23
Apr
08

Pemergian Rustam A Sani Ke Rahmatullah

KeADILan dan Pakatan Rakyat dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Rustam A. Sani ke rahmatullah, sekitar jam 3.00 pagi tadi. Dikhabarkan Allahyarham diserang sakit jantung pada waktu berkenaan di rumahnya di Bukit Lela.

Awal pagi tadi saya dan Azizah segera menziarahi Allahyarham.

Pemergian beliau adalah kehilangan besar buat perjuangan kita, khususnya beliau antara pimpinan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang gigih dan komited sewaktu berada di dalam Barisan Alternatif dahulu, sehinggalah ke fasa penggabungan PRM-KeADILan pada tahun 2004.

Allahyarham akan sentiasa diingati dengan analisis tajam dan tepatnya, mengulas mengenai isu-isu semasa daripada sudut pandang beliau yang tersendiri. Saya agar terkilan kerana saya dijadualkan akan merasmikan karya terbaru beliau, “Social Roots of the Malay Left” dan “Failed Nation?” pada Sabtu ini.

Ternyata Allah SWT lebih menyayangi Allahyarham. Kini, karya-karya Allahyarham akan terus tinggal mengisi ruang wacana intelektual yang kosong lantaran pemergian Allahyarham. Kita kehilangan tokoh akademia yang kritis.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atasnya.

Al Fatihah.

ANWAR IBRAHIM


29 Responses to “Pemergian Rustam A Sani Ke Rahmatullah”


  1. 1 walid Apr 23rd, 2008 at 2:04 pm

    Dari Allah dia datang dan kepada Allah jualah dia kembali. Maksud firman Allah; Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Terpaku saya membaca tajuk besar kehilangan penulis agung ini merangkap sosok yang turut sama mempertahankan maruah perjuangan bangsa, terutamanya sepanjang era kebangkitan reformasi yang tercetus lebih sedekad yang lalu. Sebenarnya api perjuangan Allahyarham bernyala marak lama lebih awal lagi.

    “Allahyarham akan sentiasa diingati dengan analisis tajam dan tepatnya, mengulas mengenai isu-isu semasa daripada sudut pandang beliau yang tersendiri.” Amat tepat sekali penyifatan Dato Seri terhadap kewibawaan Allahyarham dari aspek analisis, ulasan, penaakulan, pengamatan dan pandangannya berkenaan isu-isu yang dikupasnya.

    Saya terasa amat kehilangannya, seseorang yang begitu teliti, tertib dan amat mementingkan fakta, data serta angka-angka dalam penulisannya. Saya percaya kita semua akan merindui tulisan-karya Allahyarham. Sebaiknya, agar tidak dihanyutkan oleh sejarah begitu sahaja, semoga ada di kalangan bloggers dan penulis yang dapat mengumpul semua hasil tulisan Allahyarham dan menerbitkannya dalam bentuk koleksi sebagai bahan telaah dan rujukan kita semua serta generasi akan datang, insyaAllah.

    Semoga Allah mengampuninya dan memberikan rahmat ke atas roh Allahyarham. Alfatihah.

  2. 2 afham Apr 23rd, 2008 at 2:13 pm

    al fatihah..

  3. 3 Datuk Halik Zaman Apr 23rd, 2008 at 2:29 pm

    Sedekah Al-fatiha kepada pejuang PKR almarhum Rustam A Sani. Semoga rohnya ditempatkan ketempat orang orang yang terpilih di sisi Allah. AMIN

  4. 4 Bujang Zayn Apr 23rd, 2008 at 2:29 pm

    Ass’kum DSAI,

    Saya berpendapat bahawa Datuk Seri wajib memberi sedikit komen atas bidasan Tun Mahathir yang dibuat dalam program “Hard Talk” BBC baru lalu.Tun Mahathir sering membuat kenyataan dan komen yang amat mengelirukan masyarakat umum.

    “korek korek korek” keakar umbi untuk “correct correct correct” yang amat salah.

