akan menjadi lebih “berpendapatan”.
Wassalam.
Pemergian Allahyarham Rustam A Sani amat memilukan semua terutama yang akrab dengan tokoh besar itu. Kita kehilangan seorang pejuang yang telah turut menyumbang kepada perubahan lanskap politik negara. Semalam seorang lagi teman reformis, Nazarman Rashid bekas AJK keADILan meninggalkan kita. Nazarman yang sejak 1988 bersmma Gerakan Reformasi menderita sakit hampir setahun akhirnya pergi pada usia 51 tahun. Yang sedihnya, 5 dari 9 anaknya masih dibangku sekolah sementara seorang anaknya hanya berusia 3 tahun. Sekarang hidup mereka bergantung kepada anak sulongnya {peempuan)) yang bekerja sebagai kerani biasa di sebuah firma swasta dan adik lelakinya yang baru sahaja bekerja. Seorang nmasih lagi lagi menganggor. Semuga Allah mencucuri rahmat kepada yang telah pergi. Namun saya kira kita yang tinggal harus melakukan sesuatu untuk bantu keluarga NAZARMAN.
ILHAM MU SILIH BERGANTI
(Puisi untuk Allahyarham Rustam Sani)
Dikala hayatmu masih ada
Ilham mu silih berganti
Perjuangan mu tidak luntur
Biarpun kelmarin sudah berlalu
Tika hari kelmarin diwarnai mu
Dengan pena dan tinta mu
Hari ini kau di sayangi, kau dikagumi
Hari ini juga kau di ingati
Seorang ahli pemikir yang disegani!
Dulu tika kau masih ada
Senyuman mu menghambat rasa
Kata kata mu bagai mutiara
Nasihat mu umpama sejadah
Terbentang dipersada minda!!
Lahir mu, hidup mu dan mati mu
Tiga hari keramat ini menjadi daya pemikiran mu
Sekali pun hari hari kelmarin sudah berlalu
Kau tetap ahli pemikir yang jitu
Pilunya masih terdapat dalam kalbu
DHZaman
18-4-08
dsai,
ceramah tuan di kelantan ada di sini:
http://kelantantv.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=327&Itemid=49
Assalamualaikum,
Sdr,
Kembalinya Allahyarham Rustam A Sani ke alam baqa amat memilu dan menyedihkan. Saya memang tidak rapat dengan Allahyarham, tapi saya agak rapat dengan Allahyarham Bung Ahmad Boestamam. Saya sempat menziarahi jenazah Allahyarham Bung Ahmad Boestamam di Greenwood dalam tahun 80an. Saya lihat orang yang paling sibuk ketika itu ialah Sdr Kassim Ahmad.
Satu hari dalam tahun 80an (saya masih lagi berkhidmat dalam TLDM), saya didatangi oleh Allahyarham Haji Abdul Latiff Yunus, Allahyarham Haji Yahya Din, kedua-duanya dari Manjung dan Allahyarham Uz Haji Abdul Aziz dari Kinta. Mereka pernah menemui saya sebelum ini dalam urusan hendak membina Masjid Daerah Manjung. Masa itu saya adalah Setiausaha Masjid Pangkalan TLDM Lumut. Dari perbicangan itulah, terbinanya Masjid Daerah Manjung mengikut reka bentuk Masjid Pangkalan TLDM Lumut, di Seri Manjung seperti yang ada sekarang.
“Kami datang ni nak minta tolong Encik Juma’noh,” kata Allahyarham Haji Abdul Latiff memulakan bicara.
“Apa dia? Kalau mampu saya bantu, insya-Allah,” jawab saya.
“Sebenarnya kami minta pandangan atau cadangan Encik Juma’noh,” sampuk Haji Yahya Din.
“Pandangan dan cadangan tentang apa tu?” tanya saya.
“Encik Juma’noh tahu kan tentang Sekolah Menengah Kebangsaan di Sitiawan tu?” Tanya Haji Abdul Latiff.
“Iya, Tuan Haji, saya tahu. Tapi kenanpa dengan sekolah tu?”
