Archive for April 25th, 2008

25 April 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini (April 25, 2008) tentang pemecatan Iran dari Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008 di Kuala Lumpur atas alasan negara tersebut telah melanggar resolusi 1747 dan 1803 Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Resolusi-resolusi tersebut melarang sama sekali memindah dan menjual kepada negara lain bahan dan peralatan yang boleh membunuh dan memusnah.

Nampaknya dalam hal ini, Malaysia telah tunduk kepada desakan dari Amerika Syarikat dan rakan-rakan sekutunya.  Pameran ini adalah untuk semua negara berdaulat yang ingin mengambil bahagian secara bebas, bukan untuk menjual senjata dan alat pertahanan lain. Oleh itu, Malaysia sebagai tuan rumah bebas menjemput negara yang sanggup mengambil bahagian tanpa syarat. Kerana itu Iran telah dijemput oleh Malaysia untuk mengambil bahagian dalam DSA2008. Mustahil sekali apabila Malaysia membuat keputusan tergempar tentang penyertaan Iran itu. Malaysia sebagai negara berdaulat dan bermaruah sepatut mengamalkan dasar laur yang bebas dan tidak boleh tunduk kepada arahan dari Amerika Syarikat dan kuasa lain.

Oleh yang demikian, saya berasa dukacita dengan tindakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan terhadap tertamu kita, Iran.

ANWAR IBRAHIM

25 April 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya ke Mambong, Sarawak melancarkan KeADILan yang memperoleh keahlian baru terutama di kalangan suku kaum Bidayuh.

Sesudah itu di Kuching saya menemui pimpinan KeADILan Sarawak dan wakil media.

16 tokoh politik, sarjana dan profesional Iban menyertai KeADILan serentak. Ini termasuk tokoh penting Nicholas Bowing, Stanley (Setiausaha Agung SNAP), Derryl (Ketua Pemuda SNAP), dan lain-lain. Penyertaan mereka jelas memberi nafas baru kepada perjuangan kita di Sarawak.

Setibanya di KLIA saya mengadakan perbincangan dengan Simon Zadek, Pengarah Eksekutif Accountability.

ANWAR IBRAHIM