  5. 5 eddieputra Apr 23rd, 2008 at 2:55 pm

    Al fATIHAH

    Semoga allah menempatkan rohnya bersama para mukmin.

  6. 6 Anak Reformasi Apr 23rd, 2008 at 2:55 pm

    Assalamualaikum…

    Rustam A. Sani merupakan salah seorang WIRA dalam PKR…. Blognya boleh dilawat di add.:-

    http://karya-merdeka.blogspot.com/

    Takziah disucapkan kepada keluarga ALMARHUM, Buku2 Beliau yang terbaru akan dilancarkan pada 26/04/2008 oleh ANWAR IBRAHIm….

    -Alfatihah.

  7. 7 MALAYSIA UNTUK MALAYSIAN Apr 23rd, 2008 at 3:00 pm

    Kepada Tomtom & Melayu lain yang angkuh, perkauman dan keras kepala:

    Sekarang ini, dunia dah maju dan penghijahan serta perkahwinan campur semakin senang dan sentiasa. Tujuan saya beritahu ini ialah kerana dulu orang Melayu layak dan memang layak menerima keistimewaan sebagaimana yang dipersetujui dalam KONTRAK SOSIAL sebab dulu Melayu mundur dan tulen. Tetapi kini, cuba lihat Melayu bukan golongan yang mundur lagi dan Melayu sekarang tidak tulen lagi. Ini berlaku akibat kahwin campur dan si suami Pakistan, Bangla, Indo dan sebagainya jika sanggup mengakui dirinya Melayu dahlah dapat hak keistimewaan Melayu. Keistimewaan ini sudah tak adil bagi rakyat lain mahupun Melayu tulen lain ataupun peribumi sebenar dari Sabah dan Sarawak.

    Sebaliknya, orang Cina dan India yang mana sudah lebih dari 4 generasi di sini telah menganggap Malaysia negara mereka dan sedia berkorban apa saja demi mempertahankan kerakyatan mereka dan kebesaran negara. Mereka ini amat cintakan negara ini dan sedia menyumbangkan apa saja demi membangunkan negara ini. Sebelum ini, orang Cina dan India berkorban untuk membantu Melayu dan bersetuju memberi kedudukan istimewa Melayu dan banyak lagi walaupun tidak adil demi kesejahteraan dan keamanan negara.

    Tujuan orang Cina dam India satu saja, iaitu kalaulah orang Melayu sebagai saudara senegara kita maju maka keadaan akan pulih semula dan negara akan maju. Tetapi ramai orang Melayu telah menyalahguna persefahaman antara kaum ini dan mula menindas dan angkuh dalam setiap kali persefahaman kaum diperlukan.

    Saudara, kalaulah kita terbalikkan apa yang Melayu buat apa kamu rasa Melayu masih betul. Jadi, paling elok saya menggalakkan Tomtom dan kawan-kawannya yang angkuh tadi belajar melihat sesuatu secara berbalik atau fikir apa saudaramu rasa.

    Of cause, Tomtom dan saudara Melayu lain perlu mengakui kami, iaitu Cina dan India sebagai saudara kamu pada dasarnya dahulu. Lainlah kalau kamu menganggap kerakyatan kami tidak setanding kerakyatan Melayu baru yang saya sebut pada awal tadi.

    Harap berfikir……

  8. 8 ahmad sabri mohd zambri Apr 23rd, 2008 at 3:28 pm

    Saudara Anwar,

    Sudah lama saya tidak mengikuti analisis saudara Rustam Sani. Sudah 8 tahun rasanya.

    Terkejut rasanya mendengar berita ini. Teringat kembali penulisan beliau di dalam akhbar Harakah pada tahun-tahun awal 90an.

    Satu kehilangan yang sukar dicari galang gantinya. Seperti Arwah Loloq juga.

    Al Fatihah untuk beliau dan saudara Loloq.

  9. 9 Ambutit Apr 23rd, 2008 at 3:34 pm

    Salam Dato Seri,

    Al-fatihah buat allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman…amin…

    Thanks….