“Kami minta pandangan dan cadangan Encik Juma’noh untuk memberi nama sekolah tersebut. Mungkin Encik Juma’noh ada nama yang sesuai untuknya,” kata Haji Latiff lagi.
Sebelum menjawab, saya mempersilakan mereka minum air yang disediakan oleh pembantu pejabat saya. Saya mengangguk-nganggukkan kepala sambil berfikir.
“Apa kata kita namakan saja Sekolah Menengah Dato’ Ahmad Boestamam?” kata saya.
Mereka seolah-olah terperanjat. Mereka berpandangan sesama sendiri. Saya renung wajah mereka seorang demi seorang.
“Apa kena mengenanya Dato’ Ahmad Boestamam dengan sekolah ni Encik Juma’noh?” tanya Haji Abdul Aziz.
“Bukankah Allahyarham itu seorang pejuang?” tanya saya balik.
Giliran mereka pula mengangguk-nganggukkan kepala.
“Tuan-tuan Haji masih ingat tak lagi tentang API, Angkatan Pemuda Insaf?” tanya saya lagi.
“Bukankah API itu ditubuhkan di Sitiawan? Bukankah Allahyarham Dato’ Ahmad Boestamam itu Setiausaha Agungnya?”
Sekali lagi mereka berpandangan. Kemudian mereka mengangguk-nganggukan kepala, mereka serentak ketawa.
“Baru saya ingat semasa Encik Juma’noh ke pejabat saya dulu, Encik Juma’noh pernah cerita tentang perjuangan Allahyarham kan?” kata Haji Latiff. (Pertama kali saya bertemu Allahyarham Haji Latiff ialah dalam bulan Februari 1980 di pejabatnya di Ipoh. Masa itu Allahyarham bertugas sebagai Nazir Sekolah. Semasa ketiga-tiga mereka menemui saya hari itu, mereka sudah pun bersara).
Mereka setuju dengan cadangan saya itu. Lalu dinamakan sekolah itu SEKOLAH MENENGAH DATO’ AHMAD BOESTAMAM.
Khabarnya beberapa bulan dulu Allahyarham Rustam A Sani dijemput ke satu majlis yang diadakan khas untuknya di SEKOLAH MENANGAH DATO’ AHMAD BOESTAMAM itu. Saya tidak tahu tentang kehadiran Allahyarham itu. Saya pun tidak dijemput ke majlis itu. (Mungkin pihak sekolah pun tidak tahu tentang bagaimana nama sekolah tersebut mendapat nama Dato’ Ahmad Boestama).
Sebulan atau dua bulan selepas kematian Allahyarham Bung Ahmad Boestamam, satu majlis mengenanginya diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramai juga rakan-rakan penulis yang hadir, antaranya Tan Sri Jins Shamsuddin, Allahyarham Abang Usman Awang dan Kamala. Masa itulah buat pertama kalinya saya bertemu muka dengan Allahyarham Sdr Rustam A Sani. Saya juga sempat mendeklamasikan sedutan dua buah puisi Tagore yang saya kira pada waktu itu amat releven dalam perhubugan saya dengan Allahyarham Bung Ahmad Boestamam.
Sdr,
Semakin hari semakin ramai para pejuang yang meninggalkan kita. Penggantinya pula sukar dicari dan dicerna. Kebanyakan yang lahir, jiwanya rapuh, semangatnya semangat hangat-hangat tahi ayam, matlamatnya matlamat mata benda. Apa pun, kita mesti terus berjuang untuk menjadikan negara kita yang berintankan keadilan dan bermanikamkam kebajikan.
Mohon Allah cucuri Rahmat kepada para pejuang yang mendahului kita. Mohon Allah terima dan menempatkan ruh mereka ke dalam gologan hamba-hamba-Nya yang Soleh dan Soleha. Amin.
Ikhlas dari,
JUMA’NOH ABD BUNGA.
SEMANGAT,KEPERIHATINAN,KELUHURAN DAN KEIKHLASANMU MEMBUATKAN AKU TERAMAT MENYANJUNGIMU WAHAI DSAI….JIKA DIBERI IZIN OLEH-NYA…AKAN KU TITIPKAN NASIHAT KEPADA WARIS KU NANTI AGAR MEMILIKI SEMANGAT SEPERTIMU…
salam
robbis rahli….
salam sejahtera DSAI dan seluruh rakyat yang cintakan keadilan ketelusan dan kebajikan….
patah tumbuh hilang berganti….semoga dagangan allahyarham selama ini akan dibeli oleh Allah….
sedekah ummul kitab…al fatihah
Kepada Moderator
Blog Anwar Ibrahim
Sdra,
Pembetulan:- Sebenarnya tarikh 2 buah puisi saya diatas bukan bertarikh 18-4-08 sebenarnya adalah bertarikh 28-4-08 (Maaf kerana lupa makan sarang burung layang layang. Kik kik kik )
Salam DSAI,
Saya benar-benar kesal dengan kenyataan Datin Seri Wan Azizah berkenaan Negara Islam, diharap Datuk Seri dapat memberikan penjelasan secara terbuka berkenaan Negara Islam terhadap pendirian PKR dengan PAS dalam isu ini.Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum Yang Berbahagia Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sangat dihormati dan disanjungi. Salam takziah khas buat keluarga Al Marhum Rustam A. Sani dan secara amnya kepada semua pendokong REFORMASI sekelian. Sama-samalah kita sedekahkan alFatihah dan mengharapkan semoga rohnya rahmati Allah swt dan ditempatkan bersama-sama para aulia yang terdahulu.
Salam Reformasi.
Kebelakangan ini kedengaran begitu hebat sekali dicanangkan PR bakal mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Semoga kepimpinan tertinggi terutamanya PKR tidak alpa dengan kemenangan PRU 12 yang baru berlalu. Pengisian kemenangan itu amat dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat samada dalam negara mahupun masyarakat antarabangsa.
Saya menaruh setinggi-tinggi harapan kepada kepimpinan tertinggi dan Dato’ Seri sebagai Ketua Umum PKR berkemampuan menerajui pemerintahan bukan sahaja di 5 1 negeri tetapi mentadbir Malaysia dengan jayanya.
Namun begitu Dato’ Seri, bak kata pepatah ‘umpama menarik rambut dari dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berserakan’, ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam bisik-bisik’…. sambil mengekalkan semangat setiakawan dan menjadikan ISLAM itu sebagai sumber teraju rujukan.
Bersama-sama ini saya titipkan juga sebuah pandangan (surat terbukanya kepada Datin Seri Wan Azizah) daripada seorang sahabat saya yang saya kira begitu dalam maknanya.
Wallahu’alam.
Zainal Abidin Bin Abu Bakar
Pengundi Berdaftar di PJ Utara
“Yang berbahagia Datin Seri,
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah di atas
kemenangan besar parti pimpinan DS dalam pilihanraya yang baru lalu.
Disebabkan kemenangan yang besar itu mungkin DS menjadi sedikit lupa kepada
kami yang merupakan ahli dan penyokong PAS.
Yang berbahagia Datin Seri,
Sebagai seorang pemimpin Pakatan Rakyat, saya berpendapat DS seharusnya
lebih banyak bercakap mengenai apa akan yang dilakukan JIKA Pakatan Rakyat
dapat memerintah negara, bukan memberi komen samada praktikal atau tidak
negara Islam diwujudkan.
Soal kewujudan negara Islam serahkan kepada kami orang PAS, kami telah
berjuang selama lebih 50 tahun tanpa dibantu oleh sesiapa dan Insyaallah
kami tidak akan berhenti sehingga tertegaknya negara Islam atau kami mati
kerananya. Jika kami tidak berjaya di dunia, Insyaallah kami akan berjaya di
Akhirat.
Yang berbahagia Datin Seri,
Selaku orang Islam yang mengaku beriman, sepatutnya DS menjadi orang yang
lebih bertanggungjawab kepada Islam itu sendiri, menjadi perantara kepada
orang bukan Islam dengan penerangan apa itu Islam, bukan memberikan komen
yang boleh memberikan tanggapan tidak baik kepada Islam.