  10. 10 AZIZ DAMAM Apr 23rd, 2008 at 4:00 pm

    INSYAALLAH ORANG YANG IKHLAS DAN MENABUR BAKTI AKAN ALLAH TEMPATKAN TEMPAT YANG SELAYAKNYA.
    APA PUN KITA AKAN SENTIASA MERINDUI TULISAN BELIAU .
    DAN SAYA BERDOA SEMOGA ALLAH MELAHIRKAN LAGI PENULIS MELAYU SEPERTI BELIAU .

    SAYA JUGA MOHON PADA DATO SERI SUPAYA MENGIKIS DAN MEMBUANG ATAU TIDAK MEMBEZAKAN MELAYU KIRI DAN MELAYU KANAN . SEOLAH-OLAH MELAYU KIRI ITU KOMINIS DAN MELAYU KANAN ITU PEJUANG MELAYU ??
    BULLSHIT ! MANA ADA MACAM ITU … TERUTAMA YANG TERUS SUKA LABEL PADA ZAMAN INI MELAYU KIRI ITU MAHATHIR TUA MERACAU NYANYUK ! YANG ADA IALAH PEJUANG MELAYU SEJATI DAN MELAYU PALSU ! DAN THE GREAT WRITER RUSTAM SANI SAMA SEPERTI ALMARHUM AYAHANDANYA THE GREAT BOESTAMAM ADALAH PEJUANG MELAYU JATI ! SAMA SEPERTI DATO’ SERI ADALAH PEJUANG MELAYU YANG SEBENARNYA BUKAN PEJUANG MELAYU YANG HANYA MENGHUNUS KERIS TAPI TAK ADA TELOR DAN KEJUJURAN DAN PEMIKIRAN !!

    BAGI KAMI YANG TAK SEMPAT MENZIARAHI JENAZAH BELIAU KAMI AKAN MELAKUKAN SOLAT JENAZAH GHAIB DAN MENDOAKAN BELIAU . TENANG DI PERADUAN BARZAH .

    SEMENTARA ITU WAHAI KAWAN DAN SAHABAT SEMUA TERUSLAH MENGUNDI ANWAR IBRAHIM DI TIME 100 DAH NAIK KE RANKING 8 KITA SEMUA VOTE (PASTIKAN VOTE TU PADA SCALE 100) RAMAI RAMAI SAMPAI TOP 5 ATAU TOP 1 LA , TAKKAN KITA NAK BAGI MAMAT KOMPUTER ATAU ARTIS NO.1 , TAK PADAN DENGAN PEJUANG NUSA DAN NEGARA !

  11. 11 azizi Apr 23rd, 2008 at 4:12 pm

    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau di kalangan orang yang beriman .

    Sekian.

    azizi saidin
    perniagaan berkebajikan
    teman-islam.blogspot.com

  12. 12 Ali_Imran Apr 23rd, 2008 at 4:38 pm

    salam…

    innalillah wainnal hirojiun….
    semoga perjuangan allayarham selama ini demi memperjuangkan hak dan kebenaran di beli oleh ALLAH subhanahu….

    kepada keluarga allayarham rakyat ucapkan takziah…byk2 bersabar dan hidup mesti di teruskan…

    kepada seluruh muslimin dan muslimat marilah sama kita sedekah ummul kitab kepada allayarham….AL FATIHAH …..semoga roh allayarham di tempatkan di kalangan orang orang yang soleh dan beriman…

    kepada seluruh rakyat malaysia…demi cintakan keadilan….perjuangan mesti di teruskan….patah tumbuh hilang berganti….