Yang berbahagia Datin Seri,
Saya harap DS akan lebih berhati-hati dimasa hadapan dalam memberikan komen
atau pendapat kerana DS sekarang bukanlah isteri kepada DSAI semata, tetapi
selaku Ketua Pembangkang di Parlimen dan sesekali jangan DS memandang rendah
kepada keutuhan dan kekuatan kami orang-orang PAS.
Sekian, semoga DS dan keluarga akan berada di bawah petunjuk Illahi
selalu.Wassalam.
DS,
Ditahun-tahun 60an dan 70an,para penulis, pemikir,penyajak dan pelukis semua nya dipandang tingi oleh masyarakat kerana hasil seni mereka.Tulisan dan hasil seni mereka di jadikan bahan kajian para pelajar disekolah dan diinstitusi pengajian tinggi,malahan riwayat hidup mereka juga di teliti dan dikaji.Cetusan idea mereka memberi kesan yg besar kepada perkembangan dan kemajuan bangsa.Tapi sekarang, orang-orang begini sudah tidak begitu di hiraukan lagi,manakala jasa dan penat lelah mereka dipandang sepi.Tempat mereka sudah di ambil alih oleh Mawi dan Siti,-malang sungguh fenomena ini.
Sekarang keadaan di burukan lagi oleh pemergian satu demi satu dikalangan bunga bangsa ini,tanpa generasi pengganti.Puak Umno yg kononnya pemelihara kehormatan bangsa,hanya berdiam diri dalam soal ini,dan hanya sibuk merencana utk menubus kuasa.
Harapnya DS boleh merencana sesuatu utk membendung suasana ini,agar gulungan karyawan dan pemikir begini kian berkembang bagi mendidik dan memekarkan akalbudi bangsa.Elok juga DS berbicara dgn tokoh-tokoh senio yg masih ada spt.Dt.Hassan Ahmad,Prof Dr Zainal Abidin,Samad Said,Pak Shanon,Prof Ainuddin,S.Hussain,dll.
Semoga akan lahir lebih ramai penulis hampir setaraf dengan allahyarham dalam kelompok masyarakat di bawah paung perjuangan pakatan rakyat…berani bersuara,kritis dalam membicarakan sesuatu isu, pengertian mendalam dalam setiap patah ayat,bertunjangkan falsafah benar tetap benar…semoga roh allahyarham dicucurirahmat..AMIN
Salam.
Saya merayu agar DSAI melakukan sesuatu tentang perbalahan terbuka antara Pas dan DAP tentang status negara Islam. Perbalahan ini benar benar mengecewakan saya kerana terbukti DAP dan Pas masih benar benar belum ’seiring dan sejalan’. Tak pasal pasal BN dapat peluang serang Pakatan Rakyat. Kita seharusnya tidak memberikan mereka peluang untuk merendahkan PR.
Islam agama yg syumul. Yang lengkap dan ada segala penyelesaian. Bukankah lebih elok Pas dan DAP duduk berbincang secara tertutup daripada melemparkan kenyataan kenyataan (yang kadang kadang menonjolkan ketidakmatangan mereka- Bunuh Karpal Singh??)
Yang masih mengharap,
Anak PR.
Salam Datuk Seri,
Khas utk penyokong-penyokong UMNO,
Andai kalian dapat membuktikan dengan fakta, dan bukan hanya dgn kata-kata, bahawa Pak Lah, Datuk Najib dan Datuk Rafidah dan yg lain-lain lagi, bersih daripada tuduhan rasuah sepertimana yg “dituduh” oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah-ceramahnya sebelum ini.
Saya bersedia meninggalkan “Parti Keadilan Rakyat”, jika UMNO dpt memjawab tuduhan-tuduhan spt yg dinyatakan di atas dgn menggunakan fakta, bukan “kata-kata”.
Begitu juga, jika ada tuduhan “Rasuah” atau “Penyelewengan” terhadap DSAI, yg dibuktikan dgn fakta, saya akan keluar dari PKR dgn serta merta.
Dan sehingga ke semua persoalan-persoalan di atas belum dijelaskan dgn fakta atau bukti. Janganlah sekalian anda utk membuat “fitnah” dan bermain dgn “retorik”. kerana alhamdulillah saya dikurniakan akal dan otak utk memikir sendiri apa kemahuan dan keinginan saya sendiri.
Wassalam.
moga allahyarham rustam sejahtera di sana serta dicucuri rahmat dari ilahi..
walaupun beliau telah tiada tetapi karangan serta penulisannya masih berlegar segar di sekeliling kita.. perjuangannya masih berterusan selagi karyanya masih ada.. peliharalah karyanya dan jadikan ia azimat serta pembakar semangat untuk kita menegakkan keadilan di malaysia..
alfatihah untuk beliau.. amin..
Kita sayang bahasa tapi malang Hishammudin mahu sastera BI ditekankan disekolah apa dia tu lahir kat perdu strawbares atau lahir kat perdu pisang tak nanpak pun mata dia warna biru yang jelas mulut dia mulut ikan keli tak pun mulut ikan salmon kalau dah baka melayu tu buat ajalah cara melayu kita keturunan makan petai,jering dan rebung kenapa meroyan sangat dengan BI apa hinanya bahasa melayu yang ditutur lebih 300 juta penduduk dunia saya rasa Hishammudin ini celik aja mata makan hot dog nak pejam mata makan bugger kenapa umno sangup ketepikan bahasa melayu apa kurangnya bahasa melayu kalau begitu persidangan umno guna BI lah kenapa nak guna B malayu hajab sekali bahasa melayu dibuat oleh umno kalu gitu tutup aja DBP, gapena orang DBP dan Gapena jangan makan durian lagi tukar makan epal dan plum apatah lagi belacan perlu diharamkan di jual kalu nak beli belacan macam cerita P.Ramlee belacan dijual secara bawah meja kena tanya pelahan lahan dengan penjual binbang kerana umno larang melayu makan belacan.
Salam semua blogger, DSAI dan DSWA,
Sekarang dilihat PR lebih banyak menbangkitkan isu-isu lama yang mana isu-isu ini juga penting tetapi agenda mengenai taraf kehidupan rakyat masih belum lagi dimulakan kalau dilihat keseluruhannya.Isu badan kehakiman,isu BPR dan lain-lain isu sememangnya harus diberi perhatian tetapi tidak melebihi isu pembangunan rakyat dalam menaikkan taraf kehidupan rakyat agar sejajar dengan taraf kehidupan sekarang yang sekian hari makin mencengkam rakyat.
Seharusnya isu kehidupan dan pembangunan rakyat menjadi agenda PR dan kerajaan sedia ada dan isu-isu lain diselarikan dalam satu-satu masa agar agenda utama pembangunan rakyat dapat difokuskan.Janagn terlalu asyik untuk menghukum sehingga terlupa bahawa rakyat semakin menderita dengan kadar inflasi yang naik mendadak dan kos sara hidup yang tinggi.
PR harus menterjemahkan manifestonya pada PRU12 kepada suatu realiti agar rakyat dapat merasa angin perubahan.Bukan sekadar asyik dengan merai kemenangan dan isu-isu lain yang bersifat am tetapi harus mengkhususkan kepada agenda pembangunan rakyat.
Isu agama tidak seharusnya dijadikan bahan permainan politik andainya sekadar mahu menjadikan isu agama sebagai retorik sahaja.Harus dipelihara kesucian agama Islam agar sensitiviti terhadap isu ini tidak mengundang masalah.DSAI dan DSWA seharusnya lebih arif mengenai isu ini.Jangan dijadikan Islam sebagai jambatan tetapi seharusnya Islam dijadikan landasan hidup.Jangan sekadar bersekongkol untuk kepentingan diri tetapi bersekongkol demi kesucian Agama Islam yang perlu dipertahankan.