  13. 13 mahasiswa UM Apr 23rd, 2008 at 4:39 pm

    al-fatihah….

    satu lagi kehilangan besar buat Malaysia

    satu lagi pengajaran buat kita semua agar menghormati dan bersikap adil terhadap
    tokoh-tokoh pejuang rakyat yang masih hidup

  14. 14 Ameen-AlRashid Apr 23rd, 2008 at 5:23 pm

    Salam DSAI,
    Sememangnya pemergian saudara Rostam satu kehilangan besar. Namun dalam ruangan ini, saya ingin mengulas respon ANTIMAMAK tentang TDMahathir aka Mahazalim. Walaupun saya amat benci akan perangai beliau, saya tidak setuju dengan kata-kata ANTIMAMAK yang menggelar TDM mamak Kutty. Tahukah anti mamak bahawa mamak-mamak tulah yang Islamnya lebih awal pada kita dan mengembangkan Islam disini. jangan bercakap seperti orang tak berilmu. Mengapa harus anda berbicara kebencian mengaitkan bangsa seseorang? Kita semua tahu TDM seorang Kerala Muslim, Hasan Merican, Zainudin Maidin, Noor Mohd Yakcop dan ramai lagi adalah mamak. baik dalam UMNO mahupun PKR ramai mamak. Jika saya baik, bukan kerana saya melayu. Jika saya jahat, bukan kerana saya cina. Saya baik kerana saya Islam. Isu ini pernah saya tulis dalam blog ini. Oleh itu, tolonglah kita jangan bicara bangsa atau kebaikan bangsa disini. Kita harus ingat bahawa begitu banyak orang mamak di pulau pinang yang menyokong kita.Cakap-cakap sebegini adalah tarbiah UMNO.

    DS, mintalah sangat-sangat orang tua DAP tu, Lim Kit Siang dan Karpal Singh jaga sedikit lidah mereka. Apa yang mereka takut? Siapa kata kita nak Islamkan mereka? Agama mereka hak mereka. Agama kita hak kita. Jangan sibuk mencungkil sentimen orang Islam. Nanti kita buang DAP!

    Kepada anti mamak, tanya sedikit kepada DSAI beliau keturunan apa?

    TDM mamak Kerala. DSAI mamak Tamil! Itu lah sisilahnya. Usah kita bicara tentang bangsa. Banyak lagi isu-isu besar untuk dibicara

    Salam

  15. 15 tim tim Apr 23rd, 2008 at 6:16 pm

    mALAYSIA UNTUK mALAYSIAN

    TAK BOLEH MELULU BEGITU
    YG BERKORBAN DULU BUKAN CINA DAN INDIA TAPI MELAYU
    HATTA SAMPAI SEKARANG PUN SECARA KESELURUHAN CINA PALING KAYA
    KALAU SEORANG MELAYU ADA RM 100 SEORANG CINA PALING KURANG ADA RM 10,000.
    AT LEAST NISBAH 1 - 100
    JANGAN MASUK BAB UMNO DALAM HAL NI .
    UMNO LAMA PEMALAS UNTUK MAJUKAN MELAYU MALAH BETAPA BAIK PULA TUNKU PADA CINA
    UMNO ZAMAN MAHATHIR PULA PELAHAP PERAKUS
    TAPI MEMANG KITA KENA FIKIRKAN SATU MALAYSIA
    YANG SEBENARNYA SECARA TULEN DAN JUJUR
    ORANG MELAYU PALING TOLERANSI
    ORANG CINA @ INDIA TAK TAHU SEJAUH MANA IKHLASNYA
    ADAKAH MEREKA SEBENARNYA PERJUANGKAN SATU PERJUANGAN JANGKA PANJANG UNTUK KETUANAN CINA ?
    MAAF KALAU KORANG SANGSI MELAYU KAMI PUN BOLEH SANGSI CINA
    TAPI MMG KITA SEBENARNYA PERLUKAN SATU MALAYSIA YANG SEJATI BERSAMA
    BETUL DAN BOLEH KA KITA IKHLAS SATU HATI DENGAN SEBENARNYA ??
    BETUL-BETUL SATU KELUARGA DAN ADIK-BERADIK ??
    MASA TU TAK BOLEH BAHASA INGGERIS ! KENA SATU BAHASA - BAHASA MALAYSIA
    DAN KALAU NAK BETUL - KENA SATU BUDAYA DAN PAKAIAN - BAJU MELAYU ETC…
    KITA TENGOK APA RAJA PETRA NAK BAWA DENGAN SATU MALAYSIANYA ITU
    PERSOALANNYA LEBIH LUAS DARI SEKADAR HAK EKONOMI (WALAUPUN CINA PALING KAYA ??)
    DAN APA-APA YANG SIBUK DITUNTUT SANA SINI
    TETAPI MMG SATU MALAYSIA ITU KITA KENA DAILOG DAN FIKIRKAN BERSAMA