Hari ini kalau dikaji dan diselidiki kerajaan BN atau PR masing-masing sibuk dengan agenda yang dilihat tidak menjurus untuk kepentingan rakyat tetapi lebih kepada isu-isu yang tidak mengurangkan masalah kos sara hidup rakyat.Semua isu yang berbangkit lebih kepada menghukum sesuatu pihak.Bangunlah dan sedarlah semua pemimpin rakyat menderita kalau semakin lama permianan ini dijalankan.Anada pemimpin semua baik kerajaan atau PR rata-rata hidup dalam keadaan yang lebih mudah dan senang jika dibandingkan dengan rakyat golongan bawahan dan pertengahan.
Jalankan agenda pembangunan rakyat mengenai taraf hidup dan selarikan isu-isu lain dalam satu-satu masa tanpa melebihi agenda pembangunan rakyat.Jangan sampai dilihat PR hanyalah sekadar kerajaan retorik seperti BN juga.
Rakyat memerhati dan akan bertindak pada PRU!# yang akan datang.
Rupanya suami suka penyapu isteri kaki sapu ini lagi kerja keluarga khir toyo and the group kalu Peguam Negara kata ini bukan pecah amanah bermakna 20 tahun lagi semua Ahli Balkis dapat Ex-gratia (am pau) dari kerajaan pusat. nanpaknya 20 hingga 50 tahun yang mendatang pihak kerajaan akan belanja berbilion untuk bayar ex-gratia ini satu lagi projet mega umno dan BN.termasuk roh yang telah mati kerana bangun mengundi. ini jelas satu Pecah Amanah telah belaku keatas wang kerajaan negeri selangor wang itu milik rakyat rupanya telor temalang telah pecah selama hari ini wang balkis dari badan kerajaan negeri yayasan selangor, PKNS, Perangsang dan sebagainya silap hari bulan wang zakat selangor pun mereka sapu sati kertas putih perlu di keluarkan oleh kerajaan selangor keatas isu ini.mereka raya sakan dengan wang rakyat gaji Khir Toyo besar pun isteri dia larikan wang kerajaan negeri ini sah Pecah amanah isteri toyo perlu dihadapkan ke makamah dengan segera sebelum matahari terbit.biar makamah tentukan nasib mereka ini rupanya kerja mereka masuk kampung pijak semut pun tak mati rupanya mereka pijak gajah, gajah pun mati MB umno dan Isteri mereka begitu hodoh sekali sifat mereka.
Syabas DSAI :
Berpandangkan DSAI masih mengingati rakan perjuangan Allahyarham Rustam A Sani, ini menunjuukan dalam kamus Penghidupan berpegang teguh kepada ` Sahabat’ ini adalah suatu sikap yang amat mulai dan disegani oleh ummah.
Sejerus memperlihatakan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w, beliau tidak kurang mempunyai sahabat yang memperjuangkan ugama Islam, iaitu Bilal Bin Rabah seorang kafir yang pertama memeluk agama Islam, tidak kurang juga sahabat shabat seperti Khulafa al-Rasyidin, Saidina Umar Al-Khatab, Saidina Uthman Affan, Saidina Ali Abi Talib, Umar bin Khattab, Usman bin Affan dan sebagainya
` Sahabat shabat perjuangan DSAI dalam parti keadilan tidak kurang juga ` street fighter ` Tian Chua’ memperjuangan nasib rakyat, keadilan sehingga dipernjarakan beberapa kali, keluar masuk lokap bagai pejabat sendiri, namun beliau tetap gigih, tanpa mengira pengorbanannya sehingga sanggup menjadikan lilin membakar diri demi menyinarkan sekitarannya , apabila beliau menghadapi masalah tanpa menolak selangkah untuk mengundurkan diri, semangat perjuangannya yang mulia patut disanjungi,.. patut dikagumi dan patut dijadikan teladan bagi kaum melayu khasnya golongan UMNO !! ,
Balik kepada Umno, apabila menerima hentaman kuat , kehilangan 5 buah negeri, dan kuasa menolak 3 per dua, dimana jelas nampak sikap ` lanun , perompak , sikap penyagak terus wujud di parti UMNO, sehingga sesetengah mengkritik parti president , mendesak beliau letak jawatan, merebut kuasa and pelgabai teknik kotor saling melempar sesama diri mereka .
Cubalah saudara saudari fikir dengan matang , dimanakah letaknya asas konsep ` pershabatan’ konsep perjuangan yang diajari dalam Islam?? Jelaslah kelihatan anggota UMNO bukan lah mengertahui atau mempraktikannya sekali gus, malah boleh dikatakan UMNO bukan lah parti yang layak bercakap dalam hal hal Islam ! ..
Walaupun saudara Tian Chua bukanlah seorang Muslim, tetapi sikap taatsetia , jujur . ikhlas dan berani, semangat dan cirri pribadinya memang memenuhi syarat syarat ` sahabat yang diiktirafkan dalam ajaran Islam.
Isu negara islam ini saya rasa berpontesi menjadi time bomb dalam PR kalau tidak ditangani segera. Para pemimpinan PR mestilah duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian. Setakat ini kenyataan mengenainya hanyalah dibuat dibuat secara individu olih pemimpin PAS. bagi saya ini sudah memadai tetapi nampaknya kepimpinan DAP terutama karpal singh sampai sekarang tak faham-faham konsep yg telah dipersetujui ataupun beliau sendiri jarang melayari laman webs untuk memahami kenyataan kepimpinan PAS. Atau dia sendiri memang buat buat tak faham kerana islamophobia?
Alfatihah keatas arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama sama orang yang soleh.
Semoga kita sedar bahawa dunia ini hanya sementara sahaja, marilah kita bersatu untuk meneruskan cita rakyat malaysia untuk bersatu padu demi kemajuan yang lebih baik berhijrah dari satu keadaan kesatu keadaan yang lebih baik, umno mahukan kita musnah atas dasar bersatu mereka bersatu umat melayu yang mereka perdagangkan semata mata untuk meneruskan hajat para peminpin dan keroni mereka bersatu yang dicita oleh umno adalah satu saduran sahaja tetapi pada isinya hanya sesuai buat tempoyak atau budu amatlah malang kepada umat melayu apa bila kita bersatu atas ajaran umno bersatu dalam kabur dan kosong persoalannya bersatu atas apa kalau atas agama kita sudah ada Pas, umno sedar ayat bersatu bila mereka terima bencana pada PRU12 selama ini mereka dabik dada kini bila dah goncang baru nak cari umat melayu selama ini cari keroni rakyat umpama debu dan dedaun sahaja. ini lah dasar umno yang sekarang bersadur dengan ayat melayu mesti bersatu. Hi.. para peminpin umno masa untuk berhibur lara untuk bermain wayang telah tamat rakyat bukan lagi boleh di permainkan.yang terbaru SPR mahu melarang calon berkempen guna Internet,SMS,Blog apa sahaja atas landasan Cyber Wan u jangan nak masukan rakyat malaysia kelembah purba benda ada dimana mana u nak larang rakyat mengunakan apa maknanya kerajaan mahukan rakyat celik IT tetapi bila rakyat celik IT suruh rakyat jalan kebelakang ini semua adalah aturan purba kala yang di arahkan oleh penbesar umno kuno kita ini jelas umno sudah gabra untuk Pru13 mereka sudah teruma dari sekarang kita perlu ingat kita merancang tapi allah yang tentukan umno belanja berbilion sekali pun untuk lantik pakar untuk musnahkan semua blogs, tapi kita harus percaya kuasa allah tiada siapa dapat mematahkan nya janji allah yang mungkar pasti terbongkar hanya masa sahaja menentukan didunia atau diakhirat .
Sekadar menyebut beberapa nama besar di bidang masing-masing, Ahmad Boestamam, Pak Sako dan terkini Rustam A. Sani, mereka dilupai Umno tetapi diingati oleh rakyat.
Assalamualaimum WBH….
DSAI,
Kita sekali lagi kehilangan seorang pejuang..kehilangan beliau memang sukar dicari ganti.Marilah kita semua menyedekahkan Al-Fatihah semoga sedekah yang kita sampaikan kepada beliau, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama orang-orang yang beriman.Amin