  16. 16 Rakyat Teraniaya Apr 23rd, 2008 at 7:17 pm

    Kepada keluarga Allahyarham, ucapan takziah saya ucapkan.
    Semoga Tuhan merahmati rohnya.

    Satu kehilangan besar bagi semua rakyat Malaysia.

  17. 17 Ameen-AlRashid Apr 23rd, 2008 at 8:47 pm

    Salam DSAI, Buletin utama tv 3 jam lapan kata “Menteri kanan UMNO yang dilaporkan terlibat dalam kes mencabul seorang wanita baru-baru ini belum boleh didedahkan kerana belum diambil percakapan”. Wah wah hebat betul juak-juak anak Pak Hassan Azahari ni ya? Hebat. Dulu, mereka jaja tilam dan bantal. Mereka keluarkan afidavit demi afidavit. Mereka lacurkan segala undang-undang. Mereka bina drama bersiri diarah oleh Mahathir Mohamed. Mereka menzalimi DSAI.

    Tak mengapalah. Kita tunggu. Kita tunggu bagaimana drama sebenar….

    The UMNO BN blokes have no conscience what so ever!

  18. 18 ajaianne Apr 23rd, 2008 at 10:20 pm

    AL- FATIHAH..

    SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT.. AMIN

    HILANG SEORANG PEJUANG SEMOGA LAHIRNYA BERJUTA LAGI PEJUANG DI MALAYSIA INI..

    TERIMA KASIH SAUDARA ALLAHYARHAM RUSTAM A. SANI DAN KELUARGA…

  19. 19 ajaianne Apr 23rd, 2008 at 10:28 pm

    AL-FATIHAH..

    SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT.. AMIN

    HILANG SEORANG PEJUANG SEMOGA LAHIRLAH BERJUTA LAGI PEJUANG MENERUSKAN PERJUANGANNYA…

    TERIMA KASIH SAUDARAKU ALLAHYARHAM RUSTAM A. SANI DAN KELUARGA..

  20. 20 ajaianne Apr 23rd, 2008 at 10:32 pm

    AL-FATIHAH..

    SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT.. AMIN

    HILANG SEORANG PEJUANG SEMOGA LAHIRLAH BERJUTA LAGI PEJUANG MENERUSKAN PERJUANGANNYA…

    TERIMA KASIH SAUDARAKU ALLAHYARHAM RUSTAM A. SANI DAN KELUARGA..

  21. 21 wargabebas Apr 23rd, 2008 at 11:04 pm

    May he rest in peace. Where to get his books and writings?

  22. 22 mongolian Apr 24th, 2008 at 12:26 am

    Radio Wanita FM petang tadi berbual dengan Tokok budayawan A.Samat Said lalu teguran beliau begitu bernas dalam soal Bahasa Melayu yang di tarafkan olehnya hampir dan akan pupus ini kerana pihak atau tangan yang berkuasa telah gagal mengembangkan bahasa tersebut dan malang sekali kata ASS Pihak berkuasa lebih tekankan sestera dalam BI disekolah ini sama sekali mendokong bahasa penjajah umno sama sekali merebakkan bahasa melayu, dicyber yang tidak bertinta ini saya begitu setuju dengan pandangan saudara ASS dimana yang dikatakan umno nak selamatkan orang melayu bagaimana melayu boleh berbanga dengan umno yang kononnya umno akan menpertahankan ketuannan melayu bahasa melayu pun dah nak pupus ini kan pula nak tolong bangsa melayu inilah petaka yang cipta dan dipetenkan oleh umno disekolah sepatutnya bahasa melayu di pelajari tetapi umno lebih gila talak dengan BI,jepun & korea barangannya serata dunia tetapi tak belajar BI pun banyak negara EC tak guna BI tetapi mereka peneraju teknologi dunia. russia yang buta dan pekak BI tetapi roket & setelitnya serata angkasa. melayu yang pandai BI melencong ke anagkasa pun tumpang orang dimana yang umno kata BI itu bahasa dunia. soal bahasa bukan isu pokok yang menentukan maju mundurnya sesuatu bangsa tetapi cara sesuatu bangsa itu didik adalah penentu maju dan mundurnya sesuatu bangsa tetapi amat malang umno telah gagal sama sekali memajukan umat melayu sejak selama 50 yang lalu.kalau orang melayu bercakap BI sefasih Bush sekalu pun tetapi acuannya hodoh maka itu bodoh lah orang melayu tatapi ukuran umno agak tempang dan jenkut mereka menperbodohkan umat melayu Tun Mamat Mahadir adalah ibu raginya jika disusu dialah nilanya,jika dilaut dialah jerungnya,jika di angkasa dialah kometnya,jika umno sekam dialah apinya awas ahli umno wabak yang dibawa oleh TUN Mamat akan memunahkan bukan sahaja umno bahkan negara keseluruhannya melalui juaknya Najib jika najib berada disingahsana yang pasti HinsammudiN dan Mukuriz berada dalam keadaan selesa jika keadaan ini belaku umno akan dikedudukan getir.

  23. 23 Elias Hj Idris Apr 24th, 2008 at 12:52 am

    Ayah kepada Allahyarham, Ahmad Boestamam meninggal dalam keadaan tidak menikmati erti kemerdekaan sepenuhnya. Sebahagian hayatnya dihabiskan dalam tahanan dan melarikan diri termasuk angkara UMNO yang menghasut Inggeris melalui Undang-undang Darurat, 1948.

    Rustam A. Sani pun begitu, apabila hasil penat jerit ayahnya tidak pernah dinikmati secara saksama. Kehidupannya pun biasa-biasa saja; tanpa anugerah atau apa-apa?

    Dia pergi di usia masih muda. Sheikh Azmi pun sudah pergi. Begitu juga dengan Dato’ Ishak Baharom. Dr Siddiq Fadhil pun dah tiada. Seiring dengan sekian ramai pejuang reformasi seperti yang disebut di Kelab Sultan Sulaiman tempohari.

    Kita pun entah bila? Itu sebab Nabi saw ada mengingatkan bahawa hakikat kehidupan kita yang sebenar adalah untuk menemui mati. Kematian itu adalah pembukaan kepada kehidupan yang sebenar… kehidupan di alam akhirat.

    Kehidupan kita yang sebenar adalah di sana, menemui Tuhan Nan Esa untuk bertasbih dan memuji-mujiNya.

    Kita tidak diajar untuk berputus-asa, tetapi itulah hakikatnya.

    Ada terlalu banyak perhitungan di sana, untuk diraih pembalasan daripada ‘Kekasih’ Nan Satu, iaitu Tuhan Rabbul-Jalil.

    Alangkan Norita Samsuddin pun mati muda, kan! Demikian mat rempit yang tersadai di merata jalan.

    Segala-gala panduan ini ada dalam al-Quran; turut dihiasi dengan untaian hadis Nabi.

    Hahh… inilah yang tidak difahami oleh Karpal Singh/LKS atau sdra-sdra kita yang lain, yang lebih mengikutkan perasaan, BUKAN pertimbangan.

    p/s Saban tahun 100,000 orang Jerman memeluk Islam. Kenapa? Itu yang amat dibimbangi oleh Pope Benedict XVI. Sebab kita tidak boleh selama-lamanya hidup dalam kepalsuan.

  24. 24 La Bahri Apr 24th, 2008 at 1:34 am

    Apa yang MALAYSIA UNTUK MALAYSIAN dok merepek tu?

    Kita dok bicara dan berdukacita pasal pemergian seorang penulis dan pejuang dia dok asyik membebel. Tak ada sensiviti langsung terhadap keadaan orang lain.

    Semoga Allah memberikan kesabaran dan tawakkal terhadap keluarga allahyarham Rustam A. Sani dalam menghadapi dugaan ini.

    Buat MALAYSIA UNTUK MALAYSIAN, anda yang seharusnya berfikir…..

  25. 25 Boxershorts Apr 24th, 2008 at 2:13 am

    saya sangat sedih dan berasa kehilangan yang sangat besar dengan pemergian allahyarham.
    Saya tidak pernah dengar akan wujudnya seorang pemikir kritis seperti beliau yang menyuarakan pemikiran beliau sendiri. namun, apa yang dikesalkan para pemikir seperti ini jarang mendapat atau tidak pernah mendapat tempat di kalangan media awam (saya bermaksud seperti surat khabar). Mungkin benar saya masih muda dan tidak begitu didedahkan dengan agenda2 seperti ini, tapi nilai2 pemikiran yang wujud dalam individu2 tertentu tidak wajar untuk disisihkan sama sekali.

    Saya akan mendapatkan hasil penulisan allahyarham untuk menelusi segala pemerhatian beliau dan membuka minda lebih sedikit daripada yang sedia wujud.

    al-fatihah untuk allahyarham. amin.

  26. 26 abgtua Apr 24th, 2008 at 6:50 pm

    Assalamualaikum,

    Saya rasa TDM tetap TDM yg dulu. pandangan beliau bernas dan beliau berani. DSAI rasanya takkan mampu menyaingi kehebatan beliau walaupun ditakdirkan Allah yg DSAI menjadi PM Malaysia (I would say small chance that is going to happen)

  27. 27 hisyam Ib Apr 24th, 2008 at 8:09 pm

    Tahziah buat semua ahli keluarga Allahyarham. Kami terharu dan bersedih atas pemergian beliau.

    Hanya doa sahaja yang dapat mengiringi pemergian beliau.

    Al-fatihah.

  28. 28 FATIMA AZAHRA Apr 26th, 2008 at 11:08 am

    abgtua,anda hanya melihat kepada zahirnya sahaja.Menara Petronas, Putra Jaya,dan banyak laqi. Itu semua membazir, tak de menafaat pun pada rakyat. Gah dipandang tapi apa yang orang Malaysia dapat? Anda melihatnya sungguh petah berkata-kata, umpama negarawan ulung.TAPI orang yang banyak cakap ni, selalu cakap tak serupa bikin.Cuba lihat pula apa yang telah dirosakkan, memusnahkan sistem ekonomi Malaysia, pengswastaan yang menguntungkan kroni, mengurangkan kuasa raja, memporak perandakan sistem kehakiman dan banyak lagi.Dia berkiblatkan barat sehingga memusnahkan Bahasa Melayu. Lebih 30 tahun istilah sains dan matematik dalam Bahasa Melayu dikumpul. Akhirnya dibuang begitu sahaja. Banyak polisi yang dibuat tidak merujuk dahulu kepada yang arif. Beliau begitu autokratik, bangga seperti beliaulah yang paling bijak di Malaysia ini, membuat sesuatu polisi sesuka hati. Manusia tetap manusia, ada kelemahan.Fikir dulu, bermesyuwarah, segala yang dibuat sebenarnya membawa impak besar kepada masa depan rakyat dan negara.Sudahnya apa yang berlaku?Malaysia rosak teruk.Hutang pun bertimbun-timbun, kroni dan anak-anak yang kenyang.Maaf, saya tidak dapat menerima dia sebagai negarawan, PEROSAK NEGARA adalah.

  29. 29 Bakal KM Sabah Apr 26th, 2008 at 5:32 pm

    Dia tak hilang pun cuma menemui Allah. Kita telah dijadikanNya dan kepadaNya lah kita kembali. Tak rasa kehilangan besarpun sebab bukan dia yang bagi makan kat kamu orang. Al-Fatihah.

Leave a Reply




Galeri Flickr

Